Friday, 9 September 2016

APAKAH IBRAHIM ALI BAKAL MENINGGALKAN TUN MAHATHIR?

Semua orang tahu bagaimana hubungan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dengan Tun Mahathir Mohamad. Sejak meninggalkan Semangat 46 dan kemudian menyertai UMNO, beliau telah menukar dirinya bulat-bulat menjadi orang Tun Mahathir.

Ibrahim bukan saja antara yang paling lantang menyebelahi Tun Mahathir ketika kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, malah sebagai tanda keakraban, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga sedia menjadi Penaung Kehomat Perkasa yang ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut.

Dalam pilihanraya 2013, setelah namanya tidak dipilih untuk bertanding atas tiket BN, dikhabarkan Tun Mahathirlah yang membantunya dengan menelefon Najib untuk memasukkan semula nama Ibrahim sebagai calon.

Calon BN yang telah diumumkan bertanding di Pasir Mas ketika itu, Johan Che Pa akhirnya  tidak mengemukakan kertas pencalonannya dan dengan yang demikian, dapatlah Ibrahim bertanding atas tiket Bebas tetapi disokong oleh BN. 

Sepanjang tempoh kempen pilihanraya, seluruh jentera UMNO dan BN Pasir Mas memberi sokongan penuh kepadanya, tetapi Ibrahim tewas kepada Nik Abduh Nik Aziz dari Pas.

Melalui Perkasa yang menjadi kenderaan perjuangannya, dalam banyak isu melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, Ibrahim kerap sekali berganding bahu dengan Tun Mahathir. Suara dan hatinya bukan saja senada dan seirama, malah tidak pernah Ibrahim berbeza pendapat dengan Tun Mahathir.

Dalam sebuah majlis makan malam tidak lama sebelum ini, Ibrahim ada menyebut, hubungan beliau dengan Tun Mahathir adalah kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Orang mungkin nampak saya mempergunakan Tun Mahathir, tetapi sebenarnya Tun Mahathir pun mempergunakan saya dan Perkasa juga, kata Ibrahim dengan ketawa berdekah-dekah yang tidak asing lagi bagi mereka yang rapat dengannya.

Apabila timbul ura-ura Tun Mahathir mahu menubuhkan parti baru, Ibrahim diperkatakan antara orang yang akan bersama dengan rancangan itu. Malah dihebohkan juga  bahawa sebahagian besar ahli Perkasa akan turut menyertai parti baru tersebut.

Dikhabarkan, jawatan tertentu juga sudah disediakan untuk Ibrahim apabila parti itu diluluskan. Dalam beberapa kenyataannya pula, Ibrahim sendiri kerap memberi gambaran tidak setujunya dengan kerajaan, sambil mengatakan bahawa hayat UMNO akan berakhir dalam PRU 14 akan datang ini.

Ibarat mendung tapi hujan tak jadi, tentunya ramai yang terkejut apabila Ibrahim tiba-tiba mempersoalkan hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM dalam perjuangannya untuk memperkasa agenda Melayu dan Bumiputera.

Kata Ibrahim,  kesanggupan Tun Mahathir bekerjasama dengan DAP dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim akan menimbulkan seribu tanda tanya mengenai perjuangan sebenar PPBM.

Aikkk...kenapa tiba-tiba Ibrahim meluahkan rasa tidak setujunya terhadap Tun Mahathir dan PPBM?

Apakah yang menjadi punca sebenarnya? Adakah ia ada kaitan dengan keputusan Tun Mahathir berbaik semula dengan Anwar?

Adakah Ibrahim kini rasa sudah "tertinggal bas"  apabila Tun Mahathir berbaik-baik semula dengan Anwar dan sebelum itu  menjalin hubungan dengan pemimpin-pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang?

Adakah beliau tidak sealiran lagi dengan pemahaman bahawa tindakan Tun Mahathir berbaik-baik dengan semua parti dan pemimpin pembangkang, termasuk Lim Kit Siang dan Anwar, adalah bertujuan memudahkan lagi usaha untuk mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang?

Dengan kecenderungan ini, apakah Ibrahim sebenarnya sudah mempamerkan tanda-tanda akan meninggalkan Tun Mahathir dan bakal bersama-sama dengan Najib untuk memusuhi bekas Perdana Menteri itu? (SH 09/09/2016).

50 comments:

  1. Inilah contoh terbaek memahami real-politik MALAYSIA. sesumpah politik. WATAK SEPANJANG ZAMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia ini kalau diserahkan kepada geng Tun..serupa juga...lakonan yang berulang....oleh itu abaikan saja TUN ni...semua mencari dedak...tak ada agenda melayu pun...

      Delete
    2. Wahai 10:34,....apa kah agenda Melayu itu?Benarkah Melayu ada agenda?Sejarah Tanah Melayu sejak dari zaman Melaka,...mana jagoan penggerak agenda Melayu?Bila akan muncul penggerak agenda melayu yang kau perjuangkan?

      Delete
    3. Anoy 10.34..spin selagi bleh sedara,cipta auta dari pandang fakta..betul lah sedara cakap tu,Tun mencari dedak..tak ada agenda melayu..22thn Tun merintah Malaysia ni tak ada orang melayu yang berjaya,ekomoni negara ditakuk yang sama,syarikat bumiputra semua fatal,takder org melayu pegang jawatan penting,semua org melayu/bumiputra pakai cawat masuk hutan sepanjamg 22thn Tun memerintah..
      Alhamdulilah sampai zaman najib ni org melayu maju,berjaya,malaysia ada KLCC,PUTRAJAYA..nasib baiek ada najib,semua tu salah Tun dulu kan..
      Bingai..ada akai tak mau pakai.

      Delete
  2. PPBM jgn pandang ke belakang lagi. Terus mengorak langkah ke depan.

    Ini bukan masanya untuk pujuk memujuk sesiapa.

    Kalau dah tak reti Melayu. Kalau tak mengenang susah payah Tun Mahathir yg telah berusia 92 tahun tapi sanggup tampil ke depan untuk menyelamatkan tanah air ini bukan Melayu dah tu.

    Semuga Allah Taala melindungi ayahanda Tun Mahathir. Dipanjangkan usianya dan diberikan kekuatan serta dipemudahkan perjuangan ini.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok heng pun nak makan dedak najib ker.

      Delete
    2. Ada yang tengah nganga mulut..taah tunggu dedak dari Tun kalau menang pru 14. Sementara nganga tu..lalat lalat pun masuk lah...

      Delete
  3. Agaknya Tun m senyum je melihat gelagat ibrahim ali ni..biarkanlah dia..Tun m ade strategi tersendiri..jgn esok lusa jenis org yg spt ini terkejut,kaget dan terperanjat melihat suspen yg Tun m akan buat..hehehe..jgn mudah membuat kesimpulan sendiri..tindakan Tun m ssh nak dijangka,tp sekali tindakan dibuat,satu malaysia bahkan dunia akan tercengang..waktu tu nanti baru org tahu siapa itu MAHATHIR..

    Support Tun..
    Respect Tun..

    ReplyDelete
  4. Pok Heng ni memang tak faham ke atau buat-buat tak faham? Baiklah saya bagi satu contoh ya Pak Brahim. Kalau guitarist Slash boleh berbaik semula dengan penyanyi asal kumpulan Guns and Roses iaitu Axl Rose pada awal tahun ini setelah bergaduh dan tidak bertegur sapa sejak 1996, inikan pula Mahathir dan Anwar yang mula berseteru sejak 1998?
    Does that make sense to you? Me either. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim ali sebenarnya apa yg kau nak? Kau nak pecahkan penyatuan melayu ker?

      Delete
    2. Kemahiran Ibrahim Ali ialah menangguk di air keruh.Bukan ada satu perjuangan yang jelas pun.

      Delete
  5. Apa pula hala tuju lbrahim Ali dalam perkasa.?

    Apa pula hala tuju perkasa sebagai NGO dalam menagani rasuah yg berleluasa dlm dlm umno dan desakan rakyat untuk pm meletakan jawatan kerana isu lmdb dan RM2.6 dlm akaun peribadi pm.

    ReplyDelete
  6. Dunia bergerak begitu pantas seiring dengan Glocal canang si Najib. Sedangkan Najib boleh berpeluk erat dengan pembunuh orang Islam iaitu Amerika dan Yahudi.

    Mengapa pula nak salah ertikan semangat setiakawan sesama rakyat Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara yang sedang diklepet oleh pemerintah sendiri.

    Adat politik di serata dunia kita melihat rakyat boleh berlainan pendapat dalam berpolitik tetapi apa jua yang berkaitan masa depan negara tidak ada ruang kompromi.

    Amerika maju dan jadi kuasa besar dunia kerana kesatuan rakyatnya dalam mempertahankan negara mereka, walaupun berlainan agama, bangsa juga budaya.

    Kita bersyukur kerana politik Malaysia juga makin matang dengan setiap warganegara mengambil tanggungjawab untuk menegakkan keadilan dan undang-undang dalam menentang kuasa pemerintah yang zalim lagi hipokrit.

    Percayalah selepas ini bangsa Malaysia akan lebih bersatu padu dan harmoni dengan kepebagaian kaum, bangsa dan agama.

    Semua ini kerana perasaan benci kita kepada kemungkaran, kejahatan rasuah juga ketamakan duniawi yang diamalkan oleh golongan manusia yang berkuasa sebagai pemerintah.

    Tidaklah perlu guna cara Orang Johor yang mementingkan kesukuan dalam menyatukan masyarakat kononnya. Akhirnya makin berpecah belah masyarakat dalam Malaysia akibat sentimen kenegerian yang melampau.

    ReplyDelete
  7. siapa tak kenal ibrahim ali.
    wataknya lebih kurang sama dengan KuLi.
    dengar boleh, mengharap jangan..

    ReplyDelete
  8. Itu lah reality yang sebenarnya dunia politik..biar lah Ibrahim Ali dengan perangainya .rasanya setiap orang yang mengikut perkembangan politik Malaysia tahu dan kenal dengan perangai insan bernana Ibrahim Ali..pihak yang mampu memberi manfaat keatas dirinya itu pihak yang dia pilih/sokong..org kelate kata hok setuju angin.
    Bagi yang tak mengetahui matlamat dan hala tuju PPBM,dengan bahasa mudahnya selamatkan Malaysia,jatuhkan bapak segala punya masalah iaitu najib.. simple as that..
    Jika suatu hari Allah mentakdirkan PPBM mendapat mandaat dari rakyat dan melakukan kerosakan sebagai mana najib..pekara yang sama akan berlaku..rakyat akan bangkit menentang..sbb sesungguhnya tanpa rakyat tidak ada peminpin..tiada najib tak kan wujub PPBM.
    jadi siapa yang salah,bak komen2 oleh penyokong najib..TUN M juga yang salah.

    ReplyDelete
  9. Saya melihat Perkasa Ibrahim Ali ni hanya pandai berbunyi. Kalau nak dibilang pencapaian Perkasa ni..ada yang jadi cemerlang ?
    Ibrahim Ali ni nak dipujuk kot !

    Untuk PPBM ni kita nak lihat bekas timbalan perdana menteri yang terakhir ni betul betul akan berjuang menentang kebatilan & menegakkan kebenaran. Berjuang memaju kan Malaysia dan rakyat sekelian nya tanpa mengira latarbelakang sosial, ekonomi, kebudayaan & keturunan. Kita nak kan seorang yang penuh wibawa, berperibadi dan bukan yang berpura pura. Kita tahu sejarah. Tapi kita hari ni tak mau sejarah berulang. Maknanya kita tak belajar dari sejarah. We can throw weight behind PPBM..can PPBM deliver this ?
    There have been too many events in the past that we wish to forget. The sick politics of Malaysia. The wastages. The "projek"..and many more.
    Now let's move on. Talking about the past won't change anything.

    We want New Malaysia. Period.

    So those parties now who oppose the 'u''m''n' o led BN, whose members include many ex umno leaders...we want a NEW MALAYSIA.
    We are (were) already 1Malaysia. No need new alogan. It confuses us.
    We were already Islam Hadari sebolehnya.Syiar Islam memang ditegak kan di Malaysia among the masyarakat majmuk Malaysia.
    We don't need 1mdb
    We don't need negative publicity
    We don't need sandiwara politik
    We need an efficiently run NEW MALAYSIA.

    Give us NEW MALAYSIA.

    Kami dah jelak dengan Old Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Brahim ni dari dulu lagi manusia yg tak boleh dipercayai.dah lah macam katak lompat sana lompat sini.
    Dia rasa kat mana dia boleh bertaut, kat situ la dia lompat.

    Ni mesti nk serang Tun pasal nak jadi colon BN.

    Hai....katak..katak

    ReplyDelete
  11. Apa nak bairan lompat sikatak lompat dan dedak juga boleh merubah segala galanya jafi dlm dunia politik segala2nya boleh berlaku yg penting mereka selamat dibelai dan disuap apa nak hairan jari yg menyuap juga boleh tergigit hebat itulah pengorbanan

    ReplyDelete
  12. Siapa2 yg follow politik negara cukup masak dan arif siapa Ibrahim Ali ni.....Pada aku tak ada yang nak dibanggakan ke dia ni....takde pun added value lebih kepada survival politik diri aja.....Perkasa pun majoriti orang2 UMNO!!! So pada Tun M dan parti2 dalam Pakatan Harapan just move forward jer, jangan lupa rakyat memerhati dan menilai segala tindakan, hasil dan manfaat kepada rakyat tu yang penting, dan yang nyata rakyat PASTI akan menyokong kepada mana-mana gerakan yang cuba membawa perubahan dan keluar dari masalah2 yang melanda negara sekarang!!! Nak harap pada parti keris telanjang takde makna dah, nak memperbodohkan orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya terutama dalam jes 1mdb, pun ada gak melayu yang masih percaya pada dia orang!!!

    Hidup Tun
    Hidup DSAI
    Hidup Pakatan Harapan
    Lebur Keris Terlanjang

    ReplyDelete
  13. Apa la bley diharap dr pakatan takda pendirian ni smua..klu da ludah kahak ijau mcm madey dgn anwar leh jilat smula,slamatkan mesia kununnye,padahal nak slamatkan family dan kroni..sikalang gay as prime minister ok ka ? Betapa kejinye mangkuk ayun ni smua..perkasa dr dulu mempertahankan hak2 melayu dan kdudukan agama islam sbagai agama rasmi..duduk smeja dgn dap yg memusuhi akta2 tesebut hanya akan membuatkan pekasa spt pelawak antarabangsa..mungkin ibrahim cuba utk tidak menjadi hipokrit dgn menyertai puaka2 yg tidak slari dgn pejuangan perkasa..cuba utk tidak jadi spt mamak yg sanggup peluk lim kit siang asalkan karier mukriz dlm politik akan trus hidup..ahli politik paling keji adalah yg akan menggadai sgala ideologinye utk mendapat kuasa..mamak akan mempertaruhkan sgalanye demi kepentingan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua salah mamak.Melayu yang hebat sangat buat apa untuk kebaikan bangsa dan negara?Lepak pun di kedai mamak,tengok bola pun di kedai mamak,dan duduk berjam-jam.Keturunan Turki yang menggerakkan penyatuan bangsa Melayu untuk mendesak Raja-Raja Melayu membatalkan kerjasama dengan MacMichael, wakil Inggeris yang ingin mewujudkan Malayan Union.Sikap raja melayu dengan melayu yang lepak di kedai mamak sama sahaja.Kononnya Melaka jatuh ke tangan Portugis juga angkara mamak.Persoalan yang besar,mana melayu yang hebat seperti 11:21 ketika itu?Hang pi mana?Dok garu teloq ka?

      Delete
    2. Ya...mali sokong amno...itu aset manyak lagi mau kasi China beli. TRX mana cukup, china mau beli manyak lagi woooo....wa sokong amno, wa sokong najib

      Delete
    3. Lawak antarabangsa untuk hari ni..bodo ada,bangang pun ada..ni lah contoh terbaiek komen dari pihak najib..Banyak auta dari fakta..asyik2 salah mamak,org tu salah,org ni silap..asyik terperangkap dalam teori domino,suka spin fakta campur dengan auta..Iya lah kami semua setuju,semua salah simamak dan gay tu..kucing berak dalam umah tu pun salah mamak dan gay tu..
      Allah bg akai tak mau nak pakai..

      Delete
  14. Secara prinsip,adab,moral,serta Kesopanan dan Kesusilaan,Anwar Ibrahim telah lama hilang kelayakkan untuk menjadi pemimpin bangsa.Kerana kesalahan yang membawanya ke penjara bukan kesalahan politik,tetapi adalah kesalah kelakuan diri iaitu meliwat.Islam datang untuk membawa yang buruk menjadi baik.Namun,sekiranya Anwar sudah insaf dan tidak ingin meliwat lagi,....dia tetap sudah hilang kelayakkan itu.Walau bagaimana pun,ini tidak bermakna dia tidak boleh membantu dalam membawa kebaikan kepada negara.Adakah benar seorang yang bernama Anwar Ibrahim mampu berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi satu,contoh terbaiek teori domino..apa sedara pernah jumpa kat mana2 kenyataan/press statement yg anwar akan dilantik sekiranya najib tumbang..Tun pun kata dia hadir sebagai tanda sokongan isu MKN,
      Isu siapa jadi peminpin sedara jangan bimbang..asalkan bukan najib,mana lah tahu kalau ditakdirkan ALLAH PH dapat mandaat dari rakyat,PH lantik haji hadi jadi PM..asalkan bukan najib

      Delete
    2. Hadi sebagai PM?Asalkan bukan Najib?Otak kau banyak selut.

      Delete
    3. Anony 16.14 maksud anony 13.06 tu kiasan sarkastik yang haji hadi jadi pm.hehehe

      Delete
  15. Ada lebih baik Tok Yem pencen dan relax one corner atau jaga cucu di Rumah dan kalau boleh jangan ikut campur hal ehwal politik lagi,,cukup lah Dato

    ReplyDelete
  16. Ibrahim Ali adalah ahli politik biasa-biasa sahaja,tetapi boleh hidup sepanjang hayat dengan politik sama seperti kebanyakkan ahli politik melayu (h.k).Beliau tidak sampai darjat Ghazali Shafie pun.Untuk bangsa Melayu dan Malaysia menjadi bangsa dan negara bermaruah,kita perlu kepada pembaharuan sebenar.Oleh itu,kita memerlukan benih yang baik untuk projek penanaman semula.

    ReplyDelete
  17. pentas politik (political platform) baru tlh terujud dgn penubuhan PPBM.

    peranan tun m n ts muyid saperti juga ahli2 veteran yg lain perlu memastikan parti d bimbing n d tadbir atas landasan yg betul.

    jika mereka2 ini gagal, maka parti akan senang tergelincir n anak2 muda yg akan mengambil alih akan sudah tentu tersesat.

    jika ini berlaku, maka tiada beza lah dgn parti2 yg hilang arah perjuangan sekarang olih kerana salah bimbing.

    selamat berkhidmat dgn segala keikhlasan.

    ReplyDelete
  18. Ibrahim Ali dia sebenarnya pegang kepada apa akidah, kita hairan? Melaungkan "Melayu" tapi adakah rambutnya sama hitam? Atawapun hati sanubarinya putih mulia?

    ReplyDelete
  19. Ini fb sebenar tulen asli Bersatu https://www.facebook.com/bersatu.org/ yang di tunggu2 semua.Tunggu ape lagi lekas ramai2 masuk kuburkan terus najib bn umno biar jadi sejarah hitam yang lalu,amin...ini pula page palsu ciptaan cybertroopers barua bn umno elok anda unlike balik ramai2 dari page2 palsu
    https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/?fref=ts
    https://www.facebook.com/partibersatuofficial/

    ReplyDelete
  20. Tahniah tok him kerana berpegang pd pendirian,skurang2nye anda masih sedikit harga diri..jgn kerana kuasa sanggup jual maruah pd cina yg tak mau islam sbg agama rasmi negaranye,melayu yg ketagih bontot muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15:26...kau tak dengar ke dulu tok him sendiri kata yang dia juga ada kerjasama dengan cina?

      Delete
  21. Sejarah mengajar supaya Kita tau menghargai org yg berjasa pada negara, Dan sejarah juga Kita dpt mengenali tokoh2 hebat yg ada sebelum Kita diLahirkan lagi. Ada sejarah yg ok, ada yg ko, tapi sejarah tok him ni Ramai antara Kita tak tahu pendirian politik Dia, mungkin org bawahan Dia pun tak paham. Jadi bagi saya kalau Dia nak tinggal kan tun M pun tak rugi, Dia nak stay pun, tak banyak sikit Dia boleh membantu, apa pun Tepuk dada masing2, harap Dia pun tak terpengaruh dengan mulut org, atau hasutan org. Senang cakap tak terdedak lah.

    ReplyDelete
  22. hehe... terikatnya puak2 serigala hanya pada habuan (kuasa) yg bakal diraih andai dapat mengalahkan UMNO dan BN.

    Dan setiap dari kawanan serigala itu tidak meninggalkan matlamat utama puaknya, sesungguhnya inilah kepimpinan yg bakal membawa kezaliman dan kerosakan yg jauh lebih besar.

    Bukankah kepimpinan sebegini hanya layak untuk mereka yg tidak mahu bersyukur, penuh keluh kesah dan rintihan, lancar adu domba dan fitnahnya, besar nafsu dan keinginan.

    Tiada dari kalangan ketua2 serigala yg sanggup mengakui "ikatan" yg dijalin punyai ketua@nakhodanya. tiada juga dari kalangan biri2 yg digembala mengikut kandang masing2 (pengikut) yg berani mengatakan kepada biri2 dari kandang sebelahnya "ketua serigala dari kalangan Kamilah nakhodanya pada "ikatan" yg terjalin.

    lalu apa yg akan berlaku selepas tumbangnya UMNO dan BN ? mari aku beritahu apa yg bakal terjadi.

    sekalian dari ketua2 puak itu akan saling berkhianat (seperti yg berlaku di negeri2 yg ia kuasai)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..PH ibarat serigala lapar..hehehe..umno/bn seperti parti yang bersih/suci..spin sedara yang tak spin,jika tak spin tak sahlah jadi penyokong najib..Banyak auta dari fakta..ni sedara.. Kelantan,p.pinang,selangor..elok2 bawah pembangkang,tak ada hura-hara kami tgk..elok-elok jer,tak der la pula dgr MB negeri pembangkang samun duit rakyat negeri Masing2..kecuali cerita najib jer duk samun duit rakyat Malaysia..
      PH ni pun terdiri dari rakyat Malaysia sedara,ada perasaan cintakan negara sedara..Jadi udahlah sedara bimbang pasal nahkoda ni..zaman najib ni jer timbul isu nahkoda ni..seperti najib nahkoda kapal yang Karan sebelum sempat berlayar .
      Anak2 kapal mcm sedara ni perlu belajar cara mempertahankan nahkoda sedara sebelum nak serang puak lain..
      Tp jgn bimbang sedara..siapa yang salah, Tun M,mamak keling tu jugak yang salahkan sedara..
      Bingai ada akai tak mau pakai..

      Delete
    2. Hehe..PH ibarat serigala lapar..hehehe..umno/bn seperti parti yang bersih/suci..spin sedara jangan tak spin,jika tak spin tak sahlah jadi penyokong najib..Banyak auta dari fakta..ni sedara.. Kelantan,p.pinang,selangor..elok2 bawah pembangkang,tak ada hura-hara kami tgk..elok-elok jer,tak der la pula dgr MB negeri pembangkang samun duit rakyat negeri Masing2..kecuali cerita najib jer duk samun duit rakyat Malaysia..
      PH ni pun terdiri dari rakyat Malaysia sedara,ada perasaan cintakan negara sedara..Jadi udahlah sedara bimbang pasal nahkoda ni..zaman najib ni jer timbul isu nahkoda ni..seperti najib nahkoda kapal yang Karan sebelum sempat berlayar .
      Anak2 kapal mcm sedara ni perlu belajar cara mempertahankan nahkoda sedara sebelum nak serang puak lain..
      Tp jgn bimbang sedara..siapa yang salah, Tun M,mamak keling tu jugak yang salah kan sedara..
      Bingai ada akai tak mau pakai..

      Delete
    3. erm, tiada huru-hara? tiada pengkhianatan? tiada kisah penyelewengan?

      satu2nya yg awk mampu "bersetuju" bahawa tiadanya nakhoda@ketua@panglima di dalam "ikatan" yg diberi nama Pakatan Harapan.

      saya tidak berniat mensucikan UMNO dan BN sebagai sebaik-baik pemerintahan

      saya juga tiada keinginan untuk berputar-putar (spin) untuk menutup kemungkaran pemerintah.

      dan saya juga tidak berhajat untuk membawakan segala huru-hara, penyelewengan dan pengkhianatan diantara kawanan serigala yg menguasai selangor,penang dan kelantan.

      cuma sedikit sedih, gerakan politik berlabel Islam menjadi satu2nya serigala yg mengalami kerugian yg bukan sedikit.

      Saya hanya mahu mengajak awk berfikir apa yg bakal berlaku (mengikut fitrahnya) andai tumbangnya UMNO dan BN.

      sehingga puak2 serigala mampu menamakan nakhodanya pada Pakatan Harapan .. jadilah mereka golongan yg berpura2 dan berdusta.

      Delete
    4. Kamu ajak saya berfikir?
      Urmmm...pada fikiran saya..
      Apa yg bakal berlaku andai tumbangnya Umno & BN ialah 2.6 BILLION RAHMAT yang akan dikecapi oleh rakyat Malaysia.

      Delete
  23. sangat ironi puak2 yg saling berlawanan roh perjuangannya mampu berpura-pura saling "terikat" laksana sebuah jemaah yg punyai nakhoda.

    Sedangkan bagi mereka yg punyai akal, "terikat" puak2 ini hanya untuk menghadapi "musuh" yg jauh lebih kuat.

    dengan pelbagai dusta dan fitnah mereka membuai nafsu dan keinginan golongan yg jauh dari sifat syukur atas segala nikmat yg masih ada untuknya.

    Puak2 ini membawa matlamat yg akan membatalkan antara satu sama lain.

    Lihatlah bagaimana mereka saling "memuji,bermanis muka,bantu-membantu" sebelum mendapat kuasa.

    Dan mereka memperlihatkan taring dengan wajah yang bengis lalu akan saling berkhianat dengan rundingan sulit sebahagian dan meninggalkan sebahagian yg lain (bergantung pada pecahan kuasa yg dimiliki).. benar2 mereka tidak mampu lagi berpura-pura setelah kuasa berada didalam genggaman.

    Selangor, p.pinang dan kelantan merupakan bukti nyata apabila yg HAQ pasti akan melumpuhkan yg BATHIL.

    apakah tiada pelajaran yg mampu diambil apabila puak2 ini saling melakukan pengkhianatan sehingga musnahnya "ikatan" songsang mereka berkali-kali.

    sesungguhnya hanya mereka (rakyat) yg kenal sesuatu yg HAQ,in shaa Allah mampu berlepas diri dari segala ke BATHILAN yg dijual beli oleh puak2 yg dahagakan kuasa demi rohnya.

    sejujurnya aku lebih rela bersama kepimpinan yg jelas nakhoda beserta rohnya..

    selama puluhan tahun diadu domba dan fitnah yg bercampur baur antara yg benar dan yg palsu, yang kadangkala membuatkan hati bergolak.

    Dan bukanlah sifat "perjuangan" itu semata-mata untuk meruntuhkan sebuah pemerintahan.
    Dan bukan juga dinilai kebijakan dan ilmu semata-mata untuk berpegang pada kemungkaran sebuah pemerintahan.

    namun apabila aku diperlihatkan betapa sumbangnya sifat puak2 serigala itu .. maka jelaslah padaku sesungguhnya mereka itulah gambaran pada segala fitnah dan adu domba yg sering dijajakan.

    Tanah ini tetap subur dengan rahmatNya
    Tanah ini masih besar nikmatNya
    Tanah ini penuh dengan pengajaranNya
    Tanah ini di isi dengan ujianNya

    Dan sekiranya kamu bersyukur nescaya akan diberi olehNya kepimpinan yg diredhai.

    Sedarlah jika kamu mahu menggantikan sebuah pemerintahan ikutlah pada dua perkara yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

    Sebaik-baik golongan yg berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah adalah para ulama dan ilmuan.. jika majoritinya dekat pada umara' maka ikutlah padanya.

    dan berpalinglah dari mereka2 yg gemar mencela para ulama, umara' dan para ilmuan .. itu lebih dituntut oleh Allahswt.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..
      Alhamdulilah..betulah apa sedara kata tu..semua yang berlaku skrang adalah fitnah/tuduhan liar yang tak berasas semuanya..
      Najib songlap duit rakyat tu fitnah..
      Najib luluskan pembayaran kat company dummy tu fitnah..
      Duit beratus juta dalam acc najib tu pun fitnah..
      Najib dah pun saman semua yang fitnah dia..
      Najib lantik diri jadi maharaja melalui kuasa MKN pun fitnah kan sedara..
      Semua tu salah Tun M,sebab najib tak bagi mukhriz kuasa,sebab najib tak dengan arahan Tun M kan sedara..
      Kesimpulan nya..semua yang berlaku dan diperkatakan adalah fitnah semata2..
      Semua yang ada di pihak PH ni serigala yang ganas,yang cuba menghancurkan Malaysia demi kepentingan peribadi..
      Jahat sungguhkan sedara PH ni..
      Kesian kat sedara,sanggup mempekakkan telinga,butakan mata..cubalah sedara kaji betul2 tuduhan/permasalahan yang berlaku sebelum sedara menyalahkan semua tu fitnah..dengan segala bukti yang jelas,nyata..
      Tapi sedara.mcm mana pun kesimpulan nya tun M juga lah yang salahkan sedara..najib tak,dia ok..

      Delete
    2. erm.. sememangnya ia masih bersifat fitnah selagi ia belum diadili di dalam makamah manusia (dalam atau luar negara)bukankah demikian lebih baik wahai saudaraku. Sedang pengadilan-Nya kelak adalah sesuatu yg pasti (maka bersabarlah).

      Tun sendiri diwaktu pemerintahannya dihujani dengan segala macam dakwaan dan berpeganglah secara zahir ia masih bersifat fitnah (kerana tiada dibawa ke muka pengadilan).

      Anwar juga dibelenggu dengan pelbagai fitnah, tetapi terhukum atas kesalahan liwat dan bukan atas fitnah yg berbagai warna.

      PH tiada nakhodanya, ia sesuatu yg melanggar akal yg waras. lebih bersifat membawa bencana dari rahmat.

      bukan tulisanku yg harus kau kesalkan .. sebaliknya renung dan berfikirlah sejujurnya.

      perihal ungkapan serigala hanyalah perumpamaan.. erm bukankah demikian sifatnya yg lebih sesuai.


      Delete
    3. Erkk...isu 1mdb masih lg dlm kategori fitnah? Aku yg x salah baca laporan DOJ @ anon 20:48 yg x faham english? Isu yg dibangkitkn adlh PERMASALAHAN. Hutang negara menimbun sejak si bijan pimpin negara & kerakusan pemimpin2 atasan menyamun duit rakyat & harta negara ini semua adlh PERMASALAHAN yg wajib diselesaikn dgn SEGERA kerana kesan nya amat BESAR pada negara & rakyat. Ttg isu "NAKHODA" ni x usah la nk bimbang umpama mcm negara nk melingkup dah. PERCAYALAH...bila dah dapat mandat memerintah nnt..semua jawatan akan terisi termasuk la jawatan "NAKHODA" yg saudara bimbangkn sgt2 tu. Bukan PENULISANMU yg ku kesalkn...tetapi PEMIKIRANMU yg aku bimbangkn

      Delete
  24. IBRAHIM AL KATAKI MENCARI DEDAK. EHH KATAK MAKAN DEDAK KER? HAHAHA. SELAGI NYAWA BELOM SAMPAI HALKOM, DEDAK MESTI KENA CARI. JGN SERAH KPD TAKDIR SEMATA. KENA USAHA TERUS CARI DEDAK. ITULAH AL KATAKI. KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. Salam

    Nampak sgt kamu semua yg beri komen isu ini tidak mengerti tindakan Tok Him. Kamu semua mudah menudduh sedangan kamilah yg dedak Presiden kami buat satu kenyataan meminta Bersatu nyatakan dgn terbuka agenda perjuangan Melayu oleh Bersatu.

    Kami mahu orang Melayu semua mendengar/membaca secara jelas kenyataan terbuka melalui media bukan hanya di ceramah2 umum yg masih tidak ada hujah yg jelas dan kuat agenda Melayu.

    Yes.Perkasa belum boleh terima mana2 parti yg bersekongkol dgn parti DAP. Dulu kita serang cukup2 Pas kerana berkawan rapat dgn DAP sehingg tifak berani sebut hal2 Islam dan Melayu sbb tu Perkasa menyeru org Melayu menyokong BN di PRU13. Skrg PAS sudah tinggalkan DAP, kita pulak nak sokong Bersatu yg nak kerjasama dgn DAP parti yg menjadi dalang usaha NGO tertentu dlm program kristianisasi dan LGBT?

    Salahkah Presiden Perkasa bertanya secara terbuka? Apakah kita hanya boleh kritik UMNO dan BN tetapi tidak terhadap Bersatu?

    Tahukah dlm Perkasa masih ada lagi 50% ahlinya adalah ahli UMNO? Perkasa adalah NGO. Suara Presiden mestilah mencerminkan suara NGO bukan suara pribadinya.

    Kamu yg tahu nak kritik Ibrahim Alai apa dah kamu suarakan utk otang Melayu? Apa yg telah kamu lakukan utk siarakan kepentingan Islam dna Melayu???

    Kami menyokong kenyataan Presiden kami. Kami bukan NGO suruhan. Kami bukan barua sesiapa. Saya nasihatkan kalian, tolong jangan jadi barua sesiapa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan apa pulak si berahim ni dah buat untuk orang melayu ya syed hassan? Senaraikan TIGA perkara terpenting yg telah dibuat yg boleh dibanggakan oleh orang2 melayu

      Delete
  27. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete