Saturday, 10 September 2016

ADNAN YAAKOB SECARA TERSIRAT MAHU SEPENGGAL LAGI SEBAGAI MB PAHANG

Sehari selepas menunjukkan aksi pelik menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kaki bagi membuktikan dirinya benar-benar sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob kemudian "membayangkan" tidak mahu bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang.

Berucap di mesyuarat perwakilan UMNO Ketereh, Kelantan semalam, Adnan berkata, hasrat itu dibuat kerana beliau sudah  berkecimpung dalam politik agak lama iaitu lebih daripada 30 tahun.

Bagaimanapun, kata Adnan lagi, setakat ini beliau melihat belum ada calon yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar Pahang.

Wayang apa pulak Tok Nan ni?

Kata nak bersara, tapi beritahu tiada pengganti sesuai dalam waktu yang sama. Tak pelik ke?

Nak bersara...bersara sajalah!!

Maknanya, dalam kata tak mahu bertanding dan memberitahu sudah 30 tahun berkecimpung dalam politik, Adnan juga sebenarnya sedang memohon pertimbangan Najib agar diberi peluang bertanding lagi dengan harapan dapat terus kekal sebagai  Menteri Besar.

Tiada calon yang sesuai, bermakna Adnan merasakan hanya beliau saja yang sesuai dan itulah yang sedang cuba mahu diberitahunya kepada "orang"  di Seri Perdana dan mudah-mudahan mendapat perkenan juga dari Istana Pahang.

Melopong lagilah Shakar Shamsuddin yang khabarnya dah lama berangan-angan dan lobi sana sini nak jadi Menteri Besar Pahang. (SH 10/09/2016).

24 comments:

  1. Dua-dua adnan kena bersara. Satu lagi tengku palsu keturunan india..adnan bin mansor bin hj baba. Menyemak..pegi jaga cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiish awak ni.. macamlah tak pernah ada nama tengku baba

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Semekom, tu biase la bang, Benda ni biasa Jadi kat org yg Rasa Dia masih diperlukan atau Rasa Mcm nyawa2 ikan. Kalau Kat syarikat Benda ni selalu Jadi. Nak jumpe bos minta naik gaji segan. Jadi bila Rasa masih bergunna pada syarikat, hantar la surat berhenti Dan harapan bos akan pujuk dgn jawatan atau naik gaji, tapi kalau bos Rasa memang dah tak diperlukan, bye2 la. Tu org Panggil Tolak2 sayang.

    ReplyDelete
  3. Adñañ Yaakob wajar diberi peluang utk terus memimpin Pahang.

    Memang betul di Pahang belum ada calon yg benar2 layak. Tambahan pula beliau adalah MB kesayangan Sultan Pahañg.

    Kalau adapun calon lain yg layak ialah Tuan Ibrahim Tuan Man. Itupun beliau kena menang kerusi Adun dulu.

    Cuma beliau akan menghadapi masalah konflik kepentingan bila terpaksa menjaga hati raja dan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Ini isyarat kepada Datuk Seri Najib jikalau tak bagi Adnan jadi Menteri Besar, akan berlaku huru-hara diUMNO Pahang.

    ReplyDelete
  5. Perbuatan Mb pahang menunjukkn dia ada masalah otak. X sesuai lg jd adun @ mb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata dia, takde calon sesuai untuk menggantikan MB Pahang. Tahu lah! Siapa sanggup melayakkan diri dengan main wayang pena jari kaki oi Adnan?

      Delete
  6. Perbuatan Mb pahang menunjukkn dia ada masalah otak. X sesuai lg jd adun @ mb

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..apasal??? kalau tengok menteri2 Umno semuanya ada masalah otak yg lebih teruk dari Adnan spt anak Keruak, Rahmah, Nazri, Zahid, Khairy, Mat Azalin, Ismail, Nan Mansur..semuanya kalau beckp menunjukkan masalah otak mereka yg tak betul.
      Adake pencuri duit 1MDB, mereka masih sokong jd President. Kan orang gila tu.

      Delete
  7. Mmg betul tu hanya Adnan yg layak! Beliau bukan saja sihat malah tak akan mati.!!

    Seluruh org pahang spt taik kentut dia saja. Hanya dia yg bijak dan layak jd MB. Orang lain semua bodo2 belaka!

    Tanpa Adnan Yakob, mati keras org pahang. Bukan saja org lain tak layak sbg MB Pahang...nak berangan angan jd MB pun tak layak!!

    Biarlah Adnan Yakob jd MB Pahang sampai kiamatpun! Sebab sehingga kiamat sekalipun, tak seorang org Pahang yg akan mampu dan layak jd MB!

    Hanya Adnan Yakob satu2nya manusia yg boleh menjawat jawatan sakti sbg MB Pahang!!!!

    Kah kah kah jangan tak caya...!!

    Hanya MO1 yang layak jadi PM..org lain tak layak langsung.

    Hanya parti AMNO yg layak jadi kerajaan....parti lain semua tak layak.

    Hanya Pas yg Islam...selain parti pas, semua parti lain ialah parti org kapir...

    Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. loud n clear..

      Bila dah lama pegang jawatan, ini sindrom nak jadi tuhan pulak. Ini sifat semulajadi orang2 kaya. Berlagak macam tuhan bro.

      Barag jangan ingat mereka ini akan sedar diri. Mati sekalipun mereka mahu mati secara tegak.

      Mujur x ramai melayu faham masalah ni. Melayu hari2 bercakap arab, tapi mereka sendiri x paham habuk apa yg mereka cakap. Sbb tu suka bodek mcm burung belatuk di mana2. X ramai.yg tahu membaca, ramai yg hanya mendengar. Yg menulis lagi dah makin pupus.

      Delete
  8. Rumah kata pergi kubur kata mari sedarlah diri tu dlm dunia ini yg tak boleh diganti hanya allah yg satu saja yg lain semua ini boleh ganti cakap tak serupa bikin agaknya org melayu umno ini memamg bodoh tolol ikut saja cakap ketua he he he he

    ReplyDelete
  9. Perkara brkaitan dgn 1MDB sudah mula lenyap.Kebanyakan nye certa buat masa ini Nan cicak kobing,Husam,anuar salam mahathir.Ini lah perjuang sekerat jalan.Bila kenangkan kembali ya kalau lah memang pembangkang adakah pembangkang ini akan buat saperti macamana Pmerintah Turki buat.Tangkap nye semua yang terbabit untuk menjahamkan kerajaan.Mat sabu dah tentu kesian dgn Mathir sebab orang tua dia kata.Percaya lah kalau Mathir tidak dihukum tidak akan timbul keadilan diMalaysia ini.Anuar lagi biar lah dia dah tua .kita tak berdendam dgn depa.Ini bukan masalah dendam .Ini masalah keadilan yang perlu dilaksanakan.sejarah dimalaysia ini orang orang besar buat salah bebas.Banyak yang kita dengar certa secara terang dan nyata contoh altantuya dgn kes kapal selam nye .dana rakyat mengikut komisen yang diterima oleh razak baginda 30 juta entah lebih lagi.Mana SPRM.Ini dana Rakyat.Peminpin Melayu Yahudi Pengkhianat Durjana Anak Bangsa bebas sebebasnye menghancurkan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan 19.30, sumer jabatan dan agensi2 haramjadah ni bukannya dicipta mahupun dibangunkan untuk menjaga rakyat.

      Polis, Askar, SPRM dan segala apa lanjiao dibangunkan untuk menjaga dan menjadi khadam orang yg berkuasa dan kaya. Jgnlah perasan, ini semua untuk kesenangan rakyat.

      Ini sumer dibangunkan untuk kerajaan membuat perniagaan. Kutip cukai dan saman adalah punca pendapatan kerajaan. Tanpa cukai, saman dan perniagaan, xdak sapa nak sedekah seposen pun kat derang ni.

      Delete
    2. Kepada anon 19:30 & anon 20:58
      Ya mmg sy setuju kenyataan saudara berdua. Sebab itu la andaikata menang pilihanraya nnt...PERKARA PERTAMA YG WAJIB DIBUAT ialah siasat semua menteri2 & bekas2 menteri tentang asal usul harta mereka. Andaikata ada terpalit dgn rasuah, mkn dedak @ menyamun duit rakyat...RAMPAS rumah, duit dlm bank, segala harta yg ada & hasil rampasan itu WAJIB disalurkn utk kesenangan & kemudahan rakyat. Ini kerana tindakan itu di ibaratkn seperti MEMULANGKAN KEMBALI KEPADA PEMILIK NYA!

      Delete
  10. Dia tau kapal nak tenggelam dah....bijak jugak dia ni

    ReplyDelete
  11. Tak cukup lagi kumpul kekayaan. Kalau dah kepala ada usd2.6b, anak buah paling kurang usd1.5b.

    Betul kata pengerusi umno gelang patah. Umno skrg bukan utk melayu, tetapi utk najib termasuklah konco nya.

    Hidup Untuk Macai Najib Only

    ReplyDelete
  12. no omar nan yakub konan ni jenis muka perat

    ReplyDelete
  13. Huh..Adnan..mula2 jadi MB dulu bagus saya lihat,lama2 macam dh nyanyuk.Tiada org yg layak jadi MB Pahang.Betul sebab yg adapun 2x5 dgn dia.Shakar..dulu bagus juga..lama2 2x5 juga.Dan ramai lagi ADUN yg berkaliber.Kalau saya balik pahang,saya hanya cari ikan Patin di Temerloh.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Kelayakan asas yg diletakkan oleh adnan utj ganti tempatnya: Calun mestilah boleh letak pen dan menulis guna jari kaki. Takde calun lg tu.

    ReplyDelete
  16. Ternyata adnan belum makan ubat atau telah kehabisan ubat. Login akal, takkan ada manusia normal yg boleh bertindak seperti adnan. Hanya mereka yg tidak sihat atau bahasa mudahnya kurang akal @ hilang akal sahaja yg akan bertindak demikian..

    ReplyDelete
  17. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete