Thursday, 11 August 2016

PARTI BERSATU SUKAR DILULUSKAN?


Kemungkinan kelulusan pendaftaran parti BERSATU akan melalui jalan sukar  adalah hakikat yang barangkali harus diterima oleh Tun Mahathir Mohamad yang mengharapkan melalui parti baru itu dapat menyingkirkan Najib Razak pada pilihanraya umum akan datang.

Sekurang-kurangnya dua alasan bakal menjadi halangan parti itu daripada diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan:-

- Logonya yang menggunakan bunga raya sebagai logo rasmi. Bunga raya adalah bunga kebangsaan dan penggunaannya mungkin tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan ke atas mana-mana parti politik, lebih-lebih lagi yang jelas bersifat untuk menumbangkan UMNO dan menyingkirkan Perdana Menteri.

- Penggunaan singkatan perkataan BERSATU daripada nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 
Walaupun Tengku Adnan Tengku Mansor mengemukakan bantahan terhadap penggunaan perkataan "bersatu"  itu atas alasan ia perkataan yang sering digunakan umum dan mungkin mengelirukan orangramai, sebab sebenar ialah kerana lagu rasmi UMNO sendiri banyak menggunakan perkataan "bersatu", selain slogan UMNO pula ialah "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat".

Jika parti BERSATU diluluskan, ia tentunya bakal menjadi gangguan jiwa kepada UMNO kerana setiap kali ahli-ahlinya menyanyikan lagu UMNO, mereka secara tidak langsung sedang mempromosikan parti baru tersebut.

Ia juga membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya Najib Razak sentiasa keberatan untuk membuka mulut bagi sama-sama menyanyi ketika lagu itu didendangkan.

Dengan itu, sesuai dengan bantahan yang dikemukakan oleh Ku Nan, pemimpin nombor tiga paling berkuasa dalam UMNO itu, besar kebarangkaliannya adalah  pendaftaran BERSATU tidak akan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Ia dalam masa yang sama akan memaksa jawatankuasa penaja BERSATU untuk menukar logo bunga raya itu dan memilih singkatan perkataan lain selain daripada BERSATU sebagai singkatan untuk namanya.

Penggunaan perkataan "bersatu"  untuk nama parti mungkin tidak menjadi masalah kerana UMNO sendiri bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan PBS pula adalah singkatan Parti Bersatu Sabah, tetapi penggunaan nama BERSATU sebagai sebutan harian sesebuah parti yang merupakan saingan UMNO dan menyebabkan pula UMNO menyebutnya berulang-ulang dalam nyanyian, mungkin sukar untuk dibenarkan.

Barangkali, jika bukan bunga raya sebagai logonya dan singkatan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipilih juga hanya PPBM misalnya, maka ketika ini pasti sedang tersenyum simpullah sekalian pimpinan UMNO menyambut kehadiran parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir itu. (SH 11/08/2016).

57 comments:

  1. PEKEMBAR adalah nama parti baru yg patut dicanangkan !!!!!! Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila ker ketawa sorang sorang

      Delete
    2. PBS bukan parti bersatu sabah..ku nan ni bengong dan takut

      Delete
  2. Bodohnya Tengku nan bersuara....
    Menunjukkan umno sudah kecut perut dan takut pada bayang bayang 'Bersatu'. Apa kah ku nan fikir orang yg dah benci pafa umno akan balik mengundi umno jika 'Bersatu' tidak diluluskan.
    ...fikir fikirkan lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kata "Tun M baling gelas pun tak pecah".. baru dengar nama BERSATU dah menggelupur tengku palsu ni..

      Delete
  3. Tanda2 kekalahan UMNO....

    Perkara-perkara remeh sengaja diketengahkan...saja nak cari alasan.

    Sebenarnya letaklah nama apa pon selagi tak yg mengarut...insyaAllah menang. Doa rakyat yang dizalimi itu makbul doanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka Tun M memperbaiki umno dari dalam.
      Doktor ada ubat dan mungkin ada juga cara untuk buat orang sihat menjadi sakit.

      Delete
    2. Dah xada apa yg nak dibaiki dah pada amno tu

      Amno dah kena Kanser stage 4

      Dr M dah 'nasihat'kan supaya amno di'discharge' je bawak balik rumah tunggu hari kojol

      Delete
    3. Omputeh kata 'beyond repair' dah, lagipun isi dah busuk dan berulat, dan dah tak boleh nak buat apa-apa lagi dah, hanya menanti ajal sebab dah lama sangat tenat.. tulah pasal.. dulu suruh potong punca buat tak tahu.. degil.. jadi sekarang ni kes 'standby' untuk sebut innaalillaa hiwainnaa ilaihiraa ji'uun aje dah.. Aamiin.

      Delete
    4. Yang diambil Tun M dari ameno ialah org2 melayu yg sayangkan negara bersatu untuk selamatkannya dari perampok...

      Delete
    5. Umno dah reput anai2 byk sgt makan tunggu masa runtuh jer

      Delete
    6. usry sila move on la
      nabi s.a.w pun berhijrah

      Delete
  4. Jika logo Bunga Raya sebagai halangan kerana ianya Bunga Kebangsaan negara, bagaimana pula Parti MCA boleh guna Logo Bintang yg diambil daripada Jalur Gemilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul betul

      Delete
    2. Pemimpin ameno ni mmg x de niat pun nak luluskan parti ni..ibarat telunjuk lurus, kelingking bertaut..

      Delete
    3. Alasan yang susah akal fikiran nak terima

      Delete
  5. Ape Kate tun minta cadangan dari semua, pemimpin Dan penyokong. Tak payah la sampai buat peraduan n Mesti ada yg matching . Kalau boleh akur je la dgn pihak yg memegang kuasa. Janji tak merumitkan keadaan. Semua pihak tak ada alasan Lagi roger .

    ReplyDelete
  6. tak kanlah itu jadi masaalah besar snagat
    kan pati baru ni ada orang yang pandai pandai
    carilah idea lain
    jnagn nampak lekeh snagat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adnan mansor gunakan gelaran tengku dibolehkan pula.

      Delete
    2. Kalau takde conflict of interest, nama apa2 pun boleh, lain lah kalau nak letak nama Umnoo mmg ler tak lulus

      Delete
  7. Pandai ni ada banyak Jenis bro. Ada pandai cakap, pandai kerja, pandai memimpin, Dia tak pandai satu Benda, tapi Dia pandai Benda lain. (Pandai hutang tapi tak pandai bayar pun ada). Open utk Semua. Mesti ada yg betul2 cunn .

    ReplyDelete
  8. Logo dan perkataan tersebut tidak pernah didaftarkan di bawah Akta Intelek oleh mana mana pihak dan tidak boleh dijadikan alasan untuk ROS menolak.

    Pilihan tetakhir, daftarkan PERKASA sebagai parti politik.

    ReplyDelete
  9. Yup, Saye nak daftar name kompeni sampai kena buka list. Pasal org lain dah pakai, Pasal dah bagi 3 nama berlainan. kalau pakai gak org boleh saman, tu yg pegawai Ssm cakap.

    ReplyDelete
  10. Kata madey baling gelas pon tak pecah....sekarang dah gelabah

    ReplyDelete
  11. Satu jerr aku respect pasal ku nan ni....dia tak pakai anti ageing product....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak gila... kah kah kah.. kereput macam asam kecut:)

      Delete
    2. ...mentekedarah anti ageing UNtoyiban @ walHARAM...mana tuhan nak egeeinnn....

      Delete
    3. muka hodoh tu tuhan yg cipta, perangai hodoh tu ciptaan sendiri.

      Delete
  12. Roti nan dalam takar
    Lupa ambil roti pun hangus
    Tak reti ikat tertanggal seluar
    Nasib tak nangis meleleh hingus

    Suka hati nak cakap apa
    Sebab kuasa dia yang punya
    Tapi ingat janganlah lupa
    Parti baru nampak auranya

    Bila nanti kuasa terlepas
    Tentunya lari umpama lipas
    Sebab subahat si tukang kebas
    Mana nak lari sesaklah nafas..

    Kata tak hairan sikit tak gundah
    Baling gelas pun gelas tak pecah
    Tapi nampak nya aku yang susah
    Belumnya lulus disambut meriah..


    ReplyDelete
  13. “Saya ahli Umno, dan saya tidak nampak apa-apa salah dalam parti itu dan jika terdapat apa-apa yang salah dalam parti, saya akan memberi cadangan, pendapat dalam parti."

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/11/ku-li-ikrar-setia-bersama-umno/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengku Razali ni elok pencen je la

      Dia ni bukan setakat dedak tapi cacing cengkerik semua dia dh balun

      Delete
    2. Anonymous 23:51. Iyeke?. Che-eh, iye-iye-ah aje. Ha ha ha..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. Anon 22.52, saya setuju dengan saranan tuan supaya Tun memperbaiki umno dari dalam.Saya percaya YAB Tun telah lama mencuba ini tetapi apakan daya tidak mendapat sokongan dari orang2 umno sendiri, lebih2 lagi yang telah termakan dedak haram Najib.Malah inilah usaha YAB Tun yang mula2 sekali.Tetapi setelah usaha murninya tidak mendapat sambutan malah beliau dicemuhi ,dari situlah bermula apa yang berlaku pada hari ini.Pendek kata Tun sudah habis bersabar.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah x leh repair dari dlm lg dah, its rotten to the core, nama ameno yg dah busuk tu, febreeze pun x boleh ilangkan...sbb tu kena bukak parti baru..sejarah silam ameno sudah dirosakkan oleh petualang2 smp x boleh selamat lg...

      Delete
    2. nak baiki dari dalam apa nya
      tun M bukan ahli umno lagi

      Delete
  15. Berapa byk club bolasepak di dalam dunia ni yg menggunakan perkataan united dan bermain dalam liga yg sama tidak menimbulkan sebarang masalah pun.
    Kenapa? Umno dah beli ker perkataan bersatu?

    ReplyDelete
  16. Kalau tukar nama parti Bersatu kepada ISTI=Ikatan Suami Takut Isteri,dengan logo kepala perempuan,...tetap akan ditolak permohonan kerana dituduh memperli.Apa sahaja nama dan lambang yang digunakan akan tetap ada alasannya untuk permohonan ditolak.Pihak Tun sudah pun menjangkakan tindakan mereka ini,kerana kerajaan Bugisman sudah tidak lagi mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  17. Kah kah kah takut dah balaci dan umno bn

    Gelabah kering kepanasan

    ReplyDelete
  18. UMNO bleh flush dlm jamban je....rotten to the core. Parti apa pun kalau kepala yg memimpin itu elok dan terbukti kita sokong jer. BERSATU selayaknya dicuba kerana Tun M adalah negarawan terbukti.

    ReplyDelete
  19. gabungan bersatu,pakatan harapan dan parti shafei pasti mengalahkan pengkianat negare dan rakyat seperti najib razak bn umno kroni penyamun2 pru14.pru13 cume 47 peratus ja yg undi bn umno.pru14 jumlah itu pasti meningkat hingga 55-60 peratus undi total buat bersatu - pakatan - parti shafei. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  20. Aku rasa tak dapat kita nak gunakan perkataan Bersatu tuh. Kalau dah Tengku palsu cakap gitu, RoS pun mesti ikut.

    Jenis feudal masih hormatkan nama Tengku bukan main, tak kisahkan nama sebenar si Adenan tu ia lah "Teuku" - nama ramai orang gunakan di Acheh, tempat asal usul nya.

    Dia sendiri pernah mengaku begitu tapi nama dalam MyKad dia "Tengku" kot - kalau gitu, Pegawai Pendaftaran pun di tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros tu Rosmah ke?
      Mesti le ikut cakap Najib.

      Delete
  21. RoS di bawah Menteri Dalam Negeri. Kita tahu lah siapa Menteri nya. Ada yang sangka ada kaitan dengan "tangan ghaib" (hidden hands - istilah yg di gunakan dek bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM) yang tukarkan serta merta tempat kerja pegawai pegawai tinggi PDRM dan SPRM dulu.

    Jia betul begitu, tentu lah RoS pun takut si "tangan ghaib" bukan main lagi. Ini Kerajaan kuku besi sekarang. Kena fikirkan cara cara lain untuk mendapat keadaan berpatut di negara ini. Termasuk cara himpunan aman di bawah Peaceful Assembly Act.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan khuatir membalun mna yg tidak patut -

      Appeals court: No one should be afraid of criticising govt

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/08/appeals-court-no-one-should-be-afraid-of-criticising-govt/

      Federal Constitution allows people to exercise freedom of speech, court says in written judgment when setting aside defamation suit by Pahang MB against newspaper.

      PETALING JAYA: The public should not be afraid to talk about government and public officers’ conduct, says the Court of Appeal.

      In a 31-page written judgment by Court of Appeal Judge Justice Idrus Harun, in the case of Pahang Menteri Besar Adnan Yaacob suing Utusan Melayu for defamation, he noted the people should discuss their government and public officials’ conduct without being subjected to civil actions for their opinion

      The panel .. that the Derbyshire principle, which rules that those holding office in public bodies .. cannot sue in their official capacity, should be applied and be adopted in the country’s defamation laws.

      Delete
  22. BERSATU tak akan dibenarkan? Kalau camtu kita tambah sikit perkataan2 'Alternatif' dan 'Tanahair'. Panjang sikitlah. Dia jadi 'Parti Alternatif Pribumi Tanahair Bersatu Malaysia' atau singkatannya ALTANTUYA. Logonya kalau tak boleh Bunga Raya, kita tukar Bunga Api.Boleh ke Teuku Nan?

    ReplyDelete
  23. PILIHANRAYA UMUM sudah menjadi menjadi PILIHANRAYA KHAS. Hanya org tertentu shj boleh bertanding, boleh jadi utk difikirkan juga mungkin pengundi hendaklah dr kalangan yg telah dikenal pasti.


    ReplyDelete
  24. Najibur akan sekat penubuhan parti baru ini habis-habisan.Dia nak wujudkan pergaduhan dan rusuhan,agar PRU ditangguhkan.Oleh itu,atas alasan menyekat cubaan menjatuhkan kerajaan,maka dia akan terus berkuasa sehingga dia mampus.Pilihanraya yang adil hanya akan membawa Bugisman dan pengkhianat negara sekelian ke penjara.

    ReplyDelete
  25. Wahai org pan, sedar la diri korang ape? Berasal drpd tong sampah pas je,,bersatu pulak berasal dari tong sampah umno,,,elok beno tu,,sampah dgn sampah bersatu, bnyk la makanan anjing ppinang lps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marahnya orang UMNGOK ni..dah takut ke 'sampah2' ni recycle jdi barang berguna balik? Sampah bukan sebarang sampah macai2 UMNGOK, terimala orang lain mahukan perubahan, keadilan. Klu yakin Najib xbersalah biarkan semua berjln dgn adil. Penubuhan BERSATU berlandaskan jln yg betul & cara menjatuhkan Najib juga bukan jln pintas or jln belakang tapi berdepan2.

      Delete
    2. Bukan jalan pintas konon.....yg korang ikut tun demo jalanan utk jatuhkan Najib tu apanya??? Oh,,dah gagal jln pintas baru nak guna jln betul? Besok, dah jln betul tak berjaya,,guna jln pintas pulak. Memang korang ni tak boleh di harapkan....

      Delete
  26. Awat? UMNO dah patentkan perkataan BERSATU? Tiap kali kita na pakai berstau kena minta kebenaran UMNO? Tengku ciplak bodoh!

    ReplyDelete
  27. nama di surat beranak adnan bin mansor....

    tiba2 ada tengku di depan...dan digunakan secara rasmi..... BOLEH KE?!?!?!?@

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete