Friday, 12 August 2016

IBRAHIM ALI PILIH BERSATU?


Dalam melontarkan ulasannya mengenai pelbagai reaksi pemimpin UMNO terhadap penubuhan BERSATU yang masih dalam proses pendaftaran, Ibrahim Ali dalam masa yang sama juga tidak melindungkan keghairahan dan "jatuh cintanya" kepada parti baru itu.
Soal sama ada (BERSATU) mendapat sokongan atau tidak daripada rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan. Beri mereka ruang dan peluang, demikian antara ulasan beliau.

Apakah ini tanda-tanda bahawa Presiden Perkasa itu bakal menyertai BERSATU apabila pendaftarannya diluluskan nanti?

Adakah BERSATU merupakan pilihannya untuk kembali berpolitik sebagaimana yang pernah diperkatakannya sebelum ini bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menyertai sebuah parti politik bagi membolehkannya bertanding semula dalam PRU 14 akan datang?
Adakah, sekiranya menyertai BERSATU, ahli-ahli Perkasa akan turut mengikut jejak langkah Ibrahim Ali?

Dalam BERSATU, apa agaknya jawatan yang akan diperolehinya? (SH 12/08/2016).

33 comments:

  1. Rampas 20-30 parlimen umno, bn pasti jatuh. Jawatan kemudian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 20 - 30 je ,tentu calun DAP atau PKR yg akan jadi PM.elok benarlah tu.

      Delete
    2. Tak payah risau pasal DAP.... yg penting kita selamatkan Malaysia dari penyamun dan pencuri.

      Delete
    3. 17.45 bebal. Rektorik PM dari bangsa lain cuma dimainkan oleh macai umno.

      Delete
    4. 17.45...tak payah hebohkan perasaan insecure kau tu, satu dunia tau itu retorik umno.

      Delete
    5. Asyik skrip yg sama aja, bila melayu nak bersatu, lagu persengketaan kaum didendangkan..

      Delete
  2. Saya dah meyampah dengan UMNO/BN ni.

    Tapi nak sokongan pada Bersatu ni susah juga pasal dah banyak sangat parti melayu ni.Parti PR,PAS,AMANAH dan BERSATU.

    Tak tahu yang mana betul- betul memperjuangkan melayu/islam.

    Saya sokong kalau nak tumbangkan BN.
    Tapi kalau pembangkang pun tak boleh bersatu dan berkompromi,bagaimana nak ambil kerajaan?

    Ibrahim Ali ni pun tak boleh pakai Asyik lompat parti dan tak boleh dipercayai. Suka ambil peluang dimana saja dia boleh bertaut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kawasan mengundi anda. Kalau pembangkang letak amanah bertanding dun, bersatu tanding parlimen, pangkah mereka. Kalau tak setuju, tak payah keluar mengundi. Asalkan jangan undi umno/bn. Habis cerita. Tak payah kita peningkan satu malaysia.

      Delete
    2. bijak..
      war-warkan lagi bila dekat pru14

      Delete
  3. Selagi pas Dan pembangkang tak sehaluan selagi itu menjatuhkan umno misi yg sukar. Masing2 ada penyokong tetap. Undi pecah 3. Paling kuat Cuma rendahkan majority. Bab perkasa ni sukar nak ramal cara diaorang.Tapi kalau boleh tambah penyokong tak salahnya kita bagi ruang. Menang Dan pegang kuasa. Baru boleh cerita. Roger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agenda PERKASA ,utk Melayu dan Bputra,tpi kalau dah Bersatu + DAP + PKR,mahu ke lagi org Perkasa bersama Ibrahim Ali?.you can count me out.

      Delete
    2. Yang tak mahu bersama dia cuma yg tegar umno. Orang umno syok sendiri tak nampak & taknak jalankan survey sokongan rakyat terkini. 3 juta ahli umno? Kahkahkah..

      Delete
    3. 3 juta ahli umno? Kahkahkah...syok sendiri

      Delete
    4. Agenda tu dah menang boleh cerita, yg penting menang majority 2/3. Perkasa pun bleh tahan appa pengikut Dia, zul nordin mungkin lompat ke umno.

      Delete
  4. Generasi muda hari ini tak fikir sangat soal pembangkang bersatu di bawah satu payung atau tidak. Boleh kata 60%-70% tolak umno. Mereka lagi hebat pengetahuan politik dari orang tua2. Maklumat di hujung jari setiap masa, yang cerewet & teragak2 hanya golongan veteran. Undi cuma 1 tapi fikiran melilau jauh. Parti Bersatu mesti utamakan golongan muda. Beri mereka ruang bersuara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk keputusan sg besar dgn k,kangsar, majority berapa jauh berbeza dgn pru13. Saya belum 40, rase tak vatren lagi. Nak buat keputusan sendiri senang. Nak Bagi keputusan Kita menang kena berkumpulan la, Kalau 1 dun kita sorang je undi yg lain undi pihak lawan tak guna juga. Tu Pasal isham rais dikenali sebagai penghasut. Ada sebab. Org vatren tu. Politik muda.

      Delete
    2. Kalau bersatu boleh sapu semua kerusi dun negeri dan ambil alih kuasa kerajaan negeri mati terkangkang juga umno/bn

      Mcm selangor. Mati2 umno/bn nak rampas balik tapi tak dapat.

      Berapa byk negeri yg dikuasi umno/bn berada dalam titik panas? Jadi nak takut apa kat mereka.

      Kalau bersatu dah ada mustahil umno/bn boleh menang pru 14 ni.

      Delete
    3. Mimpi lah nak bersatu,Pemuda DAP awal-awal dah tolak Bersatu,apahal?.Melabak yg kutok Bersatu, nampaknya satu kerusi pun tak melekat.

      Delete
  5. Bersatu tombangkan umno....pergggh... tak sangka it's going to happen... amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi PAS masih dgn kepimpinan yg ada pada hari UMNO/BN akan selamat....kumpulan pembangkang masih kekal berpecah belah.

      Delete
  6. Walaupun kita berlainan fahaman...kita mesti BERSATU TUMBANGKAN UMNO/BN.
    Cukuplah BN, Malaysia sudah tenat kerana mu.

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita berlainan fahaman...kita mesti BERSATU TUMBANGKAN UMNO/BN.
    Cukuplah BN, Malaysia sudah tenat kerana mu.

    ReplyDelete
  8. Kalau BERSATU,Parlimen, AMANAH & PKR DUN, saya akan pangkah
    kedua-duanya. Takkan pangkah UMNO/BN. Atau PAS

    ReplyDelete
  9. baru ade 11 ribu likers.ayuh semua jadikan fb Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempunyai 1 juta likers menjelang pru14 boleh? https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/?fref=ts

    ReplyDelete
  10. aku lg menyampah. dh terang MO1 Tu si dia msh lg nak menipu rakyat. tak tau berapa banyak benda2 lain yg ditipu mereka. dianggap rakyat ni bodoh dan dungu. mmg cilaka wakil2 rakyat yg mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Melayu umno jerr yang masih tanamkan perasaan benci kat DAP, dan melayu umno jerrr yang masih takut DAP. Kalu majoriti takut kat minoriti 6 juta, itu paranoid dan tiada self confidence namanya. Ni abad ke 21 dah wehh, jangan lagi layan propaganda umno. Join BERSATU demi masa depan anak anak.

    ReplyDelete
  12. ada tambahan kawasan undi baru di sabah
    ini sudah pasti sukar nak jatuhkan amnobn

    ReplyDelete
  13. boleh lulus ke parti bersatu ni..

    ReplyDelete
  14. Suka suka suka
    Nyata dah
    Kelantan boleh dirampas
    Ppinang boleh dirampas
    Selangor holeh dirampas

    Seterusnya ialah terengganu yang ego
    Kedah yang takbur
    Perak yang sombong
    Melaka uang macai...

    Habis habisan la
    Hapuslah bn umno

    Ayuh desakan 27 ogos
    Ayuh desakan 29 ogos
    Ayuh desakan BERSIH 5

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Alahai dia masih nak main politik lagi ke janganlah ada parti yg sanggup menerma keahliannya yg mana akhirnya parti itu jadi mangsa biarkan dia terjun dengan labu2nya

    ReplyDelete
  17. Alahai dia masih nak main politik lagi ke janganlah ada parti yg sanggup menerma keahliannya yg mana akhirnya parti itu jadi mangsa biarkan dia terjun dengan labu2nya

    ReplyDelete