Wednesday, 31 August 2016

MASIH ADA YANG BELUM MERDEKA


Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 59. Setiap tahun kita meraikannya kerana itulah tanda kita bebas daripada ikatan penjajahan setelah ratusan tahun sebelumnya, silih berganti dirantai oleh beberapa negara asing sejak tahun 1511 lagi.

Merdeka sebenarnya mempunyai pengertian dan ruang lingkup yang sangat luas. Ia tidak saja bermakna bebas daripada penjajahan atau cengkaman negara asing, malah mengisinya dalam ertikata sebagai manusia yang merdeka, jauh lebih mendalam pengertiannya. 

Sebagai manusia, makna paling asas bagi merdeka ialah kebebasan serta keberanian untuk menyatakan antara yang benar dan yang salah. Tidak guna kita merdeka, mengaku merdeka atau berbangga setelah 59 tahun bebas daripada penjajahan, kiranya masih ada ketakutan untuk menyatakan kebenaran secara terbuka.

Tidakkah benar dan salah itu seperti berbezanya hitam dengan putih? Lalu, mengapa masih ada yang ragu-ragu untuk menyatakannya?

Sejak kecil kita memang diajar mengenal antara yang salah dan benar atau antara yang baik dan buruk. Kepada anak-anak juga kita selalu mengatakan demikian. Kita akan pantas mengatakan kepada mereka bahawa mencuri misalnya, biar sebiji telur ayam sekali pun, tetap salah dan berdosa.

Jika mengetahui ada kecurian, kita mesti melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kalau kita kenal pencuri pula, kita mungkin memberitahu pencuri terbabit bahawa mencuri adalah perbuatan yang salah. Kemudian, kita tentu akan menjauhi pencuri terbabit dan enggan berkawan dengannya. Berkawan dengan pencuri memungkinkan barang kita juga turut dicuri suatu hari nanti atau mungkin akhirnya bersubahat memakan hasil curi.

Pokoknya, seseorang yang kenal antara benar dan salah, bukan saja membenci perbuatan mencuri, berusaha mencegahnya dan akhirnya akan bertindak menjauhi pencuri terbabit.

Kiranya itu yang kita kita lakukan, itulah merdeka namanya dan bermakna kita sedang mengajar anak-anak kita erti kemerdekaan yang sebenar. Tidak lain erti kemerderkaan dalam diri seseorang melainkan kenal antara yang benar dan yang salah serta berani untuk menyatakannya tanpa bimbang terhadap apa-apa yang lain.

Tetapi, apakah merdeka namanya apabila kita terus menyanjung, memuji dan mencium tangan seseorang yang tiba-tiba dalam akaun banknya ada wang beribu-ribu juta yang entah dari mana datangnya?

Merdekakah jiwa kita jika seseorang yang ada ribu-ribu juta itu tetap dipertahankan setengah mati dengan mengatakan dia tidak melakukan kesalahan apa-apa atau tidak melanggar sebarang peraturan undang-undang negara?

Merdekakah andainya setelah seseorang itu mengaku memang dalam akaun banknya ada kemasukan ribu-ribu juta, tapi kita berhujah pula, "Saya kenal dia, dia bukan jenis yang curi duit orang" sebagai alasan untuk membelanya?

Merdekakah jika seseorang itu terus dibela, dipertahan, dipuji, disanjung dan dicium tangannya sedangkan nawaitu perbuatan itu bukan berasaskan benar atau salah, tetapi kerana ingin habuan, ganjaran atau takut kehilangan jawatan?

Apakah di dunia ini, yang difikirkan hanya habuan, ganjaran dan jawatan semata-mata?

Di sebalik usia merdeka 59 tahun negara, hakikatnya terdapat segelintir daripada kita yang belum lagi merdeka jiwanya. Masih ada yang sanggup menutup kesalahan dan menyembunyikan kebenaran semata-mata kerana ada ganjaran yang diberikan.

Mereka ini dengan rela membiarkan diri dijajah terang-terang di depan mata hanya kerana ingin mempertahankan kenikmatan hidup yang sementara. (SH 31/08/2016).

35 comments:

  1. Mngikut sejarah hari ini swak tdk trmasuk dlm mnyambutnya sbb mlysia blum trbentuk lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila komen di Facebook najib...kami disini x memerlukan komen anda.

      Delete
  2. Mngikut sejarah hari ini swak tdk trmasuk dlm mnyambutnya sbb mlysia blum trbentuk lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya sama itu hud-hud,..
      Lang Mensilang,..
      Kui mengsikui,..

      Delete
  3. TehLemon. Awat post sampai 2x. Hang waswas ka? Jgn marah tau. Hihihi

    ReplyDelete
  4. 31 Ogos 1957 - Sambutan Hari Kemerdekaan Malaya.
    16 September 1963 - Sambutan Hari Penubuhan Malaysia.
    Hayatilah pengertiannya jangan konfius jangan tertipu.

    ReplyDelete
  5. Merdeka, Merdeka, Merdeka...
    Cuba lihat di KLCC, Kompleks Kotaraya, Chow Kit. Bangsa apa kah paling ramai hari ini..? Mungkin pagi tadi yang dinamakan bangsa Malaysia ramai di dataran, tetapi di waktu ini bangsa asing menguasai seluruh kawasan yang saya sebutkan tadi. Merdekakah kita dengan kebanjiran bangea asing ini...

    Merdekakah kita jika kita tidak berapa selesa berada di KLCC, Kotaraya,Chow Kit di waktu ini. Seperti berada di negara asing. Bukan di Kuala Lumpur, Ibu negara Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangsa sektor 3D, bangsa ini masuk sekali dengan kemasukan RM ke akaun pengimport.lawak oh lawak dan tersangatlah komedi.bak kata dalam p.ramlee, untung lagi jual orang dari jual unta.

      Delete
  6. Bicara tentang merdeka, kita sedia maklum merasa semangat nasionalis mengalir dalam darah tidak seperti semangat menjadi seorang bilionaire yang merasakan aliran tunai duit berbilion RM dari syarikat 1mdb.Apakah nilai nasionalis dalam diri kita?

    1. Nasionalis kepada negara ialah semangat mempertahankan negara hingga ketitis darah yang terakhir.
    2. Nasionalis kepada bangsa ialah semangat rasis yang buta dan pekak kepada kebaikkan perpaduan seluruh bangsa yakni lebih kuat berbilang bangsa daripada menazikan/menserbia/meyahudikan bangsa untuk menindas bangsa lain walaupun tiada ciri sebagai bangsa yang boleh membawa kebaikkan kepada bangsa sendiri atau bangsa lain.
    3.Nasionalis kepada agama, yakni agama terbenar tetapi lebih banyak membelakangkan kebenaran dari menolak segala kemungkaran.Apakah ikut seruan agama tidak mampu bersaing hidup secara sihat bila tidak songlap dan berdiam diri terhadap kleptokrasi depan mata.
    4. Nasionalis kepada pemimpin iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah, bukan menjadi mesin menjawap kepada pemimpin yang selasanya tidak kunjung tiba.
    5. Nasionalis kepada diri, yakin kepada diri bahawa tindakan diri bukan melindung kemungkaran tetapi melindungi kebenaran hakiki.Jika saya seorang yang baik, saya boleh mempertahankan kemungkaran, saya juga boleh menegakkan kebenaran.Saya boleh jadi agen kebenaran daripada pembela kepada perbuatan yang salah.BERANI KERANA BENAR DAN TIDAK TAKUT MENEGAKKAN KEBENARAN.Takut kerana salah hanya menampak diri sebagai sebuah mesin menjawap permasalahan orang yang takut kepada perkara benar.

    Selamat hari merdeka kepada yang jiwanya benar2 merdeka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No1 : Berani bak pundekar mempertahankan diri sehingga duit syiling sen-sen yang terakhir sebelum negara bankrup.

      Delete
  7. Bila kita nak merdeka drp amalan rasuah ni ha?

    Menteri2 yg paling kuat makan rasuah.

    Lepas tu nak ajar rakyat. Buat kempen sana sini. Rasuah itu najis.

    Babi mana yg dok makan najis selama ni.


    ReplyDelete
  8. Kemerdekaan belum wujud dalam media massa.Lain berita yang heboh 1dunia lain lagi berita yang media massa utama siarkan.Selagi media massa boleh ditunggang sesuka hati mak bapak orang yang mengawalnya selagi itulah media massa tidak merdeka.Anda mungkin boleh menang saman berita yang tidak benar@fitnah tetapi anda tidak akan dapat memenangi hati makcik dan pakcik yang tidak mampu mendapat berita dari internet yang lebih bebas dari media massa cap keldai.Sesuatu perlu dilakukan sebelum makcik dan pakcik terpengaruh dengan siaran berita bersifat politik berbanding berita semasa peristiwa tempat lain(niat hendak tahu/ikut perkembangan semasa tetapi dapat pula siaran berita politik murahan tunggangan pihak yang sedang memperkudakan media massa)

    ReplyDelete
  9. 1957- merdeka dari british
    2017-merdeka dari umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno Najib... bukannya perjuangan Umno sebenar.

      Delete
  10. Bila lah agaknya rakyat kita akn Merdeka dari pemimpin2 Umno Hari ini yg bergelumang dgn najis rasuah dan menyamun duit rakyat. Kaum mereka kaya Raya tp rakyat menderita.

    ReplyDelete
  11. Merdeka untuk MO1 dan kuncu kuncu rapatnya yang terlibat dengan rasuah terus bebas menjarah harta negara.

    ReplyDelete
  12. Yaaa merdeka....komunis China dah mula beli aset negara...sehati sejiwa dengan China

    ReplyDelete
    Replies
    1. TRX sudah jadi milik China sebenarnya.Banyak yang Najib jual untuk tutup bangkai gajah.

      Delete
  13. Merdeka ke, ape ke, tetap kerja. Masa makan gaji cuti ni syok la, ot. La ni dah kerja Sendiri kena kerja gak. Nak buat camne. Terpaksa Jadi hamba kos sara hidup. Bukan hamba duit aaa. Redha je la.

    ReplyDelete
  14. Kita sebenarnya,lebih tepat lagi adalah menyambut Hari Mengingati Penjajah.Najib mmenggadaikan kembali Malaysia.Ianya umpama seorang bapa yang berkerja kuat membayar pinjaman perumahan sehingga selesai,datang si anak celaka...menjual kembali rumah itu kerana nak rasa ada banyak duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...
      Adalah nasib negara dapat PM mcm ni..
      Siapa yang pilih dia dulu..?
      Lepas ni apa lagi yang nak di gadai agaknya.

      Delete
    2. Orang yang 'pilih' dia bukan Tuhan yang tahu Najib akan buat khianat macam ni.Najib naik kerana dipilih oleh ahli-ahli UMNO.Tun hanya 'pick' dia.Kalau rakyat di Pekan tak pilih Najib,....Tun juga tidak ada kuasa untuk mencadangkan Najib sebagai pengganti Pak Lah untuk jadi Presiden UMNO.Orang yang segalanya adalah salah Tun,adalah juga berjiwa pengkhianat.

      Delete
  15. MERDEKA!...MERDEKA!...MERDEKA!...

    Laungan kemerdekaan 59 tahun yang lalu. Gema Laungan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka menjadi sinonim pada setiap ulang tahun kemerdekaan.

    Benar merdeka kah kita? Dari segi fizikal munkin dikira merdeka namun di jiwa dan mentaliti sesetengah kita masih terkongkong dalam jajahan minda.

    Kita melaungkan kebebasan bersuara...namun kekangan dikenakan disana sini.

    Kita melaungkan kebebasan sistem perundangan...hakikatnya AG bertindak sebagai hakim dan pendakwa.

    Kita melaungkan kebebasan hak...namun sekatan dan penggubalan perundangan menceroboh hak itu.

    Kita melaungkan ketelusan, amanah dan tanggung jawab...namun itu setakat laungan semata.

    Kita melaungkan anti rasuah....namun kita mendabik dada dan menyokong amalan rasuah terang terangan.

    Adakah kita benar merdeka?

    Atau merdeka itu bermakna hanya untuk "Pemimpin" yang bebas melakukan kesalahan dan penyelewengan?

    Atau merdeka itu bermakna kebebasan pemerintah menipu dan menindas rakyat tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab?

    Kita belum merdeka lagi!

    Rakyat masih dizalimi.
    Raja dan Sultan diperlekeh.
    Agamawan takut bersuara.
    Menteri dicucuk hidung.
    Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat berpaling tadah...demi kepentingan diri.

    Negara kita Malaysia kini telah 59 tahun Merdeka.
    Namun Rakyat Malaysia...merdeka kah kamu?

    ReplyDelete
  16. Kahkahkah...nape ek masih ramai lg yg percaya bdn2 pihak berkuasa dlm malaysia ni telus & bebas dari pengaruh politik? U name it SATU je bdn berkuasa yg bebas, telus lg adil. Bkn baru2 ni pakcik2 makcik2 sume...dari dulu lg sume bdn2 berkuasa ni mmg mcm ni. So makna kata dari dlu lg kita ni masih dijajah smpi la skrang.

    ReplyDelete
  17. Saya terbaca komen terbaru dari blog JMD dan saya berpendapat, buah fikiran pengomen itu mengenai 'Kemerdekaan' amat bernas dan tepat sekali.

    Mungkin sebab itu, Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku, seolah-olah tutup-mulut mengenai peyelwengan WANG Rakyat dalam 1MDB.

    Saya copy-paste, dengan sedikit 'censor' seperti dibawah:-

    "Sempena menyambut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31hb Ogos ini baik juga kita ulas kemerdekaan dari siapa?
    Memang orang Johor yang ##### je yang angan angan nak bawa Johor keluar dari Malaysia. sebab tak de laut antara Johor dan Pahang atau N.Sembilan.

    Perlu diingat Professor Diraja Khoo Khay Peng dan Zainal Kling telah mendedahkan, sebetulnya Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh Inggeris.
    Semuanya adalah pertalian perniagaan tidak seperti di India, tidak ada Governor General dsb.
    Mengikut ilmuan terkemuka Prof Khoo Khay Peng, kemerdekaan Tanah Melayu adalah kemerdekaan orang Melayu dari feudalisma.
    Ia itu kuasa rakyat adalah ditangan orang Melayu dan bukan lagi pada Raja Raja.

    Sebab itu British dengan mudah keluar dari Persekutuan Tanah Melayu. Mereka cuma cuba menjajah pada tahun 1948 melalui Malayan Union tapi gagal kerana orang Melayu menghalang keretapi Sultan Sultan Melayu bergerak dari Kuala Kangsar.

    Sultan2 Melayu menangis melihat kesetiaan orang Melayu dan demokrasi adalah satu undi satu orang yang memberi kuasa pemerintahan kepada orang Melayu sedangkan Sultan adalah simbol kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu.

    Jadi adalah terlambat untuk Johor balik kepada sistem feudalisma yang jelas nyata gagal menjaga kepentingan rakyat jelata bila tanah tanah melayu diberi kepada pendatang Cina yang mampu membayar wang yang banyak. Ini masih terus berlaku di Johor.

    Orang Melayu miskin, tanah tergadai kepada syarikat gergasi Cina. Memang Cina baik tapi mereka baik kepada mereka yang ada kuasa sahaja."

    ReplyDelete
  18. Dikisahkan Khalifah Harun Ar-Rashid tengah menempuh perjalanan jauh dengan medan yang sukar dan panas nan menyengat. Dalam perjalanan itu, di-ikutilah salah satu penasihatnya yang bernama Ibnu as-Samak. Ialah orang saleh yang bijak dalam menyikapi soalan hidup.

    Sebab terik semakin menyengat, keringat makin bercucuran, kekuatan pun berkurang, maka Khalifah memerintahkan agar rombongan melakukan rehat sejenak. Dalam rehat itu, sang Khalifah memanggil Ibnu as-Samak.

    “Berikan aku segelas air,” sang Khalifah memulai percakapan.
    “Apakah Baginda mengetahui manfaatnya sehingga meminta segelas air untuk hilangkan dahaga?” tanya Ibnu as-Samak.

    “Betul,” jawab sang Khalifah singkat.

    Setelah minum, dan sejenak melepas lelah serta penat, Ibnu as-Samak menyampaikan sebuah tanya yang luar biasa, “Wahai baginda,” ujarnya, “jika air yang baru saja baginda minum berada dalam perut selama beberapa hari dan tak boleh dikeluarkan, baik lewat keringat, atau buang hajat, apakah yang akan baginda lakukan?”

    “Tentu saja, aku akan berusaha untuk mengeluarkannya,” jawab sang khalifah.

    “Meskipun untuk mengeluarkannya harus baginda mengorbankan semua harta yang baginda miliki?” lanjut Ibnu as-Samak.

    “Iya,” pungkas sang khalifah.

    Kemudian, Ibnu as-Samak menyampaikan kesimpulan, “Jika demikian, bererti harta baginda yang banyak dan melimpah tidak lebih berharga dari segelas air putih yang baru saja diminum.”

    Sang khalifah pun mengangguk, lalu melanjutkan perjalanan.

    Sahabat, kesihatan yang Allah Ta’ala berikan ada harga yang amat mahal. Bahkan, jika dibandingkan dengan recehan ringgit, satu organ dalam tubuh badan atau nikmat panca indera yang kita dikurniakan percuma dari Allah Ta’ala, nilainya boleh di umpamakan menyentuh angka ribuan juta ringgit. Tapi kalau sudah hilang, ada banyak duit pun nak beli dari mana?

    Maka, mari mensyukuri setiap nikmat yang Allah Ta’ala berikan. Alhamdlillah!

    ReplyDelete
  19. Walaupun kita telah merdeka lebih 59 tahun, kita sebenarnya masih belum merdeka jika kita masih mengharapkan SUA kita untuk menjawab tuduhan-tuduhan bagi pihak kita.

    ReplyDelete
  20. Anak bangsa rakyat malaysia terutamanye orang melayu telah dikhianat selama 59 tahun oleh pihak pemerintah terutamanye umno yang kononnye membela nasib rakyat orang melayu.Wayang ini ibarat buat masa kini yang senang kita gabarkan ialah saoperti SPRM yang cukup sibuk menangkap pegwai awam ,pegawai bank tetapi malang bila orang politik yang penyangak besar bebas sewenang wenang nye.Wayang ang lapuk ini dan disusuli dgn dgn media lapuk terutamanye utusan malaysia

    ReplyDelete
  21. Dah Mardekaah? kita rakyaat Malaysia,Kiranya merdeka kita mampu menterjemahkan buku-buku ilmiah kedalam bahasa Malaysia dari bahasa lain.Malangnya 59 tahun kita hanya boleh modifit kereta /motorsikal supaya laju tetapi tidak dibenarkan untuk kegunaan atas jalan raya (reka cipta).Sekarang bahasa Malaysia hanya sebagai simbol saja .Menteri pun cakap mat saleh,merdekaah itu?.Yang sebenarnya 55Th.lalu betul kita telah mardeka tetapi sekarang kebelakang ini kita kena kencing saja dengan perintah.Tanyalah diri sendiri kemana akan anak/cucu kita akan hanyut ditahun2 akan datang.

    ReplyDelete
  22. Mereka yang menyembunyikan jenayah dan sanggup menipu sebenarnya belum aqidahnya belum merdeka lagi, masih lagi dijajah oleh syaitan. Syaitan memang janjinya untuk menyesatkan manusia, membantu manusia melakukan kesalahan dan membantu menyembunyikan. Nah, sekarang sudah jelas adakah Malaysia dan rakyatnya telah merdeka ?

    ReplyDelete
  23. Tak ada mood nak sambut hari kemerdekaan oleh kerana Negara kocah-kacil tidak seperti zaman Tun M takbir dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.

      Dah 2 tahun tak bukak TV tgk perarakan hari merdeka

      Tahun lepas menyampah tgk Muka najip
      Tahun ni menyampah tgk Muka konco2 najip

      Delete
  24. Merdeka sya tetap kibar kan bendera malaysia kerana inilah tanah tumpahnya darahku.pemerintah mgkn menganiaya tapi allah maha adil.

    ReplyDelete
  25. merdeka dari segala bentuk penjajahan britis
    tapi merdeka 59 thaun maseh lagi guna hukum lodrid merdeka kah itu
    ornag merdeka penjajah lari tak cukup tanah
    tapi ini merdeka penjajah pulak letak syarat
    tak hairalh jika tak ramai yang berjiwa berani
    untuk melawan kemungkaran
    senang senang duluan bengang bengang kemudian
    apo nak dikato lagi

    ReplyDelete