Wednesday, 31 August 2016

MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU?


Pada 8 September ini, genap sebulan permohonan pendaftaran parti BERSATU dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran BERSATU dikemukakan sendiri oleh Presiden penaja, Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli jawatankuasanya pada 9 Ogos lalu.

Jika mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 hari untuk memberikan cadangan kepadanya berkaitan perkara itu.

Kata Zahid, beliau akan bertindak profesional sama ada meluluskan atau menolak penubuhan BERSATU berdasarkan cadangan yang dikemukakan kepadanya.

Ini bermakna, jika 30 hari diambil oleh jawatankuasa itu untuk membuat penilaian dan seterusnya mengusulkan cadangan kepada menteri, tempoh seminggu daripada sekarang adalah detik masa yang mendebarkan bagi mereka yang menunjangi BERSATU.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin UMNO jelas berbelah bagi mengenai kewujudan parti BERSATU ini. Ada yang setuju dan ada juga yang melihatnya bakal memecahbelahkan rakyat. Yang tidak setuju dengan nama BERSATU pun turut ada.

Ada pemimpin yang melarang ahli UMNO mempromosi parti BERSATU, tetapi ada juga pemimpin yang meminta ahli UMNO yang pro BERSATU agar "berambus" dengan segera.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Shahrir Samad secara terbuka memberi amaran agar jangan memandang ringan kerana menyifatkan BERSATU mampu menjadi ancaman kepada UMNO.

Najib Razak, sebagaimana yang terpancar melalui beberapa ucapannya sejak kebelakangan ini terlihat tidak berapa gembira dengan kewujudan BERSATU. 

Walaupun bercakap setelah memecat dan menyingkir pencabarnya, ungkapan beliau seperti, "kalau tak setuju dengan saya, bertandinglah melawan saya dalam UMNO",  "kenapa nak tubuh parti baru?" dan "jangan kita sanggup runtuhkan UMNO" adalah suatu manifestasi kebimbangan yang begitu ketara terhadap kewujudan BERSATU.

Dalam situasi ini, apakah BERSATU akan diberikan kelulusan dengan semudahnya?

Atau adakah ia akan ditolak kerana ada syarat-syaratnya yang tidak dipatuhi seperti penggunaan nama BERSATU itu sendiri?

Atau mungkinkah kelulusan BERSATU  bakal dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan dan kemudian tergantung begitu saja sehingga tarikh PRU 14 diadakan? (SH 31/08/2016).

29 comments:

  1. Ada baiknya bergabung dgn amanah..matlamat hampir sama. Tumbangkan umno, tumbangkan pas sekali jika pas lawan PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERSATU wajib ada, sbb pilihan ahli UMNO yg sudah bosan dgn UMNO skrg. Utk ahli2 UMNO yg kurang atau xdak peluang merembat duit rakyat skala mega. Mereka dpt sikik2 saja sejak dua menjak ni, i.e 50k - 10j.

      Lain2 parti yg ada x bawa aspirasi sama mcm UMNO, iaitu merembat. Dlm parti2 elain UMNO yg sedia ada, derang x dpt nak trus jadi senior.

      Mcm daftar kompeni baru gak. Lulus kalu, gua boleh trus jadi CEO, managing director apa lanjiao. Juga lantik kengkawan sekufu dgn kita utk buat kompeni merembat yg baru.

      Parti pembangkang yg sedia ada, cuma tahap melancap ja.

      Delete
    2. Bagaimana pemerhati perkembangan politik Parti Amanah Negara tidak merumuskan bahawa parti itu adalah ‘khadam’ pada DAP jika apabila ada isu terhadap parti dominasi Cina itu, Amanah akan tampil mempertahankannya.
      Terbaharu ialah apabila Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya bersikap rasis, Amanah pula yang menjadi “pegawai penerangannya”.

      Amanah menyifatkan pendirian Pemuda DAP yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah pendirian rasmi DAP.

      Menurut Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Pemuda DAP berhak menyatakan pendiriannya dan yakin perkara itu akan ditangani pimpinan tertinggi DAP kelak.

      "Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang, itu kenyataan Pemuda (DAP) sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi.

      "Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat," katanya ketika mengulas pendirian pemuda DAP yang menolak parti yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mengamalkan diskriminasi perkauman.

      Menurut Anuar, bukan Pemuda DAP sahaja bersikap kritis terhadap keahlian Bersatu tetapi Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menyatakan pandangan yang sama.

      Katanya, Subramaniam menganggap masyarakat India yang menyertai Bersatu akan menjadi ahli 'kelas kedua' di dalam parti itu. Ini kerana bukan Melayu hanya diterima ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan pimpinan parti itu.

      Selain itu, menurut Anuar, Bersatu tidak dikira sebagai parti berasaskan kaum apabila turut membuka ruang untuk kaum lain menyertai mereka walaupun sebagai ahli bersekutu.

      "Maknanya jika ada 'ahli bersekutu' sekurang-kurang mereka sudah membuka keahlian kepada kaum lain. Tidak boleh kita kata mereka parti satu kaum sahaja," katanya lagi.

      Sehubungan itu, Anuar menegaskan bahawa Amanah tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu jika mempunyai hala tuju yang sama.

      "Amanah akan berkerjasama (dengan) sesiapa yang mahu melihat reformasi berlaku di dalam negara ini tanpa mengira parti mana jika siapa yang memberikan komitmen untuk memberikan kepimpinan yang baru di negara ini," ujarnya.

      DAP dapat sokongan parti Melayu

      Memang benar dan cekap Mahathir menilai peribadi Melayu – mudah lupa. Kira-kira 18 tahun lalu, Setiausaha Agung Amanah itu sendiri adalah di kalangan yang bertempiaran menyembunyikan diri diburu polis Mahathir menyergap penyokong Anwar Ibrahim.

      Bagaimanapun kini setelah bertukar kulit daripada menyokong Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) kerana tidak selesa dengan pimpinan lain yang tidak mengikuti tarbiyah Angkatan Belia Islam, Anuar dan pemimpin PKN yang seangkatannya lain menyertai PAS.

      Tujuannya ialah untuk beristiqamah. Mereka tidak serasi dengan penyokong Anwar yang datang dari Umno dalam PKN. Mereka mahu terus tekal dengan prinsip jemaah dan harakah Islamiah.

      Sedihnya apabila berada dalam PAS Anuar dan pimpinan yang seangkatan dengannya mendapati PAS ada banyak kekurangannya, sebahagian besar daripada mereka mulai kurang senang dengan kepimpinan ulama PAS.

      Maka timbul keghairahan untuk merentap kuasa dalam PAS dan mereka pun berpakat menundukkan kaum ulama dalam pemilihan muktamar 2015. Malangnya, mereka gagal.

      Sejak itu yang paling akrab dengan mereka ialah DAP. Ini mendorong sebilangan pemimpin PAS yang menggelar kumpulan bekas ahli PAS yang menubuhkan Amanah itu sebagai ‘khadam’ DAP.

      Demikian status quo politik Amanah. Mereka lebih banyak bergantung kepada sokongan DAP termasuk dalam perundingan kerjasama politik dengan PKR.

      Natijahnya hajat mereka untuk meletakkan calon dalam dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terkabul berkat sokongan DAP. Dek segankan DAP, PKR melupakan hasrat mahu calonnya bertanding di Sungai Besar.

      Delete
    3. Kini Amanah mendambakan sokongan Bersatu khususnya mahu menumpang aura Mahathir. Amanah segera mengesyorkan supaya rundingan kerjasama dengan Bersatu diadakan.

      Yang anehnya, pendaftaran Bersatu sendiri belum selesai. Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyerahkan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

      Muhyiddin berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

      Soal keahlian dalam Bersatu bukan isu bagi Amanah. Yang penting Amanah nampak agak ghairah segera diiktiraf sebagai sebuah parti politik nasional yang dinamik dan bersedia bekerja keras untuk menjatuhkan bukan sahaja Umno tetapi lebih utama, PAS.

      Nampaknya, jalur pemikiran politik Islam pemimpin Amanah sudah amat jauh daripada tunas pemikiran dan pendekatan politik Islam PAS. Bukan sahaja jalur politik Islam PAS sudah tanggal daripada perjuangan mereka malah ia lebih selesa dengan DAP dan PKR yang sekular.

      Delete
    4. Ya ayat magis..politik islam.amanah..pas..umno..bersatu.sapa yg akan tentukan keislaman politik parti parti yg ada ini dlm kontek IMDB.PENCERAHAN PLZ

      Delete
    5. Ya ayat magis..politik islam.amanah..pas..umno..bersatu.sapa yg akan tentukan keislaman politik parti parti yg ada ini dlm kontek IMDB.PENCERAHAN PLZ

      Delete
    6. Dengar betul-betul apa yang Tengku Razaleigh pernah bahaskan dalam parlimen ketika Mahathir mahu menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Barulah anda tahu siapa Mahathir sebenarnya.



      Selepas dia hapuskan imuniti Raja-Raja Melayu, dia hapuskan pula keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui PPSMI.

      Mahathir juga yang menyebabkan anak-anak Melayu terpaksa berhutang untuk menimba ilmu melalui PTPTN.

      Kepada golongan muda generasi Y, inilah jasa-jasa Mahathir terhadap Melayu.

      Sekarang ni di hujung hayatnya, dia pecah-belahkan orang Melayu. Mahathir ni sebenarnya ??, bukannya Melayu.

      Delete
    7. Populariti parti politik PKR dan PAS semakin meningkat di laman sosial sehingga menenggelamkan DAP, menurut firma kaji selidik Politweet.


      Laporan Malay Mail Online yang memetik kajian Politweet menyatakan PKR kini diikuti lebih ramai orang di Facebook dengan 1.8 juta pengguna dirapati PAS dengan 1.6 juta pengguna.

      Manakala pengikut DAP turun mendadak kepada hanya 1.1 juta pengguna Facebook berbanding angka kemuncaknya pada Januari tahun ini iaitu 4.6 juta.

      Ini adalah penurunan yang besar memandangkan DAP sebelum Mei mendapat perhatian yang paling banyak di Facebook selepas Umno.

      “Sejak April 2013 DAP adalah parti pembangkang yang paling kuat di Facebook dari segi minat pengguna.

      “Kini, DAP adalah parti pembangkang yang paling lemah di Facebook berbanding PKR dan PAS, dan ini mungkin akan menyebabkan ia berdepan cabaran dalam menyebarkan mesejnya kepada pengikut laman sosialnya,” kata Politweet dalam kaji selidiknya.




      Pada waktu puncak, DAP pernah menyaksikan lebih 3 juta lelaki dan 1.8 juta wanita yang menyatakan minat terhadap parti itu.

      Secara geografi pula, minat terhadap terhadap DAP jatuh di semua negeri termasuk kubu kuat Roket, Pulau Pinang.

      Parti itu kehilangan 69% minat pengguna di Pulau Pinang, manakala PKR, PAS dan Umno menunjukkan peningkatan.

      Kajian itu juga menunjukkan kehilangan penonton antara 45% dan 74% dalam semua kategori usia dan paling buruk ialah kumpulan usia 13-20 tahun dan 31-50 tahun yang membawa pengurangan keseluruhan 62.21%.

      Menurut Politweet, penurunan minat keseluruhan ini berpunca daripada beberapa insiden yang berlaku dalam parti itu sehingga memberi kesan kepada pengguna pelbagai peringkat usia.

      Minat terhadap DAP memuncak apabila parti itu memutuskan hubungan dengan PAS berhubung perbezaan pendapat mengenai hudud pada Mac 2015 namun jatuh selepas ia mengisytiharkan pemansuhan Pakatan Rakyat pada Jun tahun yang sama.

      Politweet dalam kajian Twitter sebelum ini ini menyatakan penurunan minat juga disumbangkan oleh skandal pembelian banglo Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

      “Kejatuhan ketara juga dilihat antara Mac-April 2016 apabila timbul tuduhan terhadap Lim Guan Eng,” kata Politweet.

      Delete
    8. Buat anon 1720,

      Imuniti raja tpaksa dicabut dek kes caddy golf kena libas dgn putter dek ....

      Tp keistimewaan2 yg lain tetap utuh.

      PPSMI bukan Nk bunuh bahasa melayu tp nk menyediakn anak melayu dgn penguasaan BI. Sampai skg pun kalau nk tgk betapa berseleraknya BI graduan2 melayu, dudukla dlm interview tgk depa mcmana.

      Bab PTPTN pulak, bukan tun yg tubuhkn ptptn tp menteri pelajaran masa tu. Sila Google utk siasat. Aku Tahu Siapa cuma kau siasat je la dulu main sedap mulut je kau bedal kat sini Nak menyesatkn generasi skg..

      Delete
    9. PAS dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini membidas kenyataan seorang pemimpin Amanah mempersoalkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang menganggap umat Islam menyokong tidak menggunakan kedudukanya dalam menjatuhkan hukum berkaitan undang-undang.

      Malah, Ketua Penerangan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali menyelar Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusuf Rawa sebagai tidak beradab kerana mempertikaikan Zulkifli.

      “Adakah beliau terpaksa mengikut telunjuk rakan kerjasama politik (DAP) yang menyerang cadangan pindaan ini (RUU 355) daripada awal ia dibentangkan di Parlimen 26 Mei yang lalu?

      “Sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pandangan mufti tersebut boleh sahaja beliau berbahas memberikan pandangan dan hujah secara rasional dan bukannya dengan menyerang kedudukan dan kelayakan mufti untuk memberikan pandangan dalam perkara penting seumpama ini,” katanya.

      Mujahid mempertikaikan kenyataan Zulkifli yang menganggap umat Islam wajib menyokong rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016, membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat untuk beberapa kesalahan jenayah.

      Delete
    10. Isu patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah

      Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timbalan Mufti Kedah merasakan ianya merujuk kepada Lang Merah Langkawi.Beliau menyimpulkan 2 perkara tentang Lang Merah :

      1) Patung Lang Merah dibina dahulu tidak merujuk kepada Jabatan Agama(Jabatan Mufti tidur ke?)Sudah puluhan tahun dibina.Jabatan Mufti tidur ke?
      2) Jika mahu roboh perlu kepada runding dahulu.(Kerajaan Negeri,Mufti tiada kuasa? ) Sesuatu yang jelas haram perlu rundingan.

      Jika kita lihat isunya,sebenarnya semuanya untuk Dr Mahathir.Apabila Mahathir keluar UMNO dan menentang UMNO,maka perlu cari kesalahan dan kejahatan Mahathir.

      Sebelum ini isu tandatangan untuk masuk Kem Kemunting jadi isunya.Mahathir didakwa sebagai penentu berjaya atau tidaknya untuk masuk Universiti ISA Kemunting.

      Kini timbul pula isu patung.Tentunya untuk Mahathir lagi.Kerana semasa patung itu dibina,Mahathir sebagai PM tengah rancak mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan.Antara projeknya membina patung berhala Lang Merah.Ketika itu semua orang termasuk Mufti "kenyang" makan dedak Mahathir.Tiada bantahan kerana kenyang makan dedak Mahathir.

      Apabila Mahathir keluar UMNO,berbunyilah para segala mufti.

      Inilah antara perkara yang menjatuhkan imej mufti.Digunakan orang politik untuk periuk nasi mereka.

      Mengapa hingga kini patung di Tugu Negara belum dirobohkan lagi ?Adakah mufti kata ianya dibina tanpa rujuk kepada mufti?Perlu berunding.

      Apa agama rasmi negara yang memerlukan perundingan untuk roboh patung berhala Lang Merah dan Tugu Negara?

      Wahai mufti dan majlis fatwa seluruh negara,perjuangan kamu sekarang bersidang untuk seru kerajaan agar robohkan Lang Merah,patung Tunku Abd Rahman di Parlimen dan Tugu Negara dengan segera.Buatlah sekarang dalam keadaan kerajaan PMNajib lemah sekarang.

      Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan !"

      Delete
    11. Bagaimanapun persediaan dua blok pembangkang – Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan – masih berpaut pada banyak kemungkinan.

      Sama seperti komponen BN, pihak pembangkang – DAP, PKR dan Amanah dari Pakatan Harapan dan PAS serta IKATAN dari Gagasan Sejahtera– masih bergelut dengan isu perbalahan dalaman mereka sendiri.

      Yang sedikit berbeza ialah, kini BN lebih cenderung menjurus pada perpaduan sementara kemunculan Parti Pribumi Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir mungkin merumitkan lagi keadaan di dua blok pembangkang itu.

      Pada asasnya Parti Pribumi mahu meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Ia juga mahu bertanding kerusi yang pernah ditandingi Pakatan Rakyat tetapi tewas pada Umno.

      Parti Pribumi kini mengintai 88 kerusi yang dimenangi Umno-BN pada PRU13 lalu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan. Namun RoS mempunyai kriterianya sendiri untuk meluluskan pendaftaran atau tidak.

      "Buat masa ini ada 88 kerusi Umno yang telah ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU13 tetapi telah dimenangi (semuanya) oleh Umno.

      "Semestinya tumpuan Parti Pribumi adalah pada 88 kerusi yang telah dimenangi oleh Umno yang mungkin akan menjadi sebagai asas perbincangan di antara mereka dengan PKR, PAS dan Amanah.

      "88 kerusi ini adalah satu jumlah yang besar dan saya jangka kebanyakan kerusi ini adalah kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, dan sebahagian lagi ditandingi oleh PKR," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad.

      Soalnya mahukah PAS memberi laluan kepada Parti Pribumi? Begitu juga dengan Amanah. Relakah memberi laluan pada parti serpihannya, Amanah yang terang-terangan menyatakan ia mahu menggantikan PAS?

      Adakah DAP akan bersetuju? Ia adalah seteru falsafah perjuangan PAS. Adakah ia sanggup bekerjasama pula dengan Parti Pribumi dan memberi laluan pada parti baru itu bertanding di kerusi-kerusi yang ia pernah kalah pada BN?

      Akhir sekali, seandainya Parti Pribumi dapat merampas sebilangan besar kerusi Umno dan berjaya pula memiliki kerusi-kerusi yang gagal dimenangi PKR, DAP dan PAS dalam PRU 13, redhakah kedua-dua blok pembangkang itu taat tunduk pada parti Dr Mahathir?

      Delete
    12. Umno kini berasa gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      Ujar Azmin, pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia dengan pada masa yang sama mencetuskan suasana panik dalam kem Umno.

      Ada dikalangan kumpulan reformasi mengucap tahniah kepada Mahathir dan Anwar kerana sanggup melupakan persengketaan silam. Katanya marilah kita bergabung di bawah panji-panji Pakatan Harapan menuju kejayaan dengan satu tekad meruntuhkan tembok dan benteng besi terakhir Umno/BN dalam PRU-14 dan Putrajaya semakin dekat di hati kita pahlawan rakyat berbilang kaum, satu bangsa dan satu negara.

      Katanya gabungan Mahathir-Anwar akan meruntukkan krorupsi Najib dan kroninya. Negara Malaysia akan selamat daripada 'perompak wang rakyat'.

      Saya menjadi bingung dengan sesetengah kumpulan reformasi yang dulu sanggup bermandikan gas pemidih mata, masuk longkang, balai dan lokap tapi kini macam hilang pedoman bila agenda reformasi telah bertukar menjadi agenda peribadi nak jatuhkan Najib semata-mata.

      Agaknya antara Najib dan Matahir siapa RAJA PEROMPAK?

      Saya tak perlu menjawab persoalan ini. Untuk jawapan terbaik ialah Anwar Ibrahim kerana dia pencetus reformasi rakyat. Mari kita dengar apa kata Anwar yang disediakan oleh kawan saya.



      Kalau mengikut apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim, Mahathir lagi banyak sapu duit rakyat berbanding dengan Najib. Kenapa kita boleh bersama dengan RAJA PEROMPAK bersalam dan memaafkannya dan menyerang TIMBALAN RAJA PEROMPAK? Dimana rasionalnya?

      Jangan jadikan politik ini untuk kepentingan dan tujuan peribadi dengan menepikan masalah sebenar rakyat.

      Delete
  2. Parti BERSATU akan jadi parti selasa (x kunjung tiba) dikomedikan dengan dalang lahad datu bukti gred A sektor 3D..lawak oh lawak...

    ReplyDelete
  3. Susah sangat ke nak terima permohonan "Bersatu" ??

    ReplyDelete
  4. Spt Zahid Hamidi kata beliau akan bertindak professional. Jadi nampaknya tiada masalah utk Bersatu dpt kelulusañ.

    ReplyDelete
  5. Depa tunggu dedak. Kalau tak hulur dedak permohonan BERSATU tidak akan diluluskan.
    Ada dedak apa apa urusan pun akan berjalan lancar.
    Dedak cukup efficient.

    ReplyDelete
  6. TPM kata bertindak secara professional, PM kata saya "GENTLEMAN".Boleh percaya ke? tu belum ambil kata Ku Nan dll lagi.Harap jangan kencing rakyat sudah la...LULUS kan aje jika betul2 mengamalkan DEMOKRASI...ada BRAN?

    ReplyDelete
  7. Akan berlaku seperti mana PKR. Sukar utk didaftarkan. Sebabnya TM dan TSMY pengasasnya. Sekarang pun sudah nyata ketakutan najib dan konco nya. Jika berjaya di daftar, lagi bertambah sukar utk di bendung.
    Itulah umno. Terlalu takut kehilangan kuasa kerana dari kepala sampai ekor sudah rosak. Bukan seperti umno di awal penubuhan dahulu.
    Tetapi yang 1946 juga didendangkan kerana hanya itu sahaja modal yang ada, hanya itu sahaja yang elok, hanya itu sahaja yang betul. Yang kemudian semua sudah membusuk. Baunye yang meloyakan tersebar ke seluruh Alam...
    Itulah yang bernama umno.

    ReplyDelete
  8. Apa jawa ni tak tahu undang2 Akta Pertubuhan ke?????? apa kuasa dia dlm Akta Pertubuhan 1966..dia tak tahu ke??? Ada ke dlm Akta tu diperlukan penubuhan jawatankuasa utk kaji permohonan??? siapa yg berkuasa utk lulus permohonan penubohan parti??? Pendaftar Pertubuhan atau Jawa ni??? Jawa ni tak tahu ke?????

    DiMsia, PM kaki pencuri dan penyamun. Menteri tak tahu undang2 dan berlagak Msia ni kepunyaan bapak dia. Kalau dlm Akta Pertubuhan tu telah dinyatakan bahawa sebarang permohonan utk tubuh parti politik mesti dikemukakan pd Pendaftar dan Pendaftar akan tentukan samada nak lulus atau nak tolak..jawa yg tak tahu undang2 jgn menyibuk. Jangan nak campor tangan dlm urusan penjawat awam dlm membuat keputusan.

    Pendaftar didalam membuat keputusan adalah spt Hakim jugak..jawa tak bolih campor..apatah lagi ada kepentingan.

    Kalau tak lulus..bolih appeal kemahkamah. Apa perlu jawa menyibuk..

    ReplyDelete
  9. correction: kalau tak lulus baru appeal kpd Jawa dan bukan Mahkamah spt sect.18 Akta tersebut. Pada peringkat ni, baru jawa ni bolih bercakap. Bukan sebelum keputusan dibuat olih Pendaftar.

    ReplyDelete
  10. Sdr,

    ROS adalah jabatan kerajaan dan seharusnya mempunyai tatacara atau prosedur dalam menangani permohonan untuk mendaftar parti politik baru. Mana-mana parti politik yang membuat permohonan, selalunya mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Satu daripadanya perlembagaan parti mestilah mengikuti perlembagaan negara. Parti politik ada perlembagaan parti. perlembagaan parti mesti mengikut perlembagaan negara. Tidak dibenarkan parti politik jika perlembagaannya bercanggah dengan perlembagaan negara. Mana-mana parti yang ingin didfaterkan saya kira memenuhi peraturan ini. Sebab itulah di Malaysia tidak ada parti bercorak republikan. Parti Peribumi Bersatu Malaysia adalah parti yang menjunjung perlembagaan negara dalam semua aspek. Berdasarkan aspek ini, ROS seharusnya meluluskan pendaftaran tnapa banyak soal. Peribumi tiada bezanya dengan parti-parti lain yang sudah diluluskan. Jadi kenapa perlu ambil masa yang lama untuk diluluskan. Sepaptutnya ROS mempunyai kebabasan sendiri. mengapa pendaftaran parti politik mesti diputuskan oleh menteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROS memangla badan bebas (sepatutnya)

      Tapi kalau telor n pelir pengarah ROS tu dlm tangan zaid tak taulah pulak

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. "Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (syariat & hakikat) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatilah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu bermusuh-musuhan (keangkuhan dan kezaliman Jahiliyah), maka Allah mempersatukan hatimu (dengan sakinah dan kebahagiaan), lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara (bersopan-santun dan bersilatur-rahim).
    (surah Ali Imran: 103)

    ReplyDelete
  13. nak tengok UMNO ada telog ka takdak telog

    ReplyDelete
  14. kalau x lulus dengan alasan yang x logik ... maka sah la UMNO ayam telog .... makan dedak pastu bertelog.

    ReplyDelete