Wednesday, 24 August 2016

KPN KHALID TIADA PILIHAN LAGI


Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan tiada siasatan akan dijalankan terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang menuduh "Tiga Tan Sri"  terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan Najib Razak atas alasan ia hanya berdasarkan andaian semata-mata.

"Tiga Tan Sri" yang dikaitkan itu ialah Gani Patail, bekas Peguam Negara, Abu Kassim Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.

Sejujurnya, banyak pihak mahukan dakwaan Khairul Azwan itu disiasat oleh polis kerana hanya setelah siasatan dijalankan, barulah diketahui siapa benar dan siapa salah.
Bahkan, setelah Khairul Azwan bersuara kemudiannya bahawa laporan polisnya bukan berdasarkan andaian, malah yakin tindakannya adalah berasaskan kebenaran, Khalid masih lagi tidak memberi apa-apa respon mengenainya.

Dalam hal yang sama pula, Tun Mahathir Mohamad sudah dua kali membuka mulut berkenaan dengannya. Pertama kali, pada 21 Ogos lalu, beliau menyatakan "Tiga Tan Sri" berkenaan telah dikhianati oleh salah seorang dari kalangan mereka.

Kata beliau, jika tidak dikhianati, Najib Razak sudah pun berdepan dengan tindakan daripada pihak berkaitan sekarang ini.

Ketika itu, Tun Mahathir tidak menyebut siapakah yang mengkhianati "Tiga Tan Sri" terbabit kerana bimbang dirinya akan disaman.

Saya tak boleh biarkan mereka menyaman saya sebab saya tidak memiliki banyak wang seperti Najib, tambahnya lagi.

Bagaimanapun, hari ini Tun Mahathir mula berterus-terang dengan memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan perkara yang sama.

Menurut beliau, terdapat empat Tan Sri daripada kalangan mereka dan seorang daripada mungkin telah khianat.

Rasanya tidak sukar untuk meneka siapakah Tan Sri yang di bayangkan oleh Tun Mahathir itu kerana mereka pernah berada dalam pasukan khas yang menyiasat berkenaan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib sebelum ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu enggan mengia atau menidakkan apabila ditanya sama ada Tan Sri yang dimaksudkannya itu ialah Khalid Abu Bakar, sambil berkata, "saya tak tahu, saya tak tahu, saya tak mahu ditangkap."

Dengan perkembangan ini, Khalid nampaknya sudah tiada pilihan lain melainkan membuka kertas siasatan secara menyeluruh, bukan saja berkaitan penggulingan Najib sebagaimana yang didakwa Khairul Azwan, bahkan juga sama ada benar atau tidak "Tiga Tan Sri"  terbabit telah dikhianati serta siapa yang mengkhianati mereka.

Kenapa mereka dikhianati? Apakah tindakan yang mahu mereka ambil terhadap Najib? Apa dan besar mana kesalahan Najib itu?
Adakah sebelumnya keempat-empat Tan Sri berkenaan sudah bersetuju untuk bertindak terhadap Najib, tetapi kemudian salah seorang daripadanya telah bersikap khianat?

Apakah punca perbuatan khianat itu?

Banyak perkara sebenarnya perlu disiasat oleh pihak polis apabila Tun Mahathir membuka mulutnya untuk kali kedua ini. Khalid sendiri, dalam masa yang sama, tidak seharusnya terus mendiamkan diri saja kerana ia nampaknya bukan saja berkaitan Najib,  nama baik "Tiga Tan Sri", kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Khairul Azwan, tetapi juga tentang dirinya sendiri. (SH 24/08/2016).

30 comments:

  1. Demi Malaysia, siasatlah kes ketiga tiga Tan Sri ini vis a vis laporan polis "Bro" kita ini.

    Kes besar ni....sebab kes nak menggulingkan kerajaan yang sah.

    takkan nak tutup macam itu. sebabnya, bila ada laporan polis dah di buat, dan kalau laporan tu laporan palsu, kita tangkap Bro, sebab buat laporan palsu. Kalau laporan berasas dan ada bukti sahih, kita tangkap Tan Sri bertiga.

    ReplyDelete
  2. Berulang kali bro azwan mengatakan lapuran polisnya bukan palsu tetapi ketua polis tetap kata palsu.pelik ye xde motivasi utk siasat tuduhan bro maupun siasat bro atas laporan palsu....malaysia boleh

    ReplyDelete
  3. MO1, MO2, MO3 semua orang dah boleh mengagak siapa mereka mereka itu (khususnya MO1). Dan ramai juga dapat menerka siapa Tan Sri (TS) TS1, TS2 dan TS3 yang dikatakan Khairul berpakat utk sabotaj Najib. Tun M kini menyebut pula tentang TS4 yang dia yakin seorang pengkhianat dalam menegakkan kebenaran. KPN wajib siasat siapa TS4 ini. Bagi saya TS4 ni adalah manusia jenis paling harap jadah sekali. Jadi KPN perlu siasat siapa TS4 ini susulan dakwaan Khairul yang berterusan mempertahankan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini. Apakah TS4 ini adalah orang yang dikatakan saudara dan keluarganya mendapat banyak faedah projek berkaitan latihan dan penngeluaran senjata untuk pasukan keselamatan Malaysia?. KPN wajib membongkar perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Bagus pendedahan mantan PM ni, perjuangan beliau yg penuh ranjau kini bertemu insya'Allah jalan yg lurus....semoga mendapat keampunan dan ridho Allah S.W.T. Amiin.

    ReplyDelete
  5. CASH IS KING!!!!

    Inilah masaalahnya ....

    ReplyDelete
  6. Saudara Budin....Aku ni rakyat bawahan aja dan pembelajaran serta tahap pemikiran tak berapa nak tinggi perginya, cuma teringat pesan tok guru agama di kampung dulu2, andai segala ikhtiar menemui jalan buntu, hanya kepadaNya sahaja tempat mutlak kita mengadu!!!Apa kata saudara Budin menggerakkan satu program solat hajat serentak satu Malaysia ini supaya kita rakyat Malaysia dapat meleraikan kekusutan 1MDB ni......sebab aku rasa dalam keadaan sekarang rakyat masih terpinga-pinga siapa sebenarnya yang harus dipertanggungjawabkan!!!Hanya sekadar mengandaikan sipolan itu sipolan ini bersalah dan berbahas sesama sendiri tidak dapat merungkai permasalahan! Aku cukup2 yakin dan percaya InshaAllah kuasa rakyat mengadakan solat hajat secara beramai-ramai jalan terbaik, apatah lagi sekiranya kita rakyat Malaysia di dalam golongan orang-orang yang teraniaya......!!!

    ReplyDelete
  7. Keadaan semakin menarik banyak kisah belakang tabir..cam cerita hindustan lak suspen..bongkar jangan tak bongkar apa sebenarnya yang berlaku.

    ReplyDelete
  8. Beri TanSri pada DLCW, lagi bagus...

    ReplyDelete
  9. Dalam negara rakyat penagih dedak tegar wal ngok banyaklah cerita berak tutup berak tutup berak tutup jika ada bau buat perangai lembu kenyang.

    ReplyDelete
  10. Apa apa pun kesemua mereka ini adalah Pengkhianat Durjana Anak Bangsa.baik mahathir baik azuan mau pun kasim mata tak buta ataupun ghani timbang tail dan begitu juga dgn nyonya fadumuental.Tak berguna langsung bicara tentang Pengkhianat Durjana anak bangsa ini.Yang paling utama buat masa ini negara serta dana rakyat sudah hancur dgn berbilion bilion telah digelapkan oleh puak pengkhianat yang diketuai oleh Najib serta bersama pengkhianat durjana kuncu kuncunye yang bersama sama terbabit.Rakyat tidak lagi ada harapan kecuali tangkap najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara psikologinya tuduhan kamu ini bunyinya macam orang yang juga amalkan rasuah,tetapi kecewa sebab tetap tidak kaya macam pemakan dedak yang dapat berjuta-juta.

      Delete
  11. KPN bukan sahaja mengkhianati 3 orang Tan Sri itu,malah mengkhianati seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  12. TS4 adalah petualang yg paling keparat di antara semua petualang2.

    ReplyDelete
  13. Budin2,,,ko ni tak ada kerje lain yg lebih pekdah ke? Andaian2, andaian2,,,,,biarkan je la KPN buat keje dia,,jgn la korang nak ngajo dia pulak. Menyibuk beno la ko ni, sudahlah,, berhenti la menghasut PANcacai Dap agar membenci org tu org ni, ape korang tu org suke sangat ke? Aku, dengo, himpunan mendesak tangkap MO1 korang tu, tak sampai 15 org je anjing kurap yg hadir??? Maknenye, org suke ke, org benci korang ni? Pergi solat kat masjid lah,,tutup je la blog maki hamun korang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi cerita ala pemuja Taliban tapi gaya bahasa ala macai Mat Maslan. Inilah hasilnya bila dua puak yang terdesak bekerjasama sehingga tersedak dedak. Cuba cerminkan komen saudara/i pasti saudara/i ketemu jawaban siapa sebenarnya si pemaki hamun, anjing kurap dan pecacai khinzir.

      Delete
    2. 3.85 Ada lagi ka ?
      Ingat dah me lingkup dah !
      Timbalan menteri yg Paling bangang and bodoh sekali yg pernah aku jumpa .
      KPN Akan buat senyap and bodoh Din...pencacai Najib kan

      Delete
    3. Ekau orang kono tau , Kahlid x bolih buek apo apo terhadap macai dan pencacai Najib .Itu Ratu Minang udah warning siang siang kek Khalid ... Kalau Khalid buek salah laku kek Najib , jangan ngaku kita sedaro senogori . Silap haribulan nanti Khalid kono bakar sampai jadi abu ...

      Delete
    4. Aiyaaaaa...susah loorrr

      Delete
    5. anon 20:17 ko x payah sebuk2 la hal admin,..menteri KDN pun penah panggil admin pegi balai sbb satu posting,..admin x goyang la,..selamba je hadap,..x mcm ko pengecut!,..setakat menyalak je dlm komen,..itupun guna anon,..lagi mau sembang besar ka?,...

      ko hina makhluk ciptaan Yang Maha Esa,..ibarat ko hina sang Penciptanya,..

      ko panggil orang lain anjing kan,..ko tggu la x smpat ajal ko smpai,..ALLAH tunjuk kat ko,..diubah nya ko jadi anjing kat dunia ni,..itu jam baru ko tau,..menyalak la ko mintak ampun kat orang2 yg ko hina tu,..

      ALLAH Maha Besar,..ALLAH Maha Kuasa,..dgn kuasa ALLAH tiada yg mustahil,...kita cuma makhluk kerdil je,..taubat la selagi masih sempat,..Kun Faya kun,..amin.

      Delete
  14. Aku dah tak blh tahan lagi dengan orang2 yg macam hang. Nasihat orang suruh buat kerja pekdah, macam baik dan pandai sangat. Apa yg lebih berfaedah dari menyelamat Agama Bangsa dan Negara. Hang tau kah dia tak pi solat dekat masjid. Mengaji lebih sikit jangan dok tuduh orang membuat dangan membuat ANDAIAN orang tak pi masjid sembahyang. Dia punya suka lah nak buka blog kah, soal maki hamum kalu hang pi dengar ceramah sesetangah ustadz lagi teruk, sampai benda dalam kain pun keluaq. Malang nya yg semuanya setiap malam sembahyang di masjid dan kadang2 jadi imam pulak tu. Atoq masjid lagi sebab ada habuan. Menghibur sambil menghasut. Dalam blog dengan dalam masjid mana lebih buruk dan hina peragai nya. Maaf jika terkasar bahasa, hanya sekadar meluah pandangan. maklumlah saya kurang warak.

    ReplyDelete
  15. Selepas kejatuhan rejim UMNO dalam PRU akan datang, negara kita akan menyaksikan sejarah untuk pertama kali bila ramai pemimpin kerajaan dan ketua agensi yang akan di hukum gantung dan ada yang akan dipenjarakan seumur hidup untuk jenayah2 yang telah dilakukan.

    Jangan lupa, Sadam Hussein pun boleh tumpas.Tiada orang yang akan kekal selama-lamanya berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis ada sama rakyat dan rakyat ada sama polis. Hanyasanya polis ialah anggota rakyat yang di gajikan supaya memberi penuh perhatian kepada tanggung-jawab yang sepatutnya ditanggung oleh setiap rakyat demi kesejahteraan masyarakat langsung diteruskan.


      Delete
  16. Tan Sri Sweetdeal ialah Tan Sri pengkhianat. Tan Sri yang paling low kelas. Tan Sri yang tak ada maruah,harga diri dan intergiti. Malu polis Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu malu malu cukup memalukan
      Harapkan pagar pakar yg makan padi.
      Harapkan tin, tin yg makan biscuit.
      Naauzubillah..

      Delete
  17. Tapi,,aku nampak korang tu yang tin, tin kosong. Kedepong, kedepong, ping pong, apa satu pun tadak kat dalam. Pak sedare korang doj yg sangat korang banggakan tu,,dah mampus ke? Tak ade berite 1mdb dah....

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Satu dunia sudah tahu bila Gani dipecat dan selepas tu deraf kertas pertuduhan terhadap Najib disiar olih SR, Khalid tweet adalah tikus atau 'rat' yg membocorkan rahsia kpd Najib, ia akan didakwa dan ditangkap.

    Khalid memang penkhianat dan mengkhianati bukan shj 3 Tan Sri tu tapi pasukan Polis yg juga menyisat 1MDB.

    Dia juga penjenayah tetapi dia panggil Sanjeevan penjenayah. Low class betul khalid ni..mcm mana org yg low class bolih jadi IGP.

    ReplyDelete
  20. Dalam pemerintahan UMNO BN, kalau orang yang punya akal fikiran first class tak kan dipilih untuk dijadikan ketua. PM akan pilih orang2 low class macam nilah untuk dijadikan ketua dalam setiap Jabatan. Tengok ajelah dalam semua Jabatan.

    ReplyDelete
  21. Hati batu hati batu hati batu...keras tak dapat diselamatkan lagi

    ReplyDelete