Wednesday, 24 August 2016

BERSATU - BN HILANG UNDI, UMNO HILANG AHLI


Dalam pilihanraya umum 2013 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 89 kerusi. Berdasarkan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 222 keseluruhannya,  majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi.

Bagaimanapun BN berjaya mengurangkan jumlah kerusi PR dengan menawan semula Teluk Intan dalam pilihanraya kecilnya yang menyaksikan Mah Siew Kong berjaya menewaskan Dyana Sofya daripada DAP. 

Ini bermakna, Pakatan Harapan dicampur dengan BERSATU yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Tun Mahahir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin, hanya memerlukan kurang daripada 25 kerusi saja lagi untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Jika diandaikan semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan sekarang ini mampu dikekalkan kerana kedudukannya di kawasan bandar, separa bandar atau disebabkan faktor pengundi bukan Melayu yang agak ramai, selain Pas juga berjaya mengekalkan kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sasaran 25 kerusi yang ingin dimenangi itu sudah tentu yang merupakan kerusi yang sekarang dipegang oleh UMNO.

Bermakna, wujudnya BERSATU tidak lain ialah untuk menawan sebanyak mungkin daripada 88 kerusi Parlimen yang sedang dikuasai UMNO.

Jika dilihat, sama ada diperbualan harian dalam masyarakat atau di media sosial, sambutan rakyat terhadap kewujudan BERSATU amat positif dan memberangsangkan. Logo bunga raya bertebaran digunakan di media sosial sebagai gambar profil tanpa rasa bimbang dan takut.

Setelah pemimpin-pemimpin UMNO memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang mempromosikan parti baru itu atau memintanya keluar secara sukarela, ia sebaliknya dibalas  dengan gesaan agar BERSATU diluluskan segera pendaftarannya supaya perpindahan keahlian secara sah dapat dilakukan.

Ahli-ahli UMNO yang menolak dan membenci Najib serta vokal dalam pendirian mereka pasti akan keluar parti dan menyertai BERSATU sebaik ia diluluskan nanti. Mereka hanya menunggu masanya saja, bahkan ada yang sedang giat berkempen mengajak kawan-kawan dan keluarga untuk turut serta menjadi ahli BERSATU.

Golongan ini tentu saja tidak lagi mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka yang membenci Najib secara diam, tetapi masih sayang UMNO, ramai di antaranya tidak mahu lagi memberi undi kepada BN kerana percaya ia hanya akan membantu Najib untuk terus berkuasa. Berkuasanya Najib, bagi mereka, hanya akan mengekalkan atau menambah kecelaruan sedia ada.

Mereka ini lebih rela UMNO kalah atau hilang kuasa buat sepenggal dua daripada melihat Najib terus menjadi Perdana Menteri. Mereka juga percaya, setelah UMNO kalah dan majoriti pemimpin-pemimpin yang ada mengundurkan diri, kehadiran muka-muka baru akan menjadikan parti itu mampu bangkit semula dengan lebih dihormati selepas itu.

Terdapat juga ramai ahli UMNO yang sekarang ini menjadi pasif berikutan skandal kewangan dan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh kepimpinan Najib. Mereka tidak mahu ambil tahu apa-apa tentang UMNO, tidak hadir program atau mesyuarat UMNO, bahkan berikrar tidak mahu turun mengundi dalam pilihanraya akan datang.

Golongan ini berpotensi mengurangkan jumlah undi UMNO dalam pilihanraya akan datang. Mereka ini bukan saja tidak mahu Najib terus kekal, bahkan tidak akan aktif dalam UMNO selagi suami Rosmah menjadi Perdana Menteri.

Itu belum dikira lagi jumlah pengundi atas pagar, golongan muda dan mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang akan berubah pendirian berikutan kebencian, rasa meluat dan menolak kepimpinan Najib berikutan cerita-cerita di media sosial yang tak berkesudahan.

Dalam hal ini, kewujudan BERSATU memang memberi kelebihan kepada perubahan yang ingin dilakukan. Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 2014, Muhyiddin pernah mengingatkan bahawa perubahan sebanyak dua peratus saja pengundi yang beralih kepada pembangkang akan menyebabkan BN kehilangan kuasanya.

Dengan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz sudah meninggalkan UMNO, tidak saja usaha mengurangkan 25 kerusi UMNO itu menjadi lebih mudah, malahan perubahan pengundi yang beralih juga mungkin melebihi dua peratus.

Selain BERSATU berupaya mengurangkan jumlah keahlian UMNO, ia juga paling berpotensi menyebabkan BN kehilangan banyak undi. Dengan hanya kurang 25 kerusi untuk mengalahkan BN, apa yang perlu bagi Pakatan Harapan, BERSATU dan Pas ialah memupuk persefahaman sebaik mungkin mulai sekarang. 

Ini kerana, tidak mustahil kelulusan BERSATU akan dilengah-lengahkan atau PRU 14 akan diawalkan sebelum BERSATU diberi kelulusan. (SH 24/08/2016).

40 comments:

  1. Jika pembangkang benar2 serious ingin menyelamatkan Malaysia, berilah sokongan sewajarnya kpd Tun Mahathir.

    Contohilah semangat yg ditunjukkan oleh Lim Kit Siang yg sanggup mengenepikan segala perbezaan dgn Tun Mahathir demi sayangnya beliau kpd tanahair tercinta.

    Sekarang bukan masanya utk mengungkit kesilapan Run Mahathir. Sebagai manusia biasa beliau pasti ada kelemahan.

    Namun ingatlah setiap satu kesilapan Mahathir beliau telah menyumbangkan 10 kebaikan utk negara.

    Manfaatkanlah setiap kepakaran, pengalaman dan kebijaksanaan yg ada pd Tun Mahathir. Jgn dipersiakan.

    PAS sendiri akar umbi ahli majoritinya tidak cenderung utk menjadi mesra UMNO. Cuma kepimpinan atasannya sahaja yg agak ghairah membiarkan PAS menjadi alat pemecah undi utk memenangkan UMNO/BN secara sengaja atau tidak. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mahfuz Omar jelas menyedari keadaan ini.

    Jika PRU14 diadakan dlm masa tetdekat, secara taktikalnya BN akan menang besar. Disinilah letaknya kebijaksanaan Najib dlm politik.

    PKR pimpinan Wan Azizah dan Azmin nampak komited dan ikhlas berusaha menyatupadukan pembangkang.

    Semoga PAS dan DAP mengenepikan ego masing2 dan meletakkan kepentingan menyelamatkan Malaysia mengatasi kepentingan parti masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sekarang bukan PIS,tapi...adie....dedak sudah lekat di kerongkong....ditelan pahit dibuang sayang....so ?

      Delete
    2. Saya sangat sangat bersetuju dengan anda

      Delete
    3. Pemuda DAP menolak untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik yang mengamalkan dasar perkauman seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru ditubuhkan.


      Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan, Chiong Yoke Kong, parti yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, pasti gagal dan tidak akan disokong oleh pengundi yang progresif hari ini.

      “Dasar perkauman yang diamalkan BERSATU merupakan percaturan politik silam yang tidak harus digunapakai lagi.

      “Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara Umno dengan BERSATU dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib,” katanya dalam satu kenyataan media, malam semalam.

      Chiong juga membidas BERSATU kerana meneruskan amalan diskriminasi berdasarkan bangsa dan warna kulit.

      Beliau berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku presiden pro-tem BERSATU, menyatakan dengan jelas bahawa bukan bumiputera hanya boleh menjadi ahli bersekutu dan memegang jawatan yang dilantik.

      Muhyiddin berkata demikian selepas memfailkan pendaftaran parti itu pada Selasa lalu dengan beberapa bekas pemimpin Umno.

      “Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.

      “Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya.

      Chiong berkata Muhyiddin mungkin berfikir BERSATU tidak perlu menampilkan unsur kepelbagaian kerana hanya akan bertanding di kawasan Umno.

      Namun, katanya, tindakan terus mengamalkan diskriminasi kaum seperti mana politik lama yang diamalkan Umno pastinya tidak akan mendapat sokongan rakyat kerana amalan politik perkauman tidak mampu membawa mesej perubahan dan reformasi yang diinginkan rakyat.

      “Akhirnya gelombang perubahan tidak akan wujud lagi dan rakyat khususnya pengundi Melayu luar bandar tidak akan mengundi BERSATU disebabkan kurangnya keyakinan terhadap BERSATU.

      “Parti politik baharu yang terus mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia dan sebaliknya hanya akan menjadikan wabak perkauman terus bermaharajalela di tanah air ini.

      “DAPSY dengan tegasnya menolak untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik yang mengamalkan dasar perkauman seperti BERSATU yang tiada bezanya dengan Umno,” katanya.

      BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

      Bagaimanapun penyokong mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan Umno di kubu majoriti Melayu.



      Delete
    4. Konflik dalaman Pakatan Harapan di antara PKR dan PAN dikatakan semakin memuncak apabila ketua cybertrooper PAN, Abe Awang Malaya secara terbuka mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


      Abe Awang Malaya sebelum ini dilihat mensasarkan kritikan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin yang dilabelkannya sebagai pemusnah Pakatan Harapan (PH), namun terbaharu ketua cybertrooper PAN itu menukar sasarannya dengan menyerang Presiden PKR pula.

      “Bukan setakat lemah, bahkan Dato’ Seri Wan Azizah terlalu lemah…. Itu saja puncanya.

      “Masalah dalaman PKR pun Kak Wan gagal menanganinya dengan baik, inikan pula nak selesaikan masalah Pakatan Harapan,” kritik Abe Awang Malaya dalam Facebook hari ini.

      ketua cybertrooper PAN turut mendedahkan kejadian di sebalik tabir berkenaan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang diwakili tiga parti, DAP, PKR dan PAN.

      “Saya pernah bagitahu Abang Mat (Mohamad Sabu), Presiden Amanah…. Saya katakan kepada Abang Mat secara berdepan, panggil satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ambil satu ketetapan, kemudian keluarkan suatu resolusi yang diisytiharkan secara terbuka bahawa musuh Pakatan Harapan ialan Barisan Nasional dan PAS….

      “Mana-mana pihak yang didapati menjalinkan hubungan dengan BN dan PAS sama ada secara terbuka atau di dalam gelap, tindakan tegas akan diambil.

      “Abang Mat jawab : “Resolusi apa, Majlis Presiden nak buat meeting pun tak boleh….! Panggil meeting, depa tak mai (datang)…. dua kali yang terakhir, sebelum Pilihanraya Sarawak, isu pertindihan kerusi, kita panggil meeting depa (PKR) tak mai…. sebelum penamaan calon Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita nak meeting, PKR tak mau……!,” dedahnya.

      Pada Selasa, AIDCNews mendedahkan terdapat krisis dalaman di antara PAN dan PKR khususnya di Selangor yang dapat dikesan melalui serangan terbuka blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib terhadap PKR.

      Delete
    5. KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

      Ia susulan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

      “Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.

      Delete
  2. Saya amat sokong penubuhan BERSATU untuk menumbangkan BN.

    Tapi munculnya bersatu bermakna ada satu lagi parti orang melayu selain PAS,PKR dan AMANAH.

    Kalau semuanya boleh berkompromi dan bersatu,Alhamdulillah.
    Tapi,kalau tidak boleh bersatu, lupakan lah angan-angan untuk mengambil Putra Jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua mesti sokong bersatu dg niat jihad membela bangsa dan negara.
      Malaysia negara kita sudah dikhianati...kita mesti berkempen walaupun tidak dibayar...Allah Maha Kaya.

      Delete
    2. 8:58

      Thats the spirit....In Sya Allah we will prevail!

      Delete
    3. Utk melayu bersatu dibawah 1 parti memang sukar sbb pengundi melayu menpunyai pandangan politik yg berbeza.. Yg dok kmpung cara kampung.. Yg bandar cara bandar. Berbeza juga dgn tahap didikan pelajaran.. Senang cerita pengundi melayu ada pelbagai citarasa politik berdasarkan pendidikan.. Tempat tinggal dan sebagainya.. Kewujudan parti bersatu adalah utk memenuhi citarasa slot pengundi melyu dlm umno, pengunndi yg atas pagar juga penggundi yg menunggu perubahan baharu.. Bagi melayu yg nak sokong pas silalan bagi yg nak pangkah pkr/amanah silakan.. Juga yg minat pada dap pun silakan.. Lagi yg sokong parti bersatu digalakkan.. Janji jgn umno.. Undi melayu berselerak dan berpecah undi dikalangan pembangkang.. Strategi pembangkang adalah kurangkan undi popular melayu kepada parti umno.. Serang pengundi melayu.. Dgn syarat piliharaya nt parti pembangkang kena berbagi kerusi utk satu lawan satu di kawasan melayu.. Hanya fokus pada pengundi melayu.. Umno hanya ada satu pilihan saja utk org melayu.. Iaitu setia umno. Tapi diluar umno melayu ada byk pilihan.. Bersatu.. Amanah.. Pkr.. Pas.. Pilih la mana yg sesuai dgn jiwa..

      Delete
  3. Parti BERSATU akan menguatkan lagi pembangkang yang ingin menguasai putrajaya.Parti yang hanya mahu menjadi punahsehat dipotarjaya PIS goblok ke 3 juga akan hilang ahli dan undi

    ReplyDelete
  4. Masalah kita ni bangsa yang mengenang budi dapat sikit habuan dekat2 pilihanraya akan tukar haluan,money is king akan terus bermaharaja dalam perjalanan Malaysia kini.Keinginin nafsu akan dipenohi walau bagaimana sekali pun.2 pilihan raya yang lepas itu contohnya,bersehkah?.kemenangan yang tak terduga betul tak.

    ReplyDelete
  5. MANTAP Budin!!! Cuma org Melayu x tahan bila didodoi dgn ayat2 agama nanti. Syurga Neraka, bidadari bermata jeli, payung emas.. sapa x tahan Budin.. dapat pinggan mangkuk dalam syurga pun jadilah. Ini perangai dan kelaku org Melayu.

    Itu blom ambilkira kekuatan media UMNO BN melalui radio TV siang malam, kekuatan seluruh jentera jabatan2 kerajaan lagi..

    Org Melayu ni, bab dibodohkan dgn ayat agama, mmg cukup stim. Xder reserved, x berbelah bahagi.

    Pemimpin2 UMNO dan PAS tahu sangat akan kelaku Melayu bila disantau ayat2 agama. Mereka sanggup jadi bodo piang walaupun ditipu bulat2, asalkan kaitkan dgn tuhan, kaitkan dgn nabi, semuanya akan jadi tugas suci murni tak berbelah bahagi.

    Sbb tu MP2 UMNO dan PAS hidup senang lenang dan kaya berpencen. Sultan2 boleh dilantik menjadi kutua agama. Agama pun kena ada kutua..kahkahkah.. Modal mereka ialah air liur, sembur saja ayat2 santau dan jampi agama, gerenti senang kene pukau punya. Hasilnya duit akan disedekahkan setiap bulan oleh orang ramai.

    Paling best nak bodohkan Melayu ialah sembur saja konsep qada dan qadar, konsep bersyukur, konsep sedekah, nescaya ada yg sanggup kerat kepalabxtxh dan hiris pxkx bagi sbg sedekah pun ada. Takat gelang emas, anak dara, wang ringgit, geran tanah ni, benda biasa jadi sedekahan.

    Untung pakai serban ketayap ni, cakap agama pulak tu. Buat muka lembik sikik, cair siot. Hang x mau pakai serban ka Budin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canggih betul tuan kerana mampu berfikir sedemikian.

      Delete
    2. Canggih betul tuan kerana mampu berfikir sedemikian.

      Delete

    3. Setuju tu 08.16.

      Ramai orang Melayu sekarang ni apabila buat komen, ayat-ayat Al-Quran dan hadith tak pernah lekang dari mulut mereka.

      Masing-masing cuba menunjuk mereka lebih alim dan lebih suci daripada orang lain.

      Bak kata orang Jawa celup ingin menunjukkan "holier-than-thou attitude".

      Tapi realitinya apa yang mereka amalkan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

      Sungguh hypocrite.


      Delete
    4. Ayat2 agama (pis) + dedak (aamno)

      Merupakan gandingan yg cukup mantap dan berbisa utk dpt undi melayu..kah kah kah

      Delete
  6. MEMANG BETUL..

    memang pasti undi umno sebelum ini cukup banyak akan beralih kepada BUNGA RAYA!

    ReplyDelete
  7. Abg Budin

    Apa cerita riza aziz dengan jho low? Sudah hadir kah malaun berdua ni di mahkamah di US? Boleh beri update?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh akhir fail cabaran terhadap saman @TheJusticeDept
      malaysiakini.com/news/353388 #1MDB

      Delete
  8. kalau dapat kan saya tak nak tengok muka2 MP BN sekarang ni lagi..nak mereka berkubur bersama parti2 mereka, ahli umno dengang parti UMNO. Kalau boleh parti serpihan UMNO pun tak nak.

    ReplyDelete
  9. Kalau kalah mcmana?
    Demo?

    Hari tu time "save Malaysia Campaign" kutip derma apa jadi dengan duit tu semua sampai Tun Mahathir kena berucap atas pentas PAN?

    Kenapa terus senyap Campaign tu?

    ReplyDelete
  10. bersatu menentang pemimpin zalim yg tidak pedulikan rakyat. menyebabkan rakyat semakin menderita dengan kekangan ekonomi

    ReplyDelete
  11. sebab tu jangan jadi bodoh macam PRK sg besar dan kuala kangsar baru2 ni..

    jika 1 lawan 1...confirm BN tumbang. unless main tipu le. bukti BN sekarang dah goyah...melengah2kan kelulusan BERSATU..TAKDE GAMBO NAJIP JIKA KEMPEN..dulu kemain lagi..sampai pintu tandas pun tampal gambo najip.hehe

    ReplyDelete
  12. Insyaalah parti2 pakatan akan tumbangkan bn umno dgn pukulan ko umno adan dikuburkan cuma ada satu parti yg tidak boleh dipercayai cakap je parti islam silap haribulan kelantan pun akan tumbang kerana pemimpinnya bukan seperti allahyarham tok guru itu saja parti ini boleh buat u turn apa pun tun teruskan wadah perjuangan pastikan bn umno tinggal batu nisan saja

    ReplyDelete
  13. Walaupun Tun mahathir tidak mengenali diri aku tetapi aku amat sayangkan Tun.
    Aku cukup hormat kepada Tun
    Aku lebih sayangkan Tun daripada parti UMNO
    Jasa Tun Mahathir kepada anakbangsa cukup besar.
    Aku terpilih untuk belajar di Jepun dalam program Dasar Pandang Ke Timur.
    Aku cukup terkejut apabila aku memperkenalkan diri saja daripada Malaysia orang Jepun baik tua baik muda akan terus menyebut nama Tun Mahathir.
    Mereka akan berkata Mahathir is good. Aku dihormati dan disayangi oleh orang orang Jepun.Mereka memberikan aku segala pertolongan dengan tutur kata yang amat bersopan dan lemah lembut.
    Apabila aku graduate dan balik ke Malaysia, aku masih lagi berhubung dengan kawan kawan di Jepun.
    Ada yang aku kenali semasa di Universiti dan ada yang aku kenali di jalanan dan kedai kedai di tepi jalan sahaja.
    Mereka tetap menjadi kawan yang sangat akrab dengan aku.
    Apabila mereka menziarahi Malaysia aku menjemput mereka tinggal di rumah aku sebagaimana mereka menjemput aku untuk tinggal dan makan di rumah mereka dulu.
    Cuma aku tidak dapat membawa mereka menziarahi Tun ketika itu. Mereka ingin sangat untuk berjumpa dengan Tun. Tapi siapalah aku pada masa itu.
    Kepada ayahnda Tun Mahathir jasa mu kepada negara dan anak bangsa amat aku kenang.
    Semuga Allah Taala memberikan umur yang panjang, tubuh badan yang sihat dan memberkati perjuangan ayahnda Tun.
    Amiiiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:09

      Komen saudara buat saya sebak. Ramai lagi rakyat Malaysia seperti saudara yang mengenang jasa Tun.

      Semoga Tun dibalas dengan Jannah atas perjuangan beliau untuk rakyat Malaysia.

      Kembalikan martabat negara. Katakan TIDAK pada pemimpin korup.

      Delete
    2. Anon 10:09

      Komen saudara buat saya sebak. Ramai lagi rakyat Malaysia seperti saudara yang mengenang jasa Tun.

      Semoga Tun dibalas dengan Jannah atas perjuangan beliau untuk rakyat Malaysia.

      Kembalikan martabat negara. Katakan TIDAK pada pemimpin korup.

      Delete
    3. Anon 10:09 pengalaman hidup kamu di Jepun cukup berguna dan cerita yg kamu kongsikan di sini amat bermakna sekali bagi mereka yg tidak berpeluang untuk melihat dunia luar apatah lagi dapat tinggal di sana seperti kamu.
      Cerita kamu telah mengigatkan saya kembali di zaman penjajahan Jepun yg terkenal cukup kejam penuh dgn kesengsaraan di Tanah Melayu dulu. Semua orang tahu datuk nenek kita terpaksa makan ubi kayu untuk meneruskan kehidupan dan hidup dgn penuh ketakutan tak kira siang atau malam.
      Namun bukanlah itu yg saya ingin kongsikan di sini. Zaman perang telah lama berlalu. Perasaan dendam dan benci kepada Jepun juga telah lama padam.
      Sayangnya kita tidak pernah belajar daripada sejarah silam. Jauh sekali mengambil iktibar.
      Politik di negara kita adalah politik kebencian.Pemimpin kitalah yg bertanggung jawab menanam kebencian ini. Apa salahnya jika Tun Mahathir dan Lim Kit Siang telah meletakan sengketa lama di tepi dan bergabung tenaga untuk menyelamatkan negara ini daripada hancur binasa oleh kerangkusan pemimpin hari ini.
      Bukankah pembangkang juga sebahagian daripada kerajaan di negara ini? Gaji, elaun dan pencen mereka juga dibayar oleh kerajaan.
      Kenapa pemimpin UMNO sanggup menanam kebencian ini kepada orang2 Melayu kononnya Tun adalah pertualang bangsa dan negara kerana bersekongkol dgn pemimpin DAP untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
      Isu negara hari ini adalah kerangkusan pemimpin negara yg terlibat dgn amalan rasuah yg berleluasa yg melibatkan kehilangan duit rakyat berjumlah berbilion bilion ringgit.
      Apakah salah kita menolak pemimpin yg yg terpalit dgn amalan rasuah yg akan terus menjahanamkan masa depan negara? Kenapa bijak pandai dan ilmuan Melayu terutamanya Mufti sanggup butakan mata mereka.
      Kenapa sanggup menanam kebencian yg melampau terhadap Tun dan pemimpin pembangkang hanya kerana untuk menyelamatkan pemimpin yg korup.
      Apakah ini perjuangan UMNO yg sebenar benarnya? Sanggup bersekongkol dgn pemimpin yg korup yg bakal menjahanamkam masa depan bangsa agama dan tanah air sendiri?
      Kenapa orang2 Melayu hari ini begitu mudah disesatkan dengan habuan dan taburan wang ringgit sehingga sanggup mengadaikan masa depan anak cucu sendiri.





      Delete
  14. Betul ke pilihanraya dpt ubah @ jatuhkn umno? Dari dlu aq x prnh undi umno wlupn ade masa2 nya aq rasa pembangkang amat kuat masa tu. So based on previous history aq x rasa pilihanraya ni bole jatuhkn umno. Tp klu btol2 terjadi aq manusia plg gembira. Mana ada wakil rakyat berkhidmat utk rakyat spt mana yg slalu didendangkn bila nk dkt2 pilihanraya. Bg aq je satu nama pemimpin umno yg hidup msh sama sblm & slps jd pemimpin umno. Semua kaya raya tahap dewa2 lps dpt jawatan dlm umno hatta jawatan plg kecil skalipn. So PRU kali ni aq akan jln kn tanggungjwb aq spt biasa sblm2 ni & aq nk tgk pentas drama ni akan berubah @ sama je jln cerita nya spt sblm2 ni. *grab popcorn*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kilang dedak di tujuh negara sedang ditutup dan disita.Mungkin pru ke 14 medan umngok menabur janji-janji kosong.Harap kilang janji,agama dan rasis la kali ni.

      Delete
  15. Mari semua kita semua bersatu menentang BN. Ketepikan perbezaan pendapat. Tiada masalah tidak boleh diselesaikan. Katepikan ego masing² wahai pemimpin parti. Malu dengan ahli bawahan. Tunjukkan gaya kepimpinanmu. Jika kamu semua boleh bersatu, kami akan sokong tanpa berbelah bahagi. Apa yg penting, kami nak jatuhkan parti yg semakin zalim. Tolonglah bersatu demi rakyat jika benar kamu sebagai pemimpin sayang & utamakan rakyat

    ReplyDelete
  16. PIS yang belum pernah memenangi dun/mp sabah dan sarawak tapi masih boleh memberi kelebihan kepada umngok di semenanjung Malaysia.Masaalah lawan lebih dari 3 penjuru akan berlaku dan akan memberi kelebihan kepada umngok.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Optimis itu positif tetapi terlalu optimis itu 'suicide'. Apa jaminan PAS akan bersetuju dan mematuhi peraturan satu lawan satu? Semasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah PAS tetap meletakkan calon menentang rakan sendiri Semangat 46 di Kelantan dan Terengganu. Semasa bersama Pakatan Rakyat PAS meletakkan 7 calon bertindih dengan PKR. Semasa PRN Swak PAS meletakkan 5 calon bertindih dengan PKR dan Amanah. Apakah parti angkuh itu akan berlembut?

    Jikapon PAS akhirnya bersetuju dan mematuhi saranan satu lawan satu, dan ditaqdirkan menang kerana sokongan penyokong Pakatan Harapan dan Bersatu, apa jaminan Taliban Melayu tidak akan berpaling tadah sebagaimana pernah berlaku di Selangor pasca PRU12 dan krisis MB Selangor pasca PRU13?

    Kekuatan Taliban adalah ilmu agama. Kelemahan Melayu adalah malas membaca. Jika dibohongi Taliban kaum Melayu mudah sahaja mengikut. Dan apabila Melayu mengikut tanpa mengkaji dan mempertikai maka Melayu akan menyondol mengkhinzir buta. Sondolan ini yang akan terus memecahkan kekuatan bakal kerajaan Persekutuan baharu dan memenangkan Regim sedia ada.

    Strategi 'kerjasama' antara pembangkang perlukan kaedah baharu. Dan ia mesti bersifat drastik sebagaimana drastiknya tindakan 3M (Mahathir-Muhyiddin-Mukhriz).

    ReplyDelete
  19. Analisa syok sorang-sorang. Dulu masa pan ditubuhkan pun, korang bermimpi mcm tu la jugak. Tapi, Prk sg besar ph hancur,,,sekarang korang bermimpi lagi bn akan hancur. Budin2,,, madey tu bukan kecik anak la,, kaki belit tu. Korang tak boleh baca mainan politik beliau. Yg pasti,,beliau lah yg membuat dasar2 yg menjahanamkan negara. Beliau adalah bapa pemusnah. Korang ni,,,suke bermimpi betul la. Mimpi atas katil ok,,.masalahnya ialah korang mimpi dalam bontot lge. Ha ha...

    ReplyDelete
  20. Parti2 pembangkang bolehlah berbincang dr skrg "transformasikan" pembahagian kerusi2 adun/parlimen ni.
    Cth, parlimen- Bersatu, 3 adun lagi- 1pas, 1 amanah,1 pkr....Barulah rakyat nampak keseriusan, kesatuan, kemesraan parti2 ini. Tentu rakyat rasa lbh meriah, semangat, ingin merobah kpd kebaikan. Tentu umno@bn K.O.

    ReplyDelete
  21. Anon 13:29, aku bersetuju dengan hang. Tapi yg aku tak berapa nak setuju hang tidak mengulas dasar Tun yg mana yg menjahanamkan negara.

    Jangan jadi burung kakak tua. Bercakap apa yg di dengar sahaja dan mengulanginya.

    'Bapa pemusnah negara' satu tuduhan yang berat bagi aku. Apa dan siapa yg dia telah musnah? If u could not back it up with evidence pls keep your opinion to yourself, and live with it.

    ReplyDelete