Saturday, 30 July 2016

BAGAIMANA UNTUK BERITAHU ORANG KAMPUNG MENGENAI SKANDAL 1MDB DALAM BAHASA PALING MUDAH?

Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orangramai.

Persetujuan itu diumumkan dalam suatu sidang akhbar di Subang Jaya pada tengahari Sabtu dengan dihadiri Muhyiddin sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Menurut Muhyiddin, penjelasan dalam bahasa yang mudah meliputi kawasan bandar dan luar bandar itu adalah penting supaya rakyat mendapat gambaran sebenar dan faham beban 1MDB kepada negara.

Ini kerana, katanya, isu melibatkan skandal 1MD bukan saja menjadi bualan dalam negara, bahkan juga sehingga ke luar negara.

Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah perlu dipertingkatkan lagi. Kalau rakyat tidak disedarkan mengenai kuasa mereka dalam menentukan masa depan negara, sampai bila pun mereka tidak akan sedar, ujar Muhyiddin dalam ucapannya.

Bagaimana untuk menggambarkan skandal 1MDB ini dalam bahasa paling mudah untuk difahami, khususnya kepada orang-orang kampung dengan matlamat akhirnya supaya mereka akan menolak UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak?

Jika diimbas pelbagai isu yang timbul yang berpunca daripada 1MDB daripada awal sehinggalah kepada Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi (harta curi) baru-baru ini, bahasa paling mudah untuk menggambarkannya ialah syarikat itu merupakan lubuk pencurian terhebat, bukan saja dalam negara, tetapi juga di dunia.

Untuk aktiviti pelaburan dan menambah pendapatan negara, sebenarnya tidak perlu sama sekali ditubuhkan 1MDB kerana kita sudah pun mempunyai Khazanah Nasional yang telah ditubuhkan sejak sekian lama?

Kenapa perlu ditubuhkan sebuah syarikat lain untuk menjalankan aktiviti pelaburan juga?

Jawapannya tentu saja ialah kerana Khazanah tidak boleh dipergunakan sesuka hati sepertimana 1MDB dioperasikan, lebih-lebih bukan saja Najib meletakkan dirinya sebagai pemberi kata putus dalam urusan perniagaan dan pelaburannya, malah melalui 1MDB jugalah diletakkan Jho Low untuk mencatur segala-galanya.

Semua itu tidak mungkin dapat dilakukan melalui Khazanah.

Melalui 1MDB, ia digunakan untuk meminjam secara besar-besaran atau menjual bon bagi membiayai aktiviti pelaburannya. Walaupun terikat dengan komisen yang tinggi, 1MDB juga diberikan tanah kerajaan TRX dengan harga RM60 sekaki, meskipun harga pasaran mencecah RM3,000 sekaki. Tanah di tapak TUDM Sungai Besi juga diberikan kepada 1MDB dengan harga yang tidak didedahkan.

Daripada sebahagian wang penjualan bon itulah yang menurut Jabatan Kehakiman AS munculnya komplot pencurian berkali-kali dengan cara melencongkan sebahagian wang yang asasnya diperolehi  melalui pinjaman dan penjualan bon.

Pembeli utama bon 1MDB  ialah syarikat seperti Tabung Haji manakala pemberi pinjaman ialah KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen. Bermakna, akhirnya wang rakyat juga digunakan tetapi dengan cara penuh berhelah.

Tanah harga murah itu secara mudahnya ialah untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang termasuk di dalamnya wang yang dilencongkan atau dicuri itu. Usaha lain untuk membayar hutang-hutangnya ialah dengan menyenaraikan 1MDB di bursa saham, tetapi tergendala akhirnya kerana terlebih dahulu terdedah satu demi satu "pekung"  tentang aktiviti yang dijalankannya.

Melalui pencurian wang tersebut, ia bukan saja digunakan untuk kekayaan peribadi beberapa orang tertentu dan membeli hartanah mewah, lukisan mahal, membuat filem, berjudi, bersiar-siar dengan kapal, dimasukkan ke dalam akuan bank peribadi Malaysian Official 1 sebagaimana yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS dan sebagainya, bahkan di pihak 1MDB pula dilakukan tajaan menunaikan haji dalam kouta tertentu serta program-program sosial.

Ia merupakan aktiviti licik untuk mengaburi pencurian yang dilakukan. Ia seperti menggunakan wang rompakan untuk sedekah membaiki masjid atau meletakkan RM50 wang curi dalam Surah Yassin dalam majlis tahlil yang diadakan pada malam Jumaat.

Adakah wajib 1MDB membuat tajaan haji sedangkan ia sendiri berhutang keliling pinggang dan tidak pernah mengutip keuntungan dalam operasi perniagaannya?

Jadi, bahasa paling mudah yang mungkin boleh digunakan untuk menjelaskan kepada orangramai mengenai skandal 1MDB, termasuk orang kampung ialah ia merupakan lubuk pencurian berlapis-lapis yang kemudian cuba dikaburi daripada pandangan umum dengan aktiviti sosial dan keagamaan yang dijalankannya. 

Sebab itu juga, program memakai jubah dan "ya hanana" kelihatan begitu menonjol dan aktif ketika ini berbanding era Tun Mahathir mahu pun Tun Abdullah Badawi. (SH 30/07/2016).

69 comments:

  1. Tan sri mesti buat suatu kertas kerja tunjukan perbelanjaan gst setiap rakyat dalam setahun..kemana kerajaan belanjakan kepada seluruh rakyat

    Kaitkan 1mdb apa faedah kepada negara dan setiap rakyat

    Sepatutnya rakyat boleh dapat satu juta rm setiap orang..

    Melabur ape?
    Untung ape?

    Hutang makin banyak
    Yg kaya terus kaya
    Yg miskin terus miskin

    Ambil contoh orang kampung kerja upah harian rm20 dan gelandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampung bukannya tak paham. Mereka terpaksa berbuat pekak hal politik kerana kesusahan beban hidup yg dialami segenap sudut. Dgn sekolah anak2, cara sekolah. Dgn menoreh getah, susah cara menoreh getah. Harga getah, pokok getah mati, baja getah, cuaca dan hujan x menentu, keperluan mendesak datang tanpa dijangka; mereka tak boleh menoreh getah siang malam pagi petang di kebun sekangkang kera tu utk gandakan pendapatan. Begitu juga dgn petani2 lain dan peruncit2 kedai kampung. Saya percaya, penduduk bandar juga berserabut lebih teruk dari yg tinggal di kampung. Dgn kadar jenayah pelik2 semakin terasa, asal keluar pintu rumah, berbagai duit belanja nak kene sedia. Segala haramjadah2 ini mmg membuatkan mereka dikongkong segala bentuk perasaan berserabut perut.

      Kepala mereka dah cukup berserabut dah. Tetiba ditabur BRIM dan pelbagai bentuk serdak dedak, ini mmg macam dapat telan panadol bila demam sakit kepala. Dapat lega serabut kepala sekejap pun, dah besaq rahmat dah.

      Apa yg parti pembangkang boleh offer kpd mereka pun, dah x menarik dah. PH PR semakin berserabut. PAS sekarang dah betul2 jadi parti celaka dan haramjadah. Lebih teruk dari UMNO. Zaman Hadi dan Harun Din jadi ketua ni cukup membuatkan PAS berserabut. Pak2 lebai ni bukannya nak jaga agama pun, sumer sibuk nak kedarah harta rampasan perang mcm Perang Uhud dulu.

      Skrg PH - PR di landasan paling teruk utk menang PRU14, itupun jika PRU berjalan telus. Saya dapat rasakan, PRU14, BN akan dapat kuasai lebih 2/3 kerusi drpd 222 kerusi parlimen. BN cuma perlukan 148 kerusi ja utk ini. Silap haribulan, BN boleh capai 200 kerusi!!

      Terus terang saya cakap, walaupun saya sokong PH bagai nak rak. Namun saya lebih selesa BN memerintah. PR setakat skrg ni, langsung x membenihkan walau satu sen pun masuk poket saya. Saya dapat bayangkan, kehidupan lebih susah jika PH menang PRU. Pakatan ni berserabut sungguh. Peak hour punya berserabut. Maaf cakap la, saya langsung tak yakin dgn PH sekarang. Perut mereka sama boyot ja mentekendarah duit elaun dari BN. Org berperut boyot ni, mmg susah saya nak percaya. Baik lebai mahupun munafik juga kapir. Allah Taala dah tunjuk ciri2 perut boyot kuat mentekendarah ni dpn mata kita, payah sangat ka nak paham.

      Delete
    2. Lingkup lah UMNO/BN di PRU14 di buat Jibo dengan 1MDB nya. Sayang, tapi selagi dia tak undur atau di gantikan ...

      Delete
    3. Selagi pembangkang xdpt kuasai media, terutama tv dan radio. Mmg payah la.. berpeluh la seluaq dalam setiap hari.

      Media lain mmg payah. Kurang2 ada satu siaran tv roket, tv keadilan, tv amanah.. radio ni mmg penting.. mmg modal tinggi. Lesen pulak payah dpt.. mmg berpeluh spender la..

      Delete
  2. Setuju Din. Orang kampung perlu dijelaskan cara kampung, orang bandar cara bandar.

    Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Tony Pua dan Hanipah Maidin jumpa jemaah bandar. Muhyiddin Yasin, Mukhriz Mahathir, Shafie Afdal, Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Mohd Sabu jumpa jemaah luar bandar khususnya di negeri-negeri yang mana rakyatnya memuja-muja Pesuruh Allah berlebih-lebih dari memuja Allah.

    Abaikan dan lupakan geng Taliban. Mereka lebih berminat mencela dan menfitnah Parti AMANAH dari mengheret pesalah rasuah dan pecah amanah ke muka pengadilan. Biar Allah membalas persekongkolan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha digembleng utk tolak kerajaan najib yg rasuah tetapi jgn terpedaya dgn parti amanah yg menjadi sarang Syiah nanti keluar mulut buaya dan masuk mulut naga. Boleh lupakan umno dan pas tapi parti Amanah bukan pilihan dan mesti dielakkan..

      Delete
    2. Jgn kaitkan taliban dgn perkara yg buruk. They r d freedom fighters. Hanya Syiah yg tak sokong mrk memerangi penjajah Amerika..

      Delete
    3. Budin
      Aku setuju dgn cadangan E AH. Tapi aku cukup kesian tengok Tun Mahathir. Hari ini seolah olah rakyat negara ini langsung tidak mengenang jasa besar beliau.

      Berat hati aku nak cakap sebab aku rasa malu sangat kat Tun.
      Tak habis2 kita nak minta tolong kat dia.

      Maafkan saya ayahanda Tun.

      Rasanya dah tak ada cara lain dah nak yakinkan orang2 Melayu di luar bandar ni kecuali ayahanda turun ke serata kampong dan bercakap dengan mereka. Macam berkempen juga.

      Mereka nak tengok wajah Tun mereka nak dengar apa yg keluar drp hati nurani dan mulut Tun sendiri.

      Selama ini anjing anjing umno dok tanam mcm2 kebencian kat depa ni sambil dok tabur dedak cap BRIM supaya membenci Tun.

      Depa dok tuduh Tun nak anak Tun datuk mukriz jadi Perdana Menteri.Mereka dok canang semua anak2 Tun jadi kaya raya sebab Tun tolong bagi projek. Depa dok kata Tun marah sgt kat najib pasal tak buat jambatan bengkok dan tak turut apa yg Tun Suruh.
      Minta maaf Tun tapi kalau Tun turun ke kampong2 bersama sama Tun Dr Hasmah insyaallah mereka mudah menerima penjelasan sebab beza Tun Dr. Hasmah dgn Rosmah mcm syurga dan neraka. Mcm beauty and the beast.

      Delete
    4. aku lagi malu kt Tun M sbb perangai bangsa aku jenis tak kenang budi. depa tak sedar depa dh hampir jadi bangsat kt tanahair sendiri

      Delete
    5. Anon 00:10 dan 00:18 adakah saudara/i dari jemaah Ahmad Zahid Hamidi yang mengaku mempunyai bukti gred A pemimpin Parti Amanah adalah pengamal Syiah? Sepertimana yakinnya Taliban Melayu mengaku bahawa hanya mereka dan jemaah yang memuja mereka adalah ahli syurga?

      Adakah Taliban Melayu yang selama ini memerangi penjajahan Amerika, sepertimana baru-baru ini mereka merapatkan saf mengadakan solat hajat untuk mengagalkan konsert Jeneral Selena Gomez?

      Saya percaya ramai sanggup mengambil risiko masuk mulut naga dari kekal dalam mulut buaya yang berterusan membaham isi-isi rakyat, bahagian yang ditelan tidak mampu dihadamnya kerana pantas menjadi bangkai busuk padanya ada virus yang menjangkitkan penyakit merbahaya.

      Cara kampung sama seperti kaedah Taliban dan Regim menunggang kelemahan ilmu namun tinggi sentimen emosi warga desa. Yang satu bermodalkan syurga dan satu lagi budi.


      Adakah cukup dengan bercakap hal-hal Tauhid dan Fiqah akan menjelmakan kesetiaan? Tidak. Dari setiap usrah, tazqirah dan majlis yang dianjurkan akan ditekankan kewajipan wala pada mullah sepertimana kerapnya mereka menjual 'ulama pewaris anbia'. Ketika jemaah mula setia tanpa had ketika itu mereka dirosakkan oleh pelbagai hasad dan firasat yang sangat salah yang mengundang khianat dan mudarat pada agama dan negara. Bilamana maqam bicara dan perbuatan seorang individu lebih tinggi dari Qalamullah dan Sunnah ketika itu bertambah lah umat ISIS di dunia. Bahaya fahaman ISIS adalah hanya mereka yang benar, betul dan aulia. Lantas amatan, amalan dan harga nyawa selain dari mereka tiada nilai.

      Adakah dengan menabur dedak cukup mengikat kesetiaan warga desa? Tidak. Bukan semua warga desa boleh dibeli dengan BR1M, sekati daging qorban, sekampit beras dan jamuan hari raya. Melayu kaya adat budi. Inilah kelemahan warga desa yang mengukuhkan kekuatan Regim. Warga desa didendangkan peranan UMNO (Lama) menjuarai kemerdekaan dan membangunkan negara. UMNO telah 'berqorban' kepada orang Melayu ketika pemimpin beroleh gaji dan pelbagai manfaat bila 'berjasa' (baca berada di kerusi kuasa). Ketika warga desa tunduk kepada desakan budi maka mereka dididik pula hanya UMNO pejuang bangsa dan negara, Melayu akan merempat dan negara akan binasa jika UMNO tidak berkuasa. Kaum lain dan bangsa asing akan menjajah tanah Melayu dan merampas hak anak bangsa jika UMNO kalah pilihanraya.

      Modal ini tidak terkesan ke atas warga bandar. Sampai berbuih mulut Najib, Zahid, Ku Nan, Sharizat dan Mat Maslan bercakap soal budi dan ancaman kaum-bangsa asing, mereka tidak mampu menundukkan minda dan emosi warga bandar yang rata-rata berilmu dan terdedah kepada maklumat. Sebab itu ibu negeri dan bandar utama di Malaysia dikuasai penyokong dan dimenangi wakil PR/PH.

      Dan tidak terkesan ceramah fakta oleh Rafizi, Tony dan Hanipa ke atas warga desa. Angka-angka besar, statistik, kelemahan ekonomi, ketelusan pentadbiran dan pematuhan undang-undang bukan topik kedai kopi mereka. Hasilnya daerah terpencil dan kurang maju dikuasai penyokong dan dimenangi wakil Regim.

      Orang kampung guna kaedah kampung, orang bandar dengan kedah bandar!

      Delete
    6. Hang ckp merapuh. Buat pe masuk mulut naga. Kan ada pilihan lain. Tun M akan buat parti baru sbb parti amanah tak le pakai. Hidup a Tun Mahathir!!

      Delete
  3. Saya orang kampung. Tetapi mengapa saya boleh memahami isu ini dgn jelas? Tak perlu ada cara kampung atau cara bandar pun!
    Halangan terbesar adalah penerangan yg selama ini diterima hanyalah dari puak2 yg memakan hasil rakyat,iaitu umno. Org2 kampung terlalu bergantung kpd wakil2 rakyat dlm mendapatkan maklumat. Walaupun kelibat wakil rakyat itu tak pernah nampak. Minda masyarakat kampung telah ditanam dari dulu lagi,konon nya pembangkang ini tidak baik,hanya ingin memecah belahkan org2 melayu.Fakta ini menyebabkan mereka lupa segala kesalahan wakil mereka. Ditambah pula dgn sedikit upah,org2 kampung pasti terlena seketika. Tapi itu dulu.

    Kini,masyarakat kampung pun pandai membezakan zaman Tun dan zaman najib. Menambah kebencian mereka adalah kenaikan harga barang yg cukup menyiksakan kerana rata2 masyarakat kampung berpendapatan agak rendah. Tak dinafikan ada yg berduit. Apa yg mereka pertahankan adalah harta pusaka peninggalan org tua.

    Bayangkan kisah benar ini. Seorang ketua bahagian telah menyembelih 300 ekor lembu utk raya korban dan mengagihkan kpd org kampung. Apa perasaan penerima? Hebat org ini,dapat merasa lauk. Apa yg mereka tak tahu dari mana hasil itu diperolehi. Dan mereka tak ambil tahu pun! Janji ada dan dapat. K/B ini mmg cukup banyak duitnya walau pun bukan sapa2 pun. Cuma dulu duduk dlm satu kementerian,apa lagi sapu lah apa yg dapat. Boss pun bagi.....

    Pembangkang pula dimata mereka tak habis2 dgn isu bercakaran,hal yg diperbesarkan juak umno demi menyakinkan org2 kampung. Maka terpengaruh lah mereka. Sebenarnya pembangkang pun banyak silapnya. Diwaktu luar pilihanraya,ada mereka dekati org2 kampung? Ada mereka membantu walau pada hari mengundi memangkah mereka? TIADA. Ini berlaku di kawasan saya. Tiap naluri manusia,bila didekati mereka akan rasa dihargai. Mereka bangga duduk semeja. Kami di kampung perlukan kemajuan,tingkatan taraf hidup dan kemudahan asas yg baik. Itu sudah memadai. Kesempatan ini di gunakan sepenuhnya oleh juak pemakan rasuah ini dgn nisbah satu utk org kampung sembilan utk mereka,sebagai contoh. Siapa yg puas hati? Bila isu dibangkitkan oleh yg berakal,mereka ini akan dipulau dan di gam dari sebarang aktiviti umno. Sampai ada pemilihan pun tiada jemputan. Terutama dlm melantik ketua kampung. FAKTA.

    Pandangan saya,dekati masyarakat kampung dgn sebaik2nya,kita satu agama satu bangsa satu negara. Berhemah dan berkasih sayanglah,anda tidak akan rugi sama sekali. Tackle hati kami,pasti kami kembali membantu kalian berjuang menentang kemungkaran ini. Bukan lima tahun sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat baik ni.

      Delete
    2. Mengarut mengatakan Halangan terbesar adalah penerangan yg selama ini diterima hanyalah dari puak2 yg memakan hasil rakyat,iaitu umno.

      Selama ini tak salah wakil2 rakyat UMNO beri penerangan di kampong. Ha nya kebelakangan ini ramai mereka yang makan dedak Cash Is King, jadi dah lain cakap nya.

      Bila Najib dah tak memimpin, depa dah tak makan dedak, UMNO ok je.

      Delete
  4. Susah sikit la nak beritahu orang melayu...sebab orang melayu ada tidak apa attitude...tak kisah attitude.

    Kena tekankan..contohnye..kalau kita mengambil barang ofis seperti sebatang pensil atau sekeping kertas di kira sebagai satu kesalahan.

    Lagi satu dia orang dah biasa dengan term Mahazalim...so selain dari Mahazalim dikira tak zalim....

    ReplyDelete
  5. Org kg xmau fhm apa itu 1MDB. Mereka fhm najib lebih baik Dari tun M krn bagi duit BR1M. Tun M Ada bagi apa2? Tak Ada, kata depa. Mereka mempunyai pemikiran yg amat simple, tak mau dan tak faham kalau explain berjela Hal 1MDB tetapi tidak dikaitkan dgn kehidupan mereka yg simple. Perlu dijelaskan hubung kait dgn masalah kehidupan harian. Bagi contoh2 yg mudah dan direct. Saya tak yakin org mcm muhyidin yg cakap panjanglebar dpt jelaskn dgn mudah kat org Kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang2 kampung ni tak boleh explain berjela jela kat depa sebab depa cepat konfius.
      Tapi kalau pi explain skim cepat kaya atau ubat kuat depa cukup seronok. Depa cukup suka.

      Delete
    2. Anon 00.10....betui ka? Se tau aku org bandar dok gila pasai skim cepat kaya ni....pasai depa miskin. La kita kat kampung biasa je!
      Bab ubat kuat tu hang pi mana pun dok juai, semua org suka. Tak kira lah kampung ka bandar ka dlm hutan pun hang boleh niaga,no! Lagi suka kalau depa tu lemah tenaga!
      Hang dah cuba explain kat org kampung ka? Kalau takdak hang jgn sembang lah.....buat kerja hang, sudah. Boleh no?

      Delete
    3. 0103 ikut suka hanglah nak kata apa pun kat aku. Cuma aku nak habaqlah sikit kat hang. Zaman Pak Man Telo buat skim cepat kaya kat Taiping dulu habis orang orang kampong daripada Perlis hingga ke Johor terkena dgn dia.
      Kaki tangan kerajaan yg pandai2 pun habis hanggus wang pelaburan depa. Ajen ajen pelaburan Pak Man Telo ada di merata rata. Tuan DO Tuan OCPD pun mai melabur sama.

      Rasa aku hang hang tak kenai Pak Man Telo tu kot. Mungkin masa tu hang belum lahir kedunia ni lagi.

      Kalau ada masa hang pi lah tanya ayah hang ka tok wan hang ka depa kenal tak Pak Man Telo. Sebab satu Malaya ni kenal Pak Man telo tu.

      Aku lupa nak tanya. Hang ni orang kampong mana?

      Bro kalau masuk sini semata mata nak mengaibkan orang tanpa mau bagi pendapat yg dapat orang lain fikir dan gunakan rasa aku baca sajalah apa yg orang tulis. Tak payah komen apa apalah. Dosa pun tak dapat. Berdosa dgn tuhan boleh tuhan ampunkan. Berdosa dgn orang susah di padang mahsyar nanti.

      Lagi pun aku tak kata apa pun kat hang.

      Delete
    4. Maaf ya bukan 0103 tapi 01:13

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Org kampung payah nak paham carta alir keluar masuk duit haram berkenaan, tambahan dedak sudah ditabur...

    ReplyDelete
  7. Bagi tahu 1MDB adalah seekor babi yang pandai pegang duit, pasti orang kampung keseluruhan membenci najib...simple

    ReplyDelete
  8. Yg bodoh sangat ini ialah orang melayu sebenarnya umno tak penah pun nak jaga orang melayu dan agama islam yg dia orang nak jaga ialah kuasa penyamun penyangak dan rasuah jadi sedarlah org melayu lingkupkan umno sokong dap lagi baik

    ReplyDelete
  9. Yg bodoh sangat ini ialah orang melayu sebenarnya umno tak penah pun nak jaga orang melayu dan agama islam yg dia orang nak jaga ialah kuasa penyamun penyangak dan rasuah jadi sedarlah org melayu lingkupkan umno sokong dap lagi baik

    ReplyDelete
  10. kebanyakn orang kampung memang susah nak menilai sesuatu denagn akal sendiri banyak yang bergantung
    pada kotua amno kampung yang tu yang depa pecaya sungguh
    sebab tu ada kampung senagja dibiarkan dalam kedaan mundur senang nak kawal undi
    dah lama jadi lombu dedak susah nak berubah
    selagi ada serbuk dedak depa tak boleh nak pikir
    bnayak nanti cepat sakit kepala
    akhirnya biarlah, janji kita ada dedak

    ReplyDelete
  11. Mensasarkan melayu "terlalu bodoh"dan menilai org kampung "tidak bijak"....anda silap dan salah!
    Sbb? Saya org Melayu tinggal di kampung dan saya tidak makan dedak serta rasuah. Ini jelas pegangan hidup saya. Saya juga amat memahami masalah yg melanda negara dgn jelas. Jgn lah kerana najib anda menghina bangsa saya. Anda nak hina beliau,itu hak anda. Tapi ingat, melayu tidak semua bodoh. Tatkala kita membodohkan org siapa sebenarnya yg bodoh? Bijak sangat kah anda? Jika bijak, bukan ini huraian bahas anda dan kita tidak membodohkan org lain! Melingkopkan umno saya setuju 100%,menyokong dap tidak sekali2.

    Jgn lah bersikap angkuh,tuan!

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Walaupun kelihatan Hadi di pihak PAS tp itu boleh dipertikai. Hadi byk hantar pelajar ke tehran, Iran. Pergi Tehran konon wakili umat islam antara agama. Pendek kata dia berhubung baik dgn Syiah dgn penjelasan konon Syiah tak semua bahaya. He is so misleading to ummah regarding Syiah Peril ( Dia memberi gambaran salah pd umat Islam berkaitan bahaya Syiah). Tindakannya berkawan dgn penyangak najib, dia telah merosakjan parti islam ahli sunnah waljamaah PAS dan memberi kelebihan kpd Parti Amanah yg pro Syiah. He is helping Syiah indirectly(Dia membantu syiah secara halus). Sy berdoa semoga Ahli Sunnah Wal Jamaah tetap terpelihara dan menolak parti rasuah dan tidak menyerahkan kuasa kpd mereka yg pro Syiah seperti Parti Amanah yg mana sokongan mrk kpd Syiah amat terang lagi bersuluh.

    ReplyDelete
  13. ...cik din..usah nak bgi puak2 makan upah dgn gomen lgi paham dgn bagi hilang rasa PENAKUT TAIK lagu mana...kena kita tolong2 pikiaq....tolong buat juga kot...kdang2 puak ni dok sembang BANYAK KUAT dkdai2 kopi dibelah pekan2 kecik ni...puak MELAYU kita lah...bukan bani lain... d ibukota tak tau lah...buah penyudah p sekerat jln U turn...taik penuh jubuk...tawarikh PRU13 Cik Din...tok wan lah cerita bab2 sejarah ni...dia pun pesan lah juga...kena terimakasih lah kita ni kalau orng dok ingat dekat orang kampung...tanda x lama dia kata..apa benda yg x lama tu x tau lah...whlahulam

    ReplyDelete
  14. Kepada Mahyudin Yasin sebelum kamu diyasinkan adalah baik kamu baca yasin.Puak yang kamu ikut dulu dan kini kamu tentang adalah Perangai yang sama teruk dgn kamu cuma nye puak tu dapat sapu kamu tak dapat kuah aje.Kalau nak kata kan untuk kebaikan dah lama kamu tinggalkan puak Umno keparat tu.Jadi kepada pembangkang hati hati orang begini rupa yang dah berlaku pada pembangkang cuba lihat balik sapa peranan nye Mat ke?atau Mat jenin Ke?Kini lagi ramai mamak keparat lakhanatullah,mamak kadiak dia tak sedor diri mamak keparat melayu.dgn Afdal tak brapa nak afdal sekalilah dgn yang hendak diyasinkan ini.Yang terbaik panggil anak anak kecil bersekolah ugama yang tak banyak dosa kumpulkan 5000 ribu anak suruh mereka buat sembahyang HAJAT,BACA YASIN serta baca talkin untuk semua pengkhianat rakyat Malaysia ini terutamanye dalam hal 1 mDB ini.Doakan mak bapak pengkhianat ini,doakan anak bini pengkhianat ini dan juga doakan zuriat serta keturunan pengkhianat lakhanatullah ini dilakhanat,diazap,dimusnah, dibencana dan seterusnye dilenyapkan dimuka bumi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pula minta budak2 yg tak berdosa doakan mak ayah org yg berdosa.. Bukan salah mak ayah depa.. Yg salah anak.. Doakan org yg terlibat cukup.. P melalut pasai pa.. Sekurang2nya muhyidin dia lepas keluaq umno dia lawan balik.. Memang dia ada kisah lama dgn team lama.. Tapi mungkin taubat dia dah tuhan diterima.. Tuhan maha pengampun.. Kalu dia sedang perbaiki diri.. Kita kena sokong.. Bukan kumpui budak2 doakan org yg tak bersalah..

      Delete
  15. Bro shah, kalau ada bukti berupa foto/video Najib tengah berjoli sakan berparti champagne di luar negara lagi bagus. Bukti sahih bukan buatan/super imposed. Mustahil dia tak berjoli di luar negara dan mustahil sorang paparazzi pun tak pernah curi ambil gambarnya.

    ReplyDelete
  16. sekarang bukan masa nya kita nak menyalahkan mana2 pihak,

    kita kena fokus cari penyelesaian untuk sampaikan maklumat pada orang kampung,

    bagi kita yang celik it,mmg mudah untuk capai apa pun maklumat dari internet,..kerana kita tahu bagaimana internet berfungsi,..

    saya tidak mengatakan yang semua golongan luar bandar tidak celik it,..ada juga dikalangan mereka punyai pengetahuan tentang it,..tetapi jumlah nya kurang,..

    bagi golongan orang kampung,..mereka lebih selesa berada di depan televisyen,..kerana lebih mudah mendapat maklumat dengan menekan remote atau menghidupkan tv sahaja,...daripada menggunakan
    komputer/laptop/tablet/android +
    wifi +
    password wifi +
    quota bulanan +
    google +
    .com.my +
    english +

    = 'lecehlah'

    kalau kita amati penyampaian maklumat dari tv,..mmg kita sedar terdapat maklumat yang berat sebelah,..
    tapi jika disiarkan secara berterusan,..lama kelamaan ia tetap akan terkesan pada mereka yang tak menerima capaian maklumat sebenar dari internet,..

    mungkin kita bule cuba meniru sebagaimana tv menyampaikan maklumat,..

    jika bule,..perbanyakkan himpunan deklarasi rakyat yang dibuat diserata lokasi secara serentak dan berterusan,dengan menggunakan skrin bergerak atau projector tidak kira melalui rakaman ataupun siaran langsung,..

    dari segi penyampaian maklumat,..mmg kita lemah,..dan harus segera kita kaji kelemahan ini,..

    ReplyDelete
  17. Bahasa paling mudah nak bitau org kampung adalah melalui program agama.. Bagi yg islam bagi ceramah tentang rasuah dlm islam kaitkan dgn isu semasa 1mdb..
    Panggil perceramah agama yg terkenal spt azhar idrus atau lain yg takda kepentingan parti dan tak takut berkata benar...
    Bagi yg bukan islam buat ikut saluran agama atau adat masing2...
    Tema bahaya rasuah.. Dan kerajaan pencuri..
    Bitau org kmpung jgn percaya lagi dgn media arus perdana.. Tekankan Umno bukan lagi seperti dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segalanya payah bro.. lifestyle BN dah mengakar dlm.segenap sudut hidup kita. Baik dikampung baik dibandar.

      Kalo hang nak turun berceramah, sampai berpeluh lubang jubur dan telur kerandut hang pun, belum tentu ada yg nak paham dan percaya.

      Dah ramai berasa senang nak explain itu ini. Turun buat sendiri, baru tau apa nak kene buat. Tenaga, wang poket sendiri blablabla.. tu blom yg datang berparang depan muka ekau, kira nasib baik sesangat la.

      Tak sumer kebenaran, org nak ikut. Hati masing2. Belum diuji, rasa sumer boleh makan mcm kacang. What a pathetic bro..

      Delete
  18. Org2 kampung dan felda tak bodoh cuma tak tahu mana satu intan mana satu kaca. Mereka kenal UMNO saja. Minda mereka dimomokkan hanya UMNO boleh membela Org Melayu dan Agama Islam. Mereka sentiasa ditakut-takutkan yg Org Melayu akan lemah dan hilang kuasa jika parti lain menerintah.

    Org kampung dan felda mudah termakan budi. Dapat sikit habuan pada hari mengundi dah cukup. Mereka lupa langsung segala masalah yg menimpa negara.

    ReplyDelete
  19. Org2 kampung dan felda tak bodoh cuma tak tahu mana satu intan mana satu kaca. Mereka kenal UMNO saja. Minda mereka dimomokkan hanya UMNO boleh membela Org Melayu dan Agama Islam. Mereka sentiasa ditakut-takutkan yg Org Melayu akan lemah dan hilang kuasa jika parti lain menerintah.

    Org kampung dan felda mudah termakan budi. Dapat sikit habuan pada hari mengundi dah cukup. Mereka lupa langsung segala masalah yg menimpa negara.

    ReplyDelete
  20. Amat bagus usaha2 menerangkan kpd org kampung penyelewengan dan pengsonglapan berbilion Ringgit wang 1MDB dengan bahasa mudah.

    Istilah seleweng dan songlap itu perlu di terangkan dlm bahasa mudah.

    Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP kata

    seleweng = mencuri apa-apa yg diamanahkan kpdnya, menyimpang drpd tujuan yg sebenarnya

    songlap = sulap = 1 permainan silap mata, sunglap; menggelapkan (wang dll), 2menyelewengkan: ~ gaji pekerja; 3 memalsukan (surat dll); 4. mengubah dgn cepat

    ReplyDelete
  21. Aku sangat gembira Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orang ramai.

    Dia dah kata PKR di ketuai dek Wan Azizah, menerang kpd rakyat dia takda maksud nak songlap (hehe, istilah popular bagi Najib) jawtan Presiden PKR.

    Dia ha nya mahu join apa saja pergerakan bagi mendesak Najib letak jawatan, atau di ganti dek UMNO, atau di gulingkan di PRU14 (istilah guling boleh di gunakan bagi PRU, ya tak?).

    ReplyDelete
  22. Memang, kalau Chedet mahu rapat sangat dg PKR, Anwar mesti curiga atau masih dengki sebab apa yang dia kena di masa pemerintahan Chedet.

    Biar lah, walau pun Chedet dah kata sesiapa pun boleh mengetuai nya, harap semua pihak yang bangkang Najib akan setujui Chedet mengetuai barisan menggugat Najib supaya dia letak jawatan dsb nya.

    ReplyDelete
  23. Kita gembira mendengar berita wan azizah dan muhyidin nak bergerak kekampung untuk beri penjelasan secara mudah soal 1mdb.
    Tetapi kita sudah kenal lama kedua dua ini too slow person.(NATO....no action talk only).
    Kita sendirilah kena ambil tanggung jawab memberi tahu kawan kawan dan saudara kita dimana saja soal 1mdb....berkorbanlah untuk menjaga negara kita demi anak cucu kita.
    Kedua watak diatas terlalu lemah untuk jadi pM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Sokong. Terutama nya jika Najib tak mau undur atau UMNO tak mahu gantikan dia. Mesti tewaskan Najib di PRU14 supaya dia tak pegang jawatan PM lagi.

      Delete
    2. Tewaskan UMNO/BN sekali supaya Najib tak boleh langsung di angkat jadi PM, tak boleh jadi PM sebagai Senator pun.

      Delete
  24. Tindakan chedet menjelaskan kebobrokan dan malapetaka telah ditimpa rakyat kini hasil kecurangan MO1 semoga mendapat ganjaran pahala, segelintir saja yg masih buta hati tapi berkat doa orang teraniaya akan jatuh juga rejime itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seluruh rakyat teranyaya, kena bayar cukai spt GST bila gomen dah tak cukup duit bayar hutang RM81 biion di buat dek depa yg bertanggung jawab pasai 1MDB

      Delete
  25. 1mdb skim cepat kaya najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekim menipu, mengseleweng, mengsonglap berpuluh bilion.

      Delete
  26. Selagi media massa radio, tv dan surat khabar ditunggang oleh umngok selagi itulah umngok mampu menipu rakyat.umngok menang 1-0

    Ketangkasan umngok membelit rakyat supaya menyakinkan tiada keperluan rakyat untuk mengetahui siapa Mr.MO1.Keluarlah segala teori campurtangan asing, is ,konspirasi, agenda yahudi, kafir harbi dan sewaktu dengannya

    ReplyDelete
  27. Bahasa yg PALING MUDAH ialah BAHASA ISYARAT LAMBANG AGONG...yg kamu semua yak Ada melainkan NAJIB.
    Apalah BONGOKNYA si MAT SEMBAB Ni....

    ReplyDelete
  28. Apa hukumnya pulak para haji dan hajah menerima tawaran haji dari 1MDB? Ulama mintak tolong jawap. Kalau masih ada ulama yg sudi bersuara lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RE: "program memakai jubah dan "ya hanana" kelihatan begitu menonjol dan aktif ketika ini (era Ahjibgor) berbanding era Tun Mahathir mahu pun Tun Abdullah Badawi."


      Ini dia pencegahan Quran surah Al-Maun kepada kaki pendusta:

      Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (yang meliputi Hari Pembalasan)?
      Orang itu yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim(yang tidak ada daya upaya),
      Dan orang yang tidak menggalakkan pemberian makanan yang berhak diterima orang miskin.
      (Kira orang yang sedemikian yang mendustakan agama), maka Kecelakaan Besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang
      (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dalam menjalankan sembahyangnya
      (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (membanggakan diri dalam ibadat dan kepada orang bawaannya)
      Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (bahkan menipu dan mencuri dari hak rakyat jelata)

      Delete
    2. Negara yang mengaku memberi derma tu negara mana? Bukankah negara tu tempat naik aji.Masih x paham lagik?

      Delete
  29. Err...orang kampung ada pergi dengar ceramah ke?

    ReplyDelete
  30. Kenapa pembangkang ni lembab sangat atau sengaja di lembabkan? Peluang terhidang depan mata gasak lah. Turun padang dgn cara terhormat agar anda dihormati. Asyik2 cerita kau nak bertegang leher dgn puak kau,nak rebut kuasa dan nak rebut jawatan. Sampai bila tak jadi. Kami di kampung pun tau erti lelah! Penat dan menyampah,paham?

    Sidang media bukan main,hasilnya? Asyik dok planning strategi,hari pun malam! Tunjukkanlah kesungguhan kau orang,ni tidak. Dlm masa yg sama kau balun najib,tapi usaha kau orang takat mana? Aku bukan pro najib atau sapa2,SALAH TETAP SALAH. Jgn salah kan rakyat menyamakan taraf kau orang sama mcm mereka. Cuba berikan perbezaan.....

    Jgn bagi excuse...modal kecik! Dah tau kecik jgn nak berpolitik! Air mineral botol kecik pun dah seringgit. Abis tu nak free je? Tiap benda ada harga,tapi jgn sampai meRASUAH pulak!

    Kau orang semua dah tentu tak lapar,rakyat? Kami bukan sama semuanya. Agak2 lah. Dah jemu dah isu tak abis2. Takkan nak hantar sirih junjung mintak najib,apander,igp dan semua lanun2 tu turun kot? Cergas lah.

    Kau orang kehulu kehilir duit berjuta, makan berhidang dan kereta menjalar,rakyat jugak yg mengah! Yg dtg sokong kau ni pun dtg naik motor, tau?

    Apa punya lembab da!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau bukan org kampong cakap mcm itu. Aku fikir kau menyamar sebagi org kampung. Kau pemakan dedak si Jibo, cakap nak mengelirukam org kampong. Kalau betul, bedebah kau.

      Kau kata Dah jemu dah isu tak abis2. Apekedarah nya kau jemu? Tak tahu ka yang org kampong dan yg berpendapatan rendah hidup seksa, kena bayar GST mcm korang yang berduit jugak. Kau jemu apa? Jemu org kampong dan yg berpendapatan rendah hidup susah?

      Dahtu, apekedarah nya kau kata "Takkan nak hantar sirih junjung mintak najib,apander,igp dan semua lanun2 tu turun kot?" Apa maksud kau?

      Kau nampak mcm menuding orang yg kehulu kehilir duit berjuta, makan berhidang dan kereta menjalar. Tapi apa makna kau mengata Yg dtg sokong kau ni pun dtg naik motor? Kau sengaja nak mengelirukan pembaca ye? Kau belajar propaganda di mana? Dengan Red Beans ke?

      Delete
    2. 14 03....
      Rupanya kau pun lembab jugak.
      Hahahahaha

      Delete
  31. Tan sri senang je nak bagitau orang kampung

    Harga minyak jatuh
    Saham fgv jatuh
    Harga getah jatuh
    Harga sawit jatuh

    Petani di tindas
    Subsidi tu rasuah nyata

    Penanggur bersepah
    Gelandangan bertaburan

    Desakan hidup
    Rompakan
    Ragut

    Porakperanda keluarga

    Nak guna gst
    Beri gaji tinggi
    Peluang kerja banyak

    Asyik nak bina yang mega mega rakyat
    Tak mampu juga

    ReplyDelete
  32. kena try strategi 'if you cant beat them join them'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh, amat bodoh, komen yg tak bertanggung jawab.

      Delete
  33. Sokong anon 11.17

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sokong diri sendiri ke?

      Delete
  34. Ini lah masaalah nya bila Pelajaran Di abai kan ..sekolah smpai form 3 cukup dah. Org Melayu kg memang mcm ni. Asal cukup makan cukup pakai ..dahhh ..Nak terangkan psl pemimpin yg mencuri duit / harta negara dan Felda yg nak telungkup pun susah nak faham. A aku cadang buat ler ceramah agama atau rumah terbuka bila nak beri penerangan tu ..panggil ler ustaz/ustazah yg yg ambik berat pasal salah laku pemimpin2 Umno yg bersikap munafik ni...

    ReplyDelete
  35. Masyarakat kampung bukan sebodoh yg kalian sangka. Orang orang bandar pun bukan sebijak yang anda nilai.
    Dimana pun anda tinggal yang penting ILMU. Dengan ilmu tahu lah yang mana intan yang mana kaca.
    Melayu selalu sombong terutama bila dah berada. Berada apa tak tahu lah.

    Membaca gedung ilmu!

    #selalu jumpa orang bandar bodoh nak mampus, takut bini, takut hantu, takut duit tak ada,takut boss kat ofis dan bermacam jenis takut. Tapi dengan Allah sikit pun tak takut. Bingai betul.
    Gaji nak cepat,payment nak cepat kerja nak cepat....mati nak lambat! Konon nak taubat? Ke tau buat...

    ReplyDelete
  36. Org melayu ni kg atau bandar.. lbih kpda mentaliti. Even org bandar pun yg muda2 ni. Cth bla calon pilihanraya kwsan tu cina n parti bn ltak melayu. Diorg mcm mn pun akan undi melayu wlupun pemimpin melayu tu taraf srp je. Org kg pulak terangla mcm mn pun brdebat, klu dh mentaliti tu trtutp, brabis air liur n smpi diorg trdiam pun bla dh dpt milo setin trus pngkah bn. Org melayu ni tggu smpi diorg mrempat n xckup mkn bru dia sdar. Ak cdgkn parti pembangkang mulakanlah kempen ceramah2 dn brtemu penduduk kg n melayu serta india. Klu perlukn sukarelawan buatla iklan sebarknla..sy prcaya ramai yg mahu mnyumbang tenaga. Sy xtahu bgaimana mahu mnolong tun dlm mnumbangkn parti najib ni tp bukalah jln supaya rakyat yg sedar boleh berikn sumbangan.

    ReplyDelete
  37. Pemimpin Umno telah meracuni otak org Melayu dan menakut2kan Melayu..jika bukan org Umno yg memimpin abis lah org Melayu dan Islam. Itu lah org Melayu dok fikir. Rakyat Selangor dah bertahun2 tinggal kan Umno. Takde pun org Melayu tertindas. Islam msh dijunjung. Buka lah hati dan minda mu wahai org Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang bodoh akan menjadi benteng kepada sistem pemerintaham kleptokrasi manakala yang pintar akan menjadi mangsa penguatkuasa dan undang2 tadbiran sistem kleptokrasi.kena faham karenah negara klepet.

      Delete
  38. bagitau semua pengundi2 tegar bn umno luar bandar tu gst tu cukai haram paksaan najib bn umno untuk semua kegiatan haram mereka.tolak najib bn umno gst tu hapus terus lepas pru14.#TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  39. Dear Shah,

    To help us all, I would like to post the following which I had seconds ago posted to another website:


    IMDB is a victim? Are you kidding?

    IMDB or to be more exact the top powerful individuals in the organization are in collusion with those outside!

    IMDB is thus a perpetrator to a financial crime against Malaysia and Malaysians.

    The victims all along are Malaysia and Malaysians.

    Never once the 1MDB is a victim over what is happening. The best that one can say is that it is a vehicle for corrupt practices by those inside and outside.

    But I would rather say that is nothing more than a perpetrator of a crime like so many other cases in the past and present coming from the so called God's gifts to Malaysians.

    Yes, you've got it right - did I hear MAS, Felda, MARA and numerous others mentioned. And we have not yet gone to similar cases coming from the God’s gifts from the state and other level of governments!

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    Now, another way of putting it straight to the people is simply this:

    Without 1MDB, there is no GST!

    ReplyDelete

  40. เล่นง่าย ได้เยอะ เครดิตฟรี joker สล็อตออนไลน์ slot online ที่นี่คลิก
    https://www.slot4u.com/joker123

    ReplyDelete