Sunday, 31 July 2016

APA PERLU DILAKUKAN KEPADA UMNO?


Kata Tun Mahathir Mohamad, parti yang bakal ditubuhkannya akan dibarisi pemimpin baharu yang mampu menukar cara perjuangan UMNO yang ketika ini dipimpin oleh Najib Razak.
Hari ini dasar perjuangan UMNO hanya untuk tentukan Najib tidak dihadapkan ke mahkamah, ujar beliau.

Muhyiddin Yassin pula mengumpamakan UMNO ibarat sebuah kereta rosak yang tidak boleh diperbaiki lagi.
Bila dibaiki pun ia akan terus rosak, lebih-lebih bila Presiden UMNO sendiri seorang yang amat tidak bertanggungjawab. Jadi, kita kena tukar dengan kereta baru, katanya.

Mohd Shafie Apdal pula mengatakan, orang Melayu tidak akan mati tanpa UMNO, sambil memberi contoh apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sekarang.
Sehubungan itu, beliau juga nenggesa rakyat Sabah agar berani mengubah kepimpinan kerajaan negeri tersebut.

Mukhriz Mahathir meminta rakyat membuat pilihan yang bijak dalam pilihanraya akan datang demi menyelamatkan masa depan negara.
Sama ada negara dapat diselamatkan atau tidak, penentuannya ialah pilihanraya akan datang, tegas bekas Menteri Besar Kedah itu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan kepada UMNO? Apa pilihan yang sebaiknya?
Atau barangkali ini jawapan paling munasabah sekali? (SH 31/07/2016).

28 comments:

  1. Tun Mahathir yg dikasihi,
    Consider us in as your new party member!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata hari ini bahawa kepercayaan dan keyakinan di antara ahli Pakatan Harapan telah “lama hilang”.


      “Mereka tidak bertindak sebagai satu parti perikatan. Berdasarkan satu sidang media yang diadakan oleh (Lim) Guan Eng, jelas beliau kelihatan tidak begitu gembira tentang hakikat itu,” kata Khoo kepada portal FMT.

      Khoo memberikan komen terhadap sebuah sidang media yang diadakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, mengumumkan bahawa DAP telah membatalkan niat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuka laluan kepada pilihan raya mengejut susulan bantahan PKR.

      Ketua menteri itu berkata keputusan DAP tersebut dibuat selepas pucuk pimpinan sekutunya, termasuk timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, tidak bersetuju dengan idea pilihan raya mengejut dan adalah menjadi pegangan partinya bahawa persidangan hanya boleh diadakan dengan persetujuan tiga lagi parti yang lain.

      Delete
  2. Tun Mahathir yg dikasihi,
    Consider us in.. as your new party member!

    ReplyDelete
  3. Tukar UMNO x guna..selagi ahlul bait dok tercangkung makan free elaun berjuta anak beranak di setiap negeri saban bulan dan puluhan tahun dah begini, ahlul bait mmg pior UMNO. Sbb tu Najib selamat.

    Nabi melarang zakat, hadiah, pemberian utk ahlulbait. Tapi di Malaysia, ahlulbait rembat x kira duit zakat apa sumer.. yg bodoh ialah Melayu.

    Ahlul bait memerintah dgn adil. Adil utk ahli UMNO. Yg pembangkang, bukan rakyat. Sayangilah ahlulbait melayu..kahkahkah..

    ReplyDelete
  4. Umno parti Najib; dan pembodek2 dia spt Keruak, Rahman, mat Azalina, Nazri, Nan Mansor, Mail, Sabery, Jamal Ikan dan lain2 yg disumbat dedak.

    Lain2 ahli yg masih tinggal adalah melayu 2 bodoh shj...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah saya akan daftar jadi ahli parti baru

    ReplyDelete
  6. Saya fikir takda apa yg boleh di lakukkan kapada UMNO di atas sebab sebab yang telah di kata dek pemimpin barisan baru tersebut di atas.

    Najib tak akan letak jawatan dan UMNO tak akan mengganti nya.

    Namun demikian, teruskan usaha2 Tun, TS Muhyiddin, DS Shafie dan DS Mukhriz. Kita pun teruskan kutuk, caci, sebat, belasah dan segala apa yang di benar undang undang si Najib dan UMNO, mana tahu akan berubah sabelom PRU14.

    Kalau tidak, kita dapatkan rakyat kalahkan UMNO/BN supaya Najib tak dapat jadi PM lagi.

    ReplyDelete
  7. Sabah dah keluar umno bn
    Ape lagi rakyat malaysia

    Tumbangkan bn
    Hancur umno

    Selama ini petut dia sahaja kenyang

    Rakyat menderita

    ReplyDelete
  8. Pemimpin cawangan mesti bertindak
    Tarik rakyat hancur umno

    ReplyDelete
  9. Kalau dalam rumah kita bapak itu adalah penjenayah besar, mahu kita maju ke mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu melingkop dulula.Sudah terhantuk barulah kita sedar.Mungkin suatu hari nanti akan ada sekatan-sekatan dan tekanan oleh negara luar kepada negara kleptokrasi.Jangan salahkan negara lain yang tidak mahu terbabit dengan negara kleptokrasi,kerana ianya bukan campurtangan dalam urusan dalaman negara.

      Delete
  10. Mu shahbudin aku tgk jenis xda kije la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe le SHAHBUDIN tak keje pun. Bukan dia mintak duit abang pun!

      Lagipun dia tk songlap duit rakyat dan mentekedarah dedak dari tauke dedak..!!

      Delete
    2. Tak ada kerja pun Din tak minta duit hang untuk sara hidup....!!!

      Delete
  11. Ya, Parti Baru, Bahagian baru, Cawangan baru dengan MUKA2 baru! Dah lama kami tunggu barisan baru! Kami dah tak tahan lagi dengan muka2 lama yang korupsi dan nepotisma sehingga takde peluang dan ruang langsung untuk muka2 baru menjelma yang lebih berwibawa, lebih bernas dan lebih bersemangat membela rakyat bukan seperti sekarang ini membela perut sendiri berlebih2an dan rakyat ditimpa gst, denda dan berbagai disuruh tanggung beban pemimpin yang terlebih kenyang dan songsang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoknyer tengok sang kleptokrasi pertahankan diri.Terlalu banyak tembok-tembok yang perlu ditempuhi oleh rakyat sedar.Tembok ahlul bait, tembok media massa, tembok undang-undang, tembok penguatkuasa, tembok tembolok dan dedak, tembok agama dan bangsa dan yang paling penting tembok kesedaran rakyat.

      Delete
  12. Winds of change - Inshallah I with you Tun

    ReplyDelete
  13. Bubar umnola...
    Hancur...
    Tinggal nama je la...

    ReplyDelete
  14. Hancur umno
    Hancur la geng makan duit free kontrek kerajaan
    Dana kerajaan semua diaorang songlap

    ReplyDelete
  15. bial amno kalah pati mahade akan ajak puak amno lain begabung ikut selera dia dan kekalkan amno
    itu tidak dapat ditolak kemungkinan besar nya
    mahade sayang amno
    apa yang nak diubahnya kalau setakt pm saja tapi ketelusan urus tadbir maseh sistem lama

    ReplyDelete
  16. Sekiranya Najib masih Pm,saya tidak akan menyokong parti Najib (sebelum ini dikenali Umno yang sememangnya saya sokong)....InsyaAllah jika parti baru inii menjadi kenyataan,saya akan menyokong parti baru ini demi masa depan generasi akan datang serta mengembalikan semula maruah /nama baik negara yang dirosakkan teruk oleh Najib.

    ReplyDelete
  17. Umno akan diusung rakyat masuk liang lahad pada pru14,

    ReplyDelete
  18. tanam terus dalam kubur pru14 nanti.#TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  19. Kleptokrasi terjadi kerana sensitiviti melayu terlalu rendah..mereka leka diulit umpan sudah tentu dedak!! di kesempatan ini politikus petualang mengambil peluang kleptokrasi semaumaunya.

    ReplyDelete
  20. Paling baik kasi bungkus UMNO dan flush dalam jamban forever. Jasa UMNO cuma akan dikenang setakat berakhirnya era Tun M...selebihnya bukan lagi UMNO tetapi persis saka setan yg nampak mcm hidup tapi dah takde roh melayu lagi. UMNO yg ada sekarang telahpun mengumpul melayu2 bangsat di dalam bakul yg sama...kaki rasuah...mata duitan...projek...perempuan dan seribu mcm onar yg hanya akan memudaratkan melayu2 lain yg di atas pagar dan yg benar2 ingin membela nasib anak bangsa. Tak sabar menanti parti baru Tun M, semoga berhasil menumbangkan BN tatkala Tun M masih hidup dan harapan kami anak2 muda melayu yg pernah berada di bawah 22 tahun pimpinan Tun M akan membuktikan bagaimana melayu baru sepatutnya mencorak nasib generasi2 melayu akan datang. To hell and screw yourself mana2 anak2 dato...tan sri..datuk seri...dan sewaktu dengannya yg tidak sedar diri...perasan mcm diva sebab mak bapak masing2 menteri...lastly anak2 datuk...tan sri..dan lain2 yg masih sedar diri...contohi la perjuangan ibu bapa kalian yg jujur memimpin dgn penuh integriti.

    ReplyDelete
  21. Khalid dah umum bole buat demo asal bukan utk jatuhkan kjaan atau Najiblis. Jadi bole buat demo 'Singkir Malaysia Official 1'.

    ReplyDelete
  22. เล่นง่าย ได้เยอะ เครดิตฟรี joker123 สล็อตออนไลน์ slot online ที่นี่คลิก
    https://www.slot4u.com/joker123

    ReplyDelete