Tuesday, 28 June 2016

YESSS...INI BARU SOLIDARITI, MEMBUNUH PUN ADA RUANG MEMBELA DIRI!!


Berbanding Pagoh yang hanya riak-riak kecil dan Jerlun dan senyap sunyi,  reaksi UMNO Bahagian Semporna terhadap penggantungan Shafie Apdal lebih memberi erti tentang solidariti.

Di Pagoh, walaupun UMNO Bahagian itu menolak keputusan MT memecat Muhyiddin Yassin, hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Di Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir, langsung tidak kedengaran apa-apa bantahan meskipun disedari proses yang diambil dalam mengadili bekas Menteri Besar Kedah itu jauh daripada keadilan yang sewajarnya.
Sebagaimana yang dilaporkan, sebagai bantahan terhadap tindakan MT UMNO menggantung Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, 19 AJK Bahagian dan 300 Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

Mereka bertindak demikian kerana merasakan Shafie tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya sebelum dijatuhkan hukuman.

Dengan tindakan itu, UMNO Bahagian Semporna sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi.

Ini baru solidariti dan setiakawan...dan jika lebih ramai yang sedia mengambil tindakan serupa, gugatan terhadap Najib pasti akan lebih berkesan lagi.

Jika lebih ramai yang kenal erti perjuangan dan tidak sayang jawatan, Najib juga lebih mudah diberi pengajaran untuk sedia mendengar perbezaan dan kritikan dan tidak semata-mata gemar menggunakan kuasa yang ada padanya.

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat, manakala Shafie digantung keahlian hanyalah kerana ketiga-tiga mereka lantang mengkritik Najib berkaitan isu 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan dirinya.

Tetapi mereka tidak pernah diberi surat tunjuk sebab atau apa-apa peluang membela diri sedangkan dalam proses pengadilan yang sebenar, pesalah membunuh yang jelas perlakuan membunuhnya pun tidak pernah dinafikan hak membela diri mereka.

Lantaran itu, selain pujian atas keberanian mereka di Semporna mengambil tindakan terpuji itu dan diharapkan lebih ramai lagi di seluruh negara yang menyusul kemudian dengan tindakan yang serupa. (SH 28/06/2016).

79 comments:

  1. Malu la orang semenanjung. Tkda tulur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabik hormat pada Semporna. Begitu caranya nak mengajar.

      Orang semenanjung walaupun nampak ketidakadilan tapi butakan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut. Tambah lagi kalau dapat dedak.

      Delete
    2. Gua Respect 100% laaa UMNO Semporna !

      Delete
    3. Org Semenanjung ada tulur laaa...sapa kata takdak. Cuma kebanyakan nya dah jadi tulur tembelang.

      Delete
    4. Satu Bahgian saja maa aaa ,tatak apa punya maa aa.

      Delete
    5. Dah jadi telur dadar makan dgn nasi kangkang....ha ha ha ha ha

      Delete
    6. Org Semenanjung yg jadi masalah ia lah Najib dan puak dia je. Yg lain dlm UMNO, termasuk Tun dan Protun, ok je. Tu pasal kempen Selamatkan Mlaysia, nakkan Najib letak jawatan atau di gantikan sabelom PRU14.

      Delete
    7. Ameno guna undang2 rimba.pecat
      ahli tak ikut peraturan.hanya yang
      bebal setia dengan umno.malang
      nya najib x berani pecat ahmad said
      di terengganu.

      Delete
    8. ...ada...tapi untuk gosok gosok...usap usap nan dipgi yg hening
      ..itulah dinamakan telok UMNO...

      Delete
  2. Setuju...orang semenanjung macam najib.semua kecut xde telor.
    Semua sayang jawatan,harap- harap dapat dedak lebih.
    Orang Jerlun,Pagoh...apa lagi?

    ReplyDelete
  3. Memang memalukan bangsa Johor, tak macam orang Sempurna Sabah, bersatu teguh bercerai roboh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor ni kecoh dia sendiri bolehlah. Konon lagi melayu dari melayu. Nak harap tuanku je yg berani tegur mana yg tak kena. Nak harap org umno ...tak mungkinlah. Cakap macam bagus tapi hari kecik. Takut hilang jawatan. Shahrir, Khaled Nordin, Jazlan, Aziz Kaprawi ni semua setengah sen tak berguna. Meluat Zakarshi lagi melingkup.

      Delete
    2. Johor kini cuma jadi Muzium UMNO. Hanya untuk pameran saja.Orang Sabah tidak takut kepada Pahlawan Bugis, Najiblis.

      Delete
    3. UMNO Johor kini cuma jadi Muzium UMNO. Hanys untuk pameran saja. Orang Sabah lebih berani tegur Pahlawsn Bugis, Najiblis tu!

      Delete
    4. najib ada pahlawan bugis...sabah ada abu sayaf...dan pahlawan suluk...mk takut apa?

      Delete
    5. Johor, Kedah cakap macam petir berdegar-degar tapi hati kecut. Semporna yang lebih bersatu berani.

      Delete
  4. Kadang2 ingin juga saya nak suruh depa yang masih berdiam diri check tengok masih ada lagi kah benda tu tergantung dalam kain.

    ReplyDelete
  5. Bukan org semenanjung tak ada telur,tetapi tindakan org Sabah yang bodoh..sepatutnya tindakan menjatuhkan najib digerakkan dalam parti..
    Sekarang ramai2 keluar parti,lagi najib suka..
    jawatan kosong dalam bahagian,cawangan di semporna akan diisi oleh pihak lain yang akan menyokong segala tindakan najib.
    Pihak kurang cerdik,yang keluar parti atas semangat solidariti hanya akan menyalak dari luar dan akhirnya salakan pihak ini akan hilang seperti angin bayu.
    Sepatutmya penentangan golongan ini diterjemah semasa proses pemilihan parti.
    Cuba fikirkan,kekadang perasaan amarah dan Tidak puashati lebih diutamakan daripada akal fikiran..
    Tindakan menjatuhkan najib harus bermula dari dalam parti dan teramat rugi golongan penentang najib secara senyap dengan tindakan bodoh yang bertunjangkan solidariti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kamu mengata "Tindakan menjatuhkan najib harus bermula dari dalam parti" dan takda jalan lain, mengarut kamu.

      Mengata orang bodoh kamu bunyi macam apa yang di panggil Jing Projibo yang selalu masuk beberapa blog dan di bidas dan di kerumun tiap kali kau masuk hingga terdiam.

      Tak salah berdissent. Tapi yang ngata orang lain bodoh perlu di bodohkan lebih dari nya.

      Delete
    2. Kalu ada saluran dlm umno nak perbetoi dah lama org buat.. Mukhriz.. Muhyidin dan tun m pun dah buat.. Sbb saluran dalaman tutup la tun m umum keluar umno.. Tun m bodoh juga ka keluar umno mcm ahli2 umno sandakan.. Itu la tindakan yg sewajarnya.. Nak tentang najib dari luar pun boleh.. Sebenarnya najib nak ditentang dlm ka atau luar umno pun sama ja sbb di luar parti semua institusi dkm gengaman najib.. Sprm.. Pac.. Majlis peguam. Hakim2.. Polis.. Semua berpihak najib.. Jadi pertama kali kena keluar parti umum yg kita tentang najib.. Hanya wajib fokus pada najib sahaja.. Yg lain2 tu (parti... Sprm. Spr polis etc)hanya ikot ckp najib. Kalah najib kalah semua.. Jatuhkan najib di pekan dlm pru.. Semua gerakan penentang kejahatan politik harus bersatu berkempen di pekan.. Tumpu di pekan. Kempen bertema najib dan duitnya.. Buat logo.. Baju.. Video. Lagu.. Pantun.. Hebahan seni dlm bentuk sindiran utk didik pengundi tentang bertapa buruknya politik wang najib. Jgn risau umno yg lain. Semua akan jadi lemah bila najib kalah. Sbb mereka takda duit yg byk mcm najib.. Letak calon bebas di pekan.. Elakkan pecah undi dgn meletak satu lawan satu di pekan. Calon paling layak.. Mungkin org baru dari org luar politik yg terkenal dgn kebaikan.. Mungkin kita boleh calonkan pendakwah bebas. Azhar idrus... Org pantai timur.. Disegani bukan islam dan islam.. Dan juga dekat dgn org muda.. Adil sbb bukan mewakili mana2 parti pembangkang.. Semua gerakan anti najib harus sedia bntu calon pekan.. Biar azgar dgn ceramah agama utk undi melayu dan org muda... Org cina dan lain2 amnah pkr dap boleh tolong.. Tapi gerakan anti najib jgn satu meja dgn calon pekan (walau satu matlamat) sbb nt pengundi anggap calon bebas org suruhan gerakan anti najib dan juga elak dari umno tuduh calon pekan bersekonkol dgn gerakan anti najib. Apa yg perlu gerakan anti najib buat adalahkempen anti najib habis2 di pekan dan nyatalan sokonfan pada calon.. Itu ja bukan satu pentas.. Supaya golongan atas pagar undi calon bebas.. Umno kuat sbb duit najib yg kawal semua.. Kena hati2 dgn undi post.. Kena guna pengetahuan bekas2 ahli umno tentang bagaimana umno tipu dlm undi post utk gagalkan tipu undi pos berlaku.. Kertas undi lebih kuat dari spr dan polis..

      Delete
    3. 13:45 bunyi macam nak jatuhkan seluruh UMNO, bukan Najib saja. Aku mahu gantikan Najib, gantikan UMNO/BN ha nya kalau dah takda jalan lain, UMNO tak gantikan dia sabelom PRU14.

      Delete
    4. Sembang kata orang bodoh, dia pulak terlajak bodoh. Buta, pekak ke bisu setahun lebih sampai Perhimpunan Agung pun Najib buat UMNO macam hak dia.....dalam kerajaan dan badan berkanun dan badan siasatan di porak perandakan macam taiko Mafia sampai AG, Ketua Polis pun tak berani mengambil tindakan...so kalau kamu tak melihat, buta lah kamu, tak dengar...pekak-badak, tak membantah....bisu kut! Tapi yang jelas, diri sendiri bodoh tahap 2.6 billion sewenang wenang panggil orang Samporna bodoh!

      Kalau bingai jangan samakan diri kamu sama dengan orang lain, ada paham?

      Delete
    5. Anon 12.55,
      Kamu ini masih tidur ka atau tertinggal bas, apa proses pemulihan parti mesti bermula dari dalam kamu tau ka semua pintu dah di tutup,semua ketua ketua bhg ,sebahagian ketua cawangan ,ahli ahli dah terlibat makan dedak dan kebanyak takut dan masih tidur tak sedar najib songlap wang negara melalui 1MDB ini semua berlaku pada umno semenanjung .

      Kamu masih tidur ka yang pemilihan agung parti sudah ditiadakan pada masa ini ditangguh pada 2018 bila semua kaedah dalaman dituutp disebabkan semua pemimpin semua peringkat terbabit mempertahankan najib bermakna jln dari dalam parti sudah tiada dan bermakna keseluruhan pemimpin pemimpin perti juga sudah rosak dan perasuah , jadi jelas umno kini bukan lagi umno asal ,tindakakan semua ahli dan pemimpin perti umno semporna sabah adalah bermarwah bukan macam disemenanjung tahun presiden terbabit dalam penyelewengan wang 1MDB tapi disebabkan dedak mereka tak tentang kerana marwah sudah tiada.

      Akhir kalam ,jalan yang terbaik untuk malaysia adalah umno wajib dilenyapkan dan digantikan dengan barisan baru yang belum terpalit dengan penyelewengan ini selaras dengan syariat iaitu kepimpinan islam wajib bertunjangkan amanah ,keadilan dan kebajikan bukan demi presiden dan kedudukan semata mata.Ia ada lah selaras dengan peringatan allah swt didalam alquran bahawa ia akan mengantikan(melenyapkan) sesuatu kaum kepada kaum yang lain sebagai kalifa dibumi apabila kaum tersebut sudah rosak dan alpa,ini la hakikat yang berlaku kepada umno sekarang.

      Delete
    6. Bagus Anon 14:49, komen anda ada perenggan, teratur bentuk dan isi kandungan, senang di faham tak mengelirukan.

      Setuju, bodoh nya Ahli2 Majlis Tertinggi UMNO tak sedarkan niat terselindung Najib dalam hal menangguh pemilihan parti hingga 2018.

      Bukan 2017, tapi 2018. Kot supaya dah terlambat, dekat sangat atau pada tahun PRU14, jadi Najib jugak akan di pilih.

      Tapi itu kes Cash Is King lagi - dalam bentuk lain. Ahli2 Majlis Tertinggi tersuap dengan hal bahawa mereka pun terus memegang jawatan Ahli MTU tanpa bertanding hingga salpeas PRU14. Pemikiran kuno di pupuk suapan Mr Cash Is King tak habis habis.

      Delete
    7. Dalam parti atau luar parti, yang penting rakyat harus BERSATU tewaskan Parti Najib. Jangan bagi peluang Najib PASTI akan naikkan GST ke 8% selepas PRU14.

      Jangan terpedaya segala janji manis PRU14 nanti yang pasti rakyat yang akan ditindas. Jangan mudah lupa lagi...

      Delete
    8. Dapatkan Najib di ganti dulu. Pasal tewaskan parti dia, kita runding selepas itu. Sebab Pembangkang pun berterabur.

      Delete
    9. Kamu yang bodoh..

      Macamana mau jatuhkan dari dalam kalau pemilihan ditangguh? Kalau ada pun, jawatan presiden tidak dipertandingkan...semua dedak la kawan..kasi buncit perut dulu..lain2 belakang cerita.

      Delete
    10. NFH orang parti Pembangkang nak jatuhkan parti Najib. Protun ha nya nak jatuhkan Najib, tidak UMNO/BN.

      Jangan cakap pasal janji manis le, Mamat. Pakatun Rakyat (dah mamposss pun) nak buat election manifesto di PRU13 pun tak boleh. Tak bersetuju antara depa. Sekarang pun lagi berterabur.Lebih teruk dari UMNO/BN.

      Silap silap di PRU14 semua nya kalah. Aku sorang je yg menang. Hah, jadi diktator aku, hehe.

      Delete
    11. Anon 9:21

      Bukan semua pengundi ada parti. Jadi tak mustahil nak kalahkan parti Najib dalam PRU14 walaupun pakatan berterabur.

      Jika dibiarkan Najib dengan bongkak dan sombong dengan bini memerintah, maka akan meranalah rakyat.

      Manifesto BN pun bukan boleh pakai. Banyak lah janji BN yang tak ditunaikan malah masa PRU13 tak de pun dorang kata nak buat GST. Dah menang lain ceritanya.

      IMHO, bagi kalah sekali BN baru dorang nak jaga rakyat. Buang dulu pemimpin kotor, pencuri dan perasuah. Baru boleh dipertimbangkan balik.

      Delete
  6. Permulaan yang sempurna.

    ReplyDelete
  7. Itu semua sebab banyak dedak di taburkan kpd UMNO di Semenanjong.

    Jadi, UMNO di Sabah tak teragak agak nak keluar parti. Dari peringkat atas, cabut. Najib tak kisah sangat Sabah sebab satu dari Fixed Deposit dia, taken for granted. Sekarang berdentum sikit bunyi meriam musuh baru.

    Tak tahu lah kesan nya kpd Najib dan Majlis Tertinggi UMNO. Rasa nya Najib sekarang rasa dia besar, kuat, salepas menang dua PRK.

    Aku rasa, bagi menggoncangkan lutut Najib sampai jadi hogeh sikit, samankan dia banyak banyak. Ramai dalam judiaciary negara ini berpendirian adil - tak usah kira Peguam Negara Afandi yang jugak satu bahagian dari judiciary kita. Hakim Hakim kebanyakan nya adil. Ada peluang sabit kesalahan Najib bila di bicarakan saman saman itu.

    Macam macam saman boleh di buat di atas nama mempertahankan negara dari korapsi, money laundering, kehilangan kepercayaan penanam modal, merosakkan ekonomi, membikin nama negara busuk di luar negara, etc.

    ReplyDelete
  8. Di Semenanjung - masih mengharapkan dedak dari untuk menyelamatkan negara yang tercinta !

    ReplyDelete
  9. Nak jatuhkan dari dalam parti ABAH KAU???? Duk dalam parti lagi senang kena sumbat DEDAK!!!!! Pasti tu terus senyap... dah kenyang DEDAK.

    ReplyDelete
  10. Yaa, bangsa johor Hanya gah bersuara saja tapi NO action !!!
    Bangsa kedah sembunyi dalam tempurung.
    Tahniah orang semporna.
    Amatlah memalukan sekali yg bangsa johor tidak membuat apa apa tindakan.
    Lepas nie tak payahlah dok sebut bangsa johor lagi,umno dilahirkan dijohor and lain lain lagi...tak Ada maknenya langsong !!!

    ReplyDelete
  11. Setuju, tetapi menubuh cawangan dengan hanya ada jawatankuasa sahaja tidak cukup.Apa guna semasa pemilihan party jika mulut kita dikunci. Diletak syarat itu dan ini.Kita boleh bercakap tetapi penghujungnya keadaan masih sama. Sudah berapa banyak mesyuarat agong apa kesan nya keluar dewan saja kembali seperti biasa.Jika kita masih sayang parti, bangsa dan negera kita mesti bertindak sekarang sebab masa tidak mengizinkan.Message mesti dihantar kepada mereka2 diatas jangan dok mendabit dada yg depa bolih buat apa saja. Diam bermakna setuju. Goncang sedikit kapal agar yg sedang tidor terjaga.Lagi satu jika pemimpin berani bertindak mengapa kita harus berdiam. Itu maksud nya solidariti.Jangan kita hanya berharap orang lain memperbaiki penghidupan kita.Nampak macam bodoh tetapi Inshaa Allah kesan nya akan dirasai. Kita kena bertindak sekarang sebelum nasi menjadi bubur. Pendapat mungkin silap

    ReplyDelete
  12. ahli umno tertidur dalam kekenyangan

    ReplyDelete
  13. ahli umno tertidur dalam kekenyangan

    ReplyDelete
  14. UMNO is DEAD,TERIMA KASIH Sempurna. UMNO Semenanjong terutama Kedah Johor HOPELESS IDIOTS!

    ReplyDelete
  15. Force dari luar dan dalam adalah perlu.

    Kumpulan deklarasi rakyat dan penyokong seolah tidak ada susunan strategi bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Forces from within seem contained and being contained real well....hence forces from without needed for a knee-jerk reaction! Salute to the Samporna guys 300 out 481 is 62%! That is darn good numbers.

      And on CD, it all boils down to Agong....if he is keeping silent and yet to give an audience for Tun M to present the obvious then what exactly stopping the Agong?

      Can you blame the people for ridiculing the monarchy?

      You do the math!

      Delete
    2. At some point soon the rajah Melayu must fulfill their covenant to protect the Malay people from injustice and tyranny.

      Delete
    3. What do the math are u talking about, Mista? You are DAP? Others talking BM, you speak Englaaaaand?

      U dunno Agong normally acts on the advice of the PM? Despite that, the Raja Raja have met without the PM and the MBs and issuing a statement wanting the 1MDB issue settled ASAP. And that they have met again, meeting chaired by Sultan Selangor.

      You don't think it possible they are waiting for the right time to accept the CD? U think they are not shrewd politically and just jump to decision making?

      And you are seditious talking ridiculing the monarchy.

      Delete
  16. Sabah merintis. Jika rakyat Sarawak majoriti masih menyokong BN dan memberi tali hayat kepada Mohd Najib Abd Razak, keadaannya berbeza di Sabah. Rakyat Sabah lebih berani dan tegar. Sabah pernah berkali-kali tukar kerajaan, menukar lagi pada PRU14 bukan masalah bagi mereka. Kejutan Semporna adalah jawaban Sabah kepada budaya tiada hormat UMNO kepada kehendak rakyat negeri. Semoga tindakan terhormat UMNO Semporna menjadi perintis mind opening kepada Melayu Semenanjung yang memilih mahu play safe dan hidup mudah. Selamat berjuang untuk negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah ada umno n sarawak x ada umno...yg menang d swak merupakan parti yg berasal dati swak. Jgn lupa parti yg meneraju sabah adalah UMNO..JGN CUBA NAK ALIHKAN FAKTA...walhal yg menerajui swak merupakan parti yg semuanya berasal dari swak n pmimpin pun berasal dari rakyat swak sendiri.

      Delete
  17. Syabas Semporna. Biar org Malaya. buka mata yg kita x tinggal atas pokok.

    ReplyDelete
  18. Tabik kepada UMNO Semporna,bersatu hati. Tak heran walau pun ada berjawatan JKKK hilang elaun.Dedak tidak mempengaruhi Semporna.Perjuangan diutamakan.Jerlun dan Pagoh tunggu dedak ke? Tokey Kilang Dedak dijangka melipat gandakan pengeluarannya untuk pasaran Jerlun dan Pagoh kerana kawasan itu dilihat berpotensi untuk melahirkan Penternak Jaya.

    ReplyDelete
  19. Bung Mokhtar yang sakit buah pinggang, mintak semua orang jangan ikut emosi. Bersabar dan bertenang, mematuhi keputusan pemimpin. Kalau tidak, nanti dua-dua buah pinggang akan rosak dan kena bergantung hayat kepada mesin hemodialisis setiap hari 4 jam!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru aku tahu Mokhtar Bung ni mengidap sakit buah pinggang.
      Padan muka dia kalau bercakap tu tak beralas dan berlapik.
      Kesian Zizie Ezzete tak kena gaya menjandalah kau ya.

      Delete
    2. 16:42 jeles sebab bini Bung cantik. Kau gigit jari aje le, Mamat. Baring, beliakkan mata ke siling.

      Delete
    3. Nak jeles apa kat Bung Mokhtar....?
      Dua-dua buah pinggang dia tak berfungsi. Hidup dia bergantung pada mesin hemodialisis. Silap-silap hari bulan, gol!!!!!!............HAHAHAHA.
      Kalau buah pinggang rosak, anunya boleh berfungsi 100% ke....????
      Silap-silap hari bulan Zizie pun belah.

      Delete
  20. Dulu ahli politik Sabah terkenal dengan Lompat katak. Membawa lari kerusi yang dimenangi ke parti majoriti yang menang pilihan raya.Ahli-ahli pun begitu... Cari makan, cari dedak..Tapi sekarang,mereka bukan lagi begitu.Mereka korbankan Usno untuk memberi laluan kepada kemasukan UMNO (Usaha Tun M,T Ghaffar ,T Datu Musatafa dll) Nampaknya Umno Semporna lebih Umno dari Umno Semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini komen orang Najib. Asyik mencacai di sana sini. Itu pasal Najib perlu di ganti. Supaya orang dia macam di atas ini tak dapat menyakitkan hati.

      Delete
  21. Roti kosong tanpa telor satu,untuk semua ahli,ajk dan yang sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  22. Bangsa johor.stakat berckp jelaa. Mn bangsa johor ni..xdak teluq ka..? Umno bangsa johor diam terlentang sbb kenyang dedak. Kedah? Hampeh..

    ReplyDelete
  23. Shafie bangkit tubuh parti baru yang perjuangkan kebajikan rakyat Sabah kemudian join Pakatan Harapan... baru uuuumph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan harapan???

      Krik...krik...krikk..krik.. (cengkerik berbunyi disuasana sepi)

      Delete
  24. Umno Paguh dan Umno Jerlun dah banyak makan dedak.
    Itu sebab mereka diam dan bisu seribu bahasa.
    Sikit lagi jadi Bung Mokhtar sakit buah pinggang.
    Kadir Jasin kata: Dedak makanan ayam, itik dan babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan Projib - dedak di kasi sikit vitamin, di kasi Cap Lembu.

      Delete
  25. Yang keluar UMNO di Sampoerna itu semua pendatang asing projek IC Mahathir. Najib memnag nak buang pun. Sampah tetap sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap ikut kepala hotak kau lah. Sakit hati ye? Besar tamparan nya kpd Najib tuh. Besar kemaluan nya, kata orang. Kau tak rasa ke?

      Delete
    2. Anon 17.01,
      Disemporna tu kau kata sampah tp rakyat lihat mereka tu orang ada maruah bukan macam disemenanjung beriman kepada najib kerana takut habuan kedudukan hilang kemudian maruah diri takda lebih hina dari khinzir.

      Delete
    3. 17.01, apa punya kamjat hang nie, macam boss hang jugak najib harami penyamun no 1.
      Umno semporna lebih bermaruah Dari semua ahli umno yg tak Ada teloq and pemakan dedak fr najib kamjat.
      Inilah yg rakyat mahu bukan macam umno johor yg Cakap sama lebih gempaq, but Habuk pun tak ada.
      Hang pie mampuih buang dng boss hang najib celaka Dunia akhirat.

      Delete
    4. Yang pakai nama Khalid Samad itu mungkin yang di gelar Jing Projibo, yang ada juga pakai nama Keris Berayon. Dia pemakan dedak Najib, masuk sana sini memporak perandakan keadaan, menyokong Najib dengan cara mengkeji orang lain.

      Jangan pedulikan dia. Boel sebat dia, tapi jangan percaya apa dia cakap.

      Delete
  26. GOOD BYE UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu dah terkena cancer mappadulungivitis...
      chemotherapynya sungguh2 pahit....

      Delete
  27. Terima kasih Umno Semporna Sabah. You all carry our voice, rakyat voice. Respect Semporna. Tq

    ReplyDelete
  28. Dua perbezaan PERJUANGAN YG PERLU di adili kita..PERJUANGAN KETURUNAN DAYAK DAN PERJUANGAN MELAYU LANUN.Orang Dayak dah biasa temoh cabaran Maut dgn Musuh kerana mereka temui mati secara drastik semasa berjuang demi kaum tetapi tidak pula pada perjuangan MELAYU LANUN kerana mereka tidak pernah nampak MAUT dalam perjuangan mereka utk kaum mereka sebab apa yg mereka nampak tiada kematian hanya hilang gaib saja...itu sebab setiap MELAYU LANUN masih ada perasaan TANDA TANYA yg tidak terjawab sehinggap mereka lupa apa itu perjuangan sebenar.BIASA LAH MELAYU kan sifat dan sikap mereka selalu bersandarkan NILAI MATA WANG yg menjadi keutamaan perjuangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah cakap perjuangan menyebut maut dsb nya. Tak elok. Boleh jadi menghasut atau seditious, melanggar undang undang.

      Tapi saya tak nafi kan ada Melayu yang nilai nya mata wang, Mr Cash Is King. Namun demikian, itu ha nya Najib dan puak dia sahaja. Yang lain tidak. Sibuk mengkeji dan mencaci pendirian dia.

      Delete
  29. Orang Semporna bertindak demikian kerana 'angin perubahan' yang bertiup ke sana.Penubuhan parti baru.

    ReplyDelete
  30. Jng hangat2 tahi ayam je. Perjuangan perlu pengorbanan, bukan dedak. Go Semporna

    ReplyDelete
  31. Jng hangat2 tahi ayam je. Perjuangan perlu pengorbanan, bukan dedak. Go Semporna

    ReplyDelete
  32. Telur tetap ada cuma setengah masak kot atau terlebih masak jadi sudah lembik macam pisang yg sudah terlalu masak.

    ReplyDelete
  33. Lepas ni orang johor esp pagoh, orang kedah esp jerlun...you all toksah sembang lebih. Duduk diam2 dan belajarlah ilmu keberanian dan ketegasan orang lain..saleh keluak tak termasuk sebab dia pemakan dedak tegar

    ReplyDelete
  34. Jangan jangan Jerlun dan Pagoh dapat BR1M besar . Sebab bab Beri Rasuah 1 Malaysia ni , serahkan saja kat Najib .

    ReplyDelete
  35. dedak banyak lagi untuk ditabur pru14
    amno maseh gagah

    ReplyDelete
  36. syabas tahniah sabah,kau mmg power.bukan macam yg di JOHOR dan KEDAH tu.sembang lebat kencang pompang2 telo pun takde bile tibe masenya.ayuh bersatu dengan pakatan harapan pkr-dap-amanah tentang bn habis habisan pru 14 tahun depan lepas raye.sarawak dah terlepas terus sampai najib jadi takbur riak.gelombang tsunami politik ayuh kite same2 terjemahkan.

    ReplyDelete
  37. harap lebih ramai lagi yg keluar tinggalkan parti perkauman bn umno mca mic pas di sleuruh negare.bile pru 14 tibe lepas raye tahun depan undilah pakatan harapan pkr-dap-pan di semenanjung ramai2 dan wakil2 mereka di sabah bile tibe masenya nanti.sampai bile nak biar negare ini hancur binase?lihatlah sendir gaya hidup mewah bung moktar dan isterinya zizie izette https://www.instagram.com/izette78/ anda yg mengundi ahli2 parlimen dan dun yg begini anda terus hidup susah orang yg anda undi tiap kali pilihanraya hidup bermegah megah serba mewah.

    ReplyDelete
  38. Tahniah umno semporna anda anak jantan anda tak makan dedak bukan perasuah bukan penyamun dan penyangak bugis dimana ahli umno Pago dan Jerlun kenapa tidak bertindak pemimpin zalim perasuah penyamun penyangak serta anjing2nya contohi umno semporna atau kerana dah dapat dedak ke tahu kah hai org umno dedak itu makanan binatang apa ..........tak kan ahli umno tak berubah

    ReplyDelete
  39. Pemimpin UMNO Pagoh & Jerlun takda telur. Semua pondan & jenis pemimpin taik kucing. Cakap je lebih tp apa pun takdak. Jenis tak berprinsip dan sanggup gadai maruah agama, bangsa & negara!!!

    ReplyDelete