Tuesday, 28 June 2016

"KELAKAR KALAU HARAPKAN NOH OMAR BOLEH TAWAN SEMULA SELANGOR"


Orang yang barangkali paling gembira dengan rombakan kabinet semalam tentunya ialah Noh Omar. Digugurkan selepas pilihanraya 2013 kerana gagal menawan Selangor walaupun bergandingan dengan Najib Razak, hanya dengan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Sungai Besar menjadikannya kembali semula sebagai menteri.

Sebelum ini, Noh adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kini beliau dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jika selepas menang di Sungai Besar, Noh membayangkan harapan cerah untuk menawan semula Selangor dalam PRU 14 akan datang, perlantikan sebagai menteri pula dianggap memberinya suntikan lebih semangat ke arah yang sama.

Jadi dengan perlantikan baru ini akan memberikan semangat baru, suntikan baru dan akan memudahkan saya menguruskan masalah rakyat, terutama yang tinggal dalam bandar, kata Noh semalam.

Najib sendiri memberinya jawatan menteri itu tidak lain selain memudahkan matlamat untuk membawa kembali Selangor ke pangkuan BN dapat menjadi kenyataan, setelah gagal melakukannya pada 2013 yang lalu.

Soalnya mampukan Noh dengan jawatan barunya ini menawan semula Selangor dalam pilihanraya akan datang ini?

Sementara Pakatan Harapan Selangor dalam reaksinya menyatakan perlantikan Noh itu bukan merupakan ancaman kepada mereka, kalangan dalam UMNO  Selangor sendiri turut mempunyai keraguan perlantikan Noh sebagai menteri mampu menyumbang sesuatu yang positif.

Seorang pemimpin peringkat pertengahan dalam satu bahagian UMNO di Selangor tidak menyembunyikan kesangsian mereka terhadap kemampuan Noh untuk menawan semula Selangor daripada Pakatan Harapan.

Kata beliau, kalau benar ingin menawan semula Selangor, adalah kelakar jika UMNO menjadikan Noh sebagai sandarannya.

Noh terlalu banyak isu sama ada berkaitan peribadinya atau perlakuannya sebagai menteri sebelum ini. Malah wajahnya pun bukan tarikan yang mampu membuatkan pengundi tertarik untuk memilih BN, kata pemimpin tersebut.

Katanya, beliau berkongsi pandangan dengan ramai kawan-kawan yang seangkatan dengannya di banyak bahagian lain bahawa untuk menawan semula Selangor, pemimpin baru dan tidak terpalit dengan apa-apa isu haruslah ditampilkan.

Mesej kemenangan Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar adalah jelas bahawa pengundi mahukan pemimpin muda yang tiada isu peribadi, bukannya pemimpin tua yang boleh dikitar semula, katanya lagi.

Tambahnya, dalam PRU 2013 lalu, Noh selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Najib selaku Pengerusinya, telah terbukti bukan saja gagal menawan Selangor, malah jumlah kerusi yang dimenangi BN menurun iaitu 12 kerusi berbanding 20 kerusi pada 2008.

Lalu, apa asasnya untuk disandarkan harapan kepada Noh untuk mencipta kemenangan pada pilihanraya akan datang? soal beliau.

Kata beliau, kemenangan BN di Sungai Besar bukanlah kerana kelebihan atau kemampuan Noh, tetapi disebabkan pemilihan Budiman sebagai calon merupakan faktor utamanya.

Untuk menawan Selangor, tegasnya, UMNO Selangor bukan saja perlu dipimpin oleh pemimpin baru dan muda daripada negeri itu, bahkan jika mahu pemimpin pusat memainkan peranan, watak yang selayaknya ialah seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein atau Khairy Jamaluddin.

Noh tersasar jauh daripada harapan itu, katanya dengan nada sedikit kecewa terhadap Najib yang memilih semula Noh sebagai menteri. (SH 28/06/2016).

33 comments:

  1. Pra syarat utama bukan soal tawan semula Selangor tetapi tukang jawab, kesetiaan dan tebal kulit.

    UMNO boleh tawan semula Selangor jika PAS, PAN dan PKR masih kekal seperti anjing kucing dan monyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah nya sekarang bukan Noh Omar atau sesiapa lain, Najib dah teruk imej dia dengan 1MDB dan RM4.2 bilion masuk ekaun bank dia, RM1 bilion dalam ekaun bini dia, RM1 bilion dlm ekaun anak tiri dia.

      Menang PRN Sarawak dan 2 PRK yang lalu bukan kerana Najib popular, tapi populariti Adenan Satem, dan guna duit, beras, barangan letrik dll sogok pengundi di Sg Besar & K Kangsar. Banyak di perkatakan di Chedet blog.

      Jadi, perlu di ganti Najib jika mahu menang PRU14.

      Delete
    2. Masalahnya sekarang PAS yang bukan lagi sebuah parti pembangkang mahu terus menonjolkan imej parti pembangkang. Sudah menjadi jelas dan nyata PAS kini yang telah bertukar milik kepada HADI kini sudah menjadi sahabat karib Najib dan HADI kini bertungkus lumus bekerja untuk menangkan UMNOBN. Mereka tidak berminat untuk menang kerusi sebab sudah tentu ada perjanjian sulit menghadapi DAP dan sekutunya yang lain dalam Pakatan Harapan.
      Tindak tanduk kepimpinan PAS jelas mereka kini berada dalam BN cuma tidak menjadi anggota BN secara resmi tetapi mereka berkerja untuk BN.
      Katak kata Nik Abdoh jelas bahwa PASHADI berkeja untuk BN.
      PRK Kuala Kangsar dan SG.Besar bukti kerjasama PASHADI dan UMNOBN. Amaran Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PASHADI akan bertanding disemua kerusi Parlimen dalam PRU 14 adalah lagi satu bukti mereka berkerjasama dengan BN. Oleh itu hentikan serangan terhadap Pakatan Harapan yang kunun satu pact pembangkang yang tidak persefahaman antara satu sama lain. SEBANARNYA PASHADI LAH YANG KUCARKACIRKAN PEMBANGKANG. HADI wajib dijatuhkan kalau mahu lihat kerjasama anatara PAS dan Pakatan Harapan mahu jadi kenyataan.

      Delete
    3. Aku tak kisah PASHADI kucarkacirkan Pembangkang ke. Yang penting kegiatan itu semua menambahkan benci depa yang sudah nampak "rasuah dan pembersihan wang" yang di kaitkan dengan 1MDB, termasuk hal berbilion Ringgit masuk ekaun dia dan famili.

      Orang kampong dan yang berpendapatan rendah di pinggaran bandar dan kota mangkin sedar tindakan keji itu semua. Kalau takda jalan lain bagi dapat Najib di gantikan, UMNO/BN kalah di PRU14 pun, lantak lah. Asalkan Najib di ganti salepas itu.

      Delete
  2. Duduk dalam hutan kalau tak setuju Noh Omar jadi menteri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak 00:23 ni, makan dedak Noh Omar ke?

      Delete
    2. Awak 01:14, kita ni mr sarcasticsm. Jangan ler marah kan kita....

      Delete
  3. Matlamat utama BN untuk piliharaya ke 14 bukanlah untuk menawan Selangor, P Pinang mahupun Kelantan. Matlamat hakiki BN adalah kemenangan 2/3 majoriti parlimen. Ianya sangat penting kerana keperluan tehadap persempadanan semula kawasan pilihanraya demi survival BN di masa depan. Jesteru itu pandangan Mukhriz mengenai kerjasama antara BN dan PAS untuk Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah munasabah. PAS akan diberi laluan di DUN sementara BN menumpukan kawasan Parlimen. Melihat kepada perkembangan terkini dan riak para pemimpin PAS kerjasama ini adalah jalan penyelamat kepada kewujudan PAS yang lebih rela memejamkan mata terhadap rasuah serta perlakuan buruk para pemimpin UMNO dari duduk semeja bersama DAP, Amanah dan PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata bukan malamat BN nak menang Selangor, Penang & Kelantan. Mana bola BN kalu tak bermatlamat itu. Ha nya soal boleh ke tak.

      Selagi Najib memimpin, susah nak menang. Kot bukan saja Tsunami Cina spt di PRU13, jugak tsunami Melayu di PRU14. UMNO pun dah kecoh kebelakangan ini, Protun dan Projib bertekak. Kaum Melayu dah fedap Najib tak tolong Melayu, ketepikan DEB, buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi hak dan kepentingan Melayu dalam Perlembagaan.

      Banyak lagi boleh di ceritakan. Ini semua akan mendadak keluar (tak kisah banyak dedak ke tak) dari sekarang ke PRU14 kalau Najib tak di gantikan.

      Delete
  4. Bila dah terkena sindrom madpudulong memang susah nak disembuhkan..

    ReplyDelete
  5. Undi tipu boleh la bn menang selangor

    Bungkus ada kah kah kah..

    ReplyDelete
  6. Kalau sesiapa nampak Noh...tolong Hon. Kalau ada orang Hon...mesti orang nampak Noh@?%^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 04:35-Aku suka yang tulis sikit,...tapi jauh pandangan.

      Delete
  7. Noh dilihat masih fofular

    ReplyDelete
  8. Nampak dah wahid dan husni lari dari 1mdb. Gst dll

    Nampak dah kesalahan dan penipuan najib

    Rakyat masih tak nampak?

    Guling najib
    Runtuhkan bn?

    Tak relevan dah bn

    Malaysia perlu telus dan progresif

    ReplyDelete
  9. Zahid,Hishamuddin dan KJ boleh rampas balik Selangor???Tolong lah!Kenapa Melayu lesu sangat dan buntu?Mereka ini adalah orang yang bersubahat.Mereka menyokong rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Najib dan ni 3 orang ni sama je perangai! UMNO kena ubah semuanya! Mana yang kaki dedak di tolak keluar!

      Delete
  10. 3 m perlu segera tubuh parti baru
    Mula jelajah seluruh negara
    Edarkan cerita benar dan bukti hitam putih depan mata rakyat

    Idea hapuskan GST
    hapuskan ptptn
    Hapus cukai kereta
    Hapus tol
    Kembalikan yuran minima sekolah
    Kembalikan bajet setiap kementerian
    Hapuskan pelaburan rugi
    Naik kan nilai ringgit

    Tambah peluang kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hapuskan bil air,
      kalau air rumah kau kena potong,
      kau nak basuh berak macam mana?

      mana ada melayu yang tak basuh berak!

      Jangan bikin melayu malu ok....

      Delete
    2. Agak agaklah klu nk komen tu... nk ketawa pun ada....

      Delete
  11. Jangan pandang remeh perlantikkan semula Noh Omar ke kabinet. Ini memang strategi Mohd Najib Abd Razak untuk menawan semula Selangor. Strategi masuk kampung dan desa menghasut rakyat dengan isu perkauman dan menfitnah pemimpin Pakatan Harapan terbukti berkesan mempertahankan sokongan Melayu ke atas Regim, tidak mustahil sokongan itu akan bertambah menjelang PRU14 ketika mereka kini agresif menggunakan masjid dan mursalla selain jabatan kerajaan persekutuan dan negeri berterusan memburuk dan menjatuhkan PH. Dengan dana lebih besar dari kementerian yang dipegangnya merampas Selangor bakal menjadi kenyataan. Sangat pasti berjaya jika Noh dapat kerjasama penuh dari PAS Pusat. Melihat perkembangan terkini dengan adanya dana yang besar yang boleh dikongsi PAS pasti tidak akan menolak idea perpaduan. Noh barangkali tidak bijak secara akademik tetapi beliau licik bermain propaganda.

    Bukankah sebelum ini ketika Noh menjadi Pengerusi BN negeri PAS dan UMNO rancak mengadakan perbincangan Kerajaan Perpaduan sehingga memaksa Almarhum TG Nik Abd Aziz Nik Mat memecat Dr Hassan Ali? Agenda itu kini kembali. Najib tidak kisah berkongsi kuasa atau memberi Kedah dan Terengganu kepada PAS asalkan beliau kekal sebagai PM dan jenayah rasuah serta salahguna kuasa akan tertutup rapi. Jika PH gagal di Selangor dan Pulau Pinang rakyat perlu berterima kasih kepada PAS. Kerana Haji Haron Din dan Haji Abd Hadi Awang Regim kekal berkuasa pasca PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak meyakinkan hati pendapat awak. Mcm mana beza kesan nya bila Noh Omar di lantik Menteri? Kalau dulu dia tak jaya dapat kerjasama dgn PAS di Selangor, mcm mana dia boleh berjaya di PRU14. Hal kerjasama PASHADI dengan NJIBUMNO masih di pertikaikan lagi.

      Delete
    2. Mcm mana Hadi nak kerjasama dgn Najib? Dia sendiri mahukan jawatan PM. Mengelenot bontot dia bila Muktamar PAS yang lalu buat resolusi ke rah begitu.

      Aku mahu Najib di gantikan, kalu boleh, tanpa Hadi ambik jawatan itu, Aku khuatir macam macam jadi di negara ini kalau PAS merintah federal.

      Delete
  12. Hai lah org umno selangor masuk angin keluar asap org selangor hancurkan umno jgn beri ruang lagi cukuplah tu

    ReplyDelete
  13. Kita tidak lupa pengerusi PAN Perak Asmuni Awi berkata, Pas kini betul-betul mengaplikasi slogan 'Pas Ganti Umno' (PGU) yang dilaungkan suatu ketika dahulu termasuk mengamalkan sikap buruk Umno-BN.

    Malah Khalid Samad sendiri berkata parti PAN perlu bertanding untuk memastikan PAS tidak berikan kemenangan percuma kepada UMNO. PAN katanya mewakili Pakatan Harapan manakala PAS pula adalah parti mesra UMNO.

    Bila kalah dan tidak mendapat sokongan daripada pengundi Melayu parti PAN mula mendesak agar PAS kembali kepada rundingan.

    PAN guna proxynya ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) duduk semeja untuk mengelak diri pertembungan sesama sendiri dengan membahagikan kerusi secara adil dalam menghadapi Pilihan RayaUmum ke-14 nanti.

    Ada logik nak berkongsi pengagihan kerusi dengan PEROMPAK?

    Lim Kit Siang pula buat formula extrame, kononnya PAS bertanding di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala PAN bertanding di Selangor dan lain-lain negeri yang mempunyai populasi cina.

    Ini lagi "bangang". Cadang PAS dengan PAN kongsi kerusi, kerusi DAP dia tak bagi. Kalau sayangkan anak angkat mereka tu kenapa tak beri aje kerusi DAP kepada PAN?

    Pemimpinan PAS sebulat suara bertegas dalam isu ini, tiada pembahagian kerusi dengan PAN, malah mungkin PAS akan bertanding lebih kerusi berbanding daripada PRU-13. Tiada rundingan, full stop!

    Bila dengar ketegasan kepimpinan PAS, puak PAN mula meracau.

    Khalid Samad pun tak ada kerja lain, terus serang PAS. Katanya dalam akhbar Malaysiakini, matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.

    PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

    Katanya lagi berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.

    Khalid ni betul atau tak betul, sebelum ini dia juga nak bertanding 3 penjuru. Katanya nak perkenalkan PAN, nak benarkan kata Lim Kit Siang PAS akan kalah teruk.

    Kenapa sekarang meroyan?
    Kenapa baru sedar orang Melayu sudah muak dengan parti PAN yang kini telah menjadi hamba abadi parti DAP sehingga sanggup agama sendiri terhina!


    ReplyDelete
  14. Siapa yang tak kenal Mohd Sayuti Omar (MSO) daripada seorang penulis yang baik akhirnya menjadi seorang penulis upahan dengan tulisan yang kotor dan jahat beremosi.

    Dulu dia kawan rapat Husam Musa, tapi akhirnya dia serang Husam Musa dengan panggilan "Si Baju Petak-petak Merah". (Sila rujuk link berikut: "Hikayat Si Baju Merah")


    Blogger rujukan kumpulan PAN telah menulis perkara ini.
    Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

    Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor.

    Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian.
    Setelah lama berperang dengan Husam MSO mula berbaik dengan menulis pujian pula.

    MSO dengan maklumat daripada Zulaimi Kazim kemudiannya menulis satu buku membuat fitnah kepada Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

    Semalam dia buat komen kononnya Najib akan lantik "Parti Orang Agama" jadi Menteri dalam rombokan kabinet. Sebelum ini dialah yang banyak menulis pasal PAS dan bergabung dengan UMNO sehingga orang menyangka perkara ini benar-benar berlaku

    Penghasilan buku politik MSO yang lebih terarah untuk menyerang personaliti dengan kaedah mengaibkan serta berbaur fitnah. Corak penulisan politik lebih terarah kepada berbentuk serangan peribadi yang melampau dengan tujuan menjatuhkan pemimpin politik.

    Kita nampak penulisan berkenaan bermula daripada penulisan di dalam internet dan blog yang ternyata tidak bertapis sifatnya.

    Jika sebelum ini, penulis media cetak berdepan dengan pelbagai undang-undang penerbitan, penulis di media maya terlepas kongkongan berkenaan, sehinggakan sesiapa saja tidak terlepas daripada sasaran baik bersifat objektif atau sebaliknya tohmahan dan fitnah.

    MSO menggunakan kelebihan ini membuat serangan kepada PAS. Malah banyak tohmahan yang dibuat adalah persepsi jahat untuk membentuk satu suana tidak baik kepada PAS dan pimpinan PAS.

    Kini dia sudah menjadi satu daripada 'tangan jahat' parti PAN setelah The Malaysia Insider sudah tidak ada.

    MSO ingat dia boleh senang dengan menjadi 'buadak suruhan' parti PAN. Jarang penulis yang baik menghakhir hayatnya menjadi budak suruhan parti demi untuk mendapat sekit habuan seperti yang pernah dia sebut dalam majlis forum bukunya.

    ReplyDelete
  15. Sebelum ini tersebar mengenai kertas kerja IRC/JIM/IKRAM yang ada menjelaskan jika tidak boleh menguasai PAS, mereka akan hancurkan PAS dengan membuat parti baru sebagai alternatif. Tapi ramai orang tak percaya kerana puak-puak IKRAM ni 'nampak macam baik'. Warak, bercakap lembut daripada 'pondan'. Kalau berjalan pijak semut pun tak mati.

    Itu tak masuk lagi puasa Isnin dan Khamis. Takkan mereka nak rosakkan Jamaah Islam lain?

    Kalau kita dengar kuliah Dr Maza tentang puak Khawarij yang mereka ini zuhud, mereka beribadat sehingga tubuh mereka kurus. Mereka menangis di waktu malam dengan tahajud. Tapi merekalah yang bunuh khalifah Islam, bukan setakat buat lari kerusi. Curi bangunan PAS atau curi ahli PAS. Bunuh Khalifah pun mereka buat!

    Dulu puak ini berada dalam PAS, mereka memengang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari PAS Pusat, Ketua Penenrangan dan banyak lagi jawatan-jawatan penting dalam PAS.

    Apa mereka buat?

    Mereka "duplicate" semua gerak kerja parti PAS. Mereka buat Unit AMAL dengan nama ARIF, mereka buat PASTI, Mereka buat Nisa', Mereka buat semua lajnah-lajnah kecuali Majlis Syura Ulama kerana mereka tak nak ada ulama. Mereka nak buat juga lain, tapi oleh kerana tak ada contoh sampai hari ini tak wujud lagi jawatan itu. Tak hairanlah Ustaz Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin 'terkontang-kanting' sekadar pembaca doa dalam majlis atau gambarnya diambil sedang tanpa poster dan pasang bendera untuk hebahan kempen.

    Mereka curi idea PAS, mereka curi harta PAS, mereka curi ahli PAS.

    Barang wakaf pun mereka curi. Bila seseorang itu wakaf tanah atau bangunan harta itu menjadi harta wakaf bukan milik individu lagi walaupun nama masih tercatat nama si perwakaf mungkin pertukaran geran milik tak dibuat atau belum dibuat. Kita wakaf untuk dapat kerdhaan ALLah. Jadi bukan milik lagi.

    Tapi malangnya puak PAN ni bila si pewakaf itu telah bertukar parti kerana ditarik menjadi ahli PAN, mereka anggap harta itu masih harta mereka, jadi dibawa lari bangunan PAS, tanah PAS dengan mendakwa miulik mereka. Di dunia ini mereka menang pasal mahkamah akan nilai apa yang tercatat pada kertas. Tapi diakhirat mereka belum pasti menang!

    Mereka boleh bergambar dan bangga kononnya bangunan PAS boleh di tawan dan dirampas. Tapi itu bukan memang di sisi Allah.

    Saya cabar pembaca, jika benarlah parti PAN ini tolong bawakan kepada saya satu gambar puak-puak PAN ini bergambar di hadapan bangunan atau permis UMNO yang di tawan mereka.

    Mereka bukan nak musuh UMNO tapi mereka lebih suka bermusuh dengan PAS.

    ReplyDelete
  16. Tiap-tiap hari bahan fitnah disebar di facebook dan media sosial lain seperti whatsapp dan telegram. Parti PAN melalui ARIF telah mengerakkan cybertroppernya untuk membuat persepsi buruk kepada PAS dan kepimpinan PAS.

    Cybertropper parti PAN pula dibantu satu kumpulan yang dinamakan Jebonesta untuk memburukkan keadaan dimana fitnah ini disebarkan seolah-olah benar.
    Mereka ini tidak lari dengan bekas Ketua Saraf PAS dulu Dr Hatta Ramli.

    ReplyDelete
  17. Fitnah terbaru mereka sebar ialah PAS pecat Mat Sabu, Husam dan Salahudin sama dengan UMNO pecat Muhyiddin dan Mukhriz.

    Walaupun kita nampak perkara ini 'bodoh' mana ada pecat Mat Sabu dan Salahuddin. Malah Salahuddin di tawar jawatan AJK Pusat. Tapi bagi mereka yang 'bodoh' perkara ini boleh mengubah persepsi. Sebab itu kita tak hairan jika kita berjuah dengan puak PAN mereka akan berhujah bodoh kerana mereka telah di'perbodoh'kan oleh cybertopper mereka.

    Paling hairan, di bulan Ramadan orang menambah amalan baik untuk persiapan akhirat tetapi malangnya puak parti PAN membuat persiapan FITNAH. Adakah mereka tahu dosa dan pahala?

    ReplyDelete
  18. Sejak dari awal merdeka, negara sudahpun dipenuhi oleh orang orang Islam yang menyokong Umno, orang orang Islam yang menyokong sekular iaitu yang menyokong semua pengurusan dunia yang tidak terikat dengan panduan agama, akibatnya lahir amalan yang begitu sebati di tanah air ku tercinta, iaitu amalan yang mengerat ngerat paduan agama kepada amalan ibadat khusus seperti solat, puasa, haji dan seumpamanya dan amalan amalan pengurusan dunia seperti urusan pendapatkan tenjer projek serta lain lain urus tabdir yang tidak terikat dengan agama.


    Kita boleh melihat ada para kontraktor yang hadir solat berjemaah di Masjid tetapi selepas solat bergegas ke tempat tender dengan membawa kejumlah wang untuk melobi, malah wang tersebut sudahpun ada di poketnya ketika bersolat.Kesannya inilah Islam yang boleh dilihat dibudayakan oleh Umno selama memegang tapuk pemerintahan negara.

    Sepatutnya Islam adalah agama, Islam adalah addin yang mengatasi budaya, yang menyediakan kerangka besar kepada carahidup tetapi Umno sejak merdeka sudah mengubah Islam kepada budaya dan budaya itu telah menjadi ikutan majoriti rakyat sehingga hari ini.Kerana besarnya pengaruh budaya itulah dalam 2 PRK yang baru lalu, Umno masih boleh menang bergaya.

    Itu merupakan kumpulan orang Islam terbesar di negara kita sekarang,Ada satu kumpulan lagi yang boleh dikesan di kalangan orang orang Islam yang sedang berkembang dan dikembangkan oleh sebuah parti bukan Islam, autra kaisu , DAP dan disokong oleh 2 parti orang Islam iaitu PAN dan PKR.Kumpulan orang Islam ini menggunakan nama Islam progresif untuk mempromosikan Islam liberal yang lebih bahaya dari Islam separuh separuh Umno.

    Sedangkan satu lagi kumpulan yang kelihatan tidak bertambah atau berkurang ialah kumpulan orang Islam yang benar benar mahu kembali kepada carahidup Islam.Oleh kerana tidak bertambahnya jumlah mereka inilah , di 2 PKR lalu PAS tewas.Dan kerana tidak bertambahnya jumlah merekalah, kerja kerja dakwah yang semakin dibebani oleh serangan serangan golongan progresif perlu diterus dan ditingkatkan serta memilih untuk memastikan Islam liberal tidak akan berkembang kerana Islam liberal itu amat membahayakan umat.Untuk memastikan Islam liberal tidak berkembang, kita tidak punya pilihan selain berusaha memastikan DAP tidak berkuasa serta perlu memantau kegiatan Islam sekerat sekerat Umno agar mereka terus dengan amalan budaya ini kerana adalah lebih mudah untuk menyebarkan dakwah dalam suasana amalan budaya sekerat sekerat berbanding dengan amalan Islam liberal yang antara lain sudah sanggup menghina ulamak,menghina kain pelekat yang dipakai ulamak untuk bersolat dan yang lebih penting kedengaran suara suara mereka yang jahil 2k sebenarnya memperlekahkan ilmu dan amalan para ulamak.

    Kita berharap agar kesedaran yang sedang meningkat mengenai carahidup Islam akan terus segar di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan semuga selepas PRU 14 nanti, ketiga tiga negeri ini akan berapa dibawah kerajaan Islam sepenuhnya,bukan kerajaan Islam separuh separuh atau kerajaan Islam liberal.Dan semuga kesedaran ini akan terus berjangkit ke negri negri lain juga.

    Kita tahu inilah versi perjuangan Islam di negara kita, menguasai negeri untuk menegakkan hukum ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemakan dedak dan pulut datang lagi....makan sahur dengan dedak kot...dedak cap dacing senget dan pulut dipotong dengan keris dua depa...

      Delete
  19. Umat Islam dinasihatkan oleh Allah dalam al Quran untuk berhati-hati dengan musuh Islam. Mereka sanggup buat apa sahaja demi untuk memastikan umat Islam lemah. Oleh itu sebaik-baiknya kita kena lihat sejarah bagaimana umat islam mudah tertipu dengan musuh Islam.Kenapa mereka perlu hadir majlis berbuka puasa, tapi tak bersedia untuk orang Islam menjalankan hukum sendiri? Suatu yang pelik.
    Perdana Menteri Singapura pun sama Lee Hsien Loong berbuka puasa tetapi masih kerasa dengan beberapa perkara Islam di Singapura.

    ReplyDelete
  20. Suhaizan Kayat ada "share post" artikel MalaysiaDateline dalam facebooknya. Saya cuba membaca apa yang hendak disampaikan oleh Suhaizan, jolokan "Maslan versi parti PAN" ini.

    Artikel A Shukur Harun yang kini menjadi ahli PAN Kelana Jaya. Shukur ada menulis.

    Majlis Iftar (berbuka puasa) Masjid Al-Falah, USJ Subang Jaya, Selangor menggambarkan keharmonian kaum, di mana turut hadir Speaker Dewan Undangan Selangor, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

    Hannah Yeoh merupakan Adun Subang Jaya dari DAP, sementara Wong Chen dari PKR.

    Hannah memberitahu, dia terharu dapat meraikan majlis berbuka puasa ini kerana dapat bertemu ramai masyarakat Islam di kawasannya.
    Majlis seperti ini, katanya, wajar digalakkan kerana dapat membina saling pengertian antara kaum.

    Pendapat yang sama disuarakan oleh Wong Cheng.
    Sangat malang bagi parti PAN yang merasakan hadirnya bukan Islam berbuka puasa itu sudah memadai bahawa orang bukan Islam sudah menerima Islam sebagai suatu teleransi agama.

    Corak pemikiran parti PAN sebenarnya sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO. Mereka rasa bukan Islam boleh terima Islam sebagai agama rasmi, menghormati hari raya dan berbuka puasa. Kunjung-mengunjung itu sudah cukup dan memadai.
    Saya nak tanya A Shukur dan juga Suhaizan, adakah mereka yang hadir dalam majlis berbuka ini boleh menerima Hudud undang-undang untuk menghukum orang Islam sahaja? Kenapa mereka menolak sedangkan tak ada kaitan dengan mereka? Kenapa mereka boleh terima puasa dan datang berbuka puasa di masjid walaupun itu tak perlu (itu belum saya bangkit pasal haid bagi perempuan yang masuk dalam masjid terutama bukan Islam, adakah puan PAN sedar?)

    Apa kita nak bangga dengan bukan Islam yang boleh datang dengan baju Melayu bersongkok (atau berkupiah) atau berbaju kurung tetapi pada waktu yang sama merekalah yang membuat kempen menentang orang Islam untuk memperkasakan undang-undang Mahkamah Syariah Islam yang tidak ada kaitan langsung dengan mereka?

    Tak perlu orang bukan Islam datang untuk berbuka puasa. Sama juga tak perlu orang bukan Islam datang nak berzikir selepas solat terawih untuk 'moreh'. Atau datang jamuan nak "terbang pergi" menukaikan haji.

    Yang penting orang bukan Islam perlu diberikan kesedaran tentang HUDUD dan PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH supaya undang2 Islam boleh dilaksanakan demi kebaikan mereka jika orang jahat dikalangan orang Islam boleh dihukum untuk kesedaran, negara akan aman dan orang bukan Islam boleh menumpang kebaikan bersama. Itu patut parti PAN BUAT!!Cakap kepada mereka itu tak sentuh apa-apa mengenai mereka!

    Dulu Suhaizan dan tulisan A Shukur yang menghentam kononnya UMNO mempergunakan Islam tapi menentang undang-undang Islam tapi sekarang Suhaizan dan Shukur sama-sama menjadi macam UMNO menggunakan Islam sekadar mendapat kepentingan sahaja.

    Islam terbina daripada hati yang bersih bukan daripada 'sipian-sipian', sekadar alas kaki memuaskan hawa nafsu untuk keduniaan semata-mata.


    ReplyDelete