Wednesday, 8 June 2016

PAS WAJAR TARIK DIRI, JIKA BENAR ILTIZAM TUMBANGKAN BN MASIH SAMA


Dalam kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, langkah terbaik yang harus diambil Pas ialah segera menarik diri dan mengumumkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan Harapan jika benar parti itu masih berhasrat ingin menumbangkan BN dan tidak ada keinginan tersirat mahu mengekalkan kuasa Najib Razak.

Hanya dengan berbuat demikian saja Pas dilihat benar-benar "bikin serupa cakap" dengan apa yang selalu dilaung-laungkannya selama ini.

Sejak keluar meninggalkan Pakatan Harapan, Pas dilihat berulang kali menafikan kerjasama partinya dengan UMNO, menyatakan tidak mahu bergabung, kekal ingin menumbangkan BN, ada pemimpinnya berjanji akan keluar parti jika "perkahwinan" kedua-dua parti menjadi kenyataan, sebaliknya dalam masa yang sama juga menawarkan diri menjadi penasihat, tidak mahu bermusuh dengan UMNO serta secara terbuka berbaik-baik dan meniru budaya UMNO.

Di ketika mengatakan mereka sekarang ini mengamalkan politik matang, sejahtera dan tiada dendam, tetapi serangan terbuka dengan bermacam-macam label terus juga ditujukan kepada DAP dan Amanah.

Nampaknya politik matang, sejahtera dan tiada dendam hanya terhadap UMNO saja, bukan kepada yang lain.

Dalam keadaan ini, Pas seolah-olah menjadi "parti dua alam" dan tidak ketahuan pendiriannya.

Kalau benar mahu menumbangkan BN sebagai matlamat besarnya, kenapa bertanding sendirian dan menolak perundingan dengan Pakatan Harapan?

Dahulu ketika masih berada dalam Pakatan Harapan, Pas selalu mengatakan kerjasama dengan DAP adalah perlu kerana ia melambangkan wajah sebenar kemajmukan kaum dalam negara, bahkan ia sama seperti perlunya UMNO bergandingan dengan MCA dan MIC.

Sudah lupakah Pas kepada hakikat tersebut?

Tanpa mendapatkan sokongan bukan Melayu, Pas bukan saja tidak akan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahkan mustahil dapat mencapai angan-angannya untuk menumbangkan BN.

Penampilannya secara sendirian, lebih-lebih lagi dengan tanjak, pakaian pahlawan Melayu dan menjulang keris, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, tidak lebih hanya memecahkan undi Melayu dalam blok pembangkang semata-mata.

Ia akan berbeza jika Pas menampilkan semua ciri-ciri itu tetapi bersama dengan Pakatan Harapan yang sudah dilengkapi semua kaum atau sekurang-kurangnya menunjukkan kesediaan untuk berunding dari segi merealisasikan hasrat satu lawan satu dengan BN.

Bertandingnya Pas dan bagaimana cara mereka berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setakat ini seolah-olah ia dilakukan bukan untuk menang dan tidak juga mahu calon Pakatan Harapan menang. Tujuannya hanya ingin memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Ia juga bertentangan sama sekali dengan kenyataan ingin menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Mungkin Pas masih malu untuk menyatakan secara terbuka untuk bekerjasama dan bergabung dengan UMNO kerana keinginan itu hanya berlaku di peringkat sebilangan pimpinan atasannya saja, manakala di peringkat bawahan, rata-rata masih selesa dengan pahala memusuhi UMNO dan kerajaan yang sudah ditarbiyahkan sejak sekian lama.

Sebab itu, setiap kali pendirian parti itu dipertikaikan, akan ada pimpinannya yang tampil menyatakan tidak akan bergabung, kekal ingin menumbangkan BN dan bermacam-macam lagi.

Hakikatnya, semua itu hanyalah lakonan pimpinan di peringkat atasan untuk menyejukkan hati dan perasaan ahli-ahli bawahan sahaja.

Jika benar Pas ingin sama-sama menumbangkan BN, mereka tidak perlu banyak berdrama dan berdolak-dalik. Pilihan mereka ialah berbaik semula dengan Pakatan Harapan dan membuka pintu rundingan untuk pertandingan satu lawan satu dengan pihak yang benar-benar bermusuh dengan UMNO serta mempunyai alternatif yang lebih diyakini untuk mengambil alih kerajaan sedia ada.

Sekali lagi, Pas secara sendirian tidak akan menang dalam pilihanraya kecil ini dan mustahil, mustahil serta mustahil  mampu mengambil alih kuasa dalam pilihanraya umum nanti.

Sebelum tarikh pembuangan undi pada 18 Jun ini, masih ada masa untuk Pas menarik diri jika benar hasrat menumbangkan BN itu benar-benar datang dari hati dan nawaitu yang tidak berbelah lagi - dulu, kini dan selamanya, seterusnya melangkah dengan gabungan lebih mantap menjelang PRU 14 akan datang.

Jika tidak, perjuangan Pas akan terus menjadi cemuhan, jati dirinya dipertikaikan dan jangan marah kiranya turut dikaitkan dengan suapan dedak juga. (SH 08/06/2016).

54 comments:

  1. Jawapan mengapa PH bertanding di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Ketidaktentuan pendirian PAS terhadap UMNO-BN selama ini menjadi punca rakyat yang mahu menukar kerajaan Persekutuan perlu mengundi PH

    http://youtu.be/_auwevVOFfE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu hukum hudud telah dijadikan gimik politik untuk mengabui mata ahli ahli dan penyokong PAS.
      Bernikah lah dengan UMNO secara sah lebih mulia dari bermain "kayu tiga dan bercumbu2" dalam gelap dgn UMNO sejak PRU2008.

      Dakwaan Dato Husam dijawap denngan pemecatan beliau dari PAS. Sudah sudah lah menipu rakyat dan ahli ahli PAS, bertaubatlah mereka mereka yg terlibat/ bersekongkol dgn UMNO.

      Delete
    2. Aku tak percaya dengan pas sejak dari dulu lagi. 10 cakapnya 20 tak bole caya. Tak ada prinsip dan pendirian. Mudah termakan hasutan, diampu sikit dah kembang.

      Delete
    3. PAS=Parti Agama Shaitan

      Delete
    4. Tak payah berdolak dalik lagi. Untuk selesai masaalah, mulai sekarang ambil pendirian:

      "PAS ADALAH PARTI KOMPONEN BN"

      Jik tidak memang sah akan kena kencing masa PRU 14.

      Delete
  2. Mana boleh tarik diri, itu je cara presideng nak tipu ahli bawahan. Perut dah kenyang makan dedak, parti nak jadi apa pun, lantak korang lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha!

      Nanti klu tak walaq dgn pencuri yg bg dedak, bapak pencuri akan suruh SPRM siasat brp 'guni' dedak yg itu lebai olamak sudah bawak utk pi melantak

      Olamak yg dah sedondon buncit dek dedak gerenti takut dan wajib ler walaq

      Semua butir2 angka bilangan guni2 dedak yg dah di bg melantak kpd lebai holamak sentiasa kemas ditangan bapak perompak...huhuhu ada bran?

      Habis dah tersedak2 tercekik dek dedak!

      Delete
  3. mangkuk..tak paham tahaluf siasi...gabungan dengan DAP selagi mereka menerima perjuangan PAS yg membawa wadah ISLAM...kalau bagi sokongan pada PAN bererti PAS setuju dengan PAN yng jadi pengikut DAP...kalau dari awal setuju tak payah la berpecah dua..itu pun tak boleh fikir..buang masa menulis aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi orng macam Hadi dan sewaktu dgnnya,pegang PAS,sElagi itulah pas,TAada arah tujuan.Andaikata PAS dan umno menang 222 MP /576 dun 100% Apa Malaysia akan jadi negara islam best in the world?Tengok perangai pemimpin umnopun dah tahu,kaki songlap,hindusma,betina dan lain2..rosmah first lady islam tak bertudung.Boleh kah geng dgn geng2 mangkuk ayun pas bekerjasama dlm harta/jawatan melimpah ruah dgn geng2 penyamun..confirm..macam2 peperangan saudara berlaku.Sekarang ini mereka berbuat baik sebab masing2 nakkan sesuatu ,Najib/umno nak PAS,sebab rasuah najib dah terlalu ROSAK seantaro duniatahu,cuma tunggu masa sahaja lagi.nAJIB PERLU PAS,Sebab PAS gunakkan Agama,Tiba2 Najib Alim pakai tarbus putih,PAS Perlukan Najib,kononnya nak buat hudud,PAS pun pakai keris nak tally kemelayuan PAS.pas GUNAKKAN mACHIEVILLE, semata-mata nakkan hudud,sanggup menipu kawan2 seperjuangan,ponteng dan ahklak dan ciri2 agama yg lainya dikesampingkan semata-mata nak hudud. Soalan cepumas,jika Hadi/pas, nak sangat islam,kenapa tidak mengarahkan hudud DIparlimen ditujukan pada najib rasuah mega dan pada rasuah balak kelantan??Adakah PAS/hADI NAK JAWAB KAT aLLAH,BERSUSAHPAYAH dan kerahkan segala walaun yg walaq,Akhirnya,hudud yg diimpikan jadi macam hudud kat brunei..hudud berpilih-pilh.Orng berkuasa tak kena,hanya ikan bilis,maca walaunn sahaja yg kena.KALAU BENDA YG BASIC HADI,TAK BERANI CAKAP,NAJIB SAPU BERBILLION-BILLION DEPAN MATA,dia boleh sedondon lagi,Apa jaminan pada rakyat yg dia boleh buat.GUNAKAN AGAMA LAGI..TAK BERAKIDAH,SELAIN DARI AHLI2 PAS.

      Delete
  4. Apa bukti PAN adalah pengikut DAP? Dahulu UMNO terhandal dalam pekerjaan fitnah ini sehinggakan wadah mereka berpuluh kali kalah saman fitnah, kini PAS ingin menunjuk bakat menjuarai fitnah. Barangkali itu sahaja (fitnah) hasil didikan puluhan tahun parti 'ulama'. Cukup-cukuplah untuk memaling pandangan rakyat. Rakyat tidak buta memahami adegan 'kasih sayang' UMNO-PAS atas nama Islam. Kedua-duanya makin tenggelam dan tidak relevan maka masing-masing saling memberi tali hayat kepada satu sama lain sekalipon terpaksa berbohong dan bersandiwara. Tidak malukah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tv3...

      Delete
    2. Syaitan sedang berpesta,
      Sijahil menipu dan berdusta,
      Si Alim aminkan utk bermuka muka,
      Demi kuasa,harta hati jadi buta.

      Sijahil, SiAlim bermain kata kata,
      AlQuran, AlHadith jadi bahan niaga,
      Jebon, barua,pengkhianat jadi wirid dan mentera,
      Ya Allah lindungilah kami dari segala bala.....

      Delete
    3. Apa modal lagi yg pas ada selain drp hudud.
      Ini sajalah talian hayat pas yg membuatkan masyarakat berpecah belah.
      Siapa eddie ah wang ni kalau nak dibandingkan dgn khalifah Umar Al Khattab?
      Adakah pengatahuan eddie ah wang ini melebihi khalifah Umar?
      Khalifah Umar hidup se zaman dgn Nabi kita.
      Ada kah eddie ah wang hidup se zaman dgn nabi juga?
      Hudud bukanlah perkara mudah yg senang2 seperti mana yg dipolitikan oleh pas.
      Modal pas skrng ini menentang hudud adalah menentang tuhan.
      Inilah saja modal yg pas ada.
      Tanpa isu hudud maka pas pun berkuburlah.
      Ahli2 dan pengikut pas hanya tahu angguk kepala sajalah.
      Pas = Pengikut Angguk saja.
      Adakah pengikut pas lebih islamik dan sempurna imannya daripada umat nabi yg ada di atas dunia ini?
      Apa yg lebih nyata pas ni buta sejarah islam.

      Delete
    4. Macam tu lah pas ni dari dulu hingga sekarang ni. Ilmu tak ada. Pengatahuan cetik. Kerja hanya nak menghukum orang saja. Tu lah ramai yg terkeliru dgn agama ni sehinggakan sanggup nak pergi berjihat di Syiria sedangkan di sini pun bukannya betul sangat pun. Bukan mudah macam tu lah hadi awang oiii... nak cari syurga tuhan. Tak semudah dgn hanya dengan satu slogan seru orang undi pas masuk syurga. Nabi ajar kita macam tu ker.
      Hadi awang. kalau kau gila kau jangan ingat orang lain pun gila macam kau juga.

      Delete
    5. Hadi awang se zaman dgn ayah pin kerajaan langit tu

      Delete
    6. Hadi,suka2 aja kata,sesiapa tak sependapat dgn PAS,hilang akidah.Lupakah hadi,syaidina abu bakar dan syaidina umar al-katab,bila list Munafik turun kedua-dua khalifah ini,tak sedap hati,takut nama mereka terdiri dari orang munafik (sedangkan mereka sahabat terdekat nabi).Tapi yg peliknya,Hadi yg jaraknya lebih 1400 tahun dari zaman sahabat,dgn selambanya,menganggap dirinya MAKSUM,dan orang yg tak sependapat dgnnya/pas hilang akidah.

      Delete
  5. Ini lah parti yang membawa imej dan wadah islam, tetapi maaf cakap pemimpinnya yang kurang islamik.

    ReplyDelete
  6. Assalam Bro,sememangnya PAS mahu BN/UMNO menang.Itulah sebenarnya.Najib sudah buat perjanjian dengan Hj.Hadi.PH atau Tun M kena terima hakikat ini....Cash Is King

    ReplyDelete
  7. Ini masa emasnya Sang Takfir Hadi Awang membuktikan kesahihannya untuk menjatuhkan BN demi kefahaman Isle-nya.

    ReplyDelete
  8. Tak releven dah pas ni...
    Islam tu semua
    Islam bukan parti

    ReplyDelete
  9. kenapa x beri cadangan ni pada amanah? biar amanah undur, beri pada pas lawan 1 vs 1.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ni untuk penyokong dap saja ya..nak sokong umno pas baca blog diaorang...sila kutuk pas/bn atau komen yg bertepatan dgn tajuk je..ok..faham..

      Delete
    2. bukankah PAS dah umum jadi blog ke-3 tapi masih nak menyendeng dengan UMNO dan Pakatan Harapan.

      apa punya prinsip la.. bukan untuk survival Hadi ke?

      BN menang kita sokong BN. BN kalah kata BN parti korup dan Haram sokong BN.

      bukan ke celaka cara PAS ni nak main politik.
      nak tunjuk Hero kat Ikatan. Hadi dan Haron Din menyendeng dengan BN. Tuan Ibrahim dan Nik Abduh menyendeng dengan Pakatan Harapan.

      ni lah PAS- Parti Angau Semelaysia. dengan semua dia nak kahwin. tau la bang aji-bang aji boleh kahwin 4.

      nak main buat anak tapi pakai kondom punya style politik. kata bodoh kang kena cop kapir pulak. tapi memang dah kantoi cara PAS ni main politik.

      memang politik agama "Isle" PAS dah tak relevan ke? cer jawab sikit penyokong PAS

      Delete
    3. Pas sedang berehat skrng ni.
      Gemok dah dok makan dedak.
      Pas yg paling takut dgn hudud ni
      Mereka yg paling byk buat maksiat
      Dalam keretapi pun sempat menutuh dgn bini orang.

      Delete
  10. NAK CERITA APA PUN.....MESTI ADA FAKTA DAN BUKTI......IAITU.....
    HARAKAH TAK LAKU DI SELURUH NEGARA.....
    HARAKAH TAK LAKU LAGI DI KELANTAN DAN TERANGGANU..:-).
    LA?U TIMBUL PERSOLAN.....

    APA SUDAH JADI DENGAN PAS.....

    CAKAP BESAR HABUK PUN TARAK.....PORAHHHHHHHHH......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas cakap besar sajalah sebab dah dapat ayam sabong baru

      Delete
  11. Subuh tadi sampai aje ke surau, Hassan dah ada di atas tangga. Macam tunggu seseorang. Dalam hati saya "mesti tunggu aku ni".

    "Assalamualaikum" Saya memberikan salam.

    "Awal pagi ni? Tak boleh tidur ke?" Tanya saya. Saya selalu menyangkat ahli AMANAH ni.

    "Sahur awal, tak nak tidur takut tak terbangun" Kata Hassan.

    "Mana Pak Imam?" Tanya saya. Bukan apa kalau tak ada nanti jamaah surau tolak saya ke depan... nahas saya... Saya sekolah bahagian jadi imam belum lulus lagi..

    Nasib agak baik Ayah Mat De ada. Kami tolak dia ke hadapan jadi imam. Ayah Mat De selain amil zakat dia juga ada amal tariqat. Saya tak pasti apa jenis tariqat yang diamalkannya.

    Selepas aje solat subuh, Ayah Mat mula zikir panjang (biasa bagi mereka yang amal tariqat). Si Hassan nampak macam tak duduk diam. Matanya asyik lihat tasbih Ayah Mat dan sekali sekali ke dinding lihat jam. Padahal jam mahal di tangannya ada. Rasa mungkin tabiat kita bila ada jam besar di dinding kita fokus ke dinding.

    Beberapa hari lalu sebelum puasa, si Hassan ini bertemu saya di Warung Pak Ali, kebetulan saya baru balik Muktamar di Kelantan.

    Dia macam perli saya, "Macam mana ahli PAS merosot 200 000?"

    "PAS tak macam dulu lagi, ramai ahli keluar PAS masuk AMANAH" Sambung Hassan. Macam biasa sebelah Hassan si Wahab anak Haji Teh yang kini jadi AMANAH juga tersengeh-sengeh.

    Saya gelak aje. Puak parti AMANAH ni kerja mereka nak cari salah dan kelemahan PAS. Mereka akan 'korek putik' (selongkar) apa sahaja untuk buat modal bagi menyerang PAS. Sekarang ini UMNO boleh berehat, goyang kaki sebab tugas ini telah diambil oleh puak AMANAH.

    Dulu beriya-iya kata nak jatuhkan UMNO kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO. Tapi hakikat parti AMANAH dah jadi tongkat UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas nak lawan umno??!! Nak lawan mcm mana tu?? Lawan keris sapa lebih panjang kaa..??

      Nak lawan umno...tapi siang mlm serang dap dan amanah??

      Nak lawan umno...tp nak jd punahsihat umno??

      Pas nak lawan umno...hari2 maki dap dan cina??

      Pas pejuang islam...guna siku lutut!! Istiqomah guna perkataan

      Bahlol
      Tolol
      Jebon
      Barua
      Broker
      Babi
      Anjing
      Pil kuda
      Kominis
      Munafik
      Kapirrrrr...

      Apa mcm...?? Umno pun tk buat ayat cantek mcm tu...kah kah kah

      Parti islam ala2 star wars gitu...kon konnn?? Kah kah kah

      Delete
  12. Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan dalam Muktamar baru-baru ini pada ucapan pengulungannya bahawa keahlian PAS menyusut hampir 200,000 daripada sejuta keahlian sebelum ini selama setahun.

    Sikap Takiyuddin sangat telus dan memberikan fakta sebenar.

    Malangnya puak-puak AMANAH mengambil kesempatan daripada maklumat ini untuk mengkritik dan menghina PAS. Saya membaca sebaran daripada whatsapp dan fecebook bagaimana cybertropper pro Pakatan Harapan menyerang PAS dengan fakta ini. Penulis blog seperti Greenboc juga tak ketinggalan menyerang dengan maklumat ini sedangkan mereka buta maklumat sebenar.

    Bagi saya mereka ini cetek pengetahuan atau memang sengaja berniat jahat untuk memburuk-burukkan PAS. Kalau itulah niat mereka, kesian amalan baik akan hangus macam api makan serkam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg menyerang PAS adalah para blogger dan penyokong. Tapi yg menyerang AMANAH adalah pemimpin PAS. Itu la taraf pemimpin PAS skrg.

      Delete
    2. Yg menyerang PAS adalah para blogger dan penyokong. Tapi yg menyerang AMANAH adalah pemimpin PAS. Itu la taraf pemimpin PAS skrg.

      Delete
    3. PAS adalah parti yang keliru dan mengelirukan. Pendirian PAS macam kuih talam. Hari ini lain, besok lain, lusa lain dan minggu depan lain. Politik matang PAS adalah politik makan belakang. DAP sengaja dijadikan alasan untuk mewajarkan tindakan keluar PR sedangkan tawaran BN dijadikan sandaran perancangan masa depan. Tiada siapa yg ingin menfitnah PAS kerana semua kemelut yg dihadapi PAS kini lantaran kebebalan pemimpin sendiri. PAS masih boleh diselamatkan dengan membersihkan PAS dari Hj Hadi, Nik Abduh, Tantawi, Haron Din dan Zuhdi. Tanpa mereka PAS akan mekar kembali.

      Delete
  13. Jika kita memahami konsep database dan memahami apa dia 'pemutihan database'. Apa yang disebut oleh Takiyuddin itu adalah normal dan nilai baki keahlian 800 000 itu adalah suatu angka yang sangat besar bagi suatu parti pembangkang seperti PAS. Nilai ini amat mengerunkan UMNO kerana ini adalah nilah yang sebenar.

    UMNO pernah mewar-warkan bahawa keahliannya adalah 3 juta. Jika tiada 'pemutihan keahlian' angka 3 juta itu tidak menjadikan suatu yang mengerunkan parti pembangkang.

    Dulu pernah menjadi isu Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib ahli UMNO. Entah UMNO Bahagian mana buat perangai jahat daftar Kad Pengenalan Ustaz Harun sebagai ahli.

    Bila saya menerangkan perkara ini, si Hassan nampak mengiyakan.

    "Minta No. IC, saya nak semak keahlian UMNO awak?" kata saya kepada Hassan. Dia terkejut.

    Saya tahu Hassan dulunya UMNO, kemudian PKR. Semenjak berjinak di surau telah masuk PAS. Kini jadi AMANAH.

    ReplyDelete
  14. "3 Juta Ahli UMNO termasuk awak sekali Hassan, kerana UMNO tidak buat pemutihan. Mereka bangga dengan nilai yang besar tapi hakikatnya tidak begitu" kata saya.

    "PAS pula tidak. PAS lebih suka dapatkan nilai yang sebenar. Seperti kata Presiden PAS dalam muktamar lalu PAS mengukur baju mengikut badan sendiri. Ahli AMANAH manalah faham. Kalau dia faham tentang caragaya politik Presiden PAS tak pula dia jadi haru biru macam sekarang" kata saya lagi.

    Dulu sistem keahlian PAS tidak cekap. Banyak kali diusulkan untuk pemutihan tapi terbantut. Bayangkan ada sestengah ahli mempunyai 2 keahlian pada no. kad pengenalan lama dan baru. Itu belum masuk ahli yang dah mati dan yang bertukar parti menjadi PKR atau lain-lain.

    Saya ambil contoh Saifuddin Nusation Ismail (No. KP lama 6984735) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa cawangan dan kad pengenalan barunya pula 631207715005 adalah ahli PAS Pokok Sena, cawangan Kampong Sakan yang mempunyai keahlian bernombor 0828715.

    Kesedaran untuk pemutihan disegerakan berlaku apabila bangunan PAS Pusat terbakar. Sebahagian daftar keahlian baru yang belum diproses juga turut terbakar.

    ReplyDelete
  15. "Jadi 800 000 ahli PAS suatu angka yang besar. 200 000 yang dibuang bukan isu. Betul tak?" Saya tanya Hassan dan Wahab.

    Terdiam dia orang. Mati kutu akhirnya.

    Saya tambah "Kalau nak dibandingkan dengan ahli AMANAH yang berjumlah 17 000 seluruh negara. Nampak engkau kena kerja kuat lagi Hassan!"
    "Tarik ahli UMNO, jangan kacau ahli PAS. Kalau kau beriya-riya nak jatuhkan UMNO. Ini tidak kacau ahli PAS. Tak cukup ahli PAS, ambil puak IKRAM (Dulu JIM, zaman 80an dipanggil IRC atau di Mesir panggil Alami) menjadi ahli. Sehingga ada sekolah ALAMI memaksa guru mendaftar menjadi ahli AMANAH sedangkan guru berkenaan sebahagian besar adalah ahli PAS. Apa punya kerja ni?" Saya meninggi suara kepada Hassan dan Wahab.

    Jika ahli AMAMAH di negeri paling kuat seperti Selangor sekitar 5000 dan Johor pun hanya sekitar 3500 orang apa yang nak dibanggakan. Tak payah nak sibuk pasal ahli PAS. Tingkatkan ahli AMANAH dulu. Tarik pemuda UMNO dan mereka yang atas pagar supaya AMANAH bertambah ahli. Barulah boleh jatuhkan UMNO.

    Kalau setiap hari kerja nak serang PAS, rasanya AMANAH tak ubah seperti UMNO. Patutlah Sembak marah betul sehingga setiap kali jumpa Hassan dia akan sebut 'pengkhianat'.

    Saya pun berpendapat AMANAH tidak ke mana. Akan terkubur begitu sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok dia nih jd ketua penerangan PAS

      Sama mcm Tontowi yg boleh bahasa GERMAN tu

      Klu buat penerangan dlm bahasa GERMAN pendek skit

      Delete
    2. Bang...ahli pas yg sokong amanah sgt ramai dalam daftar Keahlian pas.

      Dpd 800 000 org ahli yg dah diputihkan kononnya tu. Silap2 200 000 adalah ahli pas yg sokong amanah secara senyap2....haha

      Delete
    3. Anon 16:23

      Tk payah cakap besorrr la...konon pas parti kuat ada ahli 800 000 tu!! Amanah parti nyamuk yg akan berkubur begitu saja...haha

      Kita tunggu dulu keputusan PRK Kuala Kangso dan Sg Beso dulu ye...lepas tu ko ulas le panjang lebor jika parti Pas yg menang!!!


      Selagi belum menang jgn dabik dada dulu...sabar ye!!! Kah kah kah


      Parti agama sangatkan...angkuh sombong...takbur...hahaha islam vesri pas dan walaun kambing!!

      Delete
  16. Punya la pjg cerita...siap berdialog2 lagi. Aku tetap geli dgn PAS! Cuba lagi !

    ReplyDelete
  17. Kalau nak tulis cerpen, buka lah blog sendiri atau hantar ke utusan meloya, berita hairan, harakah ke....goblok menyemak dlm blog org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kehebatan mereka (pemuja 'ulama') yang berjangkit dari cybertrooper JASA - sekadar mahir berkata-kata (mereka-reka cerita).

      Delete
  18. Kalau pasal tarik diri nampaknya PAS dah terlambat. Semua jentera di peringkat bawahan dah bergerak !.

    Jadinya, teruslah berjuang UNNO, PAS dan Amanah...Allah akan tentukan siapa akan menang pada 18 Jun nanti.

    Cakap banyak pun tak guna juga sekarang ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/saudari,

      Dengan kata-kata inilah dengan harapan dapat "membuka mata" pengundi di SB dan KK.

      Saya tiada "dedak" untuk ditabur untuk menarik "pangkah". Fahamkah saudara/saudari tentang maksud qada' dan qadar?

      Jadi janganlah cepat berserah kepada "takdir Illahi" sebelum "berpantang ajal sebelum maut datang menjemput"

      Delete
    2. Eddie ah wang ni penipu besar. Jgn percayalah. Ulama taik babi

      Delete
    3. Anon 20:49

      Nak ngutuk Edy ah wang jangan la libatkan "semua" ulama. Ada juga ulama yang dihormati dengan pandangan mereka dalam negara ni.

      Gelaran ulama kau terlampau melampau pula tu. Jangan buat non-muslim tidak hormat dengan ulama kita weih. Islam kan agama keindahan.. Kalau Edy ah wang & gang buat hal. Cukuplah kita mempersoalkan mereka saja.

      Komen sihat ok. Jgn ikut puak pro-jib yang tak henti gelar orang anjing, babi, kafir, fitnah. Kita bukan macam pro-jib.

      Kita tengah cuba nak tukar haluan Malaysia dan aku nak blog ni jadi referrence generasi akan datang.

      Delete
  19. pas dah kebas tak tahan ujian
    cakap saja istiqomah tapi dah mula goyah

    ReplyDelete
  20. Tarik diri? Mustahil! Ego Hj Hadi dan geng2 "ulamaknya" tak akan membenarkannya! Bila beratus ribu ahli2 PAS sudah keluar menyertai Amanah pun Hj Hadi dan geng sudah rasa tercalar ego mereka sebagai "ulamak tersohor", inikan pula nak tarik diri dan biarkan Parti Mat Sabu menang? Will never happen kerana PAS sekarang ini adalah parti yang sedang berjalan dan berjuang demi Hj Hadi and gang.

    PAS bukan lagi untuk menjulang Islam tetapi untuk memahsyurkan dan mempopularkan Hj hadi and geng ulamaknya. PAS yang dahulu suadah tiada dan yang tinggal sekarang adalah PEST (Parti Ego Sangat Tinggi). Kesemua pimpinan PEST merasakan bahawa mereka wajar dan wajib dijulang sebagai ulamak dan sebagai ulamak mereka wajib dijadikan pemimpin negara walaupun satu hapah benda tentang pentadbiran dan kerajaan pun tak tau! Oleh itu mulai dari hari ini, bila mana walaun2 PAS cuba mengejek dan bersikap biadap dengan menggelarkan Amanah sebagai kuda tunggangan DAP, marilah kita gelarkan mereka sebagai ahli2 PEST! Walaun2 tu semua bukannya faham sangat makna "PEST" tu pong!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  21. Bila perasaan TAMAK sudah bersarang mustahil puak2 mengalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamak berbini 4 ke apa porak den? Atau nak buat khalwat je?

      Tapi bukan PAS anti-khalwat ke?

      Delete
    2. Dulu tak anti sekarang terlajak anti. Dulu tak pa. Skrng tak boleh.Skrng hudud.

      Delete
  22. Bila perasaan TAMAK sudah bersarang mustahil puak2 mengalah.

    ReplyDelete
  23. Tolong jangan ber kemenangan pada PAS nanti makin besar kepala ....!!!

    ReplyDelete
  24. Tuang amanat 1981 adalah penasihat kepada parti umngok.PAST bukan mahu jadi pembangkang tapi bertindak sebagai pemecah undi tolak parti umngok.UMNGOK sangat perlukan parti goblok ke tiga untuk memecah undi.

    ReplyDelete