Thursday, 9 June 2016

NASIB BAIK ADA DAP....


Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan.

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP.

Benarkah dulu Pas dan sekarang Amanah, menjadi alat dan barua DAP?

Apakah Pas membuat dakwaan alat dan barua DAP terhadap Amanah kerana terikut-ikut gaya UMNO atau berdasarkan pengalaman mereka pernah diperalat dan dibaruakan dalam Pakatan Rakyat dahulu?

Jika Pas menjadi alat dan barua DAP, apakah yang telah merugikan parti itu selama ini?

Apakah dengan Pas berpeluang menduduki kerusi Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit dan mampu menang banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri lain menunjukkan Pas menjadi alat dan barua DAP?

Sebagai balasan kerana setuju diperalat dan dibaruakan, berapa banyak pula Pas kehilangan kerusinya di Kelantan atau Terengganu untuk diserahkan kepada DAP?

Hakikatnya sekarang ini, UMNO tidak perlu lagi menyerang Amanah kerana peranan itu sudah diambil alih oleh Pas. UMNO yang bersongkok hitam hanya perlu tersenyum melihat dari jauh telatah Pas yang berkopiah putih memaki, mengecam dan memusuhi Amanah.

Dalam masa yang sama, orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan atau dulunya Pakatan Rakyat juga kerap dianggap sebagai alat dan barua DAP.

Orang Melayu yang menyertai atau menyokong DAP lebih buruk lagi labelnya - dikatakan ingin menggadai maruah dan kuasa kepada orang Cina.

Apakah sebenarnya salah dan dosa bila berbaik-baik dengan DAP?

Apakah DAP ditanggapi sebegitu kerana namanya DAP, kerana di dalamnya ada Lim Kit Siang atau kerana ia parti yang dikuasai oleh orang-orang Cina?

Jika DAP begitu jahat, agendanya amat mengancam negara, merbahaya kepada orang-orang Melayu dan musuh kepada Islam, mengapa kerajaan tidak mengharamkan saja parti itu?

Begitu juga dengan Lim Kit Siang, jika keberadaannya bersama DAP amat merbahaya, mengapa tidak ditangkap dan disumbat saja dalam penjara?

Nama penuh DAP ialah Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik, tetapi kenapa ia sering dikaitkan dengan komunis berbanding demokrasi?

Kenapa hanya Cina DAP yang dianggap jahat, mengancam dan merbahaya kepada politik Melayu?

Adakah Cina daripada MCA dan Gerakan tidak bahaya?

Adakah menjual tanah kepada Cina Singapura atau menggadai aset kepada Cina dari Negara China tidak salah, bahkan dianggap bijak berurus niaga?

Apakah juga tidak salah apabila pemimpin negara, menteri-menteri Melayu dan adik-adik menteri boleh dikatakan ada tauke Cina di belakang kejayaan dan kekayaan mereka?

Sampai bila orang-orang Melayu mahu kekal jumud dengan hanya menyalahkan DAP atas semua kelemahan dan ancaman yang diterimanya dan mengabaikan sumbangan parti itu yang konsisten dalam melawan ketidakadilan, rasuah dan penyelewengan?

Agak-agaknya kalau tiada DAP dan Lim Kit Siang di negara kita, siapa yang harus dibebankan dengan sekian banyak kesalahan dan kelemahan Melayu?

Atau di sebalik satu demi satu harta, tanah dan aset negara tergadai serta aktiviti melonggokkan kekayaan bermaharajalela, ramai pemimpin Melayu yang terus tersenyum dengan berkata...nasib baik ada DAP untuk dipersalahkan. (SH 09/06/2016).

58 comments:

  1. ..kalau makan dedak yg ditabur olih Umno..mestilah ada DNA Umno...

    ..lebai2 Pas sekarang ambik aleh tugas Umno yg suka melabelkan parti yg dimusuhinya...Umno parti rasuah dan mempunyai Presiden yg paling kuat rasuah dlm duni..ni lebai Pas tak kisah pun..

    Hakikatnya...Pas telah jauh tersasar dari perjuangan yg dipelopori olih arwah2 Utz fadhi dan Nik Aziz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.

      Curi banyak-banyak lama-lama jadi towkey dedak.

      Siapa yang hendak mengaku berak tengah jalan?

      Kalau tak juai, bangsa dan agama akan ditunggang barulah boleh bangga jadi no 1 menjuarai segala perbuatan yang jelek.

      Delete
    2. Syaitan sedang berpesta,
      SiJahil menipu dan berdusta,
      SiAlim aminkan untuk bermukamuka,
      Demi kuasa&harta hati jadi buta.

      Syaitan sedang berpesta,
      SiJahil,SiAlim bermain kata kata,
      Fitnah mengfitnah dijadikan mentera
      Rakyat tertipu semakin derita.

      Delete
  2. Kata Mahathir nak turun kempen untuk PAN balaci DAP,tapi sehingga hari ni tak nampak muka lagi.Mungkin letih berpuasa kot?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jawab atikal ini kalau apa Yg diperkatakan betul atau salah! Yg alihkan tiang gol knp?

      Delete
    2. PAS balaci UMNO tak kempen sama-sama ke??? pakai baju sedondon...potong pulut dengan keris sama-sama..atas satu pentas....

      Tak letih berpuasa kot....sebab makan pulut dipotong dengan keris 2 depa....dah laaa macai PIS chai...boleh bungkus....setakat menang di Kelantan dan Terengganu boleh laa...tu pun boleh kira berapa kerusi...Adios PIS Chai....tiada lagi undi buatmu....

      Delete
  3. Pemakan2 dedak..

    Mrk adalah penCURI..

    PenCURI yg memakan hasil keringat rkyat dgn zalim & BATHIL

    PenCURI yg memakan hasil dgn kezaliman GST PTPTN dll

    PenCURI yg mnjahanamkan sgl sumber dinegara ini utk digadaikan mmnurut serakah nafsu mrk smata2..

    PenCURI2 yg sedondon menCURI ini sengaja mmbuat alasan dan FITNAH trhadap cina..terutama nya DAP

    Tanpa cina DAP, tembelang penCURI2 yg sedondon ini akan jls dan terang dilihat oleh pokcik mokcik di ulu2 Kampung dan diceruk2 Felda dinegara..

    Tanpa cina DAP..akal-IQ ciput tahap lutut & siku sipenCURI2 yg sedondon itu akan layu dan mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo tanpa cina dan kilang2 cina atau pembekal cina..

      Nonok2 perempuan melayu umno dan nonok2 anak dara melayu akan tetap bercawat kertas dan kain buruk mcm dolu2

      Klu tanpa kilang2 dan pengusaha2 cina ada berjuta org2 melayu yg menganggur takde kerja

      Inilah hakikat penting yg org2 melayu kena bnyk2 insaf dan SEDAR lah diri tu..

      Tuhan jdkan kita sume saling melengkapi dan kita sume berasal dr yg SATU

      Yg SATU itu memancarkan cahaya kbnaran Islam utk mnjd rahmatan kesluruh alam,,



      Delete
    2. Mungkinlah nonok mak, bini dan anak pompuan awak bercawat kalau tak ada kilang cina. Tapi orang lain tak sebangang awak, macamlah negeri cina kesayangan awak saja ada kilang kain, bodoh bin bangang, suka jadu barua cina dap. Agaknya kalau dap tak hulur makan, ahli2 PANtat macam awak kebulur.

      Delete
    3. Tuan Budin....
      Nampaknya blog ni dah mula diserang lanun dedakians macam blog putra merdeka dan yang sewaktu dengannya.

      Tunggu nanti tengok bahasa maki hamun mencarut mereka pannnnnjaaaangg berrjelaaaaa......Kalau tak mencarut, sumpah seranah bukan dedakians la tu.

      Delete
    4. Alahai anon 1627,kesian nya kau..hidup atas belas ehsan cina..kalau cina takde,tak berbaju la kau?tak mentekedarah la kau..??nak ampu pon agak2 la..sedih tgk org Melayu mcm ni..

      Delete
  4. Diorang dap pas sokmo terjadi barua2 Anwar juburi yg main depan belakang diorang

    ReplyDelete
  5. Sesaorang apabila mata hati telah buta/dibutakan maka apa juga kebenaran yang ditunjulkan dia tetap dengan pendirianya iaitu "Zalim"keatas dirinya.Dahulu maki hamun orang tampa ada batas dan tapisan,sekarang kulom seberapa dalam yang boleh untuk membalas jasa.Mungkin bil-bil hospital jantung selepas ini akan ditanggong oleh brother money is king.

    ReplyDelete

  6. Sekarang bila aku nampak jer lebai wostad seolah2 aku terserempak dgn toyol pencuri

    sorry ini terjadi pd diri aku, kat org lain aku tatawu

    ReplyDelete
    Replies
    1. juga terjadi kat diri aku...memang benci dengan geng-geng PIS Chai nih...

      Delete
    2. Sama, tersenyum saja bila tgk mereka2 ni. perhatikan shaja tgkah laku & ucapan. Tgk mata melilau ke mana.

      Delete
    3. Lebay ka wostad ka gua cabut takut

      pencuri pencuri lari woi!

      Delete
  7. Tq tuan..tulisan yg bijak dan memberi perspektif baru. Sbnarnye dari tahun 80 an lg DAP tlh diberi wajah sdemikian..mlalui BTN lah yg tlh mmainkan pranan mnakut2kan melayu trmasuklah diri sy sendiri mlalui berbagai kursus BTN yg dihadiri.. Tp mlalui pencarian ilmu dan pencerahan dr pihak Aliran, stigma ini dpt dibuang..ssungguhnye amno mmg sgt pandai mmanipulasi minda melayu yg lemah dan malas berfikir.

    ReplyDelete
  8. Budin,
    Sebenarnya kaitan DAP dengan komunis ,anti melayu dan islam sudah menjadi lipatan sejarah lampau yang harus disedari oleh warga malaysia terutama orang melayu agar tidak diperbodoh dan diperguna oleh golongan golongan elitis, kapitalis serta pemimpin politik melayu yang korup didalam UMNO dan PAS ,untuk dapat kuasa.

    Memang benar dari catatan sejarah pada tahun tahun 60 han dan 70 han DAP tidak dapat membabaskan dirinya dari jerat parti komunis Malaya yang memperguna apa saja medium atau platform untuk mencari peluang mendapat kuasa ,malangnya merka gagal kerana dengan tiada sokongan melayu adalah sesuatu yang gagal di malaysia ini , pun begitu kaum cina sendiri pun tidak memberi sokongan kepada KPM ini secara keseluruhannya ,Sebab itu MCA sangat relevan ketika itu.

    Setelah PKM(Komunis Malaya)telah lenyap sama sekali sejak 1987 dan hampir beberapa dekat idologi komunis hancur ,DAP mula membawa imej yang sesuai dengan keadaan semasa iaitu berjuang kepada nilai nilai yang diterima oleh masyarakat moden dunia iaitu ,hak asasi ,ketulusan pemerintahan ,hak sama rata , anti rasuah dan sebagainya dan aliran ini telah mendapat sambutan besar dari golongan bukan melayu terpelajar dan yang datang dari era selepas merdeka malah sekarang ini golongan cina hampir 100% dibelakang mereka.Malah kosep ini sudah dapat diterima oleh kebanyakan golongan muda semua kaum yang merentasi perjuangan hanya berpaksi kaum dan agama seperti UMNO dan PAS sebab kita kena ingat masa dah berubah dan yang lepas sudah jadi sejarah.

    Parti politik yang gagal perperanan dengan berpijak kepada kenyataan suasana sana semasa ,lambat laung akan luput ditelan zaman percaya la kerana apa bila generasi bertukar ganti ,kehendak kehidupan pun berubah maka cara fikir dan fahaman pun turut berubah ini dipanggil evolusi ,UMNO dan PAS wajib insaf ,mengunakan bangsa dan agama sebagai alat mendapat kuasa selamanya tidak akan kekal dan jangan lah nak memperbodohkan bangsa melayu selamanya.

    Amanah dan PKR sekarang boleh dikatakan telah menjurus pada kedudukan yang betul cuma mereka wajib membuka ruang perti tersebut agar jelas kepada parti milik bangsa malaysia disamping itu pemimpin yang banyak masalah dan mempunyai isu moral wajib dilupakan ,kerana negara ini tidak mampu lagi sentiasa menghadapi dengan isu kepimpinan kerana isu isu kehidupan rakyat adalah paling utama ,kalau masih dengan pemimpin berlatar belakangkan isu moral dan korup bila naik jadi pemimpin musuh akan menyerang menguna isu ini maka ujud kemulut yang rakyat sudah bosan dan pemerintahan terpaksa hilang tumpun utk rakyat seperti sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan yg bagus tuan roslan..memberi ilmu dan dimensi baru kita berfikir.t kasih.

      Delete
    2. Tulisan yg bagus tuan roslan..memberi ilmu dan dimensi baru kita berfikir.t kasih.

      Delete
  9. Budin,
    Sebenarnya kaitan DAP dengan komunis ,anti melayu dan islam sudah menjadi lipatan sejarah lampau yang harus disedari oleh warga malaysia terutama orang melayu agar tidak diperbodoh dan diperguna oleh golongan golongan elitis, kapitalis serta pemimpin politik melayu yang korup didalam UMNO dan PAS ,untuk dapat kuasa.

    Memang benar dari catatan sejarah pada tahun tahun 60 han dan 70 han DAP tidak dapat membabaskan dirinya dari jerat parti komunis Malaya yang memperguna apa saja medium atau platform untuk mencari peluang mendapat kuasa ,malangnya merka gagal kerana dengan tiada sokongan melayu adalah sesuatu yang gagal di malaysia ini , pun begitu kaum cina sendiri pun tidak memberi sokongan kepada KPM ini secara keseluruhannya ,Sebab itu MCA sangat relevan ketika itu.

    Setelah PKM(Komunis Malaya)telah lenyap sama sekali sejak 1987 dan hampir beberapa dekat idologi komunis hancur ,DAP mula membawa imej yang sesuai dengan keadaan semasa iaitu berjuang kepada nilai nilai yang diterima oleh masyarakat moden dunia iaitu ,hak asasi ,ketulusan pemerintahan ,hak sama rata , anti rasuah dan sebagainya dan aliran ini telah mendapat sambutan besar dari golongan bukan melayu terpelajar dan yang datang dari era selepas merdeka malah sekarang ini golongan cina hampir 100% dibelakang mereka.Malah kosep ini sudah dapat diterima oleh kebanyakan golongan muda semua kaum yang merentasi perjuangan hanya berpaksi kaum dan agama seperti UMNO dan PAS sebab kita kena ingat masa dah berubah dan yang lepas sudah jadi sejarah.

    Parti politik yang gagal perperanan dengan berpijak kepada kenyataan suasana sana semasa ,lambat laung akan luput ditelan zaman percaya la kerana apa bila generasi bertukar ganti ,kehendak kehidupan pun berubah maka cara fikir dan fahaman pun turut berubah ini dipanggil evolusi ,UMNO dan PAS wajib insaf ,mengunakan bangsa dan agama sebagai alat mendapat kuasa selamanya tidak akan kekal dan jangan lah nak memperbodohkan bangsa melayu selamanya.

    Amanah dan PKR sekarang boleh dikatakan telah menjurus pada kedudukan yang betul cuma mereka wajib membuka ruang perti tersebut agar jelas kepada parti milik bangsa malaysia disamping itu pemimpin yang banyak masalah dan mempunyai isu moral wajib dilupakan ,kerana negara ini tidak mampu lagi sentiasa menghadapi dengan isu kepimpinan kerana isu isu kehidupan rakyat adalah paling utama ,kalau masih dengan pemimpin berlatar belakangkan isu moral dan korup bila naik jadi pemimpin musuh akan menyerang menguna isu ini maka ujud kemulut yang rakyat sudah bosan dan pemerintahan terpaksa hilang tumpun utk rakyat seperti sekarang.

    ReplyDelete
  10. 4.3 B tak masuk bank Singapork!!!
    mane pi? hilang tanpa keasn.
    Dah nak sign HSR, mesti lah Li Sian Long cakap macam itu. Lu kasi pasir gua kautim sama lu. U help Jib, Jib help u

    ReplyDelete
  11. Apa pun saya amat menghormati Dap tidak seperti parti yg kerjanya mengkafirkan org lain cuba muhasabah diri sendiri sebelum hendak mengata orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun hurmat DAP,kerana mereka bakal memberi kesedaran kepada Melayu utk mengenal diri mereka sendiri yg tak panadi berterima kasih bila dah terantuk nanti.

      Delete
    2. Ada kalanya,bab-bab disiplin/tekun bekerja/tegas/setiakawan, mereka lebih baik dari parti tok lebai,FAKTA.Umpamanya Hadi semasa menjadi president majlis PR,Selalu ponteng meeting majlis PR,Dia selalu ketinggalan keretapi.Mungkir janji dgn document bertulis PR yg dia sendiri sign (di mana parti2 commponent kena discuss dlm majlis PR,tak boleh buat sendirian/tapi tok lebai ni belasah jerr).Hadi selalu ponten parlimen. Bagi pemimpin DAP yg ada desiplin tentulah mempersoalkan Hadi kenapa selalu ponteng meeting PR,Parlimen dan selalu mungkir janji.Tetapi Hadi,mengexploit teguran DAP,ini dgn mengatakan DAP campur tangan dlm urusan PAS.pENGIKUT hADI yg walaq,tak tentuhala terus tanpa periksa walaq semacam.Dengar doktrine yg diberikan Hadi,Ulamak itu maksom,tiada kesalahan dilakukkan,walaupun terang2 ulamak itu bersedondong dgn perasuah no wahid negara.Tentang ketegasan DAP,sangup memberhentikan ahlinya disebabkan rasuah tanpa kompromi.Berbeza dgn parti yg so called islam,hanya memejamkan mata,bila report balak kelantan di bawa ka sprm.

      JELAS PADA ORNG2 KAFIR,BAGAIMANA PAS NAK BUAT HUDUD,SEDANGKAN PENGAMALAN AMALAN ISLAM BERPILIH-PILIH.

      Delete
    3. Cuba bayangkan,jika LGE/DAP jadi MB kelantan,Sudah pasti kes balak akan berulang-ulang ditv3,siap di rewind lagi.
      Persamaan antara umno dan pas,RASUAH mereka berpilih-pilih. Jika Rasuah,elit2 pas/umno yg buat dikira JIHAD,jika dapcina babi dikira nak hancurkan islam.

      Delete
    4. kenapa pas,tak menghebuhkan hudud di brunei,tidak seperti awalnya hudud brunei dilaksanakan.
      SEBAB UTAMA HUDUD BRUNEI,BERPILIH-PILIH,ELITE BERKUASA(RAJA2++++)TIADA DALAM SENARAI.

      Delete
  12. Apa pun saya amat menghormati Dap tidak seperti parti yg kerjanya mengkafirkan org lain cuba muhasabah diri sendiri sebelum hendak mengata orang lain

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Budin kerana tolong cina "screw the malays!"
    Kau memang melayu sejati! Dah makan dedak DAP macam Mat Sabu apa boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu Umno yang screw melayu ko nak kata apa pulak???

      Delete
    2. Setelah sekian lama mengikuti blog budin,baru sekarang saya perasan rupanya saudara budin kemungkinan besar menulis mendapat upah dari sebuah parti,jangan lah begitu saudara ikhlas lah demi agama dan bangsa.

      Delete
    3. HAHAHAH, Walaun sudah terasa,kalau boleh budin kena cerita Hadi tu the best ulamak in the world,tak ponteng,tak mungkir janji,tak memaki hamun orng,tak u-turn,tak makan dedak.

      Delete
    4. kau pulak makan dedak sape??? dedak tuang presideng ke dedak UMNO??

      Delete
  14. Petanda kemenangan parti oposisi dah jelas dalam GE yang lepas, dapat menguasai lebih 51% undi popular. Kelicikan perang saraf UMNO BN yang nampak bahayanya kedudukan mereka, akhirnya berjaya menghuruharakan Pakatan Rakyat. Senjata UMNO BN tak lain tak bukan adalah isu "hudud dan agama" untuk membelit PAS dan amenggunakan isu perkauman dan racist untuk menyerang DAP dan menjauhkan melayu dan orang Islam dari parti ini. Dan akhirnya DAP dan PAS bercakaran lalu berpisah. Selagi oposisi dan pembangkang gagal mencari titik pertemuan dan lebih mementingkan parti komponen masing2 serta gagal menentukan keutamaan dalam misi menumbangkan UMNO BN, sampai ke kiamat pun UMNO BN tidak mungkin akan tumbang. Real politik Malaysia adalah berbilang kaum, UMNO BN nampaknya bijak menghadami kaedah penjajah dulu yg memisahkan kaum di Malaysia demi survival dan kesinambungan kuasa mereka. UMNO BN sedar perkara ini tetapi oposisi gagal untuk mengatasi "puaka" dan "tulah" yang ditanam oleh penjajah dulu. Maka tingkah UMNO BN bukan saja bagaikan penjajah malah kini lebih teruk dari penjajah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan dibelakang sebalik tabir "pembesar pembesar Melayu UMNO BN dan Taikun Taikun Cina tidur sebantal dan satu selimut", bersatu untuk mentekedarah dan harta dan wang rakyat. Dalam kebanyakan kes "duit negara lesap berbilion bilion sejak dulu hingga sekarang, pasti ada taikun China dan embesar Melayu dibelakang tabir. Kalau tak percaya, tanya Tun Mahathir, tanya Pak Lah dan tanya Najib dan Jhio Lho. Puak penyamun rela dan suka lihat sisu perkauman sentiasa panan kerana ruang untuk terus menyamun akan sentiasa terbuka.

      Delete
  15. Nasib baik ade DAP, kalau tak PAS n UMNO takde tajuk dalam PILIHANRAYA, ngok UMNO

    ReplyDelete
  16. Budin ni dulu masa zaman Mahathir...100% kata DAP komunis..sebab makan dedal Mahathir..bila Mahathir muntahkan dan jilat balik muntah dia...Budin pun ikut sama 2x5 UMNO je dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tun lg....Ialah president umno n pas org Yg maksum takda dosa...senang jd pm n Pemakan dedak semua salah tun.... Tau camne nak penohkan poket sahaja.... Rakyat Tolak tepi

      Delete
    2. Hidup ini kan melalui detik2 perubahan

      Up-Grading cara memikir n melihat erti kemanusiaan sejagat

      Madey pun terpaksa berubah skalipun maseh jls wajah hipokrasi ego nya yg tinggi yg maseh gagal utk bnar2 berckap benar tentang Anwar

      Semua manusia wajib kluar dr kegelapan mnuju cahaya KBNARAN yg dpt mnyuloh sgl onar tipu fitnah samar keliru penyamun pencuri yg mndakwa mrk lah pemimpin yg berjiwa rakyat

      Ayuh berubahlah..jgn klirukan hidup rkyat dgn isu2 kaum/bangsa yg akan mnjd kan kita musnah dan haprak tak akan brganjak kmana2

      Ayuh berubahlah sdr2 ku..




      Delete
  17. Pas dah jd pelacur..jual diri pd umno.

    ReplyDelete
  18. Dap kah yang telah menzalimi kerajaan PAS terengganu dengan menyekat wang royalti? DAP kah yang telah menganiaya kerajaan PAS Kelantan sewaktu ATGNA dengan menyekat peruntukan dan bantuan persekutuan? DAP kah yang telah menyingkir MB PAS dari jawatannya dan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan PR?

    DAP kah yang telah memerintah negara ini selama 50 tahun dan membalun 50 billion saham yang diperuntukan untuk bumiputera? DAP kah yang telah sekian lama membelasah tanah2 rizab melayu dan tidak diganti semula? DAP kah yang telah mempergunakan dana Tabung haji untuk menyelamatkan 1MDB? DAP kah yang telah menyebabkan negara menanggung hutang sebanyak hampir 1 Trillion akibat berbelanja boros? DAP kah yang telah menurunkan kerajaan PAS di Kedah? DAP kah yang telah membuatkan rakyat merana kerana GST? DAP kah yang pakai duit anak yatim dan orang miskin untuk main golf kat US?

    Jahat sungguh DAP ini sehinggakan PAS terpaksa berganding bahu dan berpimpin tangan sambil memakai baju sedondon dengan UMNO untuk menentang DAP. Errr.....sebenarnya yang buat semua kejahatan dan kezaliman tu adalah UMNO and BN tapi kenapa pulak DAP yang dikatakan sebagai musuh orang melayu dan musuh Islam? Dan kenapa pulak PAS nak bekerjasama dengan UMNO dalam perkara2 baik sedangkan UMNO tu dah melakukan banyak kerosakan kepada negara bukannya kebaikan? PAS ni dah gila ataupun PAS ni dah jadi kawan karib UMNO sebab dah melupakan segala kejahatan dan kesalahan UMNO kepada PAS? PAS malah sekarang bekerjasama pulak dengan UMNO membantai dan menyerang DAP yang tak pernah zalim dan aniaya PAS (cuma DAP tak gemor dan kurang selesa dengan gaya "suka belit, u-turn and mungkir janji" Tuang Presideng PAS je).

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  19. They are against the Chinese Dap since these people are not the type who they can work with in order to make billions of ringgit of haram money year after year through all sorts of collusion since independence in 1957! A recent example of the kind of Chinese who they are happy to work with is the recent shameful case of the 1MDB. Surely it is due to the cooperation of that type of dirty Chinese in the the triangle of deceits involving bedouin arabs from saudi arabia and uae that the malays from malaysia (of course the tak akan melayu hilang di dunia type!) are able to be filthy rich overnight...

    ReplyDelete
    Replies
    1. if you remove LKS and his son maybe DAP will be more appealling to the rakyat

      Delete
  20. Cina menguasai ekonomi manakala melayu menguasai politik.PAST pula mahu menguasai agama.Rakyat pula suatu yang mahu dikuasai oleh merekadan akhirnya rakyat marhaen yang dikambing hitamkan untuk membayar hutang encik wan emdibi.

    ReplyDelete
  21. PAS sebenarnya,dia nak kuasai semua,kiri pun boleh,kanan pun boleh,atas/bawah pun boleh.Terus terang saya katakan PAS dia tak boleh bersama dgn sesiapapun kecuali,parti yg nak ikut pas kena ikut cakap pas.PAS dah doktrinkan pada ahli-ahlinya,mereka sahaja yg betul,undi pas dapat pahala,ulamak pas lebih hebat dari nabi dan rasul.Dapat mengetahui orng lain dapat pahala bila undi pas.Termasuk cina/non muslim undi pas dapat pahala.Tak dapat kita bayangkan hadi join umno bn memerintah.Hadi ceramah agama dalam masa yg sama membiarkan Najib balon duit rakyat.

    ReplyDelete
  22. Salam Budin,

    Rileks budin, walaupun ada yang cuba mempertikai usaha kau untuk buat Mereka-Mereka ini fikir sejenak. Renungkan tetap mereka pilih untuk cela kau. Aku bukak lagi 1 perspektif baru untuk kita fikir dan renungkan berdasarkan analisa aku.

    Cina. Bagi aku mereka bijak sikit dalam politik kepartian. Mereka sebenarnya tidak berparti pun. Mereka ini boleh duduk di mana-mana parti. DAP,MCA,SUPP,PBB, GERAKAN, PSM . Mereka kaum "universal" dalam politik kepartian. Tidak seperti Melayu yang memang gemar "berparti" kalau yang tak berparti pun, Bila PRU kita tahu Melayu undi siapa sebab dari merdeka sampai sekarang belum lagi parti melayu kalah.

    Cina. Adalah kaum yang mementingkan kaum mereka. Hujah saya ialah, kita boleh perhatikan Persatuan-Persatuan kaum mereka di mana-mana. Keputusan kaum cina banyak bergantung kepada kapitan-kapitan setiap suku kaum mereka. Melayu pula, mereka akan berpersatuan bila ada "aktiviti" sahaja. Yang suka gaduh maki hamun join Baju Merah(sebagai contoh) dan macam-macam "aktiviti" lainlah. Sihat atau tak sihat.

    Cina. Kau boleh kutuk/hina/tuduh/label mereka. Mereka takkan marah. Sebab dalam prinsip perjuangan kaum mereka tak heran pun perkara macam tu. Tapi cuba kita sentuh hal sekolah mereka, hal perniagaan mereka, hal "duit untung" mereka, hal yang akan menyusahkan mereka seperti RUU. Diorang semua bersatu menentang, tak kira parti mana, sebab cina tak ada parti pun. Mereka ada kaum sahaja. Melayu ni memang bangsa yang "malas" berfikir agaknya sebab tu perjuangan melayu terhad kepada "Melayu dan Islam". Bila ada Melayu yang keluar dari kepompong, mereka akan cop liberal, baruah, khianat. Melayu bukan malas kerja, tapi melayu malas guna otak. Kita bukan bodoh, tapi kita tak nak fikir jauh sampai beribu tahun macam Nabi SAW.

    Cina. Kita tahu tak mereka ni masuk Malaysia sesetengahnya sebagai pencacai angkat najis sahaja, bukan peniaga pun. Tapi sebab Persatuan mereka bagus, mereka upgrade diri mereka. Masakan kita sendiri sedar, bos-bos kita yang Cina tu, ada setengahnya tak tahu apa pun. Tapi Persatuan mereka bagi dorongan,skill ajar mereka cara "berniaga". Melayu, kau buat "kenduri" lepas "aktiviti" cukuplah.

    Sedarlah bangsaku Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini aku sokong..kita jgn lihat kebaikan kaum ini pd golongan elite dan profesional sahaja sbb mereka ini tampak bersih..tp cuba lihat kaum ini,pd golongan pertengahan hingga ke peringkat bwhan,cara apa mereka berniaga dan belajar..cara mereka survive utk hidup, baik dan buruk,halal haram tiada sempadan..
      Sbb itu rs syak wasangka pd kaum ini takkan pernah hilang..pandanglah secara menyeluruh,jgn tumpu pd satu yg dizahirkan..belom tentu ianya dtg dari hati yg ikhlas..mereka sendiri yg pernah mencemarkan nama kaum mereka sendiri stlh apa yg mereka lakukan..

      Delete
  23. Pas sudah gila. Presideng pun gila. YG undi pun sama juga.. dh xtahu hala tuju. bertopengkan agama. sblah tgn pegang topeng tgn sblah kiri seluk tabung masejid msuk duit dlm jubah. lpas tu bwk blik bg mkn anak bini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak-banyak ideologi pemikiran didunia seperti demokrasi, sosialis dan komunis, jangan lupa sumbangan terulung PAST iaitu ideologi AMANAT 1981.

      Delete
  24. Asal sebut BN dan Pas saja sekarang ni jadi kelam kabut sebab nawaitu tak baik kot mungkin tak direstui oleh yg maha berkuasa.BN pilih calon yg masih dlm edah akhirnya timbul conflick sedangkan Pas bertanding lawan BN tapi macam tiada isu nak kritik BN.Apakah malangnya bagi penyokong2 kedua-dua parti dapat pemimpin yg tidak bersih hati dan kikhlasan. Semoga Allah beri petunjuk kpd mereka.

    ReplyDelete
  25. Asal sebut BN dan Pas saja sekarang ni jadi kelam kabut sebab nawaitu tak baik kot mungkin tak direstui oleh yg maha berkuasa.BN pilih calon yg masih dlm edah akhirnya timbul conflick sedangkan Pas bertanding lawan BN tapi macam tiada isu nak kritik BN.Apakah malangnya bagi penyokong2 kedua-dua parti dapat pemimpin yg tidak bersih hati dan kikhlasan. Semoga Allah beri petunjuk kpd mereka.

    ReplyDelete
  26. Sultan kita..org MELAYU
    PM kita..org MELAYU
    BINI PM kita..org MELAYU
    Menteri Kewangan..org MELAYU
    TPM..org MELAYU
    Ketua Polis Negara..org MELAYU
    Menteri Kabinet..org MELAYU
    Ketua Tentera..org MELAYU
    Gabenor Bank Negara..org MELAYU
    Menteri Besar..ramai MELAYU
    Wakil Rakyat..ramai MELAYU
    Beri kelulusan tanah..KERAJAAN BN
    Gadai tanah org Melayu..org MELAYU
    Curi duit Berbillion..org MELAYU
    Skandal KWSP..org MELAYU
    Skandal Mara..org MELAYU
    Skandal Tabung Haji..org MELAYU
    Penyebab MAS bangkrap..org MELAYU
    Makan duit anak yatim..org MELAYU
    Rompak duit rakyat..org MELAYU
    Yang Kafirkan Melayu..org MELAYU

    Pemakan dedak dan walaun akan kata ini semua salah DAP.
    KAH KAH KAH!!!

    ReplyDelete
  27. Bila aku nampap jer hustad ker lebay ker aku takut..

    Aku mcm dah sah2 nampak pencuri..

    Pencuri2 lari lari!


    ReplyDelete
  28. Patut la tak nmpak muka ngko kat mesjid...lari ke tokong china rupanye...hihiho...jgn marah gurau aje..

    ReplyDelete
  29. Jahat betul DAP. Udahler IPP diorang jual ke negara China. Tanah TRX pun ada yg dijual kpd syarikat perkongsian negara China. Silap silap aset domestik pun ada yg DAP nk jual kpd entiti luar. Eh, betulkah saya sedang bercakap pasal DAP sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya aset domestik petronas

      Delete