Thursday, 26 May 2016

TEKA-TEKI HUDUD


Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.

Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.

Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.

Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang sendiri memohon menangguhkannya?

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.

Benarkah ia semata-mata sebab itu? 

Bukankah Hadi sepatutnya sudah bersedia dengan draf pembentangan dan hujah- hujah perbahasan sepanjang masa?

Dalam konteks UMNO dan kerajaan, mengapa tiba-tiba bersetuju dengan pembentangan usul berkenaan sedangkan ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk dibentang sebelum ini, bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali di Malaysia?

Mengapa sepantas itu UMNO tiba-tiba berubah?

Adakah kelulusan pembentangan ini bertujuan mengikat Pas untuk terus "kacau daun" bertanding dan menolak sebarang kompromi dengan PKR dalam  pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang?

Pas yang boleh dikatakan tiada harapan untuk mendapat undi bukan Melayu sekarang ini,  maka dengan kerjasama melalui usul hudud itu akan membolehkan Pas memperolehi lebih sokongan daripada blok undi Melayu yang pro pembangkang berbanding calon Pakatan Harapan yang turut bertanding.

Natijahnya, hanya blok undi Melayu pro pembangkang yang akan berpecah, manakala yang pro kerajaan  tetap tidak berubah dan terus terarah kepada BN.

Dengan sedikit sokongan pengundi bukan Melayu, maka kelebihan tentu saja akan memihak kepada BN  berbanding Pakatan Harapan. Calon Pakatan Harapan, walaupun mungkin mendapat lebih sokongan bukan Melayu, tetapi kemenangan mereka boleh dinafikan melalui undi Melayu yang lebih kecil dan berpecah dengan Pas.

Pas yang terpaksa berbahagi dua undi blok Melayu pro pembangkang dengan calon Pakatan Harapan, tetapi tidak mendapat sokongan bukan Melayu, hakikatnya tidak mungkin menang, baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, Pas mungkin boleh berpuas hati meskipun kalah kerana usul hudud mereka yang diberi pertimbangan oleh kerajaan sudah boleh dianggap sebagai kemenangan.

Dengan kebenaran yang diberi oleh kerajaan ini, sudah barang pasti kempen Pas di kedua-dua pilihanraya ini tidak lagi menyasarkan keburukan UMNO, isu 1MDB, wang RM2,600 juta dan hal-hal berkaitan Najib dalam kempen-kempennya.

Penangguhan usul sehingga Oktober juga tidak terkecuali bertujuan memberi ruang kepada UMNO yang dikelilingi oleh parti-parti kompenan dalam BN yang diketahui menolak hudud agar  tidak terlalu terbelenggu dengan isu tersebut dalam menghadapi dua pilihanraya yang dianggap penting untuk menguji sokongan rakyat terhadap Najib.

UMNO mungkin boleh melembutkan hati rakan-rakan komponennya bahawa yang diberikan mereka setakat ini hanyalah kebenaran kepada Pas dalam membentangkan usul, bukannya sokongan terbuka kepada hudud.

Persoalannya ialah apa pendirian UMNO dan BN selepas pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar atau ketika pengundian di Parlimen setelah usul dibentangkan Oktober nanti?

Atau lebih jauh, benarkah Najib dan UMNO benar-benar mahukan hudud dilaksanakan? (SH 26/05/2016).

50 comments:

  1. PAS perlu bethati2 dengan permainan umno. Banyak kali dah.....strategy umno ni sungguh jahat & licik.
    Tengok sajalah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menonjolkan RUU HUKUM SYARIAH/HUDUD ini akan mengalihkan pandangan rakyat dari isu penipuan wang 1MDB yg berbililion billion ringgit itu.

      Apakah RUU ini akan mampu bertindak keatas skandal rasuah, penipuan wang 1MDB, curi balak, pengubahan wang haram dll.

      Diharapkan ianya bukan gimik PRK SG BESAR & K.KANGSAR, PRU14 semata mata.

      Delete
    2. Kan dah brapa kali dah ckp hadi awang tu kapir laknatullah. Dis akan buat ape saje najib suroh

      Delete
  2. PAS perlu bethati2 dengan permainan umno. Banyak kali dah.....strategy umno ni sungguh jahat & licik.
    Tengok sajalah nanti.

    ReplyDelete
  3. PAS dan UMNO adalah syaitan2 anak IBLIS yang menganuti agama arab padang pasir aka agama terbenar sekali didunia! LOL

    ReplyDelete
  4. hudud pas tak lebih dari lagu raya..kerap dimainkan menjelang pemilihan parti dan pilihanraya. itu saja modal politik yang pemimpin pas ada untuk menipu rakyat.

    ReplyDelete
  5. Teka teki yg menguji ..keimanan kita tentang hudud .. apakah perlu andaian lagi

    ReplyDelete
  6. Pas sudah menjadi hampas,,banyak perkara yang merepek-merepek mereka lakukan akhir-akhir ini...membuat rakyat bingung dengan tindak-tanduk mereka terutama Presiden Parti mereka...!!!! Kacau

    ReplyDelete
  7. Yang teserlah sekadar kepanikan Najib dan PAS memang suka diperkudakan di mana sahaja dia berada.

    Wayang ini agak ok skripnya tetapi terlewat...bolehkah semua itu mengubah pandangan pengundi Melayu.

    PAS akan ok dan lebih baik tanpa Hadi, UMNO mampu menang tanpa Najib.
    Integriti Najib sudah tidak dapat diselamatkan, cuma Zahid akan dapat lebih advantagenya.
    PAS akan terus ditolak oleh pengundi cina dan MCA dilihat sebagai badot UMNO dan tidak myngkin dapat membantu BN untuk meraih undi.

    ReplyDelete
  8. hairannya penyokong umno/bn tetap utuh w/bagaimana jahat pun pemimpin mereka ....kalau begini bilakah malaysia akan berubah?

    ReplyDelete
  9. Dia 'datang'haid kot!

    Hari Jumaat ke tidak peduli apa....ini semua dah jadi ageda karut-marut.

    ReplyDelete
  10. yg penting umno tetap kukuh dibawah dato seri najib.walaupun tekanan yg berlaku dato seri najib tetap steady.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anom 6:58 tertinggal bas kot.

      UMNO sekarang diperkudakan Najib. Dengan kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah berleluasa...beliau tak ada jalan lain kecuali pertahankan kedudukan sekarang dengan menggunakan umno dan bn. Beliau cukup risau kalau terlepas kedudukan, beliau terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidup dalam penjara.

      Cuma sekarang org umno dan bn sebahagian besar dah sedar. Last resort adalah memporak perandakan pembangkang dan beri gula2 pada pas.

      Bak kata org tua biar yg menang jadi arang dan yg kalah jadi abu. Penyelamat sebenar malaysia adalah ahli umno sendiri bangkit jatuhkan najib. Kalau rakyat jatuhkan najib, bermakna berkuburlah umno selamanya kerana rakyat sudah tidak percaya langsung yang umno adalah tunggak penyelamat malaysia seperti di zaman Tun M dan sebelumnya.

      Delete
    2. Kukoh...Cuba perincikan makna kukoh...pau ditangguh... Jd Pak angguk memanglah kukoh pd Najib bukan umno

      Delete
  11. Kalau dah pas kata tk kpd bn dan umno apa maknanya Islam pun jadi dagangan politik

    ReplyDelete
  12. Kalau dah pas kata tk kpd bn dan umno apa maknanya Islam pun jadi dagangan politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam politik terdesak.... semua boleh berlaku.

      Delete
  13. Sekumpulan individu yang diketuai pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini tampil mendakwa kumpulan pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan tandatangan rakyat untuk mendapatkan jumlah yang banyak dalam tempoh singkat.


    Bagi menguatkan hujah tersebut, seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam pemalsuan itu turut diketengahkan.



    Lelaki yang dikenali sebagai Azharuddin Othman dan bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat.


    Azharuddin dalam pada itu turut membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan dan pengakuan beliau adalah benar.



    "Pada tarikh 27 April 2016, saya telah dihubungi oleh seorang yang bernama Ema yang lebih dikenali dengan nama 'Ratu Naga'. Saya kenal dia melalui seorang kawan dan pernah jumpa berdepan. Komunikasi saya melalui Whatsapp tersebut bukanlah kali pertama juga.



    "Sebelum ini dia (Ratu Naga) memang mengetahui saya mempunyai sejumlah besar (jutaan data base maklumat penduduk Malaysia yang boleh diceraikan berdasarkan beberap katogori berdasarkan keperluan).



    "Dia menawarkan RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta database dan beberapa penghantaran dibuat melalui emelnya ([email protected]/* */). Dia memaklumkan saya database itu untuk kegunaan bagi projek memorandum Deklarasi Rakyat ke DYMM Yang Dipertuan Agung," katanya sambil membacakan akuan berkenaan.



    Pemalsuan itu kata Azharuddin, terpaksa dilakukan untuk mencukupkan bilangan dalam tempoh masa yang singkat.



    Bagaimanapun kata Azharuddin, beliau dan rakan sepasukan tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan selepas menyelesaikan tugasan yang dikehendaki.



    "Namun setelah semua selesai saya hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini saya tidak mendapat baki bayaran seperti yang dijanjikan," katanya lagi.



    "Saya mengaku dan membuat akuan ini secara sedar dan bertanggungjawab," katanya sambil menunjukkan salinan 'print screen' perbualan Whatsapp dan penghantaran emel yang berkaitan.



    Dalam pada itu, Chegubard berkata, jumlah sebenar tandatangan hanyalah 300,000 sahaja.



    Justeru, beliau menggesa agar 'kartel' Dr Mahathir segera memberi maklum balas berhubung pendedahan penipuan tandatangan tersebut.



    Ujarnya, selepas melihat maklum balas daripada pihak yang berkenaan, pihaknya akan tampil dengan satu lagi siri pendedahan berhubung cara penipuan itu dilakukan.



    Menurut Chegubard, pendedahan Azharuddin turut berkait dengan 'warkah' daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana akhirnya menimbulkan kesedaran kepada anak muda itu.



    "Saya meminta mereka (Azharuddin dan pasukan) membuktikan mereka serius dengan mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lakukan semalam dan hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.



    "Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.



    "Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan," ujar Chegubard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku sikit pun tak percaya azharudin tu. dia sendiri pun tak beretika mperdagangkan data rakyat untuk wang...inikan pulak nak percaya akuan bersumpah bagai

      Delete
  14. Dalam parti UMNO : Yang Presidennya tu satu hal... Kita tengok pula ahli-ahlinya. Adakah sama dengan Presiden dia (2X5 = 5x2).

    Macam tu juga dalam Parti PAS : Yang Presidennya tu satu hal... Kita tengok pula ahli-ahlinya. Adakah sama dengan Presiden dia (2X5 = 5x2).

    Yang MEMBENTUK parti dan MELANTIK presiden dan jawatan-jawatan dalam parti adalah ahli-ahlinya. Ahli-ahli jangan dok cakap 'munafik', kata bukan salah kami.

    ReplyDelete
  15. Assalamuaikum,,

    Ketika pertama kali RUU Hudud Kelantan diusulkan ke Parlimen oleh Presiden PAS, RUU tersebut tidak mendapat tempat kerana masih banyak urusan kerajaan yang diberikan keutamaan untuk dibahaskan.Kemudian RUU itu tergantung kerana ada beberapa manusia yang lebih bijak membawanya ke mahkamah untk menghalang Presiden PAS dari membentangkan di Parlimen dan untuk sekian lama ianya tertangguh akhirnya hari ini RUU tersebut berjaya dibentangkan dan ditangguh ke persidangan Parlimen akan datang.



    Entah macam mana ada pulak ahli politik dari PAN dan DAP mempersoalkan keikhlasan pembentangan ini seolah olah ianya didorong oleh sebab politik.Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata tindakan kerajaan itu jelas menunjukkan RUU persendirian ini adalah lebih penting daripada urusan kerajaan yang lain.Urusan mana lagi kalau RUU Hudud sudah terlalu lama tertangguh?Itu yang kelakarnya.

    LGE pula menuduh ianya adalah kerjasama Umno dan PAS, menolak hubungan kerajaan dan pembangkang yang memungkinkan RUU tu dibentangkan tetapi melihat ianya sebagai kerjasama antara Umno dan PAS.Kepala kedua dua pemimpin PH ini hanyalah terisi dengan satu tanggapan ia itu kerjasama Umno PAS. semua perkara akan diarahkan kepada kerjasama ini tanpa perlu menghormati prinsip perjuangan PAS yang tak pernah berubah, ia itu membawa Islam sebagai carahidup untuk orang Islam.

    Khalid Samad enggan mengakuinya, apatah lagi LGE yang sejak awal lagi mahu orang Islam hidup secara liberal,akibatnya lahirlah bantahan kepada pembentangan RUU dengan alasan yang kelakar dan tidak logik.Kemudiannya diecho pula oleh penyokongnya dengan laungan kononnya pembentangan RUU itu disebabkan PRK yang akan diadakan, PAS akan guna sebagai bahan kempen sementara ianya dibahaskan di Parlimen dan berbagainya lagi.

    Apapun kita dengar dulu bahasan RUU ini nanti dan lihat kesudahannya nanti, siapa yang menyokong dan siapa yang menentang serta siapa yang berkecuali.Kita lihat nanti samaada RUU ini nanti diambil sebagai tanggungjawab ugama atau tanggungjawab parti.

    ReplyDelete
  16. Cuba nengok betul2 muka Hadi Awang ( maaf ye tak panggil dia Tok Guru pasal pada saya, tak layak di panggil tok guru ). Ada tak keikhlasan kat muka dia. Dia ni berpolitik bro. Jauh bezanya dia dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz ( layak pada saya ). Tak payahlah harap apa2 dari Hadi Awang ni. Yg pasti dia akan kena pusing oleh pemimpin Umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x5 dengan yang dulu pun.Hanya pemecah belah ummah.Kita patutnya menjunjung Al-Quran,bukannya tok guru.

      Delete
  17. Sebelum ini kedengaran puak PAN @ AMANAH mengatakan PAS telah ditipu oleh UMNO kerana tak dapat bentang RUU tersebut 2 kali. Habis media sosial mereka jaja bahawa PAS bodoh ditipu oleh UMNO. Bila PAS dapat bentang selain kapir DAP cuba menggagalkan RUU dibentangkan AMANAH @ PAN antara yang menyerang. Bila boleh dibentang dikatakan nak UG dengan UMNO. Sebenarnya apakah penyakit ada dalam hati mereka ini?

    Akhirnya ALlah tunjukkan tembelang sebenar siapa mereka ini. Mereka cuba gagal hudud yang dulu menjadi agenda darah daging nereka semasa dalam PAS.

    Oleh kerana nak jaga hati kapir DAP, mereka sanggup menjadi pengkhianat agama sendiri. Dulu mereka ini yang kecam UMNO dalam cerama diserata negara kononnya Islam apa UMNO tak mahu hudud, tapi sekarang mereka benar-benar mengantikan UMNO menjadi penghalang kepada hudud.

    Mujahid kata apa yang berlaku di Parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang tidak demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.

    Mujahid berkata malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan. Sedangkan Mujahid tak tahu bahawa penangguhan itu untuk memberikan masa yang lebih untuk perbahasan agar tidak ada yang berbangkit perkara ini dibuat pada hari akhir.

    Mujahid kata kenyataan bil persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi. Mujahid pun rasa saya terkeliru dalam kenyataannya sedangkan tak bentang pun RUU ini telah dimanipulasi.

    Mujahid mengatakan RUU ini dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini. Jikalau ini berlaku maka agama akan ‘dijual’ sekali lagi untuk ‘melariskan’ sokongan yang bakal diraih.

    Saya pun pelik adakah Mujahid tahu bahawa dah 3 kali RUU ini cuba dibentangkan di Parlimen. Adakah semuanya itu UNTUK DIJUAL??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dah laaa macai PAS....cukup sudah makan dedak...setakat bentang....tapi majoriti komponen BN tak sokong....termasuk UMNO...tak kemana jugak RUU tuh...ada paham???

      Delete
  18. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.


    "Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.

    Beliau menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian mereka.

    "Mereka kata akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian," katanya.

    Beliau mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.

    Beliau memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.

    "Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),” katanya di lobi Parlimen.

    Jika rang undang-undang itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

    ReplyDelete
  19. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berpendapat pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar bakal memberi kelebihan kepada parti Islam itu.

    Jelasnya, pandangannya itu dibuat berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta trend pengundi Cina kembali menyokong BN.

    Katanya, pertembungan dua penjuru antara PAS dan BN akan menyaksikan pengundi Cina berpihak kepada BN, manakala pengundi Melayu berpecah antara kedua-dua parti itu.

    Tambahnya, pertembungan dua penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan BN pula bakal menyaksikan situasi sama seperti PRU13 di mana majoriti pengundi Cina menyokong PH dan majoriti pengundi Melayu mengundi BN.

    “Kalau bertanding tiga penjuru, sejumlah pengundi Cina tidak akan pergi kepada Pakatan Harapan. Jadi peluang kita lebih besar kerana sokongan pengundi Melayu terhadap PAS sekarang lebih kurang sama dengan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program ceramah di Taman Melewar semalam.





    Menurut perangkaan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kawasan Parlimen Sungai Besar memiliki 67.18% pengundi Melayu, pengundi Cina (31%), pengundi India (1.91%) dan kaum lain (0.23%).

    Terdahulu, Zuhdi dalam ucapannya berkata, kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati parti itu hanya ketinggalan ratusan undi berbanding undi yang diraih BN di Sungai Besar.

    “Perubahan boleh berlaku jika kita kerja keras. Dengan sokongan pengundi Melayu dan sedikit lonjakan sokongan pengundi India, kita ada peluang,” katanya lagi.

    PRU13 yang lalu menyaksikan calon PAS, Mohamed Salleh M Husin tewas tipis kepada calon BN, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon dengan majoriti 399 undi.

    Sementara itu, Exco PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib dalam ucapannya mendakwa hasil tinjauannya mendapati sejumlah masyarakat Cina di Sungai Besar marah kepada DAP.

    “Mereka ini marah kepada DAP kerana menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat. Kita yakin mereka akan menyokong PAS nanti,” kata Adun Taman Templer itu lagi.

    ReplyDelete
  20. Di saat UMNO serta Pakatan Harapan (PH) berdepan isu dalaman masing-masing, PAS terus kukuh menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan.

    Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin.

    Tambahan katanya, “pemimpin-pemimpin bermasalah” sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu.





    “Orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat,” katanya merujuk sejumlah tokoh PAS yang tewas pada Pemilihan AJK PAS Pusat pada Jun 2015 bertindak keluar parti dan menubuhkan AMANAH.

    Beliau berkata, DAP juga mempunyai masalah sendiri, seperti peletakan jawatan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor pada Oktober tahun lalu serta usaha berterusan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu membawa usul mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

    “Parti lain (pula) bercempera. UMNO berpecah belah sehingga terpaksa pecat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. PRK juga begitu – surat dari jeriji besi ada yang kata sah, ada yang kata tidak sah. Berlaku perbezaan pendapat dan serang-menyerang,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin pada program ceramah perdana ‘Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar’ di markas PAS Taman Melewar malam tadi.

    Ini adalah ceramah perdana sulung PAS menjelang dua PRK itu pada 18 Jun ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan memberi ucapan, dibatalkan pada saat-saat akhir.

    Melaungkan sentimen sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, dengan masalah yang dihadapi UMNO dan PH, PAS bakal memainkan peranan penentu dalam politik negara.

    “UMNO dan (parti komponen) Pakatan Harapan berhadapan masalah, maka PAS bakal menjadi penentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    “PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pengukur yang akan mencorakkan PRU itu nanti. Sebab itu kita perlu memberikan komitmen terbaik, kerana kemenangan (PAS) akan mempengaruhi landskap politik negara,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Penyamun berpakat dgn sinaive pakai sedondon utk dapat keuntungan politik masing2. Yg herannya yg bawa usul simulut laser songsang dan Speaker cari makan yg tak pernah dalam sejarah beri muka kpd usul pembangkang tiba2 jadi baik.. Lebih heran bagi bawa usul tapi tak boleh bahas terus tutup... Huhu

    Penuh misteri alam terutama selepas Umno kata BN tak sokong Hudud.. PAS semasa tubuh blok ke3 dgn Ikatan pun setuju Hudud bukan keutamaaan lagi tggu masa sesuai lihat pada tahap Islamisasi rakyat sama pendirian PAN dan PKR yg berasaskan pendirian Qardawi.

    Walhasilnya ini adalah sandiwara politik menggunakan ugama.. Malangnya dinaive terperangkap nak kena patuk ular yg sama lubang yg sama..

    Strategic alliance? Strategi bunuh diri UG? Alih perhatian dari Swiss Dan Singapore AG atau duit tersalah bayar syarikat bogus BVI jadi durian runtuh kpd org muda2?

    Doakan pengundi SB Dan KK ajar cukup2 sandiwara mainan ini.

    ReplyDelete
  22. Tindakan PAS itu tepat..klau 22 tahun booeh bersabar..5 bulan adalah tempoh yang singkat..
    Hudud bukan soal menangvkalah PRK ..Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tunggulah nanti bulan 10....ada UMNO sokong??? setakat bentang je laaa....parti komponen BN tak sokong punya termasuk UMNO....sekutu blok ke3 ....IKATAN pun tak sokong...hahahaha

      Setakat bentang ambik nama je laaa...bangga geng-geng macai PAS Chai...

      Delete
    2. PAS cuma buat kerja agama. Menangvkalah ketentuan Allah. Kita lihat nsnti siapa MP Islam yg tolak RUU Hudud..
      Hudud PAS bukan politik
      Cuma DAP dan parti sealiran dgn DAP yg mempolitikkan nya

      Delete
    3. Tak usah cakap berpanjangan... sudah berpuluh tahun Nik Aziz & Hadi bermain dalang hudud. Mari membentang agenda dan berusul fiqh!!!

      Delete
  23. Mereka yg berpaling dari menyokong hudud kepada negara berkebajikan adalah umpama tentera berpanah di medan uhud.. Mungkin menjadi menyumbang jika RUU ditolak nanti....Moga2 mrk bukan golongan khawarij malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana yang perlu didahulukan??? kebajikan kah??? hudud kah?? tak dinafikan hudud perlu...tetapi kebajikan rakyat lebih penting....masih ada rakyat kelantan masih tinggal di dalam khemah selepas banjir besar lepas...

      Yusuf qardawi lebih menekankan kebajikan terlebih dahulu mengikut kepentingan...selesaikan dulu isu kebajikan rakyat yang masih tinggal dalam khemah..

      Isu balak di kelantan....selesaikan dulu....

      Delete
    2. US adalah contoh negara maju tapi masih berhadapan masalah kemiskinan sesetengah golongan rakyat
      Masalah kebajikan takkan pernah selesai sebagai alasan menentang hudud

      Delete
    3. rakyat US berjuta juta...rakyat kelantan hanya berapa saja
      itupun pas x mampu nak jaga kebajikan mereka

      Delete
    4. Trennganu lebih miskin. Kelnatan masih berdikari walaupon royalti minyak disekat. Penang maju tapi rakyat marhain masih terpibggir.
      Kebajikan rakyat adalah urusan pentadbiran
      Hudud adalah perintah Allah

      Delete
    5. "Awwaluddin marifatullah"... inilah perintah Allah. Maksudnya, yang awal dan terpenting sekali dalam bab ugama untuk seorang mukmin adalah supaya berikhtiar usaha demi mengenali Tuhan Yang Pencipta manusia dan alam semesta. Yakni, Ar-Rahmanir Rahiim. Dan supaya kenal diri sendiri, segala selok belok, baik dan buruk sifat2nya, insha Allahu wa Ta'ala

      Delete
  24. Isu 1MDB lebih besar bdg hudud yg nak diperkenal Kelantan saja, isu yg jadi global ni akan berada dlm pemikiran rakyat , dan akan diperturunkan dlm kertas undi nanti

    ReplyDelete
  25. Menolak BN itu betul..
    Menolak PAS adalah satu kesilapan besar pembangkang dan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS perosak hati dan minda Melayu ... islamist wahhabi telah membakar sedunia.

      Delete
    2. Menolak PAS adalah satu kesilapan besar pembangkang dan rakyat-Iblis.

      Delete
  26. haaa??? satu kesilapan?? adakah PAS itu agama?? adakah agama itu PAS??? PAS bukannya agama....agama bukannya PAS...PAS berhak ditolak...tidak seperti zaman TGNA dan Fadzil Noor...PAS masa itu memang sukar ditolak...

    PAS sekarang ramai yang dah tolak...menongkah arus...presideng asyik melabel orang ....barua....tolol...broker...anwarinas....balaci...dan macam-macam lagi....ponteng parlimen....inikah contoh pemimpin parti ISLAM???? akhlak mengalahkan orang kafir...tak layak memimpin parti islam....

    Itu sebab ramai yang menjauhi PAS....cermin diri...asyik menyalahkan orang...diri sendiri tak salah...berbeza di zaman TGNA dan Fadzil Noor...menolak PAS bukan satu kesilapan...memang sepatutnya...yang masih mengikut adalah golongan WALAUNTA kepada tuang presideng...rakyat sudah cerdik...tak bodoh...boleh menilai yang mana baik dan buruk...

    ReplyDelete
  27. MCA membantah tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan semula rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

    Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana intipati Akta 355 adalah garis pemisah antara syariah dan undang-undang sivil.

    "Nenek moyang kita mempunyai kebijaksanaan yang hebat dengan mengabadikan peraturan itu dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan dan maksud supaya masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup dengan aman.

    "Jika pindaan kepada akta ini dibenarkan, ia akan membuka kotak Pandora yang akan membawa kepada pencerobohan kepada sistem undang-undang sekarang, yang mana Perlembagaan Persekutuan berada di kedudukan tertinggi," katanya dalam satu kenyataan media.

    Ong berkata sebarang gangguan ke atas teras Perlembagaan Persekutuan tidak harus dibenarkan kerana prinsip-prinsip tersebut telah membawa keamanan dan kestabilan sejak zaman kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

    "Persoalan utama yang patut kita tanya ialah: mengapa kita mahu mengganggu keamanan dan kestabilan yang nenek moyang kita berusaha keras untuk capai demi negara yang tercinta ini," katanya.

    Kerajaan hari ini memberi keutamaan kepada rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 dan menjadualkannya untuk perbahasan di Dewan Rakyat awal petang ini.

    Walau bagaimanapun, Hadi meminta agar ia ditangguhkan ke sesi akan datang dan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersetuju dengannya.

    Cadangan untuk membawa usul Hadi ke hadapan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

    Pandikar sebelum ini membenarkan usul itu yang disenaraikan sebagai nombor '15' atau perkara terakhir dalam Kertas Perintah Parlimen walaupun mendapat bantahan daripada ahli parlimen DAP.


    Jika rang undang-undang hudud itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaannya di Kelantan.

    Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang untuk melaksanakan hudud tahun lalu dengan semua 44 ADUN mengundi menyokongnya.

    ReplyDelete
  28. Hadi Awang berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan Rang Undang-undang peribadi untuk meminta Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.

    Walau pun saya mengaku penganut islam, tapi saya masih curiga diatas kemampuan mahkamah syariah melaksanakan hukum hudud khasnya di Kelantan.

    Saya juga keliru, apakah mahkamah syariah melaksanakan pengadilan terhadap orang kena tuduh berasaskan hukum dari Alquran dan hadis atau bergantung pada hujah peguam pembela dan peguam pendakwa seperti yang dilakukan oleh mahkamah sicvil.

    Ketika usul itu telah diterima oleh speaker, ramai pemimpin PAS yang melompat dan meloncat gembira....Ada yang kata mereka segera melakukan wujud syukur dan mereka percaya orang melayu akan menyokong calon PAS dalam pilihanraya nanti kerana usul hudud sudah boleh dibahaskan.

    Pertanyaan saya, apakah hukum hudud itu nanti hanya mengikut orang miskin saja atau tanpa mengira kaya atau miskin....?

    Apakah kerajaan Negeri Kelantan akan menyiasat, menangkap serta mendakwa Dan jika didapati bersalah akan memotong tangan orang yang curi balak dalam negeri itu ?

    Apakah rasuah termasuk dalam kanun jenayah syariah...?

    Jika negeri Pahang tidak melaksanakan hukum hudud dalam negeri itu....maka Najib yang terlibat dengan amalan rasuah tidak boleh didakwa ?

    Jangan marah diatas pertanyaan saya seperti diatas....saya orang jahil, kerana itu saya tidak mahu orang PAS menjahilkan saya.

    Dalam pandangan saya, setengah dari pengamal undang-undang di Malaysia adalah pemakan dedak......ada dedak.....segala-galanya bisa diatur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:31, doakan kelantan berjaya melaksankan hudud. Sebarang kelemahan pelaksaan boleh diperbaiki. Yg penting skali RUU ini mesti disokong dahulu oleh MP Islam

      Delete
  29. Ini semua hanya persembahan "silap mata" yang dibuat oleh UMNO sambil dibantu oleh PAS (PAS membawa watak pembantu seksi yang menolong ahli silap mata iaitu UMNO dengan menghulurkan prop dan alatan silap mata). UMNO yang tidak mahu isu2 nasional seperti 1MDB dan GST menjadi bahan kempen PRK itu mempergunakan PAS yang sememangnya sudah berikrar untuk "tidak menyerang UMNO dan BN" semasa kempen PRK, dengan memberikan PAS apa yang PAS inginkan selama ini iaitu "cerita2 fiksyen yang bernama Hudud", yakni memindahkan perhatian rakyat kepada akta 355 yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan dalam Parlimen mahupun dalam minda rakyat ketika rakyat bergelut dengan korupsi pihak tertinggi kerajaan serta penganiayaan keatas rakyat dengan GST.

    Apa yang pasti, menolak Najib dan UMNO dari kerusi kerajaan serta usaha2 menekan kerajaan agar menghapuskan cukai GST adalah teramat penting, jauh lebih penting dari pindaan Akta 355 yang hanya akan menjadi penyedap cerita lebai2 dalam ceramah2 serta kempen2 kutip derma tin milo mereka. Faktanya, akta 355 tidak akan dapat mengubah nasib rakyat tetapi menolak Najib dan menghapuskan GST itu adalah satu kewajipan yang akan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Islam sediri menegaskan bahawa umatnya mendahulukan apa yang terlebih penting dari perkara2 yang kurang penting.

    Adakah akta 355 tu begitu penting bagi rakyat sehingga ianya perlu mendapat perhatian Parlimen melebihi dari korupsi kerajaan di peringkat tertinggi serta kezaliman yang sedang dialami oleh rakyat akibat GST? Jawabnya, akta 355 tu hanya penting bagi pimpinan PAS yang sedang mencari tongkat untuk bergantung apabila mereka sudah dilihat sebagai orang2 yang tidak layak memerintah ataupun memimpin. Malah kemungkinan besar pada bulan Oktober nanti akta ini akan ditenggelamkan oleh isu2 lain yang dicipta oleh Najib dan UMNO untuk mengalihkan perhatian dari 1MDB dan GST. Tak perlu kasyaf untuk menjangkakan apa yang UMNO bakal buat di bulan oktober nanti. Dan yang duduk ternganga, air liur meleleh dan muka sudah terkena telur tembelang adalah pak2 lebai yang tengah berangan2 bahawa kerja2 "sambil lewa" mereka akan mendatangkan kejayaan besar bagi Islam. Yeah, keep on dreaming, Pak2 Lebai Malang!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  30. Hudud dilulus habis orang UMNO dan PAS kena potong tangan, atau untuk orang rakyat biasa saja
    Hudud nak dijalan tapi pemimpin pemimpin perangai macam syatain berlakun alim

    ReplyDelete
  31. Kena potong tangan nanti nak kira duit byk tu sebelah tangan tak syoklah

    ReplyDelete