Friday, 27 May 2016

HABIS, APA YANG BOLEH?


Mula-mula soalan mengenai wang RM2,600 juta tak dibolehkan ditanya kepada Najib Razak kerana dikatakan ia subjudis.
Kemudian soalan mengenai wang RM42 juta daripada SRC International yang diterima Najib turut tak boleh ditanya, juga atas alasan yang sama - subjudis.
Rupa-rupa bertanya kenapa Jho Low tidak dipanggil mengadap PAC kepada Najib pun tak boleh kerana dikatakan bukan bidang kuasa eksekutif memberi maklum balas mengenai perkara itu.
Mula-mula alasan subjudis, kini hujah teknikal pula digunapakai untuk menghalang Najib daripada "berpeluh dingin"  menjawab soalan-soalan yang tidak mampu untuk dijawabnya.

Habis, kalau semua tidak boleh,  apa yang boleh ditanya kepada Najib di Parlimen?

Berbelanja sakan dengan wang tersebut boleh pulak?

Bukankah sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi jika benar-benar tiada sekelumit rasa bersalah dalam dirinya, Najib sepatutnya boleh bercakap apa saja dan memberi penjelasan apa jua pertanyaan yang ditujukan kepada dirinya? (SH 27/052016).

38 comments:

  1. Dgn jibon ni satu je yg boleh....BOLEH BLAH! Berambus dgn kadar segera,jgn lupa bawa semua pengampu bodek sekali ke...ke dlm!
    Takkan nak enjoy plak selepas satu dunia kena kelepet! Ke dlm la....lepas tu jawab apa yg telah anda tipu rakyat. Mudah,kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat mengharapkan penyamun 1MDB 2.6B, penyamun duit kwap, t.haji, penyamun balak, fgv dll dapat dihukum hududkan apabila RUU SYARIAH/HUDUD diluluskan pada bln oktober nanti.

      Delete
    2. Fatwa baru akan dikeluarkan....bisukan mulut itu lebih afdal.

      Delete
  2. PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar nanti pun BN jangan bertanding sebab subjudis

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kes fitnah ini semata-mata ingin nenjatuhkan dato seri Najib. Jika benar pihak berkuasa dh ambil tindakan.tetapi siasatan dh ditutup krrana tiada kes utk disabit.-Dato pandikar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah lagi...Najib kan dah mengaku duit screen masuk ke akaun dia tp tak tau siapa punya kerja...fitnah apanya... Knp tak dipulangkan balik...

      .

      Delete
    2. Masuk mahkamah dulu baru jadi subjudis..

      Fitnah apa cerita... satu bank dah diarah tutup di Singapura berkait dgn 1MdB...

      Kalau dah pemakan dedak... dosa pahala pon dah lupa.

      Delete
    3. bodoh punya pandikar.kaki dedak.

      Delete
    4. Mahkamahlah tempat yang paling TEPAT untuk membuktikan benar atau salah. Hanya mahkamah tempat terbaik untuk dipertimbangkan segala bukti, saksi dan diputuskan dengan adil. Tapi ini telah cuba DIELAKKAN dan DINAFIKAN.

      Jalan terakhir ialah melalui PRU 14 dan solat hajat agar Allah memberi petunjuk dengan dibuka satu persatu kejahatan yang tersembunyi. Tiada kuasa di dunia ini yang boleh menghalang KUASA Allah melainkan orang yang tak percayakan Allah.

      Allah maha mengetahui dan kamu tidak boleh lari dari pandanganNya. Maka MALULAH kamu akan perbuatan kamu yang bermunafik di hadapanNya.

      Delete
  4. Bukan salah ibu mengandung
    Pegang amanah berlaku serong
    Kiri kanan tak dapat bendung
    Penyelamat datang berbondong bondong

    Tak boleh sebut semua subjudis
    Rakyat seboleh janganlah tahu
    Nanah meleleh ternampak kudis
    Tersiat pekong sudah berbau

    Demi Malaysia tanah tercinta
    Apalah Malang apalah dosa
    Negara sejahtera kini dinista
    Oleh perbuatan sang penguasa..


    ReplyDelete
  5. Budin,
    Kedua dua orang ini nak cover Najib punya mungkar penyelewengan dah nampak macam sibodoh dan sibangang ,si Azlina yang lulusan law dah macam tak lulus SPM. Subjustics dan subjudis apa kebenda ,AG bidang terjun kata takada kes kemudian henti siasiatan jadi pasal apa rakyat tak boleh tanya dalam parlimen pula tu.

    Auditor General dalam laporan suruh teruskan siasiatan termasuk laporan PAC tapi sehingga sekarang nampak macam tiada agensi berkuasa yang berani sambong siasiatan jadi mana ada subjustics dan subjudis.

    Kemudian Azlina tomboy tolong nyatakan la mana satu makamah dimalaysia ini yang sedang menjalankan perbicaraan kes 1MDB dan SRC kalau tak ada mana ada subjustics dan subjudis , Ya kalau ada pun cuma siasiatan dan perbicaran yang dijalankan dinegara yang manteliti pemerintahan nya bertaraf maju serta AMANAH yang tinggi walaupun negara kafir tapi nilai etikanya bermutu islam berbanding kita yang gelar islam dan penduduknya islam tapi etika dan AMANAH macam bukan islam dan memalukan agama islam pendek kata macam kufar la.

    Jadi tolong la Azlina dan pandikar jangan la buat rakyat ini macam orang orang bahalol mudah nak tipu dan perbodoh kamu dua orang dah jadi bahalol kerana najib jadi biar la setakat itu sahaja .

    ReplyDelete
  6. Allah akn bls semua perbuatan khianat mereka.kebenaran tiada dlm istilah pemimpin durjana dan jijik negara integriti ajensi penguatkuasan telah hilang sama sekali.sya tau allah mendengar rintihan rakyat yg ditindas cuma cpat atau lambat saja.allah penguasa segala alam akan turunkan satu bala yg amat dahsyat kepada semua dajjal yg sokong mati matian kepada king dajal.waktu anda hampir dkat rasa lah api neraka utk manusia spesies jijik ni.

    ReplyDelete
  7. Dia nak simpan semua jawapan utk d jawab kat malaikat dlm kubur nanti.

    ReplyDelete
  8. Terkini olih sarawak report. KBAB serta pegawai polis yang lain bersama isteri isteri di Rome. Siapa bayar penerbangan bini depa dan makan minum di hotel 5 bintang tu?

    ReplyDelete
  9. pandikar mustar lebih wibawa
    ajar silat sibujang lapok
    dua dua sudah sendawa
    jawatan dapat dedak berkepuk

    ambil jawatan mengangkat sumpah
    maruah negara dijaga rapi
    namun dibuang seperti sampah
    kebenaran sanggup ditolak tepi

    apa daya kuasa ditangan
    sepatutnya tidak salah gunakan
    rakyat kerja berkotor lengan
    harta negara dia habiskan..

    ReplyDelete
  10. jumaat ni mari kita byk2 berdoa moga2 termakbul doa bg rakyat yg teraniaya.

    ReplyDelete
  11. Salam En Shahbuddin.
    Blog-blog pro-umno sibuk dengan pendedahan 5 orang
    pemuda terlibat dalam bidang IT, diberikan lesen
    mengumpul data pengundi pilihanraya sudah menjual data-data terkumpul itu, konon kepada Deklarasi Rakyat. Pemuda-pemuda ini siap membuat akauan bersumpah.
    Mereka juga dengan bangganya mengaku dalam video yang sekarang viral di blog-blog pro-umno. Saya tidak mahu tahu, betul ke tidak dakwaan mereka ini. Yang saya nak tahu ialah;
    * Bukankah satu keslahan jenayah menyalahgunakan data
    peribadi tanpa kebenaran....???

    * Mengapa SKMM tidak mengabil tindakan ke atas mereka...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cerita terdesak nak tutup malu.
      Macam kes justo dan pak arab yang mengaku derma. Ending cerita tetap hampeh..

      Delete
    2. Tujuan mereka adalah untuk perang saraf bagi melemahkan penentang najib. Tidak dinafikan ada yang tandatangan bukan yang sebenarnya bagi keselamatan mereka tapi bagi saya BUKAN dilakukan oleh pihak tun dengan niat memalsukan tandatangan bagi memperbanyakkan sokongan

      Delete
    3. BETUL ke ada DATA pribadi pilihanraya terkumpul di tangan pemuda-pemuda IT tu........?????
      Dan kalau betul, b olehkah dia jual data peribadi tu, bukankah ini dianggap kesalahan jenayah....?
      Tindakan patut diambil ke atas mereka kerana menyalahgunakan data itu.

      Delete
    4. Biarkan saja blog atau portal pro UMNO mainkan isu tandatangan itu, lagi pun Ratu Naga akan buat sidang akhbar penjelasan petang ini.

      Mereka sebenarnya sedang cuba alihkan daripada isu 1MDB yang mula terbongkar satu persatu sekarang ini. Surat Bank Negara mengenai siapa pemilik Good Star juga sudah terdedah.

      Delete
    5. Yang saya pelik ada muka cikgu bard sikucing kurap (kata Tun)sebelah budah berhigus data base tu,apa adakah geng Azizah dan otai reformasi Anuar dah mula berkerjasama dgn Najib dan barua barua nya.

      Delete
    6. Cikgu bard tu berharap Najib dapat kelaurkan Anwar dari Sg.Buluh, tu yang duduk menyibuk kat PC tu. Dia tak belajar daripada pengalaman Tengku Razali, diKO terus lepas buat deklarasi sokong Najib. Elok-elok orang respect dia dan harap dia boleh amik tempat Najib KALAU dapat turunkan Najib, sekarang, takda sapa pedulikan dia lagi. Bagus juga kalau otai reformasi kena KO macam Tengku Razali ni. HEHEHE......

      Delete
    7. Subjudice? ... He's guilty as Hellfire, and the Prejudice Macais too.

      Delete
    8. rkyat xsebodoh tu, admin2 DR dh pun sedia tahu risiko, impak dan lgkah mengatasinya sblm lancarkan DR ni. tak kan kita tak kenal cara Tun berfikir dan bertindak, tajam menyengat dn melampaui masa,Tun sendiri dh umumkan sebelum ini lg yg ad tandatangan yg dikeluarkan atas sbb keraguan kesahannya. pro ah jib baru nk kalut buat akuan sumpah? lembab dan ketinggalan masa la. standard otak menteri kabinet skrg la jgk. bodoh dan bangang!

      Delete
  12. Assalamualaikum,,,

    Satu soalan kepada semua, Hudud tu hak siapa? Yang rajin baca dan hayati makna Al Quran akan sentiasa mendengar ayat yang berbunyi dan bermaksud "Hudud itu dari ALLAH", kalau tak silap ada 14 kali ianya disebut dalam Al Quran.


    Sementara tafsirnya pula secara lurusnya bermakna Hudud itu sebenarnya perintah yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan harian umat Islam dan tanggungjawab melaksanakan terletak kepada pihak yang dipilih untuk memerintah.Bagi yang mendalami tafsir pasti akan faham makna sebenarnya Hudud dan kepentingannya dalam kehidupan umat Islam.Islam itu umpama beteri atau ubat lampu yang diperlukan untuk menyalakan sebiji lampu picit yang digunakan untuk menerangi jalan.Setiap komponen dalam ajaran Islam boleh diibaratkan sebiji beteri dan Hudud merupakan salah satu komponennya atau sebiji beteri yang diperlukan untuk menyalakan lampu picit kehidupan.Kalau komponen atau sebiji beteri ini dicabut dari lampu picit tersebut maka tidak akan menyalalah lampu picit tersebut dan jalan yang disuluh akan jadi gelap gelita.Demikain pentingnya Hudud yang mahu dilaksanakan di salah satu negeri di Malaysia yang diperintah oleh parti Islam sekalipun banyak ranjau dan duri terpaksa ditempuh.Tapi dengan penuh keyakinan bahawa Hudud itu dari ALLAH, usaha untuk melaksanakannya diteruskan walaupun segelintir umat Islam termasuk dari kumpulan manusia yang pernah menganggotai parti Islam sendiri semakin menyerlahkan diri menentang usaha ini.

    Manusia manusia sebegini mahu menunjukkan pandai, biarkan mereka sebab manusia itu sendiri pandai kerana diajar oleh ALLAH, manusia yang perasan pandai ini tidak akan mampu menentukan bagaimana mereka akan mati, bagaimana mengkebumikan diri mereka sendiri dan tidak akan pernah akan mampu untuk menentukan di mana mereka mahu mati.Jadi apa nak diherankan sangat.

    Ada di antara mereka mungkin memiliki ilmu yang cukup untuk mengetaethui kedudukan Hudud tetapi kerana sesuatu kepentingan mereka buat buat tak tahu dan buat buat selamba memperlekehkan usaha melaksanakan Hudud samaada sedar atau tidak yang tindakan mereka ini sebenanya turut memperlekehkan perintah ALLAH.

    Kalau sebelum RUU dibentang, bukan main lantang lagi mereka mendakwa PAS dipermainkan, ditipu Umno tetapi selepas dibentang, nada dakwaannya berubah kepada kerjasama PAS Umno dan pembentangan ini bertujuan meraih undi di PRK yang akan diadakan.Kemudian berdegar degar dakwaan PAS minta tolong Umno bukan ALLAH agar RUU ini dapat dibentang.

    Tapi yang menariknya yang mencadangkan agar RUU dipercepatkan ialah seorang menteri wanita Umno yang tak pakai tudungpun tapi yang memperlekehkannya pula seorang MP wanita bekas ahli PAS yang bertudung penuh.Timbul persoalan di mana rasa takutkan ALLAH ketika mempersoalkan RUU ini.Hanya kerana geram dan marah kepada kemungkinan kerjasama PAS Umno yang hanya satu hearsay, dia sanggup memperlekehkan Hudud tanpa sedar atau dengan sedar, dia sahaja yang tahu, tetapi yang jelas dia yang bertaraf doktor pala sapah pasti tahu bahawa Hudud itu dari ALLAH, bukan dari Presiden PAS.

    Begitu juga amalan TGHH yang memohon pertolongan ALLAH menerusi solat sunat dan doa munajatnya tidak dipandang oleh golongan manusia ini, sebaliknya kecerdikan mereka membuatkan mereka percaya TGHH dan PAS meminta pertolongan Umno.Malangnya golongan manusia sebegini dan kehadiran mereka menyebabkan kerugian besar bagi umat Islam yang bercita cita kembali kepada carahidup Islam.

    ReplyDelete
  13. Ini undang-undang nak kasi semua rakyat "mampus" ....!!!!

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah Puji dan Syukur kepada Ilahi atas kejayaan Presiden PAS membawa usul Persendirian bagi menaik Taraf Mahkamah Syariah dengan Akta 355 di Parlimen.

    Kegembiraan terpancar di setiap wajah setiap muslim yang mukmin.
    Secara peribadi saya tidak pernah lihat Presiden gembira sebagaimana hari ini. Kami semua berkongsi kegembiraan dengan beliau

    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Timbalan Presiden PAS
    26hb Mei 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dgn adanya hukum hudud ini dapatlah membenteras rasuah dan pecah amanah. Bukankah kedua2 kesalahan ini termasuk dalam hukum Allah??

      Juga apakah hukumnya melepaskan seseorang yg disyaki melakukan kedua2 kesalahan di atas tapi dilepaskan tanpa perbicaraan yg adil dan telus utk mendapatkan kebenaran sebagaimana yg dituntut oleh hukum Allah...???

      Delete
  15. Dekat dunia peluh dingin saja besok diakhirat depan allah peluh apa pula termasuklah org yg mempertahankannya

    ReplyDelete
  16. Dekat dunia peluh dingin saja besok diakhirat depan allah peluh apa pula termasuklah org yg mempertahankannya

    ReplyDelete
  17. hanya boleh tanya sudah makan belum

    ReplyDelete
  18. tak boleh tanya-tanya, matipun tak usah di tanya

    ReplyDelete
  19. tak mau di tanya bagi saja uangnya ke rakyat

    ReplyDelete
  20. Rakyat Malaysia masih lg boleh relak broader broader relak sambil makan cucur kodok sambil tengok drama berita tv3 suku setiap hari. Melayu akan layu Dan kering Dan reput jadi tanah hitam saja la. Selagi Ada yg undi umno sampai kiamat melayu jadi miskin hina di negara sendiri. Hanya DOA Dan pertolongan tuhan yg dpt menolong kita semua. Aaminnn

    ReplyDelete