Monday, 11 April 2016

MAHKAMAH BATAL SAMAN DEEPAK

Syukur kepada Tuhan....

Mahkamah Tinggi pada pagi Isnin membuat keputusan membatalkan saman berjumlah RM1.1 bilion oleh ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan terhadap Sabbaruddin Chik dan saya berhubung penerbitan buku "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik" yang diterbitkan pada Mac 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman, Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu berikutan ketidakhadiran Deepak tanpa memberikan sebarang alasan kepada mahkamah.

Dalam perbicaraan sebelum ini yang ditetapkan pada Disember 2015 lalu, Deepak juga tidak hadir, tetapi dengan mengemukakan sijil hospital yang mengesahkan beliau dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan.

Dengan batalnya saman tersebut, bukan saja kes yang  berlarutan sejak setahun lalu itu dikira sudah berakhir, tetapi juga membolehkan buku yang dilarang penjualannya berikutan saman itu akan dapat dijual semula di pasaran terbuka.

Di kesempatan ini, Sabbaruddin Chik yang merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, rakan, saudara mara dan sesiapa jua  yang kami temui yang sentiasa memberi kata-kata semangat, doa dan pengharapan baik berhubung saman tersebut.

Juga terima kasih kepada peguam Adnan Seman yang telah menjalankan kerjanya dengan baik dan tidak ketinggalan juga kepada saksi, bekas Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Mangsor Saad dan saksi yang disapina, Naib Presiden Bank Rakyat, Abdul Razak Abu Bakar yang sudah sedia melapangkan masa untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari sehingga Rabu ini.

Terima kasih yang khusus juga daripada saya kepada semua dan saya akan terus menulis lagi dan lagi,  sama ada dalam blog ini atau pun buku-buku yang bakal diterbitkan nanti. (SH 11/04/2016).
Dari kiri - Zamri Mohamed, Mangsor Saad, Shahbudin Husin, Adnan Seman, Sabbaruddin Chik dan Abdul Razak Abu Bakar.

Sabbaruddin, Shahbudin dan Adnan ketika di luar mahkamah.

Dengan batalnya saman tersebut, bermakna buku ini akan berada di pasaran semula dalam sehari dua ini. 

35 comments:

  1. Brawo shah.
    Teruskan menulis dan bongkar segala penyelewengan.

    ReplyDelete
  2. Bro Shah...alhamdulillah...teruskan lagi perjuangan yg belum selesai ini...

    ReplyDelete
  3. Tahniah saudara Shahbudin... Allah bersama orang yang benar...

    ReplyDelete
  4. Budin,
    Saya harap anda terus menulis terutama melibatkan penyelewengan pemimpin pemimpin politik terhadap kepentingan rakyat dan negara kita akan sentiasa sokong.

    ReplyDelete
  5. Budin,
    Saya harap anda terus menulis terutama melibatkan penyelewengan pemimpin pemimpin politik terhadap kepentingan rakyat dan negara kita akan sentiasa sokong.

    ReplyDelete
  6. Aku nak beli...dapat publisiti free ko budin...

    ReplyDelete
  7. Steady lah, Din, congrats! Si Malaun nie cam kawan dia le jugak seekor lanun yang kononnya nothing2hide. Patut kena bayar kos. Anyway, keep it up & GOD bless (kipidap, perkataan tengah hot kat M'sia)!

    ReplyDelete
  8. Tahniah..kasi londeh sama diorang jgn tinggal seurat benang pon.

    ReplyDelete
  9. Tahniah shah teruskan bongkar kemugkaran yg berleluasa dimalaysia ni samaada pemimpin atau siapa saja benar tetap benar

    ReplyDelete
  10. Tahniah shah teruskan bongkar kemugkaran yg berleluasa dimalaysia ni samaada pemimpin atau siapa saja benar tetap benar

    ReplyDelete
  11. Syabas sheikh! Your canon is true. May Allah bless you.

    https://youtu.be/dNTTS28nQU8

    ReplyDelete
  12. Tahniah Bro Shah..... brpe hrga buku....mcm mana nk beli secara online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakluman nak order buku nanti saya letakkan dalam blog, tunggu sedikit masa lagi.

      Delete
  13. Ada satu nama Shah, berani lawan mungkar siasah, pemimpin korup dia belasah, rakyat menyokong janganlah gundah..

    Ada satu nama Shah, penuh bukti fakta yang sah, menentang kemungkaran dia tak resah, dilindungi Allah selalu, insyallah..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah kebenaran akhirnya akan terbongkar jua..yang hak akan menang yang batil akan kecundang itulah sunatullah Hukum Dari Ilahi.Teruskan perjuangan saudara Shah,moga saudara diberi kekuatan,kesabaran & kesihatan dari Allah untuk terus menulis tentang salah guna kuasa pemimpin sama ada melibatkan Kerajaan ataupun Pembangkang.KHAZANAH DALAM NEGARA MALAYSIA NI WAJIB DIURUS OLEH PEMIMPIN YG AMANAH PADA RAKYAT & NEGARA DAN TAKUT DENGAN BALASAN DARI ALLAH TAALA. HARTA NEGARA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PEMIMPIN.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah kebenaran akhirnya akan terbongkar jua..yang hak akan menang yang batil akan kecundang itulah sunatullah Hukum Dari Ilahi.Teruskan perjuangan saudara Shah,moga saudara diberi kekuatan,kesabaran & kesihatan dari Allah untuk terus menulis tentang salah guna kuasa pemimpin sama ada melibatkan Kerajaan ataupun Pembangkang.KHAZANAH DALAM NEGARA MALAYSIA NI WAJIB DIURUS OLEH PEMIMPIN YG AMANAH PADA RAKYAT & NEGARA DAN TAKUT DENGAN BALASAN DARI ALLAH TAALA. HARTA NEGARA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PEMIMPIN.

    ReplyDelete
  16. Datuk Sabar ni pernah tengking saya apabila gagal menemui packet honey d buffet line satu ketika dulu. Waktu tu dia maseh menteri.
    Tapi saya teringin nak baca buku ni.
    Insha Allah nanti kita cari.
    Tahniah bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin semasa berkuasa dan tengah sihat begitu lah perangai mereka.lihat rakyat kebanyakan ni macam sampah.tap bila masa nak pilihanraya sanggup melutut,peluk dan cium minta sokongan.
      ini membuatkan rakyat meluat dgn pemimpin.

      ini hanya salah satu dari cerita mengenai pemimpin kita..

      Delete
  17. Datuk Sabar ni pernah tengking saya apabila gagal menemui packet honey d buffet line satu ketika dulu. Waktu tu dia maseh menteri.
    Tapi saya teringin nak baca buku ni.
    Insha Allah nanti kita cari.
    Tahniah bro.

    ReplyDelete
  18. Tuan Shah beri lah secara percuma !

    Tetapi hanya kepada SPRM dan KPN sahaja.

    ReplyDelete
  19. Tahniah Bro Shah teruskan membongkar kemungkaran. satu je saya nak komen kenapa kat ruangan members ada gambar bogel dulu gambar tu selalu ada kat blog sakmangkol AK 47
    tapi skrg dah pindah kat blog bro tolong delete TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, terima kasih. Saya tak perasan, nanti saya delete.

      Delete
  20. Tahniah Bro Shah teruskan membongkar kemungkaran. satu je saya nak komen kenapa kat ruangan members ada gambar bogel dulu gambar tu selalu ada kat blog sakmangkol AK 47
    tapi skrg dah pindah kat blog bro tolong delete TQ

    ReplyDelete
  21. Great job my friend. You are an icon now, because of the good deeds you are ding for the country. Congrats and keep on fighting.

    ReplyDelete
  22. Tahniah..teruskan desakan

    ReplyDelete
  23. Tahniah. Jom sambung kerja yg belum selesai ni pulak. Aku rasa yg ni pun tak lama dah... Hari demi hari kebenaran makin menyerlah...

    ReplyDelete
  24. Tahniah Sdra Shah...Allah sentiasa menolong makhluknya yang selalu berpaut dan berpesan dgn Kebenaran. Berani kerana Benar...Mudahkan. Tapi kalau dah selalu berbuat salah dan merasa bersalah...jiwapun kacau dan resah sebijik macam si Anu tu...He..he...he...tau siapa kan...!!!

    ReplyDelete
  25. Syabas Shahbudin serta Sabaruddin sebab sah-sah sabar sehingga selesai. Suka saya segalanya sudah settle. Sekian sahaja salam sejahtera.

    ReplyDelete
  26. Tahniah tuan shah.besok tuan akn sibuk lgi dgn berita terkini dari abu dhabi panasss..

    ReplyDelete
  27. Deepak pinjam Bank Rakyat berniaga karpet dapat juta-juta.
    Bumiputera nak pinjam Bank Rakyat berniaga kecil-kecilan dapat nista-nista.
    Mamak didahulukan Bumiputera dianaktirikan.
    Kemudian beri dividen pada pemegang saham lewat, bulan Mac.
    Haramjadah betul Bank Rakyat ni.

    ReplyDelete
  28. Tahniah..tahniah.Sekarang bolih tumpu lebih hebat lagi untuk 1MDB..panasnya dah melebihi el nino.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum warahmatullah,

    Tahniah tuan Shah dan juga Dato Sabarudin. Teruskan menulis, saya menunggu buku baru tuan. Ini saya bagi cadangan beberapa tajuk:

    1. Skandal Wan Em Di Bi - dari PAC ke SPRM ke Parlimen ke Penjara

    2. Deklarasi vs Deklarasi

    3. Buku Sejarah Malaysia - Terbitan Tahun 2041

    ReplyDelete
  30. Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.


    Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.
    "Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian'. Mana yang ‘peace loving'nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan'. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.

    "Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan," katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get "Satan" Zakir Naik out of this country!'.

    Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

    Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

    "Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

    "Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah," katanya.

    Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.

    "Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?

    "Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai "Satan" dan kemudian edit status anda?

    "Baling batu sembunyi tangan... Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?," soalnya. - Ismaweb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana taiko2 umno,pas..?ape lg tnggu..dkt tv3,utusan bkn main lagi tunjuk hero..menentang tun m kalau mati bole jd syahid..melayu dgn melayu masing2 tunjuk taring..dgn yg ini snyap langsung..? Ppuuuiihh!!

      Delete