Monday, 11 April 2016

ANTARA SIRUL DAN SHAHROL


Dalam kes pembunuhan Altantuya, nama yang paling disebut ramai sehingga kini ialah Sirul Azhar Omar. Walaupun beliau disabitkan bersama Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia itu, tindakannya melarikan diri ke Australia telah menyebabkan namanya lebih popular berbanding rakannya itu.

Dengan tujuan asal melarikan diri ke Austalia semata-mata untuk mengelak hukuman mati keatasnya, Sirul dengan tidak semena-mena telah menjadi rebutan antara kumpulan Najib dan mereka yang mahu menjatuhkannya bdrikutan tindakannya itu.

Dilindungi oleh kekangan undang-undang Australia yang menolak sebarang hukuman mati, pengakuan Sirul mengenai pembunuhan Altantuya dan siapa yang mengarahkannya amat dinanti-nantikan serta tidak dinafikan boleh membuka ruang kepada penyiasatan semula kes itu dan seterusnya menjadi ancaman kepada masa depan politik Najib.

Bagaimanapun, oleh kerana Sirul masih berteka-teki, di sebalik difahamkan sudah ramai yang menemui dan bercakap melalui telefon dengannya, kedudukannya terus menarik perhatian ramai, sekurang-kurangnya selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri.
Dalam kes 1MDB yang baru saja PAC membentangkan laporannya di Parlimen, satu nama yang hampir sama sebutannya dengan Sirul iaitu Shahrol tiba-tiba menjadi bualan ramai.

Beliau yang nama penuhnya ialah Shahrol Azrai Ibrahim Halmi adalah bekas CEO 1MDB yang dicadangkan oleh PAC untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan atas beberapa kelemahan dalam syarikat itu, terutama dalam beberapa keputusan yang membelakangkan Lembaga Pengarahnya.

Najib yang menubuhkan 1MDB, menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, hadir menyaksikan pelbagai perjanjian perniagaan dan tandatangannya wajib diturunkan sebelum perniagaan dimuktamadkan, lalu ramai yang mempersoalkan wajarkah  hanya Shahrol dipersalahkan apabila syarikat itu bermasalah?

Di mata ramai juga seolah-olah Shahrul adalah satu-satunya "kambing hitam"  dalam kemelut 1MDB yang menjadikan nama Najib bukan saja bahan perbualan ramai dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia.

Selain mengatakan tidak ada perkara salah yang dilakukannya ketika mengetuai 1MDB, keperluan tandatangan Najib sepertimana yang tertulis dalam Artikel 117 M & A syarikat pelaburan itu bukanlah juga suatu rahsia lagi.

Oleh, kebingungan ramai mengapa hanya Shahrol yang dipersalahkan tidak disangsikan memang ada asasnya.
Tetapi yang ditunggu berikutan cadangan PAC itu, jika Shahrol Azral disiasat nanti, apakah beliau akan berkata benar dan mendedahkan segala-galanya atau lebih rela menjadi korban untuk menyelamatkan pihak lain?

Penangkapan, penyiasatan dan seterusnya pendakwaan Shahrol Azral di mahkamah tentu saja boleh menjadi sesuatu yang memeningkan lagi kepala Najib, setelah kemelut 1MDB selama ini sudah cukup mencalar-balarkan namanya di mata umum sebagai anak Tun Razak yang disanjung ramai.

Untuk itu, mungkinkah, sama seperti dua pengarah SRC International, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Arif Kamil yang sebelum ini melarikan diri ke luar negara, Shahrol Azral juga nanti tiba-tiba didapati tidak dapat dikesan lagi daripada negara ini?

Akhirnya, sudahlah sebutan nama hampir sama, apakah nasib Sirul dan Shahrol juga jadi tidak banyak berbeza dengan menjadikan perkelanaan ke luar negara sebagai pilihan kerana talian hayat Najib banyak terletak pada kedua-duanya? (SH 11/04/2016).

33 comments:

  1. Bukan saja sirul dan shahrol je penting, ...hadi dan haron jauh lebih penting untuk survival politik najib. Tak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita boleh adakan skrip liwat 3 lepas nie..
      Saiful bukhari dh kahwin jd susah untuk kita panggil dia acting..

      Delete
    2. Shahrol akan ditamatkan riwayatnya dalam penjara. Begitu juga Sirul. Tunggu lah...

      Delete
  2. Sebutan nama Shahbudin pun hampir sama dengan Shahrol dan Sirul semuanya sebab si Semah yang sewel, suka sibuk, suka shopping dan syok sendiri sama itu Pee M samdol.

    ReplyDelete
  3. semakin huru hara negara sejak pentadbiran piyem ini.memalukan nama negara yg telah dijaga selama ini.apakah kewajaran bagi pentadbiran sekarang ini untuk terus menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu dapat memperbodohkan semua orang berapa kali; ataupun memperbodohkan berapa orang tiap-tiap kali. Taping kamu tak akan boleh memperbodohkan semua orang sepanjang masa.
      -Abraham Lincoln

      Delete
    2. Anda boleh memperbodohkan karabau kota belud sepanjang masa, karana karabau di sana dapat rumput kering pon dah happy.

      Delete
    3. Anon 09.14
      Cam mana tak huru hara ni kan Animal Planet.

      Delete
  4. Sebaiknya Shahrol dan yang lain-lain yang rasa-rasa tak selamat bersedia lah untuk lari ke Australia, negara kapir.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg salah berlindung dinegara kafir sekiranya lebih selamat?..sedangkan Nabi SAW pun meminta sahabat2 berhijrah ke bumi Habsyah yg masa itu pun raja dia seorang Kafir...

      Delete
    2. Betul tu. Tak salah melarikan diri ke Negara Kafir. Hanya tujuannya dipersoal. Semua yang lari dari persengketaan kabilah di Timur Tengah juga melarikan diri ke Negara Kafir di Barat. Pelik, mengapa tidak ada siapa yang mahu lari ke Arab Saudi?

      Delete
    3. Arab Saudi tu lg teruk dri negara kafir. Pancung suka hati, diskriminasi perempuan. Tak pernah trfkir knp Nabi diturunkn disana? Org malaysia trlalu memandang tinggi sgt Arab Saudi tu. Padahal org arab sendri xmahu blik ke negara mereka.

      Delete
    4. Nabi saw dan sahabat menyelamatkan diri dari dari siapa?

      Sekarang 2016..., memang betul cakap Anon negara kapir lebih selamat.

      Delete
    5. Tak ada satu pon pelarian Syria nak datang malaysia atau negara islam lain. Semua pergi negara kafir, kerana mereka lebih selamat di sana.

      Delete
    6. Duduk dlm negara Islam pun belum tentu Islamnya. Yg menentukan aqidah bukannya tempat tapi nawaitu dan amalan kita.

      Apa guna nama saja Islam duduk di negara Islam tapi bergelumang dgn rasuah. Hidup dgn sumpah-seranah org.

      Delete
  5. signature pun macam kapal layar bugis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan tengok macam lampu minyak lenga yang india selalu buat semayang jer..kan imej tu slalu digunakan masa deepavali!

      Delete
    2. signature ada lambang hindu ..... well ...muslim by religion....hindu by practice...rosmah..rosmah.... pulanglah..

      Delete
  6. Ujung cerita....jauhi tempat bancuh simen...

    ReplyDelete
  7. Kalau Shahrol hilang dan lesap juga, pengganti terbaik untuk mengganti tempatnya untuk disiasat tentulah pihak atasannya. Dan ianya tak lain dan tak bukan Najib Abd Razak. Najib Razak perlu memberi jaminan yang kukuh bahawa Shahrol ini tidak mengulangi apa yang telah berlaku kepada Sirul Azhar yang lari ke luar negara. Dan Najib Razak wajar sekali disumbat ke lokap untuk disiasat. Andai kata tidak ada pihak yang berani menyiasat Najib Razak, saya relakan diri untuk jalankan tugasan ini sebagai penyiasat tanpa gaji dan alaun demi rakyat dan kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sutak lali ,habit celita maa aa . Itu biasa punya hat maa aa .

      Wa manyak ingat itu macam memang akan jadi maa aa .

      Delete
  8. Org melayu ni kalau dapat betina dan duit apa pun boleh jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas Bang Nordin..ni first time nampak send skali jer..hehehe..

      Delete

  9. Insan mulia yang layak menyiasat ialah Hj Hadi. Hasil siasatan PAC tidak boleh di terima kerana ahli nya ia lah DAP.

    Antara 4 saksi yang layak ialah:

    1. Perdana Menteri. Beliau bergelar Haji dan kerap mengerjakan umrah.
    2. Menteri Kewangan. Beliau banyak menyumbang kepada pembangunan tahfiz.
    3. Pengerusi Lembaga Penasihat. Beliau sungguh baik dan jujur sehingga tidak tahu apa-apa mengenai urus tadbir 1MDB.
    4. Presiden UMNO. Sebagai orang yang sangat berkuasa dan mempunyai hubungan yang baik, sudah tentu beliau akan memberi sokongan tanpa ragu-ragu untuk Hj Hadi membongkar kepincangan 1MDB.

    ReplyDelete
  10. Lebih berkesan sekiranya Shahrul, Sirul, Subuh, Nik Faisal dan Razak Baginda di satukan untuk menjatuhkan Najib.


    Sekurang-kurang dalam sejuta tanda-tangan menyokong deklarasi termasuk nama mereka.

    ReplyDelete
  11. PM negara kapiaq lebih bermaruah dari PM Mesia..bila rakyat tak suka atau terpalit dgn kes..tanpa tangguh terus letak jawatan..ini jangan cerita maruah..malu pun takdak..tahap PELACUR..tak heran boleh sponsor anak tiri buat cerita porno Wolf of the wall street.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Bro, bila pihak polis serbu tempat hiburan dan rumah urut, perempuan-perempuan khidmat seks tersebut menutup muka atau tunduk apabila kamera merakamkan gambar mereka.

      Mereka ada maruah sebagai pelacur seks. Yang tidak ada maruah ialah Pelacur Politik.

      Delete
  12. Setuju sangat! Sirul dan Shahrol kedua2nya wailul aka bahlol. Dah tolol dibawah control laki bini toyol.

    ReplyDelete
  13. Jaga jaga Shahrol. Nanti kena C4 macam Altantunya

    ReplyDelete
  14. Seperti Sirul Shahrol juga mungkin diugut bunuh dan yang paling mereka takuti adalah keselamatan keluarga anak bini mungkin diugut dibunuh. Mereka tak ada pilihan kecuali menjadi pak sanggup dikambing-hitamkan oleh puak Najib-ul-haram.

    ReplyDelete
  15. Sirul kambing hitam tak di nafikan.

    Tapi selepas kes Atlantuya, bukan lagi kambing hitam tapi animal yang makan dedak.

    ReplyDelete
  16. Siapakah pengarahnya?,jalan cerita dekat2 sama.

    ReplyDelete
  17. 1. Sirul yang sedang menunggu penghakiman yg mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati sepatutnya pasport digantung dan tidak dibenar keluar negara. Situasi Sirul ni lebih serius daripada pesalah ptptn...maka pihak berwajib mesti menyiasat siapa yg patut dikambinghitamkan kerana membenarkan sirul ke ostolia.
    2. Adakah shahrol juga akan lolos ke luar negeri? Sepatutnya dia sudah disekat dari keluar negeri berdasarkan laporan PAC
    3. Nik Faisal dan Suboh bila pulak nak diekstradisi??

    ReplyDelete