Tuesday, 8 March 2016

TERBARU DARIPADA MUHYIDDIN - KALAU NAJIB BOLEH SEPENTAS DENGAN HADI AWANG, KENAPA SAYA TAK BOLEH?


Ini adalah kenyataan media terbaru oleh Muhyiddin Yassin yang dipetik daripada laman Facebooknya berhubung kehadirannya menandatangani Deklarasi Rakyat bersama Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin pembangkang pada Jumaat lalu.

Penyertaan saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam sidang akhbar upacara menandatangani Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengundang kritikan daripada segelintir pemimpin UMNO. Mereka nampaknya tidak senang dengan kejayaan Tun Dr Mahathir menghimpunkan tokoh-tokoh BN, Pakatan Harapan, PAS dan masyarakat sivil untuk duduk bersama mendesak Datuk Seri Najib supaya berundur. 

Agak malang apabila mereka menggunakan kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam upacara tersebut untuk menggambarkan seolah-olah Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan UMNO.

Tuduhan ini sama sekali tidak benar. Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik. Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia. Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah tokoh-tokoh seperti Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Aziz Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mustafa Ali, Dato' Dr Khairuddin Al-Takiri, Datuk Kadir Jasin, Hj Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Jika Najib boleh duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang atas nama kerjasama politik, mengapa pula Tun Mahathir, saya dan Mukhriz tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh di atas untuk menyelamatkan Malaysia? Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib? 

Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Tun Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai Perdana Menteri. Deklarasi Ini bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latarbelakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen ini secara atas talian. Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat. Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya.

Sebaliknya, yang tidak demokratik adalah mereka. Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Kita tahu bahawa skandal 1MDB telah menjadi isu besar yang menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga sepatutnya membentangkan hasil siasatan mereka ke atas 1MDB di Dewan Rakyat, iaitu institusi demokrasi tertinggi negara, untuk pengetahuan umum. Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik?

Mereka juga berkata seorang Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan kecuali menerusi pilihanraya. Di sinilah letaknya kesilapan besar mereka. Jika sebahagian besar rakyat menolak kepimpinan Najib, maka sewajarnyalah Najib berundur sekarang. Jangan tunggu sampai pilihanraya. Jika rakyat menolak Najib dalam pilihanraya bermakna mereka akan menolak BN secara total. Ini akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya. 

Tujuan Deklarasi Rakyat ialah untuk mendesak Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan BN digulingkan. Sebaliknya, ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan beliau diadili dengan seadilnya di mahkamah. Seterusnya, reformasi institusi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah.

Justeru, mereka menggunakan pelbagai alasan yang pelik untuk mencemuh deklarasi ini. Ada yang mengatakan kononnya deklarasi ini tidak demokratik. Saya ingin beritahu mereka bahawa dalam sebuah negara yang demokratik, hak rakyat untuk menyuarakan pandangan adalah dijamin oleh Perlembagaan. Ini termasuk untuk menyatakan sikap terhadap kerajaan dan kepimpinan negara. Meminta seorang Perdana Menteri berundur oleh kerana pembabitannya dalam skandal kewangan adalah sebahagian daripada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. 

Desakan supaya Perdana Menteri berundur tanpa menunggu pilihanraya dengan tidak mengubah kerajaan sedia ada bukan perkara baharu sebagaimana yang pernah berlaku di zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berundur untuk memberi laluan kepada Najib. Dalam semua keadaan kerajaan BN pada waktu itu tidak terjejas.

Cuma yang berbeza ialah latar belakang tuntutan berundur adalah atas sebab politik bukan atas isu skandal yang berkait dengan persoalan moral dan integriti sebagaimana yang berlaku terhadap pimpinan Najib sekarang. Ia bukan lagi isu kepimpinan UMNO, tetapi sudah melimpah menjadi isu negara. Justeru pemimpin dari pelbagai latar belakang politik sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu azam semata-mata untuk menyelamatkan negara. Dengan langkah berani ini, amat tidak wajar kami dianggap menjual maruah dan harga diri, bangsa dan agama.

Jika pemimpin UMNO dan BN masih terperangkap dalam sindrom penafian dan terus menerus mempertahankan seorang individu yang tidak dapat dipertahankan dari segi neraca undang-undang, moral dan agama, maka rakyat akan menolak UMNO dan BN secara total. Penolakan rakyat bukanlah disebabkan oleh Deklarasi Rakyat, tetapi kerana kegagalan pemimpin UMNO untuk mengemudi bahtera UMNO sehaluan dengan nilai-nilai yang dipegang oleh rakyat, iaitu kejujuran, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keadilan dalam memikul amanah kepimpinan.

Ada pihak yang sengaja menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menutup kelemahan mereka. Kononnya saya dan rakan-rakan yang lain telah menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara setelah menandatangani Deklarasi Rakyat. 
Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas.

Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetikpun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya. Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Bukankah menentang kemungkaran itu satu kewajipan dalam Islam? Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil.

Di sisi Islam, perjuangan menentang kemungkaran menentukan tahap keimanan seorang Muslim. Saya tidak mahu disoal diakhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya. Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa Allah s.w.t akan  sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

MUHYIDDIN YASSIN
8 Mac 2016

52 comments:

  1. najib...saya ahli umno. rakyat tak bodoh skrg. klu najib tak letak jawatan skrg. nanti bila pru akan datang. umno akan kalah. fikir2 lah najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti sekular totok tidak memerlukan orang cerdik untuk menjadi pemimpin bawahan sebab orang cerdik boleh melihat kebodohan pemimpin parti sekular totok.

      Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat bos parti sekular totok melantik badut dan pelawak menjadi menteri-menteri yang hanya pandai mengampu dan menghiburkan pemimpin dan menyakitkan hati rakyat.

      Delete
    2. Msia ada 2 set undang2. Satu untuk kjasn n satu untuk pembangkang.
      Makan duit rakyat 2.6 billion tu sedekah sebab yg buat Najib.
      Pinjam 60 ribu untuk belajar d kejar mcm pdnjenayah. Siap iklan nama kits dlm suratkabar.
      Kalau lah aku tergamak sokong umno gerenti beres tspi kita sokong pkr. Hancurlah....

      Delete
    3. Msia ada 2 set undang2. Satu untuk kjasn n satu untuk pembangkang.
      Makan duit rakyat 2.6 billion tu sedekah sebab yg buat Najib.
      Pinjam 60 ribu untuk belajar d kejar mcm pdnjenayah. Siap iklan nama kits dlm suratkabar.
      Kalau lah aku tergamak sokong umno gerenti beres tspi kita sokong pkr. Hancurlah....

      Delete
    4. En Budin,

      Tun M mengadakan 'Deklarasi Rakyat' pada Juma'at lalu ,bagi menuntut petukaran kepimpinan kerajaan yang ada ,ditandatangani temasuk barisan pimpinan pembangkang.

      Pada Itnin ,barisan pembangkang yang sama , membuat lagi satu deklarasi menuntut pembebasan Anuar Ibrahim.

      Mana halatuju sebenar ?.

      Delete
    5. Yang Mahathir punya, Mahathir punya lah. Yang Pakatan Harapan punya Pakatan Harapan punya lah.

      Satu desak Najib letak jawatan. Satu desak Anwar di bebas.

      Dua kumpulan yang berlainan dan dua tujuan yang berlainan.

      Dua-dua untuk memulihkan sistem yang rosak dan yang memberi kesan buruk pada negara.

      Delete
  2. Alhamdulillah..mudah2an Allah mbuka ruang untuk masa depan politik yg cerah di negara kita. Aamiiin..

    ReplyDelete
  3. Boleh Najib memberikan penjelasan semacam ini..atau nak suruh penjilat tolong jawabkan..Letak jawatan, terima hukuman atau buktikan kejantanan, jawab di mahkamah...buktikan anda tidak bacul...pundek!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa susah2 buka mulut jawap itu dan ini.Ramai lagi sukarelawan pemakan dedak tukang saikologi persepsi rakyat dedak.Yang bangang dan bodohnya rakyat hadapi realiti nak dikaburkan dengan persepsi pemakan dedak yang buta perut.hanya di bolehland darul cash is king

      Delete
  4. Muhydin ni pon satu hal..,.keluar la, join amanah. Umno dah lingkup....pemimpin kena laaa dengar suara rakyat. Rakyat dah bagitau, umno dah nazak, masuk ICU dah

    ReplyDelete
  5. Muhidin harus sedar yang boleh sedondon dengan pemimpin penasihat ( ketua amanat semalaysia)Hanya Tuang presideng amanat boleh sedondon dan jalan bersentuh bahu dengan penerima tunggal derma 2.6 bilion sahaja.Selain dari itu tak boleh la.Mungkin APCO sudah berhijrah ke afrika mendapatkan upah sebagai penasihat kepada mugabe.

    ReplyDelete
  6. Apa lah kau ni Din....kau ni sokong TSMY atau memperbodohkan dia
    Yang cakap confidence sangat UMNO lingkup pada GE 14 ni,kau ingat kau lebih dari ALLAH ,bolih tilik apa terjadi masa depan...ini riak namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh komen penjilat bebal...berckap tntng keinginan masa depan...riak?..dsar bebal..moh kau dr sini

      Delete
    2. Nak tau boleh menang ke kalah PRU nanti.. Bubarlah parlimen skrg.. Tgklah najib ada telo ke takde telo nak bubar parlimen.. Pastu tgklah dedak utk kau ada lagi ke tak?

      Delete
    3. Fezreen, tak payah layan grad U Umno macam anon 13.13.

      Delete
    4. Pada pandangan peribadi saya statememt anon 13.13 itu ada asasnya. Tidak dinafikan. Rakyat sepatutnya bersyukur dengan Allah. Tak perlu ler merendahkan martabat PM kita. Dalam agama menentang orang yang khawarij. Taatilah pemimpin kita walaupun dia rasuah sekalipun. Siapa yang tidak mentaati pemimpin, ia tasyabuh dengan yahudi dan nasrani.

      Delete
    5. Ada perkara-perkara yang Allah berikan Petunjuk. Dan ada perkara-perkara yang dilakukan manusia mempunyai tanda-tanda akan buruk baiknya supaya kita tidak terkeluar dari batas kebenaran.

      Banyak buku ramalan untuk soalan-soalan peperiksaan.
      TH beli tanah dan meramalkan harganya akan naik.

      Pencarian MH dibuat mengikut ramalan untuk menjalankan usaha-usaha pencarian.

      Berta di TV meramalkan tidak hujan, tapi hujan turun juga.

      Dan .... suratkhabar utusan mengesahkan ramalan nombor ekor yang setiap minggu.

      Delete
    6. Anon 1313.. Sapa yg riak sebenarnya.. Dlm al quran ada cerita tentang kerajaan firaun yg hebat. Malah lebih hebat dari kerajaan najib.. Pun boleh tumbang dgn izin Allah.. Jadi anon 1313.. Jgn riak ckp umno tak mungkin kalah.. Akan kalah dgn izin Allah..

      Delete
    7. Tunggu jawapan dari Najib sendiri baru putuskan siapa punya jawapan yang macam darjah satu dan siapa punya macam si polan yang cakap "kapal belayar, sauh dilabuhkan ...

      Delete
  7. Laporan Bloomberg hari ni, Justice Dept US dah subpoena mamat bekas banker goldman sach yang handle bond 1MDB. Kena subpoena...ada kes ni. Tunggu lah komen said keruak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lebih realistik bunyi burung keruak cuba duduk kat tepi semak samun.

      Delete
    2. Sembelih saja keruak tu buat lauk

      Delete
    3. Sembelih buat lauk!hish jgn dimakan daging keruak tu takut terikut-ikut pulak bebalnya.

      Delete
  8. Putrajaya - umngok
    Putarjaya - penasihat penganti APCO
    Ini saja yang boleh sepentas dan sedondon

    ReplyDelete
  9. The rakyat is suffering like never before while the powerful continue to behave as if it is a rocking good time for all. The proof of this is money being thrown here and there for sponsorship of frivolous this and that and which somehow has largely ignored the real need for roof for the thousands in Kelantan affected by flood more than a year ago and for good and regular meals for the starving students at our local universities - just to mention two instances.

    Hence, does one dare to conclude that the powerful is always on the side of the powerful whereas the powerless can only dream of assistance coming from the powerful?

    But you dear TSMY is clearly now on the side of the powerless!

    If your father is still alive, he would be so very proud of you.

    How we all wish they are more like you around when the powerless need more than hope to hang on to - in Malaysia that not too long ago was still a country to cherish and fight for.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your father also proud of you..speaking mat saleh tpi pemakan dedak!

      Delete
    2. It seems Jibby does not fit the proverbial 'chip off the old block' idiom. Instead, Jibby turned out to be a Mutation of the "Greedy and Arrogant" Genes! Prime Minister is the most unlikely office on earth for this bangsatwan misfit!

      Delete
  10. The enemy to my enemy is my friend.
    Dear TSMY, we have a common enemy which may lead to some kind of alliance.

    ReplyDelete
  11. Muhyiling bole tak jgn jadi rasis ckp dlm konteks nasionalis dan agenda rakyat.cukup la umno jual imej sebagai pembela 60 tahun org melayu masih blum maju.dpat kuasa korang sibuk kayakan saudara dan kroni rakyat jilat jari?fikir di luar kotak tsmy ini bkn zaman batu.

    ReplyDelete
  12. Ada kepala hotak zaman batu purba kasi tahu yang walaupun pemimpin rasuah, kita kena taat pemimpin tersebut. Kau ini baca kitab mana ? Buku mana ? Silap2 kau terbaca diari Marcos atau Mugabe ? Mmg sah pemakan dedak pengecut bugis bodoh macam batu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu....adik mugabe tu....sokonglah pemimpin rasuah!
      Hahahahahaha....ajaran songsang pemakan dedak cap telor sambang...tau telor sambang?
      Dedak....pemusnah masa depan...sampai tak mampu utk berfikir....mcm ni pun ada ye?
      BODOH!

      Delete
    2. Bukan kat blog ni aje kat CG pun sama ada ostad al retard suruh kita patuh pada pemimpin rasuah.Kesian betul dia....

      Delete
    3. Bukan kat blog ni aje kat CG pun sama ada ostad al retard suruh kita patuh pada pemimpin rasuah.Kesian betul dia....

      Delete
  13. 1420 tu dari zaman melayu dibodohkan british.angguk2 je dpat dedak melawan buang ke sri lanka.divide and rule

    ReplyDelete
  14. Jawapan paling bodoh dari TMY. Macam budak Darjah Satu punya jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang macam kau cuma boleh angguk macam belatuk. Tadika pun tak boleh lepas.

      Delete
    2. Tunggu jawapan dari Najib sendiri baru putuskan siapa punya jawapan yang macam darjah satu dan siapa punya macam si polan yang cakap "kapal belayar, sauh dilabuhkan ...

      Delete
  15. Oh patut lah pak turut byk dlm umno.angguk bau kentut badak negara ckp wangi mcm pembantu suri rumah dpat bau belon belon puti rino padang pariaman.

    ReplyDelete
  16. Cash is King. Najib kaki rasuah dan perompak duit rakyat. Penyokong2nya adalah adalah dianggap 'haiwan' olih Njaib yg kesetiaan mereka bolih dibeli dgn cash. Moral pemimpin Umno yg menyokong Najib adalah terlalu rendah dan bolih dianggap sebagai 'anjing' yg dimenggerumi tulang yg dilontar olih Najib.

    ReplyDelete
  17. Sekarang benteng Najib ialah Pak Lebai PAS yang mana perbuatan Najib dan penebangan balak di kelantan hukum nya di bolehkan.

    Soal keimanan dan akhirat Najib kini menyakinkan dengan syafaat dari Hj Hadi dan Harun Din.

    Di sisi Islam, perjuangan menentang kemungkaran menentukan tahap keimanan seorang Muslim. Saya tidak mahu disoal diakhirat kelak ....... PAS sudah tidak pegangan peringatan tersebut seperti Muhyiddin.

    Najib yang banyak lakukan berbagai kesalahan ada kerana dorongan dari pemimpin PAS yang mengejar dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ahli Islamist ini 2 X 5 = 10. Morsi, Erdogan, Nik Aziz, Hadi Awang sokmo keja dunya dengan berpolitikkan Isle. Saksikan istana mewah Erdogan kerabat Anwar itu. Sekare giliran Najib jadi umarak ostad2 PAS pula! Ya lah hantarkan budak2 tentera kite pegi bermain api di Timor Tengah - padan muka dia Ah Jibgor!

      Delete
  18. Sebenarnya org umno yg makan dedak ni dah jadi ayam daging duduk diam ikut jetak tahu mana dosa dan mana pahala yg ada cari harta je eloklah beri DAP perintah 5tahun org Melayu sama je untung tidak rugi pun tidak kan itu 1Malaysia

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya org umno yg makan dedak ni dah jadi ayam daging duduk diam ikut jetak tahu mana dosa dan mana pahala yg ada cari harta je eloklah beri DAP perintah 5tahun org Melayu sama je untung tidak rugi pun tidak kan itu 1Malaysia

    ReplyDelete
  20. Mana ada PRU 14 pada 2018?? Dharurat dibawah akta MKN adukalah. Sekarang Zahid sudah mula menyemai persepsi untuk memudahkannya dengan menyatakam setiap bahagian di Sabah sudah ada panglima Sulu. Tetapi kenapa tiada tangkapan dibuat??. Hari ini Zahid kata lagi kumpulan DAESH merancang untuk menculik Najib???. Bagi free pon tiada siapa yang mahu Najib tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid..Zahid nak kata bodoh ada PHD. Ada PHD tapi cakap English pun terkemut kemut sehingga sembelit naik ke muka.
      Kalau daesh nak ambil najib, kau dan mat bapok tu ambillah sebab kamu bertiga pandai cari derma.

      Delete
    2. Bila Australia beri amaran mengelabah menafikannya.

      Isu perkauman sudah tidak berkesan. Terpaksa guna isu penganas.

      Delete
  21. Semua tu wayang kulit. Yg bodoh2 tu dok hurung najib mcm lalat tahi tu sebab cash saja. Bukan sebab sayangkan UMNO pun. Semua ni politik wang. Bukannya ada keikhlasan sebesar kuman pun nak memperjuangkan nasib orang Melayu dan nasib anak bangsa. Kesemuanya mereka nak pulun untuk tembolok sendiri.
    TPM pun ada berpuluh puluh syarikat perniagaan. Apa makna semuanya tu? Gaji TPM dan menteri KDN dah tak cukup makan ker?

    Mereka ni lah pelingkup UMNO.

    kalau dah pandai sgt berniaga knp masih nak makan gaji lagi? Mati keringlah rakyat kalau semua projek menteri2 saja yg dok pulun.

    Ada kuasa kenalah majukan rakyat dan negara. Bukannya kemut sorang sorang dan kayakan diri sendiri. Kemudian tuduh rakyat tak pandai berniaga dan tak pandai nak rebut peluang yg kerajaan sediakan. Peluang apa yg kerajaan sediakan kalau menteri2 yg sapu dulu.

    Bijak sungguh menteri2 ni main wayang. Tetapi mereka terlupa yg menonton wayang2 mereka selama ini adalah rakyat jelata.

    Sekarang ni heboh pula dgn TPPA kononnya nikmat perniagaan akan melimpah ruah. Soalannya siapa yg akan sapu dulu nikmat2 ni kalau bukan menteri2 yg celaka ni juga.



    ReplyDelete
  22. Betul bro
    Semakin byk syarikat milik menteri2 ni semakin banyaklah syarikat2 bumiputera yg lain akan gulong tikar dan akhirnya
    Usahawan Bumiputera muflis.

    ReplyDelete
  23. Tengoklah semua ketua bahagian umno dan timbalan ketua bahagian mana ada pakai perdana pun. Semuanya pakai mercedes berlaka. Cash is King maa. Bapak segala King. Bapak kpd segala penyamun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la cakap hang.cash is king..ninja king mana pakai perdana.tu tahap patriotik lembuno bila banyak duit, rega keta nasional dimahaikan rega import dilipat ganda dengan cukai.kualiti plak letak tepi.

      Delete
  24. Banyak anon di sini oranhg yg sama ,nak bagi SS pada Din,cara comment,bahasa dan lenhgok sama aja......ini betulx termakan banyak dedak kualiti paling rendah...kurrr...kurr
    Deklarasi baca pun tidak..tengok para 6 ke 30...semua hal 1 MDB.....Deklarasi Taik Kucing....

    ReplyDelete