Wednesday, 9 March 2016

POLITIK UMRAH DAN UMRAH POLITIK


Umrah sepatutnya adalah ibadah kepada Tuhan dan merupakan komunikasi eksklusif antara kita sebagai hamba dengan Sang Pencipta. 

Oleh kerana pemergiannya yang jauh dan tidak tahu sama ada dapat kembali lagi tanahair atau habis umur di Tanah Suci, pemberitahuan kepada rakan-rakan dan saudara mara sambil bermaaf-maafan mungkin boleh diterima sebagai perkara biasa dalam konteks hubungan sesama manusia.

Tetapi hari ini ia sudah berbeza. Kita tahu seseorang itu pergi ke Mekah bukan kerana diberitahu atau orang berkenaan bermaaf-maafan dengan kita, sebaliknya melalui gambar-gambar dalam media sosialnya.

Dengan sibuk bergambar berlatar belakangkan Kaabah, ketika berdoa atau melakukan ibadah lainnya, apatah lagi memuatnaik dalam media sosial masing-masing, memperlihatkan seolah-olah umrah atau kunjungan ke Mekah bukan lagi sebuah ibadah.

Ia sudah menjadi pesta menunjuk-nunjuk kepada manusia lain tentang ibadah yang kita lakukan, lebih-lebih lagi jika melibatkan orang politik yang sentiasa menagih sokongan. 

Untuk apa di kongsi semua pergerakan ibadah kita, daripada bertolak di KLIA, bersaie, bertawaf, berdoa dan berselfie dengan macam-macam aksi?

Tuhan yang kita utamakan atau penghargaan manusia yang didambakan?
Sebab itu, pemergian Najib Razak menunaikan umrah baru-baru ini menimbulkan paling banyak percakapan umum mengenainya. Salahnya kerana Najib sendiri sibuk memuat naik di media sosialnya mengenai ibadah yang dilakukannya itu.

Oleh kerana beliau sedang dibelenggu dengan kemelut 1MDB dan wang berbilion-bilion yang masuk ke akaun peribadinya, apabila beliau sendiri menunjuk-nunjuk gambar ibadah umrahnya itu, ia tentu saja mengundang reaksi balas yang negatif mengenainya.

Bukankah lebih baik jika Najib tidak mempromosikan ibadahnya sendiri dan menjadikan perkara itu sebagai amalan peribadinya semata-mata?

Bukan saja Najib, sesiapa pun, jika berbuat demikian, pasti akan dikatakan mengamalkan politik umrah. Tambahan lagi, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kerap benar Najib menunaikan umrah dan ia pula dipromosi sendiri oleh beliau melalui laman sosialnya.

Umrah yang merupakan ibadah juga membawa padah kepada Khairy Jamaluddin yang baru-baru ini dilaporkan membawa 191 Ketua-Ketua Pemuda dan Exco Pemuda UMNO menunaikan ibadah itu.

Walaupun KJ tidak memuatnaik sendiri gambar-gambar ketika di Mejah, tetapi ramai Ketua-Ketua Pemuda UMNO yang berselfie dan bergambar sesama sendiri membuatkan masalah lain pula menimpa dirinya.

Beliau kini dipertikaikan dari mana wang diperolehinya untuk membawa mereka yang seramai itu ke Mekah dan Pemuda Amanah juga sudah pun membuat laporan kepada SPRM mengenainya.

Selain isu wang yang dipertikaikan, timbul juga cakap-cakap di kedai kopi dan coffee house kononnya tindakan KJ itu ada kaitan dengan perancangannnya untuk bertanding Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang ini.

Cakap-cakap itu masih berterusan, tambahan pula belum ada penjelasan lanjut diberikan sama ada oleh KJ atau pun Pemuda UMNO sendiri.

Meskipun membelanja rakan-rakan menunaikan umrah adalah juga suatu kebaikan, tetapi apabila timbulnya masalah-masalah seperti itu, ia akan menjadikan ibadah itu dilihat sebagai umrah politik berbanding matlamat sebenarnya untuk memperkukuh hubungan dengan Tuhan.

Dalam hal ini, ada baiknya jika ibadah haji, umrah atau kunjungan ke Kaabah hanya menjadi rahsia peribadi kita saja. Boleh bergambar dan berselfie bagai mengenainya, tetapi biarlah untuk simpanan peribadi dan keluarga saja.

Yang penting ialah biarlah  ibadah haji, umrah atau selepas kunjungan ke Kaabah itu menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada sebelumnya sepertimana  zaman ibu bapa kita dulu di mana jika seseorang itu sudah menjejakkan kaki ke Mekah, perbezaan jalan kehidupannya boleh dilihat dengan nyata.

Tetapi, maaf cakap, sekarang ini antara yang baru balik Mekah dengan yang baru balik melancong di London, susah benar dicari perbezaannya. (SH 09/03/2016).

33 comments:

  1. Cuba tengok muka najib punya la nak nampak kusyuk dan nak nampak baik tp rakyat Malaysia tau itu semua lakonan je..nobody trust u except the goons.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The goons tu pun buat buat percaya sebab di beri makan dedak

      Delete
    2. The real goons are the voters who are going to vote for BN in the next elections. Kalu masih caya kat BN, apo nak di kato lagi

      Delete
  2. Kalau x silap saya ada hadis yg berbunyi begini: Allah mengampunkan dosa umatnya selagi dosa itu tidak ada hubungan dgn manusia.
    Dosa yh melibatkan manusia, hukumnya hendaklah terlebih dulu memohon ampun dari merdka yg teraniaya sebelum memohon ampyn pada Allah.
    Najib dah minta ampun pada DDSI ka sebelum umrah?
    Othereise, the umrah is.nothing but a vacation.
    Mohon pencerahan dari mereka yg berilmu ugama.
    Tq.

    ReplyDelete
  3. Apa pun perbuatan kita,biar ikhlas.

    Allah tahu apa yang umatnya lakukan.

    ReplyDelete
  4. Perangai ngan tabiat Melayu kita pun sama.. duit merembat banyak.. duit hasil iklan dan jadi selebriti banyak.. apalagi.. gi Mekah la utk tunjukkan pada org ramai yg mereka pun dekat dgn Tuhan jugak.. kalo tok2 guru boleh gi Mekah..boleh masuk dalam kaabah.. mereka pun boleh jugak berbuat demikian..

    Mujur la xder sapa nak selfie dgn kren yg sedang runtuh tu..

    Mitos melayu.. dpt tengok kaabah.. dikira org baik2.. apatah lagi tok nenek kita dulu.. baru balik Mekah.. akan berceritalah hal2 mekah sehingga akhir hayat mereka.. jika 30 tahun balik dari Mekah.. maka dia akan membebellah pasal Mekah selama 30 tahun tu setiap hari.. pantang sebut sikik2 bunyi solat.. kaabah.. zam2.. mulalah disyarahkan kita itu ini pasal mekah..

    Jadi tahyul ini terbawa2 oleh masyarakat kita.. juga sesiapa yg pernah kesana.. tanya ja A.. Abih sampai sedetail2 kaabah derabg akan xplain..

    Jadi inilah peluangnya nak beribadat dan menunjuk2 diri yg mereka juga hamba tohan yg baik.. tak merembat duit.. bebas riba.. amalan mereka diterima ilahi..next week saya boleh gi lagi dan lagi dan lagi.. eh boleh ketagih pulak pegi rindu kaabah.. kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mitos itu le petanda baik dari tok nenek agar kita pergi ke Makkah... jangan lupa tuan jika kerana cerita2 tok nenek pasal Kaabah dan Makkah dan Madinah maka orang tergerak hati ke sana maka pahala orang yabg tergerak hati itu akan melimpah ruah ke tok nenek kita walaupun mereka dah menemui Allah... aamiiiiin

      Delete
    2. Bukan mitos itu le petanda baik dari tok nenek agar kita pergi ke Makkah... jangan lupa tuan jika kerana cerita2 tok nenek pasal Kaabah dan Makkah dan Madinah maka orang tergerak hati ke sana maka pahala orang yabg tergerak hati itu akan melimpah ruah ke tok nenek kita walaupun mereka dah menemui Allah... aamiiiiin

      Delete
  5. Bawa ketua ketua pemuda 191 orang jerr...Ketua ketua cawangan cam nerrr? AJK cawangan cam nerrr? Tak bawak sekali? Tak aci laaa cam ni....dia orang pon kerja kuat jugak jaga umno di peringkat akar umbi...tak patut, tak patut..kalu dia orang tau, sure kecik hati. Lain kali bawak satu kapal. Satu kapal tak cukup, bawak naik super tanker, baru laaa fair and lovely

    ReplyDelete
  6. Kalau baru balik daripada port dicksons terkesan tak?

    ReplyDelete
  7. Dahulu medan jakarta jadi tumpuan org umno bila ada pemilihan umno la ni bertukar umrah pula jadi satu fenomena baru allah tahu nawaitu mereka klu tak baik tak baiklah dapatnya leoas raya nanti berbondong2lah pula korban akan ada dlam media ada yg sponsor 100 ekor lembu kambing dan lain2 lagi sebenarnya kerja2 membuat ibadah ni kalau nak sedekah tangan kanan membeti jgn sampai tangan kiri tahu tetapi hari ini mana mreka dpt duit sponsor itu ini menjadi persoalan adakah duit rasuah duit penipuan duit haram hanya allah yg tahu tetap rakyat tahu walaupun bersangka baik buatlah selagi kuasa ada aammiiinnn

    ReplyDelete
  8. -luv tun m.

    perkara sebegini berlaku disebabkan oleh ledakkan teknologi dunia tanpa sempadan . apabila semua ini berlaku, maka timbul dan terjadilah fitnah oleh si pemerhati mahupun pendengar .berkaitan najib pula, sepatutnya memang tidak wajar sebagai pemimpin memuji diri sendiri( masuk bakul, angkat sendiri) . perkara sebegini dapat dilihat perilaku najib sebelum ini. berkaitan amalan ibadat pula, seharusnya tidak wajar dilakukan oleh najib sendiri seperti mana ia memuatnaik gambarnya sendiri untuk perhatian orang.jika orang lain yang memuatnaik mungkin masih boleh bersangka baik mengenainya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian Cybertrooper9 March 2016 at 12:02

      Nak buat macam mana tuan??
      Orang lain takmo puji dia jadi terpaksa la dia puji diri sendiri.

      Delete
  9. Dahulu medan jakarta jadi tumpuan org umno bila ada pemilihan umno la ni bertukar umrah pula jadi satu fenomena baru allah tahu nawaitu mereka klu tak baik tak baiklah dapatnya leoas raya nanti berbondong2lah pula korban akan ada dlam media ada yg sponsor 100 ekor lembu kambing dan lain2 lagi sebenarnya kerja2 membuat ibadah ni kalau nak sedekah tangan kanan membeti jgn sampai tangan kiri tahu tetapi hari ini mana mreka dpt duit sponsor itu ini menjadi persoalan adakah duit rasuah duit penipuan duit haram hanya allah yg tahu tetap rakyat tahu walaupun bersangka baik buatlah selagi kuasa ada aammiiinnn

    ReplyDelete
  10. Mereka semua berlakon lebih kalah p.ramlee dlm wayang one malaysia dead body.hero pangeran mappudoĺar dan heroine puti badak dari tanah minangkerbau bersama kumpulan lanun yg akn sapu bersih satu malaysia.diantara mereka ahmad al bab,hichamdin kecut,lembu nfc,keduak,nazris najis,bigfoot lambung,kari jambandin,teuku anang bangsat,ram dalang,puak zakarsi,dlm enam tahun billon curi dan disembunyi di seluarbesi dan kaksetan.skrg tinggal tulang malaysia saja.

    ReplyDelete
  11. najib dan rosmah selalu menyanyi sebuah lagu yg berbunyi....SENANG NYE DALAM HATI...
    .

    ReplyDelete
  12. SENANG NYE DI DALAM HATI......

    ReplyDelete
  13. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap (agama) Allah (dengan pura-pura beriman), dan Allah pula akan membalas tipu daya mereka. Apabila mereka berdiri untuk bersembahyang, mereka tidak bersungguh. Mereka hanya riak (memperlihatkan salatnya) kepada manusia (supaya disangka beriman), tapi mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
    Mereka ada dalam keadaan "muzabzab" (tidak berpendirian tetap) antara ini dan itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya."
    (surah an-Nisa:142-143)

    ReplyDelete
  14. Kalau pergi umrah atau haji pahala kita di gandakan. Sebelum pergi hati kena bersih bukan balik lagi teruk jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan jika kita dah ada niat dan cukup syarat, dan pergi kursus sedangkan haji lagi 6 atau 8 bukan dalam waktu itu kita bersihkan hati secara perlahan.

      Ini belum pergi Haji, dah promote dan bila kenduri buat-buat tanya masa kat situ, kita buat macam ini macam itu kan ...

      Delete
  15. Bila dah pakai ihram tu umpama dah pakai kain kapan.

    Bawa tentera yang pergi berperang tu sekali patutnya. Kuat sikit semangat nak berjuang lawan ISIS.

    Tq

    ReplyDelete
  16. Ramesh rao dan pembantu penjilat yuktes anjing belaan terbaru atau pariah dog whackers nak tombok tun.m.woit bangsat sya pun dari tamilnadu tpi sya sokong tun.sapa lu dgn persatuan kepala hotak vutoh engkau pi bale da.

    ReplyDelete
  17. Tahap pemikiran Najib dan Siful sama shj.


    Siful pi buat umrah nak menyakinkan orang ramai dia diliwat. Org ramai tak percaya dia serah buntut dia utk diliwat.

    Rakyat menganggap Najib ambik rasuah RM2.5billion dan RM42million duit SCRI. Nk menyakinkan org ramai dia tak ambik rasuah, pi buat Umnrah. Tapi perbuaan rasuah dikeji dan dikutuk olih Allah.

    ReplyDelete
  18. Apa jawapan bertulis Najib berkenaan 42 juta. SRC tidak tahu wang itu dimasukan ke akaun nya. Jadi dia tak perlu jawap siapa yang luluskan pindahan wang tersebut kerana itu adalah sumber berita dari portal.
    Jadi bagaimana hasil siasatan SPRM dan kenyataan Apandi yang telah mengesahkan 42 juta dari SRC telah dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib dan dia telah gunakan wang tersebut untuk membayar kredit kad nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan Muhyiddin, kalau Najib boleh sepantas dengan Hj Hadi, mengapa tidak dia, pun tak dibalas, inikan pulak RM42 juta yang kena jawab dengan menipu dan berhati-hati.

      Delete
  19. Umrah + politik = politik murahan
    Umrah + politik + skandal = politik mappudullung
    Apakata buat lagi satu undang2 dunia berkaitan supaya umrah tak tercemar unsur2 politik murahan dan skandal.Bolehland x jalan tanpa undang2 demokrasi terpimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini UMNO 100% mengamalkan politik wang.
      Masuk UMNO kerana nak duit saja.
      Project...Project....Project....Project..Di mata hati mereka hanya $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

      Delete
  20. Itulah kesalahan2 besaq najib dan sesetengah ahli politik muda. Bila buat benda2 baik suka menunjuk nunjuk disamping terdapat unsur2 bermewah. Ni membuatkan rakyat bukan sokong tp meluat dgn sikap dan cara mereka. Tak nmpk unsur2 keikhlasan. Sebab tu bg brim pn rakyat majoriti tak sokong jugak. Tgk masa permulaan hingga kali ketiga pemberian brim. Tak perlu buat program, perasmian dan ucapan2 berjela semasa bg brim sbb cara mcm tu rakyat anggap tak ikhlas. Sepatutnya terus mskkan ke dalam acc. Baru lah rakyat berpandangan kerjaan ikhlas bg dan membantu. Tak buat program ms nk bg pn point utama yg nk dismpaikan kpd rakyat iaitu "kerajaan bg bantuan kewangan" tetap smpai. Mungkin disbbkan dari kecik tak merasa hidup susah, hidup dgn kesempurnaan dan mewah membuatkan apa sj bantuan pd rakyat mesti ada unsur2 bermewah dan menunjuk. Bodoh pianglah depa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat pendapat hang.Memang puak umngok bodoh belaka.Kalaulah ada sepuluh orang beratur kat kaunter bank ambik gaji, sepuluh orang dengan majikan masing2, kerani bank cuma mengeluarkan jumlah wang ,wang gaji tu majikan yang bayar.semudah itu pun umngok nak spin lagi.lu pikiaq sendiri la.

      Delete
    2. Kerana tak pernah susahlah agama pun jadi mainan

      Delete
  21. Saya ada seorang kenalan. Pemain muzik sambilan dan bau-bau bacang dengan keluarga sebelah bapa. Maaf, dia kaki minum dan kaki perempuan. Isteri tiga orang (ketika itu). Masa itu zaman motorola. Yang otai rasa nya faham kisah motorola...

    Mempunyai bapa saudara yang buka perniagaan rumah tumpangan di Mekah.

    Ramai tidak tahu dia pergi Umrah dan bila balik adalah berubah sikit tapi yang dia ketawakan ialah dah lah orang tak percaya dia buat umrah, dia kata dia masuk dalam kaabah atas usaha bapa saudaranya.. Dia kata 'aku masuk. Dah lah perangai aku teruk...aku dapat masuk jugak ! tak jadi apa-apa pun ..'

    ReplyDelete
  22. Orang tua dulu pergi ikut laut. 6 bulan berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Tidak ada kemudahan perhubungan seperti sekarang. Itu sebab pemergian mereka memberi makna yang besar.

    Sekarang tidak.

    Nak tanya masa sebelum jadi PM dan TPM malah sebelum terpilih sebagai MT, sedangkan kemampuan lebih dari cukup, mengapa tidak kerjakan umrah seperti sekarang dan tidak kerja kan Haji ketika itu?

    Adakah Najib dan Rosmah membawa bersama anak bujang nya yang buat kecoh di ZOUK ? Atau anaknya akan buat ibadat tersebut sepertimana kedua ibu-bapanya ?

    ReplyDelete
  23. SOLIDARITI UNTUL CITIZENS DECLARATION !!!!
    SELAMATKAN MALAYSIA !!!
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete