Thursday, 10 March 2016

SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET NAJIB

Apabila Hasan Malek digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu, antara harapan ramai tentunya ialah mahukan menteri yang menggantinya itu lebih baik atau sekurang-kurangnya tidaklah kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang menyakitkan hati rakyat.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah yang paling dekat dengan pengguna atau rakyat, khususnya berkaitan turun naik harga barangan keperluan harian mereka.

Untuk itu, kalau pun menterinya gagal memainkan peranan dalam memuaskan hati pengguna atau memastikan harga barangan terus stabil, setidak-tidaklah janganlah memberi jawapan tidak masuk akal untuk menutup kelemahan sendiri.

Tetapi, nampaknya Hamzah Zainuddin yang dilantik menggantikan Hasan Malek bagi menerajui kementerian itu hampir sama dan lebih kurang saja "sakitnya".

Dalam kenyataan terbarunya, Hamzah berkata, hanya peniaga yang tidak percaya kepada Tuhan saja akan menaikkan harga barangan.

"Jika anda bertanya saya, Tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaikkan atau menurunkan harga barangan. Tetapi hanya mereka yang tidak percaya kepada Tuhan akan menaiklan harga jualan," ujarnya lagi.

Masya Allah...di mana menteri ini belajar agama. Kepada Hadi Awang pula, tolonglah beri nasihat, teguran dan panduan mengenai konsep Ketuhanan kepada menteri berkenaan ini.

Apa kaitannya kenaikan harga barang dengan percaya atau tidak percaya kepada Tuhan? 

Apakah peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jika bekalan yang diperolehi sudah meningkat harganya semata-mata kerana ingin mempertahankan konsep percaya kepada Tuhan?

Kalau rugi dalam perniagaan yang disebabkan "kebodohan" sendiri iaitu tidak mahu menaikkan harga walaupun bekalan yang diterima sudah pun naik, apakah Tuhan akan menampung kerugian itu?

Jika begitu, apakah peniaga di kota Mekah dan Madinah tidak pernah sama sekali menaikkan harga barangan mereka?

Kalau mereka menaikkan harga yang disebabkan bekalan juga sudah meningkat, adakah mereka itu dianggap tidak percaya kepada Tuhan?

Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai, memperkenalkan GST dan memotong subsidi subsidi yang secara langsung menyebabkan harga barang meningkat naik?

Apakah ini bermakna kerajaan dan menteri-menterinya terdiri daripada golongan yang tidak percaya kepada Tuhan?

Susah betul jika ada menteri "sakit" seperti ini. Lebih parah, yang dulu "sakit", yang mengganti juga "sakit". 

Apakah kerajaan dan yang melantik menteri-menteri juga sebenarnya "sakit" sama? (SH 10/03/2016).

47 comments:

  1. buta perut punya menteri..haram jadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak banyak bersabar. Sesama kita tunggu nasihat lebai marang.

      Delete
    2. Menteri ni wayar otak dia putus.
      Ini bukan kenyataan pertama si hamzah nordin ni. Dulu dia pernah suruh bawa bekal saja ke pejabat sebab harga barang mahal dan untuk menjimatkan kos sara hidup.

      Kenapa tak tutup saja kantin pejabat dan suruh semua kakitangan termasuk diri dia sendiri tong2 masak nasi dan tumbuk sambal belacan di pejabat saja.

      Menteri2 sekarang ni cukup cukup kurang ajar. Cukup2 biadap. Cakap pun dah tak ada pandang memandang lagi. Anjing pun tahu tengok tuannya. Ini kan pula manusia yg bertaraf menteri.

      Nampaknya hari ini dah tak ada bezanya menteri2 dgn Jamal ikan tongkol dan Ali Tinju serta ngo ngo yg pro mereka.

      Perangai semuanya sama saja.lbarat katak yg jatuh ke dalam tepung. Pariah pun ada baik sikit drp mereka ni.


      Delete
    3. Bukan bah...ibarat katak jatuh ke dalam tong tahi

      Delete
    4. mahathir pernah berkata satu ketika dulu, yang bodoh dan banggang saja masih melekat di umno. Yang bijak pandai dah lama meninggalkan umno. Umno penuh dengan sampah-sampah yang busuk dan berulat.

      Delete
  2. Sebab orang yang percaya tuhan ialah hanya orang yang telah pergi Umrah.

    Ini satu asas ekonomi yang perlu dipejari selain dari dua asas iaitu permintaan dan penawaran.

    ReplyDelete
  3. Dalam kerajaan Najib....tiada tuhan lagi kerana tuhan sudah mati. Kalau tuhan masih hidup tentu tuhan tidak membenarkan Najib perkenalkan cukai GST. Kalau tuhan tidak mati sudah tentu Najib akan dilaknat sehingga mendapat penyakit gila babi kerana mengubah duit rakyat jadi duit dia lakibini.

    Sehingga sekarang doa orang yang dizalimi tidak makbul. Dimana tuhan ? Kalau tuhan mati, apakah ada penggantinya ? Apakah kerana tuhan sudah mati maka menteri Najib itu dengan selamba memperlecehkan orang sembah tuhan ?

    Ya tuhan....jika kau wujud ampunkan aku kerana aku amat marah pada kamu. Kau membiarkan akan cucu aku menderita dibawah pemerintahan Najib dan menteri nya menindas dengan berbagai cukai, undang-undang zalim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18:15
      Dalam hal ini, awak lebih haramjadah berbanding najib.

      Delete
    2. Anon 18 25

      Betul, dia marah pada Tuhan begitu sekali tapi Tuhan tahu dia marah kerana kasih dan sayangnya pada Allah Tuhan sekelian alam.

      Apabila dia dapat merasakan Allah ujud... Subhanallah !

      Delete
    3. 1825 ni Haji Hadi gamaknya.. biar bodoh asalkan hidup ada tohan.. tapi tohan x tolong2 pun.. sembah berpuluh2 tahun.. xder pun tohan amik pedulik..kahkahkah..

      Delete
    4. "jika kau wujud"... Hati2 anon 1815. Anda kafir jika tak percaya tuhan wujud.. Jika anda islam taubat lah kembali kepada Allah yg wujud sebelum sesuatu wujud.. Admin shabudin.. Mohon delete posting yg mempermainkan hal2 agama.. Jgn galakkan org komen begini.. Kelak anda disoal

      Delete
    5. Anon 19 02

      Kalau ikut apa yang ustad ajar memang betul yang Anon cakap.

      Itu sebab kita ramai ulamak tapi tak ramai wali (Ilmu Ketuhanan)

      Saya yakin Anon 18 15 akan lebih dekat dengan Allah.

      Marah lah lagi. Marah lah semarah-marahnya.

      Kita ambil kisah teladan para wali. Jika kau mahu marah pada Tuhan mu, pergi lah kau ke tempat lain kerana dunia ini milik ciptaan Aku (Allah). Malu kita nanti ...

      Sekian.

      Delete
  4. Sebenarnya pemimpin umno dan ahli umno yg setia dgn parti najib ini dah keliru dgn perjuangan sebenar dah takda beza antara perjuangan untuk habuan dan pertahan amalan rasuah dah takda beza menipu utk kesinambungan dpt dedak dari atas dgn mempertahankan penyelewengan presiden parti,sekarang pun perancangan nak menghadapi PRU 14 pun dah kelabu asyik serang DAP,tapi masa PRU nanti lawan utama umno adalah PAS dan PKR,majoriti pengundi melayu tak akan berjumpa dgn logo DAP sebab DAP bukan bodoh nak bertanding kawasan melayu,dan umno hanya tinggal harapan pengundi melayu yg sah akan beralih ke PAS dan PKR,tapi umno buang masa dgn DAP,sekarang ini BN cuma tinggal umno saja,mca dan lain lain tu memang pergi mampus la,PAS walaupun nampak baik dgn UMNO sampai hari ini ada kita nampak berjanji tak lawan umno nanti,hai umno perjuangan yg dah hilang haluan.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya pemimpin umno dan ahli umno yg setia dgn parti najib ini dah keliru dgn perjuangan sebenar dah takda beza antara perjuangan untuk habuan dan pertahan amalan rasuah dah takda beza menipu utk kesinambungan dpt dedak dari atas dgn mempertahankan penyelewengan presiden parti,sekarang pun perancangan nak menghadapi PRU 14 pun dah kelabu asyik serang DAP,tapi masa PRU nanti lawan utama umno adalah PAS dan PKR,majoriti pengundi melayu tak akan berjumpa dgn logo DAP sebab DAP bukan bodoh nak bertanding kawasan melayu,dan umno hanya tinggal harapan pengundi melayu yg sah akan beralih ke PAS dan PKR,tapi umno buang masa dgn DAP,sekarang ini BN cuma tinggal umno saja,mca dan lain lain tu memang pergi mampus la,PAS walaupun nampak baik dgn UMNO sampai hari ini ada kita nampak berjanji tak lawan umno nanti,hai umno perjuangan yg dah hilang haluan.

    ReplyDelete
  6. Kabinet sekarang semua menteri dah pass agama,Sekarang mereka 2-3 bulan pi buat umrah.Jadi bila balik mesti banyak ingatkan Tuhan,mungkin yang jual barang belum kenal Tuhan itu sebab sesuka hati naik harga.Biginilah pandangan mereka.Naik GST mungkin mereka belum buat umrah lagi masa itu?.Inilah yang dikatakan oleh TDM sekarang ini rekrut ahli-ahli umno mesti pengtahuan kurang sikit dari ahli-ahli lama supaya senang untuk control.Selamat maju jaya!.

    ReplyDelete
  7. Yang ada bodoh. Yang buang bodoh. Yang ganti lagi bodoh! Ini bukti perpatah,...."scraping the bottom of the barrel!!"

    ReplyDelete
  8. Yang ada bodoh. Yang buang bodoh. Yang ganti lagi bodoh! Ini bukti perpatah,...."scraping the bottom of the barrel!!"

    ReplyDelete
  9. Jangan salahkan pak menteri kita!!! Sejak PM kita denagan isteri nya yang disayangi rakyat asik pergi ke MEKAH membuat UMRAH setiap 6 minggu,mereka pak2 menteri sudah sedar ISLAM is the way to rule Malaysia!!! Takbir!!!!!

    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak2 menteri ni main ping pong pandai ler

      Delete
    2. Hj hadi suka main ping pong ker?

      Delete
  10. Tuhan suruh ke Tuhan tak suruh ke, mana penguatkuasaan yang sepatutnya saman peniaga yang menjual barang dengan harga yang mahal.

    Peniaga yang naikkan barang memang tak percaya Tuhan sebab nak untung berlebihan tapi mereka amat percaya ujudnya pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

    Restaurant pun charge RM 6 ke RM 7 untuk makan tengahari. Apa jadi menu 1Malaysia yang dikempen oleh Najib ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaga naik harga barang takda kaitan dgn tauhid dlm agama.. Kalu tak percaya tuhan atau srmbah tuhan yg benar itu baru kafir.. Bukan naik harga barang dituduh tak percaya tuhan (kafir).. Tentang harga barang naik menteri yg berkenaalah cari jalan penyelesaian sesuai dgn jawatan yg Allah anugerah kan.. Jalankan amanah jawatan.. Tuhan beri jawatan (kuasa) utk ubah dari keadaan kurang baik kepada baik.. Adakah menteri nt akan jawap pada tuhan (di masyar kelak bila disoal) mereka naik harga sbb tak percaya pada Mu.. Tapi perkara sebenar... Menteri dan mereka2 (yg diberi jawatan) gagal jalankan tanggujawap sebagai pemimpin..

      Delete
    2. Beb, menteri2 dah lupa Tuhan ada bagi dia akal. Menteri2 memang tak suka nak gunakan akal yang Tuhan dah bagi untuk fikir jalan menyelesaikan masalah yang memang jadi tanggungjawab menteri2.
      Bila tak pakai akal bila bercakap tu jadinya BODOH la.
      Menteri Bodoh.
      Monyet pun kalau faham cakap Melayu, monyet gelak guling2

      Delete
    3. Jadi kita jgn sokong ckp menteri (naik harga barang kira tak percaya tuhan atau bahasa mudahnya kafir) macam anon 1858 komen tu.. Menteri yg tak jalan tanggunjawap tapi salahkan peniaga..

      Delete
    4. Mcm mana menteri2 nak jalankan tanggungjawap mereka ni pun dah jadi pemakan dedak kpd taukeh2.

      Sebelum PRU 13, taukeh2 ni dah invest. Mereka dah sponsored menteri2 ni. Jadi sekarang ni janji mesti ditepati.

      Maka yg terpaksa tanggung segala musibah dan mala petaka yg berlaku hari ini adalah rakyat. PRU adalah satu bisnes yg paling besar dan amat menguntungkan taukeh2 ni

      Delete
  11. Biarlah Tuhan dgn kerja Dia. Kita dgn kerja kita. Buat kerja masing2 dulu. Ini sebok2 tuhan..apehal menteri sengal ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn komen cmtu anon 1902.. Dlm apa pun urusan kita atau kerja pun misti besertakan tuhan.. Jgn ckp ckp buat keja masing2..

      Delete
  12. ....orang sakit lagu ni....kalau ikut to'wan petua lah...kena ambik telok ayam kemuruk 2 biji campur dgn cuka getah 2 camca besak...campur sikit garam kasar( rasa2 masin hujung lidah shj )...kacau bagi sebati elok2...amalkan minum sebelum basuh muka/sebelum gosok gigi, sebelum subuh selama 5 pgi...dgn KETENTUAN TUHAN...boleh lega terus penyakit macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW jin mesti power giler petua tok wan kau,boleh lega terus takpa jgn boleh giler terus sudah lah...

      Delete
    2. Dia buat jugak tapi tak menjadi.

      Petua Tok Wan telur ayam..dia tak sabar.. dia nak cepat baik punya pasal dia guna telur Najib..

      Delete
  13. Macam ni lah wahai pak menteri ooooi...

    TUHAN PUN TIDAK PERNAH MENYURUH PARA PEMIMPIN APATAH LAGI MENTERI2 UNTUK DIBAYAR GAJI MAHAL2...tuhan cuma suruh para pemimpin memimpin dengan penuh amanah dan jujur.

    Pak menteri masih percaya Tuhan kan? So?

    ReplyDelete
  14. Cakap memang sedap tak ingat tuhan cuba tengok kenapa malaysia terkenal degan rasuahnya ada ke pemimpin negara ni jujur tak tak rasuah tak menipu rakyat tak kumpul harta sampai tak tahu duit masuk akaun hidup mewah nama je negara islam perbuatan hanya allah saja yg tahu nanti jawablah dipadang mahsyar aammiiinnnnn

    ReplyDelete
  15. Cakap memang sedap tak ingat tuhan cuba tengok kenapa malaysia terkenal degan rasuahnya ada ke pemimpin negara ni jujur tak tak rasuah tak menipu rakyat tak kumpul harta sampai tak tahu duit masuk akaun hidup mewah nama je negara islam perbuatan hanya allah saja yg tahu nanti jawablah dipadang mahsyar aammiiinnnnn

    ReplyDelete
  16. Pendapat dari seorang yang bodoh, bangang dan buta perut.masa penyanggak menyamun tu ingat tuhan sangat ker?

    ReplyDelete
  17. Ape nak heran..kalau najib tu sbg PM bile ditanye budak skolah ape bende najis mughalazah pon tak tau..ape lagi menteri-menteri yg dia lantik..main taram jer la nak sebut ape pon..ade diorang kesah..dajjal bukan kire ape..janji dapat nyesatkan manusia..korang la tu..aku idak..pasai aku keturunan jin..jin samsuden..muahahaha..

    ReplyDelete
  18. Bodoh menteri takdir tuhan atau buta perut menyebabkan menteri jadi bodoh.FANTASI gst 6% memajukan negara, REALITI rakyat membayar hutang kepada pengurusan ekonomi gagal, PERSEPSI menteri buta perut rakyat tidak terbeban gst 6 %.

    ReplyDelete
  19. Nanti bila kerajaan atau menteri berkenaan menaikan harga PETROL & DIESEL adakah kerajaan dan menteri bberkenaan juga tidak percaya pada Allah???.
    Kalau ikut lojik harga minyak mentah dunia pada February dan Mac, harga petrol sepatutnya kekal atau naik sedikit. Tetapi memandangkan PRN Sarawak pada bulan hadapan, kerajaan telah menurunkan sedikit harga minyak sehingga lepas PRN Sarawak

    ReplyDelete
  20. Secara amnya (bukan spesifik mana mana individu) , orang yang dah pekena nasi kangkang akan jadi bodo.....bodo tahap gaban...bodo lah keturunannya, melainkan pi berubat

    ReplyDelete
  21. aku baca komen dari atas sampai bawah....korang semua banggang. Ini semua lakonan laa. ini semua tipu. Dari merdeka sampai sekarang asyik kena tipu. kadang tu dah tahu benda tu tipu terang terangan tapi masih percaya. Mana ada manusia macam rakyat Malaysia ni. Siang malam asyik kena tipu. bab barang naik ni un kena tipu. kalau brg naik maka kerajaan pun dapat untung besar. sebab tu tak ada tindakan dan kalau ada pun hangat taik ayam.

    ReplyDelete
  22. Allah maha besar. Perancangan Allah adalah rahsiaNya.

    Najib menjadi PM Malaysia juga sudah ditakdirkan.kita sebagsi rakyat kena muhasabah diri. Apa kah kesalahan yg kita sbg hambannya dah lakukan.

    Kita tidak tahu apa perancangan Allah. Jadi kalau doa rakyat belum di makbulkan bukan bermakna Allah tidak sayangkan hambanya.

    Yg nyata Allah akan membalas segala kebaikan manusia walau sekecil zarah.

    Begitu juga Allah juga akan membalas dosa hambaNya walau sekecil zarah.

    Ingatlah balasan Allah sangatlah Azab.

    ReplyDelete
  23. Hanyasanya menteri Hamzah ini, kalau ia sendiri percaya akan Tuhan yang Maha Adil Pemilik langit dan bumi dan segala antara keduanya, maka ia akan membantah cukai GST 6% itu yang amat membebankan masyarakat orang biasa.

    ReplyDelete
  24. Kalau dah keluar dari lubang haramjadah yang sama tukar sepuloh kali akan tidak ada beza nya. Bebal dan bodoh.

    ReplyDelete
  25. Alahai...sedap betul guna nama agama ea. Musti belajar sama haji hadi ea.

    ReplyDelete
  26. Kalau Najib dan menteri2 nya sesat, kita jangan ikut sekali. Kalau gitu, apalah bezanya kita dan mereka. Isu ketuhanan tak payah dipersenda. Biarlah mereka yang sesat itu, menemui Jalan yang benar. Kita dah tau standard Kabinet Najib. Bukan salah Najib pilih mereka, sebenarnya itu saja yang terbaik yang masih berbaki dalam parti Najib. Yang ada otak semua dah tak sokong Najib. Kalau kita ada otak, tunggulah PRU nanti, pilihlah yang ada otak baik punya. Bukan otak penipu.

    ReplyDelete
  27. Sakit otak atau gila ?

    ReplyDelete
  28. Lebih teruk lg pm dan bala menteri nya nk jd tuhan.
    Sbb tu statement2 yg kluar dari mulut menteri2 najib ni amat memualkan.

    ReplyDelete