Thursday, 10 March 2016

DEKLARASI RAKYAT SETIDAK-TIDAKNYA MESTI DAPAT SEJUTA TANDATANGAN

Analogi yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kerjasama yang diambilnya bersama parti-parti pembangkang, khususnya DAP berkaitan Deklarasi Rakyat barangkali tidaklah terlalu sukar untuk difahami.

Dengan memberikan contoh permusuhan antara Sunni dengan Syiah, Hamas dengan Fatah dan Iran dengan Arab sedangkan musuh sebenar yang harus mereka hadapi ialah Israel yang dibantu Amerika Syarikat, gambarannya ialah bekas Perdana Menteri itu juga mahu rakyat yang gelisah, gundah gulana dan celaru ketika ini turut memberikan tumpuan kepada musuh mereka yang satu yang harus dihadapi berbanding hal-hal lain.

Mengambil kira musuh yang satu yang harus dihadapi kini ialah Najib Razak, ideologi dan pendirian politik masing-masing, bagi Tun Mahathir, haruslah dilupakan buat seketika sehingga matlamat yang ingin dituju itu benar-benar tercapai.

Katanya, mereka yang hadir dan menandatangani deklarasi itu bukan atas kapasiti ahli dan pemimpin politik, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk atas perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bagi semua rakyat Malaysia, hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi dalam negara, kata Tun Mahathir lagi.

Bagi mereka yang benar-benar ingin melihat negara ini dipulihkan berikutan imej buruk yang ditimbulkan Najib, baik di dalam dan luar negara serta kelumpuhan pelbagai institusi awam yang diakibatkan olehnya, inilah masanya untuk menunjukkan pendirian dan kecekalan hati.

Caranya tidak lain ialah dengan lebih ramai dapat memberikan  komitmen,  sokongan serta menandatangi Deklarasi Rakyat tersebut.

Apa yang menggembirakan sehingga ini ialah berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh portal Malaysiakini kepada hampir 6,000 responden, didapati lebih 70 peratus menyokong deklarasi itu. Semalam pula dilaporkan, lebih 32 ribu sudah menandatanganinya.

Dengan ini, pihak-pihak yang berkepentingan berkaitan Deklarasi Rakyat itu harus memastikan dalam tempoh terdekat ini sekurang-kurangnya sejuta tandatangan dapat dikumpulkan agar ia benar-benar memberi impak dalam memberi tekanan kepada Najib.

Dapat dilihat di pelbagai media puak-puak pro Najib begitu kepanasan dengan Deklarasi Rakyat ini sehingga bermacam-macam tohmahan dan percubaan mengalihkan isu telah dilakukan, termasuk dengan menakut-nakutkan berkaitan ancaman DAP dan sebagainya.

Malangnya tidak ada yang berani menyanggah isi atau intipati deklarasi itu.

Tetapi jika semua orang dapat memahami seperti yang dijelaskan oleh Tun Mahathir bahawa persefahaman itu tidak berkaitan dengan parti, sebaliknya atas kedudukan sebagai rakyat  untuk menyelamatkan negara dan kemudian bersatu hati untuk menghadapi musuh yang sama, deklarasi ini tidak mustahil umpama penyatuan seluruh negara-negara di Timur Tengah dalam menghadapi Israel yang disokong oleh Amerika.

Di sinilah pentingnya sekurang-kurangnya sejuta tandatangan itu diperolehi dalam waktu terdekat ini.

Hanya dengan menunjukkkan deklarasi itu benar-benar berada di hati rakyat, barulah kesan dan jalan kejayaannya lebih terbentang luas. (SH 10/03/2016).

27 comments:

  1. ya.. 1 juta tandatangan sblm 27 March 2016.. tapi rakyat kita ni lembap la.. segalanya lembab.. mcm UMNO jugak lembabnya.. kena tukul 20x.. baru bergerak satu hun..

    ReplyDelete
  2. Yes sokong. Dah sign dah. Demi masa depan anak cucu, tak boleh kasi can sama umno lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sign di mana.mana link nya.dulu ada link di keadilan daily masa sign pmbebasan anwar

      Delete
    2. Sign di mana.mana link nya.dulu ada link di keadilan daily masa sign pmbebasan anwar

      Delete
  3. Kalau tak setuju dan menyanggah intipati deklarasi sila kemukakan hujah2 dimahkamah.

    Mungkin tuang amanat belum faham deklarasi rakyat memandangkan amanat tuang entah kemana, ubah sendiri deklarasi rakyat kepada AMANAT RAKYAT.ini bukan perjuangan mengkafirkan puak lain tapi perjuangan membela rakyat tertindas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai haji hadi

      Kalau rumah kau terbakar apakah kau tidak akan berbuat apa2 juga.
      Adakah kau akan berdiam diri dan berzikir semata mata ?
      Ada kau akan menyelamatkan keluarga dan harta benda ke tempat selamat terlebih dahulu??
      Adakah kau akan terus berdiam diri dan berkata itu sudah takdir Allah dan kita jgn sama sekali mengubah dan melawan takdir Allah kerana tidak mahu menderhaka kpd Allah???

      Delete
    2. patut deklarasi ni di 'tepek' je ke dahi hj hadi,...baru dia teguh berdiri,...ini terlompat-lompat da mcm hantu cina zaman dinasti plak,...da ade peluang tadbir negeri,...tp dia ponteng plak,...khalifah jenis apakah ini?

      Delete
    3. Khalifah dedak

      Delete
  4. Dengan tidak berbuat apa-apa lah usaha dan susah-payah mengubah Malaysia sebagai negara yang selamat tidak memberi kesan apa-apa.

    Najib tidak buat apa-apa dengan deklarasi gerakan rakyat ? Tidak betul sebab Najib akan buat lagi teruk jika kita tidak buat apa-apa. Deklarasi ini memberi kesan yang kuat pada Najib dan puak-puak yang menyokong Najib.

    Saya antara kelompok 32,000 orang yang telah menanda-tangani deklarasi tersebut. Tahniah kepada anda semua yang termasuk dalam kelompok 32,000 yang terawal menanda-tangani deklarasi tersebut. Anda adalah hebat !

    ReplyDelete
  5. Jumpa kawan-kawan atau jumpa sedara mara.. tanya dah tanda-tangan ke belum ?

    Kalau belum...nanti bila dia cerita pasal Najib kasi tarok lah !!

    Ini bukan tenguk mat rempit berlumba.. siapa menang dan siapa yang tergolek.

    Ini bukan kerja suka-suka tapi tanggung-jawab.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Adnan mansor gila tu yang nak menganjurkan perlumbaan untuk mat rempit dalam bandaraya.
      Knp tak anjur depan rumah dia saja? Kemudian ajak mat rempit masuk kedalam rumah dia bercampur dgn anak bini dia.

      Delete
  6. Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia tidak akan mencapai sasaran jika
    1. Ahli UMNO khususnya anak muda terus dihadapkan dan menerima bulat-bulat dakyah Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Harian Metro dan The Star bahawa Melayu dan Islam di Malaysia dalam ancaman.
    2. Ahli UMNO khususnya anak muda menerima bulat-bulat tuduhan Dr Mahathir Mohamad adalah pengkhianat bangsa dan agama.
    3. Ahli PAS khususnya penyokong tegar Haji Abd Hadi Awang menjarakkan diri dari undi tidak percaya terhadap Mohd Najib Abd Razak
    4. Rakyat tidak berparti khususnya anak muda sudah tidak berminat mengikuti perkembangan negara

    Perlu diingat berapa usaha sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan Najib-Regim oleh pihak pembangkang dan NGO secara demokratik menemui kegagalan. Malah tiada satupon yang menghasilkan keputusan signifikan. Jika keputusan PRU13 yang menghadiahkan PR 53% kuasa tidak berjaya menempatkan mereka di Putrajaya, maka rakyat sangat skeptikal dengan usaha memorendum/deklarasi sebegini. Benar tanpa usaha berterusan kita tidak akan ke mana-mana. Namun dengan tekanan demi tekanan yang menimpa rakyat, deklarasi ini dilihat tidak memberi kesudahan yang baik.

    Usaha terakhir yang Dr Mahathir Mohamad dan rakyat ada kini ialah mengadap Majlis Raja-Raja dan memohon campurtangan Istana. Masalahnya kebanyakkan DYTM Sultan-Sultan masih tidak dapat melupakan 'tragedi' Perlembagaan yang menghadkan kuasa Istana dan sistem kehakiman yang dikepalai Dr Mahathir tahun 90an. Maka, membebaskan Anuar Ibrahim dengan mengakui kisah 1998 suatu konspirasi dan kesilapan adalah penyelesaian interim terbaik demi menjayakan langkah-langkah seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Pang, pung, pang, pung, akhirnya ko konar kat Anwar jugak.

      Ada ka patut.

      Sempat jugak menangguk hee..

      Delete
    2. Setuju dengan membebaskan Anwar Ibrahim adalah jalan penyelesaiannya.

      Bermula dengan penyingkiran Anwar Ibrahimlah mulanya semua institusi di usik. Ini bukan mengungkit.

      Ramai yang terlibat akan menanggung malu dan merasa dosa yang dipikul amat berat. Mereka tidak terkata-kata dan ini peluang yang Allah swt berikan pada Tun Mahathir.

      Mungkin Anwar Ibrahim terus dipenjara tetapi Tun Mahathir telah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.

      UMNO ... umpama telah ditolak oleh Tun Mahathir ke gaung yang gelap dan dalam.

      Semua nya terletak di tangan Tun sendiri.

      Delete
    3. Jika yang masih tidak memberi sokongan deklarasi rakyat.. nak tanya, jika tidak tanda tangan, adakah Najib akan beri baki RM1.1 billion kepada anda? Tidak. Sebab anda adalah rakyat yang di lembukan oleh UMNO.

      Tetapi jika anda tanda-tangan deklarasi tersebut, anda juga tidak dapat apa-apa tetapi negara anda pulih dan sembuh dari segala penyakit. Anda adalah rakyat yang merdeka !

      Delete
  7. Di mana, bagaimana, nak tandatangan diklarasi rakyat, sokong 1juta%

    ReplyDelete
  8. Mari ramai ramai tandatangan di sini..
    https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1

    ReplyDelete
  9. Cash is king adalah rasuah yang telah jadi penyakit kronik kepada sebahagian rakyat Malaysia. Inilah halangan utama penyebab agenda pembaharuan, reformasi yang diharapkan tidak dapat dilakukan terhadap kerajaan Barisan Nasional khasnya penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

    Jangan pandang remeh terhadap rasuah yang diamal oleh Najib. Tanpa mengetahui cara merawat, mencegah, menghapuskan nikmat rasuah itu apa jua program yang diilhamkan tidak akan mampu dilaksanakan dengan jayanya kerana dari rasuah itu akan wujud pngkhianat diserata pelusuk sebagai penghalang.

    Ketika ini Najib dilihat sebagai pengecut tapi beliau masih mampu tersenyum dan ketawa kerana rasuah telah berjaya melindungi beliau dari kesalahan menipu dan mencuri duit rakyat. Guna duit rakyat untuk perbodohkan rakyat.

    Deklarasi rakyat adalah satu perjuangan yang menghimpunkan rakyat dari pelbagai idealogi tanpa memainkan isu perkauman, agama, mahu pun kasta yang mereka miliki. Tujuan utamanya adalah menyingkirkan pemimpin celaka dari terus mencelakakan rakyat dan negara Malaysia.

    Mengumpul tandatangan rakyat sehingga sejuta orang hanya ingin menggambarkan sokongan. Tapi sokongan tandatangan itu tidak kukuh untuk dijadikan sandaran. Penerangan perlu dilaksanakan dulu agar orang ramai faham kenapa kita wajib menyingkirkan pemimpin celaka dari terus memerintah.

    Dalam masa yang sama mesti ada kumpulan ahli fikir yang mampu berfikir mencari formula melawan amalan rasuah Najib. Tanpa cara mnentang rasuah, Najib, Zahid, Hishamuddin akan terus ketawa kerana mereka akan diculik ISIS.

    ReplyDelete
  10. Yg penting rakyat jgn jadi alat atau kuda tunggangan najib.
    Menteri2 UMNO, MT UMNO, Ketua2 Bahagian UMNO semuanya pemakan dedak belaka sebab itu mereka akan tetap dan terus bersekongkol dgn Najib.
    Kerana itulah Najib berani gunakan slogan Cash is King.
    Daripada Najib dapatkan Cash yg byk ini untuk terus menjadi King?
    Dengan apa yg berlaku pada hari ini rakyat kena tanya diri mereka sendiri.
    Wang yg cukup banyak dlm akaun peribadi Najib datang daripada mana dan sekarang telah pergi kemana?
    Najib kena bagi pembuktian tentang duit ini. Begitu juga 2 credit yg dipegang oleh najib.
    Kenapa mesti ada 2 credit card drp bank yg sama?
    Kalau najib pegang 1 credit card siapa yg pegang yg satu lagi?
    Wang yg telah dibelanjakan drp 2 credit card ini untuk tujuan apa?
    Adakah wang yg telah dibelanjakan ini untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan rakyat dan negara? Mana semua details perbelanjaan ini.

    ReplyDelete
  11. Ybhg Tun kami menyokong penuh deklerasi tersebut jgn gundah rakyat yg teraniaya akan terus menyokong yg baik dan menlaknat kemungkaran yg sedang berlaku sekarang hinggakan nama malaysia tersohor sebagai negara yg menjuarai rasuah tetapi kita heboh mengatakan ini negara islam tetapi tak mengikut lunas2 islam

    ReplyDelete
  12. Ybhg Tun kami menyokong penuh deklerasi tersebut jgn gundah rakyat yg teraniaya akan terus menyokong yg baik dan menlaknat kemungkaran yg sedang berlaku sekarang hinggakan nama malaysia tersohor sebagai negara yg menjuarai rasuah tetapi kita heboh mengatakan ini negara islam tetapi tak mengikut lunas2 islam

    ReplyDelete
  13. Deklarasi ini mungkin gagal dimata najib dan penjilat tapi sudah berjaya dengan cemerlangnya di hati rakyat.

    ReplyDelete
  14. Takyah sain-sain..buang karan jer..tu ari utk sokong anwar kuar penjara pon sain jugak..ade budak Najibbur Razakstan tu heran..eloknye..pakat ramai-ramai gi umah dia..kite pakat sekeh pale bengap dia tu sikit sorang..perasmian acara akan dimulakan oleh Tun M..amacam?

    ReplyDelete
  15. Bersatu rakyat malaysia tanpa mengira bangsa dn agama untuk menyelamatkan tanah air dri lanun seluarbesi jibgo dn puti rakus minakerbau.

    ReplyDelete
  16. Itu tinjauan DEKLARASI RAKYAT. Bagaimana kalau dibuat tinjauan yang beriku:-
    1. # RespectMyPM
    2. # REJEctMyPM
    Mana yang tinggi peratus dia

    ReplyDelete
  17. Selama ini Rakyat boleh bersuara semasa Demo, Picket, tulis dalam blog atau bising sesame kawan. Tetapi sekarang dengan adanya petisyen maka bolehlah membuat secara formal bantahan anda. Saya bukan cakap pasal DR sahaja malah penyokong najib pun boleh berbuat perkara yang sama. Cuma masalah yang diragui dengan cara sebegini ialah sesiapa boleh masukkan nama dan IC tak kira betul atau tidak.

    ReplyDelete
  18. Pada aku, lebih baik Anwar dilepaskan. Biar orang ramai sendiri menilai beliau. Tahukah sekalian ramai juga di PKR tidak mahu Anwar lagi ? Tetapi ramai tidak tahu perkara ini kerana Anwar dikurung dan kekuatan atau kelemahan beliau yang sebenar tidak diketahui umum. Jadi biar dia lepas dan kita tengok.

    ReplyDelete