Tuesday, 29 March 2016

MALULAH WEH, "SESUATU DI LUAR JANGKAAN" DARI LELAKI 91 TAHUN PUN MASIH DITAKUTI...

Tidak ada manusia yang normal yang tidak terkejut dan "garu kepala"  dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa kata-kata Tun Mahathir Mohamad ingin melakukan "sesuatu yang di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib, boleh dianggap sebagai menghasut.

Malah jika bapanya, Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO masih hidup, pasti beliau juga turut terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh anak sulungnya itu.

Antara lain Nur Jazlan berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan mahu melakukan "sesuatu di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib.

"Dia (Tun Mahathir)  bercakap perkara itu kepada umum. Tidakkah ia boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?

"Pihak polis sedang menyiasat. Lagi banyak Tun Mahathir bercakap, lagi banyak bahan untuk polis siasat.

"Jika siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kita akan mengambil tindakan," kata beliau.

Kenapa Nur Jazlan begitu takut dan sensitif dengan kata-kata "sesuatu di luar jangkaan" itu, lebih-lebih lagi ia hanya diucapkan oleh seorang lelaki yang sudah mencecah usia 91 tahun?

Apa yang  "di luar jangkaan" yang mampu dilakukan oleh Tun Mahathir dengan usia sebegitu? 

Atau adakah kata-kata itu diungkapkan oleh seorang kepala pengganas yang sudah banyak kali terbukti bahayanya kepada umum?

Memang diketahui ramai bahawa Tun Mahathir ingin menjatuhkan Najib, tetapi pernahkah beliau mengatakan mahu melakukannya dengan kekerasan, di luar batas undang-undang atau langgar saja Perlembagaan negara?

Malah, tidakkah Nur Jazlan sedar, dalam program NothingToHide di PWTC tidak lama dulu misalnya, apabila diminta untuk menghentikan ucapannya, Tun Mahathir langsung tidak membantah dan sedia akur dengan kehendak pihak polis?

Bukankah itu sudah cukup untuk menunjukkan Tun Mahathir seorang yang patuh kepada undang-undang?

Jadi, kenapa begitu takut dengan sekadar kata-kata mahu melakukan "sesuatu di luar jangkaan?"

Dalam hal ini, sebagai pemimpin muda yang mudah-mudahan tidak sama dengan Ahmad Maslan, apakah Nur Jazlan tidak boleh memikir dengan logik akal dan pertimbangannya yang sihat bahawa "sesuatu di luar jangkaan" yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir itu bukan saja dalam bentuk tindakan politik yang aman, tetapi juga tetap tertakluk kepada undang-undang dan Perlembagaan?

Apakah "sesuatu di luar jangkaan" mesti berkaitan kekerasan atau mengganggu keselamatan saja? Bukankah ia juga mungkin sesuatu yang bersifat aman?

Kenapa dengan mudah, malah hampir semua perkara mahu digertak dengan penggunaan kuasa polis, siasatan dan tangkapan?

Mengapa tidak sudah-sudah mahu mengampu dan menggembirakan hati Najib?

Belum cukup lagikah dedak jawatan Timbalan Menteri yang dinikmati sekarang?

Apakah dengan "sikit-sikit polis, sikit-sikit menghasut"  ini menunjukkan pemimpin UMNO sudah kehilangan upaya untuk menjawab secara politik segala isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir mengenai Najib? (SH 29/03/2016).

67 comments:

  1. Kenapa Tun Mahathir bercakap? Sebab bila ditanya tentang skandal duit bilion2 tu sume diam tak jawab pun. Bukti2 pun tak tunjuk. Kalau tak nak org bercakap sila bagi jawapan kukuh dan buktinya sekali tentang duit 2.6b dan 42 juta tu.

    Yg nak saman SWJ tu.....bila nak saman? Kata lapuran WSJ tak betul, tipu.....jadi baiklah saman je dia org, tambah pulak kan ke ada bukti2 relevan yg dapat sangkal kenyataan WSJ. Jangan buat macam2 alasan saman je demi utk bersihkan nama dan maruah.

    Yg terkini video Four Corners Australia tu tak nak saman ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 91 tahun tapi masih geliga boleh tipu hidup2 mereka2 yg pernah ditindas sewaktu pemerintahannya...akhir kalam...deklarasi lebih utk ganti PM org UMNO dgn another org UMNO...selamat UMNO pru14...of coz with some concessions...dedak dari seorg berumur 91 tahun..so sape yg bagi talian hayat pd UMNO sebenarnya....btw...jgn benci sgt pd tokjib...kan nnt pengganti tokjib lagi teruk...deklarasi ke2 plak kan dgn org 91 tahun...muyiddin and tokjib...kan nnt nk maaf plak tokjib yg dah pencen...x gitu? kah kah kah...mmg PANdir marah klu org panggil mereka PANdir tapi PANdir ttp PANdir

      Delete
    2. Yang untung PH sebab memang pun nak orang ramai sedar yang ganti Najib lagi teruk dari Najib.

      Mana mungkin pemakan dedak yang diberi oleh Najib lebih cerdik dari Najib. Contoh, contoh ya Zahid dan Ku Li.

      Delete
    3. Anon 22.27. Sape yg nak jadi PM tu begantung pda undi paham? Parti yg banyak suara dlm parlimenlah yg akan jadi parti pemerintah. Bukan soal lagi teruk pada najib. Kalau lagi teruk dari yg sekarang ni tentulah rakyat akan bertindak. Suara rakyat suara keramat. Tak ada rakyat tak adalah kerajaan.

      Kalau kita tengok ada kemungkaran kita nak biarkan saja ye. Contoh kalau kayu dinding rumah dimakan anai2....kita biarkan je ye...hanya sebab takut kalau diganti dgn kayu baru, kayu yg baru tu akan lebih teruk dari yg dulu. Elok benarlah tu ye??

      Delete
    4. Apakah video tersebut sebagai
      tanda dan petunjuk yang Najib
      sudah sampai ke penghujung?
      Kalau benar konco2nya pasti gelabah.

      Delete
    5. Cakap TM melakukan sesuatu di luar jangkaan terangkanlah apa itu tindakan diluar jangkaan, supaya semua orang boleh berfikir. PERKATAAN DILUAR JANGKAAN TERLALU UMUM ada yang baik ada yang tidak baik

      Delete
  2. Pembetulan - WSJ.

    ReplyDelete
  3. tugas polis membela rakyat...bukan membela najib!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn benci sgt kt najib...kan nanti yg ganti najib lagi teruk...terpaksa plak maafkan najib utk ganti org UMNO yg ganti Najib dgn org UMNO lain plak...fiuhhh

      Delete
    2. Dalam deklarasi rakyat bukan Najib sahaja yang di singkir, pemimpin yang bersongkok dengan Najib pun kena singkir.

      Tara Baca Punya Orang.

      Delete
    3. Anon 22.29. Ada ke kita boleh tentukan apa yg akan jadi kemudian. Herannya ada org boleh baca apa nak jadi masa depan. Teruk ke tidak lepas ni hadap jelah. Janji kita dah usaha yg terbaik mencegah kemungkaran. Selebihnya tawakal pada Allah jelah. Allah bagi akal suruh bepikir, dibagi anggota suruh usaha dgn tulang 4 kerat, bukan serahkan nasib bulat2 pada keadaan je.

      Delete
  4. Suatu masa dahulu, dadah menyebabkan orang berperangai aneh dan bercakap karut. Kini, dedak sudah ganti dadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bila termakan dedak Pak Lebai pun jadi mamaiii dan mulut jadi ciritbirit.

      Delete
    2. Betul tu, bila termakan dedak Pak Lebai pun boleh jadi mamaiii dan mulut jadi ciritbirit.

      Delete
    3. dok mengharap dedak madey yg belum tentu dpt...kesian...krn dedak madey...sanggup turunkan najib utk diganti dgn org umno jgk...urghhh...air...air...dedak kering kt tekak ni...khtuiiihhh...

      Delete
    4. Pepatah Melayu Moden:

      sePANdir2 PANdir melompat...akhirnya PANdir2 sujud pd madey juga

      Mengharap dedak madey

      PANdir memberi nyawa kpd UMNO

      Seperti menyokong Madey yg masih UMNO

      Sudah PANdir ditimpa Madey

      Harapkan Madey...Madey makan PANdir

      Delete
    5. Selain dedak, pil kuda juga bahaya, tengok apa yang dah terjadi pada lebai hadi.Terlebih sebut pil kuda pun dah jadi bangang sebaris dengan balaci UmngoK.

      Delete
  5. Code name 'Mr.X'

    Tapi pondan bukan main...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. X dan macai2 sejalan, kini psikologi mereka telah sampai ke-tahap psychotic. Bahaya sungguh orang gila duduk di kerusi pemerintahan...

      Delete
  6. Apa atak helan nea aa , ini macam olang punya cekap ,meleka-meleka kena cekap itu macam maa aa , kalau tidak habit lor rr .

    ReplyDelete
  7. jazlan...jgn takut dgn tun mahadhir. nazri kata tun mahadhir baling gelas pun tak pecah.
    beriathu najib dan semua majlis tertinggi umno. no to worry too much..that old man is 91.
    tapi jgn lupa...org tua ni masih berbisa. he n the rakyat will go all out to kick najib.

    ReplyDelete
  8. Dulu saya respect dgn nur Jazelan ni semasa dia dlm PAC. Tetapi bila dah bertaraf menteri, rupa2nya perangainya mcm pemakan dedak yg lain.

    Manusia mudah berubah bila dpt kuasa. Nur jazelan sama juga mcm yg lain tidak ada kelainannya spt sangkaanku dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapa borek anak rintik..
      Bapa pun bodoh..anaknya lagi la bodoh..

      Ingatnya jadi menteri.. dapat tunjukkan karisma cerdik melebihi aruah bapaknya.. kesianlah org tua tu.. bertelurkan anak yg lagi bodoh rupanya..

      Sila sampaikan pesanan ni kpd Nur Jazlan Mohamed Rahmat

      Delete
    2. Ikut hikayat pembesar2 Melayu lama... wajib bodoh adalah wajib untuk menjadi menteri hatta menyuruh rakyat berkubu betis menahan serangan todak, yang pandai perlu dibuang ke laut kerana menasihat raja berkubukan batang pisang.

      Ikut hikayat pembesar2 Melayu moden tak ada bezanya. Wajib bodoh adalah keperluan untuk jadi menteri terutama jika perdana menterinya bodoh hatta menyuruh rakyatnya membayar GST kerana perdana menterinya tidak pandai mendatangkan keuntungan kepada ekonomi negara, malah menteri menasihatkan rakyat disuruh jangan makan itu dan ini jika harga naik, yang pandai dibuang ke penjara kerana memberikan nasihat pemulihan ekonomi dapat dilakukan jika keborosan, ketirisan dan pecah amanah dalam pentadbiran dihentikan.

      Delete
  9. Enjoy Din,
    Saya teringat kata kata hikmah pak Hamka berkenaan hidup satu perjuangan,"Kamu menangis ketika kamu dilahirkan,tetapi orang lain senyum dan ketawa,berjuang lah sehingga sampai saat kematian mu,apabila kamu akan senyum tapi orang lain akan menangis meratapi kematian pemergian mu ".

    Itu la makna negarawan,berjuang walaupun disaat maut semakin hampir atas dasar perjuangan dan pegangan yg ia percaya demi kebenaran sebab perjuangan yg belum selesai.Pemimpin biasa mereka akan bersara seperti biasa.

    Jadi kalau nur jaslan nak cakap pasal tindakan atas Tun M maka sila tindak,memang pun dah jadi perkara biasa bagi orang orang yang berjuang dan berprinsip,kamu bukan berhadapan dgn pemimpin umno yg beriman kan kedudukan dan harta dunia.

    ReplyDelete
  10. Enjoy Din,
    Saya teringat kata kata hikmah pak Hamka berkenaan hidup satu perjuangan,"Kamu menangis ketika kamu dilahirkan,tetapi orang lain senyum dan ketawa,berjuang lah sehingga sampai saat kematian mu,apabila kamu akan senyum tapi orang lain akan menangis meratapi kematian pemergian mu ".

    Itu la makna negarawan,berjuang walaupun disaat maut semakin hampir atas dasar perjuangan dan pegangan yg ia percaya demi kebenaran sebab perjuangan yg belum selesai.Pemimpin biasa mereka akan bersara seperti biasa.

    Jadi kalau nur jaslan nak cakap pasal tindakan atas Tun M maka sila tindak,memang pun dah jadi perkara biasa bagi orang orang yang berjuang dan berprinsip,kamu bukan berhadapan dgn pemimpin umno yg beriman kan kedudukan dan harta dunia.

    ReplyDelete
  11. Dia terlampau suspen. Apa yang 'di luar jangkaan'. Pecah otak memikirkan nya.

    Tanya Tun mampos lah dia nak bagitahu..

    Itu yang libatkan Polis supaya Polis soal-siasat Tun dan dapatkan maklumat.

    Punya ramai pemakan dedak tapi tak berguna. Makan je.

    ReplyDelete
  12. Siapa yg gertak siapa skrang ni? Tun M mengertak atau nur Jazlan yg mengertak Tun M dan rakyat yg tidak berpuas hati dengan skandal 1MDB najib?

    Nur Jazlan, bapa kau dah lama meninggal dunia.
    Buat apa nak petik nama orang yg telah tidak ada untuk menjadi benteng diri kau.
    Kalau Tok Mat masih hidup mungkin dia pun menyesal mempunyai anak yg sanggup makan dedak seperti kau. Mungkin kau yg terlebih dahulu makan penendang Tok Mat

    ReplyDelete
  13. Budin,

    Cepat-cepat buat ensaiklopedia senarai dan latar belakang penyokong-penyokong Kepala Lanun, baik ahli politik, anggota pentadbiran dan penjawat-penjawat awam tahap VVIP.

    Senarai ini penting untuk rakyat kenal pasti dan jadikan bahan rujukan. Dengar ceritanya Kepala Lanun dah gelabah dan mengira hari. Kalau Tun "masuk dalam" itulah yang sebenarnya "sesuatu yang di luar jangkaan" kerana ia bakal menyemarakkan semangat serta menggembling tenaga rakyat. Tun tahu tu, diakan seorang maestro politik.

    ReplyDelete
  14. Malaysia now turn to police state. Penyamun dan samseng berlesen menguasai kabinet dan dilindungi "penyangak" beruniform. Dalam police state ini, perompak dan pembunuh lepas bebas, yang mendedahkan watak yang merompak dan membunuh akan disiasat dan ditangkap. Malaysia kini sudah menjadi Malingsial dan tidsk mustahil akan bertukar menjadi Malaysial jika kepimpinan yang ada sekarang terus dikekalkan. NAJIB MUST GO!!!

    ReplyDelete
  15. Sikit-sikit polis..cubit sikit repot polis, kena jelir lidah pun repot polis ,mentang-mentang la polis tu memang bapa dia punya.Mereka mereka ini menteri yang dilantik bukan diatas dasar merit,langsung tiada kebolihan dan ketajaman minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur jazelan awat hang tak pi repot kat black magic woman?

      Delete
  16. Berjuanglah TDM demi kebenaran

    ReplyDelete
  17. Dah bagi betis nak peha pulak.

    Itu kira untung juga lah Tun nak bagi sikit. Kalau Tun tak bagi jangkaan awal, tunggang-langgang, lintang-pukang jadi nya UMNO nanti.

    Kalau yang cakap macam Tun ini ialah Pak Lah atau Ku Li atau Hj Hadi, apa lagi Najib, orang tak ambil pot pun

    Kan senang kalau UMNO paksa Najib berundur .

    ReplyDelete
  18. Nur Jazlan yang juga tidak ada perasaan malu, mungkin kuasa sudah menguasai beliau. Perompak depan mata beliau tak nampak, apa punya menteri. menteri kelabu asap. hilang hormat dengan menteri-menteri umnongok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey yg 91tahun pun senang2 janjikan dedak kt PANdir2 dalam PH...turun Najib...naik UMNO lain...UMNO selamat PRU14...PH ni dptla dedak2 Madey yg x seberapa...willing buyer willing seller...kah kah kah

      Delete
    2. Komen 22 40 komen dalam jangkaan.

      Tolong bagi komen yang di luar jangkaan. Hihihi.

      Delete
  19. Hanya BINANTANG sahaja makan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak Madey kt LKS, Mike Sabu kira camner tu...takan mereka pun binatang?

      Delete
    2. Muhyiddin di tawar kan jawatan Gabenor dan Pengerusi tapi di tolak sebab dia kata saya tak makan dedak.

      Kalau LKS atau Mat Sabu makan dedak, yang makan dulu ialah Muhyiddin.

      Tak masuk akal apabila penyokong tumbangkan Najib kena beri sumbangan RM 10 sebagai tanda sokongan di katakan makan dedak ?

      Delete
    3. Kesian orang melayu - dimohon sedekah rm10 utk melawan kezaliman maharajalela boges bilyon

      Delete
    4. Baca betul-betul sumbangan dengan sedekah kan jauh bunyi nya. Makna nya pun tak sama tau.

      Pemakan dedak sebenarnya lah yang lebih hina dari peminta sedekah.

      Dalam UMNO semua nya pemakan dedak. Dah nama pun dedak...

      Delete
  20. Mahathir punya luar jangkaan bukan macam apa yang Jamal Ikan Tongkol atau macam Raja Bomoh buat.

    Ini betul-betul punya luar jangkaan.

    Yang boleh teka cuma Najib sorang je. Itu pun belum tentu tekaan Najib betul.

    Bagus jugak lepas ini mana-mana Tun Mahathir pergi ceramah gerakan harapan rakyat, Menteri, Timbalan Menteri sampai lah ke bahagian, semua kena dengar ...

    ReplyDelete
  21. Nanti umno dah d tendang kerajaan baru blh stat siasat simamat siut ni...

    ReplyDelete
  22. najib n team yg kepanasan sekarang...tp cybertrooper@macai@pemakan dedak belaan maslankingofjoker pulak yg terlebih kelam kabut sampai tulis merapu.....

    takkan takut hilang sumber dedak!

    ReplyDelete
  23. Cybertrooper pemakan dedak tahap SRP je....

    ReplyDelete
  24. omno dah tak guno
    macam macam alasan dicari untuk sekat orang
    siasat matde dah banyak dah tapi habok pun tarak
    depa mana berani nak dakwa matde
    rasa takut ada lagi dalam hati
    matde bukan bodddo sangat dia pun tau omno tak berani dakwa dia

    ReplyDelete
  25. Ada satu nama nur jazlan, dulu PAC dah gohed gostan, kini Najib dah bagi jawatan, kenalah cover, kalau tak bentan.

    Ada satu nama nur jazlan, dah terima dedak nak tunjuk jantan, Tun Mahathir pulak hendak dilawan, beza dengan Tun bueh dengan lautan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pon nak pemes cam mat maslan 3.85, ah sang apam balik, laman dahanlan, semail goblok dan lain2 yg sewaktu dengannyer..pelapis la katekan..mulai sekarang layak la dia diberi name glamor "NUT JUSTLANcau" sesuai dgn perangainye tuh!

      Delete
  26. Demi sesuap dedak... Apa kan daya...

    ReplyDelete
  27. Demi sesuap dedak... Apa kan daya...

    ReplyDelete
  28. Bagus komen pro najib. Kemungkinan ada dedak saki baki ditabur. Walaupun najib kini bersih sebersih bersihnya, ramai masih skeptikal tindakannya dulu yang tak boleh dipadam dari kotak pemikiran:

    " kenapa dulu menafikan 2.6 billion dengan bersungguh sungguh?"

    Bila dah terbukti, pelbagai sebab logik penggunaan 2.6 billion mula kedengaran...dari perisai najib (menteri2 yang bijaks), walau masa tu tak pasti lagi dari mana punca 2.6 billion.

    Tulislah apapun yang meyakinkan kami tentang kebenaran di pihak najib.,tapi kami tetal terkesan dengan penafian yang kami anggap penipuan kepada hamba rakyat.

    Mahathir juga ada kurangnya. Cuma tak dapat dibuktikan dengan fakta yang tersebar luas macam 2.6 billion yang semakin dipeduli orang luar Malaysia.

    Antara penipuan paling jelas kepada rakyat, yg secara terang2 adalah menafikan wang 2.6 billion. Jika saya hidup di zaman Tun, atau zaman kesultanan melayu melaka, logiklah saya bangkitkan skandal zaman dulu.

    Sekarang zaman 2.6 billiun. Saya perlu akur, membandingkan pemerintahan zaman sekarang dengan zaman Tun banyak faedahnya kepada hamba dedak, bukan hamba rakyat.

    Bandingkanlah wahai pemakan sisa dedak., anda ada habuan di sana. Ada le tu, Allah nak give us a lesson.

    Mari bersetuju dengan kenyataan dari pemimpin yang berubah2 statementnya.
    Mari kena tipu hingga PRU 140.
    Mari lihat mereka membela pemimpin ketika di tampuk kuasa.
    Mari ungkit kemungkaran pemimpin dulu untuk memuliakan pemimpin sekarang.
    Mari andaikan pemimpin pengganti lagi teruk dari sekarang, syukurlah...
    Mari fikirkan, pemimpin pengganti mungkin tidak menaburkan dedak langsung, terus makan sorang sorang.

    Mari...

    ReplyDelete
  29. Agak-agak salah parking kot dengan kelulusan yang ada padanya,Patut beliau ditempatkan menjaga duit/pembelanjaan negara.Inilah kecelaruan yang menimpa pemimpin dari umno ini kerana dimuat turun tampa kajian.

    ReplyDelete
  30. Ade kelulusan tinggi tapi pale hotak tarap SRP..lebeh korang dengan Ahmad Badsha jer..jage stor munasabah ler..hehehe..

    ReplyDelete
  31. Nampak seolah-olah mereka ni dah kena sampuk entah jembelang apa tak tau. Takut sangat dengan apajua 'bayang-bayang'. Yang paling menghairankan ramai 'ulama' dalam UMNO....apa dia orang buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahjibgor tengah bersyubahat dengan alamak takfir kepala pas itu kan? Hei hei hei sungguhnya ucapan isle mereka tidak turun lepas keronkong mereka...

      Delete
    2. Dulu Hadi Awang berkecimpung dengan Anwar Pakatan Keadilan Rakyat siang malam duk hukum UMNO Dr. Mahathir itu sebagai KAFIR! Sekarang mananya "Keadilan" pemimpin PAS yang ia menyeru lantang kepada orang Melayu selama berpuluh tahun? Ah Jib Gor itu bertindak adil ke mana?

      Delete
    3. Munafik ada di lapis neraka terbawah...

      Delete
    4. Ulama semuanya telah dibisukan dengan fatwa "Cash Is King" oleh Ketua Kabilah Najib AlMunafik...

      Delete
  32. Nak main polis polis pulak si jazlan ni. Dia ingat polis ni barua dia nak jaga kepentingan dia saja. Baru timbalan menteri dah berlagak lebih drp menteri.
    Oii bodoh. Kau ingat rakyat ni tak tahu apa hak kami? Kalau bangla dgn lndon bolehlah kau nak gertak gertak.
    Career bapak kau dulu pun setakat duta ke lndonesia saja. Itu lah yg paling jauh pun. Sedarlah diri tu sikit.

    ReplyDelete
  33. Anak Mohamad Rahmat ni patut pi jumpa Mahathir..dan tanya brapa juta md Rahmat dpt dari KL Tower. Pi belajar kt luar negara pakai duit rasuah..ni lah jadinya. Senang dibeli olih Njaib. Msa jd PAC Chairman, kokoknya kuat. Cash is King..baru bg jawtan Tim. Menteri...otak pun otak rasuah.

    ReplyDelete
  34. Nur jamban skrg turn ko hantam tun ka,lu jaga skit silap hari muka ko dibaling taik.apa ra lu orang kacau org tua 91 tahun.dia tanya korang jawab tak bole jawab tutup mulut faham.3b bodo.bingai dn bangang

    ReplyDelete
  35. Kenapalah beruk2 ini takut sangat dgn Tun dia bukan buat apa2 pun semua dah kecut telor Tun dah pimpin 22thn malaysia ni hingga termashyor dgn pembangunannya bukan yg sekarang ni termashyor juga tetapi sebagai juara rasuah penyelewengan dan penyamunnya itulah bezanya Tun yg hebat tu terusjan tun rakyat bersama mu

    ReplyDelete
  36. Ahmas maslan, di mana kah diri mu? Senyap je....tak best la cam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa nak bersuara.. kang nampak sangat bangangnya bang..

      Delete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. Hantu bajau gigi jarang semakin bermuka muka mungkin dah dapat dedak RM1 juta

    ReplyDelete