Tuesday, 29 March 2016

BERAPA LAMA LAGI NAJIB MAMPU BERTAHAN?

Sesuatu yang luar biasa mengenai Tun Mahathir Mohamad ialah tentang kesungguhan dan komitmennya yang tinggi terhadap perkara yang diperjuangkan dan ingin dicapainya.

Sebagaimana beliau telah menunjukkan hakikat itu ketika membina dan membangunkan negara ini serta ketika memimpin UMNO sehingga kemenangan dua pertiga sentiasa menjadi dakapannya meskipun diranjau dengan pelbagai cabaran, begitulah kesungguhan dan komitmennya dalam memastikan pengunduran Najib ini.

Setelah keluar UMNO, menggerakkan Deklarasi Rakyat, menghadiri Kongres Rakyat di Shah Alam pada Ahad lalu, pada Isnin malam pula beliau terus di pentas ceramah rakyat  untuk menghadiri Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan Indah.

Walaupun tiada jadual asal untuk bersetuju hadir, tetapi demi komitmen untuk memastikan pengunduran Najib menjadi kenyataan, Tun Mahathir muncul akhirnya.

Petunjuk yang jelas ialah sebagaimana yang dipersetujui bahawa selepas Kongres Rakyat, program-program Selamatkan Malaysia ini akan turun ke negeri-negeri dan seluruh pelusuk tanahair, Tun Mahathir tidak berlengah lagi untuk menunjukkan komitmen sanggup "mengotorkan tangannya"  demi menyelamatkan negara ini.

Beradanya Tun Mahathir sepentas dan duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak lagi dilihat rakyat sebagai perbuatan janggal atau bersekongkol dengan musuh, tetapi lebih dianggap sebagai perjuangan untuk menyelamatkan negara yang semakin rosak dek angkara Najib.

Difahamkan juga, dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir telah memberi persetujuan untuk turun sekurang-kurangnya ke lima bagi program Selamatkan Malaysia ini iaitu di Selangor, Johor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Sudah tentu dalam semua program itu, selain pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan yang akan hadir, dua bekas pemimpin kerajaan daripada UMNO iaitu Muhyiddin Yassin dan Mukhriz pastinya juga akan turut serta.

Selepas Tun Mahathir turun ke lima negeri itu, bagaimana kedudukan Najib agaknya?

Adakah beliau semakin kuat atau semakin rapuh?

Dalam masa yang sama, sebagaimana yang dimatlamatkan iaitu untuk mengumpul sejuta tandatangan bagi Deklarasi Rakyat, ia juga barangkali sudah menjadi kenyataan dan akan dipersembahkan terus kepada Majlis Raja-Raja bagi menunjukkan penolakan rakyat pelbagai kaum terhadap Najib.

Selepas itu pula, sejuta yang kedua, sejuta yang ketiga dan seterusnya pula akan terus dipersembahkan daripada semasa ke semasa kepada Majlis Raja-Raja?

Meskipun Raja-Raja tiada kuasa dari segi perlembagaan untuk menyingkirkan Najib, tetapi apakah Raja-Raja akan berdiam diri saja apabila menerima lori demi lori tandatangan rakyat yang menolak Najib?

Melihat keadaan yang sama, apakah pimpinan UMNO akan berdiam diri saja dan tidak terdetik di hati sebahagian daripada mereka untuk turut mengakui bahawa Najib sudah menjadi liabiti dan penghalang kemenangan dalam pilihanraya?

Akhirnya, mampukah Najib bertahan lagi meskipun Ku Nan, Annuar Musa dan Salleh Said Keruak sentiasa cuba meniupkan angin syurga ke telinganya? (SH 29/03/2016).

51 comments:

  1. najib...u hv no choice to go. time us not with u now. our old man tun mahadhir is still strong. majority malaysian support tun mahadhir.
    najib let i b honest with u. Your mouth is full of LIES.
    seluruh rakyat malaysia dan dunia mahu melihat kamu dan rosmah d bawa ke makamah dan terima hukuman.
    ALLAH BERKUASA. manusia tiada kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib....tm is a brillian man. at 91 he is still strong. tm will go all for u.

      Delete
    2. go all out for u.

      Delete
    3. Allah berkuas utk memberi kuasa kepada siapa yg Dia mahu dan menarik kuasa dari saipa yg Dia mahu,tapi buat masa ini Allah masih membenarkan Najib berkuasa sebagai PM.Melalaklah kamu dgn Mahahtir sekuat mana pun,apa pun tak jadi .Kesian pada Mahathir yg dah tua tapi masih gila utk berkuasa mencaturkan politik negara.

      Delete
    4. 1147am..apa sangkut Allah dgn hubungan manusia dgn manusia bang? Fitnah hang ni sudah cukup jelek.. apa semalam hang ada pergi jumpa Allah ka? Atau Allah ada bagitau kat hang yg Dia suka Najib ka?

      Nak membodohkan orang guna nama Allah.. mmg orang melayu cukup pakar. Dah la belajar pun malas, ada hati nak bodohkan manusia lain guna nama Allah dan tohan pulak!!

      Hal manusia...uruskan dgn manusia jugaklah bro.. tuhan pun x amik pot hal manusia-manusia..Selesaikan sendiri lol... ikut kepandaian masing2.. dasar manusia spesis melayu bodoh!!

      Delete
    5. Boleh tak Zaid Ibrahim guna duit kutipan rakyat tu buat salinan dlm bentuk CD dokumentari Four Corners sekali dgn sarikata dan edarkan semasa himpunan rakyat. Bagi semua rakyat tau hebatnya Najib.

      Delete
    6. sabaq 12:15. kemugkinan 11:47 ni buta hati org dia. saya ingat dia bukan melayu yg ada akai

      Delete
    7. saya setuju 200% cadangan 12:31
      bila siap cd bagi kat 11:47. baru dia paham

      Delete
    8. 11.47 tu buta hati sbb terlebeh makan dedak der!!

      Delete
    9. Anon 11:47,

      Syaitan pun Allah bagi kuasa utk menyesatkan manusia sampai hari akhirat. Syaitan ada dua jenia, Jinn
      dan manusia. Kamu ni telah disesatkan olih syaitan manusia iaitu Najib, pengamal rasuah. Orang yg mengamal rasuah dikutuk dan dihina Allah. Allah bg peluang pd Najib supaya terus mengamalkan rasuah dan menyesatkan lain2 makhlok spt kamu. Ni dipanggil istidraj. Lagi banyak 'cash is king' lagi banyak dosa.
      Jgn quote firman Allah..sekerat2, ok.

      Delete
    10. Anon 11:47: kalau ibadah tak cukup, ilmu agama pun tiada maka diam itu adalah lebih baik daripada cuba memberi pandangan sebegitu. PM tu mmg syaitan manusia, Allah masih izinkan dia di situ untuk terus menyesatkan org2 jahil seperti kamu.

      Delete
  2. Selagi ada Geng Dedak, selagi ada Mem Badak, selagi itulah Mapudulung Sonrobone akan bertahan kerana syok di puja puji sebagai ikon wasatiyah. Geng berdarah biru boleh buat apa yer..??? Musykil musykil... Tunai adalah Raja. Mapudulung adalah tuan kepada Tunai... Geng Balak dan Bauksit di Pahang pun takat taraf 'Penyangak' saja di mata Mapudulung. Kahkahkah..

    ReplyDelete
  3. selepas 27/3 kogres rakyat. kita tak dengak anging najib menyalak. mana dia kruak, dahlan, annuar,nazri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keruak si karabau dengan mengahnya menuduh Tun M sebagai diktator.
      Keruak si karabau dgn cukup mengah menuduh Tun M menggunakan ISA untuk menyekat kebebasan bersuara.
      Keruak si karabau memuji najib kerana memansuhkan ISA supaya rakyat bebas bersuara.
      Apakah keruak si karabau ingat rakyat lupa siapa yg menutup blog blog di internet selama ini.
      Bukankah ini semuanya kerja keruak si karabau?
      Jadi siapa yg menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara selama ini?
      Tun Mahathir atau keruak si karabau?
      Siapa yg menjadi ketua menteri sabah selama dua tahun sahaja?
      Kenapa dua tahun sahaja? Jawapannya sebab keruak si karabau memang betul2 bodoh macam karabau

      Delete
  4. ala apa nak nakut dgn org tua tu..BALING GELAS PUN TAK PECAH

    La ni kita tengok.. org tua tu baling gelas pecah ka..atau tak pecah..

    klu pecah kita p tentang pungkok nazri...apa mcm...kah kah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi nazri?
      Berani cakap berani tanggunglah
      Bila kau nak tonggeng pungkoq?
      Biar rakyat tendang punkoq hang sampai pecah teloq.
      Hang jangan gaduh nazri...pecah biji teloq boleh ganti dengan biji nangka.

      Delete
  5. ya betul
    kasihanlah kpd anak cucu kita
    malaysia yg mcm manakah akan kita pusakakan kpd mrk
    sy berumur 40an dan Alhamdulillah mampu utk hidup selesa hasil dr didikan dan kemakmuran hidup zaman tun M.
    dlm jiwa ada keyakinan dan self esteem yg tinggi kerana sbg anak malaysia dan org melayu pd masa itu sy berbangga dikenali sbg org malaysia tapi kini anak2 kita tidak dpt merasa semangat malaysia boleh (positif)

    ReplyDelete
  6. Kekuatan najib kini ia lah pada tongkatnya yang tunggal, ia itu tuang gundu lebai marang. Kena usaha dahulu ranapkan tongkatnya, maka dia akan tertonggeng tak bangkit lagi.

    ReplyDelete
  7. Setelah tiga program, Najib masih bertahan dan tidak menunjukkan reaksi, bermakna Najib juga mesti di lawan cara batin kerana Najib juga mendapat bantuan dari bomoh SeMalaysia.

    Kena cari seseorang yang sanggup menanggalkan tangkal berbalut kain merah di pinggang Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan raja bomoh sedunia tentunya lebih hebat dari bomoh semalaysia

      Delete
    2. Tiada apa yg mampu menghalang kudrat Allah bila tiba masanya. Dan kita semua akan dipersoal oleh Nya kelak ttg apa usaha kita menentang kejahatan kebatilan dan maksiat. Hanya pengikut iblis sahaja yang memakai tangkal, InsyaAllah pengikut ini akan menyembah bumi dalam masa terdekat...

      Delete
  8. Yang bathil akan kecundang jua alkhirnya. Itu janji Allah. Perasuah, Pendusta dan Penguasa Zalim PASTI akan rebah kerana Allah iti Maha Adil dan Bijaksana. Najib dan regimnya akan jatuh sehina2nya dan layak dihukum sewajarnya

    ReplyDelete
  9. Tahanlah selagi bernafas. Tapi detik jantung ada had tempohnya. Maka kebaikan akan di kenangi dan sepastinya keburukan akan di adilkan.

    ReplyDelete
  10. Lagi lama Najib bertahan, lagi punah negara. Mana masuk dek akal pemimpin yang buat tak betul macam Najib, menjadikan negara lebih baik.

    Samada penganti Najib mencontohi Najib atau jadi lebih teruk dari Najib.

    ReplyDelete
  11. Firaun yg hebat pun kecundang atas izin Nya, inikan pula najib. Tunggu masa saja nk di telanjangkn oleh rakyat bersama hulubalang2, menteri2, hakim, pnguatkuasa dan pemakan dedak yg lain..
    Kami akan pastikn kamu semua mandi dan minum dgn air kencing rakyat yg dizalimi..

    ReplyDelete
  12. Mereka sangka mereka ada kuasa, ada AG, ada IGP, ada Menteri , ada ahli UMNO dsb.nya, maka perbuatan rasuah Najib dibiarkan sahaja malah disokong. Masya'Allah dimanakah keimanan kamu, amal makruf nahi mungkar !.

    ReplyDelete
  13. Yang balun duit rakyat, aku doakan kena strok di hari tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib tak kena strok sebab naji darah bugis. darah bugis tak boleh jena strok.

      Delete
    2. Berat sangat nak doakan Najib supaya kena stroke.Doakan dia botak satu kepala sebab tak boleh lena tidur kerana songlap duit rakyat dah cukup rasanya buat masa ini.

      Delete
    3. X nak ler dia kena stroke....tak bleh didakwa.....Aku nak dia didakwa di mahkamah...Nak tgk penjilat2 Njib skrg ni mcm mana... Nak ngaku bodoh ke tak/...he..he..

      Delete
    4. Biar tanduk karabau tumbuh di kepala najib

      Delete
    5. Takyah la kene strok satu badan..mild strok..lembik sebelah tangan dan muke herot sikit pon dah okay..masih boleh gi court..tapi masalahnye..apandi kutty kene strok satu badan..sape lak nak dakwe tuh?

      Delete
  14. HARI INI HARI SELASA. KALAU NAJIB TAK NAK SAMAN WSJ APAKATA NAJIB BUAT SUMPAH LAKNAT BAB DERMA 2.6 BILION TU

    ReplyDelete
  15. Tengku palsu tu tak berapa berani bersuara lg sbb seluar dah terlondeh.zakarnya yg pendek dah nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak panggil dia dengan Tengku jugak ke atau tak payah?

      Delete
  16. 11:47.... sebenarnya kasihankan anda ...merapu tp cuba tunjuk ada pengetahuan beragama.

    sbg saudara seislam... ini nasihat...terpulanglah...
    hentikan makan dr sumber tidak halal.... hati jadi hitam... buta mata hati.....

    duit yg dibayar tu asingkanlah.... insyaallah...kalau ianya tak jadi darah daging...anda akan berada pd jalan yg benar..

    sama2 kita menegakkan yg haq... menentang yg bathil...belum terlambat... pulanglah...

    ReplyDelete
  17. Ku Nan, Annuar Musa, Salleh Said Keruak antara pendahulu senarai yang mesti gulung tikar bersama-sama Najib. Diikuti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Mad Maslan, Ismail Sabri, Rahman Dahlan, Azalina, Shahrizat, dan SEMUA penyokong Dato Najib. Selagi mereka ni kekal dalam kerajaan selagi itu barah yang menimpa negara tidak dapat dipulihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku paling teringin sangat
      nak tengok Sharizat dan Azalina
      kena gari. Bila ya?

      Delete
    2. Aku pula Mejar Jeneral Jamil Khir.
      Kerana dia sapu duit anak yatim.
      Seorang lagi Mamak Azeez Abdul Rahim.
      Sebab TH guna duit aku beli tanah 1MDB
      dengan harga berlipat kali ganda.

      Delete
    3. Rais Yatim....Fuad Zarkasi.... Naina Merican.... Tajuddin Rahman....KJ....Bung....MB Melaka.....heiii pening....semuanya yg berjawatan skrg kasi tukar.....hai2 bye2...

      Delete
    4. Aku tak kisah.
      Tapi Lembu-Lembu aku nak Sharizat yang kena gari.

      Delete
  18. Deklarasi Rakyat : Dapatkah Menjatuhkan Najib ?

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.my/2016/03/deklarasi-rakyat-dapatkah-menjatuhkan.html

    ReplyDelete
  19. Orang UMNO harus muhasabah diri. Ketua-ketua kamu, bermula dari zaman TDM hingga sekarang, tidak pedulikan kamu. Mereka hanya mahu jaga kepentingan kaum keluarga dan kroni saja. UMNO ni sudah rosak habis. Jadi mulalah tinggalkannya dan bersama dengan parti yang boleh selamatkan negara serta masa depan cucu-cicit kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua parti politik sama sahaja.Kau ingat bila UMNO bungkus nanti masalah hidup kau akan selesai?PAS,HAMIM,Semangat 46 dan PKR semuanya daripada UMNO.Parti yang melacurkan agama lebih teruk lagi.

      Delete
    2. Takut sgt nak tukar,kuasa pd Rakyat,yg tak betul kita tukar pulak

      Delete
  20. Din aku nak semua harami MT, kabinet 1Mdb, penasihat pencacai najib dan pemakan dedak from khazanah sekali...depa semua kita kena heret pie dalam sekali. jangan bagi chance langsong kat harami harami nie.duit anak yatim and th pun depa sapu, tunggulah next election, depa taboq banyak mana pun depa mesti bungkuih punya.

    ReplyDelete
  21. Mr.X pondan telah memalukan negara dan rakyatnya!!

    ReplyDelete
  22. moga kerajaan bn tumbang pada pru14.

    ReplyDelete
  23. Dilema cai Najib: Nak makan dedak atau anu pak dermawan arab ??

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete