Tuesday, 22 March 2016

JANGAN LUPA, SHABERY CHEEK JUGA ADA SAHAMNYA...

Ketika heboh seluruh negara dengan tangkapan seorang pegawai berjawatan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan atas dakwaan menyelewengkan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta sambil  menerima habuan peribadi kira-kira RM20 juta, tidak dapat dielakkan timbul sama desakan agar menterinya, Khairy Jamaluddin turut bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Lebih-lebih lagi dengan pengakuan KJ semalam bahawa pihaknya tidak menyedari perlakuan yang sudah lama dilakukan pegawai terbabit dengan menyalahgunakan prosedur kerajaan yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan, termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.

Tidak, saya tidak menyedari perkara itu, kata KJ lagi.

Pengakuan jujur KJ itu  lantas membuatkan ramai yang bertanya, apa kerja beliau selama ini, tambahan pula wang lebih RM100 juta yang diselewengkan itu bukanlah suatu jumlah yang kecil?

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang mempersoalkan apa kerja Ketua Setiausaha, Pengarah dan pegawai-pegawai atasan lain yang lebih tinggi daripada Setiausaha Bahagian itu?

Apakah mereka tidak memantau dan  langsung tidak menyedari wujudnya perlakuan sumbang berkaitan kehilangan wang sebegitu besar sedangkan ia sudah mula berlaku sejak 2010 lagi?

Bagaimana dengan laporan audit setiap tahun yang dilakukan sejak 2010 , apakah tiada sedikit pun dapat dikesan penyelewengan dan penyalahgunaan dalam laporannya? 

Bagaimana laporan audit boleh bersih setiap tahun?

Selain itu, mampukah seorang Setiausaha Bahagian secara sendirian saja menyelewengkan sehingga RM100 juta tanpa penglibatan orang lain yang mungkin bersubahat sama dengannya?

Walaupun beban tanggungjawab utama adalah di bahu menteri, tetapi  untuk berlaku adil, terutama kerana penyelewengan itu telah berlaku sejak 2010 lagi, tidak seharusnya KJ saja yang memikulnya kerana beliau menjadi menteri hanya bermula tahun 2013. 
Menteri sebelumnya  di Kementerian Belia dan Sukan ialah Shabery Cheek yang dilantik bermula pada 2009 hingga 2013. 

Sudah tentu dalam hal ini, Shabery juga mesti tampil dengan penjelasan dan jawapannya kerana wang RM100 juga mula diselewengkan di eranya menjadi menteri.

Beliau tidak harus berdiam diri, lepas tangan dan seolah-olah tidak terkait sama sekali dengan isu yang sedang diperkatakan ramai sekarang.

Jika Shabery turut memberi jawapan tidak menyedarinya, sama seperti KJ, apakah ia kerana Setiausaha Bahagian itu terlalu hebat dalam kerja jahatnya atau semua yang ada dalam kementerian - daripada Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengarah-Pengarah sejak 2010 sehingga kini "tak boleh pakai" sama sekali? (SH 22/03/2016).

36 comments:

  1. Guane pulok ahli parlimeng ambe buleh telibat same neh? Sekali pong mulut dia besor..tapi natang neh napok macang dok ghok chetong. Laing la kalu hok yang betine napok cang jatang tuh. Budok KJ tuh pong buleh tahang bekire gak tuh..awok jangang dok tahu! Ke guane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keno getoh jugok lah gu weii...doh bakper menteri Dom tahu setaghangg nihh..dok ghokk dok malay bohhh...SETIAUSAHA lg kayoo dari menteri nihhh...hihihi

      Delete
  2. http://innertradingcirclereview2015.com/inbox-blueprint-2-0-review/

    The Internet is a great place to do business, whether you're a retailer selling a particular line of products or a service provider making your living on the Internet. There is, however, one age-old problem with business that never seems to go away: people won't buy what they don't know about.

    ReplyDelete
  3. Standard Malaysia...tiada accountability! Bila berlaku masaalah, bos cepat lepas tangan. Kalau Jepun atau Korea, bos dah gantung diri atau terjun dari bukit.....dan mampus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Menteri pun harus bertsnggungjawab, kementerian dia.
      X faham lah. Senangnya mereka menipu.

      Delete
    2. Setuju. Menteri pun harus bertsnggungjawab, kementerian dia.
      X faham lah. Senangnya mereka menipu.

      Delete
    3. Hakikatnya, kalau semua penjawat awam (dari level bawah hingga atasan) ada perasaan takut kepada Allah, perkara ni dah pasti dah lama terbongkar, bukannya sapa 10 tahun duk biar kawan tu songlap duit kerajaan.

      Contoh mudah, bila kita kerja sepejabat, dah pasti kita tahu atau perasan office mate kita pakai jam mahal ke, bowok handbag luar biasa mahal ke.. dan sebagainya.

      Hari raya... hari kenduri.. kita gi rumah dia, takkan laa takde sesiapa perasan 'keluarbiasaan' prasarana di rumah tu, kan?

      Namun, yg pasti.... walaupun mungkin ada yg perasan, masing2 barangkali hanya berkata sendiri... hmm... ni hasil duit kopi laa ni... dan terus ajer pejam mata, pekakkan telinga...

      Sikitpun takde rasa tanggungjawab nak laporkan perkara "luarbiasa" tu..

      Agaknya, sebab jadi Whistle Blower di Malaysia ni, dah takde perlindungan ya?

      Delete
  4. Kalau kena kepala sendiri buat diam je,kalau kena kat pembangkang, tengok mcmana sikap diaorg.mcm hereng nampak bangkai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tapi pembangkang bertaraf penasihat kini bertaraf tongkat.

      Delete
    2. ...tapi pembangkang bertaraf penasihat kini menjadi tongkat.

      Delete
  5. Dalam dapur ada banyak kuali.

    Kuali A x boleh tegur kuali B, "Hei kuali B, punggung hang lebih hitam dpd aku punya". Begitu bagi kuali B, juga x boleh tegur kuali C, "Hei kuali C, punggung hang lebih hitam dpd akun punya". Begitu lah seterusnya hingga lah ke kuali Z yang x boleh tegur kuali A demi kelengkapan kitaran.

    Jika semua (amaran: x semestinya hanya ada 26 biji kuali) akur kpd falsampah ini, insyAllah semua dan parti selamat di dunia hingga ke akhirat.

    Nota kaki: kata-kata, "Aku x tahu pun" jua menepati falsampah parti iaitu ikutan kepada tempias si presiden.

    ReplyDelete
  6. Pak Shah, nampaknya satu gerombolan moral kucing kurap sudah lama menyertai tindak-tanduk Si Mapadulung Sanrabone - Mata Wang Itu Maha Raja!

    ReplyDelete
  7. Sy fikir,penyelewengan seumpama ini berlaku di setiap kementerian. Hanya menunggu masa utk didedahkan..en.budin,apa cerita khir baharom dengan isu samannya berhubung isu wang yapiem? Maaf kalau sy agak ketinggalan @ mgkin terlepas pandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman? ...tunggu hari selasa

      Delete
  8. Najib dengan orang orang dia semuanya kebal belaka.
    Ambillah apa tindakan pun sia sia belaka.
    Orang kaya mana nak dengar cakap orang miskin macam kita!

    ReplyDelete
  9. Ini sebab umno semakin sakit dan nazak di warisi oleh pemimpin pemimpin lemah dan bermasalah,pi kerja asyik garu kote dan pungkok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...lepas garu, cium(hidu) jari.

      Delete
  10. Ini sebab umno semakin sakit dan nazak di warisi oleh pemimpin pemimpin lemah dan bermasalah,pi kerja asyik garu kote dan pungkok.

    ReplyDelete
  11. Menteri tak tahu? Menteri patut tahu atau tidak? Cam ni kaliber orang cita2 nak jadi PM. Anyway, saya tak terkejut, sejak isu MH 370. Jabatan2 kerajaan tunggang langgang pasal MH370. Walau apa pun terjadi selepas ni, tak perlu terkejut. It is a new normal in malaysia.

    ReplyDelete
  12. Alang-alang siasat kementerian sukan ni, elok jugak buka audit menyeluruh. Bagaimana peruntukan dibelanjakan. Bukan sedikit peruntukan yg ada, tapi kebanyakan atlit yg naik adalah inisiatif sendiri sblm kementerian dan badan sukan tumpang glamour. Keluarga Sidek, Shalin Zulkifli, Nicole David semua dgn inisiatif famili.elok tengok peratusan peruntukan yg dibelanjakan utk perkara yg tak sepatutnya, spt berapa ramaikah ahli politik yg xde kena mengena turut sama pergi Manchester utk Komanwel. Berapa ramai "pegawai" yg ikut kontinjen sukan sedangkan jurulatih kekadang terpaksa dikurangkan...Wallahua'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil menteri tak tahu. Bekas budak tingkat 4 tuuuuuu...Graduated drp Oxford University.Cakap macam lepas tangan saja. Mudah sungguh. Shaberry pun diam mcm tokong. Selama ni cakap sampai berbuih buih mulut knp skrng tiba2 jadi bodoh.
      Lainlah kalau RM100.
      Atau mungkin ada share.

      Delete
  13. Biasalah bila cari makan,hendaklah sama-sama periok nasi jangan bubuh pasir.Satu dunia pun tahu Malaysia kini rasuah amat tertinggi amalanya.Nasib baik TSMY mempunyai aklak tinggi tolok segala rasuah,kalau tak sudah jadi gavenor pg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan cari makan dah tapi ini CURI makan

      Delete
  14. Lagi bukti betapa orang2 berjawatan tinggi esp jusa semua hanya makan gaji buta.

    ReplyDelete
  15. Audit...mana audit?
    Siapa audit?

    ReplyDelete
  16. Saya rasa pegawai tu ikut tauladan Azalina. Azalina juga rembat duit KBS dan kebanyakan kekayaan dia adalah semasa dia jadi Menteri KBS selain Tourism Ministry.

    Harap SPRM buka balik fail terhadap Azalina yg telah ditutup tu.

    ReplyDelete
  17. 2 menteri teratas dalam senarai tersebut adalah menteri pembodek paling kuat dan dahsyat dan kedudukannya pun mengikut rating yang betul. Patut laa PM Najib mudah mempergunakan mereka mereka ini sebagai benteng pertahanan beliau. Nampaknya perbuatan rasuah di KBS ni mula bercambah di era menteri Tomboy memegang amanah potfolio berkenaan. SPRM MESTI korek sampai ke akar umbi! Senarai bank yang begitu banyak menyimpan duit rasuah ini tidak mustahil juga adalah akaun2 proxy utk pihak2 tertentu. Jika tidak masakan akaun bank dibuka sebegitu banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persuruhjaya Sprm Tan Sri Abu Kassim pun cakap besar saja.Bila buat taklimat dia sentiasa akan berkata tidak ada aduan yg dibuat di SPRM tidak disiasat semuanya mesti Sprm siasat tak kira kecil atau besar.
      Pembohong saja tu.

      Delete
  18. Sebab MT dan pemimpin UMNO sokong Najib semakin jelas.

    PAS bodoh. Bubur nak dijadikan Nasi semula.

    ReplyDelete
  19. Menteri, Ketua Setiausaha, Pengarah dan pegawai-pegawai atasan lain yang lebih tinggi daripada Setiausaha Bahagian semua nya BODOH belaka.

    Dengan mwnganggap ianya Setiausaha Bahagian adalah orang yang sama semenjak 2010 tanpa menukar orang nya atau re-structure setiap dua atau tiga tahun, mereka semua memang BODOH.

    Selain itu, mereka sedap dan selesa apabila kena kipas dan sentiasa di bodek tak kira masa.

    Ini lah akibat tak reti-reti nak tukar kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Cash is King. Boleh beli semua cawangan UMNO dlm Malaysia.
    Tapi daripada datang duit tu?
    Budget kena potong tapi duit melimpah ruah. Hairan?

    ReplyDelete
  21. Tak patut! 100juta mcm takde apa2? Rasuah ke mencuri....jauh beza tu. Dlm pada tu jgn lupa layan steadyaku47...ketua umno perak....KAYA NAK MAMPUS!
    Tu tak salahkan? Ptuii.....

    ReplyDelete
  22. Ini ker image sebenar ketua pemuda UMNO hari ini?
    Ini kah yg kita namakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara?
    Lainlah kalau Jamal Ikan Tongkol dan Ali Tinju yg jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekarang ni.

    ReplyDelete
  23. SU efektif dan efisien.

    ReplyDelete
  24. Senang je rembat smpai 20 juta.. tp sebulan dua lg cool le citer ni mcm citer jamil khir.. dah blh baca dah.. nk dakwa ke mana ape ke mana.. last2 pembangkang gak yg salah.. org yg bg maklumlah gak yg kena tangkap.. hahaha

    ReplyDelete
  25. Apakah masing masing dapat "menjamah" hasil haram tuh hingga semua pihak pun buat diam aja??

    ReplyDelete