Tuesday, 22 March 2016

DAH TENGOK CERMIN??

Alhamdulillah, memang rasuah musuh kita...

Tapi ada makcik Felda becok bertanya, dah berapa kali Najib tengok cermin sebelum keluarkan kenyataan tersebut?

Seterusnya mari kita baca kenyataan Mahfuz Omar ini:-

JANGAN LINDUNGI KM LIM GUAN ENG DAN JANGAN LINDUNGI PM NAJIB.

1. SPRM tidak boleh dilihat melindungi pelaku rasuah. SPRM juga tidak boleh dilihat menjadi menjadi alat kepada mana-mana pihak yang cuba memburukkan seseorang dengan isu rasuah tanpa penjelasan hasil daripada siasatan.

2. Dalam kes yang membabitkan laporan rasuah ke atas Lim Guan Eng ( LGE), Ketua Menteri Pulau Pinang, saya mengalu-alukan dan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan ke atas LGE atas isu pembelian rumah di bawah harga pasaran yang berharga RM 2.8 Milion dan perkara perkara yang berkaitan, malah jika didapati hasil siasatan mempunyai bukti yang mencukupi SPRM boleh mencadangkan pertuduhan ke atas LGE untuk diambil tindakan pendakwaan oleh Peguam Negara. Saya juga hendak tahu adakah benar dan bagaimana KM Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran? Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini?

RM 2.8 MILION vs RM 2.6 BILION.

3. Saya tidak bertolak ansur atas segala salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkuasa. Syabas saya ucapkan kepada pemimpin Umno Bn yang begitu tegas dan keras membangkitkan isu pembelian rumah oleh KM Guan Eng yang berharga RM 2.8 Milion tetapi mempertahan dan melindungi PM Najib dalam kes dana RM 2.6 Bilion dan RM 42 Milion dalam akaun peribadi beliau. Bagi saya, jangan lindungi KM Guan Eng dan jangan lindungi PM Najib jika cukup bukti dakwa mereka dan jika sabit kesalahan hukuman yang setimpal perlu dikenakan.

4. Persolannya ialah kenapa kertas siasatan SPRM yang mengandungi cadangan pendakwaan ke atas PM Najib atas kes SRC RM 42 milion dalam akaun peribadi beliau dibakul sampah oleh Peguam Negara? Kenapa permohonan SPRM untuk mendapat kebenaran Mutual Legal Assistance (MLA) daripada Peguam Negara bagi membolehkan SPRM meneruskan siasatan isu dana RM 2.6 Bilion untuk mendapatkan bukti serta dokumen daripada institusi kewangan yang berpengkalan di luar negara tidak diberikan kebenaran tersebut oleh Peguam Negara?

5. Kenapa Peguam negara takut dan enggan mengeluarkan MLA kepada SPRM? Kenapa dan apa hak Peguam negara mengarahkan SPRM menghentikan siasatan ke atas kes dana RM 2.6 Bilion dan SRC RM 42 Milion dalam akaun peribadi PM Najib? Jangan lindungi PM Najib dan KM Guan Eng hanya kerana mereka mempunyai kedudukan dan kuasa. Jangan dilihat undang-undang di Malaysia hanya orang biasa yang bersalah sedangkan Pemimpin yang berkuasa dilindungi dan terlepas lari.

#SelamatkanMalaysia
#ReformMalaysia
#BebasAnwar.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
22 Mac 2016/13 Jamadilakhir 1437H.
Dan jangan lupa, bagi tahun 2015, indeks persepsi rasuah negara terus merosot disebabkan oleh dua punca utamanya iaitu 1MDB dan wang RM2,600 juta.

Perlu cermin lagi besar agaknya? (SH 22/03/2016).

46 comments:

  1. Kita memang benci kepada amalan rasuah,kalau KM penang didapati melakukan rasuah maka tudoh saja nothing to hide,kerana masa mengundi nanti logo DAP sukar dijumpai dikawasan majoriti melayu mcm Umno dan lain,sebab DAP byk bertanding kawasan majoriti kaum cina yg PRU 14 100%akan beri undi pd DAP walaupun Guan Eng masuk penjara dan bersalah,lagi pun Guan Eng ini ramai cina penang nak beliau diganti dgn anak tempatan yg DAP bukan BN (jgn mimpi ) jadi terima kasih umno bongok tolong ahli DAP penang tukar Guan Eng. kemudian macam mana dgn perasuah Najib hampa org umno diam dan jilat ka, wahai org org umno dan pemakan dedak Najib jgn mimpi la undi melayu nak melayang senang kpd umno dgn isu Guan Eng ini sebab bapa kepala rasuah dan pengkianat negara serta org melayu islam masih meneraju parti umno iaitu Najib tolong sedar jgn asyik syok jilat benda kotor dan nak perbodoh org melayu.

    ReplyDelete
  2. Aduiiiiii...
    distract ni bro...
    awak pun te perang kap

    ReplyDelete
  3. saya fikir guan eng tak salah. hanya haram jadah umno nak bikin kacau dan nak alih pandangan. alo umno kami melayu tak bodoh. kami melayu tahu najib adalah seorang pencuri dan penyangak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lari dari mulut rimau masuk bulut buaya. Buaya Penang ini adalah PJM in waiting ranking tertinggi, jauh lebih tinggi dari ZH, Asmin, Rafezie, MM dll. Makanya ini bukan soal cerdik atau bodoh tapi soal takdak siapa nak masuk mulut buaya. Kalau kamu nak itu hak kome ler hik hik.

      Delete
    2. 408.. apa yg hang merapu bahasa dewa2 ni?? Perlu ulamak ke study asbabun nuzul ayat2 hang ni?? Kahkahkah.. langsung tarak paham bro..

      Delete
    3. sokong 100%.. umno haram jadah sengaja nak alihkan kes rasuah RM 2.6 billion dan 42 juta dari pandangan orang ramai. Apalah nak kecoh sangat dengan pembelian `banglo' 2.6 juta oleh LGE ni ?? Memang bangsat betul orang-orang yang mengheboh-hebohkan benda-benda remeh sebegini padahal yang ternyata rasuah disenyapkan...

      Delete
  4. Rumah 600ribu n 1 Juta da normal kt kl... Untuk upper middle class.... Kalo value 2.8 million, maybe monthly payment about 15k.... I pun nak tau Rumah apa yg nejib Ada kt Msia n overseas...

    ReplyDelete
  5. Korang gi tengok kat Putrajaya, bangunan suruhanjaya mana tengah buat dekat dengan MOF.

    Bijan dah standby dah.

    ReplyDelete
  6. Meluat betul tengok muka orang pecah rumah ni. Bilalah agaknya dia ni nak mampos.

    ReplyDelete
  7. Ini jawapan kepada pertanyaan YB Mahfuz Omar,

    Semua ni berlaku kerana negara ini mengizinkan orang paling jadah, pembelit dan celaka memegang jawatan PM dan AG. Dua jawatan penting ini tak ubah bagai lagu dan irama, saling melengkapi. Ini bukan cuma skrg berlaku tapi sudah lama dah!. Masing2 PM punya AG klik sendiri kecuali Pak Lah dan PM sebelumn Tun M. AG adalah penutup segala kebobrokan dan ketirisan berbilion RM aset negara sejak sekian lama. Rakyat sejak dulu, kini dan mungkin selamanya akan terus diperbodoh dan diperbangsatkan oleh dirty politicians.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal nampak muka Najib, teringat aku kat mendiang Altantuya dan RM2.6 bil. yang lesap Gone With The Wind.

      Delete
  8. Ditambah pula lagi dgn Tengku palsu dan ulamak penipu.
    Sekarang ni dah mula merasuah semua cawangan umno.
    Ingat umno ingat rasuah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengku nan dah santap?
      Bila nak mencemar duli sudi apa kiranya untuk turun bersiram di sungai gombak kat sebelah pwtc bersama inang2 dan dayang2.
      Selamat beradu tengku adnan. Kalau lambat beradu patik2 semua khuatir tengku adnan akan jatuh gering dan jadi almarhum sebelum pru 14

      Delete
    2. Lebih baik tambah pala kerana ia bekalan sendiri komdian hari. Fitnah tidak menambah apa apa melainkan dose. Dan dose itu tidak boleh dipassing-passing. Itu je pesan sesama insan.

      Delete
    3. 358 ni religiously overload.. pergi mampos la dgn hal ugama kamu. Sini tempat bincang politik. Kami tahu.. nakkan hal ugama.. kami pergi masjid la.

      Lu bukak blog ugama. Berepa ekor nak masuk blog ugama lu. Nak bodohkan orang pun.. agak2 la. Bangang!!!

      Delete
    4. Kalau bekawan dgn 'tungku' ni, batu pun berapi... Heh heh heh...

      Delete
  9. kekeke,...bagila berbuku2 soalan pun,...jawapannya tetap 'gasing',..berpusing dan pusing dan pusing dan pisung dan berpusing kembali,..kekeke

    ReplyDelete
  10. Pepatah ada mengatakan kata dulang paku serpih kata org aku yg lebih ikut apa aku kata tapi jagan ikut apa yg aku buat tahniah malaysia terkenal sebagai sebuah negara yg menjuarai rasuah

    ReplyDelete
  11. Pepatah ada mengatakan kata dulang paku serpih kata org aku yg lebih ikut apa aku kata tapi jagan ikut apa yg aku buat tahniah malaysia terkenal sebagai sebuah negara yg menjuarai rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan kini ianya bakal merosot lagi apabila satu demi satu kes banglo diskaun dan jualan tanah negeri di pulau mutiara terbongkar dan tersebar. Sabo ajelah.

      Delete

  12. NAJIB = RASUAH MUSUH KITA !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...dedulu by law, kekini by hulur.

      Delete
  13. Ya Najib perlukan cermin. Bukan yang besar tapi cermin ajaib. Bila berdiri depan cermin ajaib Najib kena baca 'Wahai cermin ajaib, siapakah Bapak rasuah? Kau tunjuklah muka orang itu ...'

    Baru dia tahu ...

    ReplyDelete
  14. Saya tidak setuju bahawa Rasuah adalah musuh nombor 1 kerana walaupun kedudukan negara terus merosot disebabkan rasuah, negara masih aman dan rakyat hidup dengan tenang.

    Najib terus mendapat sokongan dan kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri.

    Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana kalau di negara lain rakyatnya telah merusuh. Ekonomi dan saham nya rugi besar.

    Sebaliknya Ekonomi Malaysia stabil dan sentiasa berkembang.

    Jika bukan Rasuah, siapakah musuh nombor 1 ? Mahathir lah.



    bagi tahun 2015, indeks persepsi rasuah negara terus merosot disebabkan oleh dua punca utamanya iaitu 1MDB dan wang RM2,600 juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke,...Tun M musuh no.1,?,....ko lahir tahun bile?,...sbb kepakaran Tun M dalam meransang ekonomi negara lah,...kite ade satelit sendiri,...dpt ko merasa pakai internet,...harap la ni?,..bayar hutang,jual tanah,selewengan je mampu buat,..ke mcm mane?,...kekeke

      Delete
    2. Usah tunjuk kebodohan. Internet guna kabel gentian kaca bawah laut. Dan satu lagi kamu tak nak tanya siapa yang dapat tender pasang sume tu? Psst TST.

      Delete
    3. kekeke,...dan dari talian bwh laut lalu di pancar kan ke satelit bg memberi liputan menyeluruh,..ke pelosok negara,..adakah talian bwh laut bole menentukan kedudukkan lokasi kebodohan kamu melalui GPS tanpa bantuan satelit?,..adakah?,..

      mari belajar sains,...kekeke

      -Dasar Telekomunikasi Negara (DTN) dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Mei 1994. Objektif DTN adalah untuk menyokong pencapaian matlamat Dasar Pembangunan Negara iaitu perpaduan negara dan integrasi nasional melalui penggalakan interaksi antara kaum dan wilayah berasaskan kemudahan dan perkhidmatan telekomunikasi. Selain itu, DTN bertujuan membantu pencapaian matlamat Wawasan 2020 ke arah mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat melalui penggunaan rangkaian telekomunikasi yang moden dan canggih.-

      -Hala tuju negara dalam memajukan bidang telekomunikasi, berada pada paksi yang tepat dengan mengutamakan teknologi satelit dalam usaha menaik taraf perhubungan luar negara. Satelit Asia Timur Malaysia, (MEASAT-1) dilancarkan dengan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, dikuti MEASAT-2 pada 13 November tahun yang sama dan MEASAT-3 pada 12 Disember 2006. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, pada 22 Jun 2009, MEASAT-3a dilancarkan bagi menjadi pelengkap kepada kemampuan MEASAT-3. Kini, Measat Satellitte Systems Sdn. Bhd. (Measat), mendahului industri komunikasi satelit Asia Pasifik dengan penyediaan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan berpotensi daripada segi komersial.
      Kedudukan negara dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat (ICT), semakin terserlah di peringkat antarabangsa. Pengiktirafan pencapaian telekomunikasi oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia telah melonjak dari tempat ke-34 pada tahun 2009 melonjak kepada tempat ke-23 di dunia pada tahun 2010 -

      credit - http://www.majalahsains.com/perkembangan-teknologi-telekomunikasi-negara/


      projek jalur lebar adalah projek susulan bg memantapkan lagi bidang ICT negara,...lu cume hujah tender je?,..nampak sgt mung ni sangap nak seleweng,...tang tender plak disibukkan,...asal sebut projek je,...dia nampak tender je,...taubat la weyh,..kekeke

      Delete
    4. kekeke,..satelit naik 1996,...kabel gentian kaca (fiber optic) start 2010,..ke mcm mane tu?,...lu sendiri bodoh ke,..atau lu bodoh kan diri sendiri?,..tertinggal bas lagi ke?,...kekeke

      Delete
    5. anon 03:44,...ko y tulis,..aku copy/paste - Usah tunjuk kebodohan. Internet guna kabel 'gentian kaca' bawah laut. Dan satu lagi kamu tak nak tanya siapa yang dapat tender pasang sume tu? Psst TST.

      gentian kaca bukan fiber glass ke?,...

      -Gentian kaca banyak digunakan untuk menghasilkan tikar, penebat haba, penebat elektrik, memperkuatkan pelbagai jenis bahan, tiang khemah, penyerap bunyi, fabrik rintangan haba dan karat, fabrik berkuatan tinggi, anak panah, busur dan busur silang, panel bumbung lut sinar, badan kereta dan badan bot.

      credit - https://ms.wikipedia.org/wiki/Gentian_kaca

      kekeke,..xde pun disebut bule dibuat kabel,...
      setahu aku fiber optic y digunakan untuk buat kabel,..

      -Gentian optik boleh digunakan sebagai perantaraan (medium) bagi telekomunikasi dan jaringan komputer kerana ia sangat mudah lentur dan boleh diikat sebagai kabel.

      credit - https://ms.wikipedia.org/wiki/Gentian_optik

      kekeke,....mcm mane tu?,...ke lu salah pegi sekolah,..?,...kekeke

      Delete
    6. Kesilapan Mahatir yg mulakan kebobrokkan system sekarang tu tak di nafikan, tapi dia ada bagi kuah kat rakyat masa dia perintah, yg skg rakyat terpaksa jilat pinggan gara gara dia

      Delete
    7. kekeke,..perumpamaan ape main jilat2 pinggan ni?,...ko keje kitchen ke?,...kekeke,...y aku pasti legasi tinggalan Tun M adalah UMNO dan kerjasama parti kompenen MCA, MIC,..y di panggil Barisan Nasional (BN),..mereka2 ni ke y ko tuduh sebagai penjilat pinggan,...?,..apekah?,...

      - cite 'gentian kaca' amacam,..bule ke jadi kabel y ko sebutkan tu?,...kekeke

      Delete
    8. Ahhh..ni yang pakcik hangin ni..eeeerghh..haa.udah sedawe pulak..kome tau salahkan oghang tu oghang ni..takde sape pon yang salah..baik mahathir atau najib atau pak lah atau tun hussein onn atau tun razak atau tunku abedol rahman..sume tak salah..kome jangan memanda-manda nak ngate deme..kalo kome terlebeh panda..kome le pulak memeghentah..entah hape jadi gamaknye..aje nyer!!

      Delete
    9. kekeke,..sy mintak maaf pakcik,...sy respek org lama,...jika tiada y lama,..maka tiadalah y baru,...sy xtau la dari mana si panda tu belajar buat kabel,..kekeke,...xtau dia menyamar ke atau Myanmar,...kekeke

      Delete
  15. "Kami tidak mungkin mengabdikan diri kepada Syaitan, sebab itu dianggap kemungkaran, akan tetapi kita sekurangnya boleh menghormati bakatnya."

    ― Mark Twain, ada yang mengelarkannya bapak sasterawan America

    ReplyDelete
  16. Laporan goldman sach da hampir siap.yang amat bangsat da ketakutan kantoi bila2 masa je patut solidariti dgn askar.bila waktu kamu tiba ingat bagaimana tumbangnya suharto,marcos dan mubarak.undur dan terima hukuman atau nak tahan dihukum rakyat?

    ReplyDelete
  17. Khadem al qubaysi,al husseiny dan jho duit da kena frozen baru ada akai ingat bole tipu selamanya?red granite mampuih kantoi jibgo

    ReplyDelete
  18. Kes KM dah ada kes duluan (mansion Shah Alam) makanya kerja Sprm jadi lebih enteng dan tuntas. Terima kasih kepada YB Sekincan kerana tunjukkan jalannya.

    ReplyDelete
  19. KAH...KAH...KAH....ptui!

    ReplyDelete
  20. saya tak faham isu beli rumah tu... penjual setuju nk jual harga tu, pembeli dapat harga murah, ada apa hal? etika jual beli...km pun guna duit dia sendiri.. kalau beli harga mahal pulak dipertikaikan kenapa beli harga mahal macam beli spana harga rm2000 satu... paling senang lge, tuan jangan beli rumah tu...bila pencen baru beli... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. di katakan penjual rumah ade menerima projek2 dari kerajaan negeri P.Pinang,...SPRM siasat jika ade unsur rasuah dari segi penjualan rumah dan pemberian projek,...tp dari keterbukaan LGE sendiri y sedia untuk disiasat SPRM,...dan membawa reporter semua melawat ke rumah,..rasenye x jadi masalah kot kepada LGE,...cuma tggu hasil SPRM,...

      Delete
  21. Padan muka kau Budin orang pujaan kau dah kena

    ReplyDelete
  22. Kenapa abang suka paan muka kat orang lain... adakah Allah buat muka seseorang tak padan....? Peliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju,...mmg pelik,...slalu y main padan muka,...padan muka ni bebudak darjah 3,...

      Delete
  23. Mana ada orang nak jual rumah jauh lebih rendah dari harga pasaran kalau tiada apa-apa kepentingan. Aset 1MDB tu jual lelong tak boleh kira pasal dah terdesak sangat nak bayar hutang along.

    ReplyDelete
  24. Biaq pi la..dia nak juai ghega ikut merket ka tak ikut ka..hanpa peduli hapa..kalu betui juai bawah ghega tu bersabit dgn ada kepentingan..takpa la..dakwa saja la..tu..khir toyo pon kena jugak..ni budak-budak umno ni takdak keja laen nak kaleh isu..hanpa pi mabok lah!! Woi..orang2 kampong sèkelian..hanpa toksah dok tompang ikot mabok ngan depa sumua nih!

    ReplyDelete
  25. Tak nak tanya mcm mana tanah KTM di Singapura di let go mcm tu aje? SPRM gi lah siasat. Tak nak siasat brp byk tanah rizab melayu diambil di bwh harga pasaran dan dijual ke pihak swasta dgn harga berlipat kali ganda? Kerja sapa tu? Parti mana yg buat kerja mcm tu? Gi lah siasat. Siasat siapa saja. LGE? Najib? Anwar? Siasat semua. Jgn pilih2.

    ReplyDelete