Tuesday, 9 February 2016

TIBA2 SAJA PAC DAH NAK BUAT RUMUSAN, BOLEHKAH HASILNYA DIPERCAYAI?

Dua hari lalu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC, Hassan Ariffin secara tiba-tiba memberitahu, dua saksi terakhir akan dipanggil minggu depan untuk memberi keterangan berhubung siasatan pihaknya mengenai 1MDB.

Katanya, dua saksi terakhir itu ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrul Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengerusinya, Mohd Bakke Salleh.

Ini merupakan dua individu terakhir yang akan kita panggil sebelum Ketua Audit Negara membentangkan laporannya dan selepas itu kita akan membuat rumusan untuk dibentangkan di Parlimen, kata Hassan yang juga Ahli Parlimen Rompin.

Dengan pengumuman itu bermakna, laporan PAC berhubung pelbagai isu yang dicurigai dan diperkatakan ramai berkaitan 1MDB akan disiapkan dan diketahui tidak berapa lama lagi.

Pengumuman Hassan itu segera membuatkan salah seorang anggota PAC, Tony Pua "terkejut beruk" kerana  mendakwa ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini. 

Menurut beliau, memang persetujuan memanggil dua individu itu telah ditetapkan dalam mesyuarat sebelum ini, tetapi tidak pernah dipersetujui bahawa tiada lagi saksi-saksi lain akan dipanggil.

Katanya, terdapat beberapa saksi yang amat relevan untuk dipanggil memberi keterangan, antaranya Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz serta seorang lagi bekas CEO 1MDB iaitu Mohd Hazeem Abdul Rahman.

Selain itu, tambah Pua, ketika PAC dipengerusikan oleh Nur Jazlan juga turut secara rasmi telah meminta persetujuan Kementerian Kewangan untuk memastikan kehadiran Najib Razak dan Jho Low memberi keterangan kepada jawatankuasa itu.

Tidak saja Nur Jazlan yang mengumumkan keperluan Jho Low dipanggil memberi keterangannya, bahkan Khairy Jamaluddin juga menilai keperluan yang sama agar penyelesaian menyeluruh dapat dicapai berhubung kemelut 1MDB yang diperbualkan ramai itu.

Sehubungan itu, bagaimanakah agaknya rupa bentuk laporan dan rumusan PAC berhubung 1MDB nanti setelah saksi-saksi yang dianggap penting itu tidak dipanggil memberi keterangannya?

Kenapa Hassan begitu pantas mahu siasatan berhubung 1MDB ditamatkan?

Apatah lagi, jika diimbas kedudukan Hassan mengetuai PAC turut lebih kurang sama dan tidak banyak berbeza dengan Apandi Ali yang kini menjadi Peguam Negara.

Apandi dijadikan Peguam Negara secara mengejut menggantikan Abdul Gani Patail yang dikatakan tidak sihat untuk tugas itu, manakala Hassan pula dipilih sebagai Pengerusi  setelah PAC "dikelabu-asapkan" dengan Nur Jazlan dan beberapa ahli jawatankuasanya dinaikkan pangkat menganggotai pentadbiran kerajaan.

Kedua-duanya, Apandi dan Hassan mendapat "rezeki dan jawatan" di tengah-tengah siasatan terhadap 1MDB oleh sebuah pasukan petugas khas sedang rancak dijalankan.

Peguam Negara akhirnya menolak sebarang pendakwaan dalam kertas siasatan yang dilakukan oleh Bank Negara berkaitan 1MDB dan juga siasatan oleh SPRM terhadap Najib berhubung wang ribuan juta yang masuk ke akuan peribadinya.

Lantas, bolehkah diharapkan keputusan yang berbeza daripada PAC nanti? (SH 09/02/2016).

39 comments:

  1. Jgn lupa Gani Patail yg tidak sihat tu.. senyap2 dpt kerja baru di Sarawak Hidro. Pengkerusi uu.. Lumayan sih!!!

    Dari dulu lagi aku x pernah percaya langsung kerja buat si Ghani 4 Tahil ni.

    Sama mcm Ahmad Maslan, asal buka mulut bercakap ja, mmg dia berniat nak menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sakit boleh jadi pengerusi company besar....Doktor mana yg bagitahu beliau sakit.

      Ooo doktor Najib... patut le merapu.

      Delete
    2. Bro dia jadi pengurusi sejak 2014 lagi la ,dah tak relevan dgn cerita najib lanun sekarang yang terut melanun.mungkin nak dekat PRU 14 dan si Gani ini betul betul pencen baru dia nak bongkar cerita task force kut.

      Delete
    3. Woiiii...KJ mana dia slogan Pemuda harapan bangsa Pemudi tiang negara.
      Mana...mana..manaaaa?
      Dah jadi tokong ke?..Bisu dan Pekak.

      Delete
  2. Hasil yg buleh dijangka..Itulah yg jadinya bila 'has been politician' diberi nyawa baru,dia akan sembah Tuannya membabi buta,yg penting jawatan yg diberi akan selamat..semua comittee yg dibentuk hanya sbg penyedap mata dan halwa telinga belaka. Inilah ahli politik yg kita ada sekarang. Pd mrk yg berani sikit spt TSMY akan disepak keluar. Setelah 50 tahun aku hidup ni,tidak pernah wujud situasi politik yg menakutkan spt yg ada skrg. Malang sungguh Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila TSMY berani, dia tu desperado...

      Delete
    2. Hang salah tu...bukan TSMY yg desperado tapi Najib yg desperado tahap maximum...rakyat yg sokong dia boleh bilang dgn jari...kalo UMNO BN nak menang pru nanti sendiri may ingat lah...

      Delete
    3. Ketua wanita lembu. Jgn tergedik gedik sgt.lembu dalam kandang pun tak boleh nak jaga. Ada hati nak tipu rakyat. Kau ingat rakyat ni lembu macam kau jugak ker?

      Delete
  3. Apa pun hasil siasatan PAC ini, bagi saya ianya langsung tidak ada integriti dan boleh dipercayai kerana siasatan PAC tidak 100% bebas. Yang disiasat dan didakwa langsung tidak disentuh walhal kalau dalam kes kes yang tidak melibatkan VVIP, yang dicari dan ditarik atau dilokapkan adalah yang tertuduh sekali pun sekadar disyaki dan belum didakwa. Tapi dalam kes yang melibatkan Najib selalu yang dituduh dan disyaki, tidak pula tertuduh ini langsung disentuh atau dipanggil untuk sesi soal siasat selain beberapa saksi lain. Jelas PAC sebenarnya berada di bawah tekanan dan ketakutan kerana yang dituduh masih berada dipuncak kuasa dan boleh melakukan apa saja tindakan yang pastinya suatu yang tidak menjejaskan dirinya samada ianya secara langsung atau tidak langsung. Bagi saya PAC cuma sekadar "wayang" dan tidak mempersembahkan sesuatu yang realiti dan benar. Hanya siasatan yang 100% bebas seperti SuruhanJaya Siasatan DiRaja akan dapat merungkai persoalan sebenar dan mencari punca kepada masalah yang sedang melanda Malaysia ini berhubung 1MDB, duit 2.6 billion dan 42 juta itu. Tak perlulah PAC nak membuang masa dan membazirkan wang rakyat kalau hanya mampu menjalankan siasatan yang tidak langsung berintegriti dan bebas. Hanya mengabiskan beras saja dan sia sia. Lainlah kalau bukan PM yang terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bilis saja yang kena jerut. Ikan Yu saja yg bebas sebebasnya.

      Delete
  4. Hasil siasatan PAC mendapati IMDB tidak melakukan sebarang salahlaku urusniaga kewangan..kes ditutup...hahaha mcm ayat apandi..tunggu dan lihat..Money is King

    ReplyDelete
  5. Ingatkan dah buat temujanji dengan Jho Low sempena CNY. Takkan tak balik raya untuk makan besar sama bos 1MDB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Din, tlg delete comment di atas. Ngarut sungguh indon ni...

      Delete
    3. Puki mak punya indon

      Delete
  6. Dalam menentu kan Najib benar atau salah terletak pada ahli UMNO Baru kerana kekuatan Najib bermula dari situ. Andaikata semua ahli parti itu menolak kepimpinan Najib, PAC tidak mampu mempertahankan kedudukan Najib biarpun dia jujur.

    Dalam keadaan sekarang yang merosakkan negara dengan adanya cukai GST, harga barang naik, nilai ringgit jatuh, negara paling rasuah, pelabur lari adalah kerana ahli UMNO Baru menyokong Najib.

    Orang yang mengaku diri mereka ahli UMNO Baru patut diludah kerana membiarkan prestasi Malaysia yang dipimpin oleh Najib menuju kehancuran.

    Ahli UMNO Baru mesti bertanggongjawab segala kerosakan yang dilakukan oleh Najib terhadap Malaysia......HARAMJADAH!!!!!

    ReplyDelete
  7. Waktu saya d bangku sekolah saya amatrespek dgn org Melayu(Malaya)yg pegang jawatan tinggi dlm kerajaan.
    Pada saya mereka seperi demi- God.
    Rupa2nya they are different dgn our former colony masters. Lagi sakit n pedih bila d tindas bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  8. Waktu saya d bangku sekolah saya amatrespek dgn org Melayu(Malaya)yg pegang jawatan tinggi dlm kerajaan.
    Pada saya mereka seperi demi- God.
    Rupa2nya they are different dgn our former colony masters. Lagi sakit n pedih bila d tindas bangsa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dalam UMNO dah jadi parti Melayu bunuh Melayu

      Delete
  9. Saudara Din.
    Saya harap saudara dapat siarkan maklumat dan juga dokumen yang telah dipaparkan dalam Sarawak Report saperti bagaimana urusan bayaran berlian berjuta juta yang di beli olih Rosmah. Juga kisah manager bank BSI yang menerima gaji SGD 1juta dan bonus SGD 10 juta pada 2014 setelah mendapat pelanggan saperti 1MDB, SRC & Jho Low serta Brazen Sky berurusan dengan BSI. Juga banyak lagi dokumen yang didedahkan ketika perbicaraan berlangsung sekarang

    ReplyDelete
  10. Azalina@TomBoy kata:
    Negara lain rakyat tak bocor maklumat negara.
    Aku kata:
    Negara lain PMnya tak ada RM2.6Bilion dalam akaun peribadi.
    Bodoh@Bangang punya Azalina@TomBoy.
    Jangan takut Rafizi teruskan perjuanganmu.
    Berani kerana benar takut kerana salah.
    Takut hanya kepada Allah yang maha Esa saja.
    Que Sera, Sera, Whatever Will Be, Will Be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi jgn sesekali takut kepada Tomboy mata duitan tu

      Delete
  11. SPRM, apa tunggu lagi bertindaklah.
    Siasatlah Si Hassan Ariffin ini.
    Mana tahu kalau ada unsur-unsur penyelewengan.

    ReplyDelete
  12. Dia dah siasat tk ada kes yg meragukan...cuma negara luar je yg lihat ada kes...mgkn sb dokumen tidak ditulis dalam bahasa jawi kot...

    ReplyDelete
  13. Dia dah siasat tk ada kes yg meragukan...cuma negara luar je yg lihat ada kes...mgkn sb dokumen tidak ditulis dalam bahasa jawi kot...

    ReplyDelete
  14. Najib buat skrip baru utk episode seterusnya....

    ReplyDelete
  15. Selagi Najib masih PM, Selagi Itu lah siasatan tidak akan telus sbb yg di lantik utk menyiasat semua nya dah diberi dedak Oleh Najib dan konco2 nya. Patik mohon Raja2 bertindak segera sebelum Negara ini binasa ditimpa malapetaka yg lebih besar kerana membiarkan shj perkara rasuah dan menyamun harta negara berlaku di depan mata.

    ReplyDelete
  16. alo all my fren who view shahbudin blog.

    as of now nobody can hit najib. we can deny that.

    najib make use of his prime minister executive power to defent himself at all cost.

    najib will.not retreat n surrender.

    we cant expect AG n PAC to sue najib. it will not happen. everybody knows abt it.

    we cant blame AG n PAC chairman. mau cari makan maa....but what we are questioning now where is their integrity..when good money comes. integrity goes inside the drain.

    sometime we feel tired to see this politicion make us look stupit

    to me i strongly beleived all raja melayu hv to take action propose by ex-kedah MB.

    that is the only institution can help the rakyat.

    if the raja melayu also KONG KA LI KONG. than we have to wait for next general election.

    itu pun kalau ada election. kan najib ada kuasa penuh mengenai election

    ReplyDelete
  17. Dpd membaca rumusan dan keputusan PAC lebih baik buang masa main Pacman.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan pimpinan kleptokrat pencuri harta rakyat dan negara. Kerajaan korup dan menyalahguna kuasa. 2018 ayuh ubah dari sekarang selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Undang-undang rimba, pemimpin kaldai, negara pasir dua butir. Ke mana arahnya wahai negaraku?

    ReplyDelete
  20. Kalau begitulah cepatnya Pac membuat penyiasatan maka jawapanya sudah terang lagi bersuluh tiadak akan ada salahlaku semua urusan 1mdb adalah mengikut peraturan maka tidak ada salah laku bersihlah nama penyamun2 tarbus tu aaammmmiiiiiiinnnnn tutup cerita

    ReplyDelete
  21. Kalau begitulah cepatnya Pac membuat penyiasatan maka jawapanya sudah terang lagi bersuluh tiadak akan ada salahlaku semua urusan 1mdb adalah mengikut peraturan maka tidak ada salah laku bersihlah nama penyamun2 tarbus tu aaammmmiiiiiiinnnnn tutup cerita

    ReplyDelete
  22. Umpama tuang air diatas daun keladi tiada apa-apa kesan dipermukaan daun keladi itu.Kemusnahan menanti ?.

    ReplyDelete
  23. Yang di siasat 1MDB dan yang jadi saksi orang-orang 1MDB jugak.

    Tak apalah.

    Tapi macamana nak tahu mana silap dan mana salah urusnya Jika orang Bank Negara dan orang Kementerian Kewangan tidak di panggil ?

    Lain lah SPRM sebab mereka menyiasat dan pergi berjumpa individu-individu yang terlibat dengan mengambil keterangan dan dokumen sebagai fakta.

    Jika SPRM tidak dapat meneruskan tindakannya apa di harapkan pada PAC yang sekadar menemu-bual semua pegawai yang terlibat.

    Sebaik-baiknya Suruhanjaya Siasatan DiRaja telah bersedia mengambil-alih tugas-tugas PAC.

    ReplyDelete
  24. Barangkali AG mau pakai yang ni. Nak mampos kalau pakai MACC punya.Cepat Fendi ... Sing. Swiss.Hong Kong sudah buat inquiry.

    ReplyDelete
  25. Mungkin sudah tiba masanya putrajaya ditukar nama kepada PUTARJAYA.

    ReplyDelete