Tuesday, 9 February 2016

CERITA DEDAK

Cuti yang agak panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini, saya mengambil peluang menziarahi bapa saudara sebelah isteri di sebuah negeri di selatan tanahair.

Bapa saudara saya adalah salah seorang peneroka Felda dan sebagai usaha sampingan sambil bertujuan untuk memeriahkan anak cucu dan saudara-mara yang berkunjung ke rumahnya, beliau turut memelihara ayam kampung.

Oleh kerana bukan untuk jualan, tidaklah banyak ayam yang dipeliharanya, adalah barangkali dalam sekitar 50 ekor yang diletakkan dalam kawasan berpagar di belakang rumah.

Apabila anak cucu balik kampung atau sudara mara menziarahinya, ayam itulah selalunya dijadikan hidangan kemeriahan makan besar dengan digoreng dan dimasak lemak cili padi.

Beliau biasanya memberi nasi, apa saja lebihan di dapur, buah kelapa sawit atau  ubi untuk makanan ayam-ayamnya itu.

Ketika berbual-bual, beliau bercerita tidak berapa lama sebelum ini, seorang kawannya memberi setengah seguni kecil dedak kepadanya untuk diberi makan kepada ayam-ayam yang dipeliharanya itu.

Kata kawannya, dedak itu lebihan yang sudah tidak diperlukannya lagi.

Bapa saudara saya memang tidak pernah memberi makan dedak kepada ayam-ayamnya kerana merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan nasi lebihan makanan seharian, buah kelapa sawit atau ubi sentiasa saja ada untuk dijadikan makanan ayam-ayamnya.

Lagi pun semuanya percuma, tidak seperti dedak yang kena dibeli.

Oleh kerana diberi percuma, beliau pun memberi dedak itu kepada ayam-ayam peliharaannya sehinggalah ia habis.

Setelah itu, beliau memberinya semula ayam-ayamnya dengan nasi, buah kepala sawit atau ubi seperti sebelumnya.

Apa yang mengejutkan bapa saudara saya ialah ayam-ayam itu seperti tidak berminat lagi mahu makan nasi, buah kelapa sawit dan ubi sebagaimana selalunya.

Ia hanya makan sikit-sikit dan kemudian meninggalkannya begitu saja. Maka banyaklah nasi, buah kelapa sawit dan ubi yang sepatutnya dimakan ayam-ayamnya, terbiar begitu saja.

Beberapa hari berlalu setelah melihatkan ayam-ayam seperti kurang makan, beliau cuba membeli sedikit dedak dan menaburnya sebagai makanan.

Alangkah terperanjatnya bapa saudara saya kerana ayam-ayam itu begitu selera dan berebut-rebut mendapatkan dedak sehingga dalam sekejapan saja, ia sudah habis dimakan.

Kini, tahulah bapa saudara saya bahawa ayam-ayamnya lebih meminati dedak daripada nasi, buah kelapa sawit dan ubi yang selalu dimakannya sebelum ini.

Walaupun cuba diselang seli antara nasi, kelapa sawit dan dedak, namun tetaplah dedak juga yang lebih menjadi pilihan ayam-ayamnya sekarang ini.

Maka, oleh kerana secara tak sengaja memberi makan dedak hasil sedekah seorang kawan kepada ayam-ayamnya, bapa saudara saya sekarang tak pasal-pasal kena selalu membeli dedak kerana tidak mahu ayam-ayamnya kelaparan, kurang makan dan kurus sebelum disembelih apabila anak cucu dan saudara mara sesekali  balik kampung menziarahinya.

Daripada pagi hingga malam ketika berada di rumahnya, beberapa kali jugalah bapa saudara saya bersungut mengenai "perangai" ayam-ayamnya itu.

Kepada ayam pun rupa-rupanya dedak menimbulkan ketagihan sehingga tidak memandang lagi kepada makanan yang lain. Sekali makan dedak, maka dedaklah yang ditunggunya.

Hmmmmmm.....(SH 09/02/2016).

27 comments:

  1. Salam tuan Din, hari ini baru keluar berita Bangladesh dah sign mou untuk supply 1.5 juta pekerja ke Malaysia. Nampaknya Zahid masih belum puas... tuan Din buka semula cerita tersebut seperti sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro buka cerita pun tak guna. zahid want to make money. no point yelling....buat letih aje

      Delete
  2. Ayam suka makan dedak dibeli dari kedai, kuncu kuncu Najib menteri manteri, AMT umno dan sebagainya sangat suka dedak diberi najib cap kepala agung ha ha ha..

    ReplyDelete
  3. Mandi manda di Teluk Cempedak
    Makan nasi gulai tenggiri
    Dedak bukan sebarang dedak
    Dedak berkualiti makanan menteri....

    ReplyDelete
  4. Asslm. Dulu sebelum tembelang najib pecah, kami turun temurun sekeluarga sokong umno. Sekarang tak lagi. Umno akan tewas pru14 sekiranya pentadbiran skrg di kekalkan.rakyat melihat tindak tanduk Najib, zahid, salleh keruak, Rahman Dahlan, Azlina, Ku Nan, mat Maslan, AG Apandi, Khalid KPN amat mengjengkilkan.bersedialah berhadapan rakyat Pru 14 nanti.Ada ubi Ada batas, ada budi ada balas,1MDB penyebab tewas, dolak dalik si Abu Nawas!

    ReplyDelete
  5. Kabinet dedak lah kalau begitu. Bahaya juga dedak ni sampai ketagih gila.

    ReplyDelete
  6. Jgn risau rakyat msia.....tokey dedak dah sampai penghujung jln. Tiap yg mula pasti berakhir. Sama lah jugak dgn mamat ni. Rata2 di KL mengatakan fakta baru.....tokey dah siap2 nak cabut lari....tapi tempat yg di pilihnya tak sudi menerima....tengok2 lah dlm 3 bulan ni....jgn bagi tokey ni lari beb,banyak hal yg perlu di bereskan.
    KISAH BENAR.Awasi gerak geri mamat ni.
    Sumber.....OTAI yg sudah duduk goyang kaki..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya ingin tahu oleh kerana suka makan dedak adakah ayam-ayam tersebut ada tanda-tanda seperti suka terlelap atau kepala ayam kerap terhangguk-hangguk atau bila baru disergah dah kecut?

    Jika ada, sama lah macam jenis pemakan dedak yang sangat terkenal sekarang ini. Jenis asalnya dari kampung dan kelayakan pun takat SRP SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. SRP dan SPM dah cukup dah utk Melayu jadi MB dan jirutera.

      Kat syarikat gua kerja pun sama. Engineer Senior takat boleh cakap English level pungkok ayam ja. Janji baik dgn boss.. layan nafsu boss..

      Melayu dan bodoh piang, berpisah tiada..

      Delete
  9. Kilang dedak dalam masalah. Stok dedak dah tak boleh dikeluarkan lagi dari gudang2 di singapura, hongkong dan swiss. Tuan ladang kena la jimat2 bagi dedak.

    ReplyDelete
  10. Dah bajet dah.. Bila org cerita bab dedak dan ayam.. Misti akan ada org kaitkan dgn pentadbiran najib.. Nasib nasib.. Jom muhasabah

    ReplyDelete
  11. Dedak makanan zaman tranformasi

    ReplyDelete
  12. Azalina@TomBoy sokong kaw-kaw saranan Apandi@Pandir
    supaya pembocor maklumat dipenjara seumur hidup dan disebat.
    Kenapa Azalina@TomBoy sokong. Tentu ada sebab.
    Dia takut nanti Rafizi bocorkan berapa RM@Dedak
    ada dalam akaunnya.
    Entah-entah melebihi RM2.6Bilion Najib.
    Rafizi siasat jangan tak siasat.
    SPRM siasat jangan tak siasat.
    Ini TomBoy sangat bahaya oooiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju akaun bank (dalam dan luar negara) Azalina@TomBoy ini disiasat SPRM. Bukan dia saja ramai lagi antaranya, malas nak sebut. Aku rasa Rafizi tentu lebih tahu...

      Delete
  13. Majlis fatwa dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Kementerian perlu lah mempertimbangkan untuk mengharamkan pemberian dedak secara percuma atau sesuka hati seperti mana vape yang telah pun telah diharamkan.



    ReplyDelete
  14. Biarlah ayam ayam tu terus makan dedak kalau dia ketagih dedak sangat, Sampai masa, sembelih semua ayam ayam tu. Di parlimen dan bahagian2 seluruh negara pun banyak ayam ayam jenis ketagih dedak tu. Tunggu masa Insyallah semua tu boleh "sembelih".

    ReplyDelete
  15. Kata Kadir Jasin.
    Dedak bukan saja untuk Ayam
    tapi juga untuk Itik dan Babi.
    Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan asasi pemimpin Melayu adalah dedak.

      Haji Hadi, Nik Abduh, Mat Yaakob, Din Ayam, Idris Ahmad (ingat x makan dedak, rupanya pemakan dedak tegar jugak), Tantawi jangan cakap la...

      Yg dlm UMNO...sejak berzaman lagi hidup dengan dedak. Najib dan pimpinan BN, Ahmad Maslan dan Hasan Malek mmg berahi dedak sejak moyang mereka lagi. Nak hairan apa.. Peguam Negara dan pekerja gomen.. dedak juga makanan asasi..

      Maka membangunlah Malaysia bersama DEDAK.

      Delete
    2. Makanan ruji kabinet Najib and the gang....

      Delete
  16. hangpa nak tau..najib bila baca semua blog anti najib. dia akan gelak besaq. dlm hati dia berkata. mampuih p la hampa. hampa cakap la sesuka hati. pengikut aku yg mkn dedak dah ramai. la ni najib senang dan bertambah kuat. nobody can touch him

    ReplyDelete
  17. Moral ceritanya kalau seseorang tu dah dibiasakan dengan makan rasuah duit haram menipu mencuri duit rakyat sampai bila2 dia akan bwbuat demikian alah bisa tegal biasa fikir2kanlah aammiiinnn

    ReplyDelete
  18. Moral ceritanya kalau seseorang tu dah dibiasakan dengan makan rasuah duit haram menipu mencuri duit rakyat sampai bila2 dia akan bwbuat demikian alah bisa tegal biasa fikir2kanlah aammiiinnn

    ReplyDelete
  19. Ramai pemakan dedak telah didedahkan.
    Yang aku heran SPRM buat pekak badak saja.
    Apakah mereka pun sama pemakan dedak.

    ReplyDelete
  20. Jangan bimbang. Mereka merancang. Allah Maha Esa juga merancang. Kita tunggu dan lihat. Masanya akan tiba, tanda-tanda pun sudah semakin jelas...

    ReplyDelete
  21. bagus betul analogi yang tuan bawakan ini... senang paham... cumanya, dedak ini umpama kanser... tunggu nak jalan je nnti, klu stage 4, mmg tak lama lah...
    tp yg lebih menakutkan, klu dah terhinggap kepada pelapis kepimpinan yg mendatang, alamat kapan la semua...

    ReplyDelete
  22. Sebab itu Pas Selangor tak mau komen apa2 kepada PKR dan tak mau 4 orang exconya letak jawatan. Sebab kerajaan PH Selangor ada stok dedak yang banyak untuk diberi makan kepada 5000 orang Pas yang pegang jawatan lantikan politik. Penerima dedak yang paling banyak ialah Din Ayam.

    ReplyDelete