Sunday, 7 February 2016

SEMUA HARUS BERI SOKONGAN

Tidak kira siapa pun kita, asalkan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, seharusnya memberi sokongan kepada petisyen ini tanpa sebarang keraguan.

Jangan sesekali dilihat siapa yang menggerakkannya, tetapi lihatlah nilai dan kepentingannya kepada masa depan negara.

Tambahan pula isu berkaitan dana yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak itu sudah menjadi begitu kalut, haru biru dan semakin tidak menentu jadinya.

Moga-moga dengan jayanya mengumpul sejuta tandatangan secara maya, jika lebih daripada sejuta tentunya lagi baik, akan dapat membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk segera campurtangan dan membenarkan siasatan dibuka semula terhadap Najib.


Oleh itu, ayuh kita semua berganding bahu memberikan sokongan kepada petisyen tersebut. (SH 07/02/2016).

25 comments:

  1. sy da isi..itu je la tggjwb yg dapt dibuat sbg rakyat marhaen..semoga pemimpin jahat dan kroni2 dpt balasan setimpal dunia dan akhirat..nk tggu PRU lambat laiee..

    ReplyDelete
  2. Me too.moga najib di laknati.

    ReplyDelete
  3. Walaupun saya percaya Raja2 Melayu hanya hangat2 taik ayam ja.. tetap saya sign jugak.

    Raja2 ni simbol mengabihkan duit rakyat ja. Apa lagi yg derang mampu buat??

    ReplyDelete
  4. Nak cakap tak setuju tapi kita berpijak di bumi Malaysia. Apa cara lagi?

    Isu ini tidak perlukan petisyen atau rayu-merayu.

    Petisyen untuk Anwar supaya Anwar di bebaskan. Dan petisyen untuk Najib sepatutnya bukan untuk di siasat tetapi untuk dipecat atau diminta bercuti.

    Najib ada kuasa. Dia adalah Perdana Menteri dan dia lah jugak yang menjadi punca pemasalahan. Satu kesilapan Najib boleh menjadi kan keadaan negara dalam ketidak ketentuan. Dulu lagi cara Najib berbelanja sepatutnya di tegur.

    Apakah YDP Agung hanya bertindak apabila petisyen telah di tanda-tangani oleh sejuta rakyat? Sedangkan keadaan negara bertambah teruk dan sukar diperbetulkan tanpa tindakan Raja-Raja.

    Mana kebijaksanaan dan kedudukan Raja sehingga rakyat terpaksa mengusahakan berbagai-bagai cara, baru pihak Majlis Raja-Raja bertindak?

    Dengan ini apabila Raja-Raja bertindak bukan lah bererti Raja-Raja campurtangan dalam hal politik tetapi adalah hak dan tanggung jawab memastikan negara ini makmur dan sejahtera.

    Apabila rakyat telah melakukan kesilapan memilih Perdana Menteri, Kuasa Raja-Raja lah yang memperbetulkan.

    Kita perlu letakkan sesuatu pada tempatnya. Saya tidak bantah petisyen tersebut kerana ini lah cara di Malaysia.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Sekurang2nya kita berusaha, allah yang tentukan. Lebih baik dari diam dan berpeluk tubuh. Semoga berjaya..aminn

    ReplyDelete
  6. Demi untuk rakyat yang tertindas di setiap penjuru, kaedaan dan suahsana, saya turut menandatanggi petisen tersebut walau pun saya percaya bahawa titah D.Y.M.M Agong dan majlis Raja Raja tidak akan dipedulikan oleh mereka yang kerap melakukan kemungkaran. Contoh nya adalah mereka tidak memperduli kan apa yang telah di titah kan sebelum ini.

    Dalam hal ini kita tak boleh berputus asa malah perlu bermunajat kepada Illahi kerana DIA lah penentu segala.

    ReplyDelete
  7. Dasat tol pm kita.pm thailand dah lama kena humban.pm kita dok stedy putar putar je.kpala mungkin sudah ada pening juga sikit tu.awat tak kautim arab saudi tu dah keluar pelaburan pulak.nak pusing cam no lg tu.kasi putus la itu kepala

    ReplyDelete
  8. Majlis Raja-Raja diharap tidak mengikut cara yang di ambil oleh Jawatankuasa Pemangku Sultan di Kedah kerana tujuan yang baik ini tidak membawa hasil kerana Adun-Adun tidak berani dan mementingkan diri sendiri. Jika Majlis Raja-Raja memanggil AG KPN dan Pengarah SPRM, sudah nya sama macam mana di Kedah.

    Hanya dengan menubuh Suruhanjaya DiRaja yang di lantik terus oleh Majlis Raja-Raja tanpa penglibatan Perdana Menteri.

    Beberapa Anak-Anak Raja seperti Raja Muda dan Tengku Mahkota turut di lantik atau kaum kerabat yang mempunyai latar belakang yang berkaitan. Barulah betul di namakan Suruhanjaya DiRaja.

    Jangan lantik ahli politik dan yang makan gaji atau bekas ahli poltik dan bekas pengawai kwrajaan. Sebab senang dibeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Jgn libatkan org politik.
      Sepekara lagi, kuasa melantik PM ialah DYMM Agong. Kuasa memecat juga adalah baginda.

      Delete
  9. Raja raja Malaysia mcm tak berpungsi

    ReplyDelete
  10. Usaha dulu..kemudian kita doa dan serahkan pada Allah.dari kita duk diam dan terus di tindas sekurang kurangnya ada usaha kita utk mengekang kemungkaran yang dibuat oleh najib and the gang ni....

    ReplyDelete
  11. Sya da sign petition.untuk malaysia kita.

    ReplyDelete
  12. saya dah sign petition, berdoa pada allah swt harapx2 dimakbulkan suruhanjaya diraja bebas dituboh siasat akaun Najib.

    ReplyDelete
  13. Saya dah tanda-tangan petisyen tersebut kerana inilah satu2nya peluang rakyat untuk MENILAI samaada Raja2 Melayu yg disembah & dijunjung itu BERPIHAK kpd rakyat yg tertindas & tertipu ataupun kpd pemimpin yg menindas & menipu.

    ReplyDelete
  14. Sayangnya kemudahan sama tidak ada di sebelumnya. Kalaulah ada, bayangkan berapa ramai mantan manten yang dapat dipetisyenkan. Apapun yang berlalu biarkan berlalu dan biarlah ianya ditelan zaman.

    ReplyDelete
  15. Terlihat pro-najib telah kehilangan arah dan membuat komen sinis hasrat tersebut. Apa pun kita sebagai rakyat tetap dahagakan keadilan untuk negara tercinta.

    ReplyDelete
  16. Good effort. May Allah make easy for us all, Amin!

    ReplyDelete
  17. Saya sudah tandatangan. Semata2 mengharapkan keadilan dan kebenaran. Semoga seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa diberitahu perkara sebenar. Jika PM Najib di pihak yang benar, maka rakyat bersama beliau. Dan jika sebaliknya, tegakkan undang2 dan keadilan. Sekian.

    ReplyDelete
  18. Kita juga mahu dengar apa nasihat dan apa pendirian Presiden dan Majlis Syura Parti Ahli Syurga terhadap gerombolan penyamun harta rakyat tu.

    ReplyDelete
  19. Shah tolong tenyeh AG tu sikit dah mcm kadok naik junjung.
    Kerja dia sendiri pun sanggup menipu kerja orang lain pula dia nak tunjuk pandai.

    ReplyDelete
  20. Kita juga mahu dengar apa nasihat dan apa pendirian Presiden dan Majlis Syura Parti Ahli Syurga terhadap gerombolan penyamun harta rakyat tu.

    ReplyDelete
  21. Pls kawan2! Support PETISYEN ini tanpa peduli ideologi fahaman politik kita. Apa saja kemungkaran yang boleh jejaskan masa depan Malaysia, WAJIB kita support apa tah lagi bila undang2 dimanipulasi sesuka hati demi kepentingan individu yang jelas telah merosakkan nama baik negara serta mnenyebabkan kemerosotan ekonomi yang kronik. Mohon perpanjangkan dan share seruan kempen dan petisyen penting ini ke kawan2 dan siapa saja dan pergunakanlah mediaa sosial dan tool komunikasi yang ada agar kempen dan gerakan ini sampai keseramai mungkin rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keluhuran perlembagaan. Muga angka 1,000,000 segera dapat dicecah. Pls...forward this messages as to friends as many as you can. Thanks.

    ReplyDelete
  22. Manusia kalau dah punya kuasa
    selalu lupakan diri.
    Manusia kalau dah tak ada kuasa
    barulah nak sedarkan diri.
    Contohnya banyak di Malaysia antaranya;
    Mahathir Mohammad
    Abdullah Ahmad Badawi
    Muhyiddin Yassin
    Mohd.Khir Toyo
    Khalid Ibrahim
    Abd.Gani Patahil
    dan Musa Hassan.
    Ini yang akan berlaku pada;
    Najib Razak
    Zahid Hamidi
    Nazri Aziz
    Khalid Abu Bakar
    Apandi Ali
    Adnan Mansor
    Ahmad Maslan
    Adnan Yaakob
    Rahman Dahlan dan
    Salleh Kruak.
    Mereka ingat boleh menongkat langit.
    Mereka lupa apa terjadi pada Firaun.
    Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.
    Saya sokong 100% Petisyen.

    ReplyDelete
  23. Saya harap inilah salah satu cara utk mengadili mereka sombong bongkak tidak jujur gila kuasa akhirnya keadilan akan muncul kita ni manusia jgn lwn takdir allah aammmiiiiiiiiin samalah kita menyokong yg baik demi agama

    ReplyDelete
  24. Saya harap inilah salah satu cara utk mengadili mereka sombong bongkak tidak jujur gila kuasa akhirnya keadilan akan muncul kita ni manusia jgn lwn takdir allah aammmiiiiiiiiin samalah kita menyokong yg baik demi agama

    ReplyDelete