Sunday, 7 February 2016

MUKHRIZ MULA MENGOTAKAN JANJINYA

Antara perkara yang dijanjikan oleh Mukhriz Mahathir sebaik saja beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu ialah tekadnya tidak akan berdiam diri daripada mengkritik Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Sekarang saya rasa bebas dan merdeka, tetapi tidak akan mendiamkan diri, katanya.

Hari ini beliau mula mengotakan janjinya dengan mengeluarkan kenyataan pedasnya yang mungkin boleh membuatkan Ah Jib Gor terasa limau mandarin yang ditelannya sempena sambutan Tahun Baru Cina lebih masam berbanding biasa.

Rakyat terbanyak bukan saja mengharapkan Mukhriz akan terus bersuara, bahkan merasakan suatu keperluan juga untuk beliau turun menjelajah ke seluruh negara menemui rakyat menjelaskan betapa kritikalnya negara selagi dipimpin oleh Najib serta pentingnya melakukan perubahan yang pada hakikatnya sudah merupakan suatu kewajipan kepada sesiapa pun juga, kecuali bagi pemakan dedak yang kekal dengan dunianya.

Berikut adalah kenyataan media oleh Mukhriz itu:-

1.Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik.

2.Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa “keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni” boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan “penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

4.Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?

5.Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?

6.Perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh Rakyat. Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada Rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan.

7.Dalam ucapan saya di Istana Anak Bukit bagi menyembah tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Rakyat Kedah Darul Aman sempena Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada 17 haribulan Januari, 2016, saya telah sentuh perkara ini dengan ungkapan :

“ Bagi pihak seluruh Rakyat, Patik bimbang akan kemerosotan nilai penghormatan terhadap Institusi DiRaja dan Islam. Rakyat sentiasa menjunjung tinggi naungan Sultan sebagai payung negeri dan negara. Namun, apabila titah Tuanku tidak dijunjung, ianya membangkitkan kemarahan Rakyat kerana titah Sultan dan Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh dipandang remeh. ”

8.Pada ketika itu, saya sudah dapat lihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan Rakyat. Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan Rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

9.Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan Rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB.

10.Di suatu majlis bersama rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 11 haribulan Disember, 2015, saya telah sentuh mengenai keengganan dan kegagalan Perdana Menteri, Menteri-menteri tertentu dan Arul Kanda menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang resah dengan kes 1MDB. Walaupun secara berseloroh, namun maksud tersirat saya itu amat difahami oleh semua pihak yang mendengar ucapan tersebut. Malah, Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.

11.Pokok pangkalnya, soalan yang ada di dalam pemikiran seluruh Rakyat Malaysia, dan saya fikir termasuk Majlis Raja-raja juga ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion wang Rakyat yang telah dipinjam dari cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri. Itulah soalan yang paling utama ditanya berulang-ulang kali oleh semua pihak.

12.Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

13.Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan Rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Dato’ Seri Najib.

14.Oleh yang demikian, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 haribulan Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku  Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.

15.Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin.

16.Sesungguhnya, dalam tempoh lebih setahun ini, kes 1MDB dan lain-lain isu membabitkan Perdana Menteri telah membelenggu negara. Tahap keyakinan Rakyat terhadap kewibawaan dan integriti Kerajaan Persekutuan yang diterajui Dato’ Seri Mohd Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan yang telah mereka lancarkan ke atas beberapa transaksi mencurigakan yang melibatkan 1MDB. Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB.

17.Sambil Rakyat meratapi nasib negara, dunia memerhati masalah demi masalah yang menimpa Malaysia, dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku dan apa kesudahannya. Rata-rata seluruh dunia mencemuh dan memandang serong terhadap Malaysia yang dikatakan antara negara yang paling korup sekarang. Adakah kita masih boleh memejam sebelah mata dan bersikap toleran lagi?

18.Perkara yang saya bangkitkan ini adalah soal kepentingan negara. Janganlah sesiapapun cuba mengalih perhatian Rakyat dengan mempolitikkan kenyataan saya ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberi petunjuk dan hidayah, melindungi negara dan seluruh warganya dari malapetaka, khususnya dari angkara manusia sendiri.


DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
ADUN Ayer Hitam

Tarikh : 07 haribulan Februari, 2016. (SH 07/02/2016).

23 comments:

  1. Finally someone has spoken the truth...Alhamdullilah. I am with you DS Mukhriz as I have always admired and respect Ayahanda Tun M & Bonda Tun Hasmah.
    Barakallah. ALLAH KAREEM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. While MM is sticking his neck on the chopping board KJ just watch and expect people to support him as the country future leader..... KJ and Zahid Komedi is an ideal team...Future PM and deputy......LOL

      Delete
  2. Walaupun kita tidak menyokong UMNO kerana kita menyokong parti Islam dengan sepenuh hati, kita tetap menyokong Mukhriz, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah berjuang menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan negara dan rakyat negara ini.

    Dengan izin Allah, kebijaksanaan Tun Dr Mahathir telah berjaya menyelamat ekonomi semasa negara menghadapi kemelesetan ekonomi semasa Tun Dr Menjadi PM negara ini.

    Sekarang negara mengalami kemelesetan ekonomi yang paling buruk dalam sejarah maka kita memerlukan orang-orang yang bijaksana seperti Tun Dr Mahathir untuk memulihkan ekonomi negara ini. Kita tahu pengampu-pengampu hanya pandai membodek pemimpin yang berkuasa sedangkan ekonomi negara semakin buruk dan rakyat semakin menderita.

    Keruntuhan akhlak (moral) dan kecenderungan sebahagian manusia melakukan pelbagai jenis kemungkaran dan kesesatan dan mulut-mulut celupar yang menghina perlaksanaan Hukum Allah dan agama Islam di negara ini boleh menyebabkan Allah menimpakan kemurkaan ke atas negara ini.

    Semoga Allah memberikan petunjuk, bimbingan, pertolongan, kejayaan, keselamatan dan kesihatan yang baik kepada Mukhriz, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah di dunia dan akhirat.

    Tinggi-tinggi pohon jati,
    Tempat bermain simanja sayang,
    Sungguh tinggi harga budi,
    Budi dibalas kasih dan sayang.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakaplah terus terang yang kamu taksub gila kat Hadi Awang, presideng pengkafir umat No. Wahid. Corner sana sini sudahnya berpantun macam budak kecil minta susu.

      Delete
    2. 1crony, dia yang minta susu kamu yang merengek apahal?

      Delete
  3. SPRM selaku suruhanjaya sepatutnya bebas - Satu lagi Suruhanjaya adalah bukti sprm memang tak bebas. tk guna ada suruhanjaya diraja kalau itupun tak bebas.

    ReplyDelete
  4. Siasatan tidak akn berjalan dgn lancar Selagi yg disiasat msh memegang kuasa. Turun kan Najib dulu supaya AG dan pegawai penyiasat tidak di kacau. Harap raja2 melayu faham keadaan ini dan bertindak segera. Jika benar dia Tak bersalah selepas siasatan di jalan kan, maka hendak lah diberi kan jawatan Itu balik kpd nya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kpd Dato Seri mukhriz diatas ketelusan dato malaysia di cop negara rasuah kerana pemimpinya yg rasuah tidak bermoral tiada harga diri hingga dicemoh dan kita rakyat tetap menyokong perjuangan dato ts muhidin ds shafie teruskan dan teruskan ingatlah doa org yg teraniaya akan termakbul aaaammmiiiinnnnn hidup dato

    ReplyDelete
  6. Ini lah topik utama yg sepatutnya dijawab oleh najib dan Arul nasi kandaq,iaitu mana pergi baki billion billion wang yg dipinjam atas jaminan kerajaan setelah tolak beli asset,mereka selalu elak jawab soalan ini,ini yg buat rakyat yg ada akal naik fed up,selalu depa jawab lain,sepatutnya suruhan jaya diraja dituboh kan utk siasat kes ini dgn bantuan pihak luar yg sudah ada banyak bukti sebab songlap ini byk berlaku diluar negara.

    ReplyDelete
  7. Ini lah topik utama yg sepatutnya dijawab oleh najib dan Arul nasi kandaq,iaitu mana pergi baki billion billion wang yg dipinjam atas jaminan kerajaan setelah tolak beli asset,mereka selalu elak jawab soalan ini,ini yg buat rakyat yg ada akal naik fed up,selalu depa jawab lain,sepatutnya suruhan jaya diraja dituboh kan utk siasat kes ini dgn bantuan pihak luar yg sudah ada banyak bukti sebab songlap ini byk berlaku diluar negara.

    ReplyDelete
  8. MEMANG BENAR WANG RM2.6 BILLION ITU ADALAH WANG DARI 1MDB....SEBAB KALAU BENAR WANG ITU DERMA DARI ARAB SUDAH TENTU DENGAN SENANG BOLEH DITUNJUKKAN DOKUMEN-DOKUMEN PINDAH WANG DARI SATU NEGARA KE SATU NEGARA LAIN, DARI SATU BANK KE SATU BANK LAIN......INI TIDAK ADA DOKUMENNYA....!!!!!

    ReplyDelete
  9. Segera tubuhkan RCI...!!!


    ReplyDelete
  10. Bravo DS Mukhriz.. Why not buat saranan seterusnya boleh pulangkan balik paku buah keras jika Jemaah Raja2 Kedah boleh berjumpa semua Adun one-on-one secara sulit utk pastikan tiada dorongan tertentu sokongan majoriti keatas seating MB selepas Najib menganjurkan pertukaran MB Kedah.

    Majlis Raja2 juga boleh bertemu setiap penyiasat kes 1MDB, 26b dan SRC secara sulit tanpa dorongan siapa2 untuk mencari kebenaran yang terbuka yang dituntut rakyat.

    ReplyDelete
  11. Sindrom POLIS PENCEN. Dah xdak jawatan, baru boleh berkokok. Masa ada jawatan, warakkk ja.

    Dunia Ketiga. Semuanya berjawatan menyembah Menteri Perdana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu mukhriz di pecat kerana masa berjawatan beliau bersuara lantang terhadap PM lanun tu faham ni.kemudian dipecat ganti dengan lanun.

      Delete
    2. Seorang lagi manusia hina ya hanya tau menghalalkan perbuatan salah dan mencaci orang yang berkata benar.

      Delete
  12. Terbaik. Mukhriz tidak mengecewakan.

    Sebagai pemimpin muda, Mukhriz seperti anak muda lain mahukan tindakan bukan berpropaganda menyeru perlu nya bersatu atau bertanya derma ke tidak, mana pergi nya duit tersebut?

    Dalam kedudukan antara Rakyat dan Raja, kita telah banyak kali merayu, dan adakalanya mendesak dalam bahasa merayu. Apabila tidak di endahkan, setiap manusia yang dilahirkan di bumi Malaysia hanya hidup untuk bernafas!

    Kebetulan pula TPM Zahid telah mengadakan kerja sambil lawatan dan mengadap Baginda Sultan Johor.

    Apa kah rakyat masih ada harapan? Jika masalah ini diselesaikan seperti menarik rambut dalam tepung?

    Kerana kita mahu agensi-agensi seperti SPRM Polis dan Bank Negara menjalankan tugas dan tangung jawab mereka dengan bebas !

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulillah, Semoga Dato Seri Mukriz Mahathir sentiasa dirahmati Allah dengan iman, keselamatan dan kesejahteraan.

    ReplyDelete
  14. Teruskan DSMM..najib dan kroni tak kan bertahan lama..umur masing2 pun da tahap rumah kata pergi kubur kata mari..tu pun taknak insaf lagi..semoga DSMM terus Istiqamah dlm kebenaran

    ReplyDelete
  15. Tak pro Najib dan dah tak jadi MB Kedah. UMNO kini ditaut oleh pecinta Najib. PAU 2015 menceritakan segalanya.
    UMNO sudah jadi isolate party.

    ReplyDelete
  16. 50k seorang? Hmmmm

    ReplyDelete
  17. Tahniah kpd Dato Seri mukhriz diatas ketelusan dato malaysia di cop negara rasuah kerana pemimpinya yg rasuah tidak bermoral tiada harga diri hingga dicemoh dan kita rakyat tetap menyokong perjuangan dato ts muhidin ds shafie teruskan dan teruskan ingatlah doa org yg teraniaya akan termakbul aaaammmiiiinnnnn hidup dato

    ReplyDelete
  18. KJ saya punya MP di P131 Rembau sorry nak vote KJ.. INGAT LAGI TINGKAT 4?

    ReplyDelete