Friday, 6 November 2015

MAHATHIR TERUS MEMENINGKAN KEPALA NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir  Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis pagi tadi berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya.

Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali.

Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Ini kerana yang menjadi sasaran sebenarnya dalam semua serangan Tun Mahathir itu ialah Najib sendiri.

Itu terpulang kepada mereka, katanya sambil ketawa.

Apa agaknya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau Najib terhadap Tun Mahathir selepas ini?

Menyoal siasatnya lagi dan lagi sehingga Tun Mahathir sedia membuka mulutnya?

Bagaimana jika setiap kali polis datang untuk mengambil keterangannya, Tun Mahathir masih enggan juga menjawabnya?

Adakah Tun Mahathir akan terus didakwa di mahkamah?

Beranikah Najib berbuat demikian dan sediakah beliau menghadapi risiko daripadanya?

Mungkinkah pula Tun Mahathir tidak diambil apa-apa tindakan akhirnya?

Atau Tun Mahathir sekali lagi sedang memeningkan kepala Najib untuk membuat pilihan? (SH 06/11/2015)

35 comments:

  1. PAS tetap percaya Bajet 2016 adalah pembuka laluan kepada kadar GST yang lebih tinggi pada bajet-bajet akan datang. PAS mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada bajet ini kerana ada elemen di dalamnya yang diperlukan oleh rakyat marhaen yang kian susah kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1MDB dan juga Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh dari mencapai kata sepakat.
    PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016. Begitu juga hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BR1M, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.
    Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown" , selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya - namun Obama terus berkuasa.
    "Government shutdown" menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.
    Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.
    Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Kerana PAS telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen.
    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Timbalan Presiden PAS

    betul ka akan jadi situasi mcm ini kalau bajet ditolak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika yang sokong tolak bajet ialah PKR,DAP dan PAS tak cukup undi untuk tolak bajet 2016.

      Yang kita harapkan pembangkang bersatu dalam perkara yang dibangkit kan dalam parlimen.

      Tuan Ibrahim tahu ke tidak di US ada Dewan Senat. Obama tidak boleh buat sesuka hati. Jika bajet di tolak Najib tidak berundur, sampai bila najib nak bertahan? Kerana Najib wajib bentang bajet. Hendak tak hendak kena lah TPM yang ganti sebagai pemangku.

      Berapa lama kakitangan US kena ambil cuti? Dua bulan ? Berapa lama mereka kena lapur tanpa gaji ? Tiga bulan ?
      Tentu mereka ada plan sokongan kerana bajet tersebut di tolak bukan untuk mendesak Obama letak jawatan tetapi supaya Obama berjimat dan jangan belanja lebih untuk dasar luar negara dan menanggung kos perang di Timur Tengah.

      Delete
    2. bagaimana PAS ingin mengetuai sesuatu jikalau ketuanya sendiri kerapkali tidak hadir ke parlimen? ketika usul penting spt belanjawan kerap kali tiada.... ketika usul2 berkait dgn ekonomi tiada suara, baik mencadang @ membangkang., hanya sekadar memerhati? untuk ape? yg bersuara bukan ahli parlimen? yg ahli parlimen senyap [yea, tuan nik, anda dan juga tuan tantawi]... kenapa tuan ibrahim yg bukan ahli parlimen yg keluar kenyataan dgn mengupas secara tidak mendalam... berbentuk defensif, tidak mengkaji kenapa pengagihan tidak adil, potongan peruntukan pd badan2 berurusan dgn awan tapi tambahan pd badan yg kurang urusan dgn awam cth PMO?....

      mana pergi ahli2 ekonomi PAS... ohh lupa pulok, set2 tu dah takde dah...

      Delete
    3. TITM kaitkan dengan ekonomi dan bajet Obama. Adakah TITM tahu mengapa US menekan negara seperti Malaysia menyertai TPPA ?

      Delete
    4. Dengan berbagai penjelasan tentang TPPA betapa baiknya TPPA di media arus perdana sudah jelas kerajaan bersetuju. Kalau tidak buat apa Obama nak datang ke Malaysia lagi? Apa untungnya kepada US?

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. Y Bhg TMTI, sebenarnya saya merasa kecewa yg kertelaluan terhadap sikap PAS kebelakangan ini. PAS yg saya harapan bg memimpin hala tuju negara dalam menawarkan politik Islam yg bermaruah kini ibarat layang-layang terputus tali. Setelah kehilangan Nik Aziz, PAS seolah-olah menampakkan jiwa sebenar sesetengah pemimpin. Yakni tiada kejujuran dlm berjemaah. Memungkiri janji dan bersikap seperti talam dua muka. Apakah PAS parti oppotunist. Apakah PAS sebuah parti yg berprinsip menangguk di air keruh dan ada di kalangan pemimpin PAS yg terlalu haloba dgn kemewahan dunia. Tetapi yg nyata PAS telah "mensabotaj" kepercayaan rakyat bg memerangi kejahatan BN. Y Bhg TMTI, bg saya PAS telah mati..dan ianya dikebumikan di Kuala Selangor.

      Delete
  2. kalau orang lain kena tahan untuk ambil keterangan saja
    yang ni lain macam pulak
    nampak betoi tak betoi
    mana berani denagn matde nak mampuih
    cubalah

    ReplyDelete
  3. Tentu lah Polis cuba dapatkan keterangan mengenai Bersih.

    Kerana kalau pasal Najib letak jawatan dan pasal pemimpin UMNO ambil rasuah, dakwa lah Mahathir di mahkamah seperti mana orang lain yang menuduh Najib. Kalau pemimpin UMNO dituduh rasuah, kena lah pemimpin yang kena tuduh buat lapuran polis dan dakwa Mahathir di mahkamah juga . Kes Pil Kuda, Hj Hadi di dakwa dimahkamah dan keputusan nya Hakim kata fitnah tapi tidak ada bukti yang si pengadu ialah pemimpin yang di maksudkan oleh Hj Hadi.


    ReplyDelete
  4. 45 minit ? Selalunya berjam-jam dan diulang-ulang soalan yang sama. Nak minum air pun tak bagi.

    Duduk lah depan Mahathir dua jam, tanya dan jika tak jawab tanya lagi.Bawak sekali Pegawai Penyiasat yang baru tamat latihan dua tiga orang yang akan mengulangi pertanyaan yang sama.

    Kerja yang tidak mendatang kan hasil. Nak tanya apa, Polis ada masa Bersih. Dan apa yang Mahathir cakap ada video dan di siarkan oleh media. Habis kuat kalau Mahathir jawab 'Ya.Betul'

    Dah memang betul dan satu Malaysia semua orang tahu yang menghasut dan menyertai Bersih.

    Kalau nak gertak Mahathir atau nak malukan Mahathir, hantar lah pasukan UTK yang bertopeng dan bersenjatakan mesingun !!

    ReplyDelete
  5. Betul tindakan Mahatir tu. Buat apa jawab dgn Polis yang mempertahan dan melindungi seorang Pemimpin negara yg kaki rasuah. Polis Israel tidak akan berdiam diri dan menyiasat dan mendakwa Perdana menteri mereka yang menerima rasuah. Lain pula diMsia ni.

    DMalaysia, Najib yg terima rasuah melalui RM2.6billion dan RM42 million dilindungi olih Polis Msia. Orang yang lapor akan kegiatan rasuah Najib disiasat polis macam penjenayah. Didunia ni bolih bertindaklah sesuka hati, diakhirat kelak akan ditanya dan dibalas sekiranya tindakan tu salah disis agama, Tunggu dan lihat.

    Aku pun dah lama menyampah dan meluat dgn tindakan Khalid dan Polis Msia ni...Mereka dibayar gaji olih kita tetapi tidak bertindak untuk kepentingan orang awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mereka percaya pada hari akhirat tak kan mereka mempertahankan penjenayah

      Delete
  6. Mahatir manusia yg menjadikan Malaysia nak lingkup sekarang, tu faktanya
    Cuma dulu dia pandai makan dan cover dan rakyat dapat jugak kuah kuahnya sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm situasi skrg, he's our hope for a change. Yg lps tu, kita maaf kan je lah. Byk juga kebaikan & kemajuan yg di buat masa era Tun M yg kita semua menikmati nya hr ni. Apa yg kita dpt bwh rejim Najib? Duit hangus, ekonomi lingkup, rakyat ter tekan dgn kos sara hidup yg melambung, etc.

      Klu Tun tido mcm Pak Lah, bertambah teruk lah nasib kita & anak-cucu kita di buat nya.

      Wallahu 'Alam.

      Delete
    2. Betul tu..sebab Mahathir yg mencipta penjenayah & kaki rasuah seperti Najib yg melingkupkan Msia sekarang. Mahathir diibaratkan sebagai Dr Frankesten yang mencipta Dracula(Najib) yg dia agak dia bolih control. Last2 Dracula dicontrol olih Rosmah. Itu lah punah.

      Tentang bab makan tu, drakula Najib makan lagi banyak dari tuannya Mahathir...dan makan secara terang2 pulak dan disokong olih Menteri2 cap ayam. Lingkup Msia. Jangan cakap kuah, rakyat dpat abuk nanti.

      Delete
    3. 11.44

      Betul tu...anwar pula cipta golongan liberal, pro zionist, lgbt, bapa rasuah (pemimpin lain bapa pembangunan dan lain2) bawa negara kearah kehancuran.

      Lim kit siang adalah cipta bapa perkauman, anti islam, pemberontakan komunis,penipuan dan segala jenis maksiat

      Parti amanah kaldai, kerbau dan lembu kepada DAP.

      PAS? halal kepada kami, haram yang tidak menyokong kami.

      Delete
  7. Anon 7.59
    Jahat sungguh hatimu....

    ReplyDelete
  8. Salam Shah.ini baru lucu.Tun M malas nak jawab sebab dia banyak tanya soalan sebelum ni tak ada jawapan juga.Jadi Tun malas lah nak melayan.

    ReplyDelete
  9. Jahat hati kat Mahatir dan UMNO kerana dia terutamanya memperlekehkah Rasulullah SAW dengan terang terangan dalam suatu perhimpunan Agung UMNO dulu dgn tepukan gemuruh tanpa sesalan dan taubat pada Allah SWT sehingga sekarang secara terbuka kat Malaysia,
    Keadaan negara akan berubah bila mereka ditukarkan atau bertaubat dan jadi orang yg merendah diri pada Tuhan
    Simple aje
    Salah seorang yg bertepuk tangan tentu aje Najib.
    Fakta ni menjadi salah satu keberakatan negara hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkat? Percaya ker ada ker keberkatan dalam politik? Sapu duit rakyat. Sapu project besar. Ambil commission. Tipu rakyat. Cakap bohong.

      Delete
    2. the moral of the storey is....another bricks in the wall, another shit in the brain ......please wake up raayat

      Delete
  10. Mahatir bukan ikhlas pun, petkara byk di sebut takut UMNO kalah next PRU, tak ke terlondeh semua skim tipu dan menyusahkan rakyat terbongkar
    Ini pasal Najib tak pandai cover mcm dia buat dulu
    Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah makan ubat? Bertambah teruk sakit kamu ni

      Delete
    2. Perasaan org dlm ketakutan begitulah bro....Sekarang penjilat pm dah mengaku umno akan kalah dlm pru Yg akan dtg Klu Najib masih pm

      Delete
  11. Kena minta Yusoff Haslam dari Gerak Khas siasat dan dapatkan apa segala maklumat mengenai Mahathir.

    Jangan ada dialog 'Tuan, suspek telah melarikan diri tuan!'.

    ReplyDelete
  12. Apa2 pun, TDM memang power root. Dia tak payah pergi ke polis. Polis yang kena datang ke dia. Power... power...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pacik adi jer taknok power....dia nok nasihat dan dokwoh jer pokjib......sebagai balasang dia dok nok power....kalu pas nok feat ungok..declare amanat aji adi null and void...biar puok 2 Pengikut Akai Senget tahu pacik adi taknok power....gege jaa lebih

      Delete
  13. Tok hadi pun x betul.....camna nak jadi punahsihat.Najib x berani ambil tindakan pada Mahadzir.....Umno akan tambah kucar kacir dan rakyat pasti bangun menentang kerajaan BN.Rakyat dah tertekan dgn sara hidup kian mencanak naik.....Sorry umno telah kami humban jauh ke dalam lombong.....tunggu hancur lebur bersama pemimpinnya

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. D larang masuk kat mana,,,hah..celah perangkang rosma ke . .
      Cari tempat yg byk lobang

      Delete
    2. D larang masuk kat mana,,,hah..celah perangkang rosma ke . .
      Cari tempat yg byk lobang

      Delete
  15. Pak Budin tak nak komen ke, amaran gangster Zahid kepada MP2 BN yang bercadang berpakat dgm PH utk menolak Bajet dan sinkir Najib dari jawatan PM.

    Bajet ditolak utk sinkir Najib. Lantik PM baru, bawa balik cadangan bajet utk diluluskan dlm Parlimen. Apa susahnya. Negara bolih diselamatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ini terjadi,,alamat mkn ubi kayu,cam zaman jepun..
      Aku tak pe,stok msh byk ckup utk 2bln..tu makcik pakcik felda dan yg byk hutgg. Rmpok je la

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Marilah kita isap vape ramai2. Jgn beli rokok kita boikot company mereka yg tolong byr cukai kpd kerajaan ajib botak mulut merah. Puii minta simpang aku

    ReplyDelete