Saturday, 7 November 2015

APAKAH MASALAH UMNO SELESAI DENGAN MENDAKWA MAHATHIR DI MAHKAMAH?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu.

Serentak dengan itu, beliau mahukan ahli di peringkat akar umbi mendukung segala usaha yang sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan  UMNO bagi tujuan itu.

Atas dasar itu, kami menjelaskan kepada pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah tersebut, katanya di Alor Setar hari ini.

Walaupun Zahid tidak menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO, tetapi semua orang memahami masalah utama UMNO sekarang ialah berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan hal-hal yang melingkari kepimpinan Najib sendiri.

Ia kemudian berkait pula dengan kedudukan Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan empat pemimpin lain yang dikenali "Kumpulan 7" sama ada bakal dipecat, digantung atau sebagainya daripada UMNO dalam waktu yang terdekat ini.

Selain itu, ia juga melibatkan Tun Mahathir yang turut sedang disiasat polis dan keputusan sama ada akan diambil tindakan atau sebaliknya akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Itulah sebenarnya masalah-masalah utama yang sedang dihadapi UMNO. Dan semuanya, jika dihalusi tidak lain hanyalah berpunca daripada satu orang saja iaitu Najib sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Jika Zahid mengatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan semua masalah itu dan mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti di peringkat negeri, bahagian serta akar umbi,  apakah tindakan penyelesaian yang dalam perancangan itu?

Apakah memecat atau menggantung keahlian "Kumpulan 7" dapat menyelesaikan masalah parti?

Apakah juga memecat atau menggantung kedudukan Muhyiddin Yassin yang kemudian menyebabkan haknya terbatal untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 9 Disember depan mampu menguatkan dan menyelesaikan masalah parti?

Apakah dengan mengambil tindakan yang sama kepada dua pemimpin UMNO yang sedang berada di hieraki pusat iaitu Muhyiddin dan Shafie Apdal dengan tujuan yang jelas untuk menghalang mereka muncul dan berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 12 Disember, dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi UMNO?

Apakah juga dengan mengambil tindakan berkaitan pertuduhan fitnah keatas Tun Mahathir, sebagaimana yang diakui oleh pihak polis bahawa kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara kira-kira dua minggu lagi, merupakan pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah UMNO?

Tidakkah dengan Anwar Ibrahim sendiri yang pernah bermusuh dengan Tun Mahathir turut menyatakan kebimbangannya mengenai perkara itu menunjukkan sesiapa pun hakikatnya tidak dapat menerima layanan sebegitu rupa yang cuba dihadapkan kepada bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa itu?

Tun Mahathir ketika berkuasa pun, turut diserang dengan pelbagai dakwaan yang antaranya oleh dua bekas Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Alhal dan Tun Hussein Onn, tetapi adakah tindakan beliau sampai ke peringkat seperti apa yang dilakukan oleh Najib ini?

Sementara Zahid kini sedang menjelajah ke negeri-negeri untuk mendapatkan sokongan terhadap apa juga tindakan yang bakal diambil oleh kepimpinan UMNO pusat, tetapi siapakah yang sebenarnya cuba diselamatkannya?

Tindakan jangka pendek dalam bentuk apa pun barangkali boleh diambil untuk menyelamatkan kedudukan Najib, tetapi apakah ia mampu menambah kekuatan jangka panjang kepada UMNO dan memberi bayangan harapan lebih baik kepada masa depan negara?
Begitu juga dengan tindakan Zahid yang cuba "menjadi hero" dengan mengatakan beliau sedang memerhati satu satu siapa Ahli Parlimen BN yang cuba bersama dengan pembangkang untuk menolak bajet 2016 nanti, apakah begitu sikap yang wajar bagi seseorang pemimpin?

Perlukah ungkapan atau gambaran berupa amaran sesuai dilakukannya dalam keadaan sekarang?

Pernahkah kita ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang gayanya sebegitu rupa sebelum ini?

Akhirnya, siapa sebenarnya yang sedang Zahid cuba selamatkan? Najib, UMNO,  negara atau dirinya? (SH 07/112015)

22 comments:

  1. Dah kalam kabut baru la nak cari akar umbi minta sokong...bila sapu duit mkn sorang...gi mampus la umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak2 akal senget sedang ambil kesempatang diatas ketidak keberotakan umat melayu no otak......new album release adi feat ajib in aa ciummm konsert gegar raayat

      Delete
    2. Bila dah tersepit, dah nak mampus baru teringat kepada akar umbi. Minta sokongan padu akar umbi. PIIIIIRAHHHHHH.
      BOLEH BLAHHH. BOLEH PERGI MAMPUS

      Delete
    3. Atak kuasa punya olang ,mesti guna itu kuasa maa aa , balu nampak betut-betut atak kuasa maa aa .

      Tatak kuasa ,apa bolih buat lea aa ?.

      Delete
    4. ini olang aaa lea ata tangan tapi lea lupa lea ata jail....mau makan, mau kolek kolek, mau cakap tunjuk2 kena guna ini jail..lu ata tangan tapi x jail ...lu no use...telejun oxidation pond atak baguih.........atak paham ka?

      Delete
    5. Atak kuasa punya olang ,memang itu macam maa aa ,mesti tunjuk jali lor rr .

      Tatak kuasa punya olang ,mana bolih tunjuk jali ,kena ikut itu kuasa punya olang tunjuk maa aa .

      Delete
    6. Kita tunggu PRU yg akan datang. Baru UMNO akan sedar Nasi dah jadi Bubur!

      Delete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Jawa kalau dah dpt kuasa,Obama pun seriau tgk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Jawa. ...nak bagi tau kat hang,kami akaq umbi dah nak makan pun susah dah ni,rega barang naik mencanak.Buat bendang pun x berapa duit bulih......kami ni jadi khebau buat kheja kat hampa.Ada hangpa hgeti kami susah.Laa ni kami akaq umbi dah x mau kat hangpa.....kami cari kapal baru kot kot kami bolih menyawa lagi.pi mampuih dgn umno haram jadah.....dgn hang sekali

    ReplyDelete
  4. Menteri2 bangsat dan haramjadah ni bukan nya bertungkus lumus nak selesaikan masalah rakyat yg sedang tertekan dengan.kenaikan kos dan pelbagai kenaan cukai. Yg bangsat dan haramjadah ni tau adalah tungkus lumus utk cover big bos dan cover tembolok sendiri.

    ReplyDelete
  5. Bukankah orang ini yang memperkecilkan ketua2 cawangan dalam peristiwa teluk kemang yang lepas? Jika benar2 nak rayu sokongan akar umbi, jumpalah semua lebih 20 ribu ketua cawangan di seluruh negara. Jangan hanya beri taklimat kepada ketua2 bahagian di pwtc. Alang2 jelajah buat majlis dengan ketua2 cawangan. Barulah merujuk kepada akar umbi. Jangan pergi merata jumpa ketua2 bahagian dan ajknya, lepas tu dakwa jelajah jumpa akar umbi. Tipu dosa. Takkan ustaz2 kat izzudin tak ajar dulu. Jumpa ketua cawangan jangan pulak buat taklimat. Kena ada soal jawab. Ketua cawangan berdepan dengan masyarakat setiap masa. Banyak soalan yang diterima dan tidak pernah kepimpinan atasan umno menolong menyediakan jawapan. Tahukah Zahid bahawa semakin banyak cawangan tidak hadir ke persidangan bahagian sejak pemilihan pada 2013? Dengan penangguhan pemilihan yang sepatutnya berlangsung pada 2016, umno semakin lesu di peringkat akar umbi. Akar umbi semakin menjauh dan jauh hati dari parti yang sedangkan dibebankan pelbagai masalah bertimpa2 oleh kalangan pemimpin tertinggi yang masih tidak sedar diri.

    ReplyDelete
  6. Akar umbi melihat pemimpin bertungkus lumus mahu menutup bangkai gajah.

    Kerja paling bodoh yang tidak pernah dibuat oleh orang sebelum ini.

    Hatta orang kapir pun letak jawatan jika tercium dengan skandal.
    Tetapi apakan daya ini adalah jenis bangsat dan jembalang.

    ReplyDelete
  7. Apakah idea kita sebagai pembayar cukai dan pengundi utk menyelamatkan keadaan...kalau tunggu kan PRU mati kering lah jawapnya

    ReplyDelete
  8. akar ubi jangan dihina
    ia bernilai semasa susah
    ini semua resam dunia
    bila terantuk baru terngadah.......................pigi dahhhh...our heart is no longer with you

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Anak haram hampa kaki jilat najib. Makan duit haram, rasuah sana sini, penkianat bangsa dan agama. Semoga cepat bala turun kpd hampa. Amin..

    ReplyDelete
  11. Akar umbi UMNO bukannya lembu dicucuk hidung...sudah-sudah la tu Zahid....kau naik pun sebab bodek Najib...tiada kredibiliti langsung sbg pemimpin...yg kau tahu mengugut rakyat bawahan...Najib yg dituduh menyeleweng duit rakyat...kau tak siasat...hanya orang yang bodoh tahap gaban jer percaya bulat2 cakap hang...bodoh...kecik2 tak nak mampus

    ReplyDelete
  12. Salam Bro,aku malu kerana mempunyai PM dan TPM sama-sama bengong......

    ReplyDelete