Sunday, 4 October 2015

SAYA DATANG UNTUK MENGHASUT - MAHATHIR

Tanpa berselindung dan secara berterus terang, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam majlis hi-tea  anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka adalah untuk menghasut semua orang.

Hari ini, saya mengaku datang ke sini adalah untuk menghasut semua orang. Kita tidak perlu takut walaupun berada di bawah pemerintahan yang menakutkan, katanya di hadapan kira-kira 500 yang hadir di majlis itu.

Lantaran itu, selain meneruskan serangannya dengan menyifatkan kepimpinan Najib Razak sebagai zalim dan menghantar orang pergi menunaikan haji dengan duit curi, Tun Mahathir juga menghuraikan bagaimana untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya.

Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya.

Sehubungan itu, tambahnya, jika Najib kekal lagi sehingga pilihanraya akan datang, beliau perlu dikalahkan di kawasan pilihanrayanya di Pekan tetapi dalam masa yang sama memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya.

Bagi Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan memandangkan Najib pernah menang dengan hanya 241 undi saja pada pilihanraya tahun 1999

Beliau seterusnya mahu pengundi Pekan menjadi lebih bijak dengan mengutamakan kepentingan negara serta menolak sebarang bentuk wang tunai yang cuba diberikan oleh Najib kepada mereka.

Selain itu, beliau juga mengajak agar tekanan massa terus dipertingkatkan terhadap Najib.

Katanya, Najib perlu disingkirkan tetapi mesti lebih ramai yang berani bersuara dan "saya tetap nak lihat Najib letak jawatan."

Apabila Khairuddin seorang yang membuat laporan polis, tentulah dia akan menjadi mangsa...cuba 1,000 atau 100 ribu membuat perkara yang sama, Timbalan Pendakwa Raya pun sukar mahu mendakwa. Kalau mahu dipenjara pula, berapa lama mahu disimpan orang seramai itu, jelasnya lagi.

Tun Mahathir juga mendedahkan undang-undang Sosma yang sedang dikenakan kepada Khairuddin adalah suatu undang-undang yang boleh membawa seseorang itu dipenjarakan seumur hidup.

Apabila Khairuddin ditahan dibawah Sosma, saya baca undang-undang itu dan mendapati pesalahnya boleh dipenjara seumur hidup. ISA pun tak seteruk itu.

Apa dianya Sosma ini...source dari Ma (Rosmah), katanya sambil disambut ketawa para hadirin.

Secara keseluruhannya, majlis hi-tea anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka amat berjaya dengan dewan penuh orangramai yang mahu mendengar ucapan daripada Tun Mahathir meskipun mereka perlu membayar RM80 untuk menghadirinya.

Dengan semangat yang dipercikkan oleh Tun Mahathir melalui kata-katanya, sudah mula terdengar ura-ura lebih banyak majlis seperti ini akan diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara selepas ini.

Beberapa hadirin dari pelbagai negeri yang hadir secara terbuka menyatakan mahu membawa Tun Mahathir ke negeri mereka pula untuk tujuan meneruskan tekanan dan memaksa pengunduran Najib daripada jawatannya.

Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara. (SH 04/10/2015)

Tun Mahathir ketika tiba dan mula masuk ke dewan hotel de palma, ampang.

Tun Mahathir ketika sessi soal jawab dengan diapit oleh Sanusi Junid dan Syed Saifuddin.

Aziz Yassin, Ibrahim Ali dan Mad Aris Yusof adalah antara jemputan yang hadir.

Tamrin Ghafar, Aziz Yassin dan Zor Aziz sedang berbual-bual sementara menunggu Tun Mahathir selesai sessi sidang akhbar dengan wartawan.

Sebahagian hadirin yang hadir untuk mendengar ucapan Tun Mahathir.

39 comments:

  1. Subhanallah...doa Almarhum Ustaz Fadzil Nor benar- benar makbul. Sekelian rakyat janganlah benarkan ular tua ni patuk kita semua lagi..Umno dah lama mati sejak diharamkan..yang ada ni adalah hantu raya berupa umno. Orang tua tu lah yang puja hantu raya tu menjelma. Sekarang nak mati pun dah tak boleh..kena panggil orang buka atap rumah..tapi sapa yang berani..pasal anak jin dok jaga bumbung rumah..ada pak sheikh yang pandai halau hantu setan pun dah kena pasong..tau-tau esok cium bau bangkai je la nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aii yaa , lu apa macam cekap maa aa , Wa Cina sekoah pon atak lebih pikir lor rr .

      Lu bikin malu itu sekolah kebangsaan maa aa .

      Delete
    2. Kenapa kau tak cakap pasal PAS yang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni? Tu pun pasal doa arwah Ustaz Fadzil juga ke? Bodoh tak boleh diajar. Kalau nak belajar jadi macai berbayar pun, pergi cari tadika la dulu...

      Delete
    3. Anon 03.37
      Kenapa kau tak cakap pasal PAS yang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni? Tu pun pasal doa arwah Ustaz Fadzil juga ke? Bodoh tak boleh diajar. Kalau nak belajar jadi macai berbayar pun, pergi cari tadika la dulu...

      Delete
    4. cara hang tulis ni mgambarkan peribadi hang.
      bertaubatlah kerana buruk benar peribadi anda

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. Kesian...PAS akhirnya ditendang juga oleh PKR selepas sekian lama bermadu kasih dan cium mulut dengan DAP..

      Entah apa perasaan almarhum ustad Fadzil Noor jika dia ada lagi hari ni....sungguh dia tak rela DAP ceraikan PAS dengan talak tiga.

      Apa nak buat ustad..gila bayang sajalah...dan cari cina buta untuk ustad ustad PAS yg berbai'ah terpaksa ceraikan bini dgn talak tiga juga jika lompat parti.

      Inilah ajaran PAS inilah fatwa PAS...Parti Ajaran Sesat. Parti Ajaran Syaitan..Pengikut Angguk Sahaja.

      PAS parti menutuh.

      Tok Guru Nik Aziz yg buat sembahyang hajat penuh stadium untuk berdoakan kematian Tun Mahathir akhirnya mati terlebih dahulu.

      Tuan guru Hadi yang hebat dgn Amanat Haji Hadi. Suruh bunuh membunuh sesasama lslam sekarang ni telah menjadi kera sumbang dan melulut di tepi gantang dalam parti PAS. Hadi..Hadi...dah bisu rupanya kau sekarang ini.

      Alhamdullilah Tun Mahathir masih sihat walafiat.Semuga Allah panjangkan umur beliau dan berikan beliau kekuatan. AMIIIIN YA RABULLALAMIN.

      Delete
    7. Tak kisahlah ular tua ke apa ke? Sokong Najib ke? Tak rasa malu ke sokong Najib?

      Delete

    8. PAS yang nyawa-nyawa ikan sempat di selamatkan oleh Parti Amanah. Perjuangan Ust Fadzil dan TGNA masih hidup dan diteruskan. Allah memakbulkan doa Ust Fadzil dengan mengantikan sesuatu yang lebih baik.

      PAS bersama DAP tidak ada kena mengena dengan Ust Fadzil sebab masa itu belum ujud pakatan yang ujud ialah tidak ada pertandingan 3 penjuru. Pakatan Rakyat di tubuhkan semasa TGNA.

      TGNA orang yang beramal. Mendoakan orang lain mati bukan kerja orang yang beriman. Tanda orang yang beriman dan yang beramal ialah pemergian nya diiringi oleh beratus ribu orang !! Bukan semua doa kita di makbul kan oleh Allah jadi bila kita berdoa, biar lah doa kita yang terbaik kerana kemungkinan pada masa kita berdoa itu lah Allah memakbulkan.

      Sekira TGNA berdoa di stadium mengapa TGNA sahaja yang meninggal sedangkan ramai dalam stadium pun sama berdoa ! Sepatutnya beribu orang yang meninggal sama dengan hari TGNA meninggal dunia.

      Delete
    9. Mamat ni memang syok sendiri. Parti Amanah pimpinan mat sabu dikatakan kesinambungan daripada ust fadzill noor dan tgna.

      Maknanya mat sabu ni pun ulama jugalah. Kalau ulama dia mesti berpegang kepada bai'ah PAS. Kenapa sampai hari ini pemimpin yg keluar PAS masih belum menceraikan bini bini mereka dengan talak tiga.

      Dah lah sesat nak menyesatkan orang lain pula.

      Kau dah ceraikan bini kau dengan talak tiga ke belum ni?

      Delete


    10. Perjuangan Ust Fadzil dan Perjuangan TGNA bukan kedudukan Ust Fadzil dan Kedudukan TGNA.

      Kalau ulama ini dah ramai yang bagi ulasan, jangan ingat ulama ialah orang yang pandai agama, mereka yang dalam bidang lain pun ulama.Cuma ulama dalam hal agama yang di tonjolkan.

      Mat Sabu tidak ada bai'ah lah. Aduuiii hai !! Baiah pulak terbatal sebab Presiden yang halau mereka dan pemimpin PAS pun dah serahkan hal baiah pada Allah jadi tak usah lah nak tunjuk pandai dengan hal yang tidak jelas.

      Macamana Zahid macam tu lah macai. Nak selamat kaitkan besan. Kerana berdendam kaitkan anak sekali !

      Delete
    11. Kau dah jadi orang syurga. Buat apalah kau menukarkan syurga kau dgn dunia ini semula.Bawalah kain baju kau kesana

      Delete
    12. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

    13. Aku ingin hidup di dunia ini untuk 100 tahun lagi ! Kalau boleh.

      Delete
  2. Assalam.. Anon 0337.. Apaa yg hang merepekkk nii... Apa sumbangan hang pada negara... Sekurang2nya tun m cuba buat sesuatu yg baik utk semua ketika ni.. Hg apa buat.. Semua org ada salah.. Tun m pon misti ada salah juga. Sekurang2 dia tgh buat benda baik. Sepatut kita sama2 raikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 03: 37 dok main kote sajalah. Itu saja pun yg dia reti.
      Lepas tu dia hayun telor pulalah ke hulu ke hilir tadah serban minta derma jihad buat beli beras

      Delete
    2. Bro
      Sopan lah sikit bahasa tu, ini blog orang bukan bolg kita. Biarkan mamat Pas ini. Dia boleh cakap apa sahaja kerana jelas kejahilannya. Dia marah Tun M ,tapi hi-way utara selatan dia masuk gak. Dia marah Tun M ,proton dia bagi sedara mara dia pakai.... Masa aku di Arab dulu sebelum Najib take over, Orang Arab cukup bangga dgn Mahathir,,,Depa kata kalau tak kerana Mahatihir , negara Islam seluruh dunia akan malu....kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara Islam yg mengeluarkan kereta,,,, yalah kereta yg kau kutuk,kondem......

      Delete
    3. Mamat 0337 tu mana ada kereta proton pun. Motor kapcai cabuk tu dia adalah

      Delete
    4. Betul bro lorong no entry pun dia masuk juga.Bukannya dia tahu boleh ker tidak.

      Delete
    5. Orang Arab berbangga dengan Malaysia bukan pasal Mahathir sahaja tetapi kerana Anwar yang banyak adakan hubungan dengan Arab ketika itu.

      Walaupun Malaysia keluarkan kereta Proton tetapi sebenarnya kerana Proton lah yang menyusahkan rakyat terpaksa membeli nya dengan harga nya mahal dibandingkan dengan kereta negara jiran yang bermutu tinggi. Mahathir sendiri pernah kritik Proton. Dan sekarang Syarikat asing ada yang buat kereta pasang siap di Malaysia
      dan di jual dengan harga yang murah dari sebelum ini sebab itu Proton banyak kali di bail out. Tak silap sekarang Proton di kuasai oleh orang asing. Jadi janganlah berbangga dengan ada nya kereta Proton.

      Begitu juga tol, mana-mana negara ada highway ada tol. Tapi tol Malaysia sahaja yang menguntungkan kroni bukan nya rakyat. Sampai sekarang perjanjian dengan konsortium higway tidak di dedahkan dan dari maklumat keuntungan yang dikutip oleh syarikat konsortium meningkat dari masa ke semasa.

      Kalau Proton untung, Kutipan Tol berjuta-juta. Mana pergi nya sampai Najib terpaksa dapatkan derma??

      Delete
    6. Saudara, bila pulak orang Arab kenal Anwar sebagai pemimpin yang mmembuat hubungan dengan mereka? Saya ni duduk negara Arab, tak pernah seorang pun yang sebut nama Anwar. Dia orang tak kenal langsung siapa Anwar. Tak payah cerita dongeng lah. Hanya Dr Mahathir yang meniti di bibir mereka. terimalah hakikat itu.

      Delete
    7. Anon 0047, Orang orang PAS bercakap mana pernah gunakan fakta. Mereka banyak menggunakan imiginasi sahaja. Terlampau banyak berangan angan.

      Mereka ni mana ada ilmu pengatahuan pun, pelajaran pun tak cukup, banyak mana sangatlah mereka ini berkelulusan tinggi pun. Mathematik pun failed.

      Ilmu dioarang ini banyak diilhamkan oleh syaitan kerana mereka juga bersahabat dengan syaitan.

      Walaupun mereka ni berjubah putih bersereban besar, hakikatnya tidak sama dengan ilmu dan keperibadian sebenar mereka yang berperut buncit.

      Orang orang PAS ini kebanyakannya Pemalas dan tinggi angan angannya. Yang mereka tahu hanyalah berbini lebih daripada satu, kereta pun banyak yang pakai kereta second hand selebihnya naik kapcai.

      Delete
    8. pekerjaan yang mereka gemar lakukan adalah membentang sejadah atau serban untuk punggut derma.

      Bukan sekadar satu atau dua sejadah yang mereka bentangkang, kekadang lebih. Kononnya derma wang jihat. kalau wang jihad kenapa tidak diisytiharkan punggutannya macan mana yang dilalkukan oleh khariah masjid kerajaan dengan mencatatnya di white board masjid dan boleh dilihat tiap tiap hari.

      Wang jihad ni sebenarnya masuk kedalam perut mereka sajalah. Sebab itu tuhan tunjukkan kepada kita semua walaupun mereka ini bersereban labuh tetapi perut mereka yang buncit itu tetap menonjol juga.

      Delete
    9. Saudara ku

      Sehingga sekarang hubungan Anwar dengan rakan-rakan Arab sekali pun terpenjara, masih lagi berterusan dan juga bertambah dengan rakan baru. Anwar kerap ke tanah Arab walaupun tidak selalu. Anwar mendapat sokongan dari orang Arab yang meminta campurtangan YDP Agung.

      Memanglah ketika itu mereka tidak kenal Anwar kerana pemimpin nombor satu ialah Mahathir. Saya bukan nak perlekehkan Mahathir, malah saya puji Mahathir kerana bijak memilih dan meletakkan Anwar memainkan peranan. Termasuk beberapa Menteri yang lain. Dan sepatutnya lah Mahathir yang menerima pujian dan Malaysia ketika itu di sebut sebagai negara kebangkitan Islam di Asia sehingga dakwah kristian di Filipina di giatkan demi mengimbangkan perkembangan Islam.

      Tidak cukup dengan menghirup udara Arab dan makan kebab Arab untuk memperkatakan tentang orang Arab kenal Mahathir. Saya hanya mengusik kalau saudara terasa saya mohon maaf.

      Delete
  3. Aku setuju dgn tun hantar org pergi haji tapi duit tu halal ke hsram kita pun tak tahu

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dgn tun hantar org pergi haji tapi duit tu halal ke hsram kita pun tak tahu

    ReplyDelete
  5. Haha.. tak dak apa nak cakap lagi.. mmg Najib nak kene tendang tapi dia ada kuasa mcm Bashar Al Assad.. org mcm Najib ni, dia sanggup kalo Mesia jadi mcm Syria sekalipun.

    ReplyDelete
  6. Pasal hantar orang dengan duit haram lah macam 2 bencana telah berlaku di sana

    ReplyDelete
  7. Sebagai PM, diMsia ni Najib mana ada banyak kuasa.

    Dia gunakan kuasa2 yang dipunyaai olih Khalid Twitter. Khalid lah yang mempumyai kuasa utk mengacau dan cuba mempengarohi siaatan SPRM..dengan menangkap dan menahan pegawa2 SPRM. Khalid juga ada kuasa utk menangkap Khairuddin dan tahan dibawah SOSMA.

    Najib juga menggunakan Apandi, Peguam Negara yg dia lantik supaya pendakwaan dilakukan kepada musuh2nya dan tiada pendakwaan keatas dirinya. Najib juga guna kuasaa KSN, untuk menukar pegawai2 SPRM. Kuasa PM Msia dan Britain adalah sama. Tetapi PM Britain tidak bolih bertindak seperti Najib sebab Ketua Polis London, Peguam Negara dan juga Chief Secretary mereka semuanya cerdik2 belaka dan tidak akan menurut arahan PM utk kepentingan politiknya.

    Dalam isu menyingkir Menteri2 & AG , kuasa utk memberhenti adalah dibawah tangan Agong. Kalau Agong, prihatin sikit, beliau akan menyelidik dahulu sebelum ikut nasihat seorang penjenayah rasuah yg sedang disiasat.

    Sebenarnya, PM & Menteri tiada kuasa disegi undang2. Dia guna orang2 yg dangkal yg mempunyai kuasa spt KPN, KSN & AG utk kepentingan diri dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg najib tak lah banyak kuasa tapi beliau menguasai org yg di beri kuasa. Cara apa dia kuasai hanya beliau yg tahu sbb selalunya yg dok pegang kuasa ni ada banyak salah laku......
      Jika AMANAH ini di pikul dgn baik semua kepincangan tidak akan berlaku. Malangnya ia di permainkan seolah2 rakyat ni terlalu bodoh utk menilai.
      Apa pun pandangan anda amat baik dan bernas sekali utk dipikir2 kan.....tahniah!
      Peliknya Agong langsung tak bersuara walaupun sentimen bangsa di permainkan. Beliau nampaknya langsung tidak amanah. Pesan guru saya....seadil2 raja duduk atas pucuk api neraka. Buat Agung tolonglah bersuara.....jika tidak bersara dan berilah kpd yg lebih berupaya menjalankan tugas. Duduknya beliau di situ pun hasil tanggungan rakyat jugak. Renungkanlah.....

      Delete
  8. Masaalahnya kouta haji yg najib ambil dan bagi pada jemaah lain,cara tu betul ke?.ramai jemaah tunggu giliran tiba tiba nama hilang.Duitb1mdb tu halal ke? Yang kita tahu perniagaannya pun haru biru dgn riba.Betul ke cara najib ni?

    ReplyDelete

  9. Tak ada kelibat Muhyiddin lagi?

    ReplyDelete

  10. Mengapa Tun Mahathir mengaku terang-terang yang dia menghasut ?

    Kerja menghasut ini ialah kerja peringkat bahagian atau wartawan yang di upah. Mahathir sanggup meletakkan kedudukan nya di bawah demi menyelamatkan negara dari kemusnahan yang di lakukan oleh Najib.

    Tidak malukan peringkat bahagian yang kalau berucap macam hero tetapi membisu membiarkan Mahathir yang selama ini menegur terpaksa terang-terang mengaku dia menghasut.?

    Tidak malukah pada anak bangsa bila Najib Presiden UMNO di katakan menguna duit curi menghantar orang mengerja kan haji ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya.. Pengakuan 'menghasut' yg tun mengaku tu umpama satu cabaran terbuka buat najib dgn isu terbaru sosma bekenaan defisinasi 'sabotaj' yg mempunyai pelbagai takrif.. Tun bagaikan berkata 'sekarang saya terang2 menghasut. Apa tindakan hang najib nak buat kat org tua ni'.. Istilah tun 'takut' pula adalah sindiran keatas pemerintahan sekarang.. Byk yg tun kupas dlm majlis hi-tea umno ni.. Terbaik tun.. Harap tun tak keseorangan lg.. Byk org yg mampu buat sesuatu terus diam atau terpaksa akur.. Bagi pembodek inilah peluang kerana najib sgt terdesak.. Ini pendapat saya saja..

      Delete
    2. Setuju dengan pandangan saudara tetapi saya tidak faham dalam hal ini mengapa berpuluh-puluh bahagian menjauhkan diri dari isu ini. Ini bermakna dalam UMNO ada krisis kepercayaan diantara mereka apa lagi bila orang seperti Salleh dan Zahid jadi orang kuat Najib.

      Selepas ini sekiranya Najib tidak mengarahkan KPN menahan Tun maka KPN wajib bebaskan Khairudin yang tidak jelas sebab-sebab tangkapnya. Oleh itu semuga Tun terus menghasut.

      Tun ada sebut jika seorang yang buat report, kerajaan tidak ambil tindakan, masalahnya kalau buat seribu repot di dalam negara pun tidak ada guna nya kerana semuanya dibakul sampah. Khairudin telah membuat lapuran di balai tapi dibalas oleh 1MDB tanpa siasatan Polis. Bererti seribu orang kena pergi luar negara untuk buat lapuran dan seperti Khairudin mereka juga akan di tuduh sabotaj.

      Hanya ada satu lagi cara iaitu ada geng yang buat lapuran Pollis ke atas Tun kerana menghasut.

      Yang pelik semua boleh bersatu mengenai Palestine tetapi tidak sedar satu hari nanti Malaysia pun jadi macam Palestine !


      Delete
    3. Saya kira bahagian2 dlm umno ni (akar umbi) ada 2 golongan.. 1 yg tak percaya langsung bulat2 dari pimpinan tertinggi.. Contoh anina langkawi tu.. Saya percaya ramai lg org macm beliau.. 1 lg golongan yg tunggu dan lihat. Golongan ini umpama lalang2 yg di tiup angin. Hanya ikot.. Tetapi mwreja buka pembodek2.. Di bahagian pimpinan ada pelbagai golongan2.. Sebahagian brsar hanya jaga periuk nasi masing2.. Dgn diam.. Mereka tahu salah depan mata.. Tapi lebih sayang diri dari negara.. Sebahagian kecil adalah pembodek yg juga pemain utama dlm pimpinan.. Mereka tak segan keluar hujah yg agak bodoh. Minta maaf. Sekali lg pendpt saya utk pilihanraya akan dtg bn tetap kembali berkuasa dgn najib tapi dgn undi yg minima.. Mungkin undi tak takpercaya rak boleh buat sbb speker tak amanah.. Mogok jalanan pon buat ketajaan lebih keras kepala. Laporan polis luar negara pon sangkut dgn tppa diugut (mungkin).. Ini hanya pendapat saja atau mungkin najib kena cuti sakit mcm gani patail.. Baru bekesan.. Kalu Allah nak tarik kesihatan sat ja.. Usaha yg paling baik adalah tun bertanding dgn najib dikawasan najib atas tiket bebas.. Kedua.. Tubuhkan suruhanjaya diraja yg diketuai agung utk buat siasatan semula bekenaan 1mdb, derma ikhlas 2.6b, ketiga.. Spr wajib Adakan dialog perdana satu pentas semasa pilihan raya utk perjelas manifesto dan debat rakyat.. Keempat.. Bagi memulihkan keadaan malaysia. Majlis raja2 mesti cmpur tangan bukan terhad pada agama saja..

      Delete

    4. Tun tidak boleh bertanding di mana-mana atau dengan sesiapa pun, sebab sekiranya Tun kalah (dengan segala helah dan kekuatan jentara) Tun tidak boleh bersuara lagi dan mengkritik sesiapa pun. Kalau Tun menang pun tidak ada guna nya sebab masa Tun telah dibahagikan dengan kawasan yang Tun menang.

      Saya lebih suka apa yang Tun buat sekarang.

      Delete
    5. Oh begitu. Saya terima pendapat tuan.. Tq

      Delete
    6. Mungkin kena letak org lain yg boleh kalahkan najib dikawasannya.. Mungkin veteran umno.. Atas tiket bebas.. Dah tentu tun m kempen habis habisan..

      Delete