Sunday, 4 October 2015

BOLEHKAH NAJIB DIKALAHKAN DI PEKAN?

Rasanya sudah dua tiga kali Tun Mahathir Mohamad menyebut mengenai perlunya Najib Razak dikalahkan di kawasan di pilihanrayanya, Pekan sebagai salah satu cara menghalangnya daripada terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang.

Ini tentunya berikutan sikap Najib yang enggan mengalah serta terus mahu berpaut di kerusi yang didudukinya di singgahsana Perdana Putra meskipun hingar bingar menolaknya bukan lagi sekadar kedengaran di dalam negara, malah sudah merebak ke banyak penjuru dunia.

Semalam, dalam satu majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, di Ampang, bekas Perdana Menteri itu mengulangi sekali lagi perkara itu.

Kali ini, selain meminta pengundi Pekan mengalahkan Najib dengan menolak sebarang bentuk percubaan memberi mereka wang, beliau juga mahu mereka mencontohi sikap pengundi Cina.

Saya lihat, orang Cina kalau kepentingan mereka terancam, mereka akan bersatu dan sanggup melupakan kepentingan parti yang mereka anuti, tambah beliau.

Katanya, pengundi Pekan juga perlu bijak dan berpakat dengan baik serta belajar daripada semangat orang Cina itu.

Bagaimanapun, jelas Tun Mahathir, sama ada mereka boleh berpakat dengan baik atau sebaliknya, ia ditentukan oleh pengundi Pekan sendiri.

Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah di Pekan, tetapi dalam masa yang sama pastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya, hurainya lagi.

Nampak macam menarik idea Tun Mahathir, malah ramai yang bersorak dan bertepuk tangan mendengarnya.

Soalnya, bolehkah Najib dikalahkan di Pekan?

Meskipun Najib pernah menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999, tetapi selepas itu majoriti kemenangannya boleh dikira cukup selesa.

Beliau dikatakan bukan saja lebih memperkemaskan jenteranya menangani segala macam masalah di kawasan pilihanrayanya itu, bahkan turut aktif menambah pendaftaran pengundi juga bagi memastikan kemenangan tipis itu tidak berulang lagi.

Sebab itu, majorit kemenangan Najib dalam pilihanraya 2004 terus melonjak kepada 22,292 undi. Malah jika dalam pilihanraya 1999, jumlah yang keluar mengundi hanya seramai 27,539 orang, angka itu meningkat kepada 41,102 orang pada pilihanraya 2004.

Daripada majoriti kemenangan sebanyak 22,292 undi pada 2004 pula,  keselesaan itu berterusan lagi dengan menjadi 26,464 undi pada pilihanraya 2008 dan 35,613 undi pada pilihanraya 2013 yang lalu.

Mengambil kita semua angka-angka ini, bagaimanakah Najib mampu ditewaskan?

Apakah perlu Tun Mahathir sendiri bertanding di Pekan melawan Najib?

Atau, kalau pun tidak Tun Mahathir sendiri yang bertanding kerana faktor usia dan sudah pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, adakah dalam pilihanraya akan datang beliau akan mengambil keputusan turun berkampung sepenuh masa di Pekan bagi berkempen menewaskan Najib?

Mungkinkah pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Sanusi Junid, Ibrahim Ali dan lain-lain akan turut sama dengannya "membelasah" Najib di Pekan sepanjang musim kempen pilihanraya akan datang nanti?

Dalam hal ini, memandangkan Najib yang ingin ditumbangkan, apakah Tun Mahathir turut sedia berpakat dengan Pakatan Harapan agar mereka dapat meletakkan calon yang benar-benar sesuai, berwibawa  dan "heavyweight" bagi melawan Najib itu?

Hakikatnya tentulah tidak bermakna jika Tun Mahathir sekadar mahukan tewas di Pekan, tetapi calon yang berlawan dengannya sekadar "ikan bilis" saja.

Jika dalam kes menekan Tun Abdullah Badawi dulu, Tun Mahathir sanggup keluar UMNO, apa agaknya pilihan Tun Mahathir bagi mencapai keinginannya melihat Najib tumbang di Pekan ini? (SH 04/10/2015)

11 comments:

  1. Memang dalam bab mengundi ni pengundi cina memang bijak berbanding melayu yg taqlid buta baik dr pihak BN maupun pembangkang.Kit siang dan Karpal singh pernah tersungkur di kedua dua DUN dan parlimen pada PRU 1995 apabila kaum cina mendapati kedua dua pemimpin DAP ini cuba menggadai kepentingan mereka dgn berpakat dgn PAS (MASA tu kaum cina amat curiga dgn PAS dibanding sekarang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Tun Dr Mahathir cuba melontarkan idea untuk menyelam paras mana sokongan ahli UMNO Pekan terhadap Datuk Najib pada masa ini, untuk merangka strategi sesuai diguna untuk mengalahkan Najib dipengkalannya. Setakat hari ini dirasakan sukar untuk menyingkirnnya kerana penduduk pekan 'masih sayang' pada Najib walau tak ada apa yang dibuatnya disitu.

    ReplyDelete
  3. Idealistic is cruel, history is violence!

    Selami kenyataan ini...Mahathir is idealistic, but based on history, Najib tetap menang! Dan akan terus menang! Itu cukup ganas! Dan org melayu akan terus mengundi BN! Again, history tells us BN akan terus mengganas rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. BOLEH ....!!!kalau dua kem askar di jalan gambang-kuantan itu dikeluarkan dari kawasan parliment pekan ....... dan orang asli di dalam kawasan itu DIAJAR SUNGGUH-SUNGGUH TENTANG HAK MENGUNDI MEREKA .....BAGI MEREKA MEMANGKAH SENDIRI KERTAS UNDI.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    idea yang bagus...tapi Tun jangan ingat dalam UMNO ada sikit sj pencuri...ada ramai lagi yang telah mencuri dan bersedia untuk mencuri sekiranya berpeluang....

    Pencuri-pencuri yang tak pernah kena hukum walau zaman Tun menjadi PM...pencuri-pencuri tersebut sekarang telah menjadi BAPAK pencuri...Nampak macam main-main tapi ini sebenarnya yang berlaku.

    ReplyDelete
  6. Mahathir tentunya mempunyai strategi yang tidak mahu dihidu, untuk itu dia perlu menggoyangkan pohon yang berbuah untuk menarik perhatian monyet.

    ReplyDelete
  7. Mahathir tentunya mempunyai strategi yang tidak mahu dihidu, untuk itu dia perlu menggoyangkan pohon yang berbuah untuk menarik perhatian monyet.

    ReplyDelete
  8. Bolehkah najib kalah di pekan?

    Boleh......hendak seribu daya
    Tak hendak seribu dalih.
    Dia bukan hebat mana pun.....org biasa yg ternyata lemah serba serbi melainkan kuat nafsu dunia je...

    ReplyDelete
  9. Untuk kalahkan Najib perlu dapatkan sebanyak mungkin undi Tentera. Pada masa ini ramai Tentera yang keciwa dan tidak berpuasa hati malah ada yang bersuara secara terang-terang. Banyak isu keselamatan yang perlu di tingkatkan dan jangan sampai Tentera kita terkorban dengan sia-sia. Keputusan undi Tentera dapat membantu pengundi awam berfikir dalam membuat keputusan pada hari mengundi.

    Calun yang sesuai ialah bekas Panglima Tentera kerana mereka akan menerima dan sedia mendengar kata-kata ketua mereka walaupun ketua tersebut telah bersara.

    Perlukah Mahathir berkerjasama dengan PH? Tidak kerana Mahathir masih mahu mengekalkan UMNO sebagai Kerajaan. Dan isu Najib adalah isu UMNO dan UMNO adalah musuh PH. Macamana Ketua macam itulah orang bawahan. Kalau tidak, tidak jadi macam ini.

    Isu Najib ini akan di gunakan di seluruh negara oleh PH di seluruh negara. Di Pekan, PH biarkan sahaja UMNO (calun Mahathir) menang sedangkan di tempat lain PH mahu UMNO kalah. Jadi kena cari jalan lain yang dibuat secara sulit.

    Dengan meletak bekas Panglima Tentera rasanya tidak menjadi masalah kepada PH setelah berbincang secara rahsia.

    Atau letak lah calun perempuan iaitu bekas ahli UMNO yang telah membuat lapuran dan kes keatas Najib di mahkamah.

    Kedua-dua ini adalah calun UMNO/Mahathir. Dengan itu pengundi tidak perlu risau sebab yang menang tetap UMNO.

    ReplyDelete
  10. Mengapa Sanusi Junid, Ibrahim Ali dan lain-lain hanya "membelasah" Najib di Pekan semasa kempen pilihanraya akan datang nanti dan bukan mulai sekarang ?

    Berkongsi lah pengalaman mengenai keborokan Najib. Suka tidak suka, kata-kata Mahathir mesti lah di sokong dengan 'siapa Najib sebenarnya' tapi jangan buat fitnah ke atas Najib.

    Orang seperti Ibrahim Ali, cukup mulakan berkata 'Negara dalam kemusnahan sekiranya isu besar negara tidak di selesaikan'

    Dalam hal ini penglibatan Shah lebih banyak jika di bandingkan dengan penglibatan mereka.

    ReplyDelete