Thursday, 29 October 2015

KETUA2 UMNO BAHAGIAN JANGAN SYOK SENDIRI DAN PERASAN LEBIH....

Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini di mana mereka yang menjadi Ketua Bahagian begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih, kecuali di era Najib Razak menjadi Presidennya.

Memang Ketua-Ketua Bahagian adalah pemimpin utama dalam UMNO. Daripada jawatan itulah, pelbagai peluang dan nikmat kehidupan boleh datang menjelma. Tetapi jawatan itu bukan segala-galanya.

Disebabkan begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih itulah menjadikan akhirnya wujud komplot atau gerakan di kalangan Ketua-Ketua Bahagian untuk mencadangkan pemecatan atau penyingkiran pemimpin, khususnya Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin daripada parti itu.

Menurut apa yang dilaporkan dalam pelbagai media, perkara itu turut disahkan oleh beberapa Ketua Bahagian, cuma mereka mengatakan ia bukannya komplot, sebaliknya hanya persetujuan agar golongan yang ditakrifkan "gunting dalam lipatan" perlu diambil tindakan.

Ada yang melaporkan antara 140 hingga 154 daripada 191 Ketua Bahagian telah bersetuju mengenai tindakan itu yang dipercayai melibatkan "Kumpulan Tujuh" yang disebutkan sebelum ini oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lebih menarik, persetujuan itu pula bukannya dicapai dalam mesyuarat khas atau perjumpaan tertentu,  sebaliknya hanya melalui perbualan dalam aplikasi Telegram saja.

Tindakan yang dicadangkan dikatakan melibatkan pemecatan, penggantungan keahlian dan lain-lainnya tetapi majoritinya mahu Muhyiddin dipecat keahliannya kerana kritikan berterusan terhadap 1MDB, kepimpinan Najib serta bantahannya mengenai Sosma.

Tindakan keras lebih kuat tertumpu kepada Muhyiddin kerana mahu mengenepikannya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.

Persetujuan Ketua-Ketua Bahagian itulah kononnya akan dipersembahkan kepada Najib Razak menjelang mesyuarat MT akan datang untuk dijadikan sandaran bahawa tindakan terhadap Muhyiddin itu turut mendapat sokongan majoriti  pemimpin  bahagian daripada seluruh negara.

Sebenarnya inilah yang peliknya dalam UMNO sekarang. Kuasa mengambil tindakan atau memecat seseorang bukannya terletak pada Ketua Bahagian, sebaliknya ia adalah hak MT UMNO. Hanya MT UMNO melalui sokongan dua pertiga yang boleh berbuat demikian.

Ketua Bahagian tidak perlu masuk campur dalam kerja MT. Kalau mahu apa-apa tindakan, biarlah MT memutuskannya, manakala suara Ketua Bahagian tidak perlu diambil kira sama sekali.

Bagi seseorang yang hanya menjadi Ketua Bahagian, untuk mengambil tindakan kepada ahli biasa di bahagian sendiri pun mereka tiada kuasa, apatah lagi untuk sibuk-sibuk mencadangkan pemecatan pemimpin yang berjawatan Timbalan Presiden UMNO.

Kuasa sedemikian hanya dimiliki oleh mereka yang menjadi Ahli MT UMNO saja. Ketua Bahagian tidak seharusnya syok sendiri dan belajar-belajarlah membeli "cermin besar"  untuk mencermin diri.

Najib juga, jika benar ingin menyingkirkan atau mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan "Kumpulan Tujuh" pemimpinnya yang sedang disiasat itu, beliau hanya perlu membawanya dalam mesyuarat MT serta memastikan sokongan dua pertiga memihak kepadanya. Itu saja.

Tidak perlu bersusah payah melibatkan Ketua Bahagian. Percubaan mendapatkan sokongan Ketua-Ketua Bahagian untuk tujuan itu, bukan saja sesuatu yang tidak betul dari segi aturan dan perjalanan parti, malah memperlekeh hak dan kuasa  MT mengenainya.

Dengan yang demikian, persetujuan kononnya melibatkan 140 atau 154 Ketua Bahagian yang digembar-gemburkan itu tidak lebih hanyalah "sampah sarap" yang perlu dikuis ke tepi atau dimasukkan terus ke dalam tong sampah saja. 

Ia sama sekali tiada nilai untuk diambil kira atau dipertimbangkan. Tiada sesiapa, termasuk MT harus melayannya. Tugas Ketua Bahagian ialah mengukuhkan parti, menabur khidmat kepada masyarakat dan memastikan parti menang dalam pilihanraya.

Kalau mahu ambil bahagian dalam pemecatan atau sebagainya, jadilah ahli MT terlebih dahulu.  (SH 29/10/2015)

24 comments:

  1. Ketua Angkatan Merah cuma syok sendiri aje, Kerana nak mendapat perhatian dari Kak Ros...dengan tu, mungkin boleh dapat lambo baru... Apa lah nak dikato bagi seorang yang asalnya penjual burger Ramly di tepi jalan dengan hutang sepuluh dua yang bertimbun, da menikmati kemewahan dari UMNO...apa lagi yang boleh dipikiran, begini la Barisan pemimpin UMNO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Untuk menjadi ketua2 bahagian parti Umngok, Hanya perlu jadi melayu bangang dan haramjadah macam kata PM 1M, Najibul Tuya.

      Delete
  2. Ini mungkin hanya balas dendam kut,di N9 ada bahagian mencadangkan DSN meletak jawatan maka bahagian lain melawan cadangan itu dengan menshorkan sebaliknya.Macam main bola ada sendiri punya penyokong.Menangok diair keroh memang mudah untuk mendapat ikan,nak-nak ikan itu mabok sikit,terkapai-kapailah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua2 Bahagian Umno semuanya sampah belaka. Dibeli olih Najib utk dapat sokongan. Kan Najib kata 'cash is king'. Jadi kalau ada cadangan dari sampah2 ni, mestilah disebabkan olih 'cash' yg disumbat dlm mulut mereka. Berrbeza dengan cadangan 13 Cawangan Umno Teluk Kemang. Mereka membuat cadangan berdasarkan fakta dan situasi. hanay Ketua bahagian mereka, Isa yg disumbat dgn 'cash' olih Najib. Tu sebab meroyan tu.

      Adakah Jamal Ikan bolih menjadi Ketua Bahagian Umno. Itulah tahap Ketua2 Bahagian Umno...sampah belaka..

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Semuanya di buat secara terancang,Siapa yg mengenengahkan isu "kumpulan 7"?? tanpa mengambil masa terus disambut oleh Jamal dan beberapa ketua bhg.
    Apa pun rakyat dah semakin Meluat@getik dengan tingkah laku pimpinan tertinggi umno yg mengibaratkan umno parti sdn bhd dan ahli2 tiada hak untuk mengetahui dan bertanya isu2 yg melanda umno dan kerajaan.
    eluklah umno ambil tindakan bukan sahaja kpd "kumpulan 7 " tetapi juga semua ahli parti yg tidak sependapat dgn kepimpinan dan bila tiba ppru 14 nanti pastikan juga semua yg di singkir atau di kenakan tindakan tidak mengundi umno dan bn.

    ReplyDelete
  5. Itulah dia budaya umno dimana gula disitu ada semut memang jijik dan kotor semoga pru14 ni ia tersungkur kerana keangkuhannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.....

      lls tunggu bila nak kena saman
      raayat mesia tunggguu bila Negara nak aman

      Delete
  6. Itulah dia budaya umno dimana gula disitu ada semut memang jijik dan kotor semoga pru14 ni ia tersungkur kerana keangkuhannya

    ReplyDelete
  7. KU NAN dah nyanyuk kerana cakap tak selupa mikin . Saya setuju UMNO pecat keahlian 7 orang itu supaya UMNO cepat padam. Cakap sikit lebih atau tegur sikit tak bolih dan bolih dipecat . Apa punya demokrasi .KU NAN kalau gentleman tandinglah bukit bintang atau kota baru atau kuala terengganu atau cheras atau pulau pinang...Mereka rasa UMNO ni parti yang terbaik didunia berebut2 nak jadi ahli tetapi hakikatnya apakah yang buruk tak ada dalam umno...Kalau cakap nanti kata fitnah tapi elok suluh cermin muka tu...Bila DAP ambil P.PINANG mulalah bising dulu BN perentah puluhan tahun ...berangan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TaK ada sebab kita nak panggil Si Adnan Sempit tu ku nan. Penipu besar tu. nama dia adnan bin mansor saja.

      Semua orang Kampong Baru, Kuala lumpur kenal budak ni

      Delete
  8. najib hanya hendak mententeramkan perasaan bersalahnya ......dan untuk "mengolah persetujuan" ahli umno 3 juta orang itu .....nak rasuah 3 juta tu susah sikit tetapi nak rasuah ketua bahagian tu senang sikit le.......

    ReplyDelete
  9. Suluh cermin muka ku nan,mahu pengsan aku lihat,kunan tu ego 90an boleh bawa goal,masuk kubur awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bolih tutup mulut Nan Mansor ni Vincent Tan shj. Mahathir pun tak bolih tutup mulut dia. Dia ni baruah Vincent Tan..makan dari duit judi Berjaya Toto..tu sebab mulut dia tak de kawalan....

      Delete
  10. Suluh cermin muka ku nan,mahu pengsan aku lihat,kunan tu ego 90an boleh bawa goal,masuk kubur awal.

    ReplyDelete
  11. Saya cadangkan tuan punya blog buat siri biografi ringkas semua ketua bahagian beserta gambar mereka, Rakyat Malaysia perlu kenal mereka-mereka ini.

    Ali Baba semua orang dah kenal, cuma penyamun berlagak hero dikeliling pinggangnya masih samar-samar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 100%...
      kerna ada ahli2 umno akar umbi yg blm kenal teuku adnan nih...
      nnti dlm pru 14.. blwh gak kita pangkah kb nih..

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Shah.. sila delete iklan ni. Annying la. Xder kaitan politik pun.

      Delete
  13. Entah ya entah tidak ni.

    Kalau betul nak singkir Muhyidin buat lah macam Ketua Cawangan Teluk Kemang. !

    ReplyDelete
  14. Buat je semayang hajat dengan baca yassin tiap2 hari. Mintak tolong dgn semua org2 Johor buatkan macam hari tu. Tak lama lagi hancurlah Najib tu. Mintak petunjuk mana benar mana salah. Org bela setan ni tu je ubat dia.

    ReplyDelete
  15. Sdr,
    Saya terkenang, masa Selangor dilanda krisis kepimpinan mb, mana ketua-ketua umno ni pergi..
    Bila saja krisis dalaman umno, ramai pulak yang bersuara. Kononnya akan melemahkan parti.. Tak ada cara lain, pada mereka pecat saja..itu sahaja yang mereka tahu..

    Yang mereka tak tahu..
    Ramai ahli (yang bukan kaki ampu) Dah jelek dengan mereka semua..

    Umno pada pandangan peribadi saya, pastinya akan berkubur , jikalau krisis yang nyata Dan berpunca dari siapa tidak diselesaikan.

    ReplyDelete