Friday, 30 October 2015

DISOKONG 3 JUTA AHLI, PRESIDENNYA ADA WANG DERMA RM2,600 JUTA - KENAPA TAKUT DENGAN 7 ORANG?

UMNO hampir pasti akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT yang akan datang ini.

Mesyuarat MT yang sepatutnya diadakan hari ini, 30 Oktober tetapi telah ditangguhkan ke tarikh lain, dipercayai untuk memberi ruang kepada petugas UMNO mengumpul segala bukti sebelum pertuduhan dilakukan.

Bersama beliau yang bakal menerima tindakan serupa ialah enam yang lain yang dikenali sebagai Kumpulan 7. Nama selebihnya yang disebut-sebut dalam kumpulan itu ialah Tun Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Shafie Apdal, Ahmad Said, Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman

Ada juga menyebut Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman tidak termasuk dalam senarai itu, sebaliknya yang terlibat ialah Sanusi Junid dan Rafidah Aziz.

Kesemua mereka ini dikatakan akan diambil tindakan bukan saja kerana serangan berterusan kepada Najib berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta, tetapi juga kerana penentangan terbuka berkaitan Sosma, baru-baru ini.

Di antara ketujuh-tujuh itu, yang paling mendesak bagi UMNO untuk diambil tindakan ialah Muhyiddin Yassin yang mana tujuan terselindungnya ialah untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO,  Disember nanti.

Kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO sudah letih dan penat dengan karenah mereka selama ini, membayangkan kebimbangan sekiranya Muhyiddin terus dibuka ruang untuk melancarkan serangan dan menimbulkan persoalan berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta di pentas rasmi UMNO, ia ditakuti akan menyebabkan keyakinan ramai terhadap Najib kian terhakis.

Kenapa Najib dan UMNO terlalu takut dengan Kumpulan 7 ini?

Bukankah Najib selalu mendewa-dewakan bahawa tiga juta ahli UMNO menyokongnya? Jika ada tiga juta sokongan, kenapa takut dengan tujuh orang?

Lebih dari itu, bukankah Najib memiliki derma RM2,600 juta yang tidak pernah diterima oleh mana-mana Presiden UMNO sebelum itu?

Lalu, kenapa gentar dengan hanya tujuh orang yang tidak ada kuasa, tiada jawatan dan tidak juga memiliki apa-apa yang boleh ditawarkan untuk membeli sokongan?

Selain itu, dengan kawalan media, pengaruh, kuasa, jawatan dan lain-lain yang semuanya menyebelahi UMNO dan Najib, mengapa tidak mampu ditangkis hujah dan serangan daripada tujuh orang saja pun?

Lekeh sangatkah pimpinan UMNO yang ada sekarang ini?

Bukankah dalam era keterbukaan dan kecanggihan dalam banyak perkara dewasa ini, perbezaan pendapat dan pertentangan idea seharusnya diraikan dan bukannya dikebumikan?

Adakah semua ini menepati pepatah yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan - "berani kerana benar dan takut kerana salah?"

Atau semua yang sedang cuba dilakukan kepada Kumpulan 1 ini menepati sepertimana yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa hanya pemimpin lemah yang suka memberi tekanan supaya orang lain mengikut telunjuk mereka.

Dalam masa yang sama, Tengku Razaleigh juga berkata, untuk menjadi parti yang kukuh, UMNO perlu bertoleransi dengan pandangan yang berbeza.

Kita semua perlu semua orang bagi mengukuhkan parti. Kita perlu bertoleransi dengan mereka yang berbeza pandangan. Itu cara UMNO mendapat kekuatan, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi.

Sebagai kesimpulan mudah, apakah yang menyebabkan Najib tiada keberanian menjunjung pepatah "berani kerana benar dan takut kerana salah" itu? 

Adakah ia disebabkan oleh 1MDB dan wang RM2,600 juta?

Apa  pula yang menyebabkan Najib semakin lemah dan ingin menekan semua yang berbeza pandangan dengannya sedangkan ketika dipilih untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009 dulu, ramai yang menyukainya?

Adakah ia juga disebabkan bahana 1MDB dan wang RM2,600 juta?

Siapa yang menyebabkan wujudnya 1MDB dan siapa penerima RM2,600 juta?

Lalu, apakah sebenarnya pilihan terbaik  untuk menyelamatkan negara ini - ketepikan Najib atau pecat Kumpulan 7? (SH 30/10/2015)

24 comments:

  1. Bukan usaha najib semata2, kem zahid pun sebahagian dari team tu utk cepat2 jd timbalan presiden tanpa persaingan. Semuanya kerana kuasa. Ingatkan sejarah zahid yg tak bersih mana pun, opportunistic dan samseng

    ReplyDelete
  2. SOSMA.... SEJENIS SOS BARU PRODUK PUTRAJAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang tengoklah bunyi kat bkang tu. Nampak sgt SOS nya bang ..... !

      Delete
  3. Kartun betul. Umno ni Umno Baru. Umno Baru ni Mahathir yang punya. Umno Baru bukan Ahmad Albab yang punya. Tak masuk akal tuan punya parti nak kena buang.

    ReplyDelete
  4. DAP dan PKR tersenyum lebar.
    Mereka kata cepat2 pecat Muhyiddin dan geng supaya semakin lemah UMNO
    Selepas PRU 14 Ah Jib Gor jadi lah pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa dap boleh senyun tapi pkr sesame sendiri pong nak berlaga....kamon pkr ...don't make shame..jangan arap bang non saja.......esok esok saifudin kena stab gak...don't dream najib to be opposition unless no rectification made...ball in your court kak wan.

      Delete
    2. UMNO ni Najib dan Adnan Mansor yang punya ker? Luar biasa sungguh. Boleh over ruled kuasa MT

      Sedangkan dalam PRU 14 nanti sah sah UMNO akan tewas

      Delete
    3. Tunggulah PRU 14 nanti. Kita sama sama boleh tengok siapa yang jadi bangsat dan siapa yang merempat.

      Woiii nan tong gas..... Sekarang ni kau bolehlah cakap besar

      Delete
    4. Sebagai kaki tangan kerajaan dulu aku undi dia kat Putrajaya. Sekarang ni boleh belah ler nan tongkoi

      Delete
  5. Lagi Najib jadi PM, lagi meriah rakyat celik politik. Inilah sumbangan besar Najib pada negara. Semoga dosa mereka laki bini diampun dan dimasukkannya ke jannatul firdausiy.

    ReplyDelete
  6. Mintak maaflah Shah. Sebenarnya yang lebih penting ialah Najib, bukan K7. Kenapa ?

    1. Najib adalah Presiden. Jadi kalau nak terus dalam Umno mesti dengar cakap presiden. Ada betul ka ?

    2. Najib adalah Perdana Menteri, orang paling berkuasa dalam kerajaan. Siapa berani nak lawan ? Jaga2 bang.

    3. 3 juta ahli sokong Presiden. K7 ni berapa kerat yang sokong ? Banyak sangat ke ? Alahai tak sampai 1% pon.

    4. Ramai yg suka sangat kat PM kita sampai naik sepanduk I LOVE PM. Itu tandanya sokonglah.

    5. 2/3 ahli MT dan Kabinet teguh bersama Presiden dan PM. Hah bukankah orang itu DS Najib ? K7 ni berapa yang sokong ?

    6. Semua siasatan terhadap PM setakat ini semua Nampak ok. Semua badan siasatan pun tak pernah sebut apa2 yang tak betul pasal PM kita. So ok lah tu.

    Dan yang ke 7. Siapa yang bagus sangat dalam Negara ni nak duduk tempat Presiden Umno dan PM ? Ada tak ? Tak Nampak pon siapa2 yang layak ?

    Jadi dengan 7 alasan di atas, Kumpulan 7 tu penting sangat ke ??

    Relak ya. Saya cuma tanya. Nak tembak silalah. Nak lepas geram pon silalah. Tapi itu hakikat dalam Umno skang. Sama ada terima atau buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu lah hakikatnya sekarang.
      Tapi selepas PRU14 , sudah pasti berubah.
      Wan Azizah atau Lim Guan Eng jadi PM.
      Ini lah hakikat sebenar

      Delete
    2. Tuan Anon 14 28, tuan tidak jawab persoalan Tuan Shah iaitu mengapa Najib yang punya 7 alasan tersebut dan termasuk kuasa yang hebat sampai tidak ada ceruk dan mana-mana sudut dalam UMNO yang tidak sayangkan Najib yang memiliki RM 2.6 billion, pandai pulak main golf, tapi masih takut pada kumpulan 7.

      Kerana Najib takut lah maka kumpulan 7 ini mesti di singkirkan sebelum PAU tahun ini sedangkan semua kekuatan ke arah Najib.

      Delete
    3. Ya saya tidak menjawab sebab saya tidak tahu jawapannya sama ada Najib takut ataupun berani dengan K7 ni. Tetapi dari apa yang saya dengar, lihat dan baca nampaknya lebih ramai yang setuju bahawa najib ni nampaknya takut.

      Delete
    4. Mau tak takut. nama dia dah busuk di seluruh dunia

      Delete
  7. UMNO akan jadi parti bangsat sekiranya benar-benar Najib ambil tindakan menyingkir ke tujuh-tujuh pemimpin yang banyak berjasa pada UMNO. Menyingkirkan Muhyidin seorang pun menunjukkan Najib seorang PM yang penakut. Apalagi menyingkir Mahathir, Ku Li sebelum PAU.

    Najib akan terkebil-kebil macam puyuh kuyup kena hujan apabila pemimpin kumpulan 7 ini hadir PAU. Najib tidak mampu membela kebenaran nya apabila di persoalkan oleh Muhyidin.

    Zahid akan guna 'taat pada pemimpin' sebelum PAU lagi seperti mana pemimpin PAS guna 'wala kepada pemimpin'.

    Ahli UMNO sepatutnya bantah penyingkiran kumpulan 7 kerana ini lah peluang untuk mengetahui dan mengukur kepimpinan Najib samada terbabas atau masih berada di landasan yang betul. Tidak ada apa yang perlu di takutkan kerana ahli-ahli UMNO seramai 3 juta tetap bersedia mempertahankan Najib.

    ReplyDelete
  8. Untuk selamatkan rayat dan negara kita harus berkorban nyahkan najb dari umno dan negara kerana dia rakyat berpecah islam malu kerana rasuah dan melayu dicemoh dia tak mengapa kerana dia bugis merempat

    ReplyDelete
  9. Yaa Lorr , I LOVE PM.

    ReplyDelete
  10. Untuk selamatkan rayat dan negara kita harus berkorban nyahkan najb dari umno dan negara kerana dia rakyat berpecah islam malu kerana rasuah dan melayu dicemoh dia tak mengapa kerana dia bugis merempat

    ReplyDelete
  11. Dalam keadaan sekarang, ahli hanya ada dua pilihan iaitu pilih Najib yang ada duit RM2,600 juta atau pilih parti yang memperjuangkan nasib orang melayu.

    Pada kebiasaannya ahli akan pilih Najib kerana mereka suka makan rasuah walaupun RM10.00 saja.

    Oleh kerana itu, sehingga kini hanya 7 orang saja yang cuba mempertahankan maruah parti, berbanding dengan 3juta ahli yang tak peduli masa depan parti.

    Jika Ku Nan berserta kuncu-kuncunya berjaya memecat atau menggantung keahlian orang yang menentang Najib maka tiadalah lagi ahli berfikiran waras dan berani berkata benar kecuali yang tinggal hanyalah perompak, penyamun, penipu, pembohong, dan pencuri.

    ReplyDelete
  12. Biarkan umno berpecah...senang pru nanti kita talkinkan dan sumbat mereka kedalam penjara.Mana mana pegawai kerajaan yg menyalah guna kuasa pecat dan hantar kedalam jel.Mereka bolih tubuh parti baru iaitu parti ahjibgor....

    ReplyDelete
  13. PRU nanti, Najib dan UMNO tidak mungkin kalah. Masih ada 2 1/2 tahun lagi. Ada banyak masa untuk perkukuh tempat Najib.

    1. Halau semua pemimpin UMNO yang menentang dia
    2. Penjara ketua-ketua pembangkang atas tuduhan kecil
    3. Alihkan sempadan kerusi Parlimen
    4. Bagi BRIM lagi ... Rakyat mudah lupa ....
    5. Segala muslihat PRU13 ... perhebatkan lagi
    6. Tambah lagi "pengundi" UMNO. Kan sekarang ada kuota 1.5 juta pekerja Bangla ....
    7. dan lain-lain ........

    Sebab tu, Najib tak akan kalah! Negara akan jadi sejahtera semula !!!!?

    ReplyDelete
  14. I saaayang kat Piee Em... Saya harap saya dapat melawat dia kat Sungai Buloh nanti ;-)

    ReplyDelete
  15. Ya kita pi beramai ramai ya kat sg buluh minta autograph najib

    ReplyDelete