Tuesday, 22 September 2015

TENTERA SIBER ZAHID HAMIDI MULA "MENGAMUK"...HAHAHA


Walaupun artikel blog ini bertajuk "Kenapa  lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta" telah disiarkan pada awal pagi 20 September lalu (Ahad) dan banyak dipetik serta diulangsiar oleh pelbagai portal, blog dan media sosial lainnya, tentera maya yang pro kepada Timbalan Perdana Menteri itu nampaknya hanya mula bertindak balas sejak malam semalam.

Mereka mula menyerang blog saya sejak malam semalam dan pagi ini dengan komen-komen yang mempertahankan tindakan Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia yang diadakan bersamaan tarikh dengan majlis persandingan anak lelakinya di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

Oleh kerana saya bersikap terbuka, sama sepertimana saya mengkritik mana-mana pemimpin juga secara terbuka, maka saya tidak menyekat sama-sekali sesiapa pun untuk mengemukakan pandangan di ruangan komen yang disediakan.

Namun komen-komen yang bertalu-talu dan senada bunyinya memperlihatkan seolah-olah ianya suatu bentuk tindak balas yang memang dirancang.

Okey, selamat menjalankan tugas!

Di bawah ini saya siarkan antara komen-komen yang dipercayai dilakukan oleh tentera siber pro Zahid untuk mempertahankan "boss"  mereka itu. Lihatlah betapa kasih dan sayangnya mereka ini kepada Zahid.
Tapi, kenapa lambat sangat bertindak beb? Baru dapat arahan ke?

Mengapa tidak melakukan sejak awal lagi?

Kalau perlahan macam ini, macam mana nak berlawan dengan tentera siber pro pembangkang?

Oh ya...tulisan-tulisan blog saya jika diperhatikan sebelum ini banyak sekali mengkritik dan membalun Najib Razak, terutama berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya sehingga mengundang kontroversi dalam masyarakat.

Tetapi, tidak pernah pula kelihatan mereka ini mempertahankan Najib?

Adakah mereka hanya sayang dan ingin mempertahankan Zahid saja, tapi tidak peduli langsung dengan Najib?

Kesian Najib kan...sudahlah kena serang kiri kanan depan belakang dari dalam serta luar negara, tentera maya Zahid pun nampaknya hanya berdiam diri saja.

Hanya Zahid yang mereka pertahankan, tapi Najib dibiarkan saja.

Dah tak sabar nak lihat Zahid jadi Perdana Menteri ke? (SH 22/09/2015)

52 comments:

  1. Betul tu bro Shah.................biaso laaaaa sambil menyelam minum air............kayo betol pemimpin2 Negara Malaysia ni..............cer tanyo mano dapat duit.....gaji menteri??? elaun Menteri??? elaun Bini Menteri??? banyak sangat ke tu???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak borek anak rintik.

      Kaya kaya kaya kaya kaya kaya....cukup kaya bapak menteri kita......cukup makmur negara kita.

      Derma masuk macam air. Kaya kaya kaya....cukup kaya pemimpin negara ku.

      Negara aman makmur bahagia.

      Rakyat juga yg papa kedana...

      Derma tak ada GST

      Hidup rakyat kena GST kena LHDN

      Bapak menteri dikecualikan

      Delete
    2. Tak lama lagi dia ada tentera Timbalan Setia pula

      Delete
    3. Rakyat bolih mempertimbangkan ,dan rakyat juga mengahtahwi .

      Delete
    4. Hairan aku. Melimpah ruah derma masuk kedalam negara kita sekarang ni.

      Kerajaan pun tak perlu bersusah payah untuk mencari pelabur.

      Negara kita tak perlukan lagi pelaburan sebab derma lebih mudah. Dana dah cukup byk dalam negara.

      Makin hari makin kaya negara kita.

      Derma pun tak putus putus. Kerajaan dah mampu untuk buat rumah bunglow untuk rakyat secara percuma.

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Wow! Dah ada tentera siber?

    ReplyDelete
  3. hurmm.. susah nak cakap.. mungkin dia setuju pergi lawatan rasmi sebab anak dia kenduri kat sana.. mungkin, kalau lawatan ke negara lain, dia x pegi, sebab nak hadiri kenduri anak dia..

    ataupun, semuanya the other way round.. wallahua'alam..

    anyhow, takkan la dia tak mampu nak beli tiket sendiri kot nak pegi jakarta sampaikan perlu nak kena ada lawatan rasmi pulak.. tah la.. terserah dari sudut mana nak tengok.. persepsi masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mampu. Tapi orang duit banyak bertimbun, kaya bergaya pun tak semestinya ada "class". Orang takde class je yg ambil kesempatan.

      Delete
  4. Hahaha..orang yang sama..guna akaun yang berlainan supaya nampak berlainan ID.

    Kalau bongok sekalipun, berbahagilah dengan orang lain sama. Jangan disimpan didalam hati. Nanti kebongokan itu akan menunjal2 kepala untuk keluar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sokong.. Tgk dlm 2 org tu dok kenen2. Masa pon selang seminit2 ja.. Tak pro buat keja

      Delete
    2. Sebab tu najib sendiri pernah kata tentera siber kerajaan ni BANGANG

      Bagi aku mereka ni bukan saja BANGANG tapi BENGONG pun sama juga.

      Maklumlah tentera upahan

      Delete
    3. ....seekor, seekor haramjadah.....bangsat!

      Delete
  5. Banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan adanya hubungan kekeluargaan...
    Tetapi dalam keadaan yang sama juga..kekadang memudahkan mereka saling samun menyamun...
    Dalam keadaan lain...hubungan kekeluargaan inilah juga akan menghasilkan konflik yang sukar diuruskan.

    Ada pro dan kontra..
    Tetapi jika TPM memilih untuk berpandangan hubungan ini sangat baik, ia agak keanakan untuk menguruskan soal negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hg ni dok merepek apa pulak ni???anak dia kawin ngan anak sultan indonesia ka??

      Delete
  6. agak naik bosan bacan komen2 tadi... repetitive.... komen yng nampak sama berulang kali ... mungking 2 org jer kot tettera siber zhd...bole jadi anak pompuan dia kot ... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam tu lah... jangan nanti dipanggil tentera siber dari indon pula ya untuk hack blog tuan shah.

      Delete
    2. Best jadi anak TPM kan. Bersuara skit terus dapat Datuk. Kalau Najib ni jatuh boleh tak bukan Zahid jadi PM? Tolong lah. Ni dah mcm sudah jatuh ditimpa tangga. Dan anak dia yg berckp mcm bagus tu gerenti dpt Datuk Seri.

      Delete
  7. Alahai zahid hamidi dari muka ko pun dah nampak kerakusan. Apa lagi kalo dah jadi PM nanti entah macamana lah nanti. Lagi teruk dari najib. Tentra siber zahid almaklum aje la diorang ni la yang bakal jadi panglima bila zahid naik PM... panglima taik kucing. Ko orang tunggu aje PRU14 nanti. Tak pun lagi awal.

    ReplyDelete
  8. Pelik pulak rasenye..PM bermenantukan orang luar negeri..TPM pon bermenantukan orang luar negeri..menteri-menteri entah le..tapi..setakat yang beli rumah kat oversea tu..bersepah-sepah..-agaknye kalo berlaku kacau bilau kat dalam negeri..senang la nak lari dan yang paling koman pon dapat numpang rumah besan pon jadi lar..huhuhu..

    ReplyDelete
  9. Pak Budin...teruskan membongkar kemungkaran pemimpin pemimpin bangsat,bangang dan haramjadah ni.jgn takut sebab tentera siber dia orang ni macam bapok siam je...x de harga

    ReplyDelete
  10. Congrats! This means they recognise you as a real "heavyweight" and are really, really worried about what you write.

    ReplyDelete
  11. Dah Lupakah ke Pada masa Konfrontasi dulu Tentera Indon Serang Tanah Melayu?! Ini kah yang dikatakan kekeluargaan? Pendek kata Orang Indon Lebih Pentingkan Negara mereka dari Melayu berketurunan Indon. Cuma Orang Melayu Remonatis berketurunan Indon yang dalam awang awangan.

    ReplyDelete
  12. Dalam menjalankan tugas resmi kita tidak boleh ada konflik of intrest.
    Socso pun tidak akan memberi pampasan sekiranya semasa kita bertugas kita di timpa kemalangan kerana singgah ketempat yang tidak ada kaitan dengan urusan. Ini kan pulak Pak Menteri.

    Presiden Jokowi membuat lawatan resmi sebagai ketua negara yang baru ke Malaysia dengan menaiki pesawat swasta kelas ekonomi dan isterinya pergi ke pasar seperti orang biasa tidak menguna kedudukannya sebagai isteri Presiden.

    Memang kita ada masalah jerebu dan jerebu yang di hadapi sekarang bukan boleh diselesai sekarang. Zahid boleh pergi hujung tahun untuk menyelesaikan masalah jerebu. Sebaik-baik nya Zahid di beri cuti untuk menguruskan perkahwinan anaknya kerana sekiranya di kira jumlah jam berkerja dengan jumlah jam menguruskan perkahwinan anak nya, Zahid lebih banyak tidak berkerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glamour boh........datang untuk urusan Negara.........dapat karpet merah tu........disambut dan diberi layanan istimewa.....kalau gi time sendiri2 untuk kahwin jer apa barang...turun kapal terbang airasia jalan ke kaunter sendiri.....mane ade classs.........wey............kalau nak buat urusan Negara dan kahwin anak????? rasa2 mana lagi penting?????? urusan anak laaaaa jawapan Nye....hal Negara lantak pi ler........yg penting glamour..........Wey......Zahid oiiiiiii!!!!!!! suddah laaaa kelengtong orang wey......

      Delete
  13. .. kita ingatkan dia nak selesaikan masalah jerebu....rupanya dapat menantu.....

    ReplyDelete
  14. Tuan
    Nak pertahankan Najib macam mana. Pusing punya pusing Najib juga salah.

    ReplyDelete
  15. Tuan
    Nak pertahankan Najib macam mana. Pusing punya pusing Najib juga salah.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kita harap ada anak para menteri UMNO dapat kahwin dengan anak perempuan Obama pula supaya kes Najib di USA selesai ditutup begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh bagi peluang pada anak lelaki Najib tackle anak perempuan Obama. Kalau dah jadi besan, lagi senang First Lady Malaysia lepak ngan ex First Lady US ngeteh. Najib pun lagi senang nak main golf ngan Obama. Bila mereka senang, kita pun akan senang kan? FBI pun dah tak yah buat kerja.

      Delete
  18. Apa kah Zahid ingat dia hebat dengan mencabar orang yang hanya bertanya kenapa lawatan resmi sama tarikh dengan majlis perkahwinan anak ke majlis UMNO? Perkara macam ini pun nak cabar. Hishh Hishh Hissh. Tak payah lah cabar, semua tahu karektor TPM baru ini.

    Zahid pun jawab. Besan dia kaya. Apa besan dia ke yang luluskan lawatan resmi? Besan dia ke yang keluarkan belanja hotel sampai 4 hari. Kalau sehari tu mungkin lah. Tak kan Zahid tak jaga maruah, mentang-mentang besan kaya, semua nak free. Itu belum tiket kapalterbang. Tak pernah rombongan datang di bagi duit minyak dan duit tol. Malu lah weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib ngan kak mah aje yg tak malu.
      wat kenduri kat mesia pun kata duit besan kazazks depa.
      lucu ....

      Delete
  19. Baru tanya kenapa tarikh kawin sama dengan lawatan resmi dia dah keluarkan keris mencabar. Itu belum ada yang kata mungkin zahid terlibat dengan pembakaran hutan dan sengaja buat jerebu. Sebab jerebu kali ini paling teruk.

    ReplyDelete
  20. Zahid belajar dari Rosmah, mentornya bagaimana cara buat kenduri nikah anak ditanggung oleh rakyat.

    ReplyDelete
  21. Ibarat menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
  22. ini semua tanda krisis kepercayaan rakyat sgt rendah pada umnu

    jgn salahkan rakyat lah

    pemimpin bukan saja harus bersih dan tiada rasuah tp mesti dilihat bersih

    fitnah itu memang tk baik tp memberi peluang utk difitnah itu pun tk baik

    seorg pemimpin mesti peka semua ini

    ini baru cerita bab kawin.. bagaimana kalau musuh luar yg lebih besar ambil kesempatan dgn sebb pemimpin tk sensitif

    jgn asyik nk marah dan beri amaran dn cabar org tk sudah2

    mentang2 berkuasa

    berlapang dadalah , rendah diri, bykkan minta maaf walaupun kita tk bersalah

    kalau begini rakyat akan pejam mata saja apa nk jadi kat pemimpin biarlah.. sokong dan jilat aje... hingga pemimpin tk sedar mereka dlm bahaya dan kejurang kejatuhan

    lalu mereka bila tersedar berkata... kenapa tuan penasihat aku kata semua ok je.. datuk hebat .. datuk benar.. datuk baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..datuk hebat...datuk benar...datuk baik...Yang jahat ni rakyat...yg salah pun rakyat...
      Bila pilihanraya tiba rakyat juga yg dicari...kpd rakyat juga meraih simpati...minta tolong kpd rakyat...minta sokongan daripada rakyat.
      Bila dah jadi YB...Bila dah jadi menteri pandang rakyat pun macam sampah...Macam ni ker YB ..macam ni ker menteri...lidah biawak berlaka

      Delete
    2. Masalahnye....banyak sampah2 yang suka jadi sampah.....abih camno!!!!!!!!

      Delete
  23. lawatan rasmi atau lawatan resmi? camouflage yang tidak begitu baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TPMenteri pon tahap lutut............

      Delete
  24. Tengok zahid komedi bercakap kat tv..nak tergelak, tak ada karisma...mcam budak baru padai bercakap...yg tak boleh tahan nak buat muka garrang la pula...jadi pelawk je la zahid..zahid komedi la ko

    ReplyDelete
  25. Perpatah Inggeris sebut, "You must not only be clean but you must be seen to be clean." Dah tahu orang nak kait 1 dengan 1, jika Pak Menteri bijak elak saja lah. Jangan cantum perbuatan yang boleh timbul salah faham. Lawatan resmi lawatan resmi. Hantar kapal terbang pulang, Atau balik dengan rombongan resmi. Naik Air Asia semula. Lawat Ritz Carlton. Kemudian cerita lah..I am clean, very very clean. Don't misuse government properties.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'MY GOVERNMENT!!!! WHO ARE YOU???' tu laaah masalahnye dalam kepala otak puak2 pengkhianat ni.........dah tak boleh delete.......masalahnye memerintah negara terlalu lama....

      Delete
  26. hish hish...malu nya..budak izzuddin tu..sekolah agama yg paling hebat d perak...mesti tau halal haram..zahid agak agak ka...haram ke ...harus ke...halal ke atau makruh...tindakan hang tu...sendiri tanya sendiri jwab..ingat le baiah hang tu..ni dah jd pemimpin...salah guna kuasa...budak izzudin pasti tau ayat apa dlm quran yg menyebut bab penguasa yg zalim....laknat allah ...kutukan allah...zahid..zahid..zahid

    ReplyDelete
  27. hish hish...malu nya..budak izzuddin tu..sekolah agama yg paling hebat d perak...mesti tau halal haram..zahid agak agak ka...haram ke ...harus ke...halal ke atau makruh...tindakan hang tu...sendiri tanya sendiri jwab..ingat le baiah hang tu..ni dah jd pemimpin...salah guna kuasa...budak izzudin pasti tau ayat apa dlm quran yg menyebut bab penguasa yg zalim....laknat allah ...kutukan allah...zahid..zahid..zahid

    ReplyDelete
  28. jam tangan zahid saja suku juta. pukul berapa sekarang zahid? ada hadiah jam tangan kat menantu ke? cuba tengok pembangunan town bagan datoh - kelam kabut tak tentu arah baik jalannya, bangunannya pening kepala nak pusing dalam town. apa punya town planner kerja simpang siul tu? zahid tak tengok ke? duit habis cantiknya tidak.

    ReplyDelete
  29. apa susah sangat angkat telepon pun boleh selesai masaalah
    wasatiyah bila kawin kena tunjuk bentuk badan bini kat orang
    mampuih la laguni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyaaaa....susah itu

      Kalau ini macam rakyat ciak boh liaw ler

      Delete
  30. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya tepuk dada tanya selera cakap macam mana pun rakyat tetap bodohkan jawablah di akhirat nanti

    ReplyDelete
  31. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya tepuk dada tanya selera cakap macam mana pun rakyat tetap bodohkan jawablah di akhirat nanti

    ReplyDelete
  32. Nak tahu rakyat bodoh ker tidak tunggulah pru 14 nanti..Tiada maaf bagi mu.

    Sekarang ni bolehlah, kuasa masih ada, cakap pun bukan main berkepak lagi.. Ikut sedap mulut nak kata saja. Bercakap pun cukup berlagak mengalahkan hero dalam Tamil.

    Boleh tunding jari telunjuk bagi amaran keras kat orang ealam tv 3. Macamlah rakyat marhaen ni pariah sgt.

    ReplyDelete