Satu lagi episod memalukan yang tidak pernah terbayang dek fikiran sesiapa menimpa rakyat Malaysia semata-mata kerana berperdana-menterikan seorang pemimpin bernama Najib Razak.
Kali ini sebuah unit khas di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang menyiasat mengenai rasuah antarabangsa akan melakukan penyiasatan terhadap Najib berhubung pembelian hartanah di negara itu oleh anak tirinya, Riza Aziz dan ahli perniagaan yang rapat dengannya iaitu Jho Low.
Sebagaimana yang didedahkan oleh New York Times (NYT), siasatan berkaitan rasuah itu dilakukan kerana semua pembelian itu dilakukan melalui sebuah "syarikat bayangan" atau "syarikat kosong."
Antara pembelian hartanah yang disiasat itu ialah:-
1. Sebuah penthouse bernilai AS$30.55 di Time Warner di Manhattan.
2. Rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane, New York.
3. Sebuah kondominium bernilai AS$33.5 juta di Laurel Park, Manhattan di samping hartanah lain di Los Angelas.
4. Sebuah kondominium berharga AS$4.5 juta yang dibeli atas nama "syarikat bayangan" atau "syarikat kosong", Cricklewood One Madison LLC yang pembeliannya ditandatangani oleh bekas eksekutif 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.
Keseluruhan hartanah yang sedang disiasat itu dianggarkan bernilai lebih AS$150 juta.
NYT juga melaporkan, unit khas di Jabatan Kehakiman itu turut menyiasat pengaliran wang AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib kerana pemindahannya dilakukan melalui sebuah bank Amerika Syarikat, Wells Fargo.
Dengan turut disiasat oleh FBI dan Jabatan Peguam Negara Switzerland, Najib kini sekurang-kurangnya sedang menghadapi tiga penyiasatan di peringkat antarabangsa. Itu belum termasuk lagi pihak berkuasa di London, Perancis, Hong Kong dan Singapura yang mungkin turut melakukan penyiasatan berikutan adanya laporan dikemukakan kepada mereka.
Mana kita mahu letak muka sebagai rakyat Malaysia bila ke luar negara selepas ini?
Tidak pernah mana-mana pemimpin kita sebelum ini menghadapi pertuduhan sebegitu rupa sehingga ramai yang hairan bertanya, Najib tidak pernahkah rasa malu dengan apa yang menimpa dirinya?
Bagaimana beliau selepas ini mahu berhadapan dengan masyarakat antarabangsa serta bertentang mata dengan pemimpin dunia yang lain?
Yang lebih memalukan, sudahlah penyiasatan itu berkaitan dengan rasuah dan penggubahan wang haram, ia juga memperlihatkan kerakusan dalam pemilikan harta beratus juta yang diragui sumbernya.
Kesian dengan orang-orang kampung dan makcik Felda yang sekadar didendangkan dengan BR1M bernilai RM500 tetapi keluarga pemimpin pula dikaitkan dengan pemilikan harta beratus juta di luar negara.
Siasatan demi siasatan yang menunggu Najib ini seharusnya menyedarkan semua segmen dalam masyarakat agar terus meningkatkan tekanan untuk memaksa Najib berundur daripada jawatannya.
Soal Najib mahu berundur atau tidak adalah soal kedua, tapi tekanan perlu dilakukan semaksima mungkin. Kita tidak boleh lagi berketuakan beliau. UMNO akan kalah serta musnah manakala negara pula akan terus terjerumus ke lembah kesengsraan jika Najib sebagai ketua kerajaan tidak segera ditukar.
Jemaah surau pun mungkin ramai tidak begitu khusyuk sembahyangnya kerana fikiran asyik melayang terbayangkan hal-hal berkaitan Perdana Menteri yang cukup "istimewa" ini.
Yang lebih penting, dengan berjaya menyingkirkan Najib, ia akan memberi isyarat yang jelas kepada mana-mana pemimpin selepas ini untuk berfikir banyak kali sebelum mahu melakukan kecurangan atas nama jawatan yang mereka disandang.
Akhirnya ini tentu akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat dan negara pada masa depan.
Siapa pengganti Najib adalah soal kedua ketika ini, yang penting penyingkirannya mesti dilakukan terlebih dahulu.
(Saya akan menulis dalam bab lain kemudian mengenai siapa yang patut mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas Najib berjaya disingkirkan)
Adalah memalukan jika pihak luar negara seperti FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dilihat lebih bersungguh-sungguh untuk membantu menyelamatkan negara kita dan mendakwa pemimpin yang disyaki melakukan kesalahan sedangkan kita sendiri hanya berpeluh tubuh begitu saja.
Ayuh, bangkitlah kita semua!!
Kini adalah masa untuk setiap daripada kita mesti bangkit bersama-sama untuk menyelamatkan negara dan demi masa depan anak cucu yang lebih bahagia. (SH 23/09/2015)
Saudara perlu beri kan tumpuan kepada Zahid. Zahid dah makan umpan dan seperti yang saudara katakan blogger upahan Zahid pun hanya membela Zahid dari membela nasib Najib. Ini pun akan menyebabkan Najib lemah.
ReplyDeleteZahid itu sebenarnya lemah sebab itu cepat hilang fokus. Baru tanya kenapa tarikh sama dan bersilat. Cara Zahid membidas saudara tidak menunjukkan kematangan dan saudara se olah-olah telah bertahun menjadi musuh
Jika saudara (sebagai wartawan) kenal rapat dengan Zahid satu ketika dulu, saudara hanya perlu mencuit Zahid sahaja. Lihat lah bagaimana respond Zahid.
Zahid?.... Bom Asap
DeleteSelagi dia ada kuasa bolehlah dia berlagak dgn rakyat.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteHarap En. din boleh tapis komen skim duit mbah indonesia ini
DeleteMbah ini kafir ker. Judi itu haram
Deletebrengsek punya mbah
DeleteIni bukan mbah puny kerja.
DeleteMamat Baju Merah yang beratur di kedai nombor ekor yang menyamar jadi mbah.
Kita risau jika tekanan siasatan fbi ini turut melibatkan unsur blackmail supaya bagis sign TPPA w/pun syaratnya tidak untungkan negara. Ini lah bahana ada pm lahanat, negara kita kena jual dah...
DeleteHang terlepas juta kat US$ 30.55j. Kita tak rasa malu sebab kita mahu didisingkir sebelum rosmah papa-bangkrap Negara!
ReplyDeleteMalah doakan Amerikan dn rakan-rakan berjaya tangkap Najib setelah tangkapan digaglkan dengan pemecatan Gani Patail!
TAK LUPA, Selamat posa Wukuf. Selamat menyambut Aidiladha serta ibadah Qurban.
Berani (kerana benar dan berkata benar), teruskan matlamat guling Najib!
Kawasan Parlimen PEKAN banyak wow lembu untuk di korbankan..........Najib baik hati, dermawan dan pahlawan Bugis......dia banyak duit, kaya raya, hartawan, termashyur seantero dunia dan Perdana Menteri Malaysia.....banyak tol gaji dan elaun RASMI PM kan........
DeleteTengku nan cukup berlagak sekarang ni. Cukup kuat dia bermuka muka ampu najib. Dia tahu dia akan bungkus kali ni. Tapi dia buat buat tak tahu yg kerusi parlimen dia pun akan pembangkang tawan.
DeleteOrang macam ku nan langsung tak berguna. Kuat main duit saja beli undi.
Tunggu pru 14. Kali ni kau tahulah langit tinggi ke rendah
Dalam UMNO Cuma Anina dan Khairuddin sahaja yang Celik.....
ReplyDeleteYang Lain Semua Tidoooo.....Heh heh
Anon 06:47 yang tidur dan yang berpeluk tubuh dan yg sanggup menjadi tokong hanya kabinet 1MDB najib.
DeleteRakyat tidak....
Kabinet 1MDB dan Ketua Ketua bahagian ini dibarisi oleh kerbau kerbau belaka.
Dalam PRU14 nanti kesemua mereka ini akan ditolak rakyat.
Rakyat akan memenangkan pembangkang dalam PRU 14 nanti. lni sudah pasti.
Hanya kerajaan baru saja dan kuasa rakyat yang akan memastikan mereka semua ini akan menghabiskan sisa sisa hidup mereka di dalam penjara. Di penjara Sg. Buluh nanti mereka ini akan mendapat pelajaran, kesedaran dan keinsafan sebelum di hadapatkan di mahkamah di padang Mahsyar nanti.
Pendapat saya. Susah pembangkang nak menang.. Sbb skang ni bukan pembangkang yg kuat... Tapi... Umno yg lemah.. Umno mungkin dpt undi kurang dari sblum ni tapi masih tetap memerintah.. Tambahan pula kalu najib dpt diturunkan akan kembali keyakinan pengundi.. Pembangkang perlu selesai byk masalah yg sedang hadapi yg paling ketara masalah perpaduan parti.. Pendapat saja kot
DeleteMuka tak tahu malu tu nak turun? Dengan rakyat negara sendiri pun dia tak tahu malu apa lagi dgn rakyat negara lain.
DeleteEn Din eaa aa , apa pasat pangil semua olang kasi tekan sama Najib , manyak kesian hor rr .
DeleteItu Losmah satu olang ,sutak manyak tatak bolih tahan lor rr , aii yaa kalau semua olang kasi tekan apa macam maa aa .
Manayak kesian maa aa .
Sape cakap tido bro.............mereka ambik peluang ler!!!!!!!! Time ni ler nak mintak......nak projek..nak peruntukan..nak buat majlis..nak buat kutipan derma.....nak jawatan....nak salam berisi....nak cium bontot rosmah....BIJAK DEPA NI...........buat masa ni ler.......tunggu laaa bila APA PON TARAK!!!! TINGGAL TAIK JAA......masa tu laaa puak2 ni jugak lah yg lebih2 mengumpat idola mereka........DAH SAH BANGSAT........
Deletenajib perlu unfur..kalu tidak dia barter trade dgn tppa...lg hancur negara...US NSK KITA SIGN TPPA...NAJIB NK KEKAL KUASA...NOTHING IS IMPOSSIBLE WITH THIS GUY...TAKE HIM TO THE COURT N FREEZE HIS POWER TO SIGN TPPA...ANINA...JUST PROCEED WITH ONE MORE SUIT...NK HARAP JANTAN DLM UMNO...TOO BAD...THEY HAVE NO GUTS..
ReplyDeletenajib perlu unfur..kalu tidak dia barter trade dgn tppa...lg hancur negara...US NSK KITA SIGN TPPA...NAJIB NK KEKAL KUASA...NOTHING IS IMPOSSIBLE WITH THIS GUY...TAKE HIM TO THE COURT N FREEZE HIS POWER TO SIGN TPPA...ANINA...JUST PROCEED WITH ONE MORE SUIT...NK HARAP JANTAN DLM UMNO...TOO BAD...THEY HAVE NO GUTS..
ReplyDeleteMONEY BRO...........MONEY MAKES THE WORLD GO AROUND....!!!!!!.........HARTA.....WANITA......TAHTA........I AM KING OF MALAYSIA!!!!!...........ehem..ehem..ehem...ko ade??????? Jahanam Malaysia nie.........
DeleteSetuju. Ainina dan datuk khairuddin, thank you!
ReplyDeleteUMNO sudah tidur lena selama hampir 3 dekad dan sebab tu lah ahlinya ramai yang belum sedar2 malah ramai ahlinya berfikir bahawa tidur itulah sebenarnya hidup dan berjaga serta celik itulah kematian. Khairuddin dan Anina hanyalah satu anomali. Seperti islam, kejujuran, keikhlasan serta bermoral dan berintegriti adalah sesuatu yang asing pada UMNO. Parti yang tidur sudah tentu tidak sedar tentang apa yang dibimbangkan oleh rakyat2 yang sudah celik dan sedar. Dan sudah tentu parti yang sudah tertidur beberapa dekad tidak dapat diharapkan untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
Kalau kita duduk dekat bersama perokok, kita akan dapat asapnya yg boleh membahayakan kesihatan kita juga.
ReplyDeleteKalau kita menyokong dan menyebelahi perasuah, kita pun berdosa dan dianggap perasuah juga.
Justeru, marilah kita fikir-fikirkan mana lorong dan jalan yang terbaik untuk kita ikuti. Tidak sukakan seseorang tidak bermakna kita tidak sukakan dan nak menjatuhkan maruah bangsanya. Dua isu yang berlainan yang semestinya kita yang matang fikiran dapat membezakannya. Lainlah kalau mata dan hati kita dikabur atau dibutakan.
Tak payah bercakap pasal umno lagi. Lepas Najib kena tangkap, baru umno akan berbunyi lagi.
ReplyDeleteumno sudah mati. PRU nanti cuma ada dua pilihan, pangkah PAS atau duduk rumah.
Kalau Najib dah takut kena tangkap bila gi overseas, mungkin lepas ni dia hantar Zahid as Malaysian representative pulak. Hemm... boleh ke Zahid bercakap dalam bahasa Inggeris? Rasanya tak pernah dia berucap in English. Jaguh kampung lah kata kan.. Something to look forward to I suppose.
ReplyDeletekami yg sedar dan prihatin sudahpun bangkit dengan mengadakan protes jalanan bersih 4 lalu.
ReplyDeleteapa lagi usaha yg perlu kami lakukan? apakah saudara budin mahu kami melakukan protes bersenjata pula?
beribu geng merah tunjuk berani tendang kedai cina
ReplyDeletemuka samseng misai tebal kaki silat
kata mat sabu takat bodek pemerintah tk gentleman
MALU LA JANTAN2 GENG MERAH DGN SERIKANDI JATI NEGARA
iaitu ANINA
yg patut dinobat sebagai serikandi negara
yg berani bercakap benar malah mencabar khlifah silat gayung sheikh najib
itu baru anak 'jantan' walaupun jantinanya perempuan
itu baru nama 'ada telur' walaupun tiada telur
seluruh umnu dan geng merah patut malu dgn ANINA
seluruh pegawai kerajaan yg membodek juga patut malu
kita lihat kini gabenor bnk negara pun makin berani berckp benar
walaupun dia tahu risikonya mungkin dia dianggap 'sakit' oleh pemerintah sepert yg jadi pada gani patail yg tak sakit itu.... tp dipaksa 'sakit'.
kejahatan kalau cuba disorok dan dimake up cantik akan lebih kelihatan hudud
tk caya tanya langsuyur.... cantik tp menakutkan... dn org tahu dia tetap hantu
HIDUP ANINA .... serikandi begitu layak dapat bintang PGB
(Saya akan menulis dalam bab lain kemudian mengenai siapa yang patut mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas Najib berjaya disingkirkan) - SH
ReplyDeleteBerasap kepala Zahid !
ok tuan amat baik sekali
Deleteyg pasti bukan zahid... sebb dia tgh perasan sgt tu
garang bukan main sekarang ni
dok warning rakyat saja sana sini
setutju dgn anon 13.29...kes lahad datu adalah contoh terbaik...gempak je yg lebih..tong kosong!
DeleteApa kita nak hairan. Bukankah tong kosong tu Pak Pandir Moden.
DeleteDia ingat rakyat Malaysia ni kuli batak dia ker nak warning tak tentu pasal.
kita khuatir najib ada janji dgn pasug terutama hadi dn harun
ReplyDeleteutk bagi jawatan dgn syarat mesti sokong umno
atas alasan melayu dan islam lawan DAP yg dianggap komunis
kerana itu hadi sanggup khianati PR.
mungkin najib tawar hadi utk jadi TPM kerana hadi lebih senang di'makan' dpd anwar dan geng progresif dlm PAS dulu.
jika hadi naik TPM atau akhirnya PM, maka malaysia dlm bahaya.
hadi berfikrah keras... ala2 khawarij.. mudah menghukum
hadi juga pro iran syiah bashar dan hezbosyaitan
hadi akan lebih berkuasa utk berbaik2 dgn iran dn ini peluang syiah menyebar pengaruh di malaysia
ia sesuai dgn era kebangkitan syiah di dunia sekarang ini
jika syiah diberi ruang dlm negara, maka negara akan menghadapi mala petaka besar seperti di timur tengah
kenyataan terakhir hadi pun masih pro syiah dgn teori usang bahawa umat islam dilagakan oleh US... sedangkan Sheikh Qardawi pun mengaku menyesal sokong iran selama ini
syiah mengamal takiyyah... berpura2... menyokong umnu utk mendapat tempat dlm pemerintahan adalah unsur takiyyah
maaf jika org PAS marah. ini teori hamba saja yg agak ke depan
tiada yg mustahil kerana ini era kebangkitan dajjal dan NWO dan syiah serta khawarij mcm IS adalah elemen terbaik menghancur islam dr dalam atas nama islam pulak
sekiranya hadi atau PAS berkuasa, kerja pertama mereka adalah menghukum 'pengkhianat' yg mereka sabitkan dgn konun2nya hukum Allah yg menghalalkan darah 'pengkhianat'.
ust2 berfikrah khawarij dlm PAS mcm taliban akan berperanan
berhati2 lah kita semua semuga dijauhkan dpd petaka besar seperti itu
amiinn
I do not think the pressure should be on you-know-who alone. In fact, I would like to suggest that much more pressure should be on the rakyat and in particular the Malays who in a large number continue to show support to you-know-who. That is, the Malay rakyat need to be made to understand that their support for you-know-who and geng would mean they are on the side of kezaliman/tyranny. What is the use of solat, haji, zakat payment, etc. when one is together with the tyrants? And, how would the country change to the better with good leaders when we continue to be who we are? But it has always been the problem in our society or in particular the Malay community whereby the focus is always on the leaders. (And, I believe this was the opposite of what took place during the time of Ar Rasul saw where in one particular hadith he had actually downplayed the importance of leaders and instead gave emphasis on the role played by the masses for the good things happening in a community.) It is as if we have failed to realize that we are the ones who choose to have these terrible individuals to be our leaders. In short, we deserve the leaders we have! All in all, unless and until more efforts are invested in growing more responsible rakyat, we in Malaysia shall continue to be burdened with leaders who continue to bring us much problems and shame. When shall we wake up to this realisation? When Malaysia has hit bottom socially, economically and politically?
ReplyDeleteTuan SH
ReplyDeleteNampak nya Najib masih lagi ber tai-chi !
Mereka yang mempunyai matlamat yang sama dengan pemimpin Bersih dah Mahathir perlu berkumpul dan bersatu supaya semua tindakan di selaraskan dan bukan seperti sekarang dimana satu demi satu kenyataan di buat. Bergerak atas satu nama !