Friday, 25 September 2015

SOALAN UNTUK SYED ALI MENGENAI ZAHID HAMIDI

Nampak tidak senang benar Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tidak lama sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi PNS dengan tulisan saya bertajuk "Tentera Siber Zahid Mula "Mengamuk"...Hahaha" bertarikh 22 September lalu yang menurut tafsirannya sebagai percubaan melaga-lagakan atau cuba mewujudkan perselisihan antara Najib Razak dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam tulisan itu, saya hanya membangkitkan mengenai tindakan yang saya percaya dilakukan oleh tentera siber Zahid untuk mempertahankan "boss"  mereka di ruangan komen blog saya berkenaan satu artikel mengenai Timbalan Perdana Menteri itu tetapi tidak pula berbuat apa-apa apabila saya menulis mengenai Najib.

Menurut Syed Ali, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila seseorang pemimpin mempunyai  jentera siber yang setia, termasuk dimiliki oleh Anwar Ibrahim juga.

Untuk pengetahuan Syed Ali, persaingan kuasa antara pemimpin nombor satu dengan nombor dua adalah perkara biasa dan telah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Di arena politik yang lebih luas, telah lama wujud pepatah Barat yang berbunyi "Pemimpin nombor dua adalah sahabat dalam politik tetapi musuh dalam kuasa kepada pemimpin nombor satu."

Tiada yang pelik dan mustahilnya jika perselisihan itu berlaku sebenarnya, tambahan lagi dalam kedudukan Najib yang semakin tidak disukai sekarang ini.

Dalam konteks Najib dan Zahid ini,  saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada Syed Ali:- 

Tahukah Syed Ali, sudah ada penyokong-penyokong setia Zahid ketika berbual sesama mereka sekarang ini tidak lagi memanggilnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dengan sebutan Bakal Perdana Menteri?

Jika Syed Ali merasakan saya cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri, beliau juga seharusnya membuat ingatan terbuka kepada penyokong Zahid agar menghentikan segala bentuk keghairahan yang keterlaluan dan tidak kena dengan masanya itu.

Apakah para penyokong Zahid tidak belajar langsung daripada pengalaman jatuhnya Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sebelum ini?

Selain itu, tahukah juga Syed Ali bahawa Zahid turut sudah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak lama setelah beliau dilantik sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin?

Walaupun Najib difahamkan mengetahui mengenai pertemuan itu dan diberitahu kepadanya ia adalah atas permintaan Tun Mahathir, malah ketika seorang VIP bertanya kepada Perdana Menteri baru-baru ini mengenai pertemuan itu, Najib juga mengatakan ia kerana diminta oleh Tun Mahathir, soalnya benarkah bekas Perdana Menteri itu yang berkehendakan bertemu dengan Zahid?

Bagaimana jika sebenarnya Zahid sendiri yang ingin bertemu dengan Tun Mahathir?

Tetapi kalau pun benar pertemuan itu atas permintaan Tun Mahathir, perlukah Zahid memenuhinya sedangkan beliau tahu bekas Perdana Menteri itu tiada lain matlamatnya ketika ini selain mahu menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri?

Tidak bolehkah Zahid menolak permintaan Tun Mahathir itu bagi menunjukkan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Najib?

Buat apa Zahid bertemu dengah "musuh nombor satu" bossnya sendiri sedangkan beliau sepatutnya cuba sedaya upaya untuk menjauhinya?

Tidakkah dengan bertemu dengan Tun Mahathir itu bermakna Zahid sendiri ingin berselisih dengan Najib?

Bagaimanapun kepada Syed Ali, tahniah diucapkan kerana lebih pantas bangun mempertahankan Najib dan Zahid berbanding Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain dan semoga beroleh lebih kesejahteraan dan nikmat pelbagai jawatan selepas ini. (SH 25/09/2015)

27 comments:

  1. Zahid p.m Malaysia????come on folk....are you king of stupid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenku adnan pun bercita cita nak jadi PM Malaysia juga

      Delete
    2. Teuku adnan xlayak jd PM sbb xensem lgsg.kikiki..

      Delete
  2. Komen awak betul dan tepat ya Shahbudin.

    ReplyDelete
  3. Selain ketua bahagian, dia melenting seolah ketua siber zahid...
    Ada kaitan ke?

    ReplyDelete
  4. Zahid hamidi yg kuat melatah tu sesungguhnya bkn dalam kalangan calon yg sesuai jd PM. Org bru bg soalan dh bersilat penuh gelanggang..klu org serang dgn fakta,mau nya muntah darah kat ctu jgk. Next!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sesuai jd PM tak leh jadi PM lah. Calon yg dikehendaki dan menjadi perebutan ialah siapa yg paling x sesuai dialah yg akan jd PM.

      Delete
  5. Apa saja penulisan atau komen yang ada menyebut atau perlu disebut nama Najib atau 1MDB perlu berhati hati kecuali hanya yang berbentuk "memuji" atau "membodek" - selain dari itu peluang anda amat cerah untuk dipilih menyertai SOSMA !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni bukan lagi demokrasi tetapi dah jadi diktator. Tak habis habis nak bagi amaran dan menakut nakutkan rakyat.

      Apakah mereka ingat rakyat tidak ada pelajaran dan tidak tahu apa hak hak rakyat untuk bersuara.

      Apakah mereka lupa bila mereka sudah menjadi menteri mereka mereka bukan lagi sebahagian rakyat negara ini.

      Cukup menghairankan perangai menteri menteri yang ada sekarang ni. Gila sebelum ditakdirkan!!!!!!

      Delete
  6. Shah, I picked up one thing: The chairman of PNS !

    Kalau kita ingat ucapan TSMY masa AGM Umno Cheras, kami juga ingat apa yang dikatakan oleh Syed Ali selepas itu menerusi Blognya.

    Dan kami juga ingat bahawa selepas ditegur ucapan TSMY, dengan pantas Syed Ali menurunkan artikel tersebut..

    Kenapa beliau berbuat begitu ? Ramai juga yang tertanya.

    ReplyDelete
  7. Zahid Ada MEGA PLUS Point Berbanding dengan DS Najib. Beliau Tidak Ada Rosmah....Membuat beliau calon yang lebih bertauliah dari DS Najib untuk menjadi PM!

    ReplyDelete
  8. Syed ali alhab hab ni kalo nk betanding election kt kawasan mana yek? Hebat dia ni kalau ameno nam jadikan calon...winnnble candidate lah bak.lats presiden tebaik ameno dunia ahirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat mamat ni.....lets amno vote him for presideng

      Delete
    2. setuju....jangan tong kosong dah leeee....

      Delete
  9. saya belum pernah mendengar zahid berbicara dalam bahasa inggeris walaupun nama parti yg dianggotainya adalah singkatan dalam bahasa inggeris.
    mungkinkah malaysia akan mencipta satu lagi sejarah unik apabila mempunyai seorang perdana menteri yg tak tahu berbahsa inggeris?
    apakah dirinya akan berdialog dengan obama dengan isyarat tangan sahaja?
    kita sudah tahu bahasa isyarat tangan yg menjadi favorit zahid ialah isyarat tertunjuk-tunjuk dengan jari telunjuk.
    apakah isyarat tangan ini akan digunakan di dalam perbincangan antarabangsa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia belajar cuba daripada Karam Singh Wallia lah tu..tapi tak jadi...sebab tak ada seni

      Delete
  10. Itu namanya politik cari makan. Inilah masanya nak jadi jaguh pembela. Bila lagi nak menangguk udang........, dan memasang lukah/jerat.....?

    Orang tak betul saja yg jadi pemimpin UMNO tidak mementingkan diri sendiri. Sementara berkuasa rebut dan lahaplah mana yg boleh. Tak gitu?

    ReplyDelete
  11. Org kalau nakhidu macam tu lah kiri sapu kanan pu sapu

    ReplyDelete
  12. Org kalau nakhidu macam tu lah kiri sapu kanan pu sapu

    ReplyDelete
  13. Dulu presiden mamak,sikalang presiden bugis
    Timb presiden jawo
    Amt...mamak
    Ajk melayu terbangsa T.
    Bos melayu mana,sedangkan byk yg berpelajaran tinggi ketahap PHD.
    Ohhh aku tahu d mana mereka tu bos bos harapan melayu
    Rupa nya tengah buat kerja atas arahan .....huhuhu
    Cari bos ku kat petaling street buat rusuhan....
    Haha...itu la slogan sentiasa refinancing...
    HIDUP MELAYU ...HIDUP MELAYU....
    melayu mana caii,ohh rupanya MELAYU TERVANGSAT.
    Kan gitu caii...sibuk berdemo rupa nya pahlawan bugis
    dilindungi.kesian makcik pakcik felda dr kpg cuma dpt baca berita meloya,utusan sex,tengok tv123suku.
    Inilah perjuangan melayu tervangsat,hanya layak jd bos
    kurap,pencacai,d perbodoh dan membodohkan kaumbangsa sendiri,jika bersemangat nak naik kan bangsa sendiri,aku lah org pertama sokong...bodoh..!!!..bongok..

    ReplyDelete
  14. Tolonglah umno, bagilaj ketua bhg cheras ni betanding sekali seumur hidup pn japau dila. Jadi dptlah dia buktikan betapa hebatnya dia memandu bahagian dia...dapat betanding kt kawasan pulau batu putih pun jadilah....

    ReplyDelete


  15. Alahai Mana pergi nya Tentera Siber Zaidi ..

    Sonyap jo ..

    Kalau Ya pun cover lah sikit Syed Ali. Tak kan lah bila isu kawin dan isu Zahid je timbul ...

    ReplyDelete
  16. "Pemimpin nombor TIGA adalah sahabat dalam politik tetapi musuh dalam kuasa kepada pemimpin nombor DUA." Itu Zahid dulu.

    "Pemimpin nombor dua adalah sahabat dalam politik tetapi musuh dalam kuasa kepada pemimpin nombor satu." Ini Zahid sekarang.

    ReplyDelete
  17. Syed Ali, kau agak-agak dalam tempoh tak sampai 3 tahun lagi kau kat mana?

    a. Ketua Bahagian dalam parti pembangkang.
    b. Ahli Biasa yang dikenali sebagai bekas pengampu.
    c. Banduan.
    d. Pelarian (macam RPK).

    Tengok kau bercakap dalam TV pun dah boleh agak paling jauh kau boleh pergi ialah 'b".

    ReplyDelete
  18. Tindakan Zahid yang berlaga dengan dengan tujuan Najib melantik dia sebagai penganti TPM. Sudah tentu Najib pun rasa was-was bila Zahid berjumpa Mahathir. Buat sementara ini, Najib menguna Zahid sebagai satu jalan penyelesaian. Silap haribulan semasa pemilihan Najib akan letak kuda trojan menentang Zahid.

    Zahid sepatutnya menyedia dua atau tiga orang tentera siber untuk mempertahankan Najib bukan mengunakan kesemua tentera siber mempertahankan dia (Zahid) Sini menampak kan Zahid lebih pentingkan diri nya dari ketua nya.

    ReplyDelete
  19. pemimpin yg amanah tidak memperjudikan hak raayat,malu apabila titegur raayat walau kebenaran di pertikai. malu akan kuasa diamanahkan......itulah malu you sarjati

    ReplyDelete
  20. Zahid komedi pemimpin jawa bangang tak layak jadi pm, macam mat mongol juga.Kangkung.eloklah tu.Pi berambuslah sebelum negara ni tergadai pada mat bangla.

    ReplyDelete