Thursday, 24 September 2015

JAMAL PATUT ANJUR DEMO DI DEPAN PEJABAT TPM DAN DBKL, BUKANNYA DI JALAN PETALING

Tidak cukup dengan perhimpunan berunsur perkauman yang digerakkannya bersama Pesaka pada 16 September lalu, Jamal Mohd Yunus yang mendakwa dirinya mewakili Gabungan NGO-NGO Melayu dilaporkan mahu mengadakan demonstrasi di Jalan Petaling pula pada Sabtu ini.

Daripada matlamat awal mengadakan demonstrasi itu untuk menuntut kouta tapak perniagaan untuk orang-orang Melayu di Jalan Petaling, tujuan demo itu kini bertambah cabangnya kepada  dakwaan mengenai kebanjiran warga asing dan penjualan barang-barang tiruan di kawasan tersebut.

Ini menunjukkan Jamal seperti sedang mengumpulkan banyak sebab untuk mengadakan perhimpunan itu dan seterusnya memancing kehadiran lebih ramai peserta.

Selain itu, sepertimana laporan banyak media atas talian, Jamal turut mengancam pihak berkuasa agar menyelesaikan segera isu-isu yang dibangkitkannya berkaitan Jalan Petaling yang memang dikenali sebagai kawasan perniagaan orang Cina jika tidak mahu perhimpunan dan kemungkinan "suatu rusuhan" akan berlaku.

"Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku rusuhan di sana," Jamal dilaporkan memberi ancaman.

Walaupun pihak polis melalui Timbalan Ketua Polisnya, Noor Rashid Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal berikutan ancamannya itu, adalah disarankan agar pihak polis tidak berlengah-lengah lagi daripada menahan dan menyiasatnya.

Tindakan beliau sudah jelas bukan saja mengeruhkan lagi hubungan kaum di negara ini dan mungkin menyebabkan ketegangan yang lebih berlarutan dalam negara, bahkan jelas memalukan orang-orang Melayu sendiri.

Ini kerana, kalau pun pun orang-orang Melayu mahu turut sama menjalankan perniagaan di Jalan Petaling, ianya tidak harus dilakukan melalui rusuhan atau suatu bentuk kekerasan.

Kita bukan lagi hidup di zaman batu di mana kita boleh menggunakan kekerasan jika inginkan sesuatu kawasan itu. Perniagaan harus dijalankan dengan usaha gigih dan persaingan, tetapi tidak dengan merampas hak milik orang lain.

Oleh itu, tangkaplah segera Jamal yang rasis dan menyusahkan ini!!
Lagi pula, pihak yang mengeluarkan lesen untuk menjalankan perniagaan di Jalan Petaling ialah DBKL di mana Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuannya adalah berbangsa Melayu.

Buatlah  perhimpunan aman secara besar-besaran di depan pejabat Datuk Bandar atau Menteri Wilayah Persekutuan dan mintalah diperuntukan kouta tertentu untuk orang-orang Melayu berniaga di sana.

Berkenaan kebanjiran warga asing, Jamal sepatutnya mengadakan perhimpunan di depan Kementerian Dalam Negeri untuk membantah kelulusan dan mempersoalkan mengapa tiada tindakan tegas diambil untuk mencegah kebanjiran pendatang tanpa izin di Jalan Petaling itu.

Oleh kerana Menteri Dalam Negeri adalah juga Timbalan Perdana Menteri, selain di depan Kementerian Dalam Negeri,  perhimpunan secara besar-besaran itu turut boleh diadakan di depan Bangunan Perdana Putra di mana Ahmad Zahid Hamidi selalu berada atau di kediaman rasminya di Sri Satria.

Begitu juga mengenai banyaknya barang-barang tiruan yang dijual di Jalan Petaling, pihak yang lebih patut dipersalahkan ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bukannya para peniaga terbabit.

Peniaga bebas menjual kerana pihak berkuasa tidak bertindak dan seolah-olah membiarkan saja penjualan barang-barang tiruan itu berleluasa.

Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak? Apa guna kuasa yang diberi jika tidak boleh berbuat apa-apa? Bukankah segala akta dan undang-undang sudah tersedia?

Atas semua itu, yang paling afdal diambil tindakan terlebih dahulu ialah tangkap dan siasat Jamal dengan seberapa segera kerana sasarannya berkenaan perhimpunan itu adalah salah sama-sekali, selain sikap perkaumannya yang terlalu jumud.

Jika beliau ingin juga berhimpun atau berdemo, pihak berkuasa sepatutnya minta Jamal melakukannya di depan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta tidak lupa di Bangunan DBKL.

Di situlah punca segala-galanya apa yang berlaku di Jalan Petaling. (SH 24/09/2015)

39 comments:

  1. Shah, syabas for this writing of yours! To the point... But, I really have to say this - I wish you would have mentioned the fact this the person from Sg. Besar or something and what he and his geng are doing for some time now is nothing but a DIVERSION from the 1MDB headache and heartache. Quite nauseating...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 % true and they think people are stupid like them

      Delete
  2. Jamal wak tongkol nampak mcm kuat kerana adanya jin-jin yang berkuasa dibelakangnya. Jika tidak, satu habuk pun tiada

    ReplyDelete
  3. kalau bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan boleh disabitkan dengan SOSMA, rasanya Jamal juga patut juga diambil tindakan yang sama. "an act of sabotage and a danger to Malaysia's economy and sovereignty.". SOSMA telah digubal bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk mengawal keselamatan negara termasuk ketenteraman awam, tindakan keganasan, sabotaj dan pengintipan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Jamal ngan Khairudin ni berbeza. Khairudin nak tangkap Najib, Jamal nak cover Najib ngan 1MDB.

      Ada kuasa ni, senang je nak charge apa2 kat sesiapa saja. Kentut bersin pun boleh disaman 2.6 billion. Dah kena jatuh hukuman penjara pun, boleh ditukar dgn ketawa berdekah2 3 hari 3 malam sambil kentut kuat2. Rakyat yg cerdik 7 petala langit sekalipun, boleh dibodohkan. Yg bodo piang pun boleh dipuja2. Penangan kuasa tiada bandingan.

      Delete
  4. Mungkin dia nak rasa macam mana kena balun dengan cota polis. Patut bagi dia peluang buat demo tu & lepas tu baru bagi dia peluang meniaga. Kalau tak dia tak tahu macamana rasa kena balun dengan polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini buat lawak kambing mana pulak ni??? Dgn Jamal ni, polis pun kena jentik telur. Mananya polis berani kacau? Sbb ada jin kat belakang Jamal ni.

      Delete
  5. Jamal ni bkn main suka lg dapat publisiti percuma.. selama ni sapepun x kenal jamal ni.. biar la dia nk buat ape pun.. aku jamin dia ni masuk angin kuar asap je.. tlg la jgn tulis pasal dia lg.. dia ingat dia glamour sgt agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..Jamal ada buat laporan polis mengatakan dia tidak pernah ugut dan rogol seorang artist. Terbalik 'court' betul. Selalu orang yg kena rogol buat repot polis. Ini orang yg tak merogol atau yang 'merogol' buat repot polis.

      Nampak sagat Jamal ni tak betul.

      Delete
    2. Jamal boleh buat repot.

      Yang tak masuk akal sekarang ialah dia buat repot sebab mangsa seorang gadis yang cantik dan seksi. Kalau gadis tersebut menuduh saya. alangkan bahagia nya saya.

      Jamal dah lah tak hansem dengan bodoh nya lagi sepatutnya mengaku je, lagi pun bukannya ada bukti cuma tuduhan.

      Lain lah kalau yang menuduh tu mak cik makcik yang body cutting macam mak cik Rosmah ..

      Delete
  6. Khairudin tu pun biar padan muka dia.. ape nk kesiam2 kat dia.. dia fitnah anwar dulu org masih ingat lg.. ni biar dia rasa berbulan2 dlm tahanan.. dia kondem najib pun sb ada le yg dia x dapat tu.. bkn sb dia betul2 nk lawan najib.. skg baru dia tau cmana polis buat anwar dulu dia pulak yg rasa skg.. jgn2 kuar besok mata dia pulak lebam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..dia kena reman 21 hari shj. Lepas tu balik lahhh. Minggu depan, lawyer dia nak challenge penahanan dia. Kalau menang..balik lah dia...

      Delete
  7. Shahbuddin ni tak henti-henti cuba memburuk-burukkan kerajaan. Baca sahaja setiap penulisannya, semestinya penulisan yang berunsurkan fitnah dan terus menentang pemimpin kerajaan. Kenapa? Adakah beliau ni sudah dibiayai oleh orang lain? Kikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memburukan kerajaan sedia ada memey patut pun.....menyusahkan rakyat..pasai menyusahkan dia..salah me...dia nak tulis bagi pi ler...bukti depan mata..fakta dah ada.......meh Tanya sikit....kalau ko rasa ada menyusahkan ko APA ko buat???????? Puih.......bodoh piang...

      Delete
    2. Kau tak berapa cerdik..tak tahu nak membezakan antara Kerajaan dan Penjawat Awam. Yang Budin buruk2kan tu Najib dan Jamal. Adakah kedua2nya Kerajaan Msia.

      Tu sebab dulu orang suruh belajar, kau pi merempit. Ini lah jadinya.Kikikikiki....

      Delete
    3. Memburukan kerajaan sedia ada memey patut pun.....menyusahkan rakyat..pasai menyusahkan dia..salah ke......dia nak tulis bagi pi ler...bukti depan mata..fakta dah ada.......meh Tanya sikit....kalau ko rasa ada menyusahkan ko APA ko buat???????? Puih.......bodoh piang...

      Delete
    4. Anon 1946...u salah seorang generasi yg dilahirkan dari airludah umno...dan u adalah org yg dngan rela tampa dipaksa terus menerus memperkosa batin sendiri tampa segan silu..bukan salah ibu menggandung tapi anak taktau diuntung

      Delete
    5. Marah ke......bodo tak bertempat.....baca balik APA hang tulis...penjawat awam tu kerja kerajaan ler mangkuk oi.....kecik2 tak nak mampus besar2 menyusahkan org.....hahahahahah bodo piang

      Delete
    6. Penjawat awam ialah pekerja yang menjalankan tugas.

      Kerajaan ialah mereka yang duduk di dalam Parlimen, semuanya termasuk pembangkang dan senator.

      Penjawat awam tidak ada kekebalan seperti ahli Parlimen.

      Delete
  8. Polis tak akan bertindak terhadap si Jamal Ikan Bakar ni sebab dia buat ni semua atas arahan si bangsat yang mahu megalihkan isu dari 1MDB dan 2.6b tu.

    ReplyDelete
  9. Ahhaaaaa....Jamal Ikan ugut nak merusuh diPetaling Street. Polis msia terutama Khalid Twitter sangat takut nak tangkap Jamal Ikan. Polis Msia hanya berani tangkap perempuan lepaskan belon kuning dan orang pakai baju kuning.

    Msia...dah jadi repuplik pisang. Ada Agong...Agong tidur. Harap kan Sultan Johor bersuara shj.

    ReplyDelete
  10. Tiap2 kesalahan pemimpin yg rakus songlap duit kita harus d terajang dlm longkang,kenapa pilih lanun,pahlawan bugis.tapi

    melayu terbangsa T yg sokong dan pertahan pemimpin,amboi sombong naik minyak,pemimpin mcmni harus berambus buang di pulau yg byk jaws,jgn bagi dia balik,kenapa harus sanjung pahlawan bugis,kenapa xsanjung pahlawan melsyu,pengerusi lanun bugis,timb.jawo,ajk mamak,dll
    Oh mungkin melayu hanya layak jd hulubalang pembodek,atau pencacai...memalukan..
    Asik2 slowgan...HIDUP MELAYU,..melayu mana,melayu terbangsat,tu yg buat rusuhan kat PS.bodoh...!!!

    ReplyDelete
  11. Merempit ko tu......bodo.....dia nak tulis APA...dia punya pasal laaa.....ko nak buat ler blog sendiri....Dari menuduh org buat fitnah....memey bodo piang......hahahahahah....kecik2 tak nak mampus..besar2 menyusahkan org.....selalu lagi ....bodo piang......hahahahha

    ReplyDelete
  12. Tuan, mohon tuan ambil perhatian dan ambil berat bahawa terdapat percubaan untuk menutup segala skandal "ah jib go" dalam negara dengan rusuhan kaum. Mohon tuan analisis dan sebarkan. Syukur alhamdulillah penulisan tuan semakin mendapat tempat dan perhatian kalangan awam termasuk saya yang tidak sependapat dengan blog tuan sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. bagi inject ubat lemah tenaga batin aje dia ni

    baru nk demo pun lembik lutut

    nk rogol lagila tk mampu

    hanya blh duduk surau berzikir saja

    kan elok mcm tu

    ReplyDelete
  14. tangkap hantar kt GUANTANAMO je
    jahat sungguh budak jamal tongkang ni

    ReplyDelete
  15. Saya amat setuju dgn tulisan sdr. PDRM mcm teragak-agak nak ambil tindakan bila pro-BN yg terlibat, tapi bila pro-.opposition yg terlibat, PDRM terus melompat mngmbil tindakan. Jelas sangat tindakan berpilih mrk! Double-standard! This JJ is a menace to society. He should be behind bars - I mean jail.

    ReplyDelete
  16. Jamal ni cakap macam cukup jantan. Tgk nanti, kalau jadi ape2 dia laa nombor satu pengecut lari sampai cicir telor

    ReplyDelete
  17. aku yakin jamal tongkang ni ade kepentingan kt petaling street

    samada dia yg nk kedai2 tu atau dia agen jual barang tiruan atau dia nk sabotaj kawan2 umnu dia yg alibaba lesen kt situ

    jgn harap penyamun ni nk berjuang kerana melayu

    dr dia pegi petaling street elok dia pergi umrah sumpah depan kaabah. . saifool style

    nafi yg dia cuba rogol anak melayu... anak melayu... anak melayu
    bukan anak cina tau

    ReplyDelete
  18. Semua mempersalahkan jamal yunos ikan tetapi mengapa beliau begitu berani sekali seolah-olah tidak ada gentar dan takut sama sekali ditangkap pihak berkuasa polis? Tidak lain tidak bukan beliau ni sudah mendapat restu daripada ketua dan konco-konco umno sendiri. Sebab tu beliau berani mencetuskan api permusuhan antara kaum,berani merosakkan hubungan antara kaum melayu cina yang sudah lama terjalin walaupun adakala tak jernih tetapi tidak pernah sebegitu keruh selepas samseng jamal memperkuda bangsanya sendiri untuk menjahanamkan keharmonian negara.

    ReplyDelete
  19. Dah jenis "Dato" gila babi, memang kerjanya gila babi juga. Orang macam ni pun boleh dapat anugerah "Dato"?. Katogeri "Dato" Gila Babi sesuai la dengan malaon ni

    ReplyDelete
  20. Alahai jamal selepas 58th merdeka baru sekarang ngo melayu dan umno sedar pasal jalan petaling selama ni umno dan menteri melayu buat apa fiki2kanlah tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  21. Alahai jamal selepas 58th merdeka baru sekarang ngo melayu dan umno sedar pasal jalan petaling selama ni umno dan menteri melayu buat apa fiki2kanlah tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  22. Bersih sampai 4 kali dibuat - lepas baju merah, siapa-siapa lepas ini buat demo mencetuskan social kontrak angkut semuanya dan tahan dalam stadium utntuk 7 hari. habis cerita. Inilah bila penguatkuasaan lembik. Nak salahkan baju merah saja tak bole. Depa ada hak balas balik itupun baru sekali buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua penguatkuasa tidur selama ni. Makan gaji buta.

      Sebab tu lah Datuk Jamal Mohd Yunos bangun untuk menegakkan keadilan.

      Lepas ni kita minta Najib al Derma tabal Datuk Jamal Mohd Yunus jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Pejabat dia pun mesti dibuat di Petaling Street dan di Belakang Mati.

      Delete
    2. Aku ingat Datuk Bandar tak sesuai. Aku cadangkan najib lantik dia jadi IGP...Bagi dia sebiji kereta kebal sebagai kenderaan resmi dia untuk membasmikan jenayah

      Delete
  23. Shah, spot on. All the problems Jamal brought out can be traced back to the Authorities. Moreover all the Authority heads are Malays, who should be able to sort out Jamal's grouses. But what puzzles me is that none of these Authorities have voiced out anything so far except PDRM to warn Jamal. How about KDN on the number of foreigners and KPDNKK on fake goods ? Senyap macam kucing. Bapak kucing mana ?

    ReplyDelete
  24. Mulakan demo berarak dari Pejabat Kastam.

    Mana-mana Chinatown termasuk yang di US sekalipun memang jual barang tiruan. Mana masuk akal, barang asli di jual di tepi jalan? Syarikat mana yang izinkan barang yang berkualiti dan mahal seperti beg tangan dan jam tangan di jual di Chinatown? Sungguh kita tak pernah dengar Rosmah atau pernah lihat gambar Rosmah pergi membeli-belah di Chinatown walaupun yang di luar negara.

    Nak yang asli pergi lah ke Sogo atau Pavillion. Jika harga di Sogo atau di Pavillion sama dengan harga di Petaling Street sedangkan barang di Petaling Street adalah barang tiruan memang patutlah kita marah tapi itu pun yang beli jugak yang bodoh, kenapa tak beli di Sogo atau Pavillion.

    Apa kah Jamal tak terfikir mungkin yang di Sogo atau Pavillion lah yang menipu sebab harga nya mahal sedangkan bukan asli sama seperti di Petaling Street.


    ReplyDelete