Tuesday, 15 September 2015

IMEJ SEDERHANA NEGARA TERCEMAR, BANYAK KEDAI CINA TUTUP KERANA HIMPUNAN BAJU MERAH

Selama ini apa yang kita dengar hanya peniaga-peniaga kaum Cina di Jalan Petaling saja telah bersetuju untuk menutup perniagaan mereka selama sehari pada 16 September untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini sekiranya bertembung dengan peserta himpunan baju merah pada hari tersebut.

Tindakan mereka menutup perniagaan itu boleh dianggap tindakan terpuji kerana peserta himpunan baju merah kelihatan mula meniupkan api perkauman serta menyebarkan kata-kata berbaur ancaman melalui perhimpunan tersebut.

Ia bukan saja diserlahkan melalui warna merah yang boleh membawa makna pergaduhan tetapi juga melalui sebutan perkataan "tanah tumpahnya darah" serta imej orang bersilat dalam poster-posternya.

Semua itu, ditambah dengan rancangan asal untuk berhimpun di kawasan perniagaan orang Cina iaitu Bukit Bintang dan Jalan Petaling, ia tentu saja suatu bentuk provokasi perkauman dan ingin menunjukkan kekuatan.

Kesanggupan peniaga Cina menutup kedai menunjukkan mereka bukanlah ingin mencari gaduh dengan sesiapa, sebaliknya hanya mahu mencari wang dan berniaga saja di negara ini.

Kehadiran kaum Cina yang lebih ramai dalam himpunan Bersih 4 tidak boleh dianggap berunsur perkauman kerana sentimen sesuatu kaum tidak pernah dimarakkan, malah tuntutan yang dibuat juga adalah untuk kepentingan negara.

Tun Mahathir Mohamad juga mengakui Bersih 4 dihadiri pelbagai kaum, manakala himpunan baju merah esok tidak langsung memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

Maka, memberi reaksi bersifat perkauman terhadap Bersih 4 adalah tidak masuk akal sama sekali. Isu dalam Bersih 4 ialah Najib Razak yang terlalu banyak masalah dan bukan berkaitan batang tubuhnya yang berdarah Melayu.

Tetapi sebenarnya bukan peniaga di Jalan Petaling saja yang akan menutup perniagaan mereka, malah banyak kedai-kedai di beberapa pusat membeli belah juga akan berbuat demikian pada hari esok, 16 September.

Hari ini saya sempat mengunjungi empat pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur yang kedudukannya tidak berapa jauh dari Padang Merbok dan berhampiran dengan laluan peserta baju merah mula berkumpul esok.

Sebagaimana yang dihebahkan melalui media, empat tempat telah dipilih sebagai kawasan berkumpul sebelum peserta baju merah menuju ke Padang Merbok iaitu PWTC, Masjid Wilayah, Masjid Negara dan Kompleks Kraftangan di Jalan Raja Chulan.

Tujuan saya menghabiskan masa mengunjungi empat pusat membeli-belah itu ialah untuk mendapatkan respon dan mengetahui sama ada perniagaan kaum Cina akan berjalan seperti biasa atau turut ditutup sebagaimana yang diambil oleh rakan-rakan mereka di Jalan Petaling.

Rata-rata peniaga Cina yang ditanya mengatakan mereka tidak gembira dengan perkembangan  menjelang 16 September ini kerana ia menjejaskan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat.

Hari ini semua mereka kelihatan menjalankan perniagaan seperti biasa dengan pengunjung dari pelbagai bangsa keluar masuk kedai tanpa membawa sentimen kepartian bersama diri masing-masing.

Namun sempena Hari Malaysia esok, ada yang cuba membawa nilai berbeza kepada negara ini.

"Lagi pun kita cuma mahu cari makan saja dan kita juga ramai kawan-kawan orang Melayu," ujar seorang pekedai yang ditemui.

Bagaimanapun, sebagai jalan berhati-hati dan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku, mereka memilih untuk menutup kedai pada hari esok dan sanggup rugi meniaga selama sehari.

Dalam berbual-bual itu didapati ada peniaga yang menutup kedai atas kerelaan sendiri dan ada juga yang berbuat demikian kerana mematuhi arahan persatuan yang menaungi mereka.

"Tetapi bukan semua kedai orang Cina yang ditutup esok, masih ada yang dibuka macam biasa," kata seorang peniaga yang lain pula.

"Yang ada persatuan, lebih banyak yang tutuplah," tambahnya lagi.

Dipercayai bukan pekedai di empat pusat membeli belah yang saya kunjungi saja akan menutup kedai mereka, malah kedai-kedai di tempat lain sekitar Kuala Lumpur, sama ada dalam kompleks atau di tepi-tepi jalan, akan turut berbuat demikian.

Kepada pelancong luar yang melihat penutupan kedai ini semata-mata kerana peniaga Cina bimbang dengan ancaman daripada himpunan baju merah yang bercirikan perkauman, sudah tentu ia memberi imej yang tidak baik bagi negara.

Imej sederhana yang dilaung-laungkan Najib turut tidak berguna lagi dengan perkembangan ini.

Seorang pengurus cafe di sebuah pusat membeli belah terkenal di Bukit Bintang pula berkata, beliau diberitahu ramai pelancong asing turut meninggalkan kawasan itu mulai semalam dan hari ini untuk pergi keluar daripada Kuala Lumpur dalam sehari dua ini bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam demonstrasi baju merah.

Berbeza dengan himpunan Bersih 4 baru-baru in di mana oleh kerana ia melibatkan semua kaum dan ramai pelancong asing turut berada bersama-sama sambil merakam gambar dan video, himpunan baju merah sebaliknya menimbulkan lebih kebimbangan kepada mereka.

Malah, kiranya pelancong asing sedar himpunan baju merah ini antara tujuannya ialah keinginan mempertahankan seolah-olah perbuatan seorang pemimpin menerima wang RM2,600 juta adalah halal dan dibenarkan, maka imej sederhana dan Islamnya negara kita jauh lebih memalukan lagi. (SH 15/09/2015)

11 comments:

  1. Kalau tahi boleh mengubah persepsi masyarakat kp najib,nescaya beliau akan gunakan.....pmo dengan tahi ada beza ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. tengah hari tadi saya pergimakan rojak di gerai sebelah hotel malaya.tuan punya gerai tanya saya "esok bolih berniaga rojak atau tutup" Saya nasihatkan supaya cuti satu hari besok kerana geng2 baju merah ini bukan bolih percaya kerana mreka lah yg akan menjatuhkan maruah orang melayu.Dia setuju dan tkut gerainya dirosakkan.

    ReplyDelete
  4. Tomorrow for the Chinese owned business in KL is a test ground for hartal of all that shall come sooner rather than later in the manner of All Malaya Hartal of (j20 October) 1947! Believe it. To you-know-who and supporters, you shall only bring more problems to yourselves and the country with tomorrow's event Yes, hartal is coming our way... You have been warned.

    ReplyDelete
  5. Seekor blogger level jamban curah, The Unspender mendesak En. Budin meminta maaf kepada Najib kerana posting sebelum ini. Jaga2 En. Budin, The Unspender tu penjilat tegar FLOM, sanggup buat apa saja demi mempertahankan FLOM, sumber pendapatannya walau menadah tahi sekalipun, jamban curah katakan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Budin
      Saya sudah banyak kali membuat kenyataan bahawa Rosmah Mansor bukan First Lady of Malaysia. FLOM ialah Raja Permaisuri Agong. Rosmah boleh kita panggil First Spender of Malaysia (FISOM) atau the most powerful woman in Malaysia (MOPWIM)

      Delete
  6. Bodo punya penulis dulu masa bersih satu jahanamkan kereta polis, membaling kon2 di Dataran Merdeka x pulak ko kata memalukan Malaysia. Orang mcm ko mmg bangang orang cina menghina agama islam & Nabi kita di facebook kot tak bela. Skrg ko tgk apa Alwin ckp
    kat facebook dia. Namawee buat video pasal azan x pulak korang bising. Islam apa ko nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam mengajar kita menghadapi isu2 seperti penghinaan terhadap agama & rasul dgn menggunakan ilmu bukan emosi. Masalah dgn sesetengah puak melayu ni dahlah x faham sgt bab2 agama, cepat sgt nk tunjuk samseng. Kekerasan blh guna ketika & tempat yg betul. Sbb tu bkn islam x hormat org islam sbb langsung x tunjuk akhlak, hikmah dlm tindakan seperti yg ditunjukkan rasulullah

      Delete
    2. Semua jadi kambing hitam Najib.
      Org2 Melayu bercakaran.
      Najib hapus ISA, puaka2 DAP dan Dajjal2 liberal bersorak keriangan, tiada lagi ketakutan.
      Umno dipersalahkan.
      Najib mmg bawak malapetaka kpd Malaysia.

      Delete
  7. sampah 3tan

    air kencing fru 3lori

    pqelabur asingg dah lari minima 3tahun

    ReplyDelete