Wednesday, 16 September 2015

CORETAN MELAYU SEMPENA HARI MALAYSIA


(Tulisan tanpa nama ini dikirimkan oleh seseorang kepada saya, tetapi ada bahagian tertentu yang saya tambah dan ada juga yang dirasakan tidak sesuai, saya padamkannya. Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini dan di ketika yang sama ada pula di kalangan kita mahu berpesta Melayu dengan baju merahnya, tulisan ini mungkin baik untuk renungan kita bersama)


Yang Dipertuan Agong Melayu...
Raja-Raja  Melayu...
Gabenor-Gabenor Melayu...
Gabenor Bank Negara Melayu...

Perdana Menteri Melayu... 
Menteri Kewangan Melayu...
Menteri Pendidikan Melayu...
Menteri Pertahanan Melayu...

Menteri Dalam Negeri Melayu...
Menteri Komunikasi dan Multimedia Melayu...
Menteri Belia dan Sukan Melayu...
Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Melayu...
Menteri Kemajuan Luar Bandar Melayu...

Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya seorang bukan Melayu... 
Bak kata mudah...Menteri dan Timbalan Menteri majoritinya adalah  Melayu...

Ketua Hakim Negara Melayu...
Peguam Negara Melayu...
Ahli-Ahli Parlimen majoriti Melayu...
ADUN-ADUN majoriti Melayu...

Kabinet kerajaan Persekutuan 95% Melayu...
Exco-Exco Kerajaan Negeri juga  95% Melayu...

Ketua Polis Di Raja Malaysia Melayu...
Panglima Angkatan Tentera Melayu...
Ketua agensi-agensi kerajaan Melayu...
Ketua-ketua jabatan Melayu...
Pegwai-pegawai daerah Melayu...

Ulama dan mufti 100% Melayu...
Penghulu-penghulu 95% Melayu...
Ketua-ketua kampung 90% Melayu...
Pengerusi dan ahli JKKK 95% Melayu...

Profesor 90% Melayu...
Guru Besar 95% Melayu...
Guru kecil  90% Melayu...
Ustaz-ustaz 99% Melayu..
Ustazah-ustazah pun 99% Melayu...
Hampir 65 peratus penduduk Malaysia Melayu...

Agama rasmi persekutuan Islam dan majoriti penganutnya adalah Melayu...
Melayuu...ohh Melayu...

Yang bagi  Singapura kepada Lee Kuan Yew adalah Melayu...
Serah Pulau Batu Putih kepada Singapura Melayu...
Serahkn tanah KTM dari Bukit  Cagar mengunjur ke Woodland Melayu...

Serahkan tanah tinggi Genting kepada Cina pemimpin Melayu...
Tanah rezab Melayu daripada 3 juta ekar kini tinggal 1.5 juta ekar angkara pemimpin Melayu...
Jual air Johor murah kepada Singapura pemimpin Melayu...
Saham-saham Melayu daripada 52 bilion kini hanya tinggal 2 bilion  perbuatan pemimpin Melayu...
Melayu tipu Melayu...

Anwar Ibrahim Melayu...
Azizan Abu Bakar Melayu...
Saiful Bukhari Melayu...
Yang aibkan Melayu adalah juga Melayu...
Yang sibuk hal peribadi mereka 1Malaysia Melayu...
Yang bela Saiful peguamnya Melayu...

Yang tak dapat fikir perkara betul, Melayu...
Yang fikir sentiasa betul walau salah, Melayu...
Yang buat hutang negara mencanak lebih 700 bilion pemimpin Melayu...
Yang tak bayar royalti minyak kepada Kelantan pemimpin Melayu...
Walhal majoriti rakyat Kelantan Melayu...

Yang teraniaya Melayu...
Yang menganiaya pun Melayu...
Yang suka Melayu naif otaknya Melayu...

UMNO dulu, kini dan selamanya parti Melayu...
PAS parti Islam didokong oleh majoriti Melayu...
BN 13 gabungan parti hanya  UMNO yang Melayu...
PR sekadar tiga parti parti, tapi semuanya ada Melayu...
Parti Amanah baru nak tubuh menambah lagi parti Melayu...

Malaysia adalah  tanah Melayu...
Melayu nomad di tanah Melayu...
Melayu terpinggi di bumi Melayu...

Melayu makin layu...tapi Cina juga yang dipersalahkan oleh Melayu..

Melayu...Melayu...(SH 16/09/2015)

31 comments:

  1. KESIAN ORANG2 MELAYU/ ISLAM.,ALLAH jadikan kamu bodoh saperti keldai saperti orang2 ARAB. Diturun kan ALQURAN sebagai kitab petunjuk dan peringatan kamu jadikan 'CHOIR BOOK ' untuk buat nyanyian dan"chanting'.Hari2 dekat TV kamu berlagu ayat2 Quran konon dapat pahala.ALLAH tak suruh kamu berlagu tetapi DIA suruh kamu membaca memahami dan mengikut apa2 yg diperentahkanNYA.MUFTI2 dan ustaz2 adalah bigot ikut saja apa yg orang ARAB BUAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen apa ni, susah kalau tak reti dan tak belajar agama, wat nambah dosa je.....

      Delete
    2. sah tulisan orang bukan muslim, meletak Al Quran pada hujah yg sempit, terkeluar dari Rukun ke 6 bab qada & qadr.

      Delete
    3. Semua bust punya olang Melayu ,apa past semua Melayu manyak bangsat maa aa .

      Delete
    4. Itu orang byk sakit sama mcm itu najib juga...dia ting tong.

      Delete
  2. kalau takde cina yg menghasut, merasuah, curi balak, lombong emas, bauksit, bijih dan segala hasil bumi tanah melayu maka takdelah melayu2 bodoh ni peluang untuk dapat duit cara senang. Melayu dari dulu boleh buat dan hidup sendiri.
    Mana punya melayu bangang yang nak maju sampai kena tunduk dan bagi tanah pada cina dan penjajah?

    APA SALAH ORANG MELAYU?

    orang melayu ramai yg berpaling dan jadi ahli kitab.
    Melayu dan bani israel dulu2 lebih kurang sama.
    Di bagi pedoman mereka dustakan.
    Di beri islam mereka jual.
    Di beri kesenangan mereka kufur.
    Di beri mewah ia sombong.
    Perasan beriman sebenar munafik.
    Bagi Alquran dia bakar.
    Rasa mulia tapi hina.
    Rasa pandai tapi BODOH.

    Nikmat Allah yang mana yang Melayu dustakan???

    ReplyDelete
  3. penghujung tulisan admin ;

    "MELAYU SEMAKIN LAYU...TAPI CINA JUGA DIPERSALAHKAN OLEH MELAYU"

    sepanjang perjalanan melalui pekan pantai barat, deretan kedai dan gedung perniagaan mojoriti dikuasai non-bumi, kita bertanya adakah ini dinamakan pembangunan yg diidamkan generasi melaungkan kemerdekaan lebih 50 tahun dahulu !!!

    sistem pengagihan perniagaan PERUNCITAN dalam semua bidang dimonopoli oleh non-bumi, apa campurtangan pemerintahan dalam membetulkan nisbah yg tidak adil, jika dibiarkan berterusan akan menjadi semakin parah. Pada pak menteri yg hendak membuka kedai peruncitan telekomunikasi di bangunan MARA sila teruskan, kami beri sokongan penuh, pastikan yg berniaga itu bumiputera.

    UDA ditubuhkan membangunkan bandar, kita tanya balik pemilikan perniagaan atas lot2 perniagaan dikuasai siapa ? berapa peratus penyertaan bumiputera ? hampa sungguh hampa, jadi pak menteri yg masih ada akal sediakan mekanisme perancangan memulihkan ketidakseimbangan yg ujud sekarang. mana lot2 bumiputera yg di ALIBABA lucutkan pemilikan tanpa ragu2, pastikan syarat itu termaktub dlm penyerahan lot2 perniagaan tersebut.

    kami yakin masih ada pemimpin bumiputera yg jujur dlm memajukan anakbangsa. ujudkan sistem pemborong hingga ke sistem peruncitan yg berdaya saing, kawalselia ditangan anda, hasilnya lebih banyak zakat dapat disalurkan kepada golongan memerlukannya.

    semoga anda akan tergolong dalam kepimpinan memertabatkan agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau najib tak jadi PM adakah Melayu akan mati tak makan?

      Delete
  4. Melayu...
    Tanya dgn TPM kita Wak Zahid maksud 'melayu' = LARI kalau ikut bahasa ibunda dia.
    Melayu = Lari (dari masalah)
    Melayu = Lari (dari kebenaran)
    Lari melayu lari... lagi laju melayu lari, lagi banyak yg terlepas dan tertinggal rupanya... Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Sampai bila pun org melayu n penyangak melalyu yg tipu melayu baju merah jadi alat je kesian melayu pemimpin hifup mewah sampai 7 keturunan

    ReplyDelete
  6. Sampai bila pun org melayu n penyangak melalyu yg tipu melayu baju merah jadi alat je kesian melayu pemimpin hifup mewah sampai 7 keturunan

    ReplyDelete
  7. Yang Layu engkau. Bukan aku. Aku tetap Melayu. 
    Allah tak pernah ajar org2 yg berjaya disisi Dia adalah org kaya, ada pangkat besar, ada bini cantik dan ramai, ada syarikat hebat dan blablabla.
    --------------------------------------------------
    Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah BERJAYA. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang TERPEDAYA.
    --------------------------------------------------
    Dalam dunia ni ada 2 je golongan. Islam kapir, kecik besar, pandai bodoh, baik jahat, benar salah. berjaya dan terpedaya. Kau pilihlah sendiri. Yg menentukan Allah Taala.

    ReplyDelete
  8. Yg agih peruntukkan.. Melayu
    Yg lantik kontraktor.. Melayu
    Yg bagi geran.. Melayu
    Yg buat dasar..Melayu

    Tapi yg byk bangkrap..Melayu
    Yg byk hisap dadah..Melayu
    Yg byk buang bayi..Melayu
    Yg byk menganggur..Melayu
    Yg byk merempat..Melayu

    Yg kena kencing pun Melayu..

    ReplyDelete
  9. Tringat zaman skolah dlu sorg ckgu pnah kata "org mlayu ibarat ketam dlm raga"..klu dia xleh kluaq dr raga tu,yg lain pn dia tarik turun xbg kluaq jgk. Sy stuju ckap ckgu..mmg benar. Dalam islam,memuliakan @ mghina keturunan n bangsa suatu warisan jahiliyah..tp itulah yg masih terlihat di zaman ni..org cina dipandang tggi krn bgsanya terkenal dlm bidang perniagaan..org melayu pulak dipandang buruk kerana resam ketam dlm raga n byk bgantung pada so called hak imuniti org melayu. Kecewa dgn kebanyakan pemimpin melayu yg lupa daratan n ajaran agama smp rakyat yg menanggung akibatnya.

    ReplyDelete
  10. Tapi satu fakta yang kita terlepas pandang adalah.....90% melayu yang dimaksudkan dalam coretan itu adalah melayu UMNO. Adalah lebih baik kita gantikan saja perkataan melayu yang membuat onar itu kepada melayu UMNO. Sebagai contoh..yang songlap 52 billion saham bumiputera sehingga hanya tinggal 2 billion sahaja adalah melayu UMNO (melayu bawahan dan tiada jawatan dalam UMNO tak pernah lihat mahupun cium satu unit saham pun).

    Jadi, natijahnya apa? Natijahnya adalah...selepas setengah abad (50 tahun) UMNO langsung tak berbuat apa2 pun untuk orang melayu. Melayu terpinggir, melayu terima BR1M, melayu gaji kecil dan cukup makan, melayu hanya layak duduk rumah kos rendah, melayu tak dapat bersaing dalam bidang perniagaan, melayu kurang pengetahuan, melayu kurang agama dan yang lebih utama, melayu kurang atau rendah harga diri. Semua berlaku semasa UMNO memerintah. Jadi, apa tunggu lagi, ubahlah nasib orang melayu dengan mengubah pemerintah kita yang dok makan sorang2 harta negara lepas tu tidur berdengkur kekenyangan tanpa kisah pun nasib rakyat jelata. Itu pun tak tahu ke?

    Tak perlu diadakan kongres, persidangan mahupun wacana untuk mencari kaedah mengubah nasib melayu! Tolak je UMNO dan ganti yang lain. Jika yang ganti UMNO pun 2 kali lima, next PRU ganti lain. Jangan lagi dok ketagih tahyul dan taat membabi buta. Tiada lagi dulu, kini dan selamanya. Yang perlu ada hanyalah "siapa yang berkhidmat kami kekalkan dan siapa yang tak buat kerja, you're fired!!!!"

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu Pas dgn PKR pun sama. Diorang pun asal dari Umno jugak.
      Kita pun bukan nak salahkan kaum lain. Tapi kalau dia tak mulakan, tak dibawak masuk kuranglah masalah. Mudahlah nak kawal.
      Apa cina suci sangat ke sampai tak boleh kene kutuk dan kritik?

      Delete
  11. Kau rasa kau dah pandai pasal nak tolong maju dan bangunkan melayu dan tanah2 melayu. 
    Allah suruh pegi buat haji sbg amalan kau majukan jadi bisnes Tabung Haji yg kau bangga2kan. Kesudahnya kau sendiri jugak yg pegi curik duit org pegi haji.
    Kau buat JAKIM utk majukan Islam seolah2 Islam ni mundur dan tak moden. Sedang hakikat islam tu hanya panduan dan amalan hidup manusia bagi keselamatan, manfaat dan jalan melayu utk kembali kepada Allah.
    Kau kutip dan buat lembaga zakat dgn alasan utk pembangunan dan kemajuan negara. Sedang hakikat dia org2 kau jugak yg seleweng duit2 zakat yg kau kutip utk kepentingan diri.
    Hakikatnya kau BODOH. Walaupun kau rasa kau dah maju dan pandai. Apa makna maju berjaya bila akhirnya manusia lebih condong pada kemusnahan, kerosakan dan kebinasaan? 
    Kau rasa puas berjaya ke dgn kemajuan yg kau capai, tapi ending hidup kau kekal dalam neraka? Ini ke kejayaan yang kau nak?
    Cakap siapa yg lebih baik, cakap kau ke cakap Allah Taala?

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Melayu telah wujud lamadah seawal abad 6 sebelum ditundukkan oleh kerajaan Sriwijaya. Kebangkitan Kerajaan Majapahit dan kejatuhan Kerajaan Singahsari memberikan ruang untuk Kerajaan Mellayu (Raja Mauli) bangkit semula sehinggalah gagah balik dibawah Parameswara (Sultan Melaka). Kini dibawah Raja2 Melayu. Walaupun lama juga ditundukkan oleh Kerajaan Sriwijaya & Singahsari, Melayu dapat bangkit semula dan Bahasa nusantara tetap bahasa melayu bukan bahasa Acheh, Jawa, Sunda, Banjar, Bugis, Bajau atau sulu. BangsaMelayu dan Kerajaan Melayu berusia lebih 1500 tahun dan sejarah menunjukkan bangsa Melayu sanggup berkorban mempertahankan KerajaanNya dari Sriwijaya, Majapahit, Sepanyol, Portugis, British dan Komunis. Yang menjadi masaalah bagi orang melayu ialah mereka yang bukan Melayu tapi menumpang daun Melayu dan menggelarkan diri mereka Melayu (dibawah takrifan undang2) Mereka yang kononnya Melayu dan bukan dari Tanah Melayupun. Ibu bapa mereka dan nenek moyang mereka bukanpun orang Melayu. Mereka inilah yang melemahkan orang Melayu dan mnjadi gunting dalam lipatan pada orang Melayu. Jadi bila mengatakan orang melayu layu, adakah ia merujuk kepada bangsa Melayu ataupun Melayu celup (bangsa ibu bapa dan nenek moyang mereka bukan Melayu dan bukan dari Tanah Melayu)?

    ReplyDelete
  13. Anon 1242
    Sila tunjukkan bukti Lembaga Zakat mana yang seleweng duit kutipan zakat. Jika ada sila serah bukti kepada Suruhanjaya Anti Rasuah. Agensi ini nampaknya tidak berupaya untuk mengambil tindakan kepada pihak atasan (tak berani nak siasat PM ke, menteri ke) yang agensi itu berani ialah terhadap pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat pangkat rendah dan pertengahan. Walaupun kredibiliti agensi pencegah rasuah itu telah berada di tahap yang rendah (Ketua Pesurohjaya sudah masuk bertugas ke ?) namun saya pasti bahawa jika ada penyelewengan di peringkat bawah atau menengah SPRM akan mengambil tindakan terhadap mereka dengan cepat.
    Namum saya amat kasihan kepada semua pegawai SPRM kerana ketua kerajaan Malaysia secara terang terang menyusahkan mereka. ' Derma yang diterima oleh pegawai awam tidak salah '. Kata para menteri. Macam mana pegawai SPRM nak buat kerja anti rasuah selepas ini. Semua penerima rasuah dan pemberi rasuah akan kata ' ini derma '.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembaga zakat, baitulmal, pusat zakat, jabatan agama mereka ni seleweng zakat cara halus. SPRM pun tak boleh suka masuk.
      Ada yg cuci duit zakat jadi building, kereta jenazah, pelaburan, buat majlis, buat menggaji diri sendiri secara lumayan lebih drpd bhgn asnaf yg patut mereka terima dan sebagainya. Penyelewengan bab agama ni Allah yg sendiri nilai, bukan kerajaan bukan SPRM. Pasal melayu tu yg sendiri menyalahguna hukum, itu maksud seleweng hukum.
      Orang agama ni penipuan dia halus. Pasal diorang mahir bab hukum. Tapi dia lupa Allah menghukum, ni yg dia tak sedar dia berjalan menuju neraka.

      Delete
  14. Bila pemimpin melayu jenis haram jadah terus d8beri ruang, inilah padahnya. Melayu jenis haram jadah ini nawaitunya cuma tembolok dan perut sendiri selain untuk binatang bawah pusat yang satu itu. Itulah tuhan sebenar melayu jenis haram jadah ini. Soal halal haram bukan lagi jadi pertimbangan. Makanya duit RM2600 juta yang luar biasa itu sengaja ditaktif halal sesuka hati kerana Tuhan bagi melayu jenis haram jadah bukan di kedudukan pertama. Malaysia akn menuju kehancuran jika pimpinan melayu jenis haram jadah ini terus dipimpin dipuja dijunjung. Melayu ini yang berak ditengah jalan tapi bangsa lain yang dipersalahkan. Cuma setan yang sanggup buat begini. Atau barangkali pimpinan melayu ini adalah jelmaan setan sebenarnya.

    ReplyDelete
  15. shah

    bila IGP bagi izin da lesen utk berdemo... monyet merah ni buat rusuhan pulak...


    kalau IGP kata haram no demo... yg pelik aman sejatera bersih 4

    ReplyDelete
  16. Kemungkianan setengah-setengah dari kita mengalami satu sindrom ketekutan tempat untuk berdiri (tongkat).Jadi belajarlah berjalan dengan tidak bertongkat seperti orang lain.Yang membuat Melayu berpecah kerana mereka-mereka yang diberi tongkat untuk berjalan,takut kena tarik balik tongkat.Tiada pasti siapa gerangan anon 0908,pandangan saya memang betul kita kurang mencari kenapa/cerita wahyu itu diturunkan Allah SWT kapada Nabi SAW dan umatnya,reneongkanlah jangan terlalu cepat melatah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tongkat apa bendanya?? Kita melayu berpijak di bumi nyatalah, Tanah tok nenek kita tinggal wariskan utk kita. Hak kitalah. Setiap hasil bumi semua melayu berhak terima samarata. Tak perlu share dgn sapa2. Yg buat khianat level pemimpinlah, diorang yg pegang tongkat, tapi bila dapat pegang lupa diri, tamak, penipu, pencuri, tolong anak beranak sedare mare sampai kat rakyat bawah dia bahasakan kita mengharap tongkat. Apa bodoh punya orang. Berapa banyak dah yang melayu kebanyakan dapat hasil kekayaan negara secara adil?
      Kita bukan nak melatah pun. Cuma dah sampai masa melayu diperingatkan. Pasal dah jauh sangat sesatnya. Istilah tongkat ni ciptaan firaun ahli politik sedang dia berseronok2 memakan harta anak2 yatim secara salah. Makan riba' sama mcm makan komisen. Jual tanah sama macam salahguna harta pusaka. Jual islam samalah mcm org mendustakan dan mengkhianati Allah Taala.
      Mana tak kena hempuk dgn kren. Tu petunjuk dan peringatan nyata.

      Delete
    2. Akhir zaman ni ustaz melayu byk yg suruh baca surah Kahfi. Pasal nak menghalau dajjal kata dia. Dia pun tak paham apa cerita surah tu. Saya jelaskan sikit apa sebenarnya yg perlu dihapuskan TONGKAT ke TEMBOK.

      Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Allah menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Allah kepada mereka. Dan ingatlah aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

      Ini satu kisah kiasan yg Allah cerita. Tembok pemisah jurang antara si kaya dan miskin, senang dan susah, mulia hina, pemimpin rakyat. Ini yg perlu dihapuskan Tembok bukan Tongkat. Tembok yg banyak menyusahkan, menindas hidup dan hak org melayu. Anak yatim tu org2 yg memerlukan bantuan kehidupan. Memang Allah dah sediakan pun. Yang kau seleweng buat apa? Yang kau lepas utk anak bini kau je sapa suruh? Tu yang perangai masing muka tembok tu. Muka tak malu, lagi mau cakap orang harap tongkat. Yg bagi kehidupan Allah, Kau sapa?

      Delete
    3. Bila kata melayu bodoh kang terasa pulak. Mana tak bodoh dari kecik sampai ke tua baca kitab jadi ahli kitab. Apa kitab agama org tulis semua dia pegang, semua dia percaya bulat2. Sampai tongkat pun dia tak kenal. Tongkat tu petunjuk. Hapus dan hilangkan tongkat samalah mcm org yg menghapuskan petunjuk. Tu yg melayu hari ni perangai bukan2. Sampai tahap petunjuk tu pun dia bakar. Mana tak bodoh, sesat. Terima je lah, kau sendiri yg nak hapuskan tongkat. Lain kali bercakap pikir dulu. Mengikut ahli kitab sapa suruh?

      Delete
  17. Kenapa punca sebenar tak dicari dlm kes2 serangan ke atas Islam dan org2 Melayu mutakhir ini.
    Memanglah Cina2 DAP dan puak2 liberal ini semakin biadap, tapi di msna puncanya.

    Kenapa dari tahun2 70-an hingga hampir akhir 90-an puak2 bedebah ni tak se agresif sekarang?
    Jawapannya pada aku ialah kerana adanya ISA.
    Puak2 haramjadah ni mmg takut dgn akta yg dibuat selepas tragedi 13Mei, lebih2 lagi zaman Tun M.
    Tiba masa Najib pegang kuasa, dia secara bodohnya memansuhkan ISA, benteng terakhir perpaduan kaum, kesejahteraan dan keharmonian negara.

    Najib tidak membaca atau memahami apa yg terkandung dlm kontrak sosial sehingga dia juga buta utk melihat bahawa ayahandanya sendiri, TAR, adalah antara yg bertungkus lumus merangka tubuh ISA.
    Sekarang kenapa nak salahkan puak2 bedebah tersebut, jika tangan komander Melayu sendiri yg merobohkan kubu terakhir kesejahteraan Malaysia.
    Singapura maju, tetapi masih gunapakai ISA.

    Perhimpunan hari ini sepatutnya mendesak Najib dan juak2 pengampunya letak jawatan kerana memalukan serta menghina agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  18. Kelemahan utama bangsa melayu?
    Tak mahu bersatu.....tu je!
    Cuba bersatu buang najib.....tak ke kita bijak buat keputusan? Pemimpin apa penakut dan penuh dgn isu rasuah serta salah guna kuasa. Hidup pun takut bini buat apa.....Tu nak d sokong?

    ReplyDelete
  19. Mana ada ahli kitab dalam dunia ni boleh bersatu termasuklah melayu. Bercanggah dgn sunatullah ahli kitab akan bersatu kerana islam dan bangsa, melainkan ahli kitab akan terus bercakaran berbalah sesama.
    Najib tu tercipta hasil dari Quran yg diubah oleh org2 sebelum dia. Hari ni diorang gagal selesaikan balik masalah yg diorang cipta. Tanggunglah akibat.
    Kita kena ingat firaun ni pun turun temurun dari Namrod sampai Ramses, Tutankhamun, Usmaniah hingga ke Najib semua ada pelapis.

    ReplyDelete
  20. Lagi satu gang mix melayu ni tak kasi org2 melayu hidup bertongkat. Jangan bergantung hidup dgn kerajaan. Usaha sendiri. Cilakak penipu lidah bercabang. Apa keluarga diorang hidup senang lenang pakai tongkat pusaka arwah atok dia ke?
    Nabi Musa pun pakai tongkat jadi mukjizat takde pun dia buang tongkat sakti dia. Elok je pakai laut pun boleh belah. Hari ni mana punya mangkak melayulah suruh org buang tongkat. Kau yg duk atas sebenarnya takut kena belasah dgn tongkatkan. Ubah la bahasa kau tu kalau nak menipu orang. Firaun Totok je yg badi dgn tongkat.
    Ubah quran tu samalah mcm org pengamal sihir. Menipu org ramai guna hukum.

    ReplyDelete