Friday, 31 July 2015

TIDAK SALAH TERIMA WANG, AYUH MENTERI UMNO...KAUTLAH SELAGI BOLEH!!

Jika ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya "kebebalan" dan "kedunguan" mungkin bertambah dahsyat di kalangan sesetengah menteri yang baru dilantik ini.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said muncul yang pertama, bukan saja menunjukkan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.

Azalina ternyata sudah mula  mengidap penyakit "ampu dan bodek tahap empat" sehingga sanggup memberi pandangan di luar kewarasan pertimbangan akal dan menghumban jauh ilmu serta pelajaran yang diterimanya selama ini.

Asalkan dapat ampu dan bodek, semua perkara yang lain ditolak ke tepi dan boleh dilanggar begitu saja. 

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azalina antara lain berkata:-

-  wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?

Jika kita hayati hujah-hujah Azalina ini, tentulah ia tiada bezanya dengan banyak kenyataan Hasan Malek sebelum ini yang antaranya,  "oleh kerana ayam naik harga, jangan makan ayam" dan  "disebabkan kurang rungutan yang diterima kementerian, ini menunjukkan rakyat berpuas hati dengan GST dan kenaikan harga minyak".

Hello Azalina...cubalah guna akal sikit  dan fikir daripada manakah datangnya duit sebanyak itu? Bukankah The Wall Street Journal mendakwa ia berpunca daripada 1MDB? Kalau wang itu daripada 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, tidakkah ia merupakan wang kita semua?

Kalau pun ada seseorang yang  sanggup beri wang sebanyak RM2.6 bilion kepada ketua sebuah kerajaan, apakah ia percuma atau derma kosong saja? Tentu ada balasan yang diharapkan? Apa balasannya? Jual tanah? Jual maruah? Atau jual negara?

Kalau seseorang itu bukan Perdana Menteri atau ketua kerajaan, adakah sesiapa teringin mahu memberinya wang sebesar itu?

Mengatakan tidak salah bagi seseorang pemimpin menerima wang dan ia hanya urusan antara penderma dan penerima, tidak syak lagi betapa malangnya kita mempunyai pemimpin sebegini rupa. Tiada apa-apa yang rakyat boleh harapkan daripada specis seperti ini.

Ia memberi gambaran bahawa jika mengikut tafsiran Azalina itu bermakna para menteri dan pemimpin kerajaan boleh mengaut seberapa banyak wang sekali pun dan tiada sesiapa berhak mempersoalkan daripada mana wang itu diperolehi.

Adakah orang sanggup memberi wang dengan percuma dan tidak mengharapkan apa-apa balasan? Kalau begitu, tutup saja SPRM dan bakulsampahkan terus undang-undang rasuah. Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat wang itu dan kaitannya dengan Najib juga patut dibubarkan saja.

Jangankan pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan terdedah kepada unsur rasuah dan kemungkinan menjual kepentingan negara apabila menerima wang sebesar itu harus dipersoalkan, bahkan ibu bapa sendiri akan menyoal jika anak mereka tiba-tiba pulang ke rumah dengan membawa dua tiga buntil wang bersamanya.

Apabila kita membawa sejumlah wang tunai ke bank untuk membuka akaun, katalah jumlahnya RM500 ribu, pihak bank juga pasti akan menanyakan beberapa soalan mengenai wang itu.

Lebih dari itu, Bank Negara sendiri mensyaratkan pemindahan wang melebihi jumlah RM50 juta juga mesti mendapat kebenaran dan kelulusannya.

Lebih diragui jika penerima wang itu berstatus ketua kerajaan kerana ia mungkin berkaitan rasuah, wang haram dan sebagainya.

Jadi, di mana logiknya pemindahan sejumlah RM2.6 bilion adalah perkara biasa dan  hanya persoalan antara penderima dan penerima saja, manakala kita sebagai rakyat dikatakan tidak berhak sama sekali mengetahuinya?

Dengan kenyataan awal Azalina itu, bukan saja keputusan melantiknya semula sebagai menteri suatu kesilapan setelah mengenepikan Hasan Malek, malah membuatkan barisan kabinet ini menunjukkan kecenderungan yang semakin jauh dari denyut nadi rakyat terbanyak. 

Kesalahan yang dilakukan oleh ketua bukannya mahu diperbetulkan atau ditegur, malah disokong dan diberi rangsangan lagi. (SH 31/07/2015)

62 comments:

  1. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno selama ini telah terserlah, terpulanglah kepada penyokong bawahan yang kena tipu selama ini. Lepas ini kita tunggu apa pula komen pengerusi SPR. Kalau ikut hukum akal PRU 13 tu boleh terbatal sebab telah dibeli dengan harga RM2.61b oleh Najib. Sebab Najib telah mengaku dia tidak pernah menggunakannya untuk peribadi, dengan kata lain ianya telah digunakan oleh semua komponen BNlah tu..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. iklan tv bab belanja nasi lemak.....rasuah
      hamper raya..................................rasuah
      balo 2.6b.......................................?????
      puji mat sotong..............................?????
      minyak turun..................................x pulak bising
      apa punya konfius daaaaa............ringgit turun lagi
      gwa gi s'pore, tukar rm290++ dpt s$90++...betul ke? ..ke gwa outdated
      minyak turun 10 sen............barang keperluan, tol... x naik?...
      mat iQ 3.85 dah tukar posisi jadi striker...siapa jadi defender...minah ( anywitch way is halal)...............kon fuse!!!!!

      Delete
  2. Apabila ahli kabinet 1MDB mula berbicara....

    ReplyDelete
  3. Anon 19:12 kabinet 1MDB ni semuanya tokong tokong yg terpilih berlaka.

    Yang penting hanyalah pangkat , darjat dan imbuhan selain daripada kemewahan hidup yg bakal dikecapi dan banyak lagi longgokan harta karun yang akan menanti.
    Jawatan menteri adalah lombong emas. Bukan untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat tetapi untuk melombong emas sepuas puasnya. Apabila emas dah habis mereka akan melombong pasir pula.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak kamarudin. Kamu tidak diperlukan di bumi Malaysia ini. Sila angkat kaki dan berambus saja. Jangan bikin sial di sini

      Delete
    2. setuju anon 1939, species ni elok menempek kat orang tamak duit...... bagi kat sibalun 2.6 suruh puja duit dating belambak........pak zahid jadi tpm..janji benteras judi 100 percent....ayoh tunaikan...tangkap kamaluddin di Malaysia ini , sipengalak judi......tunaikan pak zahid janji manis mu..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Najib tipu seluruh rakyat malaysia,
      makan wang rakyat tangkat pm&si badak umno kena tipu tolong beku wang.TPM lagi satu kaki bolek malaysia akan jatuh sebab najib and anjig pegikut
      Rakyat melayu hidup najib pulang wang 2.6

      Delete
  5. What to be surprised for? Islam has prohibited the use of haram money (for among others it will only darken one's heart). But when that is actually the regular practice among some section of Malay Moslems in Malaysia (through acts of embezzlement, bribery and you know what), it is naive of us to expect purity of thoughts and good deeds from them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. duit riba sudah biasa semua kita praktis.. malah ostat2 pun rasa makin selesa dgn riba. Apatah lagi memakan babi.. halal siot

      Delete
    2. contoh: coklat kadburi, ada cikit saja DNA kini saya dah dihalalkan oleh jakun -

      Delete
  6. Shahbudindotcom ni hanyalah dengki dengan Umno. Nak bandingkan kedunguan Umno dengan Pembangkang tak? Yang penting, jangan memperalatkan rakyat untuk agenda sendiri. Menggunakan cara menabur fitnah untuk mendapat sokongan adalah amat keji sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO ker MAYONG?

      Delete
    2. anon1944, buat report polis laa....ikut macam ayahanda kulub....x suka blok tuan shah jangan masuk....kamu yg dengki ni apasal


      wasalam
      pengikut totok blog tuan shah

      Delete
    3. Anon 19:44..g kat sperma buat report kata azalina ckp "duit masuk akaun najis bukan isu besar..tapi tahi ;najis' besar! kah..kah..kah...dengki kepala bapak ko? fg mampus sama umno ko tu lah?

      Delete
  7. ini berita baik kepada para pesalah rasuah yang telah dihukum - mereka perlu dilepaskan dan dibayar pampasan.

    ReplyDelete
  8. Kalau najib tu tukang kabinet kayu ada ker penderma nak bank in RM 2.6b? Memang betul kata Sudin...eja la macam mana pun tetap SARKAS

    ReplyDelete
  9. Malangnya nasib pengundi parlimen Penggerang

    ReplyDelete
  10. Telima wang tatak salah, telima wang tatak salah , angkat wang tatak salah ,tipu wang tatak salah , Wa pening maa aa .

    ReplyDelete
  11. Azalina tu dah x keruan memilih ayat untuk menjadi menteri terawal membodek.. So nilai dia setaraf TERBAIK hotel kelas 5 bintang... Hasan malek pasti berkepak balik sbb dah ada Gen DNA yg macam bangang... Minta rakyat Malaysia maafkan beliau..

    ReplyDelete
  12. Hanya sesuap nasi tak salah apa yg dicakap kerena dia seorang yg KELIRU ...maafkan dia sebab sudah lama dia tidak di perhatian media...hari ini kegembiraannya teramat sangat sehingga jiwa nuraninya tercukil gembira...kan NAJIB boleh di ibaratkan kepimpinananya mencontohi seorang NAJIB bak kata MASITAH ....inilah yg di maksudkan saya bawah orang Malaysia suka memberi peluang ke dua dan maaf memaafkan.

    ReplyDelete
  13. dari mana nak kemana dari siapa kepada siapa
    untuk apa dan mengapa
    banyak tu
    harga barang terus melambong depa duk mai gelembong

    ReplyDelete
  14. Kena buat MRI scan otak

    ReplyDelete
  15. MAKNA MEMANG BETULLAH RM 2.6 BILLION MASUK KE DALAM AKAUN PERIBADI NAJIB... ITU SATU KESALAHAN, JADI TUNGGU APA LAGI... PIHAK BERTANGGUNG JAWAB MAHKAMAH, POLIS, SPRM BERTINDAKLAH.... JANGAN SAMPAI RAKYAT RASA MALAYSIA MEMANG TIADA HARAPAN DALAM MEMBENTERAS JENAYAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya tuan belum faham fungsi MAHKAMAH, SPRM dan POLIS di MALAYSIA. Sebutlah nama apa jabatan sekalipun. Hatta jabatan zakat mufti dan agama pun..

      Kesemua jabatan2 ini dibina untuk menjaga dan melindungi serta mengcover juga memadamkan kebejatan kecil mahupun mcm bangkai gajah sekalipun akan dosa2 golongan pemerintah, golongan raja sultan bangsawan dan pemimpin UMNO.

      Nak harap apa lagi tuan? Tugas mereka juga menangkap rakyat yg jahat yg tiada kaitan dgn politik dan tugas special menangkap ahli politik yg tidak sebulu dgn kerajaan dan kesultanan pemerintah. Serta projek ikan bilis. Duit rakyat adalah duit pemerintah. Boleh diambil dicukai bila diperlukan.

      Pemerintah umpama tuhan maha berkuasa.

      Delete
  16. Ini masalah dengan orang yang liberal yg berpendidikan guaman , rasa pandai boleh main dengan pergunaan ayat , tapi mereka lupa kadang mengheret tengkok mereka ke tahap tak ada maruah.

    ReplyDelete
  17. Azalina semasa menjadi Menteri KKBS dulu pun berfail2 kes salah guna kuasa dan rasuah sehingga Menteri yang ganti beliau Hishamuddin pun tak boleh nak sorok lagi. Malah pengundi dikawasan dia menyampah dengan sikapnya.

    Dia ni tidak punya moral authorithy apa2 untuk bercakap mengenai CBT dan salah guna kuasa bossnya kerana rekod buruk dulu.. diambil balik jadi Menteri oleh Najib untuk satu tujuan sahaja membodek dan membela boss tahap gabang.

    ReplyDelete
  18. Dah sah wang sebanyak rm 26 billeon masuk kedalam akaun DSN, dia tak perlu mengaku apa lagi. Azalina dan Rahman dan SAH kan bg pihak DSN. Cuma sekarang tenfh perak otak untyk MENGHALALKAN yg HARAM

    ReplyDelete
  19. Agak nya Hassan Malik skrg ni tengah buat ape ye?dh tersingkir dari kabinet almari.nk projek pun bini dh tua menopause.si azalina ni tak ada laki ke?mulut main celupar.apa aliran dia ni

    ReplyDelete
  20. Minah ni SAKIT la. Malang Malaysia ada spesis macam ni

    ReplyDelete
  21. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika wang berjumlah RM2.6 b masuk ke akaun Presiden PKR atau Ketua Umum PKR atau Setiausaha DAP. Adakah Menteri UMNO akan kata itu urusan penerima dengan penderma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kesalahan besar walaupun seringget. Sebab parti pembangkang. Rasuah. Masuk neraka 5 juta tahun.

      Untuk UMNO, 500 trillion pun Islam tak kesah. Inikan pulak 2 billion. Kertas dan nombor saja. Entah2 unit pulak. Tak ada dlm Quran dan Hadis. Sbb tu mufti2 diam ja.

      Delete
  22. Para menteri pembodek tgh berlumba lumba keluar statement..nak tengok yg mana ayat paling power mengampu. Menteri KPKT pun baru tumpang semangkuk.
    Memang Najib akan cepat korek lubang kubur dgn mempunyai menteri2 yg mcm ni.
    Saya keras perot kejap baca artikel Tuan Shahbudin ni...syabas Tuan hahaha

    ReplyDelete
  23. Bukan isue besar? Gila apa menteri 3 hari ni.

    ReplyDelete
  24. Apalah nasib pakcik makcik abang adik kakak yang sokong UMNO punya al-wakil yang semua dari negeri gohed gostan dekat negeri setan!!!!

    Bagus masuk Tanjung Rambutan...

    ReplyDelete
  25. Bila tengok kenyataan2 menteri yg baru di lantik/ lantikan semula nih...rupanya Hasan Malek tak lah seteruk mana....hahahaha

    ReplyDelete
  26. Kalau tak B*D*H bukan menteri U*N*

    ReplyDelete
  27. Kalau tak B*D*H bukan menteri U*N*

    ReplyDelete
  28. Hancur negara kita! Semua menteri-menteri mesti cari konsultan untuk mereka cara-cara innovatif mengaut wang rakyat. Jangan bimbang. Ketua Polic Negara akan selamatkan anda. Perdana Menteri akan buat Hadiah Khas untuk yang berjaya bawa lariwang rakyat terbanyak. Piala Ali Baba.

    ReplyDelete
  29. Kabinet bodek dan merapu sudah dibuat lagi licinlah Najib kambus isu 1MDB.

    ReplyDelete
  30. Aku sokong ngan ajalina, biarlah najib sorang je yg dapat banyak tu tapi jangan biarkan rakyat berbuat demikian walaupun RM5,000 kerana jika didarab ngan 20 juta rakyat Malaysia masuk keakaun mereka bukankah jumlahnya jauh x terhingga berbanding pak jib. Buat nota admin pindah masuk wang dari luar Negara mesti dilapurkan pada bank Negara bagi jumlah US$10,ooo (RM30,000). Kisah benar terjadi pada kawan aku org berniaga biasa biasa saja pada hari kejadian dia nak mendepositkan kekaunnya sebanyak $30,000 , he has gone through hell with bank and bank Negara

    ReplyDelete
  31. Kalo pegawai kerajaan terima spa-apa hadiah yang ada nilai seperti angpow diwajibkan maklum kepada ketua jabatan untuk kelulusan tapi tang PM tak payah declare. Kok kalo gitu mane integritinya. Elok Najik tutup jer Suruhanjaya Integriti Dan SPRM. Brape jimat duit kerajaan tak payah bayar gaji diorang. Tang Azlina bangang tu kutuk camane pon buat ngabih air liur jer..dia kan memang dah bangang sejak dulu lagi dan bukannye elok sangat rekod dia pon. Tapi pasal dah PM chief penyamun..anak buah tentu la dari kalangan penyamun gak..apa nak diherankan. Yang heran ramai lak Melayu bangang yang terhegeh nak menjilat kaki penyamun laki bini tu. Donia..donia!!

    ReplyDelete
  32. Ko biar betul....bodoh gila minah ni siut....

    ReplyDelete
  33. Alahai apalah pemimpin bangsa aku ni 2.6b dianggap ta jadi kesalahan pemberian negara lain?? Yg benar diketepikan yg batil dikasihi... ini betul2 dpt ilmu sesat dlm berbakti pd raayat.. tak malu ke kata bagitu!

    ReplyDelete
  34. Menteri kelas pelacur jalanan ja dia tu ...yang ahjib the bogus pirate is kelas bapa ayam...matching!!!!

    ReplyDelete
  35. Kepimpinan jenis bangkai kini makin menguasai UMNO BN. PM Najib sedang mempamirkan teladan yang amat buruk lagi membahayakan masa depan negara dan UMNO BN itu sendiri. Inilah penjelasan sebenarnya kenapa kepimpinan UMNO BN dan para menteri begitu mengelak desakan mengistihar harta dan kekayaan diri masing masing sebelum menjawat sesuatu jawatan penting negara.

    Jika Najib selaku PM sendiri menonjolkan teladan yang buruk melibatkan kemasukan wang yang sangat diragui ke dalam akaun peribadinya dan ini dianggap bukan satu kesalahan oleh dirinya serta barisan kepimpinan UMNO BN hari ini, maka bersedialah negara Malaysia bahawa amalan luar biasa dan terkutuk ini akan menjadi suatu yang luar biasa di esok hari kerana amalan keji begini seolah bukan satu kesalahan lagi. Ini akan menjadi rujukan dan contoh kepada kepimpinan pengganti masa depan untuk mengikuti keburukan dan kekejian begini kerana ianya tidak menjadi satu kesalahan. Najib sedang membina budaya keji di dalam UMNO BN sebenarnya.

    Dan hari ini rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dan membezakan kepimpinan mana yang boleh menjadi sandaran untuk negara Malaysia yang lebih baik dan kepimpinan jenis bangkai mana yang seharusnya rakyat Malaysia tolak dan tendang keluar dari barisan kepimpinan negara. Pengekalan Najib sebagai PM Malaysia adalah satu kesilapan yang maha besar namun barisan kepimpinan bangkai kini sedang disusun atur sebegitu rupa untuk memastikan PM jenis paling "haram jaddah" ini terus kekal dan mengagih sumber kekayaan negara dikalangan mereka yang berkompromi tanpa mempedulikan etika dan keluhuran perlembagaan. Apa yang telah dilakukan Najib ini adalah satu usaha untuk menghalalkan kesalahan jenayah yang maha besar dan mereka yang ikut bersekongkol dengan perbuatan Najib ini harus dianggap sebagai musuh negara dan hala bagi kita untuk menjatuhkan mereka walau dengan apa jua kaedah dan caranya. Malaysia harus segera di selamatkan dari kumpulan yang sudah hilang harga diri demi wang dan kekayaan diri.

    ReplyDelete
  36. Calon Baru bagi ANUGERAH MENTERI CAP AYAM MALAYSIA. #AFUNDI AZALINA_PENGERANG hantar ke 33110. Setiap sms di caj 6% GST. Kita menunggu menteri yang lain untuk di calonkan. Sila lihat setiap statement mereka ya!

    ReplyDelete
  37. Mengapalah barua-barua umngok ni tak sedar diri. macm ni punya manusia pun ada dalam parti umngok.Ini mesti salah yahudi.itulah ayat pemimpin orang melayu nak tipu melayu, pakcik dan makcik felda.Ayuh tuan-tuan dan puan-puan, mari kita humbangkan Ahjib gor penipu tu dan parti umngok yang memang sah parti celaka menjual negara ini.

    ReplyDelete
  38. Dalam menurunkan harga minyak 10 sen..kerajaan yg memerintah mendapat 2 keuntungan. Keuntungan 10 sen seliter sepanjang bulan Julai dan keunrungan mendapat nama baik bila turunkan kembali ke harga asal. Mmg pandai main wayang dan merompak pada masa yg sama mendapat nama baik.

    ReplyDelete
  39. PM Najib ni kapiaq atau Islam?. Bukan apa. Pemimpin kapiaq di negara kapiaq pun tak sebat duit sebanyak itu dan masuk ke akaun sendiri. Aku langsung tak percaya jenis manusia macam ni. Rupa saja manusia dan berstatus agama Islam tapi perangai dan sifat mengalahkan kafir dan yahudi. Bagaimana Yahudi buat tanah warga Palestin macam tanah depa, tak ubah macam Najib masukkan duit bukan milik dia ke akaun sendiri dan dibelanja tanpa pengetahuan barisan kabinet dan rakyat Malaysia. Dah employ Yahudi menjadi sebahagian team penasihat, perangai pun dah mirip Yahudi laknat. Aku doakan para "yahudi" dalam pimpinan negara Malaysia ni agar mampos cepat sebelum negara ini lebih menjadi haru biru dan muflis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan berdoa bro. Mana tahu, 150000 tahun lagi, akan termakbul. Jangan putus asa.

      Delete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. 1.pengakuan azalina tentang kemasukkan 2.6bil pada PM.
    2.PM yg nak bunuh parti sendiri pun ko nak ampu gak azalina,,,,buat statement tu ceredik sikit la.
    3.dah semua tau PM tu salah,ko hentam jelah dia,takkan dia nak rombak minggu depan kabinet sekali lagi kot.
    4.racun sikit PM tu soh dia saman yg berkenaan (yg memalukan status PM MALAYSIA).ini terhegeh hegeh amik keputusan nak menyaman.makcik kat belakang rumah tu pun komplain napelah lembap sangat PM kita kali ni.lembab mcm PATRICK (cerita spongebox tu),,,,,bodoh semanjang PM tu napenye,muka nampak ceredik,,,,,bab otak tu rasanya dah mcm rangking si LEMBAB.......buat org berdosa je la si NAJIB ni,mengutuk,mencaci,buat org marah,memfitnah,,,,,apa punya PM la,,,,ini namanya PUNCA PUNCA MENGUMPAT ..... NAJIB KO LAH PUNCA SEGALA GALANYA DALAM MASAALAH PENGUMPATAN INI,,,,RAKYAT MARAH DENGAN KO LA WOI...

    ReplyDelete
  42. Najib dah tahu dalam PRU 14 ini UMNO/BN akan kalah.
    RM2.6 billion Ini lah persediaan dia untuk bersara
    Selepas ini boleh shopping sakan

    ReplyDelete
  43. sudah menjadi bahan lawak antarabangsa...

    ReplyDelete
  44. Siapa sokong PM,kaki rasuah.Siapa boleh dream wang 2.6 bagi PM Dan siapa dia, u think I bodoh.Nak derma awak lebih baik derma pm us bukan pm mail

    ReplyDelete
  45. Siapa sokong PM,kaki rasuah.Siapa boleh dream wang 2.6 bagi PM Dan siapa dia, u think I bodoh.Nak derma awak lebih baik derma pm us bukan pm mail

    ReplyDelete