Friday, 31 July 2015

SAMA SEPERTI KES ALTANTUYA, NAJIB MESTI BERANI BERSUMPAH SEKALI LAGI


Isu wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak semalam.

Dalam video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.

Dengan ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya, orangramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh dan mantap daripada Najib sendiri.

Di kepala orangramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi saja.

Dengan terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan ramai mengenainya.

Meskipun dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.

Mengukuhkan lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin, berhak mengetahui atau mencampurinya.

Dalam cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Memang akaun bank adalah hak peribadi seseorang, tetapi oleh kerana Najib merupakan Perdana Menteri, rakyat berhak  mengetahui daripada sumber mana wang itu diperolehi dan apa tujuan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya jumlah yang sebegitu besar. Lainlah jika Najib seorang ahli perniagaan atau usahawan biasa yang tiada kaitan secara langsung dengan rakyat yang membayar cukai.

Ini menjadikan selagi Najib sendiri tidak berterus-terang mengenai wang tersebut, bahananya akan terus berlarutan dan membadai, bukan saja keyakinan rakyat terhadap dirinya, malah  kepada UMNO dan BN sehinggalah tarikh pilihanraya umum akan datang.

Pilihan terbaik bagi Najib ketika ini adalah dengan pergi ke mana-mana masjid, junjung Al Quran dan berumpahlah dengan nama Allah bahawa wang RM2.6 bilion itu tidak pernah masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan terhadapnya itu fitnah serta dusta semata-mata.

Jika dalam kes Altantuya yang dikaitkan dengannya, beliau dengan berani bersumpah tidak mengenali wanita Mongolia itu, Najib juga sewajibnya berani berbuat demikian sekali lagi untuk membersihkan namanya serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya.

Walaupun perbuatan bersumpah ini masih banyak dipertikaikan dari segi wajar atau tidaknya dari sudut agama, ia sekurang-kurangnya menunjukkan Najib berani berdiri atas panji-panji kebenaran dan dalam masa yang sama memudahkan jentera propaganda dan tentera siber UMNO memperjelaskan isu tersebut kepada rakyat jelata.

Sumpah Najib itu setidak-tidak boleh diviralkan di alam maya dan media sosial untuk membuktikan dirinya benar-benar bersih daripada dakwaan tersebut.

Isu wang berbilion ini sebenarnya bukan saja harus ditangani dari aspek undang-undang, tetapi perlu juga diredakan dari sudut persepsi dan keyakinan rakyat, sekurang-kurangnya sehingga pasukan petugas khas melakukan siasatan dan mengumpul bukti-buktinya.

Seperti dalam kes Altantuya, Najib bersumpah dulu pun ketika perbicaraan kes itu sedang berjalan di mahkamah dan ia dilakukan semata-mata untuk menepis persepsi umum yang tidak habis-habis mengaitkannya dengan wanita tersebut.

Jika dulu boleh bersumpah, kenapa tidak sekarang ini?

Lagi pun, dengan bersumpah itu tidaklah  nanti ia menjadikan penjelasan banyak pihak dalam UMNO jadi berbeza-beza dan pakai logik akal masing-masing saja. Sumpah itu saja sudah memadai sebagai hujah paling kukuh untuk mempertahan dan menafikan sebarang kaitan Najib dengannya.

Apa lagi Najib....tunjukkanlah keberanian sekali lagi!! (SH 31/07/2015)

22 comments:

  1. 2.6 billion ringgit masuk akaun saya. Siapa masuk? Tersilap masuk? Sengaja nak aniaya saya masuk? Saya tak tahu. Kemudian bila saya sedar duit dah takda! Siapa keluar saya tak tahu. Zaman tek. Apa pun boleh cipta. Macamana nak cakap? Tak masuk pun masuk. Keluar dah pun keluar......sumpah macamana saya nak tahu..dok sibuk dengan 1001 hal....sumpah..

    ReplyDelete
  2. Bertahap pemikir??? Hehehe... mungkin setaraf dgn Tun M kut..? Kan ada title yg sama. Lagi pun dah lama mengidam nak masuk kabinet tu, usaha membodek kenalah dipertingkatkan maklumlah dpt inspirasi dari menteri komunikasi yg baru. Mana tau ada rombakan lagi, untung2 dpt mencelah sama. Tak dpt yg penuh, dpt timbalan pun jadi.. Kuat membodek lama2 jadi menteri.. kihkihkih. Mana tau kut2 dpt perhatian mem besar.. 'Kabinet' pilihan isteri kan? Org perempuan ni cerewet, dpt 'kabinet' baru belum tentu dah puas hati, sebulan dua nampaklah cacat sana sini. Itu jam 'kabinet' kenalah repair atau ganti lagi, selagi belum puas hati.. Inilah masanya 'pemikir' itu menunjukkan kehebatan membodek.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Saya memang seorang pencuri. Hari hari saya mencuri. Satu hari saya dituduh mencuri, walhal hari itu belum sempat saya mencuri. Saya diminta bersumpah:
    Saya tidak pernah mencuri atau saya tidak mencuri pada hari tersebut.

    ReplyDelete
  4. aku kesian kat mat zombie.....
    kau orang tautak apabila seseorang itu divandrem..he lost everything even his soul..let's prey semoga Allah selamatkannya. he is innocent.. but the 'thing' pulling the string is evil of all evil

    ReplyDelete
  5. Kalau dia bersumpah sekali pun belum tentu rakyat percwya. Manusia ni kalau terdesak, suruh sumpah berkali-kali pun sanggup. Tambahan lagi zaman sekarang ni di mana hal agama, hal dosa pahala, hal balasan di akhirat dah tak dipedulikan sangat. Jadi jalan paling mudah sebemarnya adalah Najib tunjuk sahaja akaun-akaunnya. Atas nama kebenaran dan dengan tujuan nak bersihkan nama, apa salah bagi rakyat tengok sendiri. Bukankah dia juga kata, rakyat didahulukan. Kalau Tun Faisal, pemikir tak cukup inci tu tak nak tengok, lantak kat dia la....

    ReplyDelete
  6. This is a not a good suggestion. A desperate thief who steals will do anything, even swearing by the holy book, to get away. Please do not sully your own religion when it comes to this thief. This is not a religion matter. Religion does not teach people to steal. If a person can get away with a crime just be swearing on a holy book, then there will be lots of crime. What we want is for third party proof that Najib did not have US$700 million in his personal bank account. As a start, Najib should allow Ambank to produce a certified copy of his bank account statement. Tun Mahathir did that when he was accused of having secret money in Bank of Israel. He openly authorised the bank to disclose information about the so-called account.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think shahbudin sarcastically wrote it. As a matter of fact, I once asked ustaz about this matter. He replied only for very serious matter with nill of evidence, and a various of possible reason, someone can swearing by holy book.

      This issue however,the evidence still have a chance to dig dipper. If he really want to swearing,I think nobody might not believe it, just like Altantuya case. Using the same old method will make sure torn our trust to him,perhaps.

      Delete
  7. Perumpamaannya :
    Din - Ehhh Jib..mlm tadi kau masuk rumah aku yee..??
    Jib - Ehhh..aku tak ambik ape-ape pun kat rumah kau..!!!

    Buat para pembodek pula :
    Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
    Cakap bohong lama lama jadi Menteri

    ReplyDelete
  8. Apa itu" sumpah" , itu binatang Buayu pangil sumpsh-sumpah Wa tahu lea aa ,lia manyak walna bolih tukak maa aa .

    Tapi Wa atak dengak ini sumpah punya hat lea aa , pasat itu PAS punya olang tatak bolih keluar parti maa aa , kalau keluar parti selupa macam kasi celai isteri kasi habit lor rr , tatak bolih angkat balik lor rr .

    Manyak susah itu macam maa aa , ini Najib punya sumpah atak itu macam kah ?.

    ReplyDelete
  9. Sebagai NAJIB...dia tidak perlu bersumpah kerana dia seorang yg paling bBERKUASA ketika ini dan nak tahu mengapa?..KEUPAYAAN memilik BERBILLION yg berupakan KEKUASAAN dia bole saja ketepikan KECERDIKKAN DAN KEBIJAKSANAAN para AKEDEMIK yg bertanggungjawab ke atas PERUNDANGAN SERTA PERLEMBAGAAN NEGARA hanya dgn menggunakan kelebihan KUASA AKALNYA tentang KEUPAYAAN AKAL ORANG MALAYSIA yg taraf akalnya seperti terletak di bawah lututnya.JANGAN MENGHARAPKAN YANG TINGGI bahawa pihak tentu yg berada dalam kekuadaan perundangan dan perlembagaan negara boleh menghukumnya dalam masa masa terdekat ataupun akan datang.MENGAPA? ya..sebab kita orang MALAYSIA sentiasa MAAF DAN MEMAAFKAN selain suka memberi peluang ke 2 . PALING KETARA dimana letaknya KEKEBALAN PERLEMBAGAAN DI RAJA kita ya...oh dalam sibuk orang memperkatakan isu KEKEBALAN KUASA NAJIB ..kemana perginya HISAMMUDIN ?..

    ReplyDelete
  10. Bukan dia tengah kena makan sumpah ke?
    Sumpah pendekar keramat wali umno al maqasid. Sendiri cakap sendiri dapat bala. Kan dulu dia dah cakap dia antara orang yang akan dihukum melalui indeks syariah yg dia sendiri buat. Dia pelupa la tu.

    ReplyDelete
  11. Apa pun pertanyaan rakyat jawapan nya satu....PENAFIAN.
    Jadikan bersumpah acara wajib utk melepaskan pertuduhan yg d hadapi terutama tuduhan berat!
    Setiap isu2 penting mesti d ganti isu baru utk alihkan persoalan rakyat.
    BODOH!
    Bunga2 kejatuhan kian mekar...selamat bersara najib dan nikmati persaraan anda yg bernilai billion tu.

    ReplyDelete
  12. Apa pun pertanyaan rakyat jawapan nya satu....PENAFIAN.
    Jadikan bersumpah acara wajib utk melepaskan pertuduhan yg d hadapi terutama tuduhan berat!
    Setiap isu2 penting mesti d ganti isu baru utk alihkan persoalan rakyat.
    BODOH!
    Bunga2 kejatuhan kian mekar...selamat bersara najib dan nikmati persaraan anda yg bernilai billion tu.

    ReplyDelete
  13. Fakta yang RM2.5 billion masuk akaun Najib tidak bolih dipertikaikan lagi. Hanya Najib cakap, dia tidak gunakan duit tu untuk tujuan peribadi ( I never use the money for personal gain),

    Yang dia perlu berSUMPAH ialah: " dia tidak pernah gunakan duit tu untuk diberi kepada ROSMAH atau untuk tujuan peribadi yg lain"... Ini lebih relevan...

    ReplyDelete
  14. Pemikir ni kalau nak membodek pun agak-agak la..jika RM200 yg masuk akaun sape pun takan hairan dan ambil tahu.
    Ini 2 Billion..satu transaksi yg sgt2 besar..

    ReplyDelete
  15. Bagus juga bersumpah sekurang2 dapat melegakan sebahagian dari prasangka buruk rakyat. Kalau tipu menggunakan nama Allah nanti jawablah di akhirat. Duit tu dah leboh.

    ReplyDelete
  16. Kalau telan najis gajah atau Najis babi dapat menyelamatkan PM Najib ketika ini, manusia ini pasti sanggup melakukannya asalkan dia selamat apatah lagi bersilat lidah bersumpah dengan nama Allah.

    Sejujurnya barisan kabinet Mlaysia hari ini lebih teruk dari kabinet dapur gerobok usang. Kabinet Malaysia hari ini adalah kabinet Penggembala belatuk dan kakak Tua di mana YB para belatuk dan kakak tua ini cuma pandai mengangguk saja setiap kali disuap kacang dan kuaci. Saya selaku ahli UMNO di utara tanahair 1000% tidak langsung ada kepercayaan kepada kabinet haram jadah sekarang ini. Tak mungkin kabinet penyamun ini boleh selamatkan Malaysia dan kebajikan rakyatnya..

    ReplyDelete
  17. KAPTEN WAN MUZAIRUL WAN MAHAZIR(MAS)31 July 2015 at 17:11

    NAJIB ADALAH IBLIS DAN BERANI BERSUMPAH MENJUNJUNG ALQURAN UNTUK MENUTUP DUSTANYA...AKAN BERTAMABH LAGI SIALAN DAN BALA JIKA DIA TERUS MENJUNJUNG ALQURAN MENIPU......UMNO BOLEH DITIPU DAN PERCAYA TETAPI ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI....MANUSIA BEGINI MEMANG DILAKNATI AKHIRNYA AKAN DITIMPA KECELAKAAN....DAN DISEKSA DI NERAKA....

    ReplyDelete
  18. Selagi bangsa Melayu UMNO rela jadi bengap dan bodohkan diri kerana tembolok, perut, dan benda bawah pusat, selama lamanya Malaysia akan jadi haru biru. 50 tahun lebih melayu UMNO BN tadbir Malaysia, Malaysia makin lama makin jadi kelam kelibut. Sebab tu ramai Melayu dah beralih ke parti yang diasaskan Cina kerana ramai melayu tak percayakan lagi pimpinan melayu.

    Muhyiddin dah tarik gear rendah walau pun sebelumnya berkelajuan tinggi. Ada apa apa ke?. Sayangkan parti UMNO atau ada tekanan dan ugutan pembongkaran cerita lama???. Inilah bezanya pimpinan melayu UMNO berbanding musuh nombor satu parti karat biru iaitu Anwar Ibrahim. Lawan Tetap lawan dan bukan Undur Tidak Melawan. Elok Muhyiddin laung slogan Undur Jangan Lawan!!! Sesuai sangat tu.

    ReplyDelete
  19. Perdana Menteri dan Presiden negara kafir yang makan babi nampaknya jauh lebih baik dan mulia dari PM Malaysia Melayu Islam yang tak makan babi, tapi menggantinya dengan makan suap dan rasuah. Ajaran Islam apa yang Melayu keparat ini ikut?. Dah tentu ajaran Wasetanniah yang diperkenalkannya.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete