Friday, 12 June 2015

Jika Perbalahan Mahathir - Najib Berterusan Hingga PRU 14, Apa Pilihan Yang Wajar?


Sudah tak terhitung berapa kali  banyaknya Tun Mahathir Mohamad sudah mendesak agar Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya sejak berlaku kemelut antara kedua mereka.

Setiap kali beliau bersuara, mengkritik dan menyerang Najib, saranan perletakan jawatan itu jarang benar tercicir daripada butir bicaranya. 

Daripada semua isu dan masalah berkaitan Najib yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu, beliau yakin ia akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang kerana dakwanya, semua kaum tidak lagi memberi sokongan kepada kerajaan yang dipimpinnya.

Hanya dengan Najib meletakkan jawatan saja, kekalahan BN dapat dielakkan, gesa Tun Mahathir berulang kali.

Beliau juga mengingatkan Najib sekiranya BN kalah, semua kesalahannya akan dicungkil oleh kerajaan baru dan akhirnya terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah yang panjang, kalau pun tidak menghuni penjara akhirnya.

Di suatu ketika, Tun Mahathir turut berkata, masalah berkaitan 1MDB yang menjadi perbualan dan kebimbangan rakyat hanya akan selesai jika Najib bersedia meletakkan jawatan.

Ketika berucap di program Bicara Negarawan di Taman Melewati tidak lama dulu, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, "kita tak minta banyak daripada Najib, cuma letaklah jawatan kalau benar sayang UMNO dan BN."

Hari ini ketika isu rombakan kabinet terus menjadi bualan dan teka-teki rakyat, Tun Mahathir sekali lagi memuntahkan peluru serangannya. Secara sinis beliau berkata, jika benar berlaku rombakan kabinet, orang pertama yang harus meletakkan jawatan ialah Najib sendiri.

Perlu ada rombakan kabinet dan orang pertama yang perlu angkat kaki ialah Perdana Menteri, sindir Tun Mahathir.

Tetapi, meskipun diasak berkali-kali agar meletakkan jawatannya, pahlawan Bugis ini jelas tidak mahu mengalah. Jika dulu Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu, kemudiannya beliau menjawab tiada sebab harus berundur kerana yang mendesaknya hanyalah seorang individu saja sedangkan yang memilihnya sebagai Perdana Menteri ialah UMNO dan juga rakyat.

Beliau juga membanggakan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya dengan mengungkapkan madah tidak akan mengalah walau pun sehingga bumi berkeping dua.

Terbaru ini, Najib juga menyanggah keperluannya meletakkan jawatan yang dikaitkan dengan kekalahan BN dalam pilihanraya akan datang.

Beliau mendakwa, serangan, kritikan serta seruan mengenai perletakan jawatannya oleh Tun Mahathir itu adalah semata-mata bersandarkan dakwaan palsu dan kepentingan diri sendiri bekas Perdana Menteri itu dan bukannya untuk negara.

Jawapannya ialah dia mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana dia melakukannya kepada Tun Abdullah Badawi sebelum itu hanyalah kerana saya enggan memenuhi tuntutan peribadinya, dakwa Najib lagi.

Najib juga menegaskan, BN masih mampu memenangi pilihanraya akan datang dan rakyat katanya, akan membuktikan ramalan Tun Mahathir itu adalah silap.

Dengan ini, adalah sah bahawa sementara Tun Mahathir dijangka akan terus mendesak dan menyebut mengenai perletakan jawatan Perdana Menteri, Najib juga nampaknya semakin bekeras untuk terus bertahan di kerusi paling empuk itu.

Jika perseteruan ini berterusan sehingga tibanya tarikh PRU 14 akan datang,  apakah pilihan rakyat akhirnya?

Mengakhiri kuasa BN dan menjadikan ramalan Tun Mahathir menjadi kenyataan atau terus mengekalkan kuasa BN yang bukan saja bermakna menjadikan Najib lebih lama sebagai Perdana Menteri, tetapi juga menoktahkan perjuangan bekas Perdana Menteri itu sebagai suatu kesilapan?

Jika berakhir kuasa BN, yang sengsara barangkali hanyalah pemimpinnya saja. Rakyat pula mungkin menikmati lebih kebaikan kerana kerajaan baru sudah tentu ingin menunjukkan mereka lebih baik dengan pengenalan beberapa dasar atau inisiatif baru yang pro rakyat.

Ia juga mungkin suatu bentuk pengajaran yang berguna kepada UMNO dan BN dari segi memperbaiki kesilapan dan membetulkan perangai pemimpin. Mungkinlah ada yang terpaksa turun naik mahkamah atau barangkali merengkok dalam penjara, tetapi semua itu lebih kepada risiko "berani buat, berani tanggung". 

Pemimpin yang bersih, tak makan rasuah, tak songlap duit rakyat, tak ambil komisyen, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagainya, tentulah tidak perlu bimbang apa-apa dengan pertukaran kerajaan.

Sudah tentu juga Tun Mahathir akan terus dikenang kerana sudah memberi peringatan awal mengenai kekalahan BN itu. Akhirnya disedari hanya kerana kedegilan Najib berpaut pada kuasa dan enggan meletakkan jawatanlah yang menjadikan kekalahan itu suatu realiti.

Tetapi jika BN terus berkuasa, bukan saja Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri, bahkan juga menjadikan kedudukan Tun Mahathir bertukar daripada negarawan yang banyak berjasa kepada individu yang akan dibelasah dan mungkin akan dihina semahu-mahunya selepas itu.

Legasinya akan turut diperlekeh dengan cara tidak wajar satu demi satu sebagaimana tanda-tanda awal yang sudah berlaku kepada Proton ketika ini.

Dengan kekalnya BN dan Najib selepas PRU 14 akan datang, yang sangat dibimbangi ialah tiada lagi sesiapa boleh menegur, mengkritik waima berdehem sekali pun kepada Najib. Beliau akan menjadi Perdana Menteri paling berkuasa dalam sejarah negara.

Kebarangkalian paling mungkin menyusul ialah pembaziran, pemborosan, perbelanjaan mewah dan "horey horey" dengan duit kerajaan akan terus berleluasa.

Peningkatan hutang, penambahan beban hidup rakyat dan mungkin juga satu dua lagi skandal seperti 1MDB, pembelian jet dan sebagainya semakin sukar dielakkan daripada berlaku.

Lalu, kenapa bertangguh lagi daripada bersama-sama dengan Tun Mahathir? (SH 12/06/2015)

17 comments:

  1. Itu mau kasi Ubah lea aa , apa pasat mau manyak masaalah maa aa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lubang, lu bole suggest who's the right candidate....lge,hadi,kuli,zahid,nuar.............talk is cheap bro, need your respond

      Delete
    2. anon 8:14,

      LGE pasti tatak masaalah punya maa aa , mesti happy punya lea aa .

      Delete
  2. Dia buat keluar bandar msia ke bandar apa pulak tu.bangunan berkilat-kilat rupa cicin permata borosmah.hutang tak habis cerita lg hanya dcover oleh pak arab tu nak buat hutang bilion-bilion lg ka.kerajaan jamin lg ka.kali ni nak dcover pak mana pulak.mahu telungkup msia kita dibuat nya haram jadah ni.soalan tun n rakyat tal jwb lg buat putar cerita lain pulak.duit zakat timbun-timbun.ada org hidup melarat tepi jln buat tak kisah.ada budak tak sekolah buat tak kisah.kenapa agaknya bdk oku dkurung dampai kurus kering semua sbb kerenah bdn-bdn mangkuk ayun ni la.semua nak kumpul-kumpul.sudah byk buat bail out syarikat mcm 1mdb.sudahnya gst pula yg dpt.

    ReplyDelete
  3. In my humble opinion, if that person were to continue as the nation's prime minister after the next general election, what the country is facing now with 1MDB, GST and whatnot are just child's play compared to the misery that the country is coming into. This relates to the what is called recidivism.

    One more thing, our dear Tun Mahathir has kept on saying too (in addition to what Sdr. Shahbudin mentioned above) that the country will turn to chaos once UMNO-BN goes under with the next general election. I hope he is dead wrong about this - just like he is dead wrong in having some people to be the nation's prime ministers in the last so many years! Why? There are a lot of people in the country who love this country to death... These people insyaAllah shall do everything in their power to see to it that the country shall continue to be peaceful regardless of who come to power. These people shall not allow the few with vested interests to destroy the hope of many for a peaceful Malaysia.

    ReplyDelete
  4. sudahlah cukuplah bn
    pilihlah yang lain untuk ganti

    ReplyDelete
  5. najib main licik. dia kluarkn kenyataan jika umno bn kalah dlm pilihanraya akan dtg ini semua sebab tun mahathir. dia skrg tgh kluarkn kyataan nk cover up. kami sedarlah masa zaman pemerintahan tun mahathir dulu pn ada hilang duit ada macam2 hal juga. sebab itu bila terhidu je seakan akan sama dan lebih jijik akibatnya kami xboleh kompromi. si najib ni seperti nk kata "ayah dulu pn buat knapa skrg sy buat sy kena". sikap najib ni hodoh xubah spt anak kurang bijak yg berlagak sombong bongkak kurang ajar.

    ReplyDelete
  6. Bagi mereka yang berumur 30an - 40 - 46 mereka Ni memahami permasalahan ekonomi Negara Dan Kelemahan ekonomi Negara serta KEBODOHAN kepimpinan PM Malaysia tetapi bagi mereka yang berumur 47 - 50 ke 55 mereka Ni berbelah bagi Dan bagi mereka yg berusia 56- 60 ke 65 mereka tahu kebenaran tapi TAKUT Dan Amat berhati hati memilih pandangan PM tetapi tidak pulak bagi mereka yg terlanjut umur Dari 67 - 70 - 80 serta 86 mereka mereka Ni PAK TURUT Dan PENCACAI BABI BUTA melainkan TUN MAHATIR...sayang sekali bagi semua peringkat umur dalam BILANGAN MELAYU UMNO..mereka Ni MANUSIA SEBODOH PM nya Dan KECERDIKAN SERTA MARUAH MEREKA BERHARGA NILAI KEDUDUKAN Wang ringgit yang sedang jatuh sekarang Ni...HAMPAQ...tiada pilihan melainkan mereka di upah RM10..pun sudah amat di banggakan.

    ReplyDelete
  7. ibu saya umur 50-60 tahun pernah ckp pd sy " nk buat mcm mana kna pangkah biru jg sbb nnt susah anak cucu xdpt bantuan apa2 nnt bantuan pelajaran, hal nak kerja. ingat diorg xtau setiap org pangkah apa. diorg tahu. tu yg xpangkah biru tgk anak2 diorg susah nk diluluskn bila minta bantuan" ..nk buat cm mana semua sistem kerajaan dgn mcm2 pecahan jabatan yg sy yakin xsemua rakyat boleh tahu senaraikn semuanya bos ketuanya mmg xberkaliber xprofesional ckp byk luluskn bg wang sewenang wenang pd org dia berkenan shj. mmg benar yg berumur 30- 45 kini adalah hasil sistem umno bn dr kecil smpi mereka kerja berkeluarga. mereka inilah yg kebykan kecewa dgn sistem umno bn terutama kabinet dan pm. byk rasuah xberprinsip. najib lg teruk. kami ni xberkemampuan mampu berdoa je. kudrat penat nk hidup je. bila doa mmg sepenuh hati kecewa sgt dgn pemerintah. mmg zalim.

    ReplyDelete
  8. YA ALLAH........hancurkan kezaliman.......''Allahhumma izza islam wal muslimin''

    ReplyDelete
    Replies
    1. lenyapkan warisan tun Mahathir?...........ibarat otak dikepala lutut, 4pointert tapi iQ 0.01,marahkan nyamok kelambu dibakar..............pls seek advisor who is wise.... not mice.......yep yep wake up puppies!!!!

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. lagi ko hentam proton lagi org sayang kat Tun M..Terima Kasih limkokwing..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. BN will win next election provided BN people come together.

    ReplyDelete
  14. Tidak cukup dengan 'kehilangan' kapalterbang, kini kapal besar tangki minyak pun boleh hilang. Lepas ini kapal selam pula hilang kot

    ReplyDelete