Saturday, 13 June 2015

"Tiga Hari Tersinggah Ke Rumah Gadis Cantik, Mustahil Kalau Bukan Nak Mengorat"


Sesiapa pun sukar mempercayai alasan TV3 bahawa tindakannya memainkan isu berkaitan kualiti kereta nasional Proton,  tiada kaitan dengan suasana politik negara dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Tidak sukar memahami ia adalah serangan balas terhadap Tun Mahathir Mohamad yang kian hari kian memuncak mengkritik serta mendesak Najib Razak agar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Hujah yang diberikan oleh Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, bahawa laporan itu hanya usaha TV3 mengenengahkan masalah rakyat dan pemandu teksi, benar-benar tidak dapat diterima akal, kecuali bagi yang kurang atau sudah hilang akalnya.

Ini kerana, stesen televisyen itu memainkan isu kereta Proton selama tiga malam berturut-turut, bukannya sekali siaran saja.

Jika tiga hari berturut-turut seorang lelaki terziarah sebuah rumah yang diketahui ada gadis cantik di dalamnya, tentulah juga sukar dipercayai ia hanya kebetulan, tidak sengaja atau tersesat jalan, melainkan ada niat langsung untuk mengorat atau memikat gadis tersebut.

Begitulah juga, dalam kes TV3 dan Proton ini, jika benar ingin mengenengah masalah rakyat, kenapa sampai tiga hari berturut-turut memainkan isu yang sama?

Apakah masalah rakyat di negara ini hanya berkaitan Proton saja dan bukankah banyak isu lain yang lebih kronik lagi yang boleh diketengahkah oleh TV3?

Jika mahu diketengahkan pelbagai masalah rakyat, di Parlimen Pekan yang diwakili Najib pun sebenarnya berlambak isu yang lebih menarik dan boleh meningkatkan rating penonton televisyen itu.

Menjadi persoalan juga, apakah TV3 akan turut memainkan isu berkaitan kualiti Proton ini jika tidak berlaku kemelut politik antara Tun Mahathir dengan Najib?

Di perbualan hari-hari dan media sosial, ramai yang bersungut, kesal dan marah dengan tindakan TV3 yang secara tiba-tiba memainkan dan memperlekeh kualiti kereta Proton yang dikaitkan dengan penggunaan teksi dalam siaran beritanya itu.

Ramai yang hairan kenapa isu tersebut dimainkan ketika ini dan ia seolah-olah bertujuan mengajak rakyat tidak menghargai keluaran serta kebanggaan negara sendiri.

Oleh kerana dimainkan selama tiga malam berturut-turut, ia segera disedari sebagai percubaan stesen televisyen itu menghentam legasi Tun Mahathir yang bertanggungjawab mewujudkan industri kereta nasional itu.

Lebih-lebih lagi, Tun Mahathir juga adalah Pengerusi Proton ketika ini iaitu sejak penguasaan majoritinya dimiliki oleh usahawan terkenal, Syed Mokhtar Al Bukhary.

Dengan menyerang Proton juga, Najib tidak ubah seperti kanak-kanak yang kalah berlawan dengan orang lebih kuat daripadanya, lalu meminta bantuan pihak lain merosakkan permainan atau harta benda mereka yang tidak mampu dikalahkannya itu.

Ramai juga penuh yakin, selepas Proton, satu demi satu legasi Tun Mahathir seperti KLCC, Perwaja, Litar Formula 1 yang dipengerusikan oleh anaknya, Mokhzani Mahathir dan lain-lainnya  bakal menjadi sasaran TV3 pula.

Sebelum ini, melalui tulisan di blognya, Tun Mahathir juga mendedahkan beliau telah dinasihatkan oleh rakan lamanya yang dipercayai merujuk kepada Lim Kok Wing yang kini berkhidmat dengan Najib, agar berhenti menyerang Perdana Menteri jika tidak mahu legasinya selama ini tercalar.

Bagaimanapun beliau tidak peduli jika itu yang mahu dilakukan terhadapnya kerana bagi bekas Perdana Menteri itu, kritikannya terhadap Najib, terutama berkaitan 1MDB adalah semata-mata untuk menyelamatkan lebih banyak kehilangan wang negara daripada terus berlaku.

Dalam reaksnya terhadap tindakan TV3 terhadap Proton itu, Tun Mahathir menyindir agar diletupkan saja Lebuhraya Plus, KLCC, KLIA dan lain-lainnya jika benar-benar mahu memusnah sama sekali semua legasinya.

Semua itu tidak baik untuk negara, katanya dengan sinis. (SH 13/06/2015)

22 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Bikin bisnes sundal saja ibu santi mr ni

      Delete
  2. najib tak ubah saperti orang yang lemas. apa saja yang dapat dicapainya akan dilakukan dengan harapan dapat menyelamatkanya. tak hairanlah kiranya anuar ibrahim, dibebaskan dan akan digunakan untuk menyerang balas Tun. sebaiknya najib undurlah sebab sudah pun kelihatan menjadi beban kepada UMNO/BN dan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau hantam itu Tun ,kasi celita bulok itu Ploton , ini betut-betut tatak baca punya olang maa aa .

      Wa ingat itu LKW tatak bodoh itu macam lea aa .

      Delete
  3. pernah di laporkan bahawa semasa lawatan presiden jokowi baru2 ini teknologi industry kereta proton akan di buat sebagai asas bagi kereta nasional Indonesia.
    jika kita memburuk burukan kereta proton, sudah tentu sekali Indonesia akan berfikir semula sama ada mahu meneruskan kerjasama ini.
    amat menyedihkan !!!!

    ReplyDelete
  4. apa yang najib buat sekrg atas nasihat Penasihat2nya,,,terutama LKW....cuba dedahkan siapa sebenarnya Penasihat2 najib ni terutama LKW....suatu ketikadia sanggup duduk dibawah Tun....sekrg ni boleh beralih...betul mcm ANJING perliharaan...Orang mcm nilah yang merosakkan negara...jadi kena disekat/dimansuhkan.....Najib Tak tahu Apa...Cuma Tahu Nak Terus Berkuasa Aje.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn nak salahkan penasihat najib saja.
      adakah najib takdak akal lgsung

      Delete
    2. Takde.....zero as a leader. BANGANG

      Delete
  5. Entri kali ni memang kena buku dengan ruas...biasalah masa berkasih sayang dan tahap nak mengorat kentut pun bau harum semerbak tapi bila habis sepah dibuang..huarmmm pakai minyak wangi chanel pun dikata bau minyak attar nasib tak kt bau minyak senyonyong ..terbaek bro Budin...anda memang ada kelas keepedap!! Hehehe! tun M memang org selalu dibenci dan dirindu,apapun jasa mu tetap di kenang

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan saranan Tun agar semua legasinya diletupkan termasuk sekalilah Putera Jaya.Najib kelihatan semakin bangang malah sudah hilamg akal.Dia sanggup jadi sebodoh itu demi KUASA .Manakala Tun semakin hari semakin disanjung dan dipuja rakyat jelata demi sebuah PERJUANGAN yang tulus ikhlas.Dari itu ayuh marilah kita semua bersatu hati terus mara bersama Tun dalam perjuangan ini walau dengan apa cara sekali pun,janganlah kita biarkan Tun berjuang bersaorangan.....

    ReplyDelete
  7. Jika di buktikan tan sri LICT institut pereka kreatif sedang meneraju gerakan hapuskan legasi Tun Dr Mahathir, maka sahih lah kaum pendatang adalah tongkang turun tokong superkiasu tak kenang tolak ansur melayu.
    Semua keturunan tongkang turun pendatang memang mengikut gerak geri hegemony PRC di segala pelusuk rumpun melayu melalui cerobohan pengairairan pantai Sarawak dan pulauan .
    Menteri pertahanan hilang teloq macam Hang Pi Mana.
    Semua berlaku dengan pengetahuan supermoron clueless ninkompoop everything to hide darah bugis suami rolly polly sinophobic blu ocean strategy endless possibilties IM4U
    Heran,ajaib,Bugis guna orang tongkang turun untuk jatuh kan melayu.
    Akhir zaman pupus lah Melayu,yang kekal ASEANSIA.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah akibat kapler untus yang telah divirusi oleh greed and berfalsafah kuno parsi ''money is god''..............beristiqfarlah....kita akan mati

      Delete
  8. Tak ramai rakyat M'sia yg tonton TV 3/4. Biarkanlah mereka buat apa yg mereka suka walaupun mereka sebenarnya sedar dan tahu yg rakyat tak suka mereka. Si Lunchai terjun dgn labunya, biarkan.........!

    ReplyDelete
  9. Lima Perut Tiga Serangkai Buta Perut Tak Ada Akai, Perdana Menteri kita ini mungkin lulus Standard Six.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia tak pass periksa. silap2 kantoi,

      Delete
  10. Panglima Bugis ni mana ada idea nak memajukan negara. Sejak dia jadi PM apa product dia? PERMATA untuk bini dia adalah.

    Highway Plus semakin sesak. Dah tak upaya nak tampung kenderaan tiap tiap hari. PANGLIMA BUGIS kisah apa. Dia ada personal jet. Ada helikopter. Maka masalah rakyat bukan masalah dia. Dia ingat bagi BRIM boleh tutup mulut rakyat.

    Sekarang dia gunakan khidmat Ling..kup wing untuk serang TDM. Percuma kot? Sebab dia nak title ah jib kor kekal di mulut dan hati pengundi Cina.

    UMNO nak hancur...hancurlah. BN nak kalah pun kalahlah. Janji Ah Jib Kor popular.

    Nak serang TDM secara direct dia takut. Jadi dia
    seranglah PROTON sebab TDM Pengerusi PROTON

    Itu yg Ling..Kup wing ajar dia. PROTON ni siapa punya? Modal siapa? Ada panglima Bugis tu ambil tahu. Ada dia kisah.

    Dia cuma mahu porpular saja.

    ReplyDelete
  11. https://youtu.be/bZwkOMLEeKk
    najib dah jadi.mcm..mak kau ijau...

    ReplyDelete
  12. Serang menyerang diantara Najib dengan Mahathir sebenarnya mencari pengaruh public agar berpihak kepada mereka. Namun keadaan nya tetap sama tanpa respon yang ketara dikalangan rakyat sama ada krisis yang dibangkitkan oleh Mahathir atau pun Najib.

    Timbul persoalan kenapa rakyat jadi begitu 'cool' berhadapan dengan kejahatan Najib yang dibangkitkan oleh Mahathir berkaitan dengan hutang duit sebanyak RM42 billion dan rakyat tidak peduli pun tindakbalas Najib memperlecehkan Mahathir dengan jawapan bodoh ?

    Tinjauan rambang memberi jawapannya bahawa Najib dan Mahathir adalah berasal dari tong yang sama. Perangai dan hati budi mereka hampiri kepada rasuah, tiris, curi, tipu, rompak, zalim pada rakyat adalah sama walaupun tidak serupa.

    Tiada ruang untuk rakyat berpihak, berpihak pada Najib rakyat kena tibai dengan GST, berpihak pada Mahathir pun rakyat juga yang akan membayar hutang 1MDB.

    Dan kita perlu faham, Najib menjadi perdana menteri adalah hasil dari perbincangan dan persetujuan beberapa kerat bangsawan UMNO Baru saja. Setelah ketetapan itu disediakan maka ia diajukan pada pemimpin peringkat pencacai agar menyokong perlantikan Najib sebagai perdana menteri.

    Oleh kerana itu, turun atau naik seseorang perdana menteri itu secara jelas tiada kaitan langsung dengan rakyat membuatkan rakyat tidak peduli apa saja yang berlaku terhadap Najib.

    Jika pemimpin pembangkang mengkritik Najib dan rakyat melihat ada fakta dan bukti diatas kritikan itu maka rakyat juga sama-sama mengkritik dalam perasaan meluat dan benci.

    Untuk menghalang rakyat bercakap benar, kerajaan Najib diwujudkan akta hasutan. Tak boleh bercakap lebih sikit, twitter akan berbunyi dan anggota polis akan datang kerumah jam 3.00 pagi heret rakyat kebalai kurung dalam lokap atas alasan untuk siasatan.

    Tapi bila Mahathir bercakap yang boleh saja disifatkan oleh ketua twitter sebagai menghasut, tidak pula diambil tindakan. Dibiarkan saja. Ini menunjukkan bahawa percakaran diantara Najib dan Mahathir adalah gimik politik UMNO Baru saja.

    Najib kekal sebagai perdana menteri.... rakyat akan tepok tangan, Najib tersungkur dari jawatan perdana menteri pun rakyat tepok tangan.

    Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri, lagi kuat rakyat tepok tangan....

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. lubang..lkw sudah masuk tong taik....apa lu mau defend dia...dia sudah ada bau taik...sebagai kawan lu nasihat sama dia , jangan main sama itu taik..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete