Friday, 3 April 2015

Najib Mesti Bangkit Melawan!!


Apa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sekarang ialah respon dan jawapan daripada Perdana Menteri, Najib Razak terhadap serangan bertali arus yang kian hari kian keras yang dilontarkan oleh Tun Mahathir Mohamad kepadanya.

Secara normal dan manusiawinya, Najib tidak boleh lagi sekadar berdiam diri dan mengunci mulutnya terhadap semua perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir kerana isu-isu yang dibangkitkan itu memang ditujukan kepada dirinya.

Berbanding sebelum ini di mana bekas Perdana Menteri itu hanya membangkitkan isu-isu berkaitan kelemahan kepimpinan, ekonomi, hubungan kaum dan lain-lain, tetapi akhir-akhir ini jelas sekali serangan itu ditujukan betul-betul tepat ditujukan ke dahi Najib.

Dalam tulisan di blognya beberapa minggu sebelum ini, Mahathir membangkitkan mengenai anak tiri Najib, Riza Aziz yang diragui kekayaannya sehingga mampu menerbitkan filem di Hollywood dan membeli unit kondo mewah di New York.

Beliau juga mahu tahu sama ada kekayaan itu ada kaitan dengan 1MDB kerana Jho Low yang merupakan kenalan rapat Riza Aziz, sering dikaitkan dengan pelaburan syarikat yang menjadi anak emas kepada Najib itu.

Dalam serangan terbarunya semalam pula, Tun Mahathir tidak saja membangkitkan mengenai hutang 1MDB, bahkan juga menyentuh beberapa aspek lain yan berkaitan secara langsung dengan Najib seperti siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya dan pembelian jet yang turut digunakan oleh "Datin Seri".

Beliau juga mengatakan oleh kerana Perdana Menteri sudah terlalu banyak kelemahan dan ditolak oleh semua kaum, maka BN tidak mungkin menang dalam pilihanraya akan datang.

Menelusuri semua perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir sejak akhir-akhir ini, ia nyata sudah melewati aspek kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri semata-mata. Sasaran kini lebih mengenai maruah diri dan keluarga Najib yang dipertikai, diragui dan mahu beliau menjelaskannya kepada umum.

Kekayaan Riza yang dipertikaikan dan dikaitkan dengan Jho Low dan 1MDB adalah maruah Najib. Kecelaruan hutang, keraguan pelaburan dan kehilangan wang 1MDB yang dikaitkan dengan kekayaan keluarganya juga adalah maruah Najib. Pertanyaan tentang Sirul juga berkaitan maruah Najib dan penggunaan jet yang turun digunakan oleh "Datin Seri"  juga adalah tentang maruah Najib.

Oleh kerana terlalu banyak isu yang dipersoalkan itu adalah berkaitan maruah diri dan keluarganya, benarkah kekayaannya diperolehi dengan cara yang betul, bersihkah dirinya daripada kaitan pembunuhan Altantuya dan sejauh mana penyalagunaan jet untuk isterinya, maka tiada orang lain yang berhak menjawabnya selain Najib sendiri.

Tengku Adnan tidak layak menjawab, Jamaluddin Jarjis yang menjadi panglima Najib juga tidak layak menjawabnya. Jauh tidak layak menjawabnya ialah Dr Fuad Zarkashi yang hanya makan gaji sebagai Ketua Pengarah Jasa setelah kalah dalam pilihanraya lalu.

Najib tiada pilihan selain menjawab, menafikan dengan bukti-butki atau membenarkan siasatan dijalankan secara adil dan menyeluruh terhadap semua keraguan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir itu. Berdiam diri bukan lagi pilihan pada ketika ini kerana yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir ialah berkenaan maruah diri dan keluarganya.

Kadang-kadang orang bertanya, di mana maruah Najib dalam mempertahankan diri, isteri dan keluarganya jika sering memilih berdiam diri saja? 

Jika hal yang tepat berkaitan diri dan maruah keluarganya pun tidak mampu dipertahankan, bagaimanakah rakyat mahu yakin beliau mampu mempertahankan agenda parti, bangsa dan negara?

Hanya Najib yang sesuai dan selayaknya memberikan jawapan terhadap serangan Mahathir ini, bahkan itulah juga yang disarankan Tengku Razaleigh Hamzah kepadanya.

Sekarang adalah masa untuk Najib menjawab dan melawan balik semua serangan Mahathir. Selagi berdiam diri, selagi itulah beliau akan dianggap pemimpin yang lemah dan tidak bermaya. Mengumpulkan kekuatan 154 Ketua UMNO Bahagian dan sokongan daripada semua komponen BN tidak bermakna apa-apa jika tidak mampu berhadapan dengan Tun Mahathir yang hanya seorang diri.

Lagi pula, jika betul Najib berada di pihak yang benar dan tiada sekecil hama pun yang mahu disembunyikan, apalah yang susah sangat menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir itu? (SH 03/04/2015)

29 comments:

  1. Yang menjadi persoalan nya sekarang ini - Najib ada jawapan ke untuk semua persoalan yang ditimbulkan oleh Tun (bahkan bukan setakat Tun tapi majoriti rakyat Malaysia dan dunia pun maukan jawapan direct dari Najib)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan tuan...ya, soalnya, ada jawapan ke? Kalau ada, tunggu apa lagi, perjelaskan. Sampai bila nak play safe? Tengok isu hudud dah la, sampai sekarang tak jelas.Rakyat nak pemimpin yang berani buat keputusan, jelss dan tegas. Soal keputusan tu betul atau salah, perkara yang lain. Yng penting, dia bertanggungjawab atas kwputusannya. Ini tidak, (sekadar contoh), bila nak senaraikan Felda global dulu, bukan main berdegar-degar cakapnya. Masuk felda keluar Felda. Tapi sejak saham FGV merudum, ada dengar PM cakap apa-apa? Ada dia bagi ulasan panjang macam time nak rasionaalkan keputusan senqraikan Fgv dulu? Tkde. Dia buat bodo je...

      Delete
    2. dia ada jawapan la..semua jawapan dah ada tunggu nak jawab je..jawapan nya ialah dia buat bodo, bagi brim brom bram serta buat bodo untuk kali kesekiannya...lol???

      Delete
  2. apa yang nak dilawan lagi kawan keliling pinggang pun dah bengang
    nak cari pasal lebih baik kendur
    matde kan pandai cakap tapi tengok dia cakap sikit saja pasai tokya
    kalau dia nak persoal banyak lagi tu
    tapi itu pun dah cukup untuk bagi kecut

    ReplyDelete
  3. Najib Razak ini mana ada maruah, dayus, bapok, pengecut, play safe, penyangak, penyamun dan lintah darat kepada rakyat Malaya ini. Bini pula lebih 3 tahun tua usianya melebihi Najib. Adik-adik beliau pula semuanya sudah kaya-raya dan tak peduli langsung nak berubat abang mereka yang sudah kena "bodoh" dek "nasi kangkang" betina Iblis. Dengar cerita dari kalangan orang yang rapat dengan beliau terutama pemandu peribadi beliau katanya Najib ni sering dituil kepala oleh Betina dia di dalam kereta rasmi sekalipun.....Masyaallah! Bagaimana orang begini mahu menerajui negara? Memang nasib kita sebagai rakyat negara ini terlalu malang dengan rakyat yang berbilang kaum tetapi mempunyai majoriti bumiputera yang terlalu "bodoh" dan lembab dek kerana terlalu lama di nasi kangkangkan oleh UMNO dan pemimpin bersikap penyangak dari kalangan bangsa mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah tabiat manusia. Sungguh mudah mempercayai cakap2 orang. Sungguh mudah nak kutuk orang ..kutuk Najib.. kutuk Tun M..kutuk orang ni..kutuk orang tu walau hakikatnya kebanyakan dari yang tukang kutuk ni tak pernah pun jumpa dengan orang yang dikutuk. Kutuk bagai nak gila walupun kita kenal dia setakat tengok kat TV aje. Jangan kutuk orang lebih2 takut satu hari nanti dia yang tolong kita bila bangsa kita melarat di negara sendiri.

      Delete
    2. Najib kata rakyat haramjadah takpa pula.Kau janganlah nak tunjuk bagus,memang najib ni jenis bangsa haramjadah!

      Delete
  4. Najib tak mahu jawab sebab kalau dia jawab nanti akan' melondehkan' seluar Tun M. Cuma Tun aje yang tak sedar kesalahannya sendiri. Senanglah Tun cakap sebab masa zaman Tun dulu semua orang takutkn dia. Seorang pun tak berani nak tegur dia. Sekarang zaman Najib, biarlah Najib buat kerja dia.Kalu zaman Tun dulu orang kutuk dia, mesti orang tu yang kena cantas dengan Tun.Zaman dah berubah cabaran pun berbeza.Lama-lama aku naik menyampah dengan Tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Tun takut terlondeh seluar dia tak bising la bingai....hg ni da tkluar dr kategori bangang najib dah ni...

      Delete
    2. Tun M nak jatuhkn najib sebab nak naikkn Mukhriz. Bila orang melayu tak kira apa parti pun dah berpecah belah DAP dan orang Cina yang akan untung .Masa tu DAP akan cakap orng Melayu bangsa yang paling bodoh dalam dunia ni. Masa tu jangan menangis terguling-guling pulak. Saya bukan orang UMNO atau PAKATAN tapi sedih bila ada batu api yang terus memecah belah orang Melayu macam Tun.

      Delete
    3. singkatnya pemikiran hg ni...n masa tu nanti bila orang cakap bangsa melayu bangsa paling bodoh dlm dunia ni bukanlah disebabkan 'batu api' macam Tun tu tapi sebab melayu2 yg macam hg ni yg bodoh piang kuda kayu tak reti nak pikir baik buruk betul salah nyondol ja macam babi hutan terangguk2 cm burung kakak tua....

      Delete
    4. INi dinamakan bodek bangang.Takut periuk nasi masuk pasir bila najib bungkus.Nilah jenis melayu pariah.

      Delete
    5. anon 21.56,
      Hang pun budak belaan akmar jugak ke? Bodoh sangat la Tun kalau nak penaik Mukhriz lepas tu cari pasal dengan Najib. Bukan ka lagi baik dia bodek Najib. Lagi senang. Kalau Najib turun pun, belum tentu yang naik tu pilih Mukhriz.

      Soalnya sekarang ni, kenapa hangpa tak jawab soalan-soalan yang orang tua tu tanya? Jawab la...jawab. Takkan bodoh piang macam tauke hangpa jugak?

      Delete
  5. Siapa yang Undi UMNO-BN dia yang terasa pedas nya. Ikut sama berdosa kerana bila nak taubat. Bila dah mati nanti nereaka tempatnya sebab menyokong yang zalim yang selalu pembohong dan pembelit menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm ke orang yang undi UMNO tu berdosa dan yang tak undi UMNO tu tak berdosa dan tak masuk neraka? Agak-agaknya kalau pakatan rakyat yang memerintah orang Melayu akan bertambah senang ke? Boleh jawab......

      Delete
    2. kau jangan jadi bangang.Belum bagi pakatan memerintah kau kata tak boleh.Kau ni jenis mlayu yang khurafat.silalah bertaubat.Dalam dunia ni bukan umno saja yang boleh memerintah, bangang.

      Delete
  6. Blog-blog macam ni lah yang menambahkan dosa-dosa manusia. KERANA KITA TIDAK TAHU KESAHIHAN CERITANYA. Dosa yang ada pun tidak tertanggung di tambah pula dosa di alam maya. Renung2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ada idea nak pertahankan Najib?

      Pemilik blog cuma timbulkan persoalan dan persoalan-persoalan itu pula adalah apa yang berlegar di fikiran ramai orang.

      Kalau saya kata pada awak, "Saya dengar orang kata awak ni takut bini", itu bukan maknanya saya menuduh. Secara tak langsung saya bertanya. Jadi tanggungjawab awak menjelaskan/memberi jawapan. Kalau tak takut bini, katakan tak takut. Lagi baik kalau buktikan. Itu saja.

      Delete
  7. BERBANGGALAH TUAN PUNYA BLOG NI YANG MENYEDIAKAN RUANG UNTUK PEMBACA SALING BENCI MEMBENCI SESAMA MANUSIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah melayu.Berbincang dia kata benci membenci.Orang berbincang, itu terpulang pada diri masing2.Macam ni melayu akan jadi bangang selamanya.seperti yang dimahukan oleh umno.membangangkan melayu supaya senang ditipu.

      Delete
    2. Pengundi 2 UMNO. semua nya BODOH

      Delete
    3. Kalau dah perkataan bodoh, bangang , bengang dan semua perkataan yg tak elok dan lucah di sebut itu bukan berbincang namanya. Sebab bukan kita yang kena bangang , seronoklah kita nak membangangkan orang lain.

      Delete
  8. sejahat jahat madey, bini dia x campur urusan kerajaan. Sejahat jahat madey, ekonomi mencanak naik time dia PM dan Anwar TPM. Tapi time Najib yg mencanak naik...tocang bini dia dan kos sara idup!. Time Madey jadi PM org takut kat dia. betoi tu. Tapi time Najib jadi PM...dia takut bini dia...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...aku sokong ayat kau yang paling last, bro.

      Delete
    2. Mana kita tau madey tak takut bini dan tak masuk campur urusan kjn? Ada orang tido sekali ke dgn madey dan bini dia?Dalam dunia ni tak ada laki yang akan mengaku dia takut bini.Nobody..............

      Delete
  9. Najib has the IGP to protect him. Even drawing a cartoon becomes seditious to our IGP.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya yang paling bodoh dalam dunia ini ialah orang yang suka mengundi dan melantik pemimpin yang suka rasuah dan merompak harta rakyat. Itu saja. macam 1 , 2, 3.....

    ReplyDelete
  11. Susah Tun nak jatuhkan najib. umno sabahalol dengan kompondan bn d saralawak tetap kukuh d belakang najib. . Najib berjaya pegang bijik semua MP BN dari borneo. .Diurang sana bukan peduli Melayu jahanam ka hidup lepas pru14 nnt. .Yg pasti diurang tgah ketawa tgok melayu melayu bongok bergaduh sesama sendiri d semenanjung. .Padan muka korang. Hahahaaa

    ReplyDelete
  12. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete