Saturday, 4 April 2015

Apakah Sirul 'Senjata Sebenar' Mahathir Menjatuhkan Najib?


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa.

Sebagai makluman,  ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini. Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah.

Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja  menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang yang telah dimulakannya, bahkan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru yang lebih menarik lagi.

Ramai yang mula meneka-neka ketika ini mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Sirul, termasuk tindakannya melarikan diri ke Australia yang dilihat semata-mata untuk mengelakkan hukuman mati keatasnya.

Tidak disangkal juga bahawa apabila Tun Mahathir mengatakan Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika bertugas dengannya, ia adalah isyarat paling jelas bahawa anggota polis itu melakukannya semata-mata kerana menurut arahan.

Siapa yang memberi arahan itulah yang perlu disiasat? Jika Sirul menerima arahan daripada ketuanya, siapa pula yang memberi arahan kepada ketuanya itu?

Tidak syak lagi pendedahan Tun Mahathir bahawa Sirul pernah bekerja dengannya adalah sesuatu yang tambah memeningkan lagi kepala Najib ketika ini. 

Tambahan lagi dengan ayat maut yang dilontarkannya, "Dia tak bunuh sesiapa pun ketika bertugas dengan saya".

Persoalannya kini ialah apakah Tun Mahathir mempunyai lebih banyak maklumat mengenai Sirul?  Apakah selepas ini maklumat itu akan didedahkan satu persatu untuk menekan Najib?

Selain isu 1MDB yang digembar-gemburkan, apakah isu Sirul ini sebenarnya yang lebih dulu membuatkan Najib makin terhenyak kebingungan, lalu akhirnya meletakkan jawatan? (SH 04/04/2015)

Pendedahan Mahathir mengenai Sirul yang mengejutkan lagi...

10 comments:

  1. Sirul met Mahathir, told him the whole story. Mahathir told Sirul, "Run". Stay there and wait for instructions. Don't worry, in case something happen to me, I have appointed someone to do the necessary. Go.

    ReplyDelete
  2. Behind najib stand the iron lady who knows maybe she's ...............

    ReplyDelete
  3. dh dpt gambaran siapa disebalik yg set up sirul supaya lari ke australia..

    ReplyDelete
  4. siapa pembunuh,siapa yg arah bunuh,apa cerita sebenar.......semua misteri akan terbongkar juga...siapa hantar sirul ke australia,srul tahu ke yg austyralia menentang hukuman bun uh,sirul tahu ke yg australia takkan hantar dia pulang ke malaysi....siapa tanggong kos sirul peregi dan tinggal di australia......semuanya akan tersingkap jua

    ReplyDelete
  5. bukan atas dasar keadilan yang dituntut Allah apa yang mahade ungkit
    sepatutnya dari dulu lagi kalau betul dia ikhlas masa dollah pm
    kenapa simpan dah lama baru nak mula menekan
    mahade ni pun buruk jugak perangai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. seburuk2 perangai Tun hg pernah bayar GST ka masa Tun dulu??

      Delete
  6. Seburuk-buruk Tun Mahathir pun, di zaman pemerintahan beliau hidup rakyat amat tenang dan stabil dari segi ekonomi dan keharmonian kaum walaupun anak beranak beliau memonopoli sebahagian kecil GLC di negara ini. Beliau sememangnya menjaga rakyat dengan baik waima semasa menjadi Doktor di alor Setar beberapa dekad sebelum itu.

    Di zaman Najib, rakyat hanya melantik beliau supaya menambah derita, beban, keperitan hidup, menghancurkan ekonomi bumiputra dan kaum peniaga kecil, melumpuhkan ekonomi dan keharmonian kaum serta mengaut kekayaan sepuas-puasnya untuk kroni dan bini Iblis yang didampinginya buat sekian lama. Negara akan terus menuju jurang kehancuran dan rakyat akan menghadapi krisis ekonomi yang amat dahsyat sekiranya Najib masih menjadi PM untuk 2 tahun akan datang, percayalah

    ReplyDelete
  7. Tun Dr Mahathir bercakap benar untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dengan mendedahkan kesalahan Najib dan kroni-kroninya ! Seperti biasa manusia yang takut pekung bernanah mereka terdedah dan pecah akan menfitnah Tun Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal supaya rakyat tidak mempercayai Mahathir.

    Walaubagaimanapun, rakyat hari ini adalah bijak dan cerdik kerana mereka mengetahui pelbagai penyelwengan yang dilakukan oleh pentadbiran Najib dan kroni-kroninya melalui media massa dalam internet dan sumber-sumber lain! Maka tidak hairanlah jika kami menyokong Mahathir untuk menghapuskan penyelewengan tersebut.

    Kelemahan dan penyelewengan pentadbiran Najib telah menyebabkan kerajaan berhutang RM740 billion dan hutang kerajaan ini terus meningkat tetapi rakyat pula menjadi mangsa kerana dipaksa menerima GST untuk membayar hutang yang dibuat oleh pentadbiran Najib sendiri.

    Skandal 1MDB, pembunuhan Altantuya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), Skandal PKFZ , skandal komisyen RM500 juta dalam pembelian kapal selam dll amat merugikan rakyat dan negara ini dan pentadbiran mesti bertanggung-jawab ke atas skandal-skandal ini.

    Mengapa kroni-kroni Najib yang campurtangan sedangkan soalan-soalan Mahathir ditujukan kepada Najib? Mengapa Najib takut berbahas dengan Tun Dr mahathir secara terbuka supaya rakyat boleh menilai Najib dan Mahathir? Mengapa Najib berdiam diri dan membiarkan orang lain menjawab soalan Mahathir?

    ReplyDelete
  8. Tak lama lagi sekali lagi semua Ketua Bahagian UMNO akan dilonggokkan. Mereka akan diminta menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kpd DS Najib dan akan membuat kenyataan menangkis semua perkara yg telah dinyatakan oleh Tun Dr M.

    ReplyDelete