Wednesday, 25 March 2015

Sedikit Renungan Sementara Menunggu Reaksi Najib Dan Hadi Awang


Dalam isu hudud yang semakin berlarutan sekarang, apa yang paling ditunggu-tunggu ialah reaksi Perdana Menteri, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengenainya.

Najib, sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, akan mengeluarkan kenyataan yang merupakan pendirian rasmi BN dan kerajaan berhubung isu hudud selewat-lewatnya pada hari Selasa.

Tetapi sehingga hari ini iaitu Rabu, masih belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib. Keadaan ini membuatkan Lim Kit Siang mengingatkan Najib agar segera menyatakan pendiriannya.

Ada kemungkinan Najib akan mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat ini selepas mesyuarat kabinet atau sehingga semua kenduri perkahwinan anak perempuannya selesai hujung Mac ini.

Pendirian Haji Hadi pula amat ditunggu selepas DAP semalam mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengannya kerana sudah hilang kepercayaan terhadapnya, tetapi dalam masa yang sama mahu terus kekal dalam PR.

Ia memberi erti bahawa DAP hanya bermasalah dengan Haji Hadi dan bukannya dengan Pas.

Selepas DAP menyatakan pendirian itu, Haji Hadi terus mendiamkan diri daripada sorotan media dan hanya pemimpin-pemimpin Pas yang lain saja mengeluarkan kenyataan mempertahankannya atau menyerang balas DAP.

Yang ingin diketahui ialah apakah Haji Hadi akan kekal dengan pendiriannya mengenai hudud, terutama berkaitan pembentangan usul persendirian atau akan mengendurkan dirinya selepas ini.

Berikutan pendirian DAP itu, turut ingin diketahui ialah apakah Haji Hadi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Pas Mei ini atau mengundur diri bagi memberi ruang lebih selesa kepada Pas untuk terus berada dalam PR bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Sementara menunggu kedua-dua pemimpin tersebut tampil dengan reaksinya atau mungkin terus berdiam diri, renungilah kenyataan  di bawah yang pernah dikeluarkan mereka berkaitan hudud sebelum ini. 

Ia mungkin berguna untuk lebih memahami isu hudud ini dan bagaimana pengakhirannya nanti. (SH 25/03/2015).

Tiada hudud di Malaysia, kata Najib...

Haji Hadi juga pernah menyatakan hudud belum sesuai selagi ada masalah pengangguran...

10 comments:

  1. nak tunggu tak de penganggur baru nak buat pakai tak buat la jawapnya
    no hudud in Msia lagi karut
    tujuan buat hukum untuk cegah kalau dah aman buat apa hukum
    lani penganggur belambak hukum jalan jugak
    ai bole pulak

    ReplyDelete
  2. Lidah tiada tulang.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya ini masa time hentam najib dan sekutu pasal gst...tapi group pak lebai tak ambil kisah pun pasal rakyat..hj hadi ni suka plak nak bayar gst...next pilihanraya jaga lah parti pak lebai..walaupun aku penyokong tegar pakatan ...slgi x berubah akan ku pangkah keadilan/dap/bebas..jngn cakap selama ni aku ada pangkah pas..sbb aku suka..silakan wahai bijak pandai pak lebai...i love selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. lantak ko la nak pangkah sapa pun lim kit sial...

      Delete
  4. PAS sudah kena main dek mulut manis pemimpin UMNO yang dulu berjanji menyokong usul di Parlimen. Dalam TMI hari ini TS Anuar Musa orang yang pertama menghasut PAS agar membawa bill persendirian ke Parlimen dah buat onar, Tak kan Pak Lebai dan Mat Kopiah dalam PAS begitu dangkal dengan graf politik UMNO. Teladanilah strategi Rasulullah ﷺ dalam perjanjian Hudaibbiah. Undur selangkah untuk mara 1000 langkah

    ReplyDelete
  5. Pas ni parti bangang. Nazri dah kata Hudud tak bole di bawa ke Parlimen sebab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.Tambah pula nazri berkata sesiapa yang bercakap pasal hudud adalah manusia bangang dan bodoh.Lebai Pas macam Hadi memang bangang dan bodoh lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ko pun bangang mcm nazri tu...

      Delete
  6. hukum Allah kena selari dengan kehendak manusia ka

    ReplyDelete
  7. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

    Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

    Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

    Sekian dimaklumkan,
    Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  8. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    ReplyDelete