Thursday, 26 March 2015

Hadi Awang Lebih Merugikan Pas?


Menjelang pemilihan Pas pada bulan Mei depan, persoalan yang paling menjadi perhatian sekarang ialah apakah Haji Hadi Awang sebagai Presiden akan dicabar dan adakah Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden akan digantikan?

Keributan mengenai isu hudud antara Pas dengan rakan gabungannya, DAP sehingga parti itu hilang kepercayaan terhadap Haji Hadi telah merancakkan lagi desakan agar beliau berundur sebagai Presiden Pas.

Ini kerana jika Haji Hadi terus kekal menerajui Pas, ia bukan saja memungkinkan PR berpecah, tetapi juga menyebabkan calon-calon Pas tidak lagi mendapat keyakinan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, Pas tentu saja berisiko kehilangan banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri yang lain yang mula dimenanginya sejak 2008 lalu melalui kerjasama dengan PKR dan DAP.

Tetapi untuk memaksa Haji Hadi berundur atau mengalahkannya dalam pemlihan bukan tugas yang mudah. Walaupun Haji Hadi dibayangi pelbagai kelemahan sejak beberapa tahun lalu, perwakilan Pas tidak akan membiarkannya kalah dalam pemilihan. Oleh itu mengalahkan Haji Hadi dalam pemilihan boleh dikira mustahil.

Haji Hadi juga tidak mungkin berundur atau dipaksa berundur kerana tiada jawatan lain yang boleh diberikan kepadanya sebagai ganti setelah kerusi Mursyidul Am yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Nik Aziz Nik Mat telah pun diisi oleh Dr Haron Din.

Lagi pula akur untuk berundur dalam keadaan sekarang seolah-olah menunjukkan beliau tunduk kepada tekanan luar, terutamanya DAP.

Perkiraan sehingga ini, walaupun ada beberapa nama telah dicalonkan bakal mencabarnya dalam pemilihan nanti seperti Husam Musa dan Ahmad Awang, potensi untuk Haji Hadi kekal jauh lebih besar.

Mungkin yang bakal mencabarnya nanti hanyalah Ahmad Awang saja, seorang calon yang lebih mungkin kalah daripada menang manakala bagi Husam adalah tidak bijak beliau menerima pencalonan untuk menentang Haji Hadi dalam pemilihan kali ini. 

Dalam usianya yang masih muda dan merupakan material Presiden Pas di masa depan, Husam hanya perlu bersabar menunggu beberapa tahun lagi detik sesuai memihak kepadanya. Husam sebaiknya kekal mempertahankan jawatan Naib Presidennya saja.

Ruang untuk Haji Hadi berundur secara terhormat sebagai Presiden Pas dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih kerusinya mungkin terbuka semula selepas pemilihan nanti jika Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi jawatan Timbalan Presiden menewaskan Mohamad Sabu.

Haji Hadi mungkin bersedia dan tiada masalah menyerahkan kerusi itu kepada Tuan Ibrahim yang pro kepadanya dan berpendidikan agama. Pewakilan Pas pro ulama juga barangkali lebih selesa dengan kepimpinan Tuan Ibrahim sebagai pengganti Haji Hadi.

Tetapi proses peralihan itu akan terhalang jika Mohamad Sabu terus kekal lagi sebagai Timbalan Presiden. Tidak mungkin beliau mahu menyerahkan kerusi Presiden kepada Mohamad Sabu untuk mengambil alihnya.

Ini bermakna jika dalam pemilihan 2015 ini, Mohamad Sabu dapat mempertahankan jawatannya, proses peralihan kepimpinan dalam Pas tidak mungkin berlaku. Dalam pemilihan berikutnya pada 2017, Haji Hadi pasti akan mempertahankan jawatannya sekali lagi.

Ketika itu, sebagaimana pemilihan kali ini, Haji Hadi juga akan kekal lagi sebagai Presiden Pas. Tetapi selepas itu akan berlangsung pilihanraya umum ke 14 yang tempoh akhirnya ialah Mei 2018.

Sudah tentu kepimpinan Haji Hadi akan memberi kesan besar dari segi sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon Pas dalam pilihanraya itu nanti.

Dengan jumlah ahli melebihi sejuta orang dan menjadi parti paling besar dalam PR, malangnya kepimpinan Haji Hadi yang ditolak oleh pengundi bukan Melayu hanya akan menyebabkan parti itu kekal di kedudukan paling sedikit menang kerusi dalam pilihanraya akan datang nanti.

Itulah nasib Pas era Haji Hadi. ( SH 26/03/2015 )

24 comments:

  1. PAS bukan berjuang untuk ke Putrajaya atau untuk menang pilihanraya menurut Mursyidul Am, Mohd Amar, Ahmad Yaakob dan lain-lain, jadi soal rugi di dunia tidak timbul. Kalau rugi sekarang pun tidak mengapa kerana akhirat nanti akan menang. Jadi hilang banyak kerusi di pilihanraya tidak merupakan masalah kepada PAS. Kelantan saja sudah cukup, malah lebih cari cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas berjuang untuk hanya jadi pembangkang.Pas memang parti yang sangat bangang!

      Delete
    2. Pas pasti akan kehilangan Kelantan kepada UMNO dalam PRU 14.

      Pembentangan hukum Hudud adalah untuk mengalih perhatian para pengundi Kelantan keatas kegagalan Pas mentadbir negeri dengan baik sekian lama menjadi pemerintah.

      Kerajaan Pas Kelantan tidak sedar bahawa rakyat Kelantan sudah sangat keciwa dengan Pas di Kelantan dan akan tidak mengundi Pas lagi pada PRU akan datng.

      Delete
  2. Antara iltizam paling utama kenapa PAS masih lagi mahu bersama dlm PR adalah untuk meruntuhkan PKR dan DAP bersama dengannya. Sebab itulah PAS tidak mahu menyertai BN untuk bekerjasama dgn UMNO. Sengaja presideng PAS yg ada sekarang berbuat begitu untuk memberi nyawa kpd UMNO.

    ReplyDelete
  3. The people deserve the leaders they get (and vice versa). It is true for PAS - and also Malaysia as a whole. For the latter, millions vote for you know who in one election after another - and millions more do not even bother to register to vote or to vote. PAS/Malaysia need to get worse in so many ways before they get better. All in all, in my humble view, we are not yet ready for the radical change to take place.

    ReplyDelete
  4. Kalu ikutkan pendapat Anonmouse 22.23 bahawa pas kerja untuk akhirat,tolong bagi tahu peminpin Pas yang ada di Kelantan dan Terengganu letak jawatan adun atau ahli parlimen dan jadi imam ,bilal dan tok siak sahaja.janagn makan gaji adun dan gaji ahli parlimen.itu harta dunia.

    ReplyDelete
  5. Pas semakain lemah kena cari puncanya,Mungkin Hj Hadi menjadi puncanya sehingga kini.sebab selam ni takda pun orang mempertikaikan kehebtan Hj hadi tetapi baru2 ni sahaj menjadi isu seperti ini.sekiranay Hj hadi masih jadi Presiden tunggulah Pas akan merosot dalam apa juga keadaan.Bukan kita tak sayang Hj Hadi tapi kita lebih sayang parti.bukan individu.

    ReplyDelete
  6. Bukan PAS hilang undi bukan melayu je...aku yg melayu ni pon takkan undi PAS kalau dia keluar dari PR...aku undi PAS pon sbb dlm gabungan PR...utk kalahkan BN sbb BN membebankan rakyat...kalau lepas ni PAS keluar PR....sayonara PAS...i will undi PKR or DAP atau sesiapa saja dlm PR...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku yang memang ahli PAS pun takkan mengundi calon PAS selagi TGHA kekal jawatan sekarang... pemimpin zalim dan berat sebelah kepada ahli sendiri mana boleh diangkat menjadi pemimpin... assabiyah jika sudah tahu pemimpin membuat salah tetapi masih menyokongnya.

      Delete
  7. Puppet Najib ini patut disingkirkan sahaja dari Parti....

    Selagi ada Hadi selagi itu lah PAS akan jadi seperti MCA dan MIC...yaitu Parti Melayu yang tak releven.

    ReplyDelete
  8. Politik perlu kebijaksanaan berpolitik walaupun seorang ulama hebat tapi belum tentu politiknya hebat.

    ReplyDelete
  9. http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2015/03/hudud-kedudukan-hudud-disisi-parti_24.html

    ReplyDelete
  10. I think DAP is not very good in politic. They need to learn from PKR. The way DAP handle only forces or helped Hadi Awang remain as PAS president.

    ReplyDelete
  11. Pemimpin konservatif PAS menjadi perosak parti. Selagi golongan ini menerajui PAS, parti ini akan tercorok dalam politik tanahair. Betul PAS ada ahli hampir 1 juta tetapi kenapa hanya mendapat 21 kerusi parlimen dalam PU13? Ini pun tanpa bantuan pengundi bukan Melayu PAS tidak akan ke mana pun. Ingat bahawa Terengganu dan Kedah kecundang di bawah PAS. Kalau visi hanya untuk akhirat, tak payahlah berpolitik. Lebih baik dududuk di pondok atau madrasah dan buat apa yang patut untuk mendapat berkat.

    ReplyDelete
  12. Sekiranya Hj Hadi dikekalkan sebagai Presiden Pas, PAS akan kehilangan Parlimen Temerloh, Shah Alam, Parit Buntar, Kuala Terengganu, Sepang serta Kota Raja. Hasrat untuk menawan kembali beberapa parlimen di Selangor, Kedah, Perak dan Johor elok dilupakan saja. Ini adalah realiti. Ini adalah fakta. Golongan Pro ulamak ini sebenarnya telah kehilangan helah untuk mempertahankan kedudukan mereka pada pemilihan PAS Jun ini. Sebab itu mereka bergadai bergolok ingin melaksanakan hudud. Ini lah golongan yang kononnya hamba Allah yang sebenar tetapi hati mereka penuh dendam, tidak boleh menerima teguran malah paling taksub dengan jawatan dan sanjungan. Alasan yang sering diberikan apabila mereka kehilangan hujah adalah " ini perintah Allah, Jawablah kamu dihadapan Allah". Soalan yang sering ditanya oleh mereka " mengapa kamu tidak menyokong hudud". Akan tetapi apabila kita menanyakan bagaimana dan proses dari segi perlaksanaan pentadbiran undand- undang hudud mereka terkebil kebil untuk menjawabnya. Ini golongan yang juga lupa bahawa Allah akan bertanya kepada mereka sebagai pemimpin mengapa kemiskinan masih berluasa, mengapa ekonomi rakyat tidak berkembang sehingga menjerumuskan rakyat kepada masalah sosial, mengapa sistem kebajikan rakyat miskin dan yang menghadapi bencana masih tidak berubah. Mengapa permasalahan perumahan rakyat terutama di bandar besar masih berlarutan. Harap jawapan dari golongan ulamak PAS ini bukanlah kerana kita belum melaksanakan hudud maka masalah ini terjadi kerana nampak sangat hudud ini dijadikan "escapism" selain dari modal untuk mempertahankan jawatan.

    ReplyDelete
  13. Kalau Hadi Awang merugi kan PAS, aku rasa pun begitu. Bagaimana pula dengan "DUKUN MELAYU" yang di lantik sebagai PAS spiritual leader. Bagaimana dengan Ahmad Yaakob dan Mohd Amar MB dan Tim MB. Bukan kah mereka berempat ini di lihat sebagai mesra UMNO-BARU dan mempunyai cerita cerita yang tersendiri.
    Kalau mau PAS berada semula di landasan yang asal lantik lah mereka yang telah terbukti berkerja untuk PAS. Sebagai contoh merupa seorang individu yang kerja bertungkus lumus untuk membantu rakyaat Kelantan dek musibah banjir dahulu.

    Aku setuju dengan Anonymous27 March 2015 at 17:10 bahawa kalau PAS tak mau berubah kerusi kerusi parlimen yang akan terlepas dari genggaman. Bukan itu sahaja, Mungkin pemerintah PAS di Kelantan akan berakhir.

    Yang mendukacita kan ada lah harapan besar para ahli PAS Johor untuk menambah kerusi atau menawan Negeri Johor hanya akan tinggal mimpi sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matlamat PAS ialah untuk mendapat kejayaan yang kekal yakni di alam akhirat bukan di dunia ini yang bersifat sementara. Maka kehilangan kerusi-kerusi parlimen itu hanyalah pengorbanan yang kecil. Jika PAS ditakdirkan jatuh di Kelantan, ini juga tidak akan memadamkan semangat untuk terus berjuang kerana kejayaan sedang menunggu di akhirat.

      Delete
    2. Sekiranya pandangan anon 19:21 tepat mengenai halatuju PAS, saya kira PAS perlu dibubarkan dari menjadi parti politik. Adalah lebih afdal PAS dijadikan pertubuhan persediaan ke akhirat kerana menyertai pilihanraya, bertanding pada pemilihan PAS adalah urusan keduniaan dan jawatan presiden dan mursyidul am PAS adalah jawatan dunia serta tidak dikira untuk mendapat markah tambahan di akhirat nanti.

      Delete
  14. Eeeee ramai nya kat sini mcm dah menyesal jadi ahli pas. Mmg pun Pas dikenali sbg parti berlandaskan Islam. Skang orang2 Pas sendiri bising nak tolak ulama. Habih tu kenapa tak join pkr atu dap je? Kan lagi senang?.

    Presiden di panggil tak "bermaruah" pun ok dengan puak2 ni. Selain dari Tuan Ibrahim, Nik Abduh takde siapa pun defend tok guru. Hanya sekadar berkata kita harap masalah ini akan dpat di selesai dgn baik. Nampak sangat hanya nak ke putrajaya. Hukum Islam belakang kira. Mungkin ramai dah rasa sedap dapat fame and glamor at national political level. Maklum lah kat demo2 ada muda-mudi bangsa lain bawa sepanduk "we love you abang...".

    ORANG PAS MAHU APA?

    Kalau tak mau ulama dan mahu yg di panggil professional, jadi apa beza nya kamu dari parti Umno, PKR, DAP dll???

    Allahua'lam.

    Din




    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19:06

      Terima kasih kerana terlalu taksub dengan Tuan Guru Ulama flip-flop kamu tu. PAS tanpa golongan profesional tak akan ke mana pun. Kamu yang bodoh mempercayai sangat golongan yang mengaku ulama seperti Harun Din (tapi perangai lebih hina dari Vincent Tan). Kamu ingat orang masuk PAS sebab dipimpin ulama bangang dan bodoh macam yang ada sekarang kah? Mereka masuk PAS sebab berbangga dengan golongan profesional yang menyertai PAS di zaman Ust Fadzil Noor dan PAS merupakan parti alternatif Melayu yang terbesar selepas UMNO. Sekiranya UMNO sudah khianat kepada amanah rakyat, maka PAS adalah pilihan yang terbaik. Dari segi majoriti pun kamu boleh tengok komentar di blog ini mana yang pro dan kontra terhadap PAS (terutama berkenaan Presideng flip-flop kamu tu). Rakyat perlukan suatu kehidupan yang adil, sempurna dan selesa di dunia ini. Adakah kamu tidak memerlukan itu semua? Atau kamu hanya perlu minum air jampi atau air tadah tangan ulama bagi mendapatkan tiket untuk ke syurga? Atau cukup dengan janji hudud? Allah dan Rasulnya amat mementingkan syariat sampai kepada umat manusia dan bukannya menghukum manusia (yang utama bagi PAS). Parti PAS kini terlalu banyak menimbulkan perbalahan dan fitnah di negara ini, maka selepas PRU14 kelak, jadilah PAS parti yang merancang untuk gagal atau parti janji ke syurga sahaja.

      Delete
  15. Dulu golongn ni masuk pas pun kerana cintakan ulama..mempertahankan islam..bn parti sekular..puihhhh. Knp tak masuk pkr???

    ReplyDelete
  16. Golongan ni nak bantu orang islam dan kesian kat pas yang lemah ilmu teknokrat dan pembangunan negara. Bila nak kuat sikit saja pas mula naik tocang, golongan yang menaikkan namanya dari parti kampung dan memperkuat organisasi dan identiti pas sebagai parti nasional diperlekehkan dan diketepikan. Jadi kalau golongan ini hilang, masuk pkr, umno, bebas, dap, ngo, abim, pasma dan sebagainya, maka jawabnya pas kembali bertahan di jalan dato pati, kota bharu dan di rusila, marang. Namun begitu masih meriah kerana ramai orang berkunjung untuk beli kaset agama dan kaset ceramah, tasbih, sejadah, minyak atar di kb serta keropok lekor, goreng pisang, air tebu, kelapa dan kerang di pantai rusila.

    ReplyDelete
  17. Nyatakaan nas yang sahih hanya PAS jemaah Islam bukan buat hukum ikut rasa politik

    ReplyDelete
  18. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    ReplyDelete